Assalammualaikum
Huh! menakutkan saja tengok tajuk. Hehe. Tiada apa pun. Dalam minggu ne, saya banyak tengok "drama".. baca akhbar, tonton berita, pasal isu semasa. Biasalah, kalau dalam berita di tv tu, sekarang ne dah tak ada lain. Politik segala. Tapi parlimen tak bubar2 juga kan.. kenapa eh.. Huu.. saja tanya buat tak tau..
Saya bukan nak cakap pasal politik di sini. Tak minat. Saya jarang bercerita pasal politik dengan kawan-kawan. Apa lagi nak berdebat. Dulu pun masa saya study, classmate suka cerita pasal politik. Ada juga lecturer yang asal masuk klas menyimpang ke politik. Huhu. Pasal tu waktu di U, saya kurang bergaul dengan ramai orang. Berkawan iyela.. share ilmu kongsi nota.. tapi saya tak banyak bercakap.
Tapi ini tak bermaksud saya abaikan politik di negara yang saya cintai ne. Tak! Saya pun ada hak untuk tentukan nasib sendiri..nasib keluarga di negara ne. Tapi saya jarang nak berlebih2. Yalah karang dicakap darah muda pula kalau saya bantah. Kalau saya setuju dicakap bagai lembu dicucuk hidung pula. Heheh.. Saya ada pendirian dan fikiran sendiri.. Eh dah la.. bukan nak bagitau ne semua sebenarnya. Cuma...
Semalam saya online fb. Masuk laman home saja ramai betul orang cakap pasal politik. Sorang ne buat status yang tunjukkan dia pembangkang. Tengok orang komen, berapi-rapi.. Uuiii.. macam2.. Tapi saya ada terkesan sikit bila baca satu status oleh seorang pemuda.. Saya kenal. Cukup kenal. Kalau tak camana jadi fren kan. Emm.. saya jarang juga nak respon status orang. Dan tak adalah juga saya respon di komen status si pemuda ne. Tapi saya respon di rumah. Geram pun ada...
Ia berkaitan dengan isu BR1M.. Baru2 ne kan dah digembar-gemburkan kononnya ada seorang MB yang merangkap seorang ulama Malaysia ne cakap orang yang terima BR1M ne sama macam haiwan.. Saya dah tengok sendiri video tu.. Tak ada apapun.. Betul.. Oke tak nak komen pnjg2 pasal yang ne..
Cumanya, sang pemuda yang kononnya kacak dan bergaya ne serta dicintai ramai gadis lah agaknya kan.. buat status di fb dengan menghina, mengutuk, tak cukup dengan tu, memaki hamun, dengan perkataan-perkataan yang kotor, memasukkan nama binatang, sebut perkataan yang saya kira fikir panjang untuk sebutnya apatah lagi nak jadikan status di fb.. terhadap ulama yang saya kira cukup mulia di sisi Allah swt.. Subhanallah..
Apa dah jadi dengan "orang muda" sekarang.. Saya cukup terkilan bila baca status tu.. Macam mana agaknya di boleh sampai hati taip perkataan tu semua hanya kerana perkara yang dia tak selidik dan kaji habis2.. Saya bukan nak bercakap pasal saya sokong parti apa atau menteri mana.. bukan.. cuma saya sedih dengan sikap sesetengah anak muda.. yang TAK GUNA AQAL dan tak BERFIKIR PANJANG bila bercakap tentang sesuatu perkara. Apa lagi kalau yang menghina ne cukup cetek pengetahuan agamanya.. sedih bila dia dah malukan dirinya sendiri..
Apapun, saya tak nak lah emosi lebih. Saya kenal dia. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya. Saya tak banyak ilmu. Ilmu yang ada terlalu sedikit. Tapi dalam bercakap, saya sentiasa ingatkan diri..pelihara lidah, Mudah-mudahan Allah pelihara saya.
Allahualam...
No comments:
Post a Comment
what do you think?