Tuesday, August 25, 2009

DOA DINIHARI

Dalam sujudku…
Di dinihari…
hamba bermohon kepada Tuhan…
Agar kiranya…
Allah memberi
Kasih dan saying padamu Tuan…
Semoga Alllah lanjutkan usia
Beserta sanak dan keluarga
Jadilah tuan umpama telaga
Penawar haus rakyat jelata…
Semoga hidupmu membawa tuah
Penuh faedah serta berguna
Laksana pohon lebat berbuah
Ribuan harap orang tak punya
Semoga jasamu
Akan menjadi kenangan indah
Dihati rakyat
Bukti baktimu
Kekal abadi
Jadi ingatan sepanjang hayat..
Walaupun badai silih berganti
Biarpun ombak datang menghempas
Doa untukmu Tuan
Takkan berhenti..
Mohonku tetap tidak terebah

Tidakkan kurang dalam sukatan
Tidakkan susut dalam timbangan
Inilah doaku untukmu tuan
Pintaku pada yang maha kuasa
Jauh segala macam gangguan
Hidup bahagia sepanjang masa


DATU'PROFESOR AHMAD BAKI

CINTAKU

Kutempuh segala penderitaan
Bersama air mata kerinduan
Ku mohon ampun dan keredhaan
Dan kasih sayangMU oh Tuhan…
Walau engkau putuskan
cintaku berkeping-keping
namun hati ini tidak akan
berpaling pada yang lain
ampuni hamba yang papa
berilah jiwaku tenang
andai pernah ku durhaka
namun sesaat ku terkenang
tiada lain pintaku dalam sujudku padaMu
jangan padamkan cintaku hingga saat bertemu…
oh tuhan yang maha kaya
daku mohon padamu
beri setitis cahaya untuk pedoman hidupku…



DATO' PROFESOR AHMAD BAKI'

PENGHAYATAN KASIH

Penghayatan kasih mesti sebati
Dalam nurani mukmin sejati
Kasih kepada yang maha mengasihi
seikhlas hati yang suci murni
jangan dibibir bermadah syahdu
sedangkan kalbu kemarau rindu
basahilah jiwa dengan bertasbih
buktikanlah kasih kepada kekasih
bahagia derita silih berganti
kerana Dia gemar menguji..
jangan sedetik merasa sangsi
bersihlah diri seputih salji…
tiada ternilai nikmat kasihNyA
Bagai luasnya hamparan samudera…
Syukuri nikmat yang diterima
Tandanya kasih teguh membara…

ORIGINAL by FARKHANS ALI