Tuesday, August 25, 2009

PENGHAYATAN KASIH

Penghayatan kasih mesti sebati
Dalam nurani mukmin sejati
Kasih kepada yang maha mengasihi
seikhlas hati yang suci murni
jangan dibibir bermadah syahdu
sedangkan kalbu kemarau rindu
basahilah jiwa dengan bertasbih
buktikanlah kasih kepada kekasih
bahagia derita silih berganti
kerana Dia gemar menguji..
jangan sedetik merasa sangsi
bersihlah diri seputih salji…
tiada ternilai nikmat kasihNyA
Bagai luasnya hamparan samudera…
Syukuri nikmat yang diterima
Tandanya kasih teguh membara…

ORIGINAL by FARKHANS ALI

1 comment:

  1. Wah bulih than jua ia ni bh...jiwang pla kn hahahha..andng bh jua jiwang kan hahaha...rjin2 lah masul blog kmii tu ar...

    ReplyDelete

what do you think?