Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan Kareem yang penuh Sayu (",)

Assalammualaikum


19 RAMADHAN 1435/ 2014

Cepatnya masa berlalu...
Rasa macam, baru kemarin hari pertama terawih dan bangun sahur. Ingat punya ingat entah berapa banyak saja menu masakan saya untuk orang rumah sebagai juadah berbuka dan sahur. Allah.. Cepatnya.. cepatnya.. Ramadhan dah nak berakhir?

Alhamdulillah, sehingga ramadhan yang ke 19 saya masih diizinkan Allah swt untuk berpuasa. Syukur sihat. Syukur kuat. Allah bagi pinjam. Senyum! Hehe...

Sayang kan, nak habis puasa? Memang, tak sabar nak raya. Tapi bagi saya meriah raya tu sekejap saja. Tak lawan Ramadhan. Entah! Rasa macam takut pula bila bakal ditinggalkan oleh bulan ramadhan. Jujur ne! Cuba cek hati korang? Rasa yang sama kan?

********************************************************************************

Kredit Pic from Google

Selama Ramadhan ne, jom sama-sama cek balik apa yang kita dah buat. Apa yang belum, dan apa yang ketinggalan? Ada lebih kurang 10/11 hari lagi nak manfaatkan bulan mulia, setaun sekali ne.

Tengok checklist, tengok yang wajib dulu...
~ Solat ok tak? ada tinggal? Berapa banyak waktu terlewat?
~ Puasa pula macam mana?
~ Akhlak? jaga tak? Ada marah-marah dan cakap tak tentu dengan orang tak?

Perkara sunat pula,
~ Ada tahajud ke tidak? Konsisten ke tak
~ Al-Quran pula macam mana? Ingat, bulan ramadhan ne bulan Al-Quran. Rugi tau bila tak manfaatkannya untuk khatam. Saya sekali saja khatam yang diraikan. Tapi itu bukan bermakna bacaan Quran tu berakhir disitu. Tak mampu khatam tiap bulan. Jom Manfaatkan Ramadhan. Sehari satu juzuk. Tiap-tiap tahun InsyaAllah boleh khatam kan...
~ Bangun sahur pula macam mana? Sahur lagi lewat lagi bagus. Janganlah tinggal sahur ya. Sayang pahala dan ganjaran tu.

Macam saya pula yang tengah breastfeed 2 anak. Saya sahur awal. Supaya saki baki masa yang tinggal tu nak cukupkan air. Kiranya, makan macam-macam jugalah waktu sahur. Hihi. Plus minum air bergelas-gelas. Hehe. Entah. Badan bukan macam waktu muda-muda dulu kan. Orang menyusukan anak ne kan mudah lapar dan perlukan kalori lebih. Tu yang selagi tak azan selagi tu saya makan dan minum hihi.

Bercakap tentang akhlak. Memang. Kengkadang rasa macam, ok je. Tak ada cakap atau buat tak bagus kan. Tapi, zaman sekarang yang penuh ujian seiring dengan perkembangan dan pencapaian kita dalam teknologi ne. Zaman handal IT gitu. Cuba tengok balik. Dalam sehari berapa kali kita scroll wall facebook. Tweet macam-macam di  Twiter, Tengok pic macam-macam kat instagram. Kannn..? Ok. Mungkin tak cakap apa-apa. Tapi terbuang masa tengok, baca, dan respon perkara yang sia-sia. Tengok aib orang. Share benda yang tak masuk akal. Orang ne cakap orang tu macam-macam then kita like. Tak cukup tu, join komen. Amboiii.. Kan dah dapat dosa free.
Ok. Muhasabah bersama...

Subhanallah. Rasa tak mau Ramadhan pergi.
Tiap kali puasa ramadhan, saya ada satu feel tau. Ececeh. Ntah. Korang pun rasa yang sama juga kut. Semua benda nak buat sempurna. Lebih-lebih lagi bila menjelang tengah malam. Saya tulis entry ne sebab nak cakap pasal "feel" ne la tapi tak tau camana nak hurai. Hihi. Rezeki saya tinggal rumah betul-betul sebelah masjid. Tiap malam dan subuh dengar bacaan Al-Quran. Saya tak mampu bertarawih di masjid. Sebab kena jaga anak dirumah. Jadi terawih 8 rakaat di rumah saja. Tak ada rezki lagi berimamkan imam dari Gaza haritu.

Tiap kali bulan Ramadhan, ingatan saya pada arwah 'mama tua' dan 'bapa tua' sangat kuat berbanding hari dan bulan biasa... Mereka adalah ibu bapa kepada mama. Entah kadang-kadang, lepas solat saya menangis sebab rindu diorang. Ramadhan ne memang bagi feel 'sayu' kut. Asyik sayu saja hati ..ingat arwah tu ingat arwah ne. Dan... tahun lalu adalah ramadhan dan raya terakhir saya bersama nenek tua. Nenek sebelah bapa pula. Saya dah tak ada nenek kandung lagi.. T___T

Cerita saudara...
Sayu kan baca kisah di Gaza. Jangan sekadar baca saja. Buatlah sesuatu. BUAT!! Doa, derma, Qunut Nazilah. Mereka saudara kita. Saudara dekat. Mereka sebenarnya berjuang mewakili orang islam yang alpa. Siapa yang tengah alpa ne? KITA!!! Allahuakbar. Saya tak tahan baca dan tengok gambar anak-anak syurga dibunuh kejam. Ibu hilang anak. Anak hilang keluarga. Menangislah.. Menangislah untuk diri kita yang tidak mampu jadi sehebat mereka. Berpeluang mati di jalan Allah. Cuba bayangkan keadaan mereka di bulan Ramadhan. Dikhabarkan sekarang ne diorang tak ada bekalan air kan. Ya Rabbi.. Saya jalan beberapa kilometer dari Wisma Merdeka ke Sinsuran saja nak pitam! Terbayang sirap bandung! Padahal bukan main gelojoh masa sahur. Saudara kita entah bersahur entah tidak. Moga Allah merahmati mereka dan teguhkan hati mereka berjuang di jalan Allah.

kredit pic from google

Jom kita boikot semampu mana segala barangan keluaran Israel dan US. Biarlah usaha itu nampak kecil. Buat dan bantu semampu yang boleh. Tolonglah! Kasihanilah mereka di Gaza yang diancam peluru dan bom yang tak bermata.
Ini juga antara perkara yang datangkan 'feel' sayu tu... (",)

Kuasa Allah...
Banyak perkara yang berlaku siang dan malam, yang banyak buat kita berfikir tentang takdir Allah. Kebanyakannya berlaku Ramadhan ini. Entah. Allah dah susun siap-siap mungkin. Tentang diri, tentang kerjaya, masa depan, tentang keluarga, tentang anak-anak. Syukur Allah masih beri kesempatan merasa ramadhan tahun ini.. Tahun akan datang pula Allahualam. Entah berpeluang taip entry untuk ramadhan depan atau tidak...

Sori tak clear...
Yang pasti Ramadhan ne, bulan mulia yang penuh sayu.. Sayu yang penuh hikmah...
Salam Ramadhan Kareem..

Yang takut ditinggalkan Ramadhan,
Ummu Al Insyirah & Al Furqan

No comments:

Post a Comment

what do you think?