Friday, November 30, 2012

1st december

Assalammualaikum


Dah dekat jam 11 am.. Anak dara saya tengah tido. Abinya pun join rehat sekali. Semalam plan nak bersihkan rumah sebersih2nya. Hehe. Nak start dapur dan toilet dulu.. Niat nak mula lepas subuh. Mana tau anak dara saya bangun lebih awal dari saya. Macam nak kejutkan saya solat subuh saja. Insyirah ne, tau2 saja umi ada benda nak settlekan sebeum dia bangun. Jadi pandai dia bangun sebelum uminya. 

Lepas subuh, nenek ambil Insyirah. Biarlah dia di bawah dengan bucu. Ble saya keja sikit2. Abi cakap tak payah masak breakfast sebab dia teringin nak makan nasi lemak Sri Keningau. Jadi dia pegi beli awal pagi. Kira bonus masa untuk saya mengemas dapur dulu sambil pusing kain dalam machine. Sambil tu juga saya masak bubur Insyirah. 

Baru start nak bersihkan bahagian sinki, dengar da suara Insyirah cari umi. Dia nak tido balik la tu. Tengok jam baru 6.45am. Saya stop kejap, ambil Insyirah dan susukan dia. Ingatkanla dia akan tido balik dan saya bole sambung bersihkan rumah. Rupanya lepas menyusu dia jadi lebih aktif. Tapi tak nak lepas dari saya. Jadi saya letak dia dekat dapur. Bagi mainan. Bole saya buat keja sambil tengok2 dia. Mula2 ok saja. Tapi tak lama dia dah meragam. Tengok jam dah masuk 8am. Baik saya mandikan dan bagi dia makan. 

Waktu saya suap makanan kat mulut Insyirah, boleh pula dia tersengguk tertido sesaat. Hihihihihi.. Kalaulah saya dapat rakam aksi sesaat tu. Lucuuuuu..!!! Hah tula.. tau mengantuk tapi tetap aktif nak main juga. Saya kesian juga tengok. Tapi saya tetap bagi suap makanan selagi dia buka mulut. Sampai nampak dia dah betul2 mengantuk saya stop. Saya bersihkan muka, tangan dan mulut dia. Then bawa masuk bilik. Kali ne saya yakin dia pasti akan tido terus. Macam biasalah kalau nak tido saja mesti nak mengempeng, walaupun baru lepas makan. Saya tidokan Insyirah sambil ikut baring sekali. Tak lama. Dia dah lena. Ne haaa.. kat sebelah saya saja. Shian anak umi ne..

Sementara dua2 dah lena, baik sambung keja.. K, saya mulakan misi yang terbengkalai semula ya. 

Salam alaik..


shhh.. dia tgh tido..
(bkn pic tadi)
hehe..


Thursday, November 29, 2012

ziarah bersama insyirah

Assalammualaikum

Bila insyirah dah tidur baru dapat online sambil mengepam. Excited nak update blog hari ne. Tadi saya cuti. Saja nak jaga insyirah sebab dia batuk2. Jadi saya pun ambil cuti nak jaga dia.. then nak bawa dia g klinik. Saya tau mesti kami akan boring lama2 diruma nanti, jadi hari ne umi bawa insyirah berziarah. Nak tau ziarah siapa? hehe of kos baby Aqil dan mamanya

Comel kan Baby Aqil. Muka dia suda tembam. Macam baby nak masuk 3 bulan. hehe


Saya rancang nak datang lepak2 ruma baby Aqil dan lawat mamanya. Teringin mau dukung Aqil. Makin bam bam suda dia. Padahal waktu tengok Aqil baru lahir punya comel, kecil cute. Sekejap saja baby Aqil dah gemuk.. hehe. Kuat menyusu bilang mama Aqil.

Niat nak melepak dalam tengahari lepas bawa insyirah g klinik. Tau2 insyirah ne berperangai pulak hari ne. Betullah cakap abi. Insyirah kalau tau umi atau abi yang jaga dia hari bekerja, manjanya bukan main. Dia tak nak lepas dari saya. Kalau letak dia di lantai pun mesti nak saya duduk dengan dia sekali. Terpaksalah saya buat kerja sambil dukung insyirah even tengah bersihkan peti sejuk tadi pun sambil angkat dia. Hai anak.. anak.. hehe. Bila keadaan dah jadi macam tu, saya susah nak siapkan kerja rumah sebelum jalan. Saya mandi pun lepas azan zuhur itupun bila saya bagi insyirah dengan ucunya. Kalau tak, confirm tak jadi ke klinik dan berziarah hari ne.

Dalam jam 2pm kami bertolak ke klinik dr. sharifah di putatan. Alhamdulillah, doktor cakap batuk insyirah biasa2 saja. Dada tak sempit. Tiada tanda2 asma. Takut juga kan. Saya sebenarnya ada history sakit batuk2 ne waktu darjah 4 dulu. Lama betul nak bagus. Sekolah pun lama saya tak datang. Takut juga kena pada insyirah. 

Lepas dari klinik, dalam jam 3pm selesai. Sejam juga tunggu giliran. Then, ready nak bertandang ke rumah Aqil. Sebelum tu singgah kfc dulu nak beli buah tangan. Hehe. Sambil lepak bole makan2 kan.. Saya order, 2 set snek plate. Bole makan sama2. Tapi saya minta tukar minuman kepada milo, memandangkan saya dan mama Aqil dua2 ibu yang menyusukan. So, minuman bergas dah jadi macam musuh pula sekarang. Hehehe..

Sampai di Cyber City, kena daftar dulu baru bole masuk kediaman. Macam best je tempat tinggal Diorang mama Aqil ne. Keselamatan terjaga. Pak Guard pun peramah juga. Hehe. Kawasan dia pun cantik, kemas. Yalah kan baru lagi. Tapi susunan bangunan nampak eksklusif. Macam tempat tinggal orang kaya2 gitu. Hehe. Dah dapat masuk, saya nampak mama Aqil dan Baby Aqil tunggu kami di perkarangan tempat letak kereta. Alolo.. siannya diorang. Sebab takut kami sesat, diorang sanggup turun ambil kami di parking. Padahal, baby Aqil tengah tido. Then, mama Aqil suru park di line Papa Aqil. Sebab papanya keja. Jadi bolela tumpang parking dulu.

Sampai ruma saja, saya excited nak dukung Aqil. Dan sebab excited sangat, saya tak sempat nak ambil gambar. Niat nak gambar Insyirah dengan Aqil juga. Yalah bukan selalu dapat jumpa. Hari ne pun kebetulan cuti keja. Lama tak cerita2 dengan mama Aqil. Tu yang rindu nak jumpa. Hehe. Bila dah jumpa ne, macam2 cerita kami dapat share especially pasal bf.

Baby Aqil dah fully breastfeed sekarang, selepas berenti sekejap sebab nak turunkan kuning. Alhamdulillah. Kuat betul semangat mama dia. Even lepas stop sekejap, air susu dah mula nak kering pun dia tetap berusaha cari jalan untuk banyakkan air susu semula. Dalam keadaan sakit, mama Aqil tetap kuat bagi bf Aqil. Kami share pgalaman breastfeeding pain yang kami alami. Tipu org bg bf tak penah nangis. Tapi sebab kita tau itu yang terbaik untuk anak. Biar bergelen2 air mata, kami akan berusaha perjuangkan hak anak. InsyaAllah.. Moga Allah izinkan  serta mudahkan niat suci ini..

Saya kagum dengar cerita mama Aqil yang terpaksa solat sambil pegang Aqil. Sebab Aqil kuat menyusu. Manja dengan mama. Kalau boleh nak 24 jam kena peluk mama. Macam insyirah dulu juga. Bezanya, dulu kalau saya di papar, saya berteman. Jadi kalau saya solat, ada adik saya boleh tolong tengokkan Insyirah. Tapi mama Aqil cuma tinggal berdua dengan Baby Aqil.

Hey, tak semua ibu sanggup buat macam tu tau. Dalam islam ada tekankan rukhsah solat. Memegang bayi waktu solat juga rukhsah, seandainya ia boleh membawa kemudaratan pada bayi kalau kita tak pegang dia. Kadang-kadang, ada yang sanggup tinggalkan solat terus kerana nak jaga baby tanpa memanfaatkan rukhsah yang Allah hadiahkan pada hambaNya. Dalam islam, kalau kita tak manfaatkan rukhsah (Hadiah) daripada Allah, ia jadi satu dosa. Seperti tidak menghargai hadiah itu. Sama macam kalau orang yang bagi kita hadiah kena hargai kan. Apatah lagi jika hadiah tu daripada Allah swt. Kredit buat mama Aqil!.

Kami cerita sambil makan2 kfc. Jangan terkejut, mama Aqil makan sambil breastfeed Aqil. Hehe. See? best tau menjadi ibu yang menyusukan. Cayalah mama Aqil!! hehe..  Tengah makan tu juga Insyirah buat gaya macam2 huhu.


Insyirah kotorkan lantai rumah aunty payen.. huhu Sori maam Aqil..

Tepat jam 5pm, kami kena balik. Takut jalan jem. Lagipun mesti mama Aqil nak prepare makan malam diorang sekeluarga selain nak urus Aqil kan. Jadi sesi lepaking kami berakhir waktu tu. Tak lama. Tapi cukup bagi saya kenangan indah bersama Baby Aqil dan mamanya serta insyirah. Ada masa nak juga datang sana lagi.

Waktu on the  way nak balik. Insyirah buat perangai pula. Dia nak mengempeng. Dia tak nak duduk dalam baby carrier, nak baring di badan saya. Huhu. Jangan bagitau orang lain ya.. Saya terpaksa menyusukan dia sambil drive. Tapi dah dekat nak sampai. Sungguh bahaya. huhu.. Tapi saya fikirkan pra n kont juga. Saya susun keadaan kereta baik2. Saya baringkan dia di paha. Ambil bantal untuk tinggikan bahagian kepala sambil disokong oleh handbag saya. Sambil dia menyusu saya drive. Saya cakap baik2 dengan dia. Umi doa moga kita sampai dengan selamat dirumah. Moga tuhan mudahkan. Sambil tu doa juga mudahan tiada pak trafic yang perasan. Alhamdulillah Insyirah menyusu dengan tenang sampai dia tertidur. Aksi ini sangat tidak boleh diikut. Huhu.. Tak nak buat lagi.. walaupun keadaan semuanya oke saja. Insyirah tenang, pemanduan pun lancar tanpa sebarang kesukaran. Saya percaya Allah lindungi kami.

JANGAN TIRU AKSI INI!!
SANGAT BAHAYA..nasib dah dekat dengan rumah..
Ia seperi mempertaruhkan nyawa anak dan diri sendiri, Saya tak akan buat lagi..!!


Sampai rumah, saya kelam kabut nak solat Asar dengan yakin buka beg nak ambil kunci rumah, dan...... SAYA LUPA BAWA KUNCI RUMAH!! huaaa..
Bagus!!

Baguslah.. Bagus!!

Sekian..

Masuk rumah jam 6.10pm,
lepas ipar dan mentua saya balik,
dan ipar saya ketawakan saya..
terima kasih bucu!! hihihi..




Sunday, November 25, 2012

Abi, Insyirah dan "mamma"

Assalammualaikum

Apa khabar, teman2 saya hari ne.. Tak terasa cuti hujung minggu 2 hari kan. Hari isnin, macam biasa.. Saya selalu lambat masuk ofis. Sebenarnya saya dah thumb print awal. Tapi saya keluar balik. Abi Insyirah bawa minum. Setiap isnin je boleh minum sama2. Sebab abi insyirah masuk ofis jam 11 pagi, then balik jam 9.00 malam. 

Hujung minggu tu Insyirah kena demam. Entahlah mama cakap demam nak tumbuh gigi. Memang gigi dia dah mula nak keluar. Bahagian gusi dia pun gatal sebab selalu garu pakai lidah hihi. Saya bagi dia teether. Biar dia gigit2 n ble kurangkan rasa gatal pada gusi dia. Kesian Insyirah. Bila demam dia jadi manja sangat. Asal nampak saya, mesti dia nangis minta diambil. Susah juga nak buat kerja rumah. Nasib baik abi insyirah ringan tulang. Banyak yang dia dah tolong. Kalau insyirah tak nak lepas dari saya, abi insyirah yang akan sambung kerja rumah. Kalau saya tengah sibuk masak di dapur, abi pula yang akan urus insyirah. Memang dia tak lena tidur. Mungkin sebab tak selesa, badan panas, kepala berat. Kesian Insyirah. Abi pun kesian juga. Biasanya hujung minggu abi mesti nak bawa keluar. Jalan-jalan di tasik likas, tak pun di Tanjung Aru atau masuk shopping complex. Memandangkan Insyirah tak sihat, kami berhujung minggu dirumah saja. Tapi best juga. 

Kami bagi insyirah tengok upin & ipin. Kami letak tilam depan tv. Makanya umi dan abi pun ikut tengok upin ipin sekali. Hehe. 

Tau tak, insyirah bila kejar saya, dia akan sebut "mamma". Asal dia nampak saya saja dia mesti akan sebut perkataan tu. Tapi Insyirah baru 8 bulan. Saya tak pasti sama ada "mamma" tu bahasa baby atau memang dia panggil saya. Tapi saya selalu bahasakan diri umi dengan insyirah. Mungkin memang itu bahasa baby walaupun dia hanya sebut "mamma" bila nampak saya. Entah kenapa, setiap kali insyirah sebut perkataan tu dan pandang saya.. saya rasa teruja. Seolah-olah insyirah panggil saya mama! hehe..

Kata abi, mungkin dia memang panggil mama dia.. tapi dia tak tau pun "mamma" tu untuk mama.. Entah la.. Apa2 ja la.. InsyaAllah, satu hari saya dapat dengar dia panggil saya umi.. Amin..

Insyirah makin besar. Banyak da perkembangan dia. Haritu dia tumpahkan susu yang baru saya perah. Tengah nak susun susu lepas di perah dia rampas botol susu ditangan saya dalam keadaan botol tu tak bertutup. Susu penuh 5oz.. habis tumpah. Huhu.. Nak menangis pun ada. Dahla susu fresh. Tapi tak apa. Insyirah tak faham semua tu. Umi dia yang cuai mungkin. Saya pun marah dia main-main. Dia dah faham kena marah. Dia buat muka sedih dan nangis. Kesian..Tapi saya pujuk dia balik.

Saya suka betul kacau dia. Pernah sekali dia main sendiri. Saya kacau. Semua mainan yang dia pegang saya ambil. Dia dah pandai marah. Hehe. Comel betul. Saya jadi rindu dengan dia. Insyirah sekarang suka jalan. Kalau nampak umi pakai tudung dia kejar, takut tinggal. Alahai anak umi ne bikin rinduuu...

Oh ya, abi dah mula nak sibukkan diri buat tesis. Mungkin dah tak banyak masuk kelas tapi kena cosentrate buat tesis. Kesian abi. Banyak komitmen. Tapi masih ada masa tolong umi dan jaga insyirah. Mudah-mudahan semua urusan abi tuhan mudahkan. Dan mudah-mudahan juga abi kuat untuk jalani setiap amanah dan tanggungjawab yang tuhan berikan.. Amin

Walaupun nampak macam cerita tak teratur tapi, saya dah lepaskan semuanya.. SAYA RINDU INSYIRAH DAN ABINYA...huhu

Sekian..



Wednesday, November 21, 2012

tudung syria

Assalammualaikum

Saya sangat suka tengok orang pakai tudung syria. 
Kadang-kadang saya pakai juga. Tapi kenapa tudung syria selalu kena design kecik eh? Saya suka tapi jarang pakai sebab susah nak jumpa saiz besar biasanya mesti cun2 dada atau tak sampai.. 
emmm..
oke itu saja.. sekian..

the life

Assalammualaikum

Kemarin saya bangun seawal jam 3 Pagi. Prepare apa yg patut. Act, saya ada program di Kuala Penyu. So kena turun awal. Ada majlis bersama rakyat dengan Timabalan PM. Majlis mula jam 8.30, tapi saya yakin mustahil akan mula ikut seperti yang dirancang. Biasalh, nak sambut VIP ne tak pernah ikut masa yg ditetapkan. Sebab saya berpengalaman jadi tukang sambut tetamu sejak sekolah sampailah dah keja ne. Hehe. 

Apapun, kami kena ikut perancangan juga. Saya kena ready di ofis sebelum jam 6 pagi sebab perjalanan dari kk ke kuala penyu makan masa hampir 2jam. Jadi dari awal lg saya minta izin abi Insyirah untuk stay kk saja sejak hari selasa untuk pastikan kami tak lambat nanti. Mana tau tuhan nak uji saya. Baju yang saya kena pakai ke kuala penyu tertinggal di papar. Saya baru sedar malam sebelum nak jalan. Tak kan nak balik papar ambil kan. Nak tidur papar pun kena bawa insyirah jalan malam2 kesian pula dia. Jadi kami terpaksa balik ke papar awal subuh dan minta rombongan singgahkan saya di papar saja. Nak pegi kuala penyu kan lalu papar juga. Jam 5 pagi lagi kami dah berangkat ke papar. 

Sampai di kuala penyu macam biasalah sampai dalam jam 8 suku, berpanas dan berpeluh tunggu menteri dalam jam 10 ++.. huh! Minggu lalu pun macam ne jugak dalam majlis HPPNS. Sampai tempat majlis perasmian sebelum jam 6 pagi. Menteri sampai jam 10.30. Majlis suppost to be start jam 9.00am. Untuk Majlis penutupan pula saya dan kawan2 sampai dalam jam 2pm.. Menteri sampai jam 4pm.. Majlis sepatutnya start jam3pm. Adatlah kan bagi penghormatan dan sejuta kelebihan untuk VVIP ne.. 
 
Baju itu sungguh cantik kan?
malangnya kami tetap berpanas, dan bermandi peluh dan rela ditolak kehujung demi insan yang menjadi keutamaan negara..
Kami redha..hehe
 

Kemarin saya dan kawan-kawan banyak berjalan kaki ke sana kemari. Kena kuatkan hati jugak. Majlis selesai dalam tengahari. Jam 3 pm saya dah sampai rumah di papar. Lepas memerah saja saya terus ambil Insyirah dalam jam 4. Insyirah biasalah, nampak umi saja nak mengempeng. Bila dia dah tidur, saya pegi dapur sekejap. Nak minum air. Saya niat nak rehat kejap sebab mengantuk sangat. Belum sempat saya teguk air dah dengar suara si kecil saya menangis. Rupanya dia kejar saya. Dah keluar dari bilik pun dia. Kesiannya...
Dan.. macam biasalah dia tak nak berlepas da.. kena tunggu mood baik.. tak lama lepas tu abi insyirah pulang keja..
Next.. kena siap sedia balik kk pulak..
pendek cerita.. saya tiada kesempatan nak rehat da.. penat dan mengantuk.. nasib baik dapat tido di kereta waktu otw nak balik kk.. huhu..

Macam tu lah life kan.. sibuk.. penat.. macam-macam hal dunia kita kerjakan.. Padahal dunia ne lah tabung akhirat kita.. nak cukupkan amalan sebagai simpanan ke akhirat nanti.. 
Teringat nasib anak-anak dan saudara seislam di bumi palestin.. ngeri tengok dan baca berita diorang.. Subhanallah.. hancurkanlah zionis laknatullah, pelihara dan lindungilah saudara kami di palestin Ya Rabb.. PRAY FOR GAZA..

Sekian.. (",)


sudah beberapa hari,
dia asyik kena tinggal awal subuh
kesian..
 

Tuesday, November 20, 2012

merancang kelahiran dalam islam

Assalammualaikum

Lepas melahirkan dan merancang untuk bagi full bf pada Insyirah, saya dan abi Insyirah sehati nak merancang kelahiran. Ada beberapa faktor dan sebab untuk buat keputusan begitu. Salah satunya, sudah pasti berkaitan dengan penyusuan Insyirah. Namun kita cuma selemah-lemah manusia yang hanya mampu merancang. Selebihnya, kami berserah pada Allah swt yang lebih berkuasa.
 
Dalam islam, merancang juga dibolehkan. Banyak perkara yang saya dan abi Insyirah ambil kira sebelum buat keputusan. Kalau ikutkan hati, sebelum ne saya nak sangat beranak rapat. Biar Insyirah ada kawan, dan biar mereka besar sekali. Tapi, setelah banyak perkara diambil kira, akhirnya merancang kelahiran adalah keputusan terbaik.
 
Di dalam islam, terdapat beberapa faktor yang dibenarkan syara' untuk merancang keluarga ;-
 
Pertama : Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini pada nyawa ibu atau menjejaskan kesihatannya apabila mengandung selepas baru melahirkan. Biasanya, kesihatan dan keadaan ibu mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bersedia mengandung semula.
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan" (Al-Baqarah : 195)
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihani terhadap diri kamu." (An-Nisa' : 29)
 
Kedua : Bimbang berlaku kesusahan dunia yang berpotensi membawa kesulitan dalam agamanya sehingga dia melakukan perkara yang haram.
 
Firman Allah swt maksudnya : -
"Allah swt mengkehendaki kamu kesenangan dan tidak mengkehendaki kamu berada dalam kepayahan." (Al-Baqarah : 185)
 
Firman Allah swt maksudnya : -
" Dan Allah swt tidak mengkehandaki untuk menjadikan kamu berada dalam kesusahan pada melaksanakan perintah agamanya" (Al-Maidah : 6)
 
Ketiga : Bimbang menjejaskan kesihatan anak-anak atau kurangnya didikan.
 
Dalam hadis menyebut seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Hai Rasulullah sesungguhnya aku melakukan azal terhadap isteriku." Rasulullah saw bertanya, "Kenapa kau berbuat demikian?" Lelaki itu menjawab, " Aku kesian terhadap anak-anak isteriku."
Rasulullah saw bersabda Maksudnya : -
"Kalaulah ia memberi mudarat nescaya ia memberi kemudaratan kepada bangsa Farsi dan Rom" (Riwayat Muslim)
 
Keempat : Bimbang ibu mengandung dalam keadaan masih menyusukan bayi atau ada anak kecil yang menyusu lagi.
Daripada bahan bacaan yang saya dapat, memang ada risiko ibu menyusukan ketika hamil. Tapi kemungkinan tidak semuanya tepat. Biasanya, air susu akan menjadi kurang ketika kandungan masuk 4 bulan. Selain tu, puting payudara juga akan mula menjadi lembut dan sangat sensitif ketika mengandung. So, mesti sakit kan..
Maka, bagi ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan eksklusif sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, digalakkan merancang. Anda boleh rujuk link ini untuk info lebih tentang penyusuan ketika hamil.
 
Antara kaedah merancang keluarga : -
 
a) KAEDAH SEMULAJADI
- azal (Coitus Interuptus)   > more info
- Ambil kira waktu subur (InsyaAllah nanti saya kongsikan ya..)
 
b) HALANGAN
- Kondom
- Alat dalam Rahim (IUD)
- Diafram - Liang lapik rahim yang akan menutup pintu masuk ke Rahim
- Servical Cap
 
c) HORMON
Sama ada pil, implan atau suntikan untuk menghalang ovulasi, yang akan menyebabkan lendiran faraj jadi lebih pekat dan menghalang penempelan benih di ruang rahim.
(Untuk ibu yang menyusukan, mungkin ada pil yang sesuai.. buat research kalau niat nak ambil ya.. make sure tidak memudaratkan anak yang disusui.)
 
d) KIMIA
Spermisid dalam bentuk krim atau buih yang akan membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.
 
e) KEKAL
- Vasectomy - Saluran yang membawa sperma (vas deferens diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma
 
- Bilateral Tubal Ligation - Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini.
 
Apapun, anak itu rezeki Allah. Seandainya kita dah cuba untuk merancang yang terbaik, namun yakinlah bahawa perancangan Allah swt itu jauh lebih hebat kerana DIA lebih mengetahui segala perkara yang kita tidak pernah tahu. Jangan sekali-kali tolak rezeki pula.
 
Merancang perlu persetujuan antara suami dan isteri. Kerana ia tidak bermaksud, mengandung semula sebelum usia anak 2 tahun itu tidak boleh. That's why, kena ada sefahaman antara pasangan. Duduk bincang untuk kebaikan bersama ya. Namanya juga PERANCANGAN KELUARGA kan..moga kita sentiasa beroleh kebaikan daripada Allah swt.. Allahhumma Ameen..
 
 
Salam sayang..



 
 
 

Monday, November 19, 2012

update!

Assalammualaikum

Lama tak update. Padahal baru beberapa hari saja pun hehe. Sebenarnya memang nak update blog sejak Maal Hijrah hari tu tapi sebab sibuk sangat gantung jadinya. Sibuk kerja dan urus anakanda tercinta. Sekarang ne pun bekejar nak pulang da sebenarnya. Dah masuk 4.50pm. Saya balik papar, ikut sekali dengan bapa. Macam biasa, setiap isnin saja mesti tidur papar sebab abi Insyirah balik jam 9 malam.
 
Saya rindu nak update blog. Banyak story nak share. Entahlah, kalau banding fb, twitter dan blog ne, saya lebih sayangkan blog saya. hehe. Fb dan twitter saya dah jarang buka. Tapi sekarang masa terlalu suntuk. Tadi banyak kerja nak buat. Semua nak kena settle cepat. Sebab saya akan outstation ke Kuala Penyu Rabu nanti. Kalau boleh tiadalah kerja penting yang tak selesai sebelum ke sana nanti. Apapun, InsyaAllah, ada masa malam karang saya update story best ya. Takut bapa tunggu, sebab di luar tengah hujan yang sungguh lebat. Kena balik awal cket nanti jalan jem teruk hehe..
 
Sebelum tu, saya harap tak terlambat untuk ucapkan salam maal hijrah untuk saudara muslimin dan muslimatku sekalian, moga tahun ini akan membawa lebih sejuta kebaikan berbanding tahun yang sudah. Moga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah swt.. Amin
 
Salam alaik..  (",)

Wednesday, November 7, 2012

sweet moment

Assalammualaikum

4.29pm.. Ramai yang dah pulang. Tadi blogging tym rehat. Sekarang pula tym ramai kawan ofis yang dah pulang. Now, saya tengah blogging sambil mengepam (lagi!!) dan makan maggie.. hehe. Sekarang, ofis saya sejuk sangat. Dahla jaket dirumah. Waktu audit haritu saya bawa balik gara-gara nak tempat duduk nampak kemas. Sampai hari ne saya lupa bawa ke ofis balik. Sejuknyaaa..layan maggie kan sodap.. ^_^v
 
 
 
Sejak dah tukar BP saya rasa lebih mudah. Alhamdulillah. Dah boleh pam di tempat duduk sendiri, dan bungkus badan pakai poncho atau selendang.. Sebelum ne, confirm lari ke surau. Mengepam saja 3 kali, belum lari untuk solat zuhur dan asar. Kalau solat, semua bole faham. Tapi untuk pam 3 kali hilang? macam mana nak explain.. Selain risiko dicari bos, kerja saya pun jadi lambat. Syukur sekarang lebih mudah. Kuasa Allah yang memudahkannya...
 
Saja nak tulis entri. Bukan tiada kerja tapi tambah kerja. hehe.. Kadang-kadang saya takut ada yang salah faham atau silap tafsir pasal saya. Tapi kalau ada pun tak apa. Masing-masing ada genta hati sendiri kan. Cewah!
 
Tau tak kenapa saya tulis pasal breastfeeding journey saya dalam blog peribadi ne.. Sebab saya mau abadikan kenangan indah yang sedang saya lalui.. Apa yang akan berlaku pada masa akan datang saya tidak tahu. Saya Serahkan itu hanya pada Allah swt.
 
Saya cuma mau bukukan kenangan indah dan kurang indah sepanjang perjalanan penyusuan eksklusif saya pada Insyirah.. itu saja. Blog ne sebagai salah satu tempat untuk saya simpan dan lipat kenangan tu kemas-kemas.. <3 div="div" style="text-align: justify;"> 
Kadang-kadang bila baca balik, akan buat saya senyum.. dan tersenyum!
Senyumlah! hehe..oke itu aje..
 
Salam sayang..
 
Insyirah makin manja.
Masih kuat ngempeng!
Dia dah pandai berdiri tapi mesti bertiti,
kalau tak nanti jatuh..cute kan dia.. hehe
 


Tuesday, November 6, 2012

kuantiti susu tidak sama banyak.. why oh why?!

Assalammualaikum..

Yeah dah masuk pukul 1. Now saya tengah rehat2 + mengepam macam biasa.. Ofis pun dah sunyi. Ramai dah keluar. Biasalah, kadang-kadang bosan kalau menu tengahari kita hari2 sama saja kan. Tu yang ramai keluar n lunch tempat lain. Saya pun kadang-kadang macam tu juga. Ikut selera. Hari ne pula lebih selesa di ofis. 

Last night kawan saya ada sms. Dia baru bersalin dua bulan lalu. Mean, baby dia dah masuk 2 month. Dia pun niat nak bagi fully breastfeed. Alhamdulillah. Semalam dia tanya, why kuantiti susu dia tak sama banyak di breast kiri dan kanan. Kadang-kadang jauh beza.



 

Act, saya bukan kaunselor penyusuan susu ibu. Dia tanya saya hanya kerana kami berada dalam bot yang sama. Ceh.. hehe lebih kurang macam tu la. Niat kami sama, dan saya mendahului dia untuk lebih kurang 5 bulan. Insyirah pun dah masuk 7 bulan kan. Alhamdulillah dah 7 bulan juga Insyirah full bf. Syukur! Jadi kami cuma share pengalaman dan pendapat. Itu saja. Mana yang saya tahu, atau pernah saya alami dan dapat saya bantu dan kongsi saya akan lakukannya untuk kawan saya. InsyaAllah. 

Sebenarnya, saya pun sama dengan kawan saya. Sampai sekarang, kuantiti susu saya tak sama banyak. Kalau dulu, jauh beza..betul! Tapi saya ada try search google juga. Kebanyakan ibu-ibu alami masalah yang sama, puncanya kurang bagi baby menyusu yang sebelah tu. Bila saya ingat balik, aha betullah. Since dari pantang dulu, saya suka menyusukan Insyirah dengan sebelah kanan. Saya suka mulakan penyusuan pada sebelah kanan. Saya pun lebih selesa angkat Insyirah di tangan kanan. Bila kerap macam tu, yang sebelah kiri lagi kurang demand. Maka supply pun merudum. Hehe. 
See? ia ada kaitan dengan konsep supply n demand tu.. Bila saya tanya kawan saya tu, rupanya dia pun macam tu. Sampai sekarang, baby dia lebih suka menyusu yang sebelah saja.

Tapi, tetap ada jalan penyelesaiannya. InsyaAllah. Sekarang, walaupun masih juga macam tu at least dah ada perkembangannya pada saya. Sekurang-kurangnya sekarang dah tak jauh beza.

Nak tau saya buat macam mana?
1) Saya akan mulakan penyusuan pada sebelah yang sikit tu dulu. Alhamdulillah. Insyirah tak memilih. Kiri atau kanan dia tetap menyusu. Dia kan kuat mengemping. Hehe. Dan ia masih boleh buat Insyirah kenyang.
2) Yang sebelah lagi saya akan pam. Saya suka offer Insyirah menyusu. Saya tak tunggu dia minta. Jadi saya akan offer sebelah yang sikit. Insyirah memanggggg suka mengemping. Kita offer dia tak penah tolak! hehe..
3) Sebelum ne saya cuma guna manual BP. Jadi saya akan pam sebelah yang sikit tu lebih lama daripada yang sebelah lagi. Kadang-kadang (kalau rajin) saya akan buat power pumping pada sebelah yang sikit tu.

Apapun, saya lebih kan penyusuan pada sebelah yang sikit, untuk imbangkan konsep demand n supply.. Alhamdulillah. Setakat ne kuantitinya dah ok. Tak lah jauh beza macam dulu. Walaupun kuantiti tak sama banyak, Insyirah tetap boleh kenyang dengan mana-mana salah satunya. Syukur kan.. 

Kalau anda ada masalah yang sama, cuba ingat balik cara anda menyusui baby. Ada tak kaitannya dengan konsep demand n supply? mesti ada kan. Then, cubalah banyakkan penyusuan pada sebelah breast yang kuantiti susunya kurang. Jangan lupa doa.. Moga berjaya..

Salam Sayang..