Wednesday, June 27, 2012

Selagi peluang itu masih ada...

Salam...

Dulu, waktu saya mula-mula putuskan untuk bagi full bf pada Insyirah, saya tau pasti banyak ujian dan dugaan yang perlu saya lalui.. Malah saya dan suami juga perlu banyak berkorban.. Tapi waktu itu, saya belum pasti lagi apakah jenis-jenis ujian dan pengorbanan yang perlu saya lalui.. Saya masih belum nampak secara jelas akan impak besar yang bakal berlaku nanti.. Maka saya biarkan ia berlaku seandainya Tuhan takdirkan ia akan berlaku.. InsyaAllah saya redha.. Dengan hati yang ikhlas dan keyakinan yang tinggi, saya putuskan, selagi air susu ini masih ada.. dan selagi Allah swt mengizinkan, Insyirah tidak akan saya berikan susu lain selain susu uminya..

Sekarang, Insyirah da masuk 3 bulan.. sedar tak sedar Insyirah dah besar. Dia kuat main, senyum dan ketawa.. Pantang kena acah, Insyirah mesti senyum lebar, bila dia gembira sangat, tawa Insyirah pun berbunyi.. Insyirah dah kurang manja sikit berbanding sebelum ini.. Insyirah da pandai berdikari. Kadang-kadang dia pandai tidur sendiri bila kita letak saja dikatil...tapi kena awas da sekarang.. sebab Insyirah da pandai bergolek.. kata mama mungkin Insyirah dalam proses nak tiarap.. Emm.. sangat bahaya jika dibiarkan dihujung katil...

Cepat saja masa itu berlalu.. Sudah 3 bulan Insyirah, saya berikan susu terbaik di dunia, dan setakat ini syukur, saya tidak mengalami apa-apa masalah ketika menyusukan atau pun mempam.. Insyirah pun baik saja.. Masalah keliru puting pun da ok.. Dia dah bijak membezakan puting botol mahupun puting semulajadi, dan Insyirah tidak lagi menolak puting botol biarpun dia dah perasan puting botol keras ketika menyusu.. Setakat ini, masih ada 3 bulan lagi untuk cukupkan 6 bulan niat breastfeeding... InsyaAllah, ini niat untuk permulaan.. seandainya diizinkan Allah swt, selepas 6 bulan.. pasti akan saya teruskan lagi..

Setiap kali saya mempam di pejabat, pasti ada ibu-ibu yang bertanya, "masih menyusukan lagi?", atau.. "kenapa tak bagi anak susu fm je, senang... tak lah sengsara macam ne.." mungkin sebab mereka rasa saya sangat kasihan, sebab balik-balik masuk surau untuk pam susu.. Lebih sedih bila ada yang berkata, "laaa.. takkan sampai macam tu sekali nak berjimat.." pada saya, jimat itu satu bonus dengan penyusuan eksklusif.. dan apa yang lebih bermakna buat saya, suami dan yang pasti Insyirah adalah khasiat susu ibu itu...

Ada pula lagi yang ajar saya untuk berhentikan anak menyusu badan antaranya, letak jadam pada nipple, so bila baby rasa pahit dorang akan tolak dan lama-kelamaan pasti dia tak cari lagi.. Part ne yang saya rasa sedih pulak.. kasihanlah pada anak.. kenapa kita tak bagi dia menyusu saja selagi dia masih mau.. Tidakkah mereka tahu, bahawa susu ibu adalah susu terbaik di dunia.. Saya sendiri masih mahu menyusukan anak dan saya rasa tiadalah susah mana pun..malah memudahkan lagi terutama bila Insyirah minta susu waktu tengah malam dan subuh.. saya tak perlu bangun untuk buat susu pun.. senang kan..

Saya hormati, pandangan ibu-ibu yang menasihati saya agar menghentikan susu badan.. Apatah lagi, kebanyakan mereka di kalangan ibu-ibu yang 'otai'.. anak dah besar membujang.. tapi itu bukan kemahuan Insyirah..malah juga bukan kemahuan saya dan suami.. Saya faham, mungkin zaman mereka pertama kali jadi ibu dulu, mereka kurang pendedahan tentang pemberian susu ibu sepenenuhnya bagi wanita bekerjaya.. Ini tak dapat dinafikan, sebab dulu-dulu mana ada internet.. mana ada henpon canggih macam sekarang.. Lainlah ibu yang tidak bekerja.. senanglah bagi mereka untuk bagi full bf pada anak... Tapi masing-masing ada cara sendiri.. Bukan kita nak kata minum susu fm buat anak jadi tak bijak segala.. saya dan adik beradik dulu pun minum susu dumex apa... hehehe.. saya membesar dengan sihat dan kuat juga.. kuat ke??? hahahah..

Cumanya... setiap ibu itu tau apa yang terbaik untuk anak mereka.. dan pada saya, selagi mampu dan diizinkanNYA.. saya akan terus bagi Insyirah full bf.. wish me luck ya... Moga saya juga diberikan kekuatan untuk terus menyusukan Insyirah..

Baru-baru ne, saya hadapi blocked Duct atau duktus tersumbat, sekarang dah makin kurang.. saya kena lebih kerap menyusukan Insyirah secara direct.. Ini juga antara ujian yang kena ibu-ibu hadapi dalam penyusuan.. Moga-moga semuanya akan jadi baik.. Dan paling penting, suami saya juga selalu mengingatkan... " Jangan stress ya.. kena banyak berdoa.."

No comments:

Post a Comment

what do you think?