Assalammualaikum
At the end of the day, i always ask my self, what have i did today.. Did i hit my target or not.. Huhu..
Kengkadang tu kan confuse jap. What is my target. Dalam satu hari buat banyak benda sampai habis 12 jam.. 24 jam, untuk apa, dan untuk siapa.. Nak dapat apa. Fuhh. Part ne kan memang never end la.
Basically, kita hidup untuk menghambakan diri pada pencipta. Ibadah pada Allah. Semalam tengah menikmati kopi panas dengan abi tetiba saja keluar ayat ayat cinta dari mulut ku ini (hehe).. "bang, kenapa Allah cipta manusia ya.." hehe dah dah. Ko jangan kerut dahi dan mentertawakan beta ya. Memang nampak soalan bebudak kan. Tapi abi cakap. "emm.. Soalan bagus tu yang" sambil tunjuk ibu jari simbol 'good' gitu.
Lepastu kan kitorang cer cer la pnjang panjang. Masuk part cara kita beribadah. Sampailah masuk part how time fly... Dulu dan kini. Banyak tu kalau nak hurai.
Dulu kan kita budak ja. Tak tau apa apa. Sebelum ne pun, bujang belum kawen. Belum beranak. Zaman rehat tidur panjang dan buat hal sendiri. Pheww!!
Zaman 'ada ku kisah?' haa gituu... Orang sibuk gosip dekat facebook pasal life retis tu retis ne.. Orang tu orang ne.. Kita blogging ja.. Obses dengan life sendiri saja... Mihmih (jakunss letteww..)
Tapi tula... Life kan. Sebelum ne suda balik2 kita remind diri... Hidup sebagai hamba Allah untuk menempuh ujian Allah, untuk ke syurga Allah... Life zaman dulu dan zaman sekarang besar sungguh jurang dan bezanya.
Saya masih ingat, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, belanja sekolah tu tak sampai pun RM1. Mama bagi RM0.80 sehari, RM0.40 untuk sekolah melayu (sk), dan RM0.40 untuk sekolah agama (sui). Macam mustahil untuk cukup bila kita bicara tentangnya pada zaman sekarang ini kan? Cukup adik adik. Sangat cukup. Dulu harga nasi lemak dan mee goreng dalam plastik yang adik-adik nampak sekarang tu cuma rm0.20 saja. Air pun rm0.20. Sapa kata tak ble kenyang? Dulu sekolah akak pun ada soto jugak. Semangkuk rm0.50. Shot sikitla untuk belanja sekolah agama. Tapi akak kau ne dulu rajin bawa bekal. Jarang tak bawa. Sebab masakan mama tu kan jauh lebih enak dari masakan kantin. So perut kenyang tanpa belanjakan rm0.80 yang mama bagi. Kalau 5 hari seminggu bawa bekal, belanja yang mama akak bagi dah terkumpul jadi rm4. Sebulan tersimpanlah rm16. Bagi akak sudah terlalu banyak jumlah itu ya adik adik. Mana logik budak budak sekolah bole collect rm16 sebulan tanpa bekerja. Hehehe.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
Sekarang? Semua benda kena ada duit baaaanyak. Terkejut juga bila crita2 dengan kawan sepejabat yang dia pening sebab belanja anaknya sehari rm5 plus plus plus.. Woww??!!! Terus laju saja sel sel neuron akak kau ne memikirkan bagaimanakah keadaan ekonomi zaman anak anak ku bila sekolah nanti? Pheww!
Pastu kan budak dulu dan budak sekarang.
Ehem, apakah aktiviti kegemaran anak-anak anda zaman ini? Dulu kan akak kan, suka main masak masak, kawen kawen dengan kekazen. Kami main masak masak pakai periuk belanga real tau. Sebab tu dulu maktua selalu piat telinga. Habis periuk belanga dia ke sana ke mari ntah ke mana tak jumpa bila nak rebus ubi dan didih air panas. Kehkeh. Pastu, kita main tanah dan daun jadi bahan masakan. Hah Insyirah, kau hado nak?! hehe. Banyak lagi mainan best. Batu seremban. Tinting. Main "bubut bubut". Hantu tiang. Baling selipar (ntah namanya lupa). Main getah, doblek. Haha. Sumpah aku tak tau eja nama game2 tu. Aku tau istilahnya saja. Kebanyakan game budak dulu dulu outdoor punya. Hehe. Bestttt!! Terus rindu kekazen.
Sekarang. Macam macam jenis mainan budak dah diwujudkan. Kita tengok kan ada jual dapur mainan khas untuk kanak kanak perempuan. Macam real la konon. Pastu harga pun punyalah real nakkk. Niat nak belikan Insyirah la kan. Pilih punya pilih kita ambil la yang paling kecil dan murah. Mihmih.. Woi.. paling murah pun RM 100+ ok.. Apa kah gile nya zaman generasi X (ke Y?) ini.. Hadoih. Bagus main periuk belanga yang real di dapur.
Masa gi kenduri haritu, ramai sangat budak budak. Tapi kan, bebudak sekarang, sorang main di sudut sana sorang di sudut sini. Lepastu masing-masing pegang henpon atau tab di tangan. COC wooo..
Beralih kepada hal lain pula.
Masa cuti sekolah yang panjang ritu mesti banyak kenduri kendara. Especially, sedara mara yang kawen kan. Masih ingat zaman dolu dolusss.. Kita paling suka kumpul kumpul dengan kekazen. Gosip gosip dakwah. Ececeh. Cover la tu. Buat kerja potong potong, hiris hiris, blender blender sambil ketawa ketawa dengan kekazen. Kita taim tu zaman nak dara, terima arahan dari mak mak. "Lepas kau potong tu, kupas ne pulak ya. Dah tu kau blender lada ne ok. Jangan mulut asyik potpet ja, tangan jalan.. paham?!!" Laung sang ibu. "Baikkkkk makcik" Laung si anak kembali. Mihmih. Best! baq ang! Semua keja kita buat gotong royong. Maka ikatan tali silaturrahim pun semakin erat dan ketat. Paaaaling kita excited bila kumpul semua sedara mara.
Sekarang? Beza dah. Memasing ada kesibukan sendiri. Kebanyakan majlis guna catering service. Kebanyakan kekazen da kawen, tinggal jauh. Waktu kenduri saja kumpul kumpul. Sebelum dan selepas kenduri dengan hal memasing. Thats a life, kan... Biasalah.. Janji ikatan silaturrahim antara kita ngan sedara mara kazen mazen masih utuh. Tak lupa antara satu sama lain. Ye dak?!
Kadang kadang saya rasa bestnya zaman kanak kanak saya dulu. Rindu. Paling rindu bila selalu kumpul dengan kekazen. Sekarang, saya adalah ibu kepada 2 orang anak, setakat ini ya. Hehe. Terfikir.. kebiasaan apakah yang perlu saya tanam dalam jiwa anak-anak supaya ingatan terhadap orang yang mereka sayang atau yang punya ikatan dengan diorang tu tak luntur. (bahasa.. nak nangesss.. T_T).
Banyak lagi beza cara dan suasana kehidupan dulu dan sekarang. Sekarang barang semua mahal. Hehe. Sekarang media mainkan peranan yang besar dalam hidup bermasyarakat. Betul. Life sekarang ne banyak dipengaruhi oleh kebanyakan input yang kita dapat dari media. Kan.. Tak kira lah dalam apa hal sekalipun. Tak caya? tengok sekarang, semua orang dah terror beli online. Hujung jari pun boleh.. mihmih! Tu contoh paling simple. Padahal ia bersangkut paut pada diri sendiri. Life sendiri yang hampir mengalami penyakit gila shopping online yang kronik. Nauzubillah. Tidak lah ya. Still under control. Haha.
Masa. Bila dah berlalu takkan dapat diundur semula. Sebab tu bila kita bertangguh dan mensia siakannya kita dikatakan "pencuri masa". Sekarang masa untuk generasi saya. Wah. Cepatnya masa tu berlalu. Sekarang dah ada generasi dah. Krikk..krikk. Ketinggalan sekejap saja, tau tau zaman dah berubah, keadaan dah lain. Nak balik ke masa lalu memang mustahil. So, life must go on. Create idea baru. Azam baru. Semangat baru. Janji LillahiTa'ala.
InsyaAllah.
Ok tu ja. Sebab lama tidak update, maka di update la blog hari ini ya..
Salam Muhibbah..
(Tuan Tanah Kedaung)
Ssh!
No comments:
Post a Comment
what do you think?