Assalammualaikum
Hari yang indah Allah pinjamkan buat kami sekeluarga... ^_^
LOK KAWI WILDLIFE PARK.. Here we comeee!!!!
Hari minggu tu, abi bawa jalan-jalan pegi zoo. Planning mau pegi hari sabtu. Tapi waktu tu abi expect dua perkara ja.. kalau zoo tak tutup (sbb national day kan..) mesti ramai orang.. Haaa.. Jadi kami pun sepakat pegi hari minggu.. Hari Sabtu spend time dengan Insyirah di rumah saja.. Hari minggu baru jalan. Janji hujung minggu masa untuk si Chinta itu! =)
Budak yang excited kena bawa masuk zoo..
Pintar anak ummi ne.. hehe
Saya sebenarnya dari sekolah, tak pernah minat pegi zoo. Kalau planning nak pegi pun mesti imagine-imagine benda tak tentu.. Contohnya, berlakulah accident, gajah mengamuk ka.. Harimau bergaduh ka.. Beruang lari ka.. Hahahaha.. Abi cakap saya dah macam perempuan psyco! hikhikhik.. Yalah, jadi gitu, baru happening.. Ada juga cerita. Ne nak cerita ular tu besar, gajah tu makan tebu, panda tu comel... Semua orang da tengok dalam Animal Planet.. Heheh.. (Memang psyco!)
Tapi, bila dah jadi ibu, anak dah besar.. Saya jadi suka pegi zoo sebab tengok Insyirah excited. Pegi zoo ne, boleh bantu learning process budak-budak. Boleh bantu kembangkan minda dan pengetahuan diorang. Tak caya? Ne yang nak share dengan korang ne reaksi Insyirah bila tengok semua binatang yang pelik. Sebab dia baru tengok dunia ne setahun 5 bulan.. Dia baru nak belajar.. Tengok benda baru dalam hidup dia, buat dia nak tau semuaaaaa perkara..
Bila smpai kami terus nampak gajah lalu.. Betul-betul before my very eyes ok! hikhik tekejut sungguh2.. Tengok gajah turun tangga.. haha
Sebelum ne, Insyirah sudah boleh sebut gajah, tapi dia sebut "bajah".. Cuma sebab dia tak pernah tengok real.. Jadi dia tak boleh expect yang depan mata dia tu gajah. So, kita ajar dan bagitau dia itu gajah.. Bila balik-balik nampak dia akan sebut balik-balik juga.. "Bajah..bajah..bajah.." hehe
Waktu ne, gajah tu makan kobis.. Insyirah balik-balik tunjuk dan keluar bunyi.. "Naaa.. naaa..." hehe Memang bagus tau bawa dorang tengok keindahan ciptaan tuhan ne.. Pelan-pelan dorang belajar, ada pula makhluk lain hidup bersama saya di dunia ne.. agaknyalah kan.. hahaha..
Its deer! Cute.. Entah jinak ke liar ne.. Teringin juga nak pegang.. Tapi jangan mengada lah kalau bawa anak kecil.. hikhik Takut kita beria-ia nak pegang, Insyirah pun ikut nak sekali.. Jadi apa-apa karang.. habissss.. hehe..
Silapnya, kami pegi seawal jam 10 am.. Waktu ne panas sangat.. Nasib ada Uncle Malik bawa jalan-jalan pakai kereta officer tu. Kena lagi keretapi rosak. Waktu kami datang, tengah tunggu mekanik sampai.. Sudahhhh.. kena 1st tym masuk zoo la pulak keretapinya rosak.. Macam tak redha ja zoo ne dengan kehadiran kami anak beranak hehehe...
Paling best, waktu animal show. Waktu ne la Insyirah memang excited sungguh-sungguh...
Kami lagi excited, 10 minit sebelum mula show kami sudah siap siaga duduk diam tunggu show.. *wink*
Sebenarnya, yang best tu bila tengok reaksi Insyirah. Untuk psyco macam saya konon ne kan.. biasa-biasa saja.. kan saya tunggu rimau mengamuk.. baru dikira best! kahkahkah.. tiadala..tiadala.. gurau saja!
Hah korang! Ular tu.. dia letak sana-sini.. Boleh-boleh kami duduk betul-betul sebelah kotak yang berisi ular. Nasib tak gatal tangan buka kotak yang diletak sana-sini kan.. padahal dalam tu ada ular! Ehm, syco pun, tak nakla jadi dengan saya.. saya nak tengok je.. hehehe tau takoott!!
Waktu animal show ne saya suka dengan burung dia.. Ada dua. Satu nama Poko dan satu lagi nama Carlo! Dua2 bijak. Diorang buat show burung berlumba bawa bola masuk dalam jaring, Poko menang.. Then lumba masukkan gelung getah dalam ranting ke hapa ntah.. Carlo menang.. Heheh.
Waktu ne la Insyirah excited. Dia tepuk tangan. Angkat tangan macam nak sebut "horeeee". Macam-macam bunyi keluar dari mulut dia..
"Naaaa..naaa..naa.."
"a...tuuuu.. aa..tuuu.."
"anyonyonyonyo.."
hukhukhuk.. baguslah.. anak ummi sedang belajar... Bunyi-bunyi yang keluar dari mulut Insyirah, tu macam dia nak bagitau kita.. "nah tengok tu ummi.." atau.. " apa tu ummi".. "kenapa dengan burung tu ummi.." "besarnya ular tu ummi.." hehe.. see? i told you! Bawa anak pegi zoo boleh kembangkan minda dan pengetahuan diorang... Ia membantu learning process diorang.. Insyirah hanya setahun. Dia dah mula nak tau semua benda..
Beruang ne nampak je comel tapi Uncle Malik cakap.. Dia jahat dan kejam!! Hehehe.. Terus saya tak suka beruang la.. saya mula suka monyet.. Comel dan baik!! hikhikhik
Comel kan.. hehe
Can u see something over there?
Harimaula!!
Insyirah bila nampak harimau, on the spot dia sebut.. "miow..miowww.." hehe bagus..bagus.. Betullahkan.. harimau ne spesies kucing.. Dia punya figure lebih kurang kucing juga. Cuma dia besar. So, tak hairanlah Insyirah anggap itu miow..miow.. hehe
Ada banyak lah binatang liar kat sana.. Hyppo pun ada. Satu-satunya tersimpan disitu, sebab hampir pupus. Kesiannn.. Kata Uncle Malik, Hyppo tu memang kena jaga betul-betul dari segi makan, minum, kesihatan. Sebab hanya dia anak tunggal disimpan di sana. Tapi tak dapat tangkap gambar sebab kawasannya di bawah bukit .. Jauhh.. Tengok dari jauh saja...
Oh ya, saya baru tau, King Cobra tu.. (bukan gambar diatas.. itu ular sawa batik).. Rupanya dia makan ular juga.. Semua spesies ular takut dia.. sebab tu namanya juga KING! hahahaha.. kampungnya aku.. hahaha baru tau.. ahahah.. sudahh!! ko ikut gelak kanapa?!! hikhikhik..
Banyak lagilah binatang pelik-pelik... Insyirah pun suka.. semua binatang dia nak tunjuk.. Mulut dia pun tak berenti becakap.. Balik-balik bunyi, "anyonyonyonyonyo.." ntah hapa-hapa... hehe
Insyirah sampai tak mau di tunda.. Nak jalan sendiri-sendiri.. huhu
Lepas tengok semua binatang kami pun pulang.. hehe.. Sebab kami lapar.. Insyirah pun lapar.. Then, petang ada jemputan open house pula.. Tapi sementara tunggu jemputan tu baik kita isi perut dulu kan..
Bye..bye...
Erkkk.. Sila jangan tanya kenapa pakai gaun di tengah panas dalam zoo.. Jangan tanyaaa..!!! Sangatlah weird!
Tapi saya tetap rasa diri tidak ubah seperti cinderella in the zoo..
hikhikhik..
Hah! Jangan perli!!
Friends,
Jom bawa anak-anak kesayangan kita yang sedang membesar melihat sambil belajar keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan dan makhluk lain ciptaannya.. Trust me! mesti diorang suka.. Itu akan bantu kembangkan proses pembelajaran diorang.. Come on la.. masa kerja kita lebih padat daripada waktu hujung minggu bersama anak-anak kan.. Masa tu tak mampu dibeli dan kita takkan dapat semula.. Luangkanlah sekejap ya..
Beri galakkan macam ne jauh lebih baik dan banyak kesan positif untuk minda anak-anak selain bagi diorang ipad dan harap diorang diam.. Saya tak mampu nak miliki ipad untuk Insyirah.. Maka saya dan abinya usahakan alternatif lain.. Marilah...
Salam sayang dan perkongsian,
Ikhlas dari..
Ummu Al-Insyirah..
=)
No comments:
Post a Comment
what do you think?