Monday, December 19, 2011

~DIALOG MUHAMMAD MUKHTAR DAN PADERI DI KAHERAH~


Hasil tulisan daripada blog USTAZAH FATIMAH SYARHA NOORDIN.. dan

~Kisah ini dipetik daripada kitab tulisan Abdul Muta’al as-Sa’idy berkenaan dialog Islam-Kristian. 


Kitab itu mengisahkan dialog antara Paderi Z (bukan nama sebenar) yang datang ke Kaherah bagi menyebarkan agama Kristian dengan Muhammad Mukhtar, seorang remaja Muslim di Kaherah yang dididik dengan asuhan agama yang mantap sejak kecil.
Mereka mengadakan beberapa siri dialog yang membeliakkan mata hati ramai orang berkenaan kejernihan dan keadilan Islam yang selama ini disalah fahami.

Soalan Paderi: Islam agama poligami?

Dalam dialog kelima, Paderi Z bertanya Muhammad Mukhtar, 
“Mengapa anda berpendapat Islam berlaku adil kepada wanita, bukan menghinakannya? Padahal Islam membenarkan poligami, sedangkan poligami ini besar bahayanya kepada mereka dan mencipta pertengkaran dalam kehidupan suami isteri. Padahal kehidupan suami isteri perlu dijalankan dengan kerjasama secara ikhlas. Keikhlasan pula terbina dalam kerjasama di dalam rumah, kekayaan ataupun anak-anak.” 

Jawapan untuk Paderi

•Islam membela wanita dengan mengehadkan poligami
Anda terlalu ekstrim meletakkan Islam agama poligami. Seolah-olah Islam memulakan poligami. Seolah-olah juga Islam membenarkan apa yang dilarang agama-agama sebelumnya seperti zina dan maksiat. Padahal Islamlah yang datang membela wanita dengan mengehadkan poligami tanpa batas kepada had maksimum empat orang sahaja. Islam pembela!

•Poligami hanyalah harus, bukan wajib ataupun sunnah
Islam meletakkan kebolehan poligami bukanlah sebagai sesuatu yang wajib ataupun sunnah, melainkan hanya ketetapan harus. Ketetapan harus dalam poligami adalah hukum yang sungguh terpuji, kerana sesuai dengan sifat Islam sebagai agama universal, yang berlaku untuk segala masa dan tempat serta segala jenis bangsa. Hukum harus tidaklah sama dengan empat ketentuan hukum yang lain iaitu wajib, sunnah, makruh dan haram.

•Hukum yang elastik
Dengan demikian, harus boleh diterapkan pada kebanyakan hukum, sehingga pihak pemerintah dapat melakukan perubahan atau menggantikannya sesuai dengan tuntutan situasi dan keadaan. Poligami dalam Islam termasuk hukum yang elastik, sehingga hukum poligami berlaku menurut tuntutan keperluan. Sekiranya ternyata dalam sesuatu masyarakat itu, poligami menimbulkan hal-hal yang merosakkan, pemerintah berhak mengadakan larangannya.

•Mengapa Islam tidak mengharamkannya secara mutlak?
Sekiranya Islam melarang poligami secara mutlak, nescayalah manusia akan mengalami kesukaran sepanjang zaman. Misalnya keadaan sesudah perang yang pada umumnya jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki, dan umat tersebut amat memerlukan pertambahan penduduk selepas perang bagi menggantikan mereka yang mati sebagai korban perang. Keadaan seperti itu memerlukan sistem poligami, jerana poligami adalah cara terbaik bagi mengelakkan penzinaan. 
Walaupun dalam sistem poligami itu terdapat hal-hal yang negatif, sebenarnya keburukan itu terdapat pada perlaksanaan bukan pada hakikat keharusan poligami itu sendiri. Namun dalam keadaan tertentu, keburukannya jauh lebih kecil berbanding penzinaan. Penzinaan selamanya berbahaya dan menimbulkan kerugian besar, baik terhadap kesihatan tubuh, keluarga dan lingkungan kehidupan umat. Ia juga membuat yang terlibat menjadi tidak produktif apabila membiarkan diri dikuasai oleh dorongan seksual kebinatangan.

•Bagaimana Islam Menyelesaikan Penyalahgunaan Poligami?
Islam tidaklah melupakan adanya bahaya poligami kerana penyalahgunaan. Kerana itu Islam menetapkan syarat-syarat yang ketat, iaitu poligami hanya dibenarkan untuk orang yang yakin mampu berlaku adil sesama isterinya, agar kehidupan rumahtangganya terjaga dengan baik, penuh rasa ikhlas, penuh keterbukaan dan kejujuran antara isteri dan suami, antara anak-anak, ayah dan ibu-ibu mereka.
Firman Allah SWT dalam Surah al-Nisa’, ayat 3, maksudnya, 
Dan jika kamu takut tidak akan berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bila mana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita yang kamu senangi, dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang sahaja, atau (kahwinilah) hamba-hamba yang kamu miliki. Yang demikian itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.

•Poligami, satu keringanan (rukhsah) yang amat ketat syaratnya 
Firman Allah SWT lagi dalam surah yang sama, ayat 129, maksudnya,
Dan kamu sekali-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri(mu), walaupun kamu sangat ingin berbuat demikian, kerana itu janganlah kamu cenderung (kepada yang kamu cintai), sehingga kamu biarkan yang lain terkontang-kanting. Dan jika kamu mengadakan perbaikan dan memelihara diri (dari kecurangan), maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Ayat ini menjelaskan, sikap adil yang menjadi syarat keharusan berpoligami adalah tidak dapat dipenuhi secara mutlak. Kerana itu, seseorang yang mahu lebih selamat kepentingan agamanya, hendaklah ia bermonogomi (berkahwin satu sahaja). Ini bererti poligami pada asasnya dipandang makruh, kerana keharusan ini tidaklah begitu sahaja dapat dilaksanakan dan tidak terlepas daripada sifat makruh, tanpa ada keperluan yang mendesak.

•Keharusan yang makruh
Poligami yang keharusannya bersyarat bukanlah timbul kerana serangan-serangan terhadap hukum poligami pada zaman ini, akan tetapi seorang alim besar bernama Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin Ali Rabi’ dalam bukunya Sulukul malik fi tadbiril mamalik, menjelaskan kepada para suami untuk memenuhi enam tugas kepada isteri dan tugas kelimanya adalah sebaik-baiknya bermonogami (berkahwin satu) selagi mana memenuhi kecukupannya. Sebabnya, monogami lebih mampu menegakkan ketertiban rumahtangga. Hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa beliau beranggapan berpoligami itu makruh seperti pendapat saya. Cuma, beliau ini berbeza dengan majoriti ulama yang meletakkan hukum asal poligami sebagai harus, tetapi beliau meletakkan hukum asalnya sebagai tidak harus atau haram.

Soalan Paderi: Mengapa Ramai Muslim Masih Berzina?

Sekiranya benar katamu poligami adalah cara terbaik mengelakkan penzinaan, tetapi mengapa dalam masyarakat Islam masih berlaku penzinaan? Ia sama sahaja seperti masyarakat Kristian yang mengharamkannya.

Jawapan untuk Paderi

•Poligami bukan satu-satunya cara mengatasi penzinaan
Saya mengatakan bahawa poligami hanya antara cara, bukannya satu-satunya cara bagi mengatasi penzinaan. Apabila membicarakan soal pembanterasan zina iaitu penghapusan zina secara total, maka poligami semata-mata tidak cukup membanteras penyakit sosial ini. Tetapi ia memerlukan cara yang lain juga iaitu hukuman yang berat ke atas penzina. Semua cara-cara ini bagi mengurangkan penyakit-penyakit sosial yang menimpa kehidupan masyarakat. Menghilangkannya secara total adalah mustahil. 

•Ia mengurangkan bukan menghapuskan penzinaan 
Satu kenyataan yang tidak dapat diragukan, secara perbandingan, penzinaan yang berlaku di negara Islam lebih sedikit daripada penularan zina di negara bukan Islam. Terutamanya apabila hukum-hukum Islam dapat ditegakkan di sesebuah negara itu, dan bukannya terbelenggu di bawah hukum penjajah. Penjajahlah yang memaksa penzinaan dan minuman keras di negara-negara Islam dan hal ini sedia dimaklumi oleh dunia.

Soalan Paderi: Jika poligami itu makruh mengapa Rasulullah berpoligami?

Wahai anak muda, sekiranya anda beranggapan poligami pada dasarnya makruh (dibenci Allah), tetapi mengapa Rasulullah mempraktikkannya? 
Mengapa Baginda berpoligami lebih daripada apa yang diharuskan untuk umatnya? Beliau mengehadkan orang lain beristeri tidak lebih daripada empat orang tetapi beliau beristerikan sembilan orang wanita dalam satu masa. 

Jawapan untuk Paderi

•Hukum poligami turun selepas Rasulullah melakukannya
Perlu diketahui bahawa ketentuan berpoligami turun pada akhir tahun ke-8 hijrah. Padahal Nabi berpoligami dengan sejumlah isteri sebelum tahun itu. Isteri beliau yang terakhir adalah Maimunah puteri al-Harits al-Halaliyah, janda daripada bapa saudara beliau iaitu Hamzah bin Abdul Mutalib, syuhada Uhud. Beliau juga adalah bapa saudara Abdullah bin Abbas. Perkahwinan ini berlangsung ketika beliau melakukan Umratul Qadha, tahun ke-7 Hijrah. Nabi tidak mencampuri isterinya ini kecuali selepas keluar dari Makkah iaitu di Kampung Sarif. 
Tatkala hukum poligami ini turun dan dilarang berpoligami lebih daripada empat isteri, maka Nabi pun dilarang bagi berkahwin lagi lebih daripada jumlah isteri beliau yang sudah ada. Berkenaan dengan perkara ini, Allah menurunkan firman-Nya dalam surah al-Ahzab, ayat 52 yang bermaksud,
Tidak halal bagimu mengahwini wanita-wanita sesudah itu dan tidak boleh (pula) menggantikan mereka dengan isteri-isteri (yang lain), meskipun kecantikannya menarik hatimu kecuali wanita-wanita (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan adalah Allah maha mengawasi segala sesuatu. 

•Kemaslahatan untuk isteri-isteri Rasulullah, bukan untuk kepentingan baginda
Allah cuma membolehkan Rasulullah meneruskan poligaminya dengan sembilan isterinya, sedangkan orang lain Allah menyuruh menceraikan isterinya apabila berjumlah lebih daripada empat orang. Ia bagi kemaslahatan isteri-isteri Rasulullah kerana mereka tentu tidak reda menerima orang lain sebagai pengganti. Kedudukan orang lain sudah tentu tidak sama seperti kedudukan Rasulullah.
Maka jelas, pengecualian dalam kemaslahatan itu bukannya untuk kepentingan Rasulullah, tetapi untuk kepentingan isteri-isterinya. Sebab itulah isteri-isteri Nabi tidak dihalalkan diambil oleh orang lain sepeninggalan Rasulullah sehingga mereka tetap menyandang pangkat, ibu orang beriman. Jadi baginda tidak dibenarkan menceraikan seorang pun daripadanya, adalah untuk kemaslahatan mereka.

~TERJEMAHAN SURAH AL-A'RAF AYAT 54-56~




<=(54)=> Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah Yang menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa lalu ia bersemayam di atas Arasy; ia melindungi malam Dengan siang Yang mengiringinya Dengan deras (silih berganti) dan (ia pula Yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang-bintang, (Semuanya) tunduk kepada perintahNya. ingatlah, kepada Allah jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha suci Allah Yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. <=(55)=> berdoalah kepada Tuhan kamu Dengan merendah diri dan (dengan suara) perlahan-lahan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang melampaui batas. <=(56)=> dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan Segala Yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadanya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga Dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang Yang memperbaiki amalannya.

Sunday, December 18, 2011

MENANTI HADIRMU.. SIRI II~


Melihat keletah si anak kecil yang baru hadir dalam seluruh hidup keluargaku lebih-lebih lagi kakak sulungku Khairunnisa Harun, si ibu baru, memang tak kering gusi..
Sehari tak bertemu qicha (qisha irdina) memang mudah menghadirkan rindu dalam hati... tiap kali mau menghadapi perjalanan pulang ke petagas daripada rumah bonda di papar, mesti rasa berat nak tengok qisha dari sudut kereta.. emm.. baru masuk kereta saja suda rindu...
Seronoknya jadi anak kecil.. tanpa aqal sebelum mencecah usia dewasa, apa saja yang mereka lakukan sentiasa dapat perhatian orang sekeliling, mengukirkan senyum bonda, menghuraikan tawa nenda, menghadirkan rindu ayahanda.. dan yang pasti disayangi oleh semua insan yang merasakan kehadiran mereka..
Hari ini, genap 25 minggu dan 6 hari usia kandunganku.. bermakna sudah mencecah ke 6 bulan usia kandungan... subhanallah, alhamdulillah... sedikit pun tidak terasa betapa cepatnya masa berlalu.. tanpa disedari aku sendiri tengah melalui detik fasa permulaan sebagai seorang ibu.. adalah menjadi tanggungjawabku untuk menjaga janin ini sedari awal usia kandungan sehingga ia lahir dan dewasa.. suami selalu berpesan untuk beri dia didikan awal dari alam rahim.. perdengarkan dia bacaan ayat suci Al-Quran, alunkan dia zikir dan mathurat setiap hari, agar biasa di pendengarannya nanti sehingga ia hadir ke alam dunia...mudah-mudahan menjadi anak yang soleh/solehah, taat orang tua dan yang paling penting menjadi hamba yang bertaqwa kepada Allah swt dan rasul-NYA.. MasyaAllah.. baru kusedar, tanggungjawab kita sebagai ibu/ bakal ibu itu bermula sejak mengandung lagi.. tidak hairanlah bila kita mendengar kesilapan anak-anak itu biasanya bermula daripada ibu bapa yang melahirkan dan memberikan didikan.. nauzubillah.. bukan mudah menjadi ibu dan bapa yang baik, dan yang pasti kita semua mengimpikan anak-anak yang baik..
Pernah ku terbaca tulisan Ustz. Hasrizal Abd. Jamil tentang ibu bapa yang derhaka, yang melahirkan anak yang derhaka juga.. maksudnya, ramai anak-anak dewasa ini yang bamyak melakukan kesalahan adalah berpunca daripada kederhakaan ibu bapa terhadap mereka.. emm.. tidak dinafikan ada betulnya.. ini menekankan tentang sikap ibu bapa yang banyak mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak termasukla sehalus zarah perhatian yang mereka tetap perlukan sehingga dewasa.. emm.. agak rumit untuk menjadai orang tua yang cukup..cukup baik...
Pelbagai bayangan sering muncul dikepalaku sebagai bakal ibu.. seandainya usia masih panjang, dan mudah-mudahan sempat melihat anakanda yang bakal lahir ini dewasa dan berjaya.. InsyaAllah..
Banyak harapan yang baik-baik untuk anak ini... seperti juga kebanyakan orang lain.. apatah lagi anak ini adalah anak pertama kami.. mudah-mudahan menjadi anak yang baik.. amin..
Tiap kali ia bergerak, bagaikan satu tindakan kinetik aku seringkali mengukir senyum yang tidak dirancang.. huhu.. macam tak percaya, ada ruh di rahim ini.. lebih-lebih lagi bila kita alunkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, pasti ia bergerak lebih kuat dan aktif..
Emm.. ini satu lagi perkara yang ingin kukongsikan buat yang belum mengetahui, beberapa hari lalu (tarikh tak ingat), bila menonton rancangan Halaqah, di tv9 tajuk Pengembaraan Janin.. hampir menitis airmata dan meremang juga bulu roma mengenangkan kekuasaan tuhan yang tiada tandingannya... benarlah kekuasaan Allah swt itu ada dimana-mana sahaja sehingga ke dalam diri manusia itu sendiri.. rawan rasa hati apabila Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail selaku panel jemputan hari itu menegaskan bahawa, janin di dalam rahim ibu yang mengandung itu akan aktif bergerak dan mengubah posisinya menjadi sujud apabila mendengar alunan bacaan aya-ayat suci Al-Quran.. SUBHANALLAH... kelu lidah, kelam aqal dan lumpuh jari jemari mendengar penjelasan tersebut yang turut diiringi dengan sedutan visual pergerakan janin dalam rahim yang diiringi bacaan Al-Quran oleh seorang qari jemputan.. MasyaAllah... begitu hebat sekali kuasa Allah swt..
Tidak hairanlah bagi ibu-ibu yang mengandung sering mengadu merasakan pergerakan yang aktif pada anak mereka tiap kali baca Quran..
Buat anak umi, yang hingga kini umi sendiri tidak pasti adakah dia putera atau puteri.. namun, apapun jantinanya umi dan abi tetap tidak sabar untuk bertemu mu sayang..
Bergembiralah dikau di alam rahim sehingga cukup waktu kita untuk bertemu.. berdendanglah dengan alunan irama degupan jantung umi ya sayang... moga menjadi anak yang soleh/solehah serta hamba-NYA yang bertaqwa kelak.. aminnn...

Wednesday, December 7, 2011

Menanti hadirmu...

Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah swt, tuhan yang selayaknya mendapat pujian..
Hari ini genap kandungan berusia 6 bulan.. gerakan dirasa semakin aktif.. kadang-kadang, kuat kata hati mau tengok apalah si anak buat dalam perut umi... subhanallah, ajaibnya ciptaan tuhan mencipta segala kejadian manusia dari alam rahim...
Jujur, hati ini mengakui semakin rasa teruja dan tidak sabar mau menanti kehadiran si kecil, bagaimanalah rupanya.. ikut umi atau abi..
Namun, di samping rasa teruja, berbaur perasaan bimbang untuk menongkah arus pada perjalanan hidup yang akan datang, andai usia masih panjang.. bagaimana untuk menjadi ibu dan pendidik yang baik untuk anak pertama ini.. mudah-mudahan daripada di alam rahim lagi anak ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik, sihat dan dalam lindungan Allah swt, proses kelahirannya mudah.. dan semoga dewasanya dia bersama iman dan diiringi didikan yang sempurna.. insyaAllah, anakku.. akan umi usahakan untuk menjadi umi yang terbaik buatmu...

Thursday, October 6, 2011

Tuhan.. tenteramkan jiwa ini..


Adakala hati bertanya sendiri, kenapa ada saja perasaan tidak kena dalam diri..
Ada saat kita merasakan jiwa kita kosong, semua perkara yang kita lakukan tidak menentu, malah tidak menjadi.. sehingga sampai satu masa kita didatangi tekanan yang tidak diundang..
Aku sendiri mengakui, ada tekanan yang perlu dihadapi di tempat-tempat tertentu di mana aku sering bertapak.. tidak ketinggalan di pejabat.. huhh.. aku belajar untuk berhenti mengeluh dan biar keluhan itu digantikan dengan istighfar.. subhanallah, dimana-mana pun tuhan turunkan ujian. Apalah sangat ujian hati yang kita lalui berbanding hamba Allah yang menghadapi ujian fizikal dan mental di bumi palestin sana.. ujian ini juga tiada dapat menandingi dugaan rasulullah dan para sahabat di zaman nabi dulu.. itu sajalah caraku memujuk diri.. di mana pun kita berpijak hari ini, pasti kan kembali padaNYA jua.. maka tempatNYA jualah kita mengadu dan meminta..
Pernah ada seorang saudara rapat bercerita, andai ada waktu di mana kita merasakan apapun yg kita lakukan menjadi tidak kena, hati menjadi gelisah, jiwa tidak tenteram... maka tanyalah diri kita, kesalahan apa yang pernah kita lakukan pada orang lain, yang mungkin di luar sedar kita..di masa yang lalu..
Kerna masih ada hati yang tidak REDHA..
Siapa? Mungkin ibu bapa, saudara, teman rapat.. wallahualam... kita semua manusia biasa, tiada yang terlepas daripada melakukan kesilapan..
DENDAM
Ramai manusia yang tidak lepas dari perasaan marah, benci, iri sehingga melahirkan sifat dendam tanpa disedari. Sesungguhnya, sifat inilah yang meruntuhkan ummah, menghalang daripada keutuhan hubungan silaturrahim sesama umat rasulullah saw. Bila kita dalam keadaan marah, syaitan sangat suka menghimpit dan memarakkan lagi api kemarahan kita. Maka tidak hairanlah jika kemarahan daripada perkara sehalus zarah pun mampu membangkitkan perasaan dendam dalam diri kita.
Suka saya memetik hasil tulisan Amran Zakaria berkenaan sifat-sifat yang dibenci Allah...
Dengki, dendam senjata syaitan rosakkan ummah
Oleh Amran Zakaria

Sikap kasar, keras kepala serta berhati batu penghalang utama perasaan saling bermaafan AL-IMAM Al-Ghazali berpandangan bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama. Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan. Dalam satu pengajian di masjid, Rasulullah SAW ada mengkhabarkan kehadiran seorang calon penghuni syurga di tengah mereka. Orang itu tidak dikenali oleh sahabat, bahkan namanya tidak popular sebagai seorang tokoh ibadat.

Sahabat berasa cemburu dengan keistimewaan yang ada pada diri orang itu selepas Rasulullah SAW mengesahkan dirinya sebagai calon penghuni syurga. Salah seorang sahabat, Abdullah bin Amr, bertekad memantau dari dekat orang berkenaan untuk mengetahui apa keistimewaannya. Abdullah lalu meminta izin untuk bertamu di rumah orang itu selama tiga hari. Ketika menjadi tetamu, Abdullah melihat secara langsung bentuk amalan tuan rumah, gerak gerinya, tutur katanya dan cara ibadahnya. Hampir-hampir beliau tidak tidur kerana ditakuti jika ada amalan tuan rumah yang tidak dapat disaksikannya. Namun, Abdullah tidak mendapati apa-apa amalan yang istimewa berbanding sahabat lain. Amalannya biasa-biasa saja seperti diajarkan Rasulullah SAW.

Sebelum pulang, Abdullah pun bertanya secara terus akan amalan istimewa tuan rumah untuk dilakukannya. Jawabnya: "Tidak ada, selain yang engkau sudah lihat. Aku belum pernah melakukan kepalsuan terhadap siapa pun daripada kalangan umat Islam. Dan aku tidak pernah hasad (iri hati) kepada seseorang yang dianugerahi (nikmat) oleh Allah. Abdullah berkata: Itulah (sebenarnya) yang dapat meningkatkan darjatmu." Jelas perasaan dengki, dendam, marah dan perlakuan buruk kepada sesama Muslim adalah satu senjata pemusnah yang digunakan syaitan untuk memporak-perandakan hidup manusia. Lalu dibisikkan ke telinga manusia untuk menyemarakkan api kemarahan dan mendorong dendam. Perlakuan buruk itu akan menghindari kita daripada berusaha meningkatkan ukhwah dan persaudaraan, apa lagi untuk saling bermaafan sesama kita.

Sikap ini pasti menjauhi lagi hubungan silaturahim yang dituntut agama. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." – (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)

Justeru, penting bagi kita untuk mengawal perasaan dendam dan marah supaya terbuka pintu kemaafan di hati kita terhadap kesalahan yang dilakukan oleh pihak lain. Sikap mengawal marah ini dititikberatkan Rasulullah SAW apabila seorang sahabat meminta nasihat. Baginda bersabda yang bermaksud: "Jangan marah. Kemudian orang itu mengulangi permintaannya untuk mendapatkan nasihat. Sekali lagi Baginda SAW menjawab: Jangan Marah." – (Hadis riwayat Bukhari)

Allah juga akan memberi ganjaran besar bagi mereka yang mampu mengawal perasaan marah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Siapa yang menahan perasaan marah sedangkan dia mampu untuk melaksanakannya (melepaskan kemarahannya), maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di hadapan sekalian makhluk, kemudian disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." – (Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi)

Untuk meredakan perasaan marah terhadap seseorang, hendaklah kita fokuskan jiwa melihat seteru kita daripada sudut positif. Mungkin ada banyak perkara baik pernah dia lakukan terhadap kita dan renungkanlah secara mendalam bagi memadamkan api kemarahan yang wujud dalam jiwa. Contohnya, apabila kita marah melihat kesalahan dilakukan isteri maka hendaklah kita fokuskan perbuatan baik yang pernah dilakukannya sepanjang perkahwinan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Janganlah seorang mukmin membenci seorang mukminah. Apabila dia membenci sebahagian akhlaknya maka mungkin dia boleh meredai akhlaknya yang lain." – (Hadis riwayat Muslim)

Perasaan marah yang tidak dapat dilenyapkan akan mewujudkan perasaan dendam. Maka hati akan berasa berat untuk memaafkan seseorang dan terbitlah perasaan benci serta ingin menjauhkan diri daripada orang itu. Perasaan dendam juga akan menyebabkan kita menghukum pihak yang melakukan kesalahan dengan pelbagai perkataan buruk hina lagi mengaibkan yang tidak patut keluar daripada lidah jika kita benar-benar beriman kepada Allah. Hendaklah kita sedaya-upaya menghindari untuk membalas kejahatan dilakukan orang lain dengan kejahatan atau mencela dan mengaibkan mereka. Jangan kita membalas celaan dengan celaan, umpatan dengan umpatan, caci-maki dengan caci-maki kerana ia hanya akan mengeruhkan suasana. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika ada seseorang mencelamu dengan sesuatu noda yang ada dalam dirimu, maka janganlah mencelanya dengan menunjukkan suatu noda yang ada di dalam diri orang itu." –(Riwayat Imam Ahmad daripada Jabir bin Muslim)

Antara batu penghalang utama untuk kita menerapkan perasaan saling bermaaf-maafan adalah sikap yang kasar, keras kepala dan berhati batu. Oleh itu sikap lemah lembut dalam pergaulan seharian wajar menjadi sifat umat Islam terpuji. Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut dan mencintai kelembutan dan Dia memberikan atas (sebab) lemah lembut apa yang tidak Dia berikan atas (sebab) kekerasan dan yang tidak yang tidak dia berikan atas (sebab) selainnya." – (Hadis riwayat Imam Muslim)

Allah menganugerahkan kepada Nabi dan Rasulnya sikap lemah lembut terhadap umat manusia dan sikap itu adalah daya tarikan terhadap dakwah mereka. Melalui sikap lemah lembut ini jugalah memunculkan sifat suka memaafkan kesalahan pihak lain. Firman Allah yang bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan mohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau sudah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepada-Nya." – (Surah Ali-Imran, ayat 159)

Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Dewan Amal Islam Hadhari (DAMAI)

Thursday, September 29, 2011

Thursday, September 15, 2011

RUMAHTANGGA TANPA SAKINAH, MAWADDAH DAN RAHMAH...

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
Bagaimana agaknya, rupa sebuah rumah tangga tanpa cinta dan kasih sayang..
Maka.. jika begitu, tiadalah pengorbanan dan keikhlasan..
Tiadalah konsep memberi dan menerima..
Pernah aku terdengar, luahan hati seorang teman.. “ aku terus bersama dengan isteri hanya untuk tujuan menjalankan tanggungjawab.. tanggungjawab pada tuhan, bagi anak bini makan pakai, nafkah.. buat baik pada mak mentua.. cukuplah, aku tak pernah marah dan buat tak patut pada rumahtangga aku.. “
Aku hanya mampu tersenyum.. tanpa dipinta dia menyambung, “dah kawen bertahun manalah ada sayang sayang lagi... jalankan tanggungjawab sebagai suami saja cukup, janji tak sakiti bini..”
Bagaimana seorang suami dan bapa boleh berfikir keadaan sedemikian.. apalah maknanya sebuah perkahwinan tanpa cinta dan kasih sayang.. sesungguhnya perasaan sayang terhadap pasangan juga adalah tanggungjawab yang sepatutnya ada dalam diri tiap pasangan yang berkahwin.. apakah rumahtangga tanpa cinta dan kasih sayang boleh mengecap nikmat dan kebahagiaan dalam menjalani hidup berumahtangga.. bagaimana pula didikan yang bakal diterapkan pada anak-anak nanti...
Apakah melayani isteri tanpa cinta dan hanya berpaksikan tanggungjawab semata-mata itu dijamin tidak menyakiti si isteri..??
Mungkin tidak pada semua, tapi jarang-jarang dan tetap ada di hati dan minda lelaki itu, berfikir terlalu mudah... bermula daripada niat perkahwinan yang hanya berlandaskan nafsu semata-mata, bila sudah mula bosan dan terlalu kenyang, semua yang dijanjikan sebelum bernikah dulu hilang begitu sahaja...
Aku masih berfikir..dan berfikir..
Tuhan, peliharalah kami daripada tergolong dalam dilema sebegini.. wallahualam.. (“,)

Thursday, August 11, 2011

ANDAI MASIH ADA..




..merasa tiada ketenangan saat memikirkan ego diri..

pergilah dikau sifat syaitan laknatullah, bersama pawana berhembus tanpa nikmat sedikit pun...
andai masih ada
yang tidak redha..
maafkan segalanya..
tiada ku sengaja..
tiada ku duga..
kau kan terluka..
andai masih ada
yang tidak redha..
aku jua manusia biasa..
yang seringkali tega..
melakukan kesilapan..
maafkan diri ini.. huh!
ku berjalan namun tidak berpijak...
ku berfikir namun tiada apa yang lekat di minda..
ku menulis namun tiada isinya..
saat hati bisu tanpa bicara..
tak tahu apa difikirannya..
segalanya melayang...akan kubuang jauh!
andai masih ada..
peluang..ingin ku bina ikatan yang membahagiakan..
yang tidak menyakitkan..yang diredhaiNYA..
maafkan diri ini..
andai memaksa hatimu tidak redha..'teman'..

Tuesday, July 26, 2011

:: CINTA :: Poem recited by 'Ayatul Husna' wa 'Anna Althofunnisa'..


"HUSNA"

...Cinta adalah kekuatan
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amanah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...

"ANNA"
...sekalipun cinta telah kuuraikan,
dan kujelaskan panjang lebar,
namun jika cintaku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...

...meskipun lidahku telah mampu menguraikan,
namun tanpa lidah, cinta ternyata lebih terang,
sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya...

...kata-kata pecah berkeping-keping
begitu sampai kepada cinta...

...dalam menguraikan cinta,
akal terbaring tak berdaya,
bagaikan keldai terbaring dalam lumpur...

...cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan percintaan...

..sekadar merenung bait dan makna seni hamba Allah... (",)

Monday, July 25, 2011

MOGA LAHIRMU SEBAGAI HAMBANYA YANG BERTAQWA, & DEWASALAH DIKAU SEBAGAI ANAK YANG TAAT...

Lama dah tak tulis entry, rasa macam nak mula share kegembiraan yg terbuku ini.. bagai ada taman dalam hati, mcm ada bunga yang tumbuh mekar dalam sanubari (huhu..)
Hari ini telah masuk 1 bulan 29 hari usia perkahwinanku dan suami.. tiggal 1 hari saja lagi usia perkahwinan ini mencecah 2 bulan.. syukur alhamdulillah, semuanya baik saja..
Tanpa sedikit pun kita sangka, tuhan akan beri rezki secepat ini.. syukran ya Rabb.. bak kata orang, inai masih merah dijari, ‘honeymoon berdua pun belum lagi.. (huhu), sibuk tengok anak orang sana sini, siapa sangka tuhan juga beri kita rezki..
Setelah disahkan berbadan dua oleh doktor, hanya Allah saja yang mengetahui perasaan gembira kami suami isteri.. malah ibu bapa dan ibu bapa mertua juga begitu.. kata doktor, keadaan baik saja dan dijangka bersalin pada tarikh 28 mac 2012.. syukur, mudah-mudahan janin yang melekat pada rahim ini akan terus berkembang dengan sihat sehingga ia lahir sebagai bayi yang comel, sihat dan menjadi hamba Allah swt yang taat.. anak yg soleh kepada ummi dan abi.. hehe.. InsyaALLAH..
Emm.. suami gembira bukan main, namun sehari selepas disahkan akan menjadi bapa, suami diserang demam panas.. huhhh..!! panas bukan main lagi.. tak cukup tu tuhan uji lagi dengan gastrik dan migrain sekali kuar.. kesian, mungkin terkejut nak jadi ‘abi’ da.. hehe walhal sehari sebelum tu sibuk teka apa jantina.. nama apa nak bagi.. =)
Kesian juga dengan ‘abi ne.. malam tidur sikit pun tak lena, selang 10 minit bangun..muntah.. kepala sakit bedenyut-denyut, perut pun sama.. ntah kenapa, menurutnya, sebelum ini tak penah lg begini, sejak bujang dulu pun, migrain taklah teruk sangat sampai selang 10 minit terbangun dan muntah.. kali ne ujian yang agak mencabar berbanding sebelum ne, lebih2 lagi bila 3 penyakitnya bergabung dalam satu masa..badan pun rasa ngilu saja, kaki tak kuat nak bangun, solat pun duduk.. emmm, mungkin betul-betul tekejut nak jadi bapa kutt.. eheh!
Esoknya, kena bawa abi g klinik.. kena ambik ubat doktor juga walaupun itu bukan jadi amalannya sejak dulu.. alhamdulillah, menjelang tengahari abi da beransur pulih, migrain da kurang, perut da ok, Cuma badan abi masih panas lagi, walaupun tak sepanas semalam.. tapi abi da bole senyum, da bole begurau sikit... alhamdulillah..
Malam hari, abi da bole kuar bilik, mandi macam biasa, solat pun macam biasa, tapi belum larat nak turun masjid, dan masi kena makan bubur dan sup ayam, mungkin takut perut masi belum bole terima makanan keras2, jam8 abi da depan tv tengok berita.. selesai berita abi da stat buat recording untuk rancangan ramadhan atas permintaan RTM SABAH & LABUAN sehingga jam 2 pagi.. alhamdulillah, abi da sihat..
Hari ini.. (selasa, 26 Julai 2011), Abi da begurau awal subuh macam biasa.. syukran ya RABB.. =)
...Macam orang lain yang baru jadi ibu, atau akan jadi ibu.. perasaan riang kalian kini daku fahami.. tuhan, hanya KAU saja mengerti betapa sukanya hati ini.. terima kasih atas rezeki ini ya RABB.. moga langkah kami sentiasa dalam lindunganMU.. dan peliharalah hati kami daripada kemungkaran...
Moga ‘rezki’ itu lahir menjadi anak yg soleh dan taat..
Moga ummi dan abi juga mampu menjadi pemimpin dan pendidik permulaanmu yang terbaik..
Wallahualam..

Thursday, July 7, 2011

MUHASABAH DIRI : Hidup hanya sebuah persinggahan, yang perlu kepada menghadapi ujian..

Sekadar ingin mengingatkan diri..
Ada waktu, kita mudah tersentuh saat menerima teguran yg mungkin menyakitkan, memang.. bukan mudah manusia menerima perkara yang buruk2..siapa maukan hinaan? Semua insan mau nmpak baik dari sudut pandangan orang lain..
Sedang kita lupa.. bahawa, Ujian adalah cara Allah meningkatkan imej kita di hadapan Dia, bukan status kita di sisi manusia.. setiap manusia tuhan turunkan ujian yg berbeza2.. baru menyedari bnyk kesilapan dalam menyalah ertikan makna sebuah ujian hidup dari tuhan terhadap diri maupun manusia lain..
Mujur ada insan yg menyedarkan saat hati kecewa dan hampir tersungkur dek ujian yang hanya secalit pada diri..
‘Sepanjang kehidupan, dari saat tuhan kurniakan kita aqal, sehinggalah hujung nyawa kita.. semuanya untuk hadapi ujian.. mungkin kita tidak sedar bila kita hanya berhadapan dengan perkara yang baik2..
ketahuilah, yg buruk itu ujian, yg baik itu juga ujian, hinaan adalah ujian, pujian juga adalah ujian.. kesusahan ujian, dan kesenangan juga adalah ujian.. hanya yg membezakan bagaimana kita menerima dan menghadapi setiap UJIAN itu..
adakala, kita perlu sakit untuk bangkit.. ada waktu kita perlu bersahabat dengan tekanan.. itu caranya tuhan mentarbiah hambaNYA..
kubuka minda dan hati luas-luas..
kuletakkan keredhaan pd ketentuan.. ujian kuterima, dan kucari hikmahnya.. nyata!! Ada baiknya... terima kasih tuhan, kau lindungi hati ini dari terus bersangka yg tidak baik..dan kurniakan suami yg senantiasa mengingatkan..
katanya.. fungsi agama juga adalah untuk beringat.. sampaikan ‘islam itu ke dalam hati ini ya RABB.. agar diri sentiasa husnuzon.. (“,)
~nafas kutarik...kutiupkan sebuah azam.. \(^_^)/