Tuesday, January 14, 2014

how social web "eat" my money!!!!!

Assalammualaikum


Hujan lebat oii..
Terus mood blogging.. Jap je ekk..
Banyak keja nak bagi settle, maklum saja dekat nak deliver ne ada saja kerja baru yg sengaja disorong -sorong.. haihhh.. Macam tak paham! hek..hek!

Nak citer, dulu kan masa mula2 create akaun fesbuk, satu perkara yang buat saya rimas bila terbaca post2 orang yang ntah apa-apa. Segala perkataan yang tak baik, gaduh maki, sindir perli semua terbaca. Sudah tu kan automatik kita ble noted perangai orang tu dan orang ne. Kan..kan.. korang pun gitu kan. Lama-lama pandai rimas. Tapi tu oke lagi. Biarlah kan hal orang. Buat pa ko kesah kan.. Jaga je lah mulut dan hati sendiri.. Kawal tangan yang kongker keybod masa tu. Jangan ikut orang sudah!

Yang buat saya rasa lebih parah dan cuba nak lari dari kenyataan bila...
Dalam fesbuk kan terrrrrrlampau banyak orang jual barang yang... HAIHHHH!!! 
Haaaa... 
Buka page ne, "kami menawarkan kain yang berkualiti tinggi, berminat sila PM"
Buka lagi page tu, "anda mencari pakaian muslimah yang terkini? jom layari, www...bla..bla..bla"
Bila layari page yang dia gtau kan.. adalah satu ruang "order form"... Cisss!! sudah berkali kali saya cuba mengawal nafsu untuk shopping online.. Dan berkali-kali juga saya tewas.. Allahuakbar!

Tu taim bujang...

Lepas kawen saya insaf.
Untuk pastikan saya tak tewas lagi, saya tutup akaun fesbuk. Tutup twitter. Kecuali blog. Blog tak mungkin saya tutup. hehe. Waktu tu instagram tiada lagi.. hehe. Alhamdulillah. Duit gaji banyak save! Dengan bangganya, lebihan yang ada masuk tabung aji. yaloh!!

Tetiba, waktu saya mula jadi agen dropship satu online bisnes ne kan, untuk buat promotion saya kena create akaun fesbook balik. Tak cukup, sign up insta lagi.. Haaa.. amek kau! Nak bisnes sangat. Niat untuk bisnes. Bisneslah sangat!! Alih-alih saya yang asyik jadi customer orang bahahaha...

Teringat kata-kata seorang master, dalam hidup ne, korang buat option.. Nak jadi magnet atau serbuk besi. Pilih antara magnet dan serbuk besi. Thats mean, korang nak tarik orang atau jadi orang yang mudah sangat kena tarik kan..

Zaman sekarang ne memang zaman handal IT. Setiap rumah digalakkan ada komputer. Tengoklah budak2 sekarang. Permainan diorang gadget mahal-mahal. Tak macam dulu, kitorang main tanah, tepi sungai. Main kawen-kawen tabur bunga betul2. Main masak-masak guna air lopak bekas hujan. Buat milo pakai tanah. Kotor! Memang kotor. Naik rumah kena cubit mama. Kena pukul pakai hanger sebab tapak kaki bawa tanah masuk rumah. Ingat lagi tak..? kan..kan??!!

Social web is interesting. Memang bagus untuk mudah belajar and get any information pasal dunia luar. Pasal agenda yahudi dan illuminati yang merupakan perancang hal dunia terhandal konon! yang ramai orang tak tau.. Tapi tak ramai yang manfaatkan kebaikannya, termasuklah saya kutt.. suka sangat shopping online heee... 

*********

Sekadar nak remind diri saya sendiri, dan andai ianya boleh jadi manfaat bersama untuk kita apa salahnya saya record dalam blog ne kan.. kut2 ko insaf baca blog mak yong ne haaa.. hikhik..

Umi, abi selalu cakap, bila umi nak cari baju breastfeed banyak2, sebenarnya cari satu atau dua pun dah oke. Baju tu bukan nak kena pakai hari-hari. Bersederhanalah...

Umi, abi kerap pesan, bila nak beli barang baby, baju, pam susu, storage bottle, tak yah yang berjenama sangat, sebab baby cepat besar. Beli sikit-sikit cukuplah. Yang lama masih boleh pakai. Bersederhanalah...

Umi, abi kata, beg dan kasut umi masih bau kedai lagi. Takyah tukar-tukar style tiap bulan lah. Kasut untuk bantu kita jalan tak cecah tanah je.. Beg pun nak simpan barang je kan.. Sekali beli yang ada brand dulu cukuplah. Kata nak beli beg kasut berjenama sebab tahan.. Yang beli dulu, masih baru apa... Cukup-cukuplah...

Umi, semalam abi tanya, perlu ke tiap bulan beli tudung, shawl baru... yang sedia ada tak koyak lagi kan.. sudahlah dulu...

Umi, abi kata... kalau nak tutup aurat tak perlu beli tudung baju mahal, janji tebal tak jarang dan biar labuh untuk cover aurah. Lepas tu, abi kata tak yah stoking dan handsock colourful sebab tujuannya nak menutup bukan tarik perhatian orang... Faham kan umi..

Guys, 
Its wonderful when we try to understand what is life for.. what is life meaning... huhu
Kekadang kita mudah tersungkur, tapi Allah beri ujian untuk menegur supaya kita beringat. Bonus tau untuk mereka yang hidup berpasangan. Hikmah bila ada yang mengingatkan. 

Memang, bila sama-sama keja kita boleh kata, my money is mine. Ur money is mine too. Ia bukan bermakna bila kita beli barang kita pakai duit sendiri ia tidak jadi beban pada sesiapa pun. But remember when ur married, kena dalami maksud "hidup bersama" betul kan?

Renung-renungkan..
dan selamat beramal....take k!

ps: harap korang tak menguap baca blog without pic ne yeaaa.. tengkiu!

Yang ikhlas,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror  

Sunday, January 5, 2014

berdampinglah dengan orang yang soleh dan solehah

Assalammualaikum


Kenapa perlu dampingi orang begini...
Sebab kita tau kita lemah, kita tau ada waktu kita tak kuat, mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan benda-benda tak baik dan tiada faedah. Bila kita berdamping dengan orang yang baik-baik, yang soleh dan solehah, mereka akan bantu kita. InsyaAllah. Percayalah, bila mana kita sentiasa bersama orang yang baik-baik, kita mudah terpengaruh dengan cara mereka. Cara mereka mendekati Allah. Cara mereka mensyukuri nikmat Allah. Cara mereka bersederhana dengan anugerah Allah. 

Pernah dengar kan perktaan ne, "Kita adalah siapa kawan kita". Sangat ringkas. Tapi punya maksud yang dalam dan kuat. Imagine bila sahabat kita seorang yang kuat mengumpat dan mengata orang. Dan kita dalah sahabat rapatnya. Jadi bagaimana keadaan diri kita? Siapa yang selalu bersamanya ketika dia mengumpat dan mengata orang? Banyak melakukan perkara-perkara yang lagho' dan tiada kepentingan... Membazir, riak, lupa pada Tuhan.. Subhanallah!

Dan bayangkan bila sahabat kita orang yang soleh dan solehah. Masanya hanya untuk ibadat pada Allah. Sentiasa menjaga lidah dan perkataan. Sentiasa menjaga langkah agar tidak tersalah. Selalu menjaga hati agar tidak terpesong dari hukum dan landasan Illahi. Tiada masa mengata dan mendabik dada. Tiada masa riak dan lupa pada tuhanNYA. Maka bayangkan keadaan diri kita. Bila kita yang sentiasa disampingnya. Suka duka bersamanya. Buka hati buka minda. Ikut caranya. Mudah!

Saya sendiri suka baca travelblog sesetengah blogger. Cuba mengkaji dan mendalami percutian dan perjalanan mereka di luar negara. Nak tau cerita apa yang best dan tak best yang ada di negara itu dan ini. Sangat menghadirkan keterujaan yang tiada belah bagi. Dalam tidak sedar saya simpan niat nak kumpul duit dan nak travel ke luar negara bersama suami dan anak. Perkara yang tiada salahnya. Namun, bila mana saya ubah untuk lebih kerap baca blog islamik. Masih berbentuk traveling blog, masyaAllah.. sungguh saya telah terpesong niat. Huhu.

Mahu bercuti ke luar negara kerana suka-suka dan hanya sekadar mahu kumpul experience jauh beza faedah yang akan kita dapat berbanding niat travel untuk mengkaji dan mendalami ciptaan Allah swt. Orang niat nak ke Palestin, Syria, Mekah, Madinah, Istanbul.. Kaji islam dan penindasan terhadap orang islam sedlamnya. Bagi bantuan pada yang memerlukan. Saya sangat malu pada diri. Dalam keadaan saudara sendiri menahan rasa disiksa, saya masih sempat simpan niat nak bercuti suka ria di negara orang putih. Sudah!

Itu contoh!

Makanya, bersahabatlah dengan orang baik-baik supaya kita jadi baik juga. Jangan tinggalkan mereka yang bermasalah. Kita kena jadi baik dulu, One day mereka akan ikut kita. Bukan kita ikut mereka. Nak ilmu lebih baca blog yang bermanfaat. Yang islamik. Yang boleh buka minda seluasnya. Ilmu Allah luas. Bacalah mana-mana sumber ilmu yang ada dan buat perbandingan. Ambil yang baik. jadikan iktibar mana yang buruk. Saya hanya berkongsi dan cuba mengingatkan diri. Sebab saya menyedari saya masih lemah dan perlu remind diri sendiri. Salah satu caranya melalui penulisan. Biarlah. Saya suka menulis. Cantik tak cantik tulisan saya ne at least ada nak disampaikan. Cewah! 

Korang kalau tak suka, tak pelah. Jangan kata saya hipokrit. Niat saya ikhlas tau nak share saja. Huhu... Kalau da bosan pun tak pe... tutup saja.. saya alu alukan.. (dah kenapa ini?!)

Hehe...

Ok Guys.. moga memberi manfaat buat kita semua. MARI SAMA-SAMA BERATUR UNTUK JADI BAIK...Lillahitaala...

Salam Alaik,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror

Wednesday, January 1, 2014

2013 special moments!

Assalammualaikum


2.1.2014
its new year!!



 

Banyak kenangan 2013. Tiap tahun pun macam tu. Yalah setahun ada 365 hari.. macam-macam boleh jadi. Lepastu kan tiap tahun baru juga ramai orang renew azam.  

2013 banyak kenangan yang kena simpan dan lipat elok-elok dalam poket. Antara tahun yang push saya jadi kuat. Aiceh. Ya, belajar jadi anak, isteri dan ibu yang kuat. Title dah berubah dan bertambah, tanggungjawab pun gituuu.. heee

So, here are the highlights of  2013... 365 hari~ ~

1. Second Pregnancy 
Awal January saya telah sah mengandung anak kedua! Namun cuma 13 minggu anak itu singgah di rahimku. Huhu... Saya penah share dalam blog ne. Kenapa ia antara kenangan yang menghadirkan sensitiviti dalam sanubari ini.. ecewahhh!! (ko dah kenapo ne ummi insyirah!?) hehe.. Sebab waktu ne lah juga ia effect pada penyusuan saya terhadap Insyirah. Emosi jangan cakaplah. Nama dah mak! pompuan... emosi lebih ko! heee..
 
 
Kiranya tengah happyla, nak ada baby lagi.. kerjasama menjadi gitu..
Tapi bila sendiri...
 

Btol ka ngandung lagi ne.. ok ka ne.. steady ka ne dapat awal ne.. hehe
just kidding!!

Namun bila...

2. Misscarriage
...Allah swt takdirkan ia singgah cuma 3 bulan (13 minggu) pasti ia adalah satu ujian yang disertai bersama hikmah Allah. Keguguran is sakit tau. Macam lebih sakit daripada beranak. Bunyi macam tak logik kan. Kenapa ia lebih sakit dari beranak... kegugran je ponnn.. hehe Yalah! lepas beranak, anak dah nampak depan mata... Boleh belai boleh start breastfeed da.. Tapi bila keguguran, dah la sakit masa janin tu nak keluar, tapi kita tak nampak apa... tinggal sakit, dan baby dah tak ada. Namun penawarnya adalah REDHA. Ok. Takyah sedih memanjang. Allah itu adil. Mesti ada sebab kenapa DIA dia uji macam tu. 

Kata-kata ransangan minda oleh doktor dan abi Insyirah yang masih lekat...

"Hikmah keguguran, boleh jadi bayi dalam kandungan tu tak sihat. Jangan salahkan diri. Bayangkan berjuta-juta sperma yang dihantar untuk proses pembentukan janin, tidak mustahil ada diantaranya yang tidak sihat. Its thousand and million. Maka, Allah takdirkan ia untuk gugur sebelum lengkap terhasil. Andainya ia antara yang tidak sihat namun membesar dan ditakdirkan tidak bernyawa setelah lahir, maka mana yang lebih menyakitkan..?!
see? Allah itu adil".
Ok, doktor cuma cakap part sains tu, berkenaan hikmah of course abi yang bagi.. heee

 
 
 
 Dialog dia gini..
1) Stress ah.. ingatkan nak dapat baby lagi..
2) Tak pe.. ada hikmahnya, kena sabar dalam bersabar.. InsyaAllah..
esehhhh!


3. Third Pregnancy
...After a month! Alhamdulillah... dalam bersedih kehilangan anak kedua, Allah bagi lagi. Dan alhamdulillah... Sekarang sudah masuk 35 minggu 2 hari. Moga Allah terus mudahkan perjalanan ini.

Mengapa mengandung kali ini menjadi istimewa..?! Mestilah ia yang ketiga kali dan InsyaAllah jadi anak yang kedua. Perasaan dan pengalaman untuk bakal second baby ne memang beza. Sepanjang mengandung sehingga hari ini, emosinya sangat berbeza. Rasanya dah penah share. Atau next next entry saya share experience ok (kalau rajin.. hee). Sebelum ne (preggy Insyirah) tumpuan hanya pada satu, iaitu pada kandungan. Namun untuk kali ne, agak kelam kelibut bila mana nak fikir kandungan, Insyirah lagi. Ia adalah pengalaman saya yang pertama.. (seumur-umur kebaruan!!!) Tak pe.. belajar..belajar Ilmu Allah sangat luas! 

Then, sehingga sekarang, kandungan dah nak masuk minggu tunggu hari, saya masih menyusukan Insyirah. Ya kawan-kawan, Insyirah masih lekat ok. Masih menyusu umminya. See? satu pengalaman yang menguji... Tapi best tau, kadang-kadang sehingga kita tak rasa dan alami sendiri satu-satu pengalaman hidup tu, kita tak tau pun yang Allah pilih kita untuk jadi seorang yang KUAT! taf ko! heee
 
 
 
Alhamdulillah.. Alhamdulillah
Tengah tunggu meletup ne.. doakan ekkk..

 

 4. Family expand
Apapun yang kita lakukan dan bersama siapa, tiada kenangan yang akan jadi lebih indah bila bersama keluarga. Yup. Family is number one... So, bayangkan perasaan sendiri bila ahli keluarga bertambah. Ko nak dapat anak baru pun excited kan apalagi bila dapat anak buah dan ipar baru.

Memula, September 2013... Anakanda Muaz Amnan Bin Abdul Kamal telah selamat lahir ke dunia. Comel tau dia. Kecik cinonet ja masa lahir. Sekali masuk sebulan dah bolat gemuk! Hikhik.. Ne anak kedua kakak saya yang sulong a.k.a Maklong Insyirah. Kami mengandung sama-sama tahun ne. Tapi lepas keguguran dan preggy balik due saya ter extend ke 2014. Hehe. Kalau ikutkan cuma beza seminggu saja. Tak pe. At least mama tua diorang tak pening hikhik...  
Alhamdulillah lahir lagi seorang ulama kecil... Moga jadi khalifah Allah yang budiman dan beriman ya sayang..
 
 
Omei tak sayeeee..??!!

Then, Disember 2013... is Wedding Kak Eta! My second sister. Alhamdulillah. Bapa mama dapat menantu lagi. Daus pun ada geng baru lagi. Kecian tau dia sorang saja starring dalam family sebelum ne. Sekarang mereka dah berempat. Boleh start bertanding sapa paling hensom dan macho raya nanti kan.. hakhakhak!! Alhamdulillah. Segala yang baik belaka. Moga Allah terus pelihara kita.











Basically, all my 2013 moments is about family..family.. and family. Mungkin sebab saya sudah mula punya keluarga kecil sendiri.. kan.. 

Bila bercakap tentang azam, saya bukan antara individu yang petah bercakap, bijak memikir.. risau tak tertunai. Namun, impian ada.. tetap ada. Segala yang baik-baik saja. Tapi, apa yang Allah takdirkan itulah yang terbaik InsyaAllah. Yang pasti segala niat LillahiTaala... Cukup saya simpan dan usaha ya.. =)

Siapa pun kita, apapun azam kita, jangan lupa niatkan ia ke jalan Allah. Dapat redha Allah adalah kejayaan yang hakiki.. Bukan pengiktirafan dunia dan manusia semata-mata... ok

~~ Oh ya , by the way (spiking london konon!) 2013 juga adalah tahun saya join biz SHAKLEE!! best dan enjoy. Ramai dapat kawan. Banyak dapat ilmu... Sendiri consume Shaklee pun rasa makin sihat.. Disamping ma$$$$yukkk juga... Alhamdulillah.. Nak join grup kitorang ble contact saya ya (sempat lagi) = 014 869 8809


Sekadar berkongsi,
Ikhlas dari..
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror