Assalammualaikum
MANUSIA
Allah swt yang cipta. Dari air mani yang hina.
Semuanya. Ya.. semuanya.
Andai kau sedar kau manusia, maka samalah kita. Kau dan aku serupa. Asalnya dari tanah yang kita pijak itu. Biar pangkatmu tinggi. Darjatmu di atas, tarafmu mewah. Ahhh.. Apapun kedudukanmu, kau juga manusia serupa aku yang Allah cipta. Kita sama saja disisi Allah swt. Terimalah hakikatnya.
Tapi mengapa...
Manusia yang satu itu menghina,
Yang itu pula mentertawa,
Dan yang itu lagi mengutuk, khianat, munafik, ayam berbulu musang, dan memperkotak katikkan jiwa manusia lain...
Apa mereka lupa kedudukan sesama manusia itu disisi pencipta...
Aku,
Aku kini sedang menjalani kehidupan, diuji Allah bertemu dan berhadapan dengan pelbagai sifat dan jiwa insan, sikap dan ciri inci manusia yang membingungkan...
Kamu jua merasainya bukan..?
******************************************************************************
Ok.. ok taulah dah jarang taip belog. Tiba-tiba buka blog buat ayat serius. Bermadah madah githuww!
Direct to the point. Biasalah kan. Makin dewasa makin banyak nikmat dan ujian yang Allah sedia kaw kaw kita kena hadapi tiap saat. Ada yang best. Ada yang menguji sabar dan iman juga. Ada waktu pula, dek kesibukan rutin harian tu, kita boleh saja buat dono dengan masalah.. kan...kan.. Yang penting redha, lapang dada. Nak lari konfom tak bleh.
Bergerak ke mana mana, paling dijaga adalah akhlak. InsyaAllah. Kita nak bina hubungan baik dengan orang so kena tengok dalam diri dulu. Semua orang ada kekurangan. Tapi tak semua orang boleh simpan aib dari kekurangan kita. Kan.. Part tu yang susah. Orang kata bila kita tetiba bermasalah dengan orang, mesti ada yang tak kena dengan diri kita atau mungkin orang tu. Memang, sekuat hati cuba muhasabah. Minta Allah tunjukkan cara, macam mana nak hadapi orang tu esok hari. Sebab, ada juga sifat orang, bila dah mind set dia tak suka kita, dia akan mudah nampak salah kita. Tak ada salah sanggup cari sampai lubang cacing. Nak adakan cerita lah katakan.. mihmih. Yang ne masalah sikap lah kut. Allah, minta dijauhkan...
Mari muhasabah...
Suka tak bila kita dibenci orang? Tak suka kan... So, tengok dalam lubuk hati kita yang paling dalam, ada tak kita dendam sesiapa? Ada tak penyakit jeles dengan sesiapa? Ne masalah ne... Minta Allah jauhkan kita dari perasaan ne.
Kawan... Cuba renung kehidupan yang Allah pinjamkan dalam-dalam...
Kita hidup ne sekejap saja. Asas kejadian kita sama. Garisan permulaan kita dari tempat yang sama. Destinasi terakhir kita sama, pakaian terakhir kita nanti juga sama.. semuanya sama. Kita semua sama disisi Allah swt. SAMA!!
Jangan risau dengan apa yang orang itu capai di dunia. Dia lebih? Kau juga mampu buat lebih. Allah itu adil. Percayalah. Bila mereka ada yang kau tak ada, cari dan gali semampumu, kelebihan mu yang lain. Percayalah. Ada!!! Allah tidak bagi semua manusia kaya harta. Mungkin yang lainnya kaya budi bahasa. Allah tak bagi kau serius kerja mungkin kau berpotensi berjenaka. Manusia lain terhibur dek kelebihan mu. Kau disenangi. Allah tak bagi kau kelebihan berkomunikasi dengan spontan, namun Allah berimu kelebihan pantas memikir idea yang hebat. Mungkin kau tak petah bicara, namun langkahmu sentiasa terpelihara.
Cantik? Astaghfirullah. MANUSIA itu milik Allah. Makhluk yang Allah cipta. Bukankah kita wajib mensyukurinya. Ingat. Allah bagi pinjam saja. Belek seluruh tubuhmu? ada cacat cela? Tiada kan.. Mungkin pun ada, namun Allah tutup aibmu. Bersyukurlah. Kau cantik. Mereka cantik. Susukmu sempurna. Susuk mereka juga sempurna. Merasai kehodohan pada diri, sama seperti kau menghina kejadian Allah swt. Bersyukurlah.
Kita milik Allah.
******************************************************************************
Kadang-kadang, manusia mudah meluah rasa. Mudah menasihat segala. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkannya. Bahasa mudah, "cakap senang, buat susah". Hehe. Tapi selagi kita mampu beringat dan muhasabahlah.
Ada waktu, kita teruji bila berhadapan dengan sikap manusia yang petah bicara, mudah membuka cerita sehingga tidak sedar menjentik kisah hidup orang lain. Nauzubillah. Hina nya kita bila mudah membicara aib sesama manusia.
Takutlah... Takutlah kita pada Allah.
Alangkah baiknya, bila kita sedar, terlalu banyak bekal akhirat yang perlu dikejar, maka kita akan jadi kedekut. Kedekut untuk luangkan masa pada perkara yang sia-sia. Semuanya untuk yang baik-baik saja. Kumpul point nak barisan paling depan menuju ke pintu syurga.. kan..kan..
Baiklah, aku cuma meluah, agar kita dapat beringat bersama, memang, mungkin aku cuma mampu bicara, buatnya sangatlah tak mudah. Kerana aku juga manusia. Mudah juga jatuh dan terluka.
Bila aku leka dan terlupa, Ingatkan aku tentang Allah yang esa...
Salam alaik dari ibu anak dua... ^^, v
Baiklah, aku cuma meluah, agar kita dapat beringat bersama, memang, mungkin aku cuma mampu bicara, buatnya sangatlah tak mudah. Kerana aku juga manusia. Mudah juga jatuh dan terluka.
Bila aku leka dan terlupa, Ingatkan aku tentang Allah yang esa...
Salam alaik dari ibu anak dua... ^^, v
No comments:
Post a Comment
what do you think?