Wednesday, July 10, 2013

RAMADHAN 1434 HIJRAH

Assalammualaikum

Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan untuk merasai kenikmatan ramadhan tahun ne...

Kemarin, bangun sahur dan berbuka dengan keluarga di Papar. InsyaAllah, jumaat nanti nak bawa Insyirah balik Petagas. Sunyi juga tanpa abi disisi sehingga 10 hari puasa nanti... Semalam kol abi, tak ada selera nak berbuka macam-macam katanya. Sebab tak ada umi dan Insyirah. Tambah lagi, banyak kerja nak buat. So, mood bersuka ria sangatlah on off.. Hehe kesian..

Hari pertama puasa, Insyirah pun ikut bersahur. Awal pula dia bangun. Macam tau-tau saja. Sudah tu, lepas subuh dia tidur sampailah dihantar ke taska. Pindah tangan ke cikgunya pun dia masih tidur. Hehe..

Apapun, syukur, ramadhan kali ini kita masih diberi peluang beramal. 

Sesungguhnya falsafah puasa itu adalah berlumba-lumba dalam melakukan amalan untuk meraih pahala dari tuhan. Maka, jangan biar diri kita ketinggalan.

SALAM RAMADHAN & SELAMAT BERPUASA BUAT KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT BLOGGER SEKALIAN... ^_^

2 comments:

what do you think?