Wednesday, February 27, 2013

budaya kerja..

Assalammualaikum

Korang keja dalam ofis ek? konfim tak sehari cukup 8 jam.. tolak waktu rehat ambil dalam 6 jam gitu..? hehe.. iya ke..

Saya pun keja ofis juga. Waktu anjal jam 8 pagi hingga 5 petang. Kadang-kadang saya datang jam 7.30 atau biasanya kalau saya d Petagas confirm saya sampai sebelum jam 7, sebab abi Insyirah kena turun awal.. Yelaa.. dia terpaksa jalan jauh ke Papar. Nak hantar Insyirah ke Taska lagi. Tapi saya tetap balik jam 5pm.. Atau kalau tumpang bapa mesti lebih dari jam 5pm.. 

Ada masa saya datang lewat juga. Paling lewat 8.20. Kalau lebih dari 8.30, saya akan maklumkan bos awal-awal. Syukur bos memahami da sporting. Tapi sporting2 pun, saya tetap dah ambil masa bekerja tu. Tak adil....

Korang perasan tak staf ofis, (act, bukan tempat saya saja!) belum masuk waktu rehat, (1 pm hingga 2pm) orang dah banyak keluar, biasalah.. ada yang ambil anak balik sekolah.. Keluar makan, dan macam-macam lagi. Emm.. ada juga yang berurusan di luar pejabat.

Then, sebelum tu, dalam jam 10 am.. ramai pegawai or kakitangan akan pegi kantin, minum pagi. Tak cukup dengan sarapan pagi sebelum mula kerja. Itupun, sampai jam 8 am.. sarapan jam 8.15 am.. Then jam 10 am keluar lagi. Dah tu jam 12.30 pm out of office lagi.. Huhuhuu.. Sori ya saya tak maksudkan sesiapa atau ada maksud apa-apa.. 

Ada masa, saya juga tak dapat elak dari terpaksa keluar masuk lambat.. Itu hakikat.. Saya pernah mengandung, yang pada masa tu memaksa saya berkali-kali ke klinik. Ambil masa pejabat. Nak cuti selalu tak boleh. Banyak kerja. Sampai di klinik minta time slip.. yang membuktikan saya menerima rawatan. Tapi kadang-kadang masa yang diletak di time slip pun hanya sejam lebih. Saya sampai di ofis lebih daripada masa yang ditetapkan dlm time slip.. Dah tak adil kan..

Kadang-kadang ada waktunya juga masa masuk ofis saya melebihi masa anjal yang dah ditetapkan. Kalau dari Papar, saya tak boleh nak elak jammed, walaupun dah turun awal. Syukur. Bos saya memahami. Beliau lebih mementingkan kualiti kerja berbanding hal-hal yang remeh. Tapi macam kat ofis abi Insyirah, tak boleh masuk ofis lambat lebih 5 minit pun. Sebab tu, kalau kami dari Petagas, abi Insyirah bertegas supaya tepat jam 6.30am mesti dah bertolak dari rumah. Huhu.. 

Kalau di tempat saya bekerja, if keluar pada waktu pejabat, mesti isi borang. Kalau lebih daripada 2 jam, akan dikira bercuti.. Nampak peraturan yang cukup tegas kan.. Tapi, tak pernah dibuat pun.. huhuhuhu.. Tapi kalau di pejabat abi, memang kena buat betul-betul. Dan abi Insyirah tak pernah berurusan di luar , pada waktu pejabat. Bukan senang. Kalau ada pun, dia akan pastikan yang urusan tu tak sampai sejam. Hehe. 

Bila dah satu-satu peraturan tu tak ditekankan, orang jadi tak teratur. Tak nak ikut peraturan. Bos jadi marah. Cakap staff naik kepala. Emm.. Ini apa yang saya nampak dan lihat sendiri. Bila staff dah kerap keluar pada waktu pejabat. Kerja pun jadi lambat. Yela.. macamana kerja nak jalan kalau asyik tak ada di pejabat. Akhirnya kerja tak siap-siap. Clien pun marah-marah. Benda yang ditunggu lama, tak progress langsung.. Ish..ish..ish.. Staf ne pun kalau ada di pejabat asyik main game, facebook or twitter.. Ish..ish..ishhh..

Yang ne nak salahkan siapa.. Bos or staff..? Ke ne masalah sikap setiap individu, tak kira bos atau staff. Sebab, yang buat hal dan buat kerja ne bukan di kalangan kakitangan bawahan saja. Bos pun ada tau. Malah hilang dari pejabat sampai susah nak cari lagi. Saya tak mengata sesiapa. Hehe.. Tiba-tiba pulak kan, hari ne story pasal budaya kerja di pejabat.

Act, tengahari tadi, semua orang kat ofis ne hilang.. Biasalah, urus anak, lunch.. dan macam-macam lagi. Time tengahari ne la orang ambil kesempatan untuk siapkan hal-hal rumah, hal-hal lain yang tak ada kaitan dengan kerja pejabat. Masa pendek je. Semuapun berkejaran. Mungkin sebab, stuck di perjalanan, atau memang urusan diorang ambil masa sikit so, tepat jam 2pm ofis masih lengang. Then, our bigboss buka pintu bilik dia, tengok jam 2.10pm, ofis masih sunyi. Muncung pun dah panjang sedepa haaa.. hehe. Lastly, jam 2.30 ofis masih lengang juga. Dia tanya, "pegi mana semua orang?" Gulp!! Saya buat tak dengar je.. Lagi pun saya fikir dia bukan tanya saya pun. Dia saja nak lepas geram tanya macam tu. Umum! Heheh..

Emm.. Baru2 dalam radio pun ada gak cakap pasal pekerja di Malaysia tak produktif. Haiii.. agaknya nak salahkan siapa ya.. Tepuk dada tanya hati, iman.. Ikhlaskanlah diri bekerja dan lakukan segala kebaikan sebagai satu ibadah pada Allah swt. Ikut peraturan pun ibadah juga. 

Sendiri mau ingat yaaaa.. eheh!

Saturday, February 23, 2013

guna aqal!

Assalammualaikum

Huh! menakutkan saja tengok tajuk. Hehe. Tiada apa pun. Dalam minggu ne, saya banyak tengok "drama".. baca akhbar, tonton berita, pasal isu semasa. Biasalah, kalau dalam berita di tv tu, sekarang ne dah tak ada lain. Politik segala. Tapi parlimen tak bubar2 juga kan.. kenapa eh.. Huu.. saja tanya buat tak tau.. 

Saya bukan nak cakap pasal politik di sini. Tak minat. Saya jarang bercerita pasal politik dengan kawan-kawan. Apa lagi nak berdebat. Dulu pun masa saya study, classmate suka cerita pasal politik. Ada juga lecturer yang asal masuk klas menyimpang ke politik. Huhu. Pasal tu waktu di U, saya kurang bergaul dengan ramai orang. Berkawan iyela.. share ilmu kongsi nota.. tapi saya tak banyak bercakap. 

Tapi ini tak bermaksud saya abaikan politik di negara yang saya cintai ne. Tak! Saya pun ada hak untuk tentukan nasib sendiri..nasib keluarga di negara ne. Tapi saya jarang nak berlebih2. Yalah karang dicakap darah muda pula kalau saya bantah. Kalau saya setuju dicakap bagai lembu dicucuk hidung pula. Heheh.. Saya ada pendirian dan fikiran sendiri.. Eh dah la.. bukan nak bagitau ne semua sebenarnya. Cuma...

Semalam saya online fb. Masuk laman home saja ramai betul orang cakap pasal politik. Sorang ne buat status yang tunjukkan dia pembangkang. Tengok orang komen, berapi-rapi.. Uuiii.. macam2.. Tapi saya ada terkesan sikit bila baca satu status oleh seorang pemuda.. Saya kenal. Cukup kenal. Kalau tak camana jadi fren kan. Emm.. saya jarang juga nak respon status orang. Dan tak adalah juga saya respon di komen status si pemuda ne. Tapi saya respon di rumah. Geram pun ada...

Ia berkaitan dengan isu BR1M.. Baru2 ne kan dah digembar-gemburkan kononnya ada seorang MB yang merangkap seorang ulama Malaysia ne cakap orang yang terima BR1M ne sama macam haiwan.. Saya dah tengok sendiri video tu.. Tak ada apapun.. Betul..  Oke tak nak komen pnjg2 pasal yang ne..

Cumanya, sang pemuda yang kononnya kacak dan bergaya ne serta dicintai ramai gadis lah agaknya kan.. buat status di fb dengan menghina, mengutuk, tak cukup dengan tu, memaki hamun, dengan perkataan-perkataan yang kotor, memasukkan nama binatang, sebut perkataan yang saya kira fikir panjang untuk sebutnya apatah lagi nak jadikan status di fb.. terhadap ulama yang saya kira cukup mulia di sisi Allah swt.. Subhanallah..

Apa dah jadi dengan "orang muda" sekarang.. Saya cukup terkilan bila baca status tu.. Macam mana agaknya di boleh sampai hati taip perkataan tu semua hanya kerana perkara yang dia tak selidik dan kaji habis2.. Saya bukan nak bercakap pasal saya sokong parti apa atau menteri mana.. bukan.. cuma saya sedih dengan sikap sesetengah anak muda.. yang TAK GUNA AQAL dan tak BERFIKIR PANJANG bila bercakap tentang sesuatu perkara. Apa lagi kalau yang menghina ne cukup cetek pengetahuan agamanya.. sedih bila dia dah malukan dirinya sendiri.. 

Apapun, saya tak nak lah emosi lebih. Saya kenal dia. Moga Allah beri petunjuk dan hidayah padanya. Saya tak banyak ilmu. Ilmu yang ada terlalu sedikit. Tapi dalam bercakap, saya sentiasa ingatkan diri..pelihara lidah, Mudah-mudahan Allah pelihara saya. 

Allahualam...

Thursday, February 21, 2013

Jaundis

Assalammualaikum

Petang ne ofis dah lengang. Sebab bosan sangat saya rindu nak blogging. 

Tengahari tadi saya lawat kawan yang baru 4 hari lepas bersalin. Rindu dengan kawan ne. Dan teringin sangat nak tengok baby dia, walaupun dah tengok dalam gambar. Tapi teringin juga nak angkat. Kawan saya ne, terpaksa ditahan dalam wad sebab anaknya tinggi kuning. Masa dia sms saya, bacaan bilirubinnya 316. Tekejut juga. Saya doa untuk mereka anak beranak. Moga Allah mudahkan segalanya. Dan moga ibunya tabah berhadapan dengan ujian kepayahan. Yalah. Baru 4 hari lepas bersalin. Orang kata luka pun masih basah lagi. Kena berpantang lagi. Tiba-tiba anak tinggi kuning dan terpaksa ditahan di wad. Kesian Ethel.. Moga dia kuat dan tabah.

Tadi, Alhamdulillah bacaan bilirubinnya dah turun sikit, iaitu 290 walaupun masih dikategorikan tinggi. Bila Ethel keluar sahaja dari wad (sebab pelawat yang selain daripada suami tidak dibenarkan masuk).. Dia menangis. Dan saya tak mampu tahan tengok dia nangis.. Huhu.. Saya faham kenapa dia bersedih. Saya pernah rasa apa yang dia rasa. Nak tau kuning tinggi atau rendah, kena uji darah. Imagine.. anak kecil yang baru berusia 4 hari dicucuk balik2 untuk ambil darah.. Dah habis tangan dia lebam cucuk kaki lagi. Huh! Dulu pun saya tak tahan tengok Insyirah kena cucuk hari2 sebab nak kena ambil darah.. Insyirah kena jaundis dulu pun lama juga. Lebih dua puluh hari. Macam nak dekat sbulan juga..

Oke, manatau kalau2 ada diantara pembaca blog ne ibu baru kan. Mari kita tengok apa yang saya maksudkan kuning atau jaundis ne...

Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkirkan melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin belum mampu memproses dan membuang  bilirubin dengan pantas dengan sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis berlaku.

Biasanya ia berlaku sejak hari pertama dilahirkan hingga hari ke empat mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor.

Risiko lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut :
1) Bayi lahir pra matang
2) Darah ibu dan bayi yang berlainan
3) Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
4) Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
5) Etnik Asia
6) Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

Fisiologi Jaundis
Merupakan jaundis yang sering terjadi pada bayi dan ia tidak merbahaya. Ia bermula selepas 48 jam dan akan beransur hilang pada akhir minggu pertama kelahiran. Jaundis jenis ini terjadi disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah dan keadaan organ hati yang belum cukup matang.

Patologi Jaundis
Ketidakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak. (Bila ibu mempunyai Rhesus negative atau kumpulan darah "o")

G6PD defisiensi pada bayi. Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Bagaimanapun tidak lebih dari 5% bayi mengalami masalah ini. Sekarang semua bayi akan diperiksa status G6PD nya sejurus selepas lahir.

Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Jaundis jenis ini bermula dalam masa 2 hari selepas lahir. Ini disebabkan oleh pemecahan sel-sel darah merah yang berlebihan akibat ; 

Sebab Jaundis Berpanjangan.. 
Jaundis dianggap berpanjangan jika keadaan kekuningan berlanjutan sehingga 14 hari bagi bayi cukup bulan dan 21 hari bagi bayi pramatang. Ini disebabkan oleh :

- Penyusuan susu ibu sepenuhnya (breastmilk jaundice). Jaundis yang berpanjangan ini tidak merbahaya selagi ibu tidak mengambil ubat-ubatan tradisional.

- Penyekatan aliran hempedu dari hati ke usus yang akhirnya menyebabkan najis yang pucat dan air kencing yang pekat. Bagaimanapun kes ini jarang terjadi.

- Kekurangan hormon tiroid. Kes ini sangat jarang, 1/ 4000 kelahiran. Melalui program saringan kebangsaan, semua bayi yang lahir akan dilakukan pemeriksaan saringan menggunakan darah tali pusat.

Oke.. dah tau kan makna jaundis tu.. sebenarnya semua bayi yang lahir tu akan da jaundis/ kuning ne. Yang membezakannya tinggi atau rendah kadar bilirubin dalam darah. Kadang-kadang jaundis ne ikut darah juga..

Saya share antara amalan yang perlu dilakukan selama mengandung yang berpotensi untuk elak jaundis..
1) Rajin-rajin makan kurma. Tak kira sedari awal usia kandungan atau sedari usia kandungan 6 hingga 9 bulan.
2) Amalkan makan/ minum jus pegaga
3) Amalkan minum susu kambing
4) Jangan makan makanan segera, mee segera
5) Elak minum kopi dan teh
6) Jangan ambil herba
7) Amalkan pemakanan sihat
8) Rajin2 baca Quran dan doa2 amalan semasa mengandung
9) Sentiasa bersikap positif, tenang, lapangkan dada.. jangan stress..

Senbenarnya ada banyak lagi maklumat pasal jaundis ne. Saya pun mengkaji juga. Kalau nak tau lebih lanjut atau lebih maklumat cuba google lagi ya. Ini pun saya dapat dari sini..  Saya share setakat yang mampu saja. Moga bermanfaat untuk kita semua.

Dulu Insyirah pun lambat turun kuningnya. Bila baca maklumat di atas dan info dari web lain, nampak macam Insyirah kena breastmilk jaundice kutt.. Sebab sedari dia lahir saya tak pernah campur susu. Waktu tu ramai juga yang nasihatkan supaya campur susu fm, jaundis akan turun. Sebab selagi bagi susu ibu jaundis tak turun2. Ramai yang share pengalaman diorang buat macam tu berhasil. Tapi saya tetap percaya pada khasiat susu ibu yang Allah cipta. Saya tetap bagi insyirah susu terbaik di dunia tanpa bercampur sikit pun. Syukur Allah maha adil...

Allah itu bertindak mengikut pandangan kita terhadapnya. Saya yakin. Lama2 Jaundis Insyirah turun juga. Alhamdulillah dia sihat saja..

Dan mudah2an Ethel juga kuat dan tabah..
Allah pelihara sahabat saya Ethel dan anaknya Aniq Dzaquan..
Aminn..


Salam sayang..

kredit ifo dari cpintrass.com

Tuesday, February 19, 2013

tak sihat

Assalammualaikum

Kemarin, cerita pasal Insyirah yang tak sihat... Alhamdulillah dia dah baik.. Dah mula aktif balik.

Hari ini.. saya pula tak sihat.. Awal pagi dah muntah.. Gastrik mula naik.. Saya jadi tak selera makan. Semalam lagi sebenarnya badan dah mula panas.. Tapi saya paksa saja diri pegi keja. 

Sampai di ofis.. saya tak boleh buat kerja langsung.. Badan menggigil. Leher panas. Mual!! Saya rehat satu hari di surau. Nasib baik bos memahami.. 

Dah rehat lama, sekarang baru nak oke dah.. Syukur, tak lama. Saya dah masuk pejabat. Tapi minda saya jadi kabur. Tak tau nak mula kerja mana satu lagi. Aduh! 

Jadi saya pun tulis blog.. Cerita pasal diri dan anak.. Heeee..

Agaknya dah nak start dah.. huhu.. =)

DILEMA IBU : anak & kerjaya

Assalammualaikum

Saya yakin, ramai ibu-ibu di luar sana yang bekerja. Macam saya juga. Bukan mudah nak bagi masa sebagai seorang ibu yang bekerja. Tapi bagi saya, anak itu penting. Lebih penting daripada kerja-kerja yang ada di pejabat.. 

Ooppss.. Jangan salah sangka. Itu bukan bermakna dah ada anak, kerja di pejabat kita abaikan. Kalau macam tu lebih baik resign kan. Kena berfikir dan bertindak bijak. Bukan ikut hati dan perasaan semata. Saya hanya ibu bekerja yang baru. Memang, kerja dari bujang lagi. Tapi bila dah ada anak, saya ada tanggungjawab lain dah. Anak tu.... tak boleh diabaikan.. Bila anak sakit saya akan bercuti. Ya, keputusan saya tegas. Saya gunakan keistimewaan yang dah dibagi oleh majikan untuk bercuti semata-mata nak jaga anak saya. 

Waktu anak sakit, dia perlukan ibunya dan orang yang dia sayang supaya sentiasa dekat dengan dia. Anak saya belum boleh bercakap dan bagitau semua tu, tapi saya yakin apa yang dia inginkan kerana saya ibunya. Abi Insyirah juga selalu mengingatkan.

Bermula isnin lalu, Insyirah demam. Kesian dia. Anak-anak kalau demam mesti jadi manja. Insyirah pula, kalau dah tak sihat, dia kuat menyusu. Tak nak botol. Nak badan juga. Saya ambil cuti. Tak boleh hantar dia ke Nursery. Di taska ramai lagi budak yang nak dijaga. Insyirah yang sakit mesti nak perhatian lebih. Saya dan abi Insyirah bawa dia ke klinik. Rupanya Insyirah kena tonsel. Aduhai kesian dia. Patutlah tak nak makan. Nasib baik dia masih nak menyusu. Cuma bila dah petang-petang sikit, dia dah mula tak nak terima apa-apa makanan dan minuman termasuk menyusu. Mesti sakit kan. Kita yang dewasa ne pun tau macam mana rasa sakitnya tosel tu, apatah lagi baby.

Esoknya, (selasa).. Saya dalam dilema. Tak boleh cuti. Sebab ada kerja yang saya kena buat dan siapkan. Kena hantar hari tu jugak. Saya jadi risau. Tak tau macam mana nak buat. Abi Insyirah juga kaku. Saya tak harap dia bercuti. Sebab saya faham kesibukannya dalam kerja. Lagipun saya tau, saya sedar memang saya lah yang kena bercuti.

Akhirnya saya buat keputusan. Saya pegi kerja awal pagi. Saya minta jasa baik guru di taska supaya tengokkan Insyirah sekejap. Saya akan balik sebelum tengahari.

Sampai di pejabat, saya abaikan sarapan. Saya minum jugak tapi tak lalu nak makan. Then, saya buat kerja. Alhamdulillah, banyak yang saya dah siapkan minggu lalu. Tinggal nak touch up skit saja lagi. Dalam jam 9.30, kerja saya siap dan terus hantar. Saya tak lupa double triple check! Hehe.. Dalam jam 10.00, saya minta tolong driver hantarkan saya ke terminal. Saya mesti sampai ke taska sebelum tengahari. Dan alhamdulillah, rupanya abi Insyirah dah ambil Insyirah awal2 lagi. Saya sampai dalam jam11.00.. Terus peluk Insyirah.

Saya tak lupa macam mana dia hulurkan kedua-dua tangannya minta diangkat. Heheh.. geram!! Dia memang manja..

Syukur, menjelang petang.. Demam Insyirah dah pulih. Dia dah boleh terima makanan, minuman dan susu..

Alhamdulillah...

Thursday, February 14, 2013

jadilah....

Assalammualaikum

Tadi bercerita tentang kehidupan dengan ayahanda tercinta waktu on the way balik keja. Saya ikut dia balik papar, beberapa hari ne kami stay papar. Rindu, lama dah tak tidur rumah ayah bonda di papar.

Emm..
Kata-kata bapa yang paling menusuk ke dalam hati saya..
"Kita hidup ne, untuk menghadapi ujian dan demi ujian.. Diatas kita, Allah uji. Dibawah pun kita Allah akan uji.. Tinggi kedudukan kita, Allah uji.. Rendah pun kedudukan kita Allah tetap akan uji."

Mungkin sebab saya dan bapa bekerja dalam satu jabatan yang sama tanpa kami rancang. Banyak perkara telah berlaku sama ada dalam atau luar jangkaan. Kedudukan saya dan bapa dalam jabatan juga berbeza. Bapa kakitangan lama di pejabat saya. Antara yang paling lama. Dia dah berkhidmat lebih dari 30 tahun. Tidak dapat dinafikan kedudukannya dalam jabatan juga antara orang yang penting. Banyak yang saya belajar dari dia. Bukan pasal kerja. Tapi tentang perjalanan kehidupan. Ada waktunya dia bercerita dengan ayat-ayat kiasan. Saya sedaya cuba memahami. Rupanya banyak dah dia lalui. Bapa sudah berusia 58 tahun. Sudah terlalu tua untuk terus pegang fail dan dokumen dalam bilik berhawa dingin. Itu kata-katanya sendiri. Dia ingin berehat. 

Banyak yang kami kongsi bersama. Walaupun ada antara ceritanya hanyalah dengan kata kiasan yang berlapik. Ada kisah sedih yang masih dia simpan. Mungkin kerana saya kenal ramai orang yang dia juga kenal.. jadi dia masih menjaga setiap ayat dan jalan cerita bila bercerita dengan saya. Kadang-kadang dia cuba fahamkan saya tentang kedudukan dalam kerja..

"Ramai orang yang di atas, suka dengan kedudukan mereka. Jawatan tinggi. Gaji besar. Orang pun respect. Pegawai lah katakan.. Tapi tak semua tu boleh buat kerja mereka. Tak semua mampu jalankan amanah Allah."

Dia tidak maksudkan sesiapa. Hanya sekadar mengingatkan saya..

Saya faham..
Dia mula penat untuk terus duduk di kerusi besar dalam sebuah bilik berpenghawa dingin.. Menjadi orang berkepntingan sehingga satu masa dia boleh dissanjung tinggi orang dan bila-bila masa dia boleh dicaci, dihina dan dipandang serong oleh sesiapa sahaja.. Itu ujiannya..

Kasihan bapa..

Kata terakhir yang saya akan ingat..

" Ada orang tidak mahu jadi rumput di bumi, nanti dipijak-pijak.. Maka berusaha untuk jadi pokok yang tinggi, supaya orang tengok pun perlu dongak lagi.. Namun, pokok yang tinggi, akan ditiup angin yang kuat.. Kalau tak tahan, boleh patah..
Jadi, kalau takut ditiup angin yang kuat, jadilah rumput dibumi.. Biar dipijak.. Takut dipijak jadi pokok balik.. Pilihlah.. nak jadi yang mana.. atas bawah ada ujiannya.. Tak boleh lari.. kena hadapi..!!


Salam Sayang..

Tuesday, February 12, 2013

10 month breastfeeding with insyirah...

Assalammualaikum

Sekarang dah jarang betul layan blog dan fb.. adalah juga tapi sekejap2 saja. Kalau buka pun tak berupdate..

Keadaan saya sekarang makin baik. Cuma, ada beberapa perkara yang buat saya risau. Ya.. risaukan insyirah.. dan keadaan diri. Sebenarnya ada benda nak share. Tapi saya kira belum sampai masa yang sesuai. InsyaAllah.. bila tiba waktunya saya akan bongkarkan satu rahsia.. ngeheheh.. Macamlah hal besar sangat. 

Emm.. nak citer apa lagi eh.. Oh ya lama tak update pasal penyusuan anak kesayangan saya tu.. 

Syukur alhamdulillah.. Insyirah masih menyusu susu umi sepenuhnya sehingga saat ini dia sudah berusia 10 bulan 3 minggu dan 3 hari.. hehe. Lagi dua bulan nak masuk setahun dah anak umi.. Insyirah pun setakat ne tak ada masalah makan. Kadang-kadang pandai minta roti sendiri. Gud girl.. ^_^

Banyak perkembangan dia.. Di usia 10 bulan, dia dah mula melangkah di hadapan mata saya.. Dia dah boleh berdiri tanpa bertiti.. Sebenarnya dia dah boleh jalan.. saya yakin. Sebab dah beberapa kali dia melangkah lebih dari 3 langkah dalam keadaan tak sedar. Bila saya tunjuk yang saya excited terus dia jatuh. Kata mama dia masih takut2 tu.. Dulu kaka qisya dia pun macam tu juga.. 

Insyirah tetap masih manja. 
Setiap hari saya masih rindukan dia..
Rasa nak saja cepat sampai rumah jumpa Insyirah umi..

#saja-saja hilangkan bosan @ office!

Thursday, February 7, 2013

niatlah untuk ibadah...

Assalammualaikum

Lama sangat dah tak tulis entry. Beberapa minggu/ bulan ne memang saya sibuk sangat. Bermula dengan kerja pejabat yang berlambak. Then, keadaan yang menimpa saya dan keluarga.. Tu yang tak banyak masa nak buka blog.. Kalau buka pun sekejap saja. Tak sempat nak update apa2. Kalau nak update juga tak boleh panjang-panjang... 

Tiba2 rasa rindu pula nak menulis..menaip.. share cerita.. ^_^

Ne nak story la ne.. 
Tadi, saya ke LHDN. Nak setem duti perjanjian peminjam. Masa mula-mula buat kiraan untuk setem duti pinjaman tu, saya dibingungkan dengan gerak kerja 5S. Hah.. baru nak ber5S pejabat saya ne. Hehe. Jadi kerja tu dah bercampur baur dah. Saya double check sblum gerak. Hmm.. double check la sangat!. Memang saya bingung sikit. Mengeluh pun ada. Tambah lagi saya kena pergi dengan kereta sendiri, sebab driver tak ada. Tak apa, saya tak kisah. Saya redah je.

Then, otw nak pegi LHDN tu, saya ikut jalan masuk yang songsang. Terdetik juga dalam hati. Saya sedar apa yang saya buat salah. Saya akan menyusahkan orang lain nanti, atau mungkin perjalanan kerja saya akan jadi rumit pula.. Saya jadi risau.. Tapi saya teruskan juga. Tawaqal.

Setiba di bangunan LHDN, melalui Jalan Sang Kancil tu, haaa.. betul.. kereta dari arah yang bertentangan berbaris sepanjang2nya. Tak bagi saya pluang untuk buat jalan songsang.. huhuu.. Ne la akibatnya. Tuhan bayar cash dengan saya. Asyik nak kelam kabut saja. Dah terang2 salah ikut jalan yang bertentangan.. Aduhaii.. Akhirnya saya park ditepi jalan dengan arah kereta yang bertentangan dengan jalan dan kereta dihadapan. Lagi saya tawaqal. Janji perjanjian saya siap di setem duti. Habis cerita!

Then, saya masuk dalam bangunan LHDN. Alhamdulillah, saya tak tunggu lama. Belum panas punggung duduk di ruang menunggu nombor giliran saya dah tertera atas skrin. Dengan penuh yakin dan semangat saya serahkan hampir 40 naskhah perjanjian di kaunter. Hah! nampak dah muka kerani kaunter blur!. Katanya, next tym limit 30 naskhah saja. Bawa banyak2 nanti buat kita stuck lama di lhdn ne. Huhu.. Sorry sayang.. next tym tak bawa banyak2 lagi ya.. Nasib baik dia cakap lembut. 

Saya ingat itu saja masalahnya. Saya ambil tempat duduk di ruang menunggu semula. Tak lama lepas tu, nama saya sebagai pembawa dokumen dipanggil. Errkk.. takkan begitu sekejap dah habis setem..huhu
Rupanya, saya tak jumlahkan kesemua salinan pinjaman dalam borang.. Ya Allah! Tu la.. nak cepat saja.. Niat pun dah tak betul.. Nasib baik kerani tu bagus orangnya. Dia dah tolong kira dan isikan borang semula. Baiknya dia.. Moga Allah murahkan rezekinya dan mudahkan perjalanan hidupnya.. Amin. 

Pengajaran cerita ne..
Saya jadi malu.. padahal bukan baru pertama kali saya setem duti..
Saya sepatutnya lebih alert buat sesuatu perkara. Kena lebih teliti.. Hari ne tuhan tolong kita.. Esok lusa, takut kecuaian tu akan memakan diri kita pula..
Saya sepatutnya lebih relax.. tenang.. dan berlapang dada.. Walau dibebani dengan kerja yang begitu banyak..
Percayalah.. kerja yang banyak tidak akan kita anggap sebagai satu bebanan seandainya kita niatkan ia sebagai ibadah dan perjuangan ke jalan Allah swt... itu yang perlu saya ingat selalu.. Bukan asyik nak cepat siap saja...

Allah.. syukur KAU mudahkan.. 
Setiap apa yang berlaku.. pahit, manis.. semuany ujian yang disertakan Allah swt bersama hikmah..

Wallahualam..

Salam sayang..

Wednesday, February 6, 2013

Sunnah Rasulullah saw..

Ada apa dgn smua barang dibawa ne.... Susu kambing.. Kurma dan kismis..?? I hmmmm... :-)