Sunday, July 26, 2015

Mama Oh Anak - "cakap cakap"

Assalammualaikum

Ada ciput masa untuk update. Bukanlah saya update blog time rajin ya.. tidak.. tidak.. tidak.. masa itu sangat cemburu pada diri ini. Maka tidakla saya banyak masa ya kawan kawan. Eheheh..

Lepas entry aura bayu ramadhan ritu kan sebenarnya saya ada buat entry aura bayu ramadhan II, tapi ntah camana sudah taip panjang tak habis then masih dalam draft sampai skrg. Macam dah basi nak publish. Muehehe..

Oh btw.. harap tak terlambat lah nak wish SELAMAT HARI RAYA 1436 H... 2015.. Alahamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa sampai raya ke 11..

Bukanlah sebab sibuk beraya saya baru nak wish raya lepas 11 hari syawal. Hihi. Tahun tahun raya tak sama. Raya kali ne ada ujian lebih. Lain dari tahun sebelumnya. Tak apa. Allah swt uji kan tanda sayang.

Raya pertama sempat beraya rumah sedara mara di papar. Start raya kedua, abi sakit. Kesian. Padahal planning bukan main. Nak join konvoi family sebelah abi nak beraya sampai ke Lawas raya kedua tu. Allah uji abi migrain. Migrain yang kaw kaw kata abi. Huhu. Plan nak jalan lepas subuh. So. Jam 6 jangan cakaplah. Kitorang anak beranak sudah siap pakai baju lawa. Wangi wangi lagi. Siap sarapan awal lagi kau! Huahua... tiba2 abi lepas subuh baring jap. Kejap katanya. Sudahnya sampai jam 10 tak gerak2 then kami pun salin baju. Umi pakai kain batik balik. Kuikuikui. Kesian jugak abi. Memang tak berdaya masa tu. Petang waktu asar baru migrain hilang. Esoknya raya ketiga demam plak sampailah raya kelima. Ujian..ujian.

Berayanya memang tak kemana lah.

But now nak cerita raya tahun kedua dengan Furqan Harraz. Adoyai. Besar dah dia. Tahun lalu rileks je bawa dia kehulu kehilir diam diam. Umur masa tu baru 5 bulan..

Tahun ne masuk setahun 5 bulan.. ya Allah. Tak mau duduk diam. Tak ble lalai walau sekejap. Furqan.. furqan.. aishhh...

Bila dah jadi mak orang anak dua ne.. makin menggunung kesedaran bahawa payahnya jadi mak. Ujian kemain. Patutlah Allah janjikan balasan cash kalau derhaka dengan orang tua. Kan? Berani tak hormat mak! Bukan sedikit ujiannya. Automatik terus rindu mama di papar.. huaaa padan muka umi tu.. -_-

Bila anak kita hyper aktif, payah nak duduk diam. Azabnya nak mengejar dan melarang takut menyusahkan orang, atau mengkucar kacirkan majlis orang... maka apa harus kita lakukan.. kena lagi umur setahun jagung. Tak faham lagi bila kita larang dan marah. Adoi. Ujian tu.

Lebih tinggi tahap ujiannya bila orang tak mampu faham. Maka keluarlah ayat ayat cinta dari mulut mak nenek...

"Anak aku dulu tak macam ne. Elok je perangai dirumah orang"

"Patutlah mak dia kurus kering. Sebok kejar anak nakal ! "

Sob sob...

Lain pla ada yang kata...

"Budak tu tak cukup makan tu.. tak cukup kenyang. Tu yang hyper aktif"

Aikkk??? Pun bolehhh??

Atau..

"budak perangai macam ne nak kena jampi ne.. mesti cari orang yang pandai mandikan dia dengan jampi"

Belum masuk lagi...

"Dulu sapa yang urus tembuni dia hah? Agaknya yang urus tu tak tahu nak buat apa tu.. kan elok lepas urus tembuni dia menulis, anak tak lah nakal bagai"

Sampai gitu kau!

Haihhhh... lebih lebih lagi bila yang 'cakap cakap' tu 'orang lama'. Hihi...

Biasalah kan. Itu Fitrah. Namanya kita sedang melalui kehidupan. Ya. Fasa kehidupan. Peringkat kehidupan. Pada waktu ne.. mungkin ujiannya di sini. Ada makcik pernah warning saya tau. Hehe. Orang muda kena berpegang pada petua orang tua. Sebab petua ne lebih tua dari ilmu. Tu namanya 'PETUA' .. pendapat orang tua. Hihi

Apa apalah.

Benda benda macam ne. Nak bagi tips macam mana pun, kita takkan dapat elak. Kena lalui. Kena kuat. Kena sabar. Kata nak jadi ibu mithali. So.. kuatlah. Matanglah. Orang tak akan berenti becakap. Percayalah.

InsyaAllah. Bila kita selalu positif pada ujian Allah. Betulkan pandangan pada Allah swt. Kita akan mudah temui hikmahnya. Sebab setiap ujian yang Allah bagi bukan saja saja. Bukan suka suka nak sakitkan hati kita. Hihi. Bukan kah boleh jadi perkara yang kita suka tidak baik untuk kita. Dan boleh jadi perkara yang kita tak suka itulah yang terbaik buat kita.

Nak jadi mak mithali ne kena lalui macam macam. Anak aktif bukan salah kita. Jauh sekali silap anak anak. Macam tu juga anak yang tantrum. Mereka kan sedang melalui fasa pembesaran dan perkembangan minda juga. Sabarlah. Nak kecik hati cakap cakap orang ne takkan kemana. Kita positif saja. Allah swt tau apa yang terbaik untuk kita, anak anak kita dan keluarga kita. So. Pandangan dan penilaian siapa yang lebih penting?! Manusia atau Allah swt? Hidup mati kita untuk siapa?

Anak aktif dan kuat tantrum je pun. Normal. Tak adanya salah dan silap sesiapa disitu.

Hehe. Eh asal aku macama emo eh?

Takde. Kita share. Luahan yang membina. InsyaAllah. Manatau ada sesiapa yang turut mengalami the same case same issue.. so. Kuncinya sabar dan redha saja kan...

Maka mulai saat ne. Meh tatap wajah mak bapa kita. Bila stress dengan apa yang berlaku melibatkan kepayahan melayani karenah anak anak. Tengoklah dan tataplah wajah orang tua kita. Tengok diri kita pula.

Dah besar. Dah matang. Dah berjaya. Tak nakal lagi pun. Tu usaha siapa. Dan ketentuan siapa. Haaa.. usaha orang tua kita dengan izin Allah swt.

So be positif..

C u in the next entry.. daaa..

Salam sayang
Ummu Al-I syirah & Al-Furqan

Sunday, June 21, 2015

Aura Bayu Ramadhan (1436 H)

Assalammualaikum & salam 5 Ramadhan... 😊

Alhamdulillah.. atas kurniaan Allah swt, saya dan keluarga masih berpeluang merasa ramadhan dan berpuasa pada 1436 H... uhuhu... Macam entry ramadhan lepas... tiap kali sambut puasa memang ada satu 'rasa' yang.. tak tau nak explain mcamana.. Tapi rasa yang damaaaai sangat... 'Rasa' tu la juga yang buat kita tak sanggup ramadhan tu berlalu dengan cepat.. kalau abi insyirah cakap 'aura bayu ramadhan...' sebab tiap kali bulan puasa tu bagai ada satu hembusan bayu rasa ketenangan ditiup pada jiwa muslimin dan muslimat... aiceh ! ( eh betulla ! )

Betul cakap abi, bila kita lebih fokus pada amalan dan nikmati 'Rasa' yang damai tu, lapar dahaga jadi perkara kedua dalam fikiran. Walaupun kadang kadang pandai juga begurau dengan kawan kawan... teruji bila nampak gambar makananla.. ececeh. Belum hidu bau masakan lagi. Ahaha.. memangla. Terbayang bayang juga dalam kepala nak sungkai apa.. terliur nak makan itula inila.. hehe.

Ramadhan kali ne.. kami sekeluarga bertekad tak nak ke bazar... insyaAllah. Takut nanti jadi bazir. Mungkin tak la tak lalu sama sekali, tapi dikurangkan pada tahap maksima. Haha. Kalau tahun sebelum ne setakat pegi dalam 5 kali. Tahun ne paling banyak mungkin sekali dua je la centu.. atau kalau bole tak pegi terus lagi baik.. ngee. So santapan berbuka lebih kepada homemade. Air tangan isteri gitu ya.

Bahagia sebenarnya sambut ramadhan. Puasa sebulan. Betul. Jiwa lebih tenang. Kadang kadang tu kan, automatik di bulan ramadhan kita rasa nak sabar saja. Bila anak anak merengek, dan buat perangai.. tetiba macam mood nak marah atau mengomel tu stuck tanak kuar. Sharp masuk surau. Kelam kabut nak habiskan juzuk. Bila cerita cerita bab ne dengan abi, dia cakap.. Kuasa Allah yang wujudkan aura positif tu dalam diri manusia. Terpulang pada kita nak buat baik atau buat acuh tak acuh saja dengan semua tu. Allah. Rugi kan bila kita tak endah aura free yang Allah bagi.

Ramadhan ne la kita dapat lihat diri kita yang sebenar. Jangan kata bila kita mengumpat sebab syaitan nirrojim yang kacau. Syaitan yang poke poke suru burukkan orang. Hah.. ramadhan ne semua jenis syaitonnn masuk lokap pada istilah pasar nya ya. Hehe. Allah perintahkan hantu syaitan dibelenggu dan tak kacau manusia. So.. bila buat silap tengah bulan penuh barokah ne.. nak kata siapa yang lebih hantu ? Lu pike la sendri.. 😂

But its ok. Allah itu maha mengasihani. Inilah waktunya kita gunakan masa makan minum sebelum puasa dulu untuk muhasabah diri. Perit kan bila ingat silap dan dosa dosa kita. Nak fikir Allah terima ke tidak solat kita pun seram kan... Maka selagi pintu taubat itu Allah buka luas luas...isilah. Masukkan segala sesalan dan rintihan minta diampunkan tuhan.

Memang. Taubat itu bukan hanya dilakukan selama ramadhan. Tapi bulan ramadhan adalah bulan keampunan... ingat ya. Bulan ini sangat mudah kita beroleh keampunan dari Allah swt. Even orang yang meninggal dunia bulan ramadhan pun direhatkan dari azab kubur. MasyaAllah. Besar sekali nikmat ramadhan.

Ramadhan ada sebulan saja tau. 30 hari saja dalam setahun. Nak tunggu ramadhan taun depan.. Allah.. lamanya lagi.. sebelum hari demi hari berlalu.. maka sama samalah kita beringat ya.. moga Allah terima amalan kita bersama. Moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu pada ramadhan akan datang pula.

Ramai juga kawan kawan yang hijrah di bulan ramadhan. Ada yang sebelum ne free hair 1 ramadhan lalu dah berhijab. Alhamdulillah. Ada juga yang mula konsisten jaga solat. Pakai labuh. Allah. Besar sekali nikmat aura ramadhanMU  ya Rabb. Kerna aura itu bisa saja membuka hati hati manusia yang keras itu menjadi lembut. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Namun ia datang pada kita dengan banyak caranya. Ada yang Alah campak tiba tiba. Ada juga yang jenuh mencarinya tapi tak jumpa. Ada pula yang Allah sentap ditarik serta merta.. Allah. Yang last tu Nauzubillah. Moga Allah tidak palingkan hati kita setelah DIA beri kita hidayah...

Ramadhan tahun ne juga Insyirah suda mula mengerti sikit sikit tentang kewajipan berpuasa bagu umat islam. Bila dia nak suap makanan ke mulut ummi masa ummi bagi makan petang.. dia pandai ingat sendiri.. 'eh lupa.. ummi kan puasa' ehehe.. omeii..

Apapun  moga Allah terima amalan & ibadah puasa kita di bulan ramadhan ini. Sama sama kita mengejar redha illahi dan menuntut pahala berlipat ganda di akhirat kelak.. Moga Allah pelihara...

Oh ya. Furqan pula masih perlu jalani ujian darah. Doakan furqan berterusan ya...

Salam alaik... salam kasih dan salam ramadhan...

Ikhlas,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan 😊

Wednesday, April 8, 2015

Yang dikejar bukan dunia...

Assalammualaikum

Kadang-kadang bukan mudah nak hadapi 'orang'.. Bcoz they are unexpected! Kita berusaha nak jadi baik. Tunjuk air wajah baik. Senyum. Cakap yang baik baik. Kawal lidah. Kawal attitude. Kurang bercakap, banyak mendengar. Takut tersilap, kita banyak ikut rentak daripada cipta irama sendiri. Semuanya untuk buat 'orang' selesa. Tapi, namanya juga manusia. Kita cuba kawal diri. Manalah kita pasti orang suka ke tidak. Orang selesa ke tidak.

Kita tak mampu jangkakan kejadian-kejadian yang akan kita hadapi bila melibatkan tingkahlaku orang lain. Perkara yang kita anggap remeh mungkin boleh mendatangkan benci atau marah pada orang lain. Cara yang kita sudah biasa mungkin boleh buat orang menyampah, mual, tak selesa... Emhh.. Bukan kita jangka!

Biarlah 'orang' dengan perangai masing-masing. Laluan kehidupan sepatutnya sudah banyak mengajar kita bagaimana untuk menghadapi situasi diluar jangkaan bila melibatkan 'sikap orang'. Kuncinya, sabar, sabar dan sabar. Bila orang marah sabar. Bila orang perli atau sindir, sabar. Bila kita dapat tahu kawan baik bercakap buruk pasal kita dbelakang, sabar. Hanya sabar sematkan di dada. Sabar adalah kunci pahala dari Allah. Allah kasihan dengan orang yang sabar. Sabar kita juga mampu jadi senjata pada orang yang menyakiti kita. Percayalah. Hati kita milik Allah. Pasti sabar itu boleh jadi penghalang dari berlakunya sengketa yang lebih besar. Pasti sabar itu mampu meruntuhkan sifat syaitan yang wujud dalam diri orang dari terus menyerang kita bertubi tubi. Pasti sabar itu bisa menyatukan hati yang sudah lama menjauh... Tiada ruginya bersabar.

Sabarlah sampai bila bila. Bukan dunia yang kita kejar. Bukan pujian manusia yang kita harapkan. Tapi redha Allah swt yang membawa kita ke syurgaNya... Kita hidup untuk mati. Ibadah kita untuk ukhrawi.. Cukuplah.

Moga Allah redha.

Mencari secebis 'ikhlas' dalam diri..
Ummu Al- Insyirah walFurqan..

Tuesday, March 3, 2015

Diary Wad Furqan IV (Disease Revealed)

Assalammualaikum


Ada sedikit rasa 'lega' bila lihat perkembangan Furqan yang mula aktif sekarang. Kadang-kadang, kita rasa sukar bila anak kita terlebih aktif yang mana mungkin boleh membataskan pergerakan kita. 
Kadang-kadang sebab anak aktif sangat, kita berat nak gerak ke mana-mana. Takut jadi perhatian orang. Takut tak menang tangan. Tapi...

Adilnya Allah pada kita duhai ibu.
Anak aktif tandanya dia mengalami perkembangan yang normal.
Anak aktif tandanya dia sihat walafiat tanpa perlu menahan rasa sakit yang selalu menjadi kebimbangan kita.
Anak aktif tandanya dia mudah belajar setiap benda baru dan mahu mendalaminya.

Sewaktu furqan di wad, sungguh saya rindu senyumannya dengan gigi dua batang yang jarang susunannya dibahagian atas. Sungguh, saya rindu ketawanya yang 'over' atas niat menganiaya saya dan kakaknya. Huhu. Saya rindu gerak badan furqan yang suka melompat dan menari riang. Saya teringin lihat dia panjat katil hospital tu. Waktu tu saya rasa, "tak apa nak, buatlah apa saja, kalau furqan jatuh umi ada.." haihhh.... Sayangnya Furqan tiada daya, tidak bermaya.

Masuk hari ke lima dalam wad 
9 febuari 2015
Seorang doktor wanita india datang katil Furqan dan mula tanya saya. 

"mama dah tau kan pasal planning nak buat BMA untuk Furqan? "


"aah tau, tapi rasanya takla rush nak buat kan.."

"tapi kena bersedia dari sekarang, kena bincang dengan bapa furqan, sebab kita akan minta sain bila-bila saja"
Telan liur. 
Sejujurnya biarpun perkara ne sudah dikhabarkan pada kami sebelum ne tapi saya tak expect dorang akan tanya balik. Naluri saya kuat mengatakan ujian BMA tu tak perlu. Tak akan. Dan tak payah! Furqan akan sihat. Saya yakin Furqan akan keluar wad dalam waktu terdekat. 

Malam tu saya tak berenti google pasal pengambilan darah dari tulang sum-sum.. Macam mana prosedurnya, sejauh mana ia boleh berjaya, side effect untuk jangka masa panjang, jangka masa pendek.. 
ahh.. Macam macam lah..

Lepas tu, saya tak stop situ... Buka lagi web pasal leukimia.. Pneumonea, anemia, talesemia, darah merah, darah putih, platelete.. Denggi, Paru paru berair, paru2 bernanah.. Macam-macam lah. Sebab doktor syak mungkin paru2 furqan berair, mungkin juga ada nanah.. 

Allah..

Apesal case note furqan complicated sangat... Kenapa banyak sangat jenis penyakit dalam tu... Ya Allah..
Saya da tak tahan... 
Ah air mata kalau nak jatuh, jatuhla.. Wad dah gelap, tak da orang nampak.. Isk..



10 Febuari 2015
Ujian darah Furqan untuk yang entah sudah kali ke berapa keluar. Darah merah drop lagi. Ya Robbi..
Tapi.. Sel darah putih dan kuning maintain. Tak naik tak turun. So, ujian BMA bukan jadi pilihan untuk waktu ne. Syukur. Saya dah risau doktor-doktor tu bawak surat minta sign. Gerun!

Entah kenapa tetiba mulut saya ringan saja tanya doktor pakar yang tengah belek case note Furqan..
"er.. Doktor, kenapa masalah darah anak saya nampak rumit sangat... Sebelum ne kan dia disahkan denggi, so, mungkinkah masalah bacaan sel darah dia drop tu disebabkan denggi atau mungkin jangkitan kuman yang dia alami tu" 
huhu.. Saya harap doktor tu akan cakap "aah ya tak ya juga kan.. Pandai kamu mama furqan" haha..

Malangnya.. 
" no mam. This is not about dengue fever anymore".

What?!! Hah tula kau pandai2 nak ajar doktor.. Kalau semudah itu tak la dorang grade jadi specialist kan.. Aduu abis tu apadia...
Doktor pun jelaskan panjang lebar, kalau setakat denggi, ia hanya bla..bla..bla.. Tapi ne semua sel darah merah, kuning, putih drop.. So, kalau lepas ne drop jg kena buat BMA..

Saya angguk bukan sebab setuju sangat.. Tapi tanda berat untuk terima kenyataan yang menyakitkan.... Tapi Allah ada.. Apapun ujian, kajian dan penemuan para doktor, semuanya atas izin Allah. Furqan sakit atas izin Allah.. Dan saya yakin DIA bisa beri kesembuhan buat furqan juga..

11 Febuari 2015
Furqan da boleh bangun dan duduk. Dia sudah mula mahu makan. Walaupun masih belum mampu senyum, tapi saya dah mula puas hati. Alhamdulillah. Satu hari dia tak demam.

Disebabkan perkembangan yang mendadak tu, furqan boleh pindah wad. Tak perlu dah pakai wayar kaler traffic light. Tak perlu sambung oksigen.
Seringkas itu..
Ajaibnya kuasa Allah. I told u.. I told u...

12 Febuari 2014
Furqan makin aktif. Makin banyak makan. 

Ujian darah seterusnya...
"Mama, radang hati yang furqan alami dah ok sikit tapi masih perlu ujian darah lagi.."
Then, guess what..

What doc.. What??!!
Semua bacaan sel darah Furqan naik sikit.. Tapi sikit je..
Allah.. Allah.. Allah...
Biarlah sikit saja doktor.. Janji tak buat BMA.. InsyaAllah furqan sihat. Furqan akan sihat.. Mari doa sayang, manatau esok kita boleh pulang...


Bahagia. Alhamdulillah. Walaupun kepala masih pusing...
Apa sebenanrnya yang telah berlaku pada kamu furqan...
Tiada yang mampu mengubah kuasa Allah...

Dan keesokannya, 

13 Febuari 2015
Seorang doktor wanita cina yang agak berusia datang kepada saya dan abi Furqan... Kami difahamkan, beliau adalah doktor pakar jangkitan kuman...and the disease revealed...

Furqan disahkan mengalami penyakit Pneomococcal daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae.

Terkejut?
Pernah dengar pasal penyakit ne kan.. Pernah baca kisah Puan Erina yang kehilangan permata hati mereka yang pertama  disebabkan sakit pneumokokal ini kan.. 

MasyaAllah. Bila kalian terkejut. Terkedu. Terkilan.. Bagaimana pula saya? 

Pneomococcal boleh kena pada paru-paru atau selaput otak. Dan Furqan alaminya di bahagian paru-paru.

Kalian. Penyakit ini tidak seringkas yang saya fikir ketika membaca kisah Puan Erina. Allahuakbar. Doktor sendiri cakap, Lucky Furqan dapat rawatan awal. Memang. Bakteria ini sangat sedang kebal antibiotik. Selama di wad, masuk hari keenam barulah panas badan Furqan beransur kurang. Dan itu selepas percubaan memasukkan 4 jenis antibiotik  dalam badan Furqan. Antibiotik terakhir adalah Cefeipim. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang saya peluk cium Furqan hingga saat ini. 

Sehingga hari ini, Furqan masih perlu menjalani rawatan susulan. Masih perlu menjalani X-ray dan pengambilan darah untuk melihat perkembangan paru-paru, hati, HB, dan lain-lain. Daripada penyakit Pneomococcal ini, bahagian hati dan sel darah Furqan turut mengalami masalah. Pasti kalian pernah terbaca di mana penyakit Pneomococcal ini mampu bagi kesan yang serius terhadap organ dalaman penghidapnya kan. Nauzubillah. Syukur Furqan makin pulih. Makin aktif. Tapi perlu pemantauan dengan lebih peka.  

Sewaktu di hospital, Furqan ada jugak jalani X-ray beberapa kali dan ultrasound. Masa saya dah tau penyakit Furqan terus google pasal Pneomococcal. MasyaAllah. Buka ja terus nampak contoh gambar paru-paru penghidapnya. Sama sebiji macam X-ray paru-paru Furqan. Sebelah kiri Putih habis. Doktor kata akibat infection yang dah tinggalkan parut. Sel darah Furqan juga mungkin akan ambil masa berbulan bulan untuk pulih balik.

Bagi saya ini satu keajaiban. Bila baca simptom penghidap penyakit Pneomococcal. Allahuakbar. Semuanya ada pada Furqan masa tu. Subhanallah. Besar hikmahnya bila doktor bongkarkan beberapa jam sebelum kami dibenarkan dischagre, kalau tidak agaknya nak pengsan kut saya depan doktor. huhu.

Hari yang sama kami dibenarkan pulang selepas masuk dos antibiotik Cefeipim yang terakhir. Tapi perlu  datang 7 hari selepas itu sehinggalah hari ini. HWKK dah jadi macam second home kami da... Tak pa senyum ja. Furqan makin pulih. InsyaAllah.

Oh ya. Kita sempat kena bawa consult pasal vaccination. Dr. Chin la tu. She asked us to give immunizations to our child, immediately. At least lepas Furqan sembuh.

Sebab happy sangat Furqan dah boleh balik dan nampak perkembangan Furqan yang "nafas dah tak laju" (hehe) so kita senyummmmm lebar je banyak-banyak. Bersyukur. Allah.. Allah.. Allahuakbar. Semuanya atas izin Allah.

Banyak sangat hikmah dan pengajaran buat saya, Abi, Insyirah & Furqan atas ujian Allah ini. Allah maha adil. Ujian yang kita hadapi bukan untuk kita ratapi. Tapi untuk kita cungkil, cari, dan gali hikmah disebaliknya. Sebab hikmah itu jauh lebih indah. Lebih membahagiakan bila kita redha. InsyaAllah.

Kalian doakan kesihatan Furqan berterusan ya. Beliau masih di bawah rawatan pakar. Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya buat beliau.



Thank you for reading this entry

Thursday, February 19, 2015

Diary Wad Furqan III

Assalammualaikum

Walaupun sudah hampir seminggu Furqan bebas di rumah, tapi saya jadi 'terlebih peka' pada pergerakannya dan setiap apa saja yang dia lakukan. Begitu juga Insyirah. Even dorang batuk waktu tidur pun saya lari masuk bilik tengok. Letak tangan atas dada diorang. Fuh. Bimbang.

I have learned so many difficult things but also have important lesson. Once a kid comes into the world, the calculus of daily living cough up new equation. Titik !

Satu-satu pasal bayi sampai dorang jadi toddler kita kaji. Saya setuju bila ada fakta mengatakan seorang ibu boleh jadi lebih hebat dari saintis dalam bab kaji mengkaji, searching, googling.. KAN..

Terutama bila anak kita jatuh sakit. Pastu semua jenis penyakit kita google. Tak cukup dengan maklumat Internet siap beli buku lagi. Biarpun nampak satu titik benda ganjil pada kulit anak dah panik. Padahal nyamuk gigit je pon. Pastu terus google, lotion apa yang sesuai sapu pada kulit anak.. Brand apa, harga brapa boleh dapat dimana.. Berapa lama tanda merah tu boleh hilang. Kan..

Tulah, jadi mama terus terbatuk dari zaman 'senang lenang' kan... Tapi best kan.. Kan.. Naluri tu kan dari Allah.. Hebat kuasa pencipta kita, masyaAllah.

6 febuari 2015

Hari kedua Furqan dalam wad. Keadaan Furqan semakin membimbangkan. Furqan nampak sangat lemah. Nafas laju sehingga doktor arahkan supaya Furqan diberi bantuan pernafasan melalui oksigen. Dah pakai benda tu cantik sikitlah bacaan spo2 furqan. Huhu. Masa ne, saya memang tak mampu senyum. Tahap 'risau' yang tinggi. Doa dan tawaqal. Memang. Tapi saya tak mampu tipu diri. Saya sebak tengok keadaan Furqan.




Dia hanya bangun untuk menyusu, itupun masih menggigil. Makan apa pun tak mau. Syukur dia masih boleh terima susu ibu. Subhanallah. 

Satu satu doktor datang cek. Dari houseman nya, doktor senior sikit, then pakar datang cek. Menjelang tengahari, Furqan pindah bilik. Bilik depan sikit. Mengikut ipar saya yang kerja sebagai nurse di sana, kalau dah pindah bilik kat depan tu, kira kes berat sikit. Mean, perhatiannya lebih, perlu pantauan yang lebih rapi. Kedudukan bilik pun sangat dekat dengan NICU. Saya dah dupdap dupdap...  tetiba pasang wayar dah. Kaler trafik light plak tu. Hijau, Merah, Kuning... Yang ne untuk pantau bacaan jantung, spo2 dan paru-paru ka hati ntah.. tak ingat.

Dan Furqan masih begitu...

7 Febuari 2015
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA FURQAN...
Sebak. Tapi saya redha. Si kecil Furqan tentu lebih kuat orangnya... InsyaAllah. Furqan sambut hari lahir di wad. Dalam keadaan satu badan berselirat wayar. Kasihan. Entah kenapa. Tarikh ini juga satu demi satu perkhabaran kondisi kesihatan Furqan doktor terangkan satu per satu. Rumit.

Furqan disahkan doktor mengalami jangkitan paru-paru. Jenis kuman, virus atau bakteria belum dikenal pasti lagi. So darah demi darah masih diperlukan.

Furqan juga disahkan mengalami radang hati peringkat awal (Hepatitis) yang mungkin berkaitan dengan jangkitan paru-paru yang dialaminya. Subhanallah.

Furqan juga mengalami anemia (hb rendah) yang agak kronik. Ok, perkataan 'kronik' tu saya jumpa dalam case note depan katil. #curicuribukadanbaca sebab saya sebak... tak sanggup labelkan penyakit furqan sebagai "kronik". Nauzubillah.

Selain itu, bacaan untuk darah putih dan kuning (platelet) Furqan juga sangat rendah. Doktor simpulkan Darah Furqan tidak normal. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.

Tiba-tiba, dalam keadaan tidak percaya, Hari yang sama, tapi pada waktu dan saat berbeza, seorang doktor masuk dan khabarkan pada kami lagi bahawa ujian darah untuk denggi, positif. Ya.. POSITIF!

Sebelum ini, doktor sendiri menjangkakan tidak mungkin Furqan mengalami denggi, disebabkan tiada tanda bintik merah melainkan demam panas yang lama.

Namun saya redha... Bila mana Allah menetapkan sesuatu takdir pada hambaNYA, maka ketetapan itu pasti akan berlaku.

Doktor yang mula-mula "buka buku" kes Furqan, cuba tenangkan saya. "Sabar mama... Furqan sakit kuat. Mama juga kena kuat". Saya senyum. Itu saja yang mampu saya lakukan masa tu.

Kamu terlantar dan berselirat wayar di hari lahirmu Furqan... Furqan juga telah melalui proses blood transfusion. Tapi selepas hampir sejam, proses pemindahan darah terpaksa dihentikan kerana suhu badan Furqan naik mendadak.

Selepas proses pemindahan darah, bacaan HB Furqan cuma naik sikit saja. Masih belum melepasi tahap 'anemia'.


8 Febuari 2015

Doktor masih nak ambil darah Furqan. Ujian demi ujian perlu dilakukan. Kasihan kamu Furqan.

Beberapa jam selepas ujian darah dilakukan, seorang doktor pakar (kalau tak silap saya mengikut ipar, pakar darah ke apa.. lebih kurang gitulah ) bertemu saya dan Abi Furqan.

Pertama beliau khabarkan demam denggi yang dialami Furqan beransur pulih. Waktu tu laju lidah saya ucap Alhamdulillah. Syukur. Kedua beliau khabarkan, bacaan HB, sel darah putih dan kuning Furqan turun lagi. MasyaAllah. Saya diam. Abi juga diam. Tapi saya perasan suhu panas badan Furqan bermula 8 Febuari sudah mula berkurang. Setiap malam saya tak tidur lena sebab kena pantau suhu Furqan. Mana ada orang boleh tidur lena di hospital. Tak kira orang sakit atau penjaga. Saya kena jerlum Furqan dengan air suam untuk turunkan suhu panas nya.

Menurut doktor lagi, keadaan Furqan tidak ubah seperti penghidap talasemia kerana bacaan sel darah yang menurun terlalu cepat, malah baru beberapa jam selepas satu-satu ujian darah dilakukan. Tetapi terlalu mustahil bila latarbelakang keluarga bukan tergolong sebagai gen pembawa, minor atau langsung tiada kaitan dengan talasemia. Dan beliau terang-terang mengatakan ujian tidak menunjukkan Furqan kekurangan ion dalam badan. Maka, sekiranya keadaan mendesak, Sel-sel Darah Furqan masih mengalami penurunan mendadak, dan mereka juga perlu cari jawapan terhadap masalah darah Furqan, ujian BMA atau pengambilan darah daripada tulang sum-sum akan dilakukan.

Allahuakbar. Saya terkedu. Abi juga diam lama. Suasana sepi. Dan doktor cuba menenangkan kami. Doktor kata, ujian tersebut boleh bantu pastikan penyakit yang dialami Furqan dan SEANDAINYA ujian mampu menunjukkan yang Furqan MUNGKIN mengalami KANSER DARAH (LEUKIMIA), rawatan susulan boleh dilakukan dari awal.

Allahuakbar.




Furqan mengalami dua permasalahan sakit yang berbeza.

Punca demam tinggi yang berpanjangan akibat jangkitan VIRUS yang masih belum diketahui dan...
Masalah darah yang masih menjadi tanda tanya pakar perubatan sendiri...


TBC

Sunday, February 15, 2015

Diary wad Furqan II

Assalammualaikum

Being a mom is a wonderful "gift" from Allah swt...

...hadiah yang juga merupakan amanah dan ujian...

Baru sekejap saya jenguk Furqan yang sedang tidur dalam bilik. Saya perhatikan degupan nafasnya. Alhamdulillah, seperti sebelum dia sakit. Nampak normal dan tidak laju. 

Saya masih ingat di waktu mula-mula jadi "ummi". Insyirah adalah pembuka legasi saya dan suami. Bila anak tidur, saya asyik perhatikan nafas mereka. Pernah tak ibu-ibu semua rasa apa yang saya rasa. Kita tengok nafas mereka, pastu ada rasa macam.... "anak aku masih hidup ka.. masih bernafas ka.." mihmih.. Kalau tidak, mungkin saya yang ter"over" psiko.. ngikk!!

Sampai macam tu sekali kebimbangan dalam naluri ibu yang Allah bagi kan...

5 Febuari 2015
Allah takdirkan Furqan masuk hospital, kali kedua. Sebelum tu Furqan pernah ditahan di wad kuning sewaktu 3 hari kelahiran. Pasal tu pun saya pernah share dalam blog ne. Macam mana rasanya tengok anak kena cucuk sehari 5, 6 kali... Allah. Kali ne berulang lagi.

Sampai di HWKK, pembantu perubatan terus cek suhu, tekanan darah, nadi, dan oksigen. Panas Furqan turun ke 39 darjah celcius daripada 40 darjah sebelum tu. Masa di kereta, on the way nak ke HWKK, saya sempat lap badan Furqan dengan tuala basah dengan harapan panasnya beransur kurang. Tapi masih dengan bacaan tinggi. So, nurse bagi Furqan suppositories, terus masuk dalam dubur sebab panas terlalu tinggi. Dalam masa yang sama saya dan sorang nurse yang baik hati (alhamdulillah) bungkus furqan dengan kain basah satu badan. Sampailah panas Furqan turun ke 37 darjah celcius. MasyaAllah. Waktu ne. Jantung saya kemain laju. Fikiran saya waktu tu.. " Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada Furqan, Faghfirli Ya Rabb.. Faghfirli ya Rabb..." minta ampun pada Allah untuk dosa dan silap sendiri. Tak habis-habis mulut saya terkumat kamit... Mohon Allah pelihara anakanda Furqan.

Tiba-tiba saya perasan, kulit Furqan seakan kekuningan. Panik jap, panggil nurse. 
"Nurse, perasan tak kulit anak saya kuning". 
Nurse belek satu badan Furqan. "Eh yala. Macam pucat pun ada. Sebelum ne tak gini ke?" 
"Emm.. tak rasanya. Saya baru rasa pelik waktu ne.." Memang panik yang bersungguh dah ne.
"Jap eh, kita tanya doktor.." Sambil tangan nurse melambai lembut kepada seorang doktor cina.

Bila doktor sampai, dan dah tau persoalan yang bermain di benak kami, dia pun buat kesimpulan.. "oh anak puan g6pd difficiency kan.. memang macam tu la tu bila demam.."

Saya pun.. ehh? ehh?  ehh???? ok!!

Selepas setengah jam di Unit Emergency, kami dibawa naik ke wad Melur 1, Unit Rawatan Rapi Pediatrik. Seorang doktor baru yang kecil molek "sambut" kes Furqan. Dibantu oleh 2 orang nurse, seperti nyamuk yang haus darah, mereka pun berusaha mencari urat Furqan di serata tangan dan kaki untuk isi dalam 5 ke 6 botol kecil darah si kecil Furqan. Waktu ne adalah saat paling mencabar bagi saya selama duduk hospital. Tapi, itu adalah prosedur kerja mereka. So. Bertahanlah Ummi. Bertahanlah Furqan. Doktor sedang buat kerja. Hihi.

Nak jadi cerita, ujian juga lah untuk para doktor dan nurse, sebab dak Furqan ne uratnya halus sangat, dapat urat flow slow. Pindah jarum pula cari urat lain. Kasihan kamu Furqan.

Masa hari pertama masuk wad, sebelum ujian darah keluar, macam biasalah... soalan demi soalan doktor akan tanya. History kesihatan sejak lahir. Bahkan sejak kita mengandung lagi ya. 

Soalan demi soalan saya jawab dengan cemerlangnya. Penuh yakin seperti orang yang datang interview confiden nak dapat job gitu ya.. Sampailah satu soalan yang agak sensitif jawapannya pada saya dan suami. Iaitu berkaitan dengan VAKSIN!

Ya, saya tau, dunia perubatan ada alasan sendiri mengapa mereka WAJIBKAN VAKSIN terutama sekali pada kanak-kanak kecil. Dan saya dan suami juga punya alasan sendiri mengapa kami TOLAK VAKSIN! Itu adalah pendirian. Maka saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut disini.

Tapi masa kami bagi jawapan "anak kami tak disuntik imunisasi sejak lahir atas kemahuan kami sendiri" sungguh bulat dan hampir terbeliak mata doktor itu ya kawan-kawan. MasyaAllah saya pun panik takut dia pengsan saja.. Hehe Gurau! Ok Part ne kita sambung kemudian...

Nak jadi cerita lagi, keluarlah keputusan darah Furqan.. 

Allahuakbar, satu demi satu sakit Furqan Allah tunjukkan 
(mohon mengerti sakit Furqan tiada kaitan dengan 'tiada SUNTIKAN  VAKSIN!'  dan doktor sendiri telah akuinya... Mohon jaga hati dan fikiran, jangan sampai lupa kita BERTUHAN! )

Walau agak berat, saya cuba untuk positif dan kumpul kekuatan untuk terus pastikan Furqan pulih. "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji". Firman Allah 'itu' naikkan semangat saya untuk 'relax'. Jangan cengeng ummu Furqan. "Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuannya".

Saya yakin ujian demi ujian yang Allah bagi tanda Allah sayang. Moga menjadi kaffarah dosa buat ummi abi Furqan.

Saat doktor khabarkan berita sakit Furqan saya minta abi ganti untuk jaga Furqan sekejap. Saya mahu ke tingkat 6.. kerana disitu letaknya telekung sejadah. Saya mahu menangis mengadu pada Allah....

Begini sekali kamu diuji saat 2 hari sblum ulangtahun kamu yang pertama Furqan...


TBC



Thursday, February 12, 2015

Diary wad furqan

Assalammualaikum
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan masih diberi peluang bernafas di bumi NYA hingga hari ini.. Allah masih beri saya kekuatan untuk terus menghadapi ujianNya...
13 febuari 2015
Hari ne adalah hari ke sembilan furqan ditahan dalam wad. Sebelum ne saya post gambar furqan yang sambut besday dalam wad, hidung lekat oksigen sebagai bantuan pernafasan.. Furqan mohon hadiah doa dari ibu ibu dluar sana minta Allah beri kesembuhan buat penghuni syurga Nya yang satu ini..
Ya. Furqan kurang sihat. Tapi sehingga saya taip blog ne, alhamdulillah kondisi si kecil semakin baik. Banyak perkembangan positif. Syukur. Secebis berkat doa ibu diluar sana juga. Terima kasih atas keprihatinan kalian. Saya tidak berhenti terima whatsapp dari kawan kawan dan saudara. Kalian tidak putus mendoakan furqan dan bagi semangat pada saya untuk terus kuat dan bertahan menghadapi ujian Allah swt.
Kalian, sebelum itu.. Mari kita sedekahkan al-fatihah buat sang murobbi tercinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah bertemu pencipta semalam 12 febuari 2015 tepat jam 9.45 malam. Pemergian ayahanda tok guru seiring dengan ulangtahun pemergian ulama tersohor Hassan Al-Bana. Padahal sebelum menerima berita itu, saya dan furqan ketawa tiada henti. Saya excited bila furqan mula aktif sedikit. Apatah lagi bila hampir setiap jam doktor khabarkan perkembangan positif kesihatan furqan.
Siapa tau di malam hari satu dunia menerima berita pemergian tok guru.. Allahu.. Saya dan abi furqan pernah bercita-cita mahu ziarah tok guru. Bukan rezki kami. Moga Allah merahmati ruh allahyarham... Innalillahi wa'inna ilaihi rojiun..
Oke. Berbalik pada diary anakanda furqan. Fuhh..
Sebelum ne furqan demam biasa. Hari kedua demam kita terus bawa g hospital. Macam biasalah ya.. Dapat PCM dan antibiotik hospital. Lepas tu, demam furqan kurang sikit waktu pagi. Tapi biasanya dia akan panas badan waktu malam. Waktu ne memang tak bertidurlah. Asyik pantau suhu furqan dan jerlum dia dengan air suam. Sekejap sekejap suhu furqan mula turun. Tapi bila ummi lelap sekejap saja tetiba suhu naik balik. Sebelum furqan demam insyirah mendahului. So, memang pening lalat lah masuk pejabat. Mata pun, hensom lagi rupa panda. Oh tidak!
Masuk hari ketiga dan keempat furqan makan ubat macm biasa. Walaupun demam si cinonet tu masih aktif. Lebih lebih lagi waktu pagi. So, kita memang syak demam biasa saja. Masuk hari kelima demam furqan kebah. Saya mula senang hati. Malam pun dia mula main. Furqan sebenarnya sudah mulakan satu dua langkah nak berjalan. Wuuu.. Excited ummi tu. Tak sabar nak tengok dak tecik ne jenjalan.. Mihmih..
Ummi dia yang terover imagine, pasni boleh lepas furqan jalan2 di taman.. Temankan ummi jogging bersama kakayah.. Bolehla ummi turunkan kadar kolestrol dalam darah yang tinggi.. Ngeheh.. Eh?!
Keesokannya.. Bangun subuh, badan furqan panas balik.. Tapi tak tinggi.. Saya lap dengan tuala basah.. Mandikan dia dengan air suam.. Panas dah kurang..
On the way ke taska..
Saya dapat rasa furqan menggigil..
Saya rasa tapak tangan dan kakinya sejuk.. Badan sudah mula panas..
Saya panik jap.. Jalan jammed. Nak ke mana dulu. Allah. Mulut terkumat kamit baca macam macam. Masa tu minta Allah pelihara furqan. Jangan dia jadi apa-apa. Tapi saya tak sedap hati..
Balik-balik saya panggil nama furqan..
MasyaAllah.. Furqan nampak lemah.. Sangat lemah. Sungguh! Ia lain dari kebiasaan...
Hati saya tak sedap.
Furqan bukan demam biasa.. Saya capai henpon dan kol abi..
Kami sepakat bawa furqan ke klinik dr june.. Sampai di sana dr june cek suhu badan furqan, 40 darjah celcius! Subhanallah.. Dr june keluarkan alat untuk periksa spo2, lantas dia keluarkan sekeping kertas untuk sediakan surat.
Mama, bacaan oksigen tak cantik. Kena admit ke hwkk.
MasyaAllah. Saya bukan kisah untuk admit. Saya hanya doa jangan ada apa apa pada furqan...
TBC..

Tuesday, February 3, 2015

CYCLE OF LIFE

Assalammualaikum
 
At the end of the day, i always ask my self, what have i did today.. Did i hit my target or not.. Huhu..
Kengkadang tu kan confuse jap. What is my target. Dalam satu hari buat banyak benda sampai habis 12 jam.. 24 jam, untuk apa, dan untuk siapa.. Nak dapat apa. Fuhh. Part ne kan memang never end la.
 
Basically, kita hidup untuk menghambakan diri pada pencipta. Ibadah pada Allah. Semalam tengah menikmati kopi panas dengan abi tetiba saja keluar ayat ayat cinta dari mulut ku ini (hehe).. "bang, kenapa Allah cipta manusia ya.." hehe dah dah. Ko jangan kerut dahi dan mentertawakan beta ya. Memang nampak soalan bebudak kan. Tapi abi cakap. "emm.. Soalan bagus tu yang" sambil tunjuk ibu jari simbol 'good' gitu.
 
Lepastu kan kitorang cer cer la pnjang panjang. Masuk part cara kita beribadah. Sampailah masuk part how time fly... Dulu dan kini. Banyak tu kalau nak hurai.
Dulu kan kita budak ja. Tak tau apa apa. Sebelum  ne pun, bujang belum kawen. Belum beranak. Zaman rehat tidur panjang dan buat hal sendiri. Pheww!!
Zaman 'ada ku kisah?' haa gituu... Orang sibuk gosip dekat facebook pasal life retis tu retis ne.. Orang tu orang ne.. Kita blogging ja.. Obses dengan life sendiri saja... Mihmih (jakunss letteww..)
Tapi tula... Life kan. Sebelum ne suda balik2 kita remind diri... Hidup sebagai hamba Allah untuk menempuh ujian Allah, untuk ke syurga Allah... Life zaman dulu dan zaman sekarang besar sungguh jurang dan bezanya.
 
Saya masih ingat, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, belanja sekolah tu tak sampai pun RM1. Mama bagi RM0.80 sehari, RM0.40 untuk sekolah melayu (sk), dan RM0.40 untuk sekolah agama (sui). Macam mustahil untuk cukup bila kita bicara tentangnya pada zaman sekarang ini kan? Cukup adik adik. Sangat cukup. Dulu harga nasi lemak dan mee goreng dalam plastik yang adik-adik nampak sekarang tu cuma rm0.20 saja. Air pun rm0.20. Sapa kata tak ble kenyang? Dulu sekolah akak pun ada soto jugak. Semangkuk rm0.50. Shot sikitla untuk belanja sekolah agama. Tapi akak kau ne dulu rajin bawa bekal. Jarang tak bawa. Sebab masakan mama tu kan jauh lebih enak dari masakan kantin. So perut kenyang tanpa belanjakan rm0.80 yang mama bagi. Kalau 5 hari seminggu bawa bekal, belanja yang mama akak bagi dah terkumpul jadi rm4. Sebulan tersimpanlah rm16. Bagi akak sudah terlalu banyak jumlah itu ya adik adik. Mana logik budak budak sekolah bole collect rm16 sebulan tanpa bekerja. Hehehe.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
 
Sekarang? Semua benda kena ada duit baaaanyak. Terkejut juga bila crita2 dengan kawan sepejabat yang dia pening sebab belanja anaknya sehari rm5 plus plus plus.. Woww??!!! Terus laju saja sel sel neuron akak kau ne memikirkan bagaimanakah keadaan ekonomi zaman anak anak ku bila sekolah nanti? Pheww!
 
Pastu kan budak dulu dan budak sekarang.
Ehem, apakah aktiviti kegemaran anak-anak anda zaman ini? Dulu kan akak kan, suka main masak masak, kawen kawen dengan kekazen. Kami main masak masak pakai periuk belanga real tau. Sebab tu dulu maktua selalu piat telinga. Habis periuk belanga dia ke sana ke mari ntah ke mana tak jumpa bila nak rebus ubi dan didih air panas. Kehkeh. Pastu, kita main tanah dan daun jadi bahan masakan. Hah Insyirah, kau hado nak?! hehe. Banyak lagi mainan best. Batu seremban. Tinting. Main "bubut bubut". Hantu tiang. Baling selipar (ntah namanya lupa). Main getah, doblek. Haha. Sumpah aku tak tau eja nama game2 tu. Aku tau istilahnya saja. Kebanyakan game budak dulu dulu outdoor punya. Hehe. Bestttt!! Terus rindu kekazen.
Sekarang. Macam macam jenis mainan budak dah diwujudkan. Kita tengok kan ada jual dapur mainan khas untuk kanak kanak perempuan. Macam real la konon. Pastu harga pun punyalah real nakkk. Niat nak belikan Insyirah la kan. Pilih punya pilih kita ambil la yang paling kecil dan murah. Mihmih.. Woi.. paling murah pun RM 100+ ok.. Apa kah gile nya zaman generasi X (ke Y?) ini.. Hadoih. Bagus main periuk belanga yang real di dapur.
Masa gi kenduri haritu, ramai sangat budak budak. Tapi kan, bebudak sekarang, sorang main di sudut sana sorang di sudut sini. Lepastu masing-masing pegang henpon atau tab di tangan. COC wooo..
 
 
Beralih kepada hal lain pula.
Masa cuti sekolah yang panjang ritu mesti banyak kenduri kendara. Especially, sedara mara yang kawen kan. Masih ingat zaman dolu dolusss.. Kita paling suka kumpul kumpul dengan kekazen. Gosip gosip dakwah. Ececeh. Cover la tu. Buat kerja potong potong, hiris hiris, blender blender sambil ketawa ketawa dengan kekazen. Kita taim tu zaman nak dara, terima arahan dari mak mak. "Lepas kau potong tu, kupas ne pulak ya. Dah tu kau blender lada ne ok. Jangan mulut asyik potpet ja, tangan jalan.. paham?!!" Laung sang ibu. "Baikkkkk makcik" Laung si anak kembali. Mihmih. Best! baq ang! Semua keja kita buat gotong royong. Maka ikatan tali silaturrahim pun semakin erat dan ketat. Paaaaling kita excited bila kumpul semua sedara mara.
 
Sekarang? Beza dah. Memasing ada kesibukan sendiri. Kebanyakan majlis guna catering service. Kebanyakan kekazen da kawen, tinggal jauh. Waktu kenduri saja kumpul kumpul. Sebelum dan selepas kenduri dengan hal memasing. Thats a life, kan... Biasalah.. Janji ikatan silaturrahim antara kita ngan sedara mara kazen mazen masih utuh. Tak lupa antara satu sama lain. Ye dak?!
 
Kadang kadang saya rasa bestnya zaman kanak kanak saya dulu. Rindu. Paling rindu bila selalu kumpul dengan kekazen. Sekarang, saya adalah ibu kepada 2 orang anak, setakat ini ya. Hehe. Terfikir.. kebiasaan apakah yang perlu saya tanam dalam jiwa anak-anak supaya ingatan terhadap orang yang mereka sayang atau yang punya ikatan dengan diorang tu tak luntur. (bahasa.. nak nangesss.. T_T).
 
Banyak lagi beza cara dan suasana kehidupan dulu dan sekarang. Sekarang barang semua mahal. Hehe. Sekarang media mainkan peranan yang besar dalam hidup bermasyarakat. Betul. Life sekarang ne banyak dipengaruhi oleh kebanyakan input yang kita dapat dari media. Kan.. Tak kira lah dalam apa hal sekalipun. Tak caya? tengok sekarang, semua orang dah terror beli online. Hujung jari pun boleh.. mihmih! Tu contoh paling simple. Padahal ia bersangkut paut pada diri sendiri. Life sendiri yang hampir mengalami penyakit gila shopping online yang kronik. Nauzubillah. Tidak lah ya. Still under control. Haha.
 
Masa. Bila dah berlalu takkan dapat diundur semula. Sebab tu bila kita bertangguh dan mensia siakannya kita dikatakan "pencuri masa". Sekarang masa untuk generasi saya. Wah. Cepatnya masa tu berlalu. Sekarang dah ada generasi dah. Krikk..krikk. Ketinggalan sekejap saja, tau tau zaman dah berubah, keadaan dah lain. Nak balik ke masa lalu memang mustahil. So, life must go on. Create idea baru. Azam baru. Semangat baru. Janji LillahiTa'ala.
 
InsyaAllah.
 
Ok tu ja. Sebab lama tidak update, maka di update la blog hari ini ya..
Salam Muhibbah..
 
(Tuan Tanah Kedaung)
Ssh!