Assalammualaikum
Being a mom is a wonderful "gift" from Allah swt...
...hadiah yang juga merupakan amanah dan ujian...
Baru sekejap saya jenguk Furqan yang sedang tidur dalam bilik. Saya perhatikan degupan nafasnya. Alhamdulillah, seperti sebelum dia sakit. Nampak normal dan tidak laju.
Saya masih ingat di waktu mula-mula jadi "ummi". Insyirah adalah pembuka legasi saya dan suami. Bila anak tidur, saya asyik perhatikan nafas mereka. Pernah tak ibu-ibu semua rasa apa yang saya rasa. Kita tengok nafas mereka, pastu ada rasa macam.... "anak aku masih hidup ka.. masih bernafas ka.." mihmih.. Kalau tidak, mungkin saya yang ter"over" psiko.. ngikk!!
Sampai macam tu sekali kebimbangan dalam naluri ibu yang Allah bagi kan...
5 Febuari 2015
Allah takdirkan Furqan masuk hospital, kali kedua. Sebelum tu Furqan pernah ditahan di wad kuning sewaktu 3 hari kelahiran. Pasal tu pun saya pernah share dalam blog ne. Macam mana rasanya tengok anak kena cucuk sehari 5, 6 kali... Allah. Kali ne berulang lagi.
Sampai di HWKK, pembantu perubatan terus cek suhu, tekanan darah, nadi, dan oksigen. Panas Furqan turun ke 39 darjah celcius daripada 40 darjah sebelum tu. Masa di kereta, on the way nak ke HWKK, saya sempat lap badan Furqan dengan tuala basah dengan harapan panasnya beransur kurang. Tapi masih dengan bacaan tinggi. So, nurse bagi Furqan suppositories, terus masuk dalam dubur sebab panas terlalu tinggi. Dalam masa yang sama saya dan sorang nurse yang baik hati (alhamdulillah) bungkus furqan dengan kain basah satu badan. Sampailah panas Furqan turun ke 37 darjah celcius. MasyaAllah. Waktu ne. Jantung saya kemain laju. Fikiran saya waktu tu.. " Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada Furqan, Faghfirli Ya Rabb.. Faghfirli ya Rabb..." minta ampun pada Allah untuk dosa dan silap sendiri. Tak habis-habis mulut saya terkumat kamit... Mohon Allah pelihara anakanda Furqan.
Tiba-tiba saya perasan, kulit Furqan seakan kekuningan. Panik jap, panggil nurse.
"Nurse, perasan tak kulit anak saya kuning".
Nurse belek satu badan Furqan. "Eh yala. Macam pucat pun ada. Sebelum ne tak gini ke?"
"Emm.. tak rasanya. Saya baru rasa pelik waktu ne.." Memang panik yang bersungguh dah ne.
"Jap eh, kita tanya doktor.." Sambil tangan nurse melambai lembut kepada seorang doktor cina.
Bila doktor sampai, dan dah tau persoalan yang bermain di benak kami, dia pun buat kesimpulan.. "oh anak puan g6pd difficiency kan.. memang macam tu la tu bila demam.."
Saya pun.. ehh? ehh? ehh???? ok!!
Selepas setengah jam di Unit Emergency, kami dibawa naik ke wad Melur 1, Unit Rawatan Rapi Pediatrik. Seorang doktor baru yang kecil molek "sambut" kes Furqan. Dibantu oleh 2 orang nurse, seperti nyamuk yang haus darah, mereka pun berusaha mencari urat Furqan di serata tangan dan kaki untuk isi dalam 5 ke 6 botol kecil darah si kecil Furqan. Waktu ne adalah saat paling mencabar bagi saya selama duduk hospital. Tapi, itu adalah prosedur kerja mereka. So. Bertahanlah Ummi. Bertahanlah Furqan. Doktor sedang buat kerja. Hihi.
Nak jadi cerita, ujian juga lah untuk para doktor dan nurse, sebab dak Furqan ne uratnya halus sangat, dapat urat flow slow. Pindah jarum pula cari urat lain. Kasihan kamu Furqan.
Masa hari pertama masuk wad, sebelum ujian darah keluar, macam biasalah... soalan demi soalan doktor akan tanya. History kesihatan sejak lahir. Bahkan sejak kita mengandung lagi ya.
Soalan demi soalan saya jawab dengan cemerlangnya. Penuh yakin seperti orang yang datang interview confiden nak dapat job gitu ya.. Sampailah satu soalan yang agak sensitif jawapannya pada saya dan suami. Iaitu berkaitan dengan VAKSIN!
Ya, saya tau, dunia perubatan ada alasan sendiri mengapa mereka WAJIBKAN VAKSIN terutama sekali pada kanak-kanak kecil. Dan saya dan suami juga punya alasan sendiri mengapa kami TOLAK VAKSIN! Itu adalah pendirian. Maka saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut disini.
Tapi masa kami bagi jawapan "anak kami tak disuntik imunisasi sejak lahir atas kemahuan kami sendiri" sungguh bulat dan hampir terbeliak mata doktor itu ya kawan-kawan. MasyaAllah saya pun panik takut dia pengsan saja.. Hehe Gurau! Ok Part ne kita sambung kemudian...
Nak jadi cerita lagi, keluarlah keputusan darah Furqan..
Allahuakbar, satu demi satu sakit Furqan Allah tunjukkan
(mohon mengerti sakit Furqan tiada kaitan dengan 'tiada SUNTIKAN VAKSIN!' dan doktor sendiri telah akuinya... Mohon jaga hati dan fikiran, jangan sampai lupa kita BERTUHAN! )
Walau agak berat, saya cuba untuk positif dan kumpul kekuatan untuk terus pastikan Furqan pulih. "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji". Firman Allah 'itu' naikkan semangat saya untuk 'relax'. Jangan cengeng ummu Furqan. "Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuannya".
Saya yakin ujian demi ujian yang Allah bagi tanda Allah sayang. Moga menjadi kaffarah dosa buat ummi abi Furqan.
Saat doktor khabarkan berita sakit Furqan saya minta abi ganti untuk jaga Furqan sekejap. Saya mahu ke tingkat 6.. kerana disitu letaknya telekung sejadah. Saya mahu menangis mengadu pada Allah....
Begini sekali kamu diuji saat 2 hari sblum ulangtahun kamu yang pertama Furqan...
TBC
No comments:
Post a Comment
what do you think?