Thursday, September 5, 2013

kanak-kanak agresif - SUKA GIGIT

Assalammualaikum
 
Saya mungkin ibu baru 
Anak baru satu
Banyak benda yang saya belum tahu
Mujur banyak ruang dan waktu
untuk saya kaut ilmu 
Syukur banyak yang bantu...      
^_^v

Sejak Insyirah masuk setahun + + haritu, saya dan keluarga perasan dia kuat gigit. Mula-mula dirumah dia tak buat. Sebab dia selalu main dengan Qisya tapi tak pernah gigit. Laporan bermula di taska. Hikhik.. Cikgu dia cakap, "Tadi Insyirah gigit Adam.."     esoknya,    "Tangan Amanda biru, sebab Insyirah gigit, nasib gigi Insyirah belum banyak.."      Lusa pula...    "Mungkin Insyirah rasa gatal-gatal kat gusi, hari ne Insyirah gigit ayie.."     Aduhai.. kesian anak orang.. 
paling tak tahan.. dengan dialog ne, selepas terperasan yang satu haritu cikgu tak lapor apa-apa... 

Saya : Hari ne Insyirah macam mana, ada gigit kawan? 
Cikgu Insyirah : Err.. hari ne tiada... tapi..... dia gigit saya (sambil tunjuk lengan yang biru)

Hikhikhik....    

Saya susah hati sebenarnya. Lepas cikgu dia bagitahu yang Insyirah mula gigit kawan, saya minta pisahkan diorang dan pantau dia. Kesian tangan kawan dia habis biru. Mula-mula ok. Laporan yang macam tu dah kurang. Masalahnya, dia dah mula gigit Qisyaaaa... Alahai.. kesian Qisya. Abah dia balik dari Offshore tengok tangan asyik biru... Kalau berlaku pada anak kita, mesti sedih kan..? Saya juga ibu, jadi saya dapat rasakan perasaan ibu-ibu... Susah hati saya semakin bertambah. Runsingnya saya. Saya selalu juga tegur Insyirah dengan tegas. Bagitau dia gigit kawan adalah salah. Tapi Insyirah hanya setahun. Macam mana dia nak faham semua tu... 
Then, saya googling! tengah berusaha praktis pelan-pelan. Maka saya ingin kongsikan di sini... Kita boleh dapat ilmu sama-sama kan... cekidauttt!!!

********************

 

KENAPA KANAK-KANAK SUKA GIGIT?

Percaya atau tidak, kanak-kanak menggigit sebenarnya adalah normal dan perkara biasa. Sebenarnya, usia kanak-kanak bermula 1 hingga 3 tahun dan mungkin juga berterusan sehingga ke 6 tahun adalah usia di mana mereka mula mengekspresikan diri mereka, memandangkan budak-budak ne masih belum lurus cakap, dan tak mungkin kita mampu faham makna, maka mereka mengekspresikannya dengan pelbagai cara, pergerakan dan aksi termasuklah menggigit. Mereka sebenarnya mahu kita lihat mereka, peduli mereka dan bagi sepenuh perhatian pada mereka... Anyonyonyonyo.. touching kan!!

BAGAIMANA MENGAWAL ANAK DARI TERUS MENGGIGIT?

Bab ne, saya pun nak bagi tumpuan. Jom kita sama-sama usaha.

1) Pisahkan anak yang menggigit  dengan anak yang digigit. Kalau ko yang kena gigit, ko redha jelah ye.. hikhikhik.. Sebab tu kena kawal juga bila anak kita main dengan budak lain. Kalau macam Insyirah yang duduk taska.. emmm.. susah nak cakap, sebab budak-budak di taska ramai. Semua nak kena tengok.
Mula-mula kita cuba tenangkan anak yang jadi mangsa gigit. Pujuk dia apalagi kalau budak tu anak orang lain kan. 

2) Kena ingat, budak-budak yang menggigit mungkin nak perhatian. Namanya juga budak-budak so, elakkan dari memarahi anak yang menggigit. Diorang belum faham. Just cakap baik-baik tapi tegas. Tenangkan jiwa ok, jangan marah-marah.. bagitau budak yang menggigit, bahawa menyakiti/ menggigit orang itu salah. Kawan akan rasa sakit. Elakkan dari beri penjelasan yang panjang. Buat apa panjang-panjang nanti dia bosan! heee..

3) Kadang-kadang, budak-budak yang menggigit ne akan rasa sedih lepas gigit kawannya. Apalagi bila tengok reaksi kawannya nangis. Then kita pula panik. Dia akan rasa sedih juga. So, tenangkan diorang. Bagi perhatian, bawa diorang cerita-cerita..

4) Tawarkan alternatif apabila keadaan sudah mula tenang. Contohnya, ajar mereka buat perkara baik. Katakan jika dia menggigit sebab marah anak yang digigit itu merampas mainannya. So, ajar diorang cakap "no"   atau   "jangan"  kalau ia berlaku lagi. Yang penting pastikan mereka elak menggigit.

5) Selain tu, alihkan perhatian kanak-kanak yang suka menggigit dengan aktiviti lain. Misalnya, bawa mereka menyanyi, menari, main game, mewarna dan sebagainya. Ia boleh membantu mereka melupakan kebiasaan menggigit bila bersama kawan-kawan.

Selain itu, selalulah puji anak, elakkan dari memarahi anak-anak yang menggigit khususnya yang berusia 1 hingga 2 tahun. Sebab mereka masih belum faham. Menggigit bagi kanak-kanak adalh kebiasaan dan ianya normal. Tapi kena cegah untuk hindar ia dari berterusan. Namun bukan dengan cara memarahi... Just cakap lembut tapi tegas.

CIPTA PERSEKITARAN BEBAS GIGITAN

Salah satu perkara yang mendorong anak menggigit apabila berada di nursery juga adalah disebabkan jumlah kanak-kanak yang terlalu ramai. Ia adakalanya merimaskan. So, minta pada penyelia taska supaya pecahkan anak-anak kepada lingkungan atau kumpulan yang kecil. Lihat perkembangan sehari ke sehari. Part ne saya tak pernah cuba lagi. Sebab kita bukan sehari tengok budak-budak di taska so, kita tak tau juga macam mana guru-guru kawal budak-budak ne. Tapi saya pernah pesan dengan cikgu Insyirah supaya pantau Insyirah bila main dengan kawan. Kita pun tak mau anak orang lain asyik disakiti anak kita kan... 

Selain tu, boleh bagi reward pada anak sekiranya dia mendengar kata atau berkelakuan baik. Pujian pun bagus juga untuk mereka. Budak-budak memang macam tu, kalau diorang nyanyi kita tepuk tangan makin rancak diorang nyanyi kan..kan... hikhikhik

Kalau kita nak kata budak-budak macam ne terlalu agresif sebenarnya tak boleh juga. Mereka cuma budak-budak. Mereka sebenarnya terlalu ekspresif. Betul kan? Budak-budak suka mengekspresikan diri mereka dengan macam-macam cara. So, kitalah yang sebenarnya kena bijak menangani mereka secara sycologi. Saya juga sedang mencuba dan berusaha. 

AMALKAN AKTIVITI INDOOR DAN OUTDOOR BERSAMA SI KECIL

Betul! kanak-kanak suka perhatian. Insyirah misalnya, kalau saya layan dia sehari, main dengan dia dalam rumah, ajar dia alif ba ta, main game POU dalam smart phone atau, layan karenah dia ketika makan dan menyusu, dia akan berperangai baik. Seriously yes! Sebab ada kita tengok dia. Memang penat. Dan itulah masalahnya pada kita. Kita tak mampu tahan layan karenah mereka sehari. Huhu.. Sebab banyak benda nak diselesaikan kan...

Ok, untuk aktiviti outdoor pula.. waktu bawa Insyirah pegi zoo haritu, perangainya memang berbeza. Dia tak meragam, sebaliknya berperangai baik, boleh nampak dia nak belajar, nak tanya itu ini dan nak tau semua benda. Dia nak jalan sendiri tak nak didukung atau di tunda.. Pandai dia bawa diri pegi satu kandang binatang ke satu kandang binatang yang lain dan cakap dengan kita... "naaaaa.. tuu.." (sambil tunjuk binatang). Itu salah satu usaha kita dalam mencipta 'persekitaran bebas gigitan'. Saya yakin, kalau waktu tu Insyirah jalan dengan kakak Qisya dia, mesti diorang sehati sejiwa nak belajar. Tiada yang mendorong dia untuk gigit. 
 


Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak diberi bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

 
> Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

 
> Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap marah-marah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seperti bermain di tengah jalan dan sebagainya. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Yalah, sebagai ibu walaupun baru, kita sama-sama faham, para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, its okay. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita , suka marah-marah dan berleter. Sila kawal – Bila marah, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua rasa marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

So, lepas ne, kena jadi ummi yang bijak. Manfaatkan ilmu Allah sebaiknya. InsyaAllah kita sama-sama cuba. Dari faktor sycologi sampailah ke biologi kena take noted! hehe.. Makanan Insyirah pun kena pantau. Lepas ne, tak boleh banyak makan junk food segala. InsyaAllah...

Jom sama-sama lahirkan generasi yang berhati dan berakhlak mulia.... InsyaAllah
 



PERKONGSIAN : -
Amalkan doa ne sama-sama untuk lahirkan zuriat yang rajin solat..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء


"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami"
Rujukan : -




Salam kasih dan perkongsian
Ummu Al-Insyirah
=)

No comments:

Post a Comment

what do you think?