Thursday, February 19, 2015

Diary Wad Furqan III

Assalammualaikum

Walaupun sudah hampir seminggu Furqan bebas di rumah, tapi saya jadi 'terlebih peka' pada pergerakannya dan setiap apa saja yang dia lakukan. Begitu juga Insyirah. Even dorang batuk waktu tidur pun saya lari masuk bilik tengok. Letak tangan atas dada diorang. Fuh. Bimbang.

I have learned so many difficult things but also have important lesson. Once a kid comes into the world, the calculus of daily living cough up new equation. Titik !

Satu-satu pasal bayi sampai dorang jadi toddler kita kaji. Saya setuju bila ada fakta mengatakan seorang ibu boleh jadi lebih hebat dari saintis dalam bab kaji mengkaji, searching, googling.. KAN..

Terutama bila anak kita jatuh sakit. Pastu semua jenis penyakit kita google. Tak cukup dengan maklumat Internet siap beli buku lagi. Biarpun nampak satu titik benda ganjil pada kulit anak dah panik. Padahal nyamuk gigit je pon. Pastu terus google, lotion apa yang sesuai sapu pada kulit anak.. Brand apa, harga brapa boleh dapat dimana.. Berapa lama tanda merah tu boleh hilang. Kan..

Tulah, jadi mama terus terbatuk dari zaman 'senang lenang' kan... Tapi best kan.. Kan.. Naluri tu kan dari Allah.. Hebat kuasa pencipta kita, masyaAllah.

6 febuari 2015

Hari kedua Furqan dalam wad. Keadaan Furqan semakin membimbangkan. Furqan nampak sangat lemah. Nafas laju sehingga doktor arahkan supaya Furqan diberi bantuan pernafasan melalui oksigen. Dah pakai benda tu cantik sikitlah bacaan spo2 furqan. Huhu. Masa ne, saya memang tak mampu senyum. Tahap 'risau' yang tinggi. Doa dan tawaqal. Memang. Tapi saya tak mampu tipu diri. Saya sebak tengok keadaan Furqan.




Dia hanya bangun untuk menyusu, itupun masih menggigil. Makan apa pun tak mau. Syukur dia masih boleh terima susu ibu. Subhanallah. 

Satu satu doktor datang cek. Dari houseman nya, doktor senior sikit, then pakar datang cek. Menjelang tengahari, Furqan pindah bilik. Bilik depan sikit. Mengikut ipar saya yang kerja sebagai nurse di sana, kalau dah pindah bilik kat depan tu, kira kes berat sikit. Mean, perhatiannya lebih, perlu pantauan yang lebih rapi. Kedudukan bilik pun sangat dekat dengan NICU. Saya dah dupdap dupdap...  tetiba pasang wayar dah. Kaler trafik light plak tu. Hijau, Merah, Kuning... Yang ne untuk pantau bacaan jantung, spo2 dan paru-paru ka hati ntah.. tak ingat.

Dan Furqan masih begitu...

7 Febuari 2015
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA FURQAN...
Sebak. Tapi saya redha. Si kecil Furqan tentu lebih kuat orangnya... InsyaAllah. Furqan sambut hari lahir di wad. Dalam keadaan satu badan berselirat wayar. Kasihan. Entah kenapa. Tarikh ini juga satu demi satu perkhabaran kondisi kesihatan Furqan doktor terangkan satu per satu. Rumit.

Furqan disahkan doktor mengalami jangkitan paru-paru. Jenis kuman, virus atau bakteria belum dikenal pasti lagi. So darah demi darah masih diperlukan.

Furqan juga disahkan mengalami radang hati peringkat awal (Hepatitis) yang mungkin berkaitan dengan jangkitan paru-paru yang dialaminya. Subhanallah.

Furqan juga mengalami anemia (hb rendah) yang agak kronik. Ok, perkataan 'kronik' tu saya jumpa dalam case note depan katil. #curicuribukadanbaca sebab saya sebak... tak sanggup labelkan penyakit furqan sebagai "kronik". Nauzubillah.

Selain itu, bacaan untuk darah putih dan kuning (platelet) Furqan juga sangat rendah. Doktor simpulkan Darah Furqan tidak normal. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.

Tiba-tiba, dalam keadaan tidak percaya, Hari yang sama, tapi pada waktu dan saat berbeza, seorang doktor masuk dan khabarkan pada kami lagi bahawa ujian darah untuk denggi, positif. Ya.. POSITIF!

Sebelum ini, doktor sendiri menjangkakan tidak mungkin Furqan mengalami denggi, disebabkan tiada tanda bintik merah melainkan demam panas yang lama.

Namun saya redha... Bila mana Allah menetapkan sesuatu takdir pada hambaNYA, maka ketetapan itu pasti akan berlaku.

Doktor yang mula-mula "buka buku" kes Furqan, cuba tenangkan saya. "Sabar mama... Furqan sakit kuat. Mama juga kena kuat". Saya senyum. Itu saja yang mampu saya lakukan masa tu.

Kamu terlantar dan berselirat wayar di hari lahirmu Furqan... Furqan juga telah melalui proses blood transfusion. Tapi selepas hampir sejam, proses pemindahan darah terpaksa dihentikan kerana suhu badan Furqan naik mendadak.

Selepas proses pemindahan darah, bacaan HB Furqan cuma naik sikit saja. Masih belum melepasi tahap 'anemia'.


8 Febuari 2015

Doktor masih nak ambil darah Furqan. Ujian demi ujian perlu dilakukan. Kasihan kamu Furqan.

Beberapa jam selepas ujian darah dilakukan, seorang doktor pakar (kalau tak silap saya mengikut ipar, pakar darah ke apa.. lebih kurang gitulah ) bertemu saya dan Abi Furqan.

Pertama beliau khabarkan demam denggi yang dialami Furqan beransur pulih. Waktu tu laju lidah saya ucap Alhamdulillah. Syukur. Kedua beliau khabarkan, bacaan HB, sel darah putih dan kuning Furqan turun lagi. MasyaAllah. Saya diam. Abi juga diam. Tapi saya perasan suhu panas badan Furqan bermula 8 Febuari sudah mula berkurang. Setiap malam saya tak tidur lena sebab kena pantau suhu Furqan. Mana ada orang boleh tidur lena di hospital. Tak kira orang sakit atau penjaga. Saya kena jerlum Furqan dengan air suam untuk turunkan suhu panas nya.

Menurut doktor lagi, keadaan Furqan tidak ubah seperti penghidap talasemia kerana bacaan sel darah yang menurun terlalu cepat, malah baru beberapa jam selepas satu-satu ujian darah dilakukan. Tetapi terlalu mustahil bila latarbelakang keluarga bukan tergolong sebagai gen pembawa, minor atau langsung tiada kaitan dengan talasemia. Dan beliau terang-terang mengatakan ujian tidak menunjukkan Furqan kekurangan ion dalam badan. Maka, sekiranya keadaan mendesak, Sel-sel Darah Furqan masih mengalami penurunan mendadak, dan mereka juga perlu cari jawapan terhadap masalah darah Furqan, ujian BMA atau pengambilan darah daripada tulang sum-sum akan dilakukan.

Allahuakbar. Saya terkedu. Abi juga diam lama. Suasana sepi. Dan doktor cuba menenangkan kami. Doktor kata, ujian tersebut boleh bantu pastikan penyakit yang dialami Furqan dan SEANDAINYA ujian mampu menunjukkan yang Furqan MUNGKIN mengalami KANSER DARAH (LEUKIMIA), rawatan susulan boleh dilakukan dari awal.

Allahuakbar.




Furqan mengalami dua permasalahan sakit yang berbeza.

Punca demam tinggi yang berpanjangan akibat jangkitan VIRUS yang masih belum diketahui dan...
Masalah darah yang masih menjadi tanda tanya pakar perubatan sendiri...


TBC

Sunday, February 15, 2015

Diary wad Furqan II

Assalammualaikum

Being a mom is a wonderful "gift" from Allah swt...

...hadiah yang juga merupakan amanah dan ujian...

Baru sekejap saya jenguk Furqan yang sedang tidur dalam bilik. Saya perhatikan degupan nafasnya. Alhamdulillah, seperti sebelum dia sakit. Nampak normal dan tidak laju. 

Saya masih ingat di waktu mula-mula jadi "ummi". Insyirah adalah pembuka legasi saya dan suami. Bila anak tidur, saya asyik perhatikan nafas mereka. Pernah tak ibu-ibu semua rasa apa yang saya rasa. Kita tengok nafas mereka, pastu ada rasa macam.... "anak aku masih hidup ka.. masih bernafas ka.." mihmih.. Kalau tidak, mungkin saya yang ter"over" psiko.. ngikk!!

Sampai macam tu sekali kebimbangan dalam naluri ibu yang Allah bagi kan...

5 Febuari 2015
Allah takdirkan Furqan masuk hospital, kali kedua. Sebelum tu Furqan pernah ditahan di wad kuning sewaktu 3 hari kelahiran. Pasal tu pun saya pernah share dalam blog ne. Macam mana rasanya tengok anak kena cucuk sehari 5, 6 kali... Allah. Kali ne berulang lagi.

Sampai di HWKK, pembantu perubatan terus cek suhu, tekanan darah, nadi, dan oksigen. Panas Furqan turun ke 39 darjah celcius daripada 40 darjah sebelum tu. Masa di kereta, on the way nak ke HWKK, saya sempat lap badan Furqan dengan tuala basah dengan harapan panasnya beransur kurang. Tapi masih dengan bacaan tinggi. So, nurse bagi Furqan suppositories, terus masuk dalam dubur sebab panas terlalu tinggi. Dalam masa yang sama saya dan sorang nurse yang baik hati (alhamdulillah) bungkus furqan dengan kain basah satu badan. Sampailah panas Furqan turun ke 37 darjah celcius. MasyaAllah. Waktu ne. Jantung saya kemain laju. Fikiran saya waktu tu.. " Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada Furqan, Faghfirli Ya Rabb.. Faghfirli ya Rabb..." minta ampun pada Allah untuk dosa dan silap sendiri. Tak habis-habis mulut saya terkumat kamit... Mohon Allah pelihara anakanda Furqan.

Tiba-tiba saya perasan, kulit Furqan seakan kekuningan. Panik jap, panggil nurse. 
"Nurse, perasan tak kulit anak saya kuning". 
Nurse belek satu badan Furqan. "Eh yala. Macam pucat pun ada. Sebelum ne tak gini ke?" 
"Emm.. tak rasanya. Saya baru rasa pelik waktu ne.." Memang panik yang bersungguh dah ne.
"Jap eh, kita tanya doktor.." Sambil tangan nurse melambai lembut kepada seorang doktor cina.

Bila doktor sampai, dan dah tau persoalan yang bermain di benak kami, dia pun buat kesimpulan.. "oh anak puan g6pd difficiency kan.. memang macam tu la tu bila demam.."

Saya pun.. ehh? ehh?  ehh???? ok!!

Selepas setengah jam di Unit Emergency, kami dibawa naik ke wad Melur 1, Unit Rawatan Rapi Pediatrik. Seorang doktor baru yang kecil molek "sambut" kes Furqan. Dibantu oleh 2 orang nurse, seperti nyamuk yang haus darah, mereka pun berusaha mencari urat Furqan di serata tangan dan kaki untuk isi dalam 5 ke 6 botol kecil darah si kecil Furqan. Waktu ne adalah saat paling mencabar bagi saya selama duduk hospital. Tapi, itu adalah prosedur kerja mereka. So. Bertahanlah Ummi. Bertahanlah Furqan. Doktor sedang buat kerja. Hihi.

Nak jadi cerita, ujian juga lah untuk para doktor dan nurse, sebab dak Furqan ne uratnya halus sangat, dapat urat flow slow. Pindah jarum pula cari urat lain. Kasihan kamu Furqan.

Masa hari pertama masuk wad, sebelum ujian darah keluar, macam biasalah... soalan demi soalan doktor akan tanya. History kesihatan sejak lahir. Bahkan sejak kita mengandung lagi ya. 

Soalan demi soalan saya jawab dengan cemerlangnya. Penuh yakin seperti orang yang datang interview confiden nak dapat job gitu ya.. Sampailah satu soalan yang agak sensitif jawapannya pada saya dan suami. Iaitu berkaitan dengan VAKSIN!

Ya, saya tau, dunia perubatan ada alasan sendiri mengapa mereka WAJIBKAN VAKSIN terutama sekali pada kanak-kanak kecil. Dan saya dan suami juga punya alasan sendiri mengapa kami TOLAK VAKSIN! Itu adalah pendirian. Maka saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut disini.

Tapi masa kami bagi jawapan "anak kami tak disuntik imunisasi sejak lahir atas kemahuan kami sendiri" sungguh bulat dan hampir terbeliak mata doktor itu ya kawan-kawan. MasyaAllah saya pun panik takut dia pengsan saja.. Hehe Gurau! Ok Part ne kita sambung kemudian...

Nak jadi cerita lagi, keluarlah keputusan darah Furqan.. 

Allahuakbar, satu demi satu sakit Furqan Allah tunjukkan 
(mohon mengerti sakit Furqan tiada kaitan dengan 'tiada SUNTIKAN  VAKSIN!'  dan doktor sendiri telah akuinya... Mohon jaga hati dan fikiran, jangan sampai lupa kita BERTUHAN! )

Walau agak berat, saya cuba untuk positif dan kumpul kekuatan untuk terus pastikan Furqan pulih. "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji". Firman Allah 'itu' naikkan semangat saya untuk 'relax'. Jangan cengeng ummu Furqan. "Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuannya".

Saya yakin ujian demi ujian yang Allah bagi tanda Allah sayang. Moga menjadi kaffarah dosa buat ummi abi Furqan.

Saat doktor khabarkan berita sakit Furqan saya minta abi ganti untuk jaga Furqan sekejap. Saya mahu ke tingkat 6.. kerana disitu letaknya telekung sejadah. Saya mahu menangis mengadu pada Allah....

Begini sekali kamu diuji saat 2 hari sblum ulangtahun kamu yang pertama Furqan...


TBC



Thursday, February 12, 2015

Diary wad furqan

Assalammualaikum
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan masih diberi peluang bernafas di bumi NYA hingga hari ini.. Allah masih beri saya kekuatan untuk terus menghadapi ujianNya...
13 febuari 2015
Hari ne adalah hari ke sembilan furqan ditahan dalam wad. Sebelum ne saya post gambar furqan yang sambut besday dalam wad, hidung lekat oksigen sebagai bantuan pernafasan.. Furqan mohon hadiah doa dari ibu ibu dluar sana minta Allah beri kesembuhan buat penghuni syurga Nya yang satu ini..
Ya. Furqan kurang sihat. Tapi sehingga saya taip blog ne, alhamdulillah kondisi si kecil semakin baik. Banyak perkembangan positif. Syukur. Secebis berkat doa ibu diluar sana juga. Terima kasih atas keprihatinan kalian. Saya tidak berhenti terima whatsapp dari kawan kawan dan saudara. Kalian tidak putus mendoakan furqan dan bagi semangat pada saya untuk terus kuat dan bertahan menghadapi ujian Allah swt.
Kalian, sebelum itu.. Mari kita sedekahkan al-fatihah buat sang murobbi tercinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah bertemu pencipta semalam 12 febuari 2015 tepat jam 9.45 malam. Pemergian ayahanda tok guru seiring dengan ulangtahun pemergian ulama tersohor Hassan Al-Bana. Padahal sebelum menerima berita itu, saya dan furqan ketawa tiada henti. Saya excited bila furqan mula aktif sedikit. Apatah lagi bila hampir setiap jam doktor khabarkan perkembangan positif kesihatan furqan.
Siapa tau di malam hari satu dunia menerima berita pemergian tok guru.. Allahu.. Saya dan abi furqan pernah bercita-cita mahu ziarah tok guru. Bukan rezki kami. Moga Allah merahmati ruh allahyarham... Innalillahi wa'inna ilaihi rojiun..
Oke. Berbalik pada diary anakanda furqan. Fuhh..
Sebelum ne furqan demam biasa. Hari kedua demam kita terus bawa g hospital. Macam biasalah ya.. Dapat PCM dan antibiotik hospital. Lepas tu, demam furqan kurang sikit waktu pagi. Tapi biasanya dia akan panas badan waktu malam. Waktu ne memang tak bertidurlah. Asyik pantau suhu furqan dan jerlum dia dengan air suam. Sekejap sekejap suhu furqan mula turun. Tapi bila ummi lelap sekejap saja tetiba suhu naik balik. Sebelum furqan demam insyirah mendahului. So, memang pening lalat lah masuk pejabat. Mata pun, hensom lagi rupa panda. Oh tidak!
Masuk hari ketiga dan keempat furqan makan ubat macm biasa. Walaupun demam si cinonet tu masih aktif. Lebih lebih lagi waktu pagi. So, kita memang syak demam biasa saja. Masuk hari kelima demam furqan kebah. Saya mula senang hati. Malam pun dia mula main. Furqan sebenarnya sudah mulakan satu dua langkah nak berjalan. Wuuu.. Excited ummi tu. Tak sabar nak tengok dak tecik ne jenjalan.. Mihmih..
Ummi dia yang terover imagine, pasni boleh lepas furqan jalan2 di taman.. Temankan ummi jogging bersama kakayah.. Bolehla ummi turunkan kadar kolestrol dalam darah yang tinggi.. Ngeheh.. Eh?!
Keesokannya.. Bangun subuh, badan furqan panas balik.. Tapi tak tinggi.. Saya lap dengan tuala basah.. Mandikan dia dengan air suam.. Panas dah kurang..
On the way ke taska..
Saya dapat rasa furqan menggigil..
Saya rasa tapak tangan dan kakinya sejuk.. Badan sudah mula panas..
Saya panik jap.. Jalan jammed. Nak ke mana dulu. Allah. Mulut terkumat kamit baca macam macam. Masa tu minta Allah pelihara furqan. Jangan dia jadi apa-apa. Tapi saya tak sedap hati..
Balik-balik saya panggil nama furqan..
MasyaAllah.. Furqan nampak lemah.. Sangat lemah. Sungguh! Ia lain dari kebiasaan...
Hati saya tak sedap.
Furqan bukan demam biasa.. Saya capai henpon dan kol abi..
Kami sepakat bawa furqan ke klinik dr june.. Sampai di sana dr june cek suhu badan furqan, 40 darjah celcius! Subhanallah.. Dr june keluarkan alat untuk periksa spo2, lantas dia keluarkan sekeping kertas untuk sediakan surat.
Mama, bacaan oksigen tak cantik. Kena admit ke hwkk.
MasyaAllah. Saya bukan kisah untuk admit. Saya hanya doa jangan ada apa apa pada furqan...
TBC..

Tuesday, February 3, 2015

CYCLE OF LIFE

Assalammualaikum
 
At the end of the day, i always ask my self, what have i did today.. Did i hit my target or not.. Huhu..
Kengkadang tu kan confuse jap. What is my target. Dalam satu hari buat banyak benda sampai habis 12 jam.. 24 jam, untuk apa, dan untuk siapa.. Nak dapat apa. Fuhh. Part ne kan memang never end la.
 
Basically, kita hidup untuk menghambakan diri pada pencipta. Ibadah pada Allah. Semalam tengah menikmati kopi panas dengan abi tetiba saja keluar ayat ayat cinta dari mulut ku ini (hehe).. "bang, kenapa Allah cipta manusia ya.." hehe dah dah. Ko jangan kerut dahi dan mentertawakan beta ya. Memang nampak soalan bebudak kan. Tapi abi cakap. "emm.. Soalan bagus tu yang" sambil tunjuk ibu jari simbol 'good' gitu.
 
Lepastu kan kitorang cer cer la pnjang panjang. Masuk part cara kita beribadah. Sampailah masuk part how time fly... Dulu dan kini. Banyak tu kalau nak hurai.
Dulu kan kita budak ja. Tak tau apa apa. Sebelum  ne pun, bujang belum kawen. Belum beranak. Zaman rehat tidur panjang dan buat hal sendiri. Pheww!!
Zaman 'ada ku kisah?' haa gituu... Orang sibuk gosip dekat facebook pasal life retis tu retis ne.. Orang tu orang ne.. Kita blogging ja.. Obses dengan life sendiri saja... Mihmih (jakunss letteww..)
Tapi tula... Life kan. Sebelum ne suda balik2 kita remind diri... Hidup sebagai hamba Allah untuk menempuh ujian Allah, untuk ke syurga Allah... Life zaman dulu dan zaman sekarang besar sungguh jurang dan bezanya.
 
Saya masih ingat, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, belanja sekolah tu tak sampai pun RM1. Mama bagi RM0.80 sehari, RM0.40 untuk sekolah melayu (sk), dan RM0.40 untuk sekolah agama (sui). Macam mustahil untuk cukup bila kita bicara tentangnya pada zaman sekarang ini kan? Cukup adik adik. Sangat cukup. Dulu harga nasi lemak dan mee goreng dalam plastik yang adik-adik nampak sekarang tu cuma rm0.20 saja. Air pun rm0.20. Sapa kata tak ble kenyang? Dulu sekolah akak pun ada soto jugak. Semangkuk rm0.50. Shot sikitla untuk belanja sekolah agama. Tapi akak kau ne dulu rajin bawa bekal. Jarang tak bawa. Sebab masakan mama tu kan jauh lebih enak dari masakan kantin. So perut kenyang tanpa belanjakan rm0.80 yang mama bagi. Kalau 5 hari seminggu bawa bekal, belanja yang mama akak bagi dah terkumpul jadi rm4. Sebulan tersimpanlah rm16. Bagi akak sudah terlalu banyak jumlah itu ya adik adik. Mana logik budak budak sekolah bole collect rm16 sebulan tanpa bekerja. Hehehe.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
 
Sekarang? Semua benda kena ada duit baaaanyak. Terkejut juga bila crita2 dengan kawan sepejabat yang dia pening sebab belanja anaknya sehari rm5 plus plus plus.. Woww??!!! Terus laju saja sel sel neuron akak kau ne memikirkan bagaimanakah keadaan ekonomi zaman anak anak ku bila sekolah nanti? Pheww!
 
Pastu kan budak dulu dan budak sekarang.
Ehem, apakah aktiviti kegemaran anak-anak anda zaman ini? Dulu kan akak kan, suka main masak masak, kawen kawen dengan kekazen. Kami main masak masak pakai periuk belanga real tau. Sebab tu dulu maktua selalu piat telinga. Habis periuk belanga dia ke sana ke mari ntah ke mana tak jumpa bila nak rebus ubi dan didih air panas. Kehkeh. Pastu, kita main tanah dan daun jadi bahan masakan. Hah Insyirah, kau hado nak?! hehe. Banyak lagi mainan best. Batu seremban. Tinting. Main "bubut bubut". Hantu tiang. Baling selipar (ntah namanya lupa). Main getah, doblek. Haha. Sumpah aku tak tau eja nama game2 tu. Aku tau istilahnya saja. Kebanyakan game budak dulu dulu outdoor punya. Hehe. Bestttt!! Terus rindu kekazen.
Sekarang. Macam macam jenis mainan budak dah diwujudkan. Kita tengok kan ada jual dapur mainan khas untuk kanak kanak perempuan. Macam real la konon. Pastu harga pun punyalah real nakkk. Niat nak belikan Insyirah la kan. Pilih punya pilih kita ambil la yang paling kecil dan murah. Mihmih.. Woi.. paling murah pun RM 100+ ok.. Apa kah gile nya zaman generasi X (ke Y?) ini.. Hadoih. Bagus main periuk belanga yang real di dapur.
Masa gi kenduri haritu, ramai sangat budak budak. Tapi kan, bebudak sekarang, sorang main di sudut sana sorang di sudut sini. Lepastu masing-masing pegang henpon atau tab di tangan. COC wooo..
 
 
Beralih kepada hal lain pula.
Masa cuti sekolah yang panjang ritu mesti banyak kenduri kendara. Especially, sedara mara yang kawen kan. Masih ingat zaman dolu dolusss.. Kita paling suka kumpul kumpul dengan kekazen. Gosip gosip dakwah. Ececeh. Cover la tu. Buat kerja potong potong, hiris hiris, blender blender sambil ketawa ketawa dengan kekazen. Kita taim tu zaman nak dara, terima arahan dari mak mak. "Lepas kau potong tu, kupas ne pulak ya. Dah tu kau blender lada ne ok. Jangan mulut asyik potpet ja, tangan jalan.. paham?!!" Laung sang ibu. "Baikkkkk makcik" Laung si anak kembali. Mihmih. Best! baq ang! Semua keja kita buat gotong royong. Maka ikatan tali silaturrahim pun semakin erat dan ketat. Paaaaling kita excited bila kumpul semua sedara mara.
 
Sekarang? Beza dah. Memasing ada kesibukan sendiri. Kebanyakan majlis guna catering service. Kebanyakan kekazen da kawen, tinggal jauh. Waktu kenduri saja kumpul kumpul. Sebelum dan selepas kenduri dengan hal memasing. Thats a life, kan... Biasalah.. Janji ikatan silaturrahim antara kita ngan sedara mara kazen mazen masih utuh. Tak lupa antara satu sama lain. Ye dak?!
 
Kadang kadang saya rasa bestnya zaman kanak kanak saya dulu. Rindu. Paling rindu bila selalu kumpul dengan kekazen. Sekarang, saya adalah ibu kepada 2 orang anak, setakat ini ya. Hehe. Terfikir.. kebiasaan apakah yang perlu saya tanam dalam jiwa anak-anak supaya ingatan terhadap orang yang mereka sayang atau yang punya ikatan dengan diorang tu tak luntur. (bahasa.. nak nangesss.. T_T).
 
Banyak lagi beza cara dan suasana kehidupan dulu dan sekarang. Sekarang barang semua mahal. Hehe. Sekarang media mainkan peranan yang besar dalam hidup bermasyarakat. Betul. Life sekarang ne banyak dipengaruhi oleh kebanyakan input yang kita dapat dari media. Kan.. Tak kira lah dalam apa hal sekalipun. Tak caya? tengok sekarang, semua orang dah terror beli online. Hujung jari pun boleh.. mihmih! Tu contoh paling simple. Padahal ia bersangkut paut pada diri sendiri. Life sendiri yang hampir mengalami penyakit gila shopping online yang kronik. Nauzubillah. Tidak lah ya. Still under control. Haha.
 
Masa. Bila dah berlalu takkan dapat diundur semula. Sebab tu bila kita bertangguh dan mensia siakannya kita dikatakan "pencuri masa". Sekarang masa untuk generasi saya. Wah. Cepatnya masa tu berlalu. Sekarang dah ada generasi dah. Krikk..krikk. Ketinggalan sekejap saja, tau tau zaman dah berubah, keadaan dah lain. Nak balik ke masa lalu memang mustahil. So, life must go on. Create idea baru. Azam baru. Semangat baru. Janji LillahiTa'ala.
 
InsyaAllah.
 
Ok tu ja. Sebab lama tidak update, maka di update la blog hari ini ya..
Salam Muhibbah..
 
(Tuan Tanah Kedaung)
Ssh!