Walaupun dah lama berlalu, tapi saya tak putus asa nak upload pic majlis kenduri akikah Insyirah pada 30 mei yang lalu.. hehe ikutkan hati sebenarnya dah lama nak upload, tapi banyak halangan lah pulo..
Masa kenduri akikah ne, Insyirah masih lagi dengan perangainya yang manja ituuuu.. aduhai, saya ne punyalah risau.. macamanalah keadaan Insyirah waktu cukur jambul keliling orang nanti.. sebelum majlis memang saya doa banyak2 moga dipermudahkan...
dan... Alhamdulillah, waktu majlis tu bagus ja dia.. tidur dengan nyenyaknya, walaupun di tengah-tengah orang ramai yang tengah berzanji..
Oh ya.. untuk majlis kenduri Insyirah, umi dan abi sepakat untuk buat di rumah di Kg. Contoh.. sebenarnya, tiada masalah pun nak buat kat mana, sama ada di papar atau petagas, tapi memandangkan Insyirah anak sulung dan cucu pertama sebelah abi, jadi kita pun sepakat untuk memulakan kenduri akikah di sana..
Manalah tau, ada rezki anak kedua nanti boleh buat di rumah sendiri.. (angan-angan yang sedang diusahakan.. aminnn..) hehehe..
Kaum wanita biasalah, ada yang kat dapur, tingkat atas, duk tepi-tepi.. hehehe berzanji ne semestinya kaum adam ler..
Ne atuk Insyirah... Bapa pada abi Insyirah gituuu...
Yang ne pula 'bapa tua' Insyirah... Bapa pada umi pulaaa..huhu
Haaaa... lihat anakanda ku.. sungguh2 dia steady.. tidur nyenyakk.. alhamdulillahhh.. berkat doa dan izin Allah swt.. Insyirah baik2 saja waktu iniiiiii.... bestnyaaa..
Steady kan... kannnn... ^_^v
Abi Insyirah ne sebenarnya, 'kabak-kabak;.. @ gelabah!! hahaha... takut Insyirah buat perangai.. sib bek dengar cakap..
Selepas mengelilingi para uncle2, atuk2, aunty2 dan nenek2... Insyirah take pic with umiiiii... still cool n steady bah diaaa..
Hah, yang ne tukang cuci piring.. cantik kannnn?! siap pakai uniform nurse lagi.. kui3.. act, ne la dua orang ipar saya yang cun.. dua2 nurse, kebetulan yang sorang akan bertugas pada jam 2 pm.. kesian oty..huhu tapi dia sempat juga melantak tauuu.. siap tangkap gambar lagi...
oh ya.. dua2 still bujang.. ehemmmm...
dah.. abes da mengupload, mengedit dan menaip.. penat.. nanti sambung lagi.. sebenarnya banyak pic waktu majlis akikah ne, tapi tak larat la nak upload semua.. nak tunggu dia loading lagi.. jadi, saya upload yang terbaik, tercantik dan yang penuh makna ajalah ya.. hehe..
Majlis akikah Safiyyah Insyirah
30 Mei 2012, jam 1.30pm
ketika Insyirah berusia 2 Bulan 10 Hari.. (",)