Monday, September 2, 2013

the journey of pregnant and breastfeeding mom - 4 month

Assalammualaikum

Dikhabarkan mengandung saat saya masih menyusukan Insyirah bukan perkara yang saya rancang. Memang saya tak duga sama sekali. Tapi Allah nak bagi rezeki lebih, kita sedia atau tidak, mesti terima dan redha. Saya bersyukur, tubuh masih sihat dan mampu. Allah masih bagi kekuatan. Sampailah saya keguguran ketika usia Insyirah baru nak melangkah ke angka 11 bulan. Waktu tau mengandung kali ke 2, walaupun sakit dan diuji dengan macam-macam jenis alahan, jauh disudut hati, saya gembira dan tak sabar. Wah Insyirah dah nak dapat adik di usia kurang 2 tahun. Masa tu saya masih memerah, tapi dah tak konsisten. Produksi susu pun dah tak banyak. Syukur waktu tu, saya masih simpan banyak stok susu yang boleh cover penyusuan Insyirah ke Taska. Sampailah saya keguguran. Saya mula aktif memerah balik.

Mula imagine bila Insyirah dah ada adik nanti...
InsyaAllah, Insyirah akan jadi kakak yang baik..
- kredit to Qisya & Insyirah -
 
Ditakdirkan mengandung lagi selepas sebulan keguguran. Waktu ne la, dup dap..dup dap. Allah.. begitu cepat takdir Allah berubah. Saya nakkk.. sangat. Tapi kerisauan tetap ada, fobia dan takut pun ada. Entah saya ne dah sihat ke belum, rahim dh pulih dari bengkak lepas keguguran haritu, ke belum... Memang tawakal habis-habis. Doa pada Allah moga sentiasa dalam keadaan sihat samaada diri saya dan kandungan. Moga Allah pelihara saya dan kandungan. Saya pula masih menyusukan Insyirah. Cuma atas sebab history keguguran yang lalu, saya dinasihatkan doktor agar berhenti memerah tapi boleh teruskan direct bf. Syukur. Masih boleh menyusukan Insyirah sehingga saat ini. Saya hanya bergantung pada stok-stok susu yang ada. Dan alhamdulillah, usia kandungan kini sudah masuk ke angka 18 minggu @ 4 bulan dan dalam keadaan sihat...  =)

Banyak juga ujian mengandung dan menyusukan ne. Apalagi kalau hadapinya sekali. Hukhukhuk..
Awal2 preggy, saya hadapi alahan. Macam biasalah. Cepat penat. Mudah mengantuk. Muntah-muntah. Gastrik. Malah alahan kali ne jauh lagi teruk dari kandungan pertama dan kedua. Betul! Pernah saya nak pitam di ofis. Nasib terus masuk surau dan baring. Memang teruk. Saya ambil MC dari hospital seminggu. Belum lagi bawa mama pegi kampung sebelah cari nenek tukang urut (urut kepala). Sebab saya rasa teruk sangat. Lama juga alahan kali ne. Sampai kandungan masuk 15 minggu, baru ada kurang sedikit demi sedikit. 
 


Moga bila dah jadi kakak nanti, Insyirah akan berperangai baik..
Jadi anak solehah ummi dan abi..  =)

 
 
Dari tu, saya nekad, kandungan kali ne nak jaga betul-betul. Bukan setakat kandungan, malah diri saya dan anak yang menyusu. Memang cepat penat. Insyirah kalau malam saja tak nak menyusu tru botol. Mesti nak ngempeng. Memandangkan saya nak jimat stok susu ke taska, jadi saya pun dengan kepenatan yang  tak tertanggung memaksa diri  breastfeed Insyirah, sampai kami dua2 tertidur, tanpa jamah dinner, urus kain baju.. sediakan persiapan untuk hari esok..sehingga semua jadi kelam kabut menjelang subuh keesokannya... Hari-hari macam tu mana tahan. Saya mesti kuat dan keluarkan tenaga yang ada untuk kembali aktif walaupun mengandung dan menyusukan.. Hari-hari doa, minta Allah bagi kekuatan dan kerajinan. So, saya usaha, cari alternatif lain untuk ubah segalanya.. chewaaahh.. maka saya pun pilih PRODUK SHAKLEE untuk bantu saya keluarkan tenaga yang ada selain berserah pada Illahi. Semuanya untuk suami dan anak kan.. While preggy pun tanggungjawab kita tak boleh abaikan.. 
 
Kredit pic for google =)


Ok, cerita SHAKLEE, saya ambil set mengandung trim 1 and now dah plus omega dan esp sebab dah masuk trimester 2.. Alhamdullillah... Atas izin Allah swt, setakat ne saya sihat saja, walaupun bf Insyirah saya masih bertenaga. Masih sihat buat semua kerja. Walau badan alami perubahan hormon yang mendadak, tapi dengan izin Allah, SHAKLEE bantu kurangkan rasa nak muntah dan pitam tu. Malah dapat extra energy untuk settlekan semua benda.. InsyaAllah. Nak tau apa SET MENGANDUNG SHAKLEE tu, jum kita bedah pregnancy set of SHAKLEE ne.. ia terdiri daripada : -

TRIMESTER 1

a) VITALEA
Merupakan multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tak perlu lagi ambil obimin ok. 


b) B-COMPLEX
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neutral. 

c) VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping berperanan meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

d) OSTEMATRIX
Ibu yang mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Sebab bayi akan mula mengambil kalsium ibu lebih banyak bermula trimester kedua. So, Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vit D. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan oste juga untuk menguatkan & membentuk tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh kurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas, atau cramped.

e) ESP
Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ia juga mampu beri tenaga pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri. 

TRIMESTER 2 & 3

f) OMEGA GUARD
Untuk trimester 2 dan 3, ibu-ibu masih ambil semua vitamin di atas dan tambah Omega Guard saja. Omega ne, mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sitem saraf dan fungsi mata bayi.

Bagus kan... Alhamdulillah, sejak guna set mengandung SHAKLEE, saya kembali sihat dan rasa bertenaga saja.. Loya-loya pun mula kurang. Tak loya extreme macam awal-awal dapat tau preggy haritu. Supplement hanya sampingan. Ia cuma membantu. Selebihnya  adalah kuasa Allah yang izinkan semuanya berlaku. Alhamdulillah. Allah turunkan ilham pada manusia terpilih untuk hasilkan supplement yang bagus, malah dijamin halal serta dapat kelulusan dan jaminan KKM. No worries kalau cadang nak consume SHAKLEE ok.. Kita sharing n caring..

Anda boleh cuba kalau minat. Untuk pengetahuan kalian saya juga telah menjadi Shaklee Distributor, any question.. kita boleh share. Kalau nak cuba dan baru nak kenal-kenal dengan SHAKLEE pun boleh saja pm or whatsapp saya k.. 
0148698809
or find me @facebook Al-insyirah
kita boleh sharing.. boleh share cerita.. k.. jangan malu-malu. hehe

Kalian, bukan mudah menghadapi cabaran menyusukan ketika mengandung. Kita kena kuat, dari segi mental dan fizikal. Saya bersyukur dipilih Allah swt untuk merasa segala ujian menjadi seorang ibu yang mengandung juga kepada anak yang masih menyusu, dalam satu masa yang sama...
Bukan sedikit air mata yang pernah mengalir dalam tempoh 4 bulan kandungan ini.. dan setahun 5 bulan penyusuan bersama Insyirah.. Belum masuk trimester ketiga lagi nanti.. Moga saya terus dikurniakan Allah kekuatan yang tiada belah bagi... InsyaAllah.

Saya insan yang lemah dan kerdil, namun meraih kekuatan dariNYA untuk melangkah menghadapi liku kehidupan sebagai seorang isteri, ibu anak, menantu dan yang pasti hamba Allah swt.. moga saya dan anda yang ditempat saya sama-sama kuat.. InsyaAllah..


 

Salam sayang
Ummu Al-Insyirah
=)

No comments:

Post a Comment

what do you think?