Salam Alaik..
Lamanya dah tak tulis entry, tiba2 jadi rindu.. rindu mau cerita-cerita pasal buah hati pengarang jantung.. anakanda SAFIYYAH INSYIRAH.. hehe
Insyirah sekarang da masuk 2 bulan 3minggu.. lagi seminggu nak masuk 3 bulan da..
Nak dijadikan cerita.. anakanda Insyirah tersangatlah manja sekarang.. Insyirah masih tak boleh renggang dengan umi.. buktinya..?? dia still tak pandai menyusu botol.. ish..ishh..
Kesian Insyirah, dia hadapi masalah keliru puting.. masih mau menyusu umi dan tak mau terima mana-mana botol susu pun.. biarpun masih menyusu titisan mutiara umi, tapi Insyirah pandai pilih puting.. Ini umi tak heran, sebab selama menyusukan Insyirah, selain menyusu sebab haus, dia ada habit.. nak main puting untuk tidur.. selagi dia tak dapat main puting Insyirah susah nak lena hihi.. geram kan.. manja betul.. Actually, Umi sendiri tak nafikan.. Umi suka, dan lebih selesa bila menyusukan Insyirah secara direct, ibu yang menyusukan pasti merasa bonding antara kita dan anak.. Umi cuba train Insyirah menyusu botol memandangkan tak lama lagi umi akan balik keja.. bukan main marah lagi Insyirah, kuatnya dia meraung minta umi menyusukan dia secara direct.. part ne yang buat umi tak tahan... kesian.. tapi nak buat macamana..
Sekarang umi Insyirah da balik keja.. Insyirah masih belum cun pun menyusu botol.. tapi nak buat macamana.. kesian mak ton, kena kuatkan semangat untuk ajar Insyirah menyusu botol.. Yelah, selama umi keja, Insyirah umi serahkan dalam jagaan Mak Ton dia..
Banyak sangat koleksi botol susu Insyirah dirumah.. semuanya dalam usaha untuk pastikan Insyirah terima puting.. Malangnya, satu pun Insyirah tak berkenan.. Mak kata, ini bukan masalah botol susu, ini masalah puting, susah da nak train Insyirah sebab dia da pandai kenal puting.. Insyirah akan tetap pilih Puting umi dia..huhu manja sangatla anak umi neee...
Finally kawan umi kenalkan botol susu MAM, yang mungkin boleh bantu Insyirah terima putingnya sebab lembut.. Dia siap hadiahkan lagi botol susu tu.. tima kaci Aunty Eqa.. hehe
Sejujurnya, memang puting dia sangatlah lembut berbanding puting lain.. First umi bagi Insyirah cuba.. dia terima.. macam tak caya kan..??!! tapi memang Insyirah boleh terima.. tapi, tengah menyusu Insyirah boleh pula terperasan yang puting tu bukan puting umi.. dan akhirnya dia meraung juaaa.. huaaa.. umi pula nak meraung.. iskk..
Walau bagaimanapun.. umi tetap cuba dan cuba lagi.. Insyirah akhirnya dah boleh terima botol susu MAM yang sangat berjasa.. Aunty Eqa pun berjasa juga sebab memperkenalkan siap explain kebaikan dan hadihkan botol tu lagi.. Apapun syukur kepada Allah swt, kerana semua tu sebenarnya atas izin-NYA.. Allah permudahkan urusan umi dan juga Insyirah..
Tapi, kata Mak Ton, Insyirah kalau menyusu botol susah nak tido.. Dia suka isap tangan dan jari.. Gayanya pula macam tengah menyusu.. alalala.. rawan hati umi dengar.. malah umi da tengok sendiri perangai Insyirah ne..
Apapun, Umi tak pernah terfikir untuk berentikan Insyirah daripada menyusu direct.. TIDAK AKAN!! sehinggalah Insyirah yang nak lepas sendiri.. InsyaAllah.. selagi tuhan masih kurniakan titisan mutiara yang sangat berharga untuk anak tersayang...
Insyirah sayang,
Selama umi da balik keja.. kita tak dapat bersama ketika siang... Umi tau Insyirah tak mau.. Umi tau Insyirah masih suka nak bergayut di badan umi..
Sayang,
Jauh di sudut hati, umi lagi berat nak berpisah.. sampai umi suarakan pada abi nak berhenti kerja... malah abi turut menyokong.. tapi, umi tak boleh buat berfikir dari satu sudut saja..
sayang,
Kita kena sama-sama kuat ya.. umi doa pada Allah, moga umi dan Insyirah diberikan kekuatan untuk menerima perpisahan yang sekejap ini..
No comments:
Post a Comment
what do you think?