Assalammualaikum
Selasa lalu, 27 Ogos 2013/ 20 syawal 1434 H.. Taska Insyirah adakan sambutan aidilfitri.. Comel kan. Hehe. Sambutan ne hanya untuk budak-budak ne saja. Act, ibu bapa kalau minat nak join pun boleh juga. Hehe. Saya ada juga join tengok majlis dia kejap. Saja ja nak tengok budak-budak beraya sesama diorang. Comel sungguh-sungguh.
Untuk majlis raya ne budak-budak kena pakai baju raya. Budak lelaki pakai baju melayu dan budak perempuan pakai baju kurung. Insyirah pun sama. Excited dia bila saya pakaikan baju kurung. Balik-balik tanya.. "awaaa..?"... Saya jawab dengan semangat, "Lawaaaa..." hehe.
Ayu kan dia.. Hehe
Saya suru senyum lawa-lawa, pandai dia buat hikhik
Untuk majlis raya anak-anak taska, budak-budak ne kena bawa kuih raya atau apa-apa makanan ringan-ringan saja. Aduh comel sangat. Saya pun tak fikirla nak masak yang berat-berat sebab cikgu Insyirah cakap kebetulan ada budak besday, lagipun menu makanan untuk budak-budak dah ada. Just meraikan hari raya, so kena ada kuih raya. Makanan ringan pun bole. Jadi saya gorengkan Insyirah nugget dan bekalkan budak-budak tu roti O'Jame. Mesti budak-budak suka nugget kan.. =)
Okela asal ada makanan yang enak-enak. Hehe
Kebetulan bila smpai taska kebanyakan makanan adalah roti, gula-gula dan keropok. Kira okela ummi sediakan ini untuk diorang kan..kan.. =)
Sampai taska bukan main excited lagi Insyirah. Semua cikgu dia keluar tengok dia pakai baju kurung. Konon semua puji comel dan... apalagi anakanda ku ini, pantang dipuji terus masuk pagar taska sendiri.. Tapi dia tak masuk dalam taska terus, buat gaya macam-macam lagi then jalan sana-jalan sini. Ewaahhh.. Dalam tak sedar, saya sebak... =(
Kebetulan Abi Insyirah kursus di kedah. Jadi dia minta saya gambar Insyirah di taska nanti. Bila saya send gambar-gambar ne dengan abi Insyirah, dia rasa yang sama. Dia pun sebak. Huhu. Kenapa sebak?? Aha kan.. kenapa mesti sebak, sedangkan hari itu Insyirah sendiri nampak ceria dan happy.. Majlis pun majlis hari raya yang semestinya kita kena gembira.. Apalagi bila Insyirah sambut dengan kawan-kawan dan guru-gurunya... Huhu.. Tak apa itu biarlah naluri setiap ibu bapa yang menjawab.. Terlalu sukar untuk dimengertikan...
Ini bukti betapa gembiranya Insyirah..
Cerianya dia... Bila tengok-tengok gambar-gambar ne balik mmg saya akan sebak.. Ish adakapatut!!!
Insyirah sudah besar.. dan semakin membesar dari hari ke hari.. Sungguh, masa itu terlalu cepat berlalu, dan... Terlalu banyak masa yang terbuang sia-sia tanpa diisikan dengan sepenuh manfaat buat anak tercinta.. Ya Allah, pelihara lah Insyirah. Dan sekarang, diusia 1 tahun 5 bulan Insyirah bakal dapat adik. Di usianya kurang 2 tahun pula dia akan bergelar kakak secara rasmi.. InsyaAllah.
Kalian, doakan kesejahteraan keluarga kecil kami ya.. Moga saya mampu menjalankan tanggungjawab saya pada Allah.. Menjaga amanahNYA.. Huhu
Salam sayang
Ummu Al-Insyirah
=)