Assalammualaikum
Setiap hari, saya selalu planning nak tulis itu dan ini dalam blog. Saya rindu nak menaip lama-lama dengan diiringi ilham penulisan yang mencurah-curah tanpa sebarang gangguan luar dan dalam fikiran.. Walaupun nampak macam syok sendiri kan..kan.. hikhik
Tapi, idea dan ilham yang cun dan bayangan pemikiran ku yang unik dan kreatif kononnya itu seringkali ditepis oleh hal-hal realiti yang berlaku didepan mata.. hehe sudah!
Saya sebetulnya rindu nak cerita pasal perjalanan penyusuan Insyirah.. Lama dah tak share pasal tu. Walhal masa mula-mula menyusukan, semua saya nak rakam dan simpan dalam blog. Saya mau simpan apa saja kenangan dalam perjalanan penyusuan bersama Insyirah. Bila Allah izinkan, saya nak Insyirah baca dan tau macam mana dia menyusu sejak dari baby. Berapa pun anak yang Allah kurniakan nanti, saya nak buat benda yang sama.. InsyaAllah. Moga Allah izinkan dan beri peluang.
Alhamdulillah, saya masih menyusukan Insyirah dengan susu terbaik di dunia sehingga saat ini.. Syukur atas kuasa Allah dan nikmat yang tidak putus-putus buat diri ini. Insyirah belum minat nak berenti, saya lagi tak sampai hati. Setiap hari bila saya balik keja, Insyirah mesti merengek dan dia sendiri sudah pandai naik atas badan. Huhu.. Kesian.. Satu hari rindu ummi, dan menahan rasa nak dapat susu badan direct, dan manja-manja dengan ummi. Kalau dapat direct, Insyirah dapat bonus kena usap ummi, kena zikirkan oleh ummi dan ummi bawa cerita-cerita kan sayang.. Lebih dari 8 jam di taska tak dengar suara ummi.. Ummi tau dia rindu... dan Ummi sendiri apatah lagi.. isk isk... T___T
Sejak lepas keguguran haritu saya mula memerah balik. Alhamdulillah rezeki tu tak putus-putus. Insyirah masih saya bekalkan dengan EBM. Sampailah saya mengandung semula.. hahhh??!! preggy balik??!! hikhik.. Alhamdulillah.. rezeki lagi tu.. Sungguh Allah sayangkan saya. Allah beri nikmat beserta ujian. Now, dah masuk 17 week, mean dah 4 bulan dan.. Trimester kedua dah. Syukur. Last week buat check up antenatal, doktor scan.. Alhamdulillah lagi sekali, baby dalam keadaan sihat walafiat. Dengar irama degupan jantung si adik. Syukur. Insyirah pun sudah mula mengerti. Waktu saya tunjukkan gambar scan adiknya, dia cium gambar tu tanpa di suruh atau diajar sambil sebut "ayiee... ayie..." hehe. Mungkin maksud dia adik kuttt.. sebab tiap kali dia nampak budak dia akan sebut perkataan tu..
Sekarang, saya juga berhadapan dengan ujian penyusuan Insyirah sekali lagi. Bila kandungan masuk 4 bulan, susu sangat-sangat drop. Stok pula dah banyak yang saya guna. Rasanya stok yang ada tak mampu cukup sehingga saya bersalin. Syukur Insyirah banyak menyusu malam walau agak perit juga menyusukan tym preggy ne. Tak apa.. saya mesti kuat dan teruskan selagi Allah izinkan... Saya buat seperti sebelum ne, combine susu Insyirah dengan susu kambing Karihome. Oh ya, susu kambing Karihome is good, tau tak.. Saya anggap ia dah macam supplement untuk Insyirah selain bagi dia susu ibu. Kalau rajin nanti saya kongsikan kebaikannya k..
Now, tunggu apa akan jadi seterusnya, kalau stok EBM yang ada sudah habis dan tak cukup, kebetulan dalam keadaan saya sekarang, susu drop dan tak mmerah dengan konsisten akibat misscarriage history yang lalu.. susu Kambing Karihome akan jadi pilihan. Untuk kalian, kalau alami masalah yang sama macam saya, kalian usahakan dulu susu segar ok. Jadikan susu tepung atau formula sebagai pilihan terakhir. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selagi kita masih mampu menyusukan anak-anak secara direct, jangan mengalah k.. Saya pernah kecewa dengan diri atas ketidakmampuan untuk terus bagi full susu ibu... Tapi kecewa pada diri itu bermakna saya tidak redha dengan takdir Allah.
Selepas keguguran, keadaan kita tidak akan sama seperti sebelumnya. Malah kalian boleh google, bila ada history keguguran, kita tidak digalakkan untuk menyusukan bayi ketika mengandung. Tapi saya tidak henti berdoa. Syukur setakat ini tiada masalah. Moga keadaannya sama sehingga adik Insyirah lahir nanti.. DOAKAN SAYA YA.. Selain tu, kita kena kuat dan yakin.. k..
Buat permata hati ummi.. Insyirah
Jangan risau sayang, waktu ummi buat entry ne insyirah masih ummi bagi susu ummi lg. Tak pernah berhenti walau sehari k.. InsyaAllah, kita sama-sama kuat hadapi ujian mendatang ya.. Ummi halalkan air susu ummi sejak pertama kali Insyirah meneguknya...
Salam Sayang
Ummu Al-Insyirah
=)
No comments:
Post a Comment
what do you think?