Assalammualaikum
Walaupun sudah hampir seminggu Furqan bebas di rumah, tapi saya jadi 'terlebih peka' pada pergerakannya dan setiap apa saja yang dia lakukan. Begitu juga Insyirah. Even dorang batuk waktu tidur pun saya lari masuk bilik tengok. Letak tangan atas dada diorang. Fuh. Bimbang.
I have learned so many difficult things but also have important lesson. Once a kid comes into the world, the calculus of daily living cough up new equation. Titik !
Satu-satu pasal bayi sampai dorang jadi toddler kita kaji. Saya setuju bila ada fakta mengatakan seorang ibu boleh jadi lebih hebat dari saintis dalam bab kaji mengkaji, searching, googling.. KAN..
Terutama bila anak kita jatuh sakit. Pastu semua jenis penyakit kita google. Tak cukup dengan maklumat Internet siap beli buku lagi. Biarpun nampak satu titik benda ganjil pada kulit anak dah panik. Padahal nyamuk gigit je pon. Pastu terus google, lotion apa yang sesuai sapu pada kulit anak.. Brand apa, harga brapa boleh dapat dimana.. Berapa lama tanda merah tu boleh hilang. Kan..
Tulah, jadi mama terus terbatuk dari zaman 'senang lenang' kan... Tapi best kan.. Kan.. Naluri tu kan dari Allah.. Hebat kuasa pencipta kita, masyaAllah.
6 febuari 2015
Dia hanya bangun untuk menyusu, itupun masih menggigil. Makan apa pun tak mau. Syukur dia masih boleh terima susu ibu. Subhanallah.
Satu satu doktor datang cek. Dari houseman nya, doktor senior sikit, then pakar datang cek. Menjelang tengahari, Furqan pindah bilik. Bilik depan sikit. Mengikut ipar saya yang kerja sebagai nurse di sana, kalau dah pindah bilik kat depan tu, kira kes berat sikit. Mean, perhatiannya lebih, perlu pantauan yang lebih rapi. Kedudukan bilik pun sangat dekat dengan NICU. Saya dah dupdap dupdap... tetiba pasang wayar dah. Kaler trafik light plak tu. Hijau, Merah, Kuning... Yang ne untuk pantau bacaan jantung, spo2 dan paru-paru ka hati ntah.. tak ingat.
Dan Furqan masih begitu...
7 Febuari 2015
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA FURQAN...
Sebak. Tapi saya redha. Si kecil Furqan tentu lebih kuat orangnya... InsyaAllah. Furqan sambut hari lahir di wad. Dalam keadaan satu badan berselirat wayar. Kasihan. Entah kenapa. Tarikh ini juga satu demi satu perkhabaran kondisi kesihatan Furqan doktor terangkan satu per satu. Rumit.
Furqan disahkan doktor mengalami jangkitan paru-paru. Jenis kuman, virus atau bakteria belum dikenal pasti lagi. So darah demi darah masih diperlukan.
Furqan juga disahkan mengalami radang hati peringkat awal (Hepatitis) yang mungkin berkaitan dengan jangkitan paru-paru yang dialaminya. Subhanallah.
Furqan juga mengalami anemia (hb rendah) yang agak kronik. Ok, perkataan 'kronik' tu saya jumpa dalam case note depan katil. #curicuribukadanbaca sebab saya sebak... tak sanggup labelkan penyakit furqan sebagai "kronik". Nauzubillah.
Selain itu, bacaan untuk darah putih dan kuning (platelet) Furqan juga sangat rendah. Doktor simpulkan Darah Furqan tidak normal. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.
Tiba-tiba, dalam keadaan tidak percaya, Hari yang sama, tapi pada waktu dan saat berbeza, seorang doktor masuk dan khabarkan pada kami lagi bahawa ujian darah untuk denggi, positif. Ya.. POSITIF!
Sebelum ini, doktor sendiri menjangkakan tidak mungkin Furqan mengalami denggi, disebabkan tiada tanda bintik merah melainkan demam panas yang lama.
Namun saya redha... Bila mana Allah menetapkan sesuatu takdir pada hambaNYA, maka ketetapan itu pasti akan berlaku.
Doktor yang mula-mula "buka buku" kes Furqan, cuba tenangkan saya. "Sabar mama... Furqan sakit kuat. Mama juga kena kuat". Saya senyum. Itu saja yang mampu saya lakukan masa tu.
Kamu terlantar dan berselirat wayar di hari lahirmu Furqan... Furqan juga telah melalui proses blood transfusion. Tapi selepas hampir sejam, proses pemindahan darah terpaksa dihentikan kerana suhu badan Furqan naik mendadak.
Selepas proses pemindahan darah, bacaan HB Furqan cuma naik sikit saja. Masih belum melepasi tahap 'anemia'.
8 Febuari 2015
Doktor masih nak ambil darah Furqan. Ujian demi ujian perlu dilakukan. Kasihan kamu Furqan.
Beberapa jam selepas ujian darah dilakukan, seorang doktor pakar (kalau tak silap saya mengikut ipar, pakar darah ke apa.. lebih kurang gitulah ) bertemu saya dan Abi Furqan.
Pertama beliau khabarkan demam denggi yang dialami Furqan beransur pulih. Waktu tu laju lidah saya ucap Alhamdulillah. Syukur. Kedua beliau khabarkan, bacaan HB, sel darah putih dan kuning Furqan turun lagi. MasyaAllah. Saya diam. Abi juga diam. Tapi saya perasan suhu panas badan Furqan bermula 8 Febuari sudah mula berkurang. Setiap malam saya tak tidur lena sebab kena pantau suhu Furqan. Mana ada orang boleh tidur lena di hospital. Tak kira orang sakit atau penjaga. Saya kena jerlum Furqan dengan air suam untuk turunkan suhu panas nya.
Menurut doktor lagi, keadaan Furqan tidak ubah seperti penghidap talasemia kerana bacaan sel darah yang menurun terlalu cepat, malah baru beberapa jam selepas satu-satu ujian darah dilakukan. Tetapi terlalu mustahil bila latarbelakang keluarga bukan tergolong sebagai gen pembawa, minor atau langsung tiada kaitan dengan talasemia. Dan beliau terang-terang mengatakan ujian tidak menunjukkan Furqan kekurangan ion dalam badan. Maka, sekiranya keadaan mendesak, Sel-sel Darah Furqan masih mengalami penurunan mendadak, dan mereka juga perlu cari jawapan terhadap masalah darah Furqan, ujian BMA atau pengambilan darah daripada tulang sum-sum akan dilakukan.
Allahuakbar. Saya terkedu. Abi juga diam lama. Suasana sepi. Dan doktor cuba menenangkan kami. Doktor kata, ujian tersebut boleh bantu pastikan penyakit yang dialami Furqan dan SEANDAINYA ujian mampu menunjukkan yang Furqan MUNGKIN mengalami KANSER DARAH (LEUKIMIA), rawatan susulan boleh dilakukan dari awal.
Allahuakbar.
Furqan mengalami dua permasalahan sakit yang berbeza.
Punca demam tinggi yang berpanjangan akibat jangkitan VIRUS yang masih belum diketahui dan...
Masalah darah yang masih menjadi tanda tanya pakar perubatan sendiri...
TBC

Allahurobbi. Kalau saya yang hanya melihat dan membaca turut merasa sedih dan sebak sesebak sebaknya. Apa lagi ummi furqan. Tidak dapat bayangkan perasaan ummi furqan masa tu. Ya Allah. Moga Allah izinkan kesembuhan dan kesihatan yang baik berpanjangan buat mu si comel Furqan Harraz.
ReplyDeleteAllahurobbi. Kalau saya yang hanya melihat dan membaca turut merasa sedih dan sebak sesebak sebaknya. Apa lagi ummi furqan. Tidak dapat bayangkan perasaan ummi furqan masa tu. Ya Allah. Moga Allah izinkan kesembuhan dan kesihatan yang baik berpanjangan buat mu si comel Furqan Harraz.
ReplyDelete