Tuesday, February 19, 2013

DILEMA IBU : anak & kerjaya

Assalammualaikum

Saya yakin, ramai ibu-ibu di luar sana yang bekerja. Macam saya juga. Bukan mudah nak bagi masa sebagai seorang ibu yang bekerja. Tapi bagi saya, anak itu penting. Lebih penting daripada kerja-kerja yang ada di pejabat.. 

Ooppss.. Jangan salah sangka. Itu bukan bermakna dah ada anak, kerja di pejabat kita abaikan. Kalau macam tu lebih baik resign kan. Kena berfikir dan bertindak bijak. Bukan ikut hati dan perasaan semata. Saya hanya ibu bekerja yang baru. Memang, kerja dari bujang lagi. Tapi bila dah ada anak, saya ada tanggungjawab lain dah. Anak tu.... tak boleh diabaikan.. Bila anak sakit saya akan bercuti. Ya, keputusan saya tegas. Saya gunakan keistimewaan yang dah dibagi oleh majikan untuk bercuti semata-mata nak jaga anak saya. 

Waktu anak sakit, dia perlukan ibunya dan orang yang dia sayang supaya sentiasa dekat dengan dia. Anak saya belum boleh bercakap dan bagitau semua tu, tapi saya yakin apa yang dia inginkan kerana saya ibunya. Abi Insyirah juga selalu mengingatkan.

Bermula isnin lalu, Insyirah demam. Kesian dia. Anak-anak kalau demam mesti jadi manja. Insyirah pula, kalau dah tak sihat, dia kuat menyusu. Tak nak botol. Nak badan juga. Saya ambil cuti. Tak boleh hantar dia ke Nursery. Di taska ramai lagi budak yang nak dijaga. Insyirah yang sakit mesti nak perhatian lebih. Saya dan abi Insyirah bawa dia ke klinik. Rupanya Insyirah kena tonsel. Aduhai kesian dia. Patutlah tak nak makan. Nasib baik dia masih nak menyusu. Cuma bila dah petang-petang sikit, dia dah mula tak nak terima apa-apa makanan dan minuman termasuk menyusu. Mesti sakit kan. Kita yang dewasa ne pun tau macam mana rasa sakitnya tosel tu, apatah lagi baby.

Esoknya, (selasa).. Saya dalam dilema. Tak boleh cuti. Sebab ada kerja yang saya kena buat dan siapkan. Kena hantar hari tu jugak. Saya jadi risau. Tak tau macam mana nak buat. Abi Insyirah juga kaku. Saya tak harap dia bercuti. Sebab saya faham kesibukannya dalam kerja. Lagipun saya tau, saya sedar memang saya lah yang kena bercuti.

Akhirnya saya buat keputusan. Saya pegi kerja awal pagi. Saya minta jasa baik guru di taska supaya tengokkan Insyirah sekejap. Saya akan balik sebelum tengahari.

Sampai di pejabat, saya abaikan sarapan. Saya minum jugak tapi tak lalu nak makan. Then, saya buat kerja. Alhamdulillah, banyak yang saya dah siapkan minggu lalu. Tinggal nak touch up skit saja lagi. Dalam jam 9.30, kerja saya siap dan terus hantar. Saya tak lupa double triple check! Hehe.. Dalam jam 10.00, saya minta tolong driver hantarkan saya ke terminal. Saya mesti sampai ke taska sebelum tengahari. Dan alhamdulillah, rupanya abi Insyirah dah ambil Insyirah awal2 lagi. Saya sampai dalam jam11.00.. Terus peluk Insyirah.

Saya tak lupa macam mana dia hulurkan kedua-dua tangannya minta diangkat. Heheh.. geram!! Dia memang manja..

Syukur, menjelang petang.. Demam Insyirah dah pulih. Dia dah boleh terima makanan, minuman dan susu..

Alhamdulillah...

No comments:

Post a Comment

what do you think?