Friday, June 15, 2012

My Breastfeeding Story...

Waktu pregnant dulu, saya selalu buka web tentang kehamilan dan kelahiran... Tentang bayi, hubungan ibu dan bayi dan macam-macam lagi yang berkaitan dengan newborn ne.. Perkara yang paling menarik perhatian saya adalah breastfeeding.. Suka sangat baca blog-blog ibu yang bagi full bf dengan baby dorang.. Malah ada yg bagi bf dengan baby sampai umur dah capai 3 hingga 4 tahun.. Umur yang sepatutnya da weaning off!! wahhh.. sangatlah best untuk dibayangkan.. Yelah kan, TIDAK ADA ibu yang tidak tau akan kebaikan-kebaikan susu ibu macam yang Dr. Saiful kate nee..



Di awal kehamilan, saya tak peduli sangat soal pemberian susu apa pada anak nanti.. Belum terfikir tentang susu ibu dan susu formula pun..yelah, masi awal bagi saya untuk fikir pasal tu, baik jaga kandungan dulu..hehe sehinggalah kakak saya yang sulung bercerita tentang full bf.. rupanya dulu waktu melahirkan anak pertamanya, dia dah ready nak bagi full bf pada baby, tapi dia hadapi beberapa kekangan yang menyebabkan air susu berhenti awal.. Memang dia sedih dan rasa tak sabar nak pregnant lagi dan boleh bagi full bf pada anak seterusnya.. Bukan tu saja, kakak saya ne lah yang menggalakkan saya untuk bagi full bf pada anak saya nanti, dan dialah juga yang suruh saya banyakkan membaca tentang breastfeeding.. Di sini lah bermulanya..

Setiap kali surf internet saya akan cari maklumat tentang bf.. baca blog ibu-ibu yang bagi bf, dan online shopping untuk breastfeeding accessory.. Mulalah rasa teruja, dan kuat sangat hati nak bagi bf pada baby sampailah akhirnya saya melahirkan Insyirah... 

Sejak hari pertama kelahiran Insyirah sehinggalah hari ini, Alhamdulillah, dengan izin Allah swt, saya masih mampu bg Insyirah full bf walaupun dah mula kerja.. Sebenarnya masih terlalu awal untuk gembira, sebab Insyirah baru nak masuk 3 bulan.. Apapun saya bersyukur sebab tuhan tetap bagi peluang.. Mudah-mudahan masih ada peluang sehingga Insyirah berusia 6 bulan ke 2 tahun seterusnya.. InsyaAllah..



Syukurlah, banyak ne sekali pam pun masih mampu buat stok.. Alhamdulillah..

Nak kata susu saya banyak.. Tidak juga jika dibandingkan dengan waktu pantang dulu, malah kalau baca di blog-blog ibu2 yang bagi full bf, kecut perut bila baca sekali dorang pam bole sampai 12auns.. dengkinya.. Walaupun waktu pantang dulu saya penah dapat macam tu, tapi bukan selalu.. hehe..  cuma setakat ini syukurlah masih mampu buatkan Insyirah kenyang menyusu dalam sehari.. Saya nekad, tak nak escape mempam.. Belajar daripada otai-otai di blog, saya berhempas pulas siang malam mempam untuk simpan stok.. sebab seorang ibu kata.. "Kita tak tau susu kita ada sampai bila.. sedangkan hati kita masih kuat nak bagi anak-anak titisan berharga itu, jadi.. selagi ada simpanlah ia untuk bekalan di hari-hari akan datang.."



Umi tinggalkan ini setiap hari untuk Insyirah, tiap kali turun kerja.. tak dapat nak begayut di pagi hari.. huhu

Setiap hari saya kena pam sekurang-kurangnya 7 kali, bermula waktu subuh jam 3 pagi, biasanya sekitar jam 6 pagi pula saya akan menyusukan Insyirah sebelum pegi keja.. Di pejabat saja, 4 kali pam bermula jam 9 pagi sampailah sekitar jam 5 petang.. pulang kerja, lepas maghrib pam lagi, dan akhir sekali jam 10 malam.. huhu macam tu lah rutin saya sekarang setiap hari.. semuanya demi Insyirah.. 



Masih dalam usaha membanyakkan stok..

Sekarang pula, saya masih dalam usaha nak banyakkan stok untuk bulan ramadhan nanti.. Bukan apa, saya ne jenis yang tak kuat minum air, bimbang kalau pam di siang hari kuantitinya kurang.. cuma sejak menyusukan ne saja saya berusaha menjadi peminum air suam yang tegar, asal makan nasi mesti dengan air suam dan kurangkan air-air yang manis.. Nak cukupkan 3 liter sehari gitu..hehe

Apapun, saya masih dalam usaha dan sentiasa berusaha untuk menjadi ibu yang baik, yang juga menginginkan yang terbaik untuk anakanda tercinta.. Moga perjalanan memberikan susu terbaik di dunia ini akan lebih panjang atas izin-NYA.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

what do you think?