Tuesday, November 25, 2014

Parents, dont judge!

Situasi 1
Seorang anak kecil menangis tak tahu punca dalam satu majlis keramaian. Tantrum mungkin. Ibu mula buntu. Kerana mahu memujuk anak yang tantrum di hadapan orang ramai bukanlah mudah. Dibawa ke tempat sunyi yang tidak ramai orang si anak perintah minta bawa ke tempat ramai orang pula. Bila dihadapan ramai orang tantrumnya makin menjadi.
 
Situasi 2
Sepasang suami isteri muda yang memerhati dari tadi mula bersangka sangka. Tanpa mengkaji, cerita yang mengikut sangkaan sendiri disebar ke serata.. "ish mak budak tu pukul anak dia. Kesian budak tu kecik lagi". Maka ramailah yang menyangka si ibu yang menyakiti si anak.
 
Situasi 3
Pasangan tersebut pula cuba menegur si ibu dengan keras agar jangan menyakiti anak itu. Mereka juga cuba mengajar ibu tersebut bahawa memukul anak adalah perbuatan salah dan tidak patut kerana mereka hanya lah anak kecil yang tidak mengerti apa apa. Si ibu cuma diam kerana malas hendak jelaskan panjang lebar.
 
Situasi 4
Pasangan suami isteri tadi datang ke majlis tersebut dengan 4 orang anak. Ketika si isteri ke tandas, Keempat2 anak itu berlari sana sini dan sukar dikawal. Akhirnya kerana terlalu buntu dan semakin berang si bapa tadi memukul salah seorang anaknya elalu menangis teresak esak.
 
Situasi 5
Sementara apa yang berlaku ditandas, si isteri bertemu dengan kawan lama lalu membuka cerita buruk tentang ibu pukul anak tadi tanpa mengetahui apa yang berlaku pada suami dan anaknya diluar.
 
Moral : Adalah lebih mulia jika kita cuba teliti kekurangan sendiri dalam mendidik anak anak dan disiplin diri. Perbetulkan kesilapan, bersyukur dengan nikmat Allah dalam urusan keluarga yang mudah dan berhentilah bercakap tentang kekurangan ibu bapa lain.