Bila kita merasakan kita tidak pernah wujud di hati
siapa-siapa...
Ketahuilah, keluargamu menyayangi mu....
Kau bakal ada permata hati yang akan membelah sunyimu..
Dan yang paling penting, Tuhanmu sentiasa ada disisimu...
Fahamilah duhai hati yang terlalu mudah menjauh...
Dunia ini hanya sementara.. yang hanya menjanjikan
mimpi-mimpi kosong yang tak kan ke mana..
Berlapang dadalah untuk menerima apa jua ujian..
Ada hikmahnya mengapa Allah mengujimu dengan dugaan
sedemikian...
Dengan keadaanmu sekarang, memang terlalu mudah hati itu
terusik..
Sedarlah hati, jangan kau membenci..
Binalah ukhwah kerana Allah.. jangan mudah kau turutkan
kata hati..
Kelak kau akan mati...
Muhasabahlah dirimu.. tiada yang sempurna disisi
tuhanmu..
Tiada yang akan kekal abadi di dunia yang fana ini..
Untuk apa kau kesali pada perkara yang tiada faedahnya..
Untuk apa kau bersedih pada hal yang hanya menjunamkanmu
ke lembah kemurungan
Untuk apa kau peduli pada cerita yang mendorongmu pada
dendam yang tiada hujungnya..
Kembalilah pada agama dan tuhanmu..
Pasti kau kan beroleh kelapangan hati, jiwa dan minda..
Positifkanlah fikiranmu, juga hatimu..
Hargailah setiap apa
yang ada disisimu...dan juga setiap apa yang telah berlaku..
Kerana Allah menjanjikan hikmah terbaik untuk hamba yang
REDHA...