ADAT BERKAWAN...
Ada
yang setia..
Ada
yang jujur..
Ada
yang ikhlas..
Ada
yang amanah..
Ada
yang sanggup berkorban...
Ada
yang bersama ketika suka dan duka..
Ada
yang munafik..
Ada
yang sanggup tikam belakang..
Ada
yang berkawan kerana untuk menggunakan kesempatan..
Ada
yang meninggalkan ketika susah..
Ada
yang datang ketika senang..
Macam-macam.. selari dengan asam garam kehidupan, namanya jua yang berteman
itu manusia biasa.. yang punya banyak kelemahan..
Namun, bagi kita yang sedar..
Untuk meneruskan perjalanan hidup, liku-liku yang mendatang memaksa kita
untuk membaca kehidupan.. makin jauh lembaran bacaan, makin fasih untuk kita
mentafsir liku kehidupan..
Bukan mudah untuk menemui ‘kawan’ yang baik, yang setia, jujur, ikhlas,
amanah, sanggup berkorban dan rela bersama-sama kita ketika susah dan senang..
Setiap manusia dibebani dengan kesusahan masing-masing. Setiap manusia juga
ada sikap dan kelemahan serta kelebihan masing-masing, Cuma dari diri kita
sendiri saja samaada mahu cuba menerima atau meninggalkan mereka kerana
kelemahan yang ada.. namun, andainya itu pilihan, bagaimana dengan diri kita?
Apakah kita tidak punya kelemahan yang mungkin juga kita tidak sedari tetapi
sikap kita itu sudah lama bertapak dimata hati teman kita.. dan sikap kita itu
juga mungkin membuatkan mereka tidak senang dan sesekali boleh menimbulkan
stres dalam diri si kawan..
Emmm.. kita berkawan sesama manusia biasa. Yang terlalu biasa disisi tuhan.
Semuanya sama saja. Tiada yang lebih istimewa melainkan mereka yang beriman.
Kita tidak berhak untuk merendahkan seseorang atas kelemahan yang ada dalam
diri masing-masing, sebaliknya berusahalah untuk memperbaiki diri sentiasa dan
sama-sama saling menasihati antara satu sama lain, seandainya ada di antara
kita telah melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi kesilapan di sisi agama.
Mengapa adakala, wujud resah gelisah di dalam hati dan timbul rasa kurang
senang terhadap rakan sejawat di tempat kerja..misalnya.. asalnya, kita memang tuhan kurniakan
sensitiviti jauh dalam sudut hati. Kita mudah memberi respon dan tindak balas
pada perbuatan yang tidak kena pada pandangan kita. Apabila seorang rakan
melakukan perkara yang bertentangan dengan penerimaan akal dan hati kita, maka
perasaan kurang senang, sakit hati atau marah juga boleh timbul. Bersabarlah duhai
peminjam hati, berdoalah pada tuhan yang satu agar diri kita berlapang dada dan
mudah-mudahan teman kita tadi mendapat petunjuk daripada Allah swt..
Berhentilah menuding jari.. sebaliknya telitilah diri... kita tidak
sepatutnya lekas melenting atau marah sehingga menjejaskan hubungan kita dengan
orang lain. Sebaliknya, rasionallah dalam berfikir dan bertimbang rasalah dalam
memberikan respon kepada mereka, yang mungkin tidak berniat untuk menyakiti
atau mungkin sudah sedia kita fahami tabiat dan kelemahan rakan kita itu.
Jom.. kita manfaatkan perkongsian dalam TIPS
MENCARI TEMAN BAIK..
Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada
menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”
Syarat-syaratnya ialah:
1. Orang yang
berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.
2. Baik dari
segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan
buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.
3. Orang yang
soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa
mengekalkan dosa yang besar dan kecil.
4. Jangan
berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di
sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika
berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5. Orang yang
benar perkataannya: Janganlah suka berkawan dengan orang yang
suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan
dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.
Sumber :
dari hujung pena Ustzh. Fatimah Syarha
Sesungguhnya, nabi pernah berpesan “seseorang
berada di atas agama kawannya”
Kita mudah terpengaruh dan terkesan dengan gaya hidup seseorang, lebih-lebih lagi mereka yang menjadi pendamping kita iaitu teman rapat. Maka berkawanlah dengan Hamba Allah yang hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah swt semata-mata...
Untuk kesucian diri, hati dan Aqal.. wallahualam...
No comments:
Post a Comment
what do you think?