Saturday, April 13, 2013

Hujung minggu yg indah...

Assalammualaikum

Hujung minggu yang indah buat saya, abi dan Insyirah...
Kami memulakannya dengan mengemas rumah.. Ahaaa.. mengemas satu rumah... Abi juga tolong saya.. Di aoffer diri mengemas sudut meja studynya.. Yeayyy!!! Mudah kerja saya...

Abi juga offer diri nak cuci toilet... Bestnyaaaa...
Insyirah..?? Hehe
Waktu saya update entry ne, dia tengah main-main sendiri..
Kami baru habis mengemas... Insyirah tengah tolak strollernya dari ruang tamu ke dapur. 
Hehe.. comelll!! Padahal kalau jalan-jalan dia tak mau dah masuk dalam stroller..

Ne.. Projek awal pagi.. Cuci dan jemur kain, buat breakfast, Sapu dan mop + kemas-kemas.. + pindah barang.. Semua la... Heheh



**********

Ne aktiviti si kecil. Tengah kejar abi dalam bilik. Waktu mengemas sempat lagi diorang main kejar-kejar..
Alamak! Nampak dah betapa bersepahnya ruang tamu sebeum kemas. Insyirah macam tu la.. tengok tv atau main suka sambil baring. Nak lebih santai letak tilam.. Dah tu, umi abi join sekali.. Hoho..




**********

Kemas tak..?
Sebelum ne tak gini.. Bersepah. Ne abi yang kemas. Rajin kan dia.. 
Sudah namanya meja study abi.. Banyak pindah buku yang tak pakai dalam rak di bilik. 
Abi dah masuk sem 2, InsyaAllah akan lebih dihimpit dengan tugasan yang lebih.. Kerja + Study. Sekarang pun dah bizi buat tesis.. 
Siang keja.. Malam study.. Itupun tak setiap malam abi dapat buka buku.. 
Kesian..
Moga Allah mudahkan..
Umi dan Insyirah sokong dari belakang..
InsyaAllah kami cuba bantu sedaya upaya untuk mudahkan kerja abi...

Caiyo-caiyo abi...!!! (insyirah version)


***********


Ini budak baru baik dari demam.. Alhamdulillah, walaupun tak sepenuhnya..
masih batuk dan kadang-kadang, waktu malam badan panas juga..
Sekarang dah mula aktif balik..
Tengok dia dah kurus kan..

Insyirah waktu ne khusyuk tengok rancangan WHIZ KIDS di chnel Al-Hijrah.. 
Bagus rancangan tu.. Budak-budak nursery/ tadika diajar ilmu-ilmu agama..
Ada yang dah hafal banyak hadis nabi, baca surah-surah dalam Al-Quran..
Kata Orang, melentur buluh biarlah dari rebungnya..
InsyaAllah, saya yakin semua ibu bapa tengah berusaha kan..

Tak begerak langsung dia dari depan tv, risau saja saya kena rosak mata.. macam uminya
err.. Nauzubillah..


Abi waktu ne tengah rehat.. Penat katanya.. 
Jam 1 nanti ada kenduri di rumah saudara.. Saya dan Insyirah dirumah saja..
Abi saja pegi.. Jadi biarlah dia rehat..

Rindu akan hujung minggu..
Waktu ne saja boleh buat banyak aktiviti bersama keluarga..
Teringin nak besarkan keluarga lagi..
InsyaAllah.. Segalanya bergantung pada takdir Allah, selain kena berusaha dan doa..

Emm.. next entry InsyaAllah saya nak share pasal penyusuan Insyirah..
Saya dah berhenti mengepam lebih 3 bulan..
Dan sekarang..?
Mestilah pam balik, nak top up bekalan susu untuk Insyirah kan..
InsyaAllah, saya akan share pengalaman...

Err.. kuantiti susu dah tak banyak, tapi boleh diusahakan untuk jadi 'cukup'... In Shaa Allah!!!


Salam Sayang..

Tuesday, April 9, 2013

semakin lurus "cakap" semakin tak faham "makna"

Assalammualaikum

Saya bercuti hari ne, Insyirah masih demam.. 
Kesian dia.. makan tak mau, main pun tak mau.. makan ubat apatah lagi.. Dia cuma mau bergayut di badan umi.. Menyusu dengan umi.. Pakai botol pun dia tak mau da.. 

Kalau kemarin saya minta izin dari bos untuk masuk lewat sebab saya kena jaga Insyirah ganti dengan abi tengahari. Tapi hari ne pula saya ambil cuti untuk jaga anak tersayang. Waktu demam macam ne, tak boleh la hantar anak ke taska. Karang berjangkit satu taska, kesian budak-budak. Tambah lagi Insyirah ne kalau sakit manjanya berganda-ganda..

Saya rasa damai saja berada dirumah.. Walau bersama anak yang sakit, memang bukan mudah. Tapi satu perkara yang buat saya sedar.. Biar Insyirah sakit.. Dia manja.. Tak nak lepas dari bergayut di badan saya walaupun sekejap.. Kadang-kadang dia menangis tak tau punca.. Bila peluk erat-erat baru diam.. Makan ubat, nasi, bubur dan roti pun dia tak mau.. Ada kala, kita jadi bingung dan risau, Sebab dia masih tak boleh bagitau apa yang dia rasa dan apa sebenarnya yang dia mau..

Dan itulah hakikatnya.. 
Insyirah hanya kanak-kanak yang umur setahun cuma.. Saya resah dan bingung mahu memenuhi keinginannya.. Tapi itu semua tidak membuatkan saya penat dan sakit hati, kerana dia anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.. Dan dia anak saya.. hehe Satu hari dirumah buat saya rindu untuk duduk berhari-hari lagi.. Biarlah berhadapan dengan karenah anak yang begitu, sekurang-kurangnya saya berpeluang memahami Insyirah dengan lebih dalam...

Esok.. Kalau Insyirah sudah sihat, saya pasti ke pejabat..
Kalau di pejabat, saya sudah tidak berhadapan dengan anak kecil.. Tapi.. ada waktunya saya berhadapan dengan 'karenah anak kecil' daripada orang yang dewasa.. Errr.. apakah?

Emm... ada waktu, Allah akan uji kita berhadapan dengan individu yang "banyak umurnya" tapi tidak banyak fikirnya... Dan begitu jugalah sebaliknya..
Ujian Allah kena hadapi, bagaimana kita mengahadapinya itulah menunjukkan iman yang berbaki di hati... Tenagnlah jiwa, lapanglah dada... ^_^

Kita semua pernah kecil, pernah jadi bayi sebelum menongkah arus kehidupan di alam 'dewasa'.. Namun, makin lurus cakap makin payah untuk kita mengerti maksudnya...

Kanak-kanak yang baru mula belajar bercakap tak kan lurus ayat dengan mudah.. kan? Insyirah.. contohnya.. Kalau dia sebut "abba" saja maksudnya dia panggil abi.. Tengok, saya dah faham.. hehe Bila dia sebut "bas" sambil tunjuk siling, maksudnya kipas... Dia dah mula mengenal objek dan nak sebut apa yang dia biasa nampak.. 

Biasanya anak-anak tidak ada maksud yang tersirat dalam cakap dan perbuatannya... Walaupun pada hakikatnya.. cakapnya tidak lurus, langkahnya pun kadang-kadang masih huyung hayang.. 

Namun, orang dewasa..? 
Orang dewasa, setiap patah perkataan yang disebut pasti lurus dan jelas untuk sampaikan satu ayat... =) Tapi tidak semua mereka suka menyampaikan maksud daripada perkataan dan ayat itu dengan jelas.. Kadang-kadang ia punya maksud tersirat yang payah kita rungkai... Apatah lagi bila dewasa, kita sudah punya aqal untuk berfikir, punya Qalbu untuk merasa... Hati bekerja, berdasarkan aqal.. Andai aqal atau minda kita mula menafsirkan suatu perkara atau maksud yang negatif daripada ayat yang disampaikan.. maka tidak mustahil hati kita juga mudah bersalah sangka..

*******
Saya terfikir, suatu hari.. Insyirah juga akan dewasa... Hari ini juga adalah perjalanan usianya menuju ke alam dewasa..
Adakah nanti.. saya juga akan sukar untuk memahami apa yang bakal dia katakan.. yang ingin dia sampaikan..? Bila.. dia sudah mampu menggunakan aqal untuk berfikir.. mampu menggunakan hati untuk merasa...? 
Allahurabbi... janganlah dia terasa hati dengan uminya dengan perkara yang tidak baik satu hari nanti walau itu tidak mustahil untuk terjadi...

*******
Semua ini menyedarkan saya untuk jadi pendidik yang terbaik buat anak-anak... Bagaimana untuk saya terangkan pada mereka, kenapa mereka dihantar ke taska di awal usia 4 bulan.. dan bukan saya yang menjaga mereka sendiri sedangkan saya uminya..

Hanya itu satu-satunya soalan yang bermain di minda saya tika saya membayangkan bila Insyirah dewasa nanti.. dan apakah akan ada soalan lain yang diluar kebolehan saya untuk menerangkan padanya kelak.. Naudhubillah..

Moga Allah sentiasa pelihara kamu anak-anakku... Berfikirlah sebijak-bijak pemikir yang mana hati kamu mampu berlapang dada dan menerima setiap perkara dengan "rasa" yang positif...

*******
Saat saya menaip entry ini, Insyirah baru saja saya tidurkan... 
Sedari kemarin, dia tidak mahu makan.. Dan hari ini saya sedaya upaya mahu masukkan makanan dalam badannya.. Biarpun sedikit...
Badan Insyirah pun dah kurus.. kesian dia.. Langsung tiada tenaga nak main.. Dan Alhamdulillah, dia sudah mahu terima bubur pagi tadi.. walaupun sikit.. Saya cuba bagi makan lagi jam 11.30, Dia nak juga tapi tak habis.. Okelah, satu perkembangan yang baik..

Moga Insyirah cepat sembuh ya sayang.. =)
~~ Saya sempat jemur kain pagi tadi dan... Insyirah duduk diam depan pintu dapur sambil tengok saya menjemur tanpa menagis atau merengek.. Gud girl!

Salam sayang...
'UmmulInsyirah'

Tuesday, April 2, 2013

Di mana Allah di hati kita?

Assalammualaikum


Duhai hati, apa khabar niatmu? Wujudkah Allah dalam detik hati kita saat ini? Mari kita muhasabah.

Keikhlasan niat ada kuasa. Ia akan mencerahkan kefahaman kita tentang kasih sayang. Lalu, mampu meledakkan perpaduan yang luar biasa. Itu yang kita impikan. Insyallah.

- ustzh Fatimah Syarha-


Saya cuba sentiasa bermuhasabah diri agar sentiasa ikhlas dalam segala perbuatan. Saya insan biasa yang lemah dan punya banyak kekurangan.. Moga Allah pelihara saya.. InsyaAllah..

Moga saya sentiasa dijauhkan dari perasaan yang tidak baik dan niat hati yang tidak ikhlas...

Ameen.. (",)