Assalammualaikum
Pejam celik, pejam celik..
Wahhhh!!! kandungan dah masuk 39 week 6 day! Mengapakah belum bersalin lagi..?! hikhik...
Allah.. Syukur saya masih dikurniakan kekuatan dan kudrat oleh Allah swt untuk membawa baby adik dalam perut ne haaa.. Makin hari makin jatuh ke bawah, makin hari makin membesar. Huhu..
Bila ikut estimated due saya adalah esok. 7 Febuari 2014. So, menyempat lagi ke pejabat hari ne, taip belog! Hehe...
Kalau ikut scan since dari kandungan masuk 36 week haritu, doktor expect awal tau. Dia target dalam seminggu selepas scan haritu. Mean, dalam 37 week plus plus maybe dah boleh bersalin. Doktor yakin akan turun tanda da waktu tu. Sebabnya, uri dah nampak matang sangat. Saya tak pandai tengok, tapi bila doktor tunjuk n bagitau kriteria yang uri tu dah matang, oke faham.. memang dah kembang dah. Hehe. Then, doktor buat CTG. Nak tengok pergerakan jantung baby n kekerapan contraction. Memang dia expect tak lama lagi sebab bacaan tu nampak bby aktif dan asyik mngeras saja.
Namun....
Sebijak bijak aqal manusia dengan kajian ilmu sains di dada tidak mampu menjadi lebih bijak dari takdir Allah. Biar canggih mana pun mesin scan n CTG hospital tu kan. Hehe...
Dan...
Tadaaaaaa....
Siapa sangka, saya masih jalan-jalan ke 1 Borneo dengan perut boyot berusia 39 minggu dan masih kuat angkat Insyirah hehe..
Malah saya masih sempat bawa perut ne ke Majlis kenduri Aqiqah anak kawan saya lagi tau!.
Allah saja yang tau, bila waktunya adik Insyirah ne nak keluar jumpa umi abi dan kakaknya...
Di pejabat, jumpa siapa-siapa saja mesti dapat soalan yang sama.. dan statement yang serupa.
"Aik, tak beranak-beranak lagi..?!"
"Eh bila due?"
"Laaaa.. ada lagi, bila la nak bersalin ne..?"
10 kali jumpa 10 kali ulang benda sama..
Sejujurnya kengkadang saya agak rimas juga. Tapi berlapang dada sajalah.. Macamlah dorang tak pernah beranak kan.. hehe Manusia memang camtu. Tak apalah, sampai hari ne semua tu dah imune! mencik ah nak simpan sakit hati. Karang stress tak pasal-pasal lagi ganggu hidup aku! hehe...
Estimated due saya ialah 7 Febuari 2014. Entry ne ditaip sehari sebelum due. Bila Allah takdirkan saya bersalin esok, atau mungkin malam ne... Bersalin lah tu. Kalau overdue pun, tak apalah. Janji semuanya berjalan lancar. Baby selamat dan sihat. Saya hanya harap agar segalanya Allah mudahkan. Cepat atau lambat tu bonus saja.. kan!
Berbeza dengan Insyirah dulu, segalanya tak dirancang. Nak kuar tetiba saja bagi umi tanda 7 hari awal. Hehe. Alhamdulillah kelahirannya cukup mudah dan sekejap. Kali ne, Allahualam... Moga dimudahkan jua..
Apa saja yang Allah swt takdirkan berlaku mesti beserta hikmah. Cuma dari kita saja macam mana mau menerimanya. Saya sebenarnya berdebar juga. Macam-macam dalam fikiran. Macam mana baby lahir nanti. Sakitnya sama ke macam waktu Insyirah dulu. Saya dah tak ingat huhu. Yang saya tau memang sakit.. Wuuuu..
Then, fikir kejadian after deliver lagi. Macam mana nak handle Insyirah dan adik sekali. Kena pula nanti bila Insyirah nak menyusu saya. Dan dalam masa yang sama adik pula nak susu. Usia Insyirah sekarang pula sangat suka perhatian. Macam mana kalau tengah adik perlu diberi perhatian then Insyirah pula tagih simpati. Wahhhh.. agaknya sebab terlampau fikir semua ne la bagi effect lambat bersalin. Haha... Ya ka??!! Ntah!
Bila Insyirah menyusu saya, dia dah mula pandai kenalkan diri dia dengan adik. Sambil menyusu sambil usap perut umi. Then, cakap sekejap.. "adik, ini kakak iyah" (sambil tekap tangan ke dada) So suwitttttt!!!! hehe. Pandai dah dia. Saya selalu cakap dengan Insyirah. "Mari gosok perut umi, dalam ne ada adik, Iyah bawala adik cerita" . Mungkin sebab tu dia terdorong untuk buat gitu. Bawa adik cerita dan memulakannya dengan memperkenalkan diri.
Sebak tau.
Adik belum lahir lagi, saya dah pesan Insyirah macam macam. Mengada betul umi ne. Haha..
"Iyah, nanti bila adik lahir Iyah jangan manja tau"
"Iyah, bila adik da keluar nanti kena tolong umi jaga adik tau"
"Iyah, bila da ada adik nanti tak yah da nenen umi k" (yang ne dia geleng lajuuuuu..!!)
Kesian sungguh Insyirah yang masih kecil. Adik pula nanti macam mana?
Cannot imagine lebih lebih. Serahkan semuanya pada yang Esa. Allah ada. Mesti ada cara dan hikmahnya. Huhu...
Kawan-kawan, saya masih menghitung hari ne.. Doakan agar kelahiran kedua ini berjalan lancar dan dimudahkan ya.. InsyaAllah.
Agaknya best kut duduk dalam womb ne.. adik suka dengar bunyi jantung umi.. Tu yang belum nak kuar.. hehe..
Salam Sayang,
Ummu Al-Insyirah
No comments:
Post a Comment
what do you think?