Saturday, August 24, 2013

Jadilah dirimu..

Assalammualaikum..


Kadang-kadang manusia akan automatik jadi super baik Dihadapan orang yg baru dikenal.. Berusaha sungguh-sungguh nak nampak baik, cantik.. Pendek kata nak jadi perfect.. Nak buat semua orang suka.. Semua orang kagum.. Hal ne Sama juga bila mana kita bagi nasihat dengan orang.. Apatah lagi bila orang yang sendiri minta kita nasihatkan dia.. Seolah-olah kita dapat offer yang baik punya untuk promote diri.. Huhu maybe, orang tengok kita baik saja sedangkan dia merasa dirinya serba kekurangan dan tidak mampu jadi sebaik kita.. Padahal yg mohon nasihat tidak tau duduk keadaan sebenar yang punya diri sebagai penasihat..

Diri kita, cuma kita yang tau.. :-)
Mungkin ada di antara mereka yang menasihati jujur dan ikhlas bahawa niat menasihati untuk berkongsi kebaikan.. Dan dalam masa yang sama nasihat itu juga untuk dirinya.. Dia juga berusaha memperbaiki diri.. Mencari kekuatan mengubah diri menjadi lebih baik dengan membawa lebih ramai kawan dan sahabat sebagai penyokong buat dirinya untuk turut berubah..

Tapi tak ramai yang begitu..
Ada di antara mereka hanya mahu penghargaan dan penghormatan... :-(

Lebih menyedihkan bila, mereka suka beri nasihat.. Sedangkan mereka tidak boleh dinasihatkan malah tak mahu terima sebarang teguran negatif yang membina.. Mereka Tiba2 akan jadi agresif bila dinasihat, dimarah dan ditegur.. Walhal mereka sebenarnya kecewa bila kelemahan diri mereka telah terungkai oleh orang-orang yang cuba memahami..

Kenapa manusia begini... Semuanya ego.. Semuanya hipokrit..

Menjalani liku dalam kehidupan banyak mengajar kita menjadi dewasa..
Mengenali lebih ramai orang membuatkan jiwa jadi lebih matang.. Hargailah kehidupan.. Usahakan lah perubahan.. Saya sedar.. Hidup di dunia untuk menghadapi segala bentuk ujian... Tiada yang mampu melepaskan diri.. InsyaAllah saya akan jadi lebih kuat..

Saya mahu menghargai..
Maka saya juga mahu orang yang saya sayangi turut menghargai saya.. Cukuplah dengan terima diri saya.. Kelemahan dan kekurangan saya seadanya...



Insan biasa..
Ummu Al-Insyirah..
:-)




No comments:

Post a Comment

what do you think?