Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Tiada aqal sebijak takdir : Adik belum nak lahir!!

Assalammualaikum


Pejam celik, pejam celik..
Wahhhh!!! kandungan dah masuk 39 week 6 day! Mengapakah belum bersalin lagi..?! hikhik...

Allah.. Syukur saya masih dikurniakan kekuatan dan kudrat oleh Allah swt untuk membawa baby adik dalam perut ne haaa.. Makin hari makin jatuh ke bawah, makin hari makin membesar. Huhu..

Bila ikut estimated due saya adalah esok. 7 Febuari 2014. So, menyempat lagi ke pejabat hari ne, taip belog! Hehe...
Kalau ikut scan since dari kandungan masuk 36 week haritu, doktor expect awal tau. Dia target dalam seminggu selepas scan haritu. Mean, dalam 37 week plus plus maybe dah boleh bersalin. Doktor yakin akan turun tanda da waktu tu. Sebabnya, uri dah nampak matang sangat. Saya tak pandai tengok, tapi bila doktor tunjuk n bagitau kriteria yang uri tu dah matang, oke faham.. memang dah kembang dah. Hehe. Then, doktor buat CTG. Nak tengok pergerakan jantung baby n kekerapan contraction. Memang dia expect tak lama lagi sebab bacaan tu nampak bby aktif dan asyik mngeras saja.

Namun....

Sebijak bijak aqal manusia dengan kajian ilmu sains di dada tidak mampu menjadi lebih bijak dari takdir Allah. Biar canggih mana pun mesin scan n CTG hospital tu kan. Hehe...

Dan...
Tadaaaaaa....

 

Siapa sangka, saya masih jalan-jalan ke 1 Borneo dengan perut boyot berusia 39 minggu dan masih kuat angkat Insyirah hehe..
Malah saya masih sempat bawa perut ne ke Majlis kenduri Aqiqah anak kawan saya lagi tau!.

Allah saja yang tau, bila waktunya adik Insyirah ne nak keluar jumpa umi abi dan kakaknya...

Di pejabat, jumpa siapa-siapa saja mesti dapat soalan yang sama.. dan statement yang serupa.

"Aik, tak beranak-beranak lagi..?!"
"Eh bila due?"
"Laaaa.. ada lagi, bila la nak bersalin ne..?"

10 kali jumpa 10 kali ulang benda sama..

Sejujurnya kengkadang saya agak rimas juga. Tapi berlapang dada sajalah.. Macamlah dorang tak pernah beranak kan.. hehe Manusia memang camtu. Tak apalah, sampai hari ne semua tu dah imune! mencik ah nak simpan sakit hati. Karang stress tak pasal-pasal lagi ganggu hidup aku! hehe...

Estimated due saya ialah 7 Febuari 2014. Entry ne ditaip sehari sebelum due. Bila Allah takdirkan saya bersalin esok, atau mungkin malam ne... Bersalin lah tu. Kalau overdue pun, tak apalah. Janji semuanya berjalan lancar. Baby selamat dan sihat. Saya hanya harap agar segalanya Allah mudahkan. Cepat atau lambat tu bonus saja.. kan!

Berbeza dengan Insyirah dulu, segalanya tak dirancang. Nak kuar tetiba saja bagi umi tanda 7 hari awal. Hehe. Alhamdulillah kelahirannya cukup mudah dan sekejap. Kali ne, Allahualam... Moga dimudahkan jua..

Apa saja yang Allah swt takdirkan berlaku mesti beserta hikmah. Cuma dari kita saja macam mana mau menerimanya. Saya sebenarnya berdebar juga. Macam-macam dalam fikiran. Macam mana baby lahir nanti. Sakitnya sama ke macam waktu Insyirah dulu. Saya dah tak ingat huhu. Yang saya tau memang sakit.. Wuuuu..
Then, fikir kejadian after deliver lagi. Macam mana nak handle Insyirah dan adik sekali. Kena pula nanti bila Insyirah nak menyusu saya. Dan dalam masa yang sama adik pula nak susu. Usia Insyirah sekarang pula sangat suka perhatian. Macam mana kalau tengah adik perlu diberi perhatian then Insyirah pula tagih simpati. Wahhhh.. agaknya sebab terlampau fikir semua ne la bagi effect lambat bersalin. Haha... Ya ka??!! Ntah!

 

Bila Insyirah menyusu saya, dia dah mula pandai kenalkan diri dia dengan adik. Sambil menyusu sambil usap perut umi. Then, cakap sekejap.. "adik, ini kakak iyah" (sambil tekap tangan ke dada) So suwitttttt!!!! hehe. Pandai dah dia. Saya selalu cakap dengan Insyirah. "Mari gosok perut umi, dalam ne ada adik, Iyah bawala adik cerita" . Mungkin sebab tu dia terdorong untuk buat gitu. Bawa adik cerita dan memulakannya dengan memperkenalkan diri.

Sebak tau.
Adik belum lahir lagi, saya dah pesan Insyirah macam macam. Mengada betul umi ne. Haha..

"Iyah, nanti bila adik lahir Iyah jangan manja tau"
"Iyah, bila adik da keluar nanti kena tolong umi jaga adik tau"
"Iyah, bila da ada adik nanti tak yah da nenen umi k" (yang ne dia geleng lajuuuuu..!!)

Kesian sungguh Insyirah yang masih kecil. Adik pula nanti macam mana?

Cannot imagine lebih lebih. Serahkan semuanya pada yang Esa. Allah ada. Mesti ada cara dan hikmahnya. Huhu...

Kawan-kawan, saya masih menghitung hari ne.. Doakan agar kelahiran kedua ini berjalan lancar dan dimudahkan ya.. InsyaAllah.

Agaknya best kut duduk dalam womb ne.. adik suka dengar bunyi jantung umi.. Tu yang belum nak kuar.. hehe..




Salam Sayang,
Ummu Al-Insyirah

Monday, December 9, 2013

Second Pregnancy Sharing (week 31 & 6 days)

Assalammualaikum

Woott..Woott... Hehe
Kejap ada kejap tak ada plak ummi Insyirah ne. Seriously, rindu ah ngan blog!!!. Cuma tak menang tangan nak hadap semua. Yaloh! mana nak buat kerja opis, kerja rumah, melayan karenah Insyirahku sayang, abinya lagi (hikhik).. Nak layan sakit satu badan.. (kaw kaw penangan pregnant anak kedua). Biasalah kawan, family titeww baru nak berkembang. Bukan tiada masa. Masa ada, tapi kena cari dan bagi-bagikan untuk yang paling utama dan aktiviti sampingan. Selalu online insta n fb saja tu pun sekejap-sekejap... Lepas uplod, tutup. Hehe...


Sebelum melahirkan, nak juga share dalam "Al-Insyirahsite" ne kenangan dan pengalaman mengandung baby adik dan menghadapi karenah Insyirah. Nanti, Insyirah dan adik dah besar boleh baca. Weeee.. (excited!) Dulu, blog ne saya namakan dia "a walk to remember". Sebab dah macam diary saya. Dah jadi medium untuk mengingati satu-satu kenangan, dan kejadian. Ntah!! dari dulu suka buat gitu.. Kalau tym skolah suka tulis diary.. Sekarang layan blog kau! haha... Bila Insyirah lahir, teringin ah nak guna nama anak hewhew.. Naluri keibuan datang tiba-tiba konon!

Okep! Waktu blog ne saya karang baby adik dah duduk dalam perut umi selama 31 minggu 6 hari. Wow! 57 days to go.. 9 minggu lagi. dup dap dup dap!! Walaupun pengalaman kedua. Orang cakap pengalaman mengandung satu-satu anak dan satu-satu kelahiran tak sama. Moga Allah mudahkan jua untuk kali ini. Dan.. memang pengalaman mengandung untuk kali kedua jauh beza dengan sebelum ne. 



First, awal preggy hari tu saya dah alami alahan yang jauh lagi teruk dari yang pertama. Sakit kepala, demam sampai ambil MC seminggu. Kau pernah?! huhu.. Masuk 6 bulan, alhamdulillah pulih sepenuhnya. Makan pun kuat. Tapi saya alami sakit pinggang yang agak teruk juga. Rasanya waktu pregnant Insyirah haritu, sakit pinggang cuma rasa masa nak beranak jeww.. huhu 

Ujian yang paling ketara bila berhadapan dengan emosi. Bukan mudah, nak kawal emosi tau, walaupun kita tau yang marah-marah, murung-murung, moody-moody tu tak bagus. Hehe Kadang-kadang, nak lawan perasaan tu sampai nangis. Mengandung di saat anak pertama masih perlukan perhatian adalah suatu pengalaman yang cukup mencabar. Ya! sudah rasa baru faham susahnya mama nak besarkan kami beradik yang "berjurut" dan "bergurutan" membesar bersama haha.. Saya ada 7 beradik yang umur sebaya-sebaya ok! 

Sekarang Insyirah dah masuk setahun 8 bulan. Masih kecil. Waktu-waktu beginilah dia suka perhatian. Suka bercerita hanya untuk tarik perhatian. Kesiannnn... Kadang-kadang, cara dia tarik perhatian tak sama. Ada masa dia akan bercerita, menyanyi dan menghibur. Ada masa dia akan buat perkara yang mungkin boleh datangkan kemarahan. Tu yang kena kawal. Mereka mungkin suka buang barang, tumpahkan air, makanan, sepahkan bilik dan macam-macam lagi. Semua tu semata-mata nak tarik perhatian kita. Abi selalu cakap, "budak-budak cuma kecil sekali, esok dah besar tak perlukan kita dah". Tu yang sebak tu. Bila lagi nak manjakan dorang kalau bukan waktu begini. Sedangkan nabi tak pernah marahkan anaknya sehingga usia 7 tahun. 



Memang, Insyirah mula manja dan sukakan perhatian sekarang. 

Sebak tau bila ingat karenah Insyirah bila saya dalam perjalanan pegi balik ofis. Tula waktu saya mengelamun. Kadang-kadang sampai tumpah air mata senyap-senyap. Hikhik. Sssshhh.. jangan cerita dengan orang erkk.. !! heeee...

Waktu mengandung ne, kadang-kadang saya nak rehat banyak. Nak luruskan belakang la, nak urut la.. hehe.. Nak tenangkan fikiran la... Semua nak senang lah katakan. Tapi waktu tu semua adalah waktu yang sama Insyirah nakkan perhatian. Kesiannn kan.. Saya tak boleh nak abaikan. Insyirah dah sehari dengan cikgu dan kawan-kawan. Tak nampak muka umi dan abi. Takkan saya sanggup tak nak peduli. Bila ingat alunan suara dia yang manja minta "ngempeng" aduiii rasa nak menangis... Dahlah sehari tak merasa.. huhu! Biarlah penat, biarlah sakit, janji.. Insyirah tidak merasa dia diabaikan... Walaupun kadang-kadang umi dah macam tak boleh.. Syukur ada abi... Abi baik! Banyak tolong... Huhu.. Nak nanges ne.. boleh??!! Banyak jasa abi dalam menenangkan dan mempositifkan fikiran umi... Abi cakap, jangan tinggal baca Quran sehari... even ada vitamin shaklee pun, makanan ruhani perlu ada... Ya! waktu stress g ambil wuduk buka Quran... Baca! Biar kuar airmata... Allah akan pimpin pada "jalan yang lurus".

Promote jap.. Vitamin B-COMPLEX SHAKLEE juga bantu saya dalam elakkan stress selama mengandung. Alhamdulillah, pertama kali merasa keadaan begini tak adalah sampai nak lompat keluar tingkap kan.. hahaha.. 

Beza dengan pengalaman pertama kali menagndung. Rasa berat pada perut je.. Emosi kurang. Agaknyalah kan.. hehe. Setiap pengalaman tu berbeza. Tapi, sejujurnya semua saya hargai. Semuanya ujian beserta nikmat. InsyaAllah. Ne baru pengalaman mengandung kali kedua. Belum pengalaman menimang cahaya mata kedua pula. Tunggulah baby adik lahir nanti sambung cerita kay!

Kawan-kawan..
If you think being pregnant and having a baby besttt je.. bahagiaaa je.. indahhhh je.. sebenarnya baguslah pemikiran yang agak optimistik. Tapi kena ingat juga, best tu, bahagia itu dan keindahan itu juga diiringi dengan ujian, kesakitan, dan tarbiah dari Allah. Anak itu amanah. Setiap hari jangan lupa minta petunjuk Allah, agar mendapat bimbinganNYA, bagaimana untuk kita mendidik dan membentuk amanahNYA itu. Ia bukan mudah.. Rupanya! Ya, saya baru faham sebab saya baru jadi ibu. Andai usia masih panjang maka panjang lagi lah perjalanan sebagai ibu yang kena ditempuh. Huh! kena get ready!!


Bila baca blog ne, tak semestinya korang kena setting minda.. "ah tak nak la mengandung dulu".. or "kalau gini tunggu baby umur 10 taun baru preggy balik" jangannn!!! Itu bukan tujuan saya share cerita ne. Jangan anggap perkongsian ini membawa makna seperti "susahnya mengandung anak kedua bila ada anak kecil" Tidak sekali-kali... hehe. I just wana share with u, pengalaman mengandung yang berlainan, first lain ragam, second pula lain ragamnya.  Saya tak pernah terfikir yang mengandung untuk kali kedua ini sukar dan menyakitkan. Tidak! Malah bersyukur, dan berterima kasih pada Allah swt atas peluang, dan pengalaman yang TERLALU BERHARGA ini.... Now, i can feel what every moms think about their love one! Apa yang ibu-ibu mahu untuk anak-anak mereka. Rugi ko tak merasa.. hehe

Sebab tu saya rakamkan perasaan ini dalam blog kesayangan ne.. ecewah!
Satu hari bila Insyirah baca blog umi, jadilah pemikir yang tidak mensia-siakan setiap ilmu Allah di dunia untuk bekalan ke akhirat...

Oke, aikkk!! ko dah menguap baca blog mak yong??!! sampai hatiiii..
oke laa.. oke laa... mak yong stop disini dulu.... Daaaaaa...

Salam alaik..


With Love,
Ummu Al-Insyirah

Monday, September 23, 2013

breastfeeding motivation for working mama!!

Assalammualaikum

Saya bukan peer counselor for malaysian breastfeeding..
Tapi sekadar mau berkongsi ilmu yg terrrrlalu cetek ini...
Saya juga ibu baru
Anak pun baru satu...
sharing mean is caring kan...

Saya dah breastfeed Insyirah selama setahun 6 bulan... (6 month to go) Suatu perjalanan yang cukup indah, dihiasi dengan pelbagai ujian serta cabaran, memori suka dan duka, air mata, keringat semua bertemu dalam satu perjalanan masa... Bukan mudah, tapi insyaAllah ia juga tidak susah selagi mana kita punya niat, impian, tekad dan usaha.. kan. Namun, Allah maha sebaik-baik perancang. Bila ditakdirkan mengandung, untuk kali ke tiga, doktor nasihat stop pumping. Sebab miscarriage history masa 2nd preggy haritu. So sekarang kena fikir sendiri punya badan dulu untuk make sure saya boleh jaga Insyirah dan janin yang dikandung... Alhamdulillah, Allah masih izinkan saya breastfeed Insyirah secara direct sehingga saat ini...

Sedih tau.. stop pumping untuk buat stok. Awal2 preggy syukur stok masih banyak boleh cover penyusuan Insyirah di taska.. dan sekarang, stok tinggal sikit dan nak habis... wuwuwu.. saya redha! Syukur, Insyirah dah berusia setahun ke atas, sudah mula banyak makan dan aktif.. Jadi menyusu bukan aktiviti utamanya lagi. Kalau dulu hantar EBM ke taska 6 botol sehari. Sekarang hantar 5 botol pun kadang tak habis. Sebab dia kuat makan. Belum lagi kalau aktif main dengan kawan.

Sedih tengok freezer, hampir tak ada dah botol-botol susu perahan huhu..

Maka dari kesedihan itulah, saya nekad nak berkongsi perjalanan penyusuan selama setahun 6 bulan, dan menyuntik semangat ibu-ibu sekalian agar tidak mengalahhhh.. yeahhh.. so saya pun bole meredakan kesedihan yang bertarung dalam jiwa saat ini.. cewah!! (dah kenapa??!!)

Kalian tau tak sebelum ini saya mampu kumpul susu sehari sebanyak 35 hingga 40 oz? dan di pejabat sebanyak 4x pump saya mampu bawa balik 20 - 25 oz? seminggu 250 hingga 280 oz dan sebulan 800 ke 1200 oz???!!!  haaa.. nononono.. itu bukan bertujuan untuk menunjuk, membangga.. meriak, menyombong dan mengangkuh!!! tidakkkk!! (jangan nak membongak kat sini! bak kata nabil!) dont get me wrong darlingsss.. ehhehe jumlah itu terlalu sedikit bagi ibu-ibu yang dah beranak pinak dan breastfeed hingga anak mereka berusia 2 tahun dan lebih.. dan itu belum masuk jumlah susu yang tumpah, titik keringat yang mengalir.. ecececeh.. (memang kuat menceceh kan.. hikhik)

now, are u inspired? (perasan!.. namun itulah tujuan.. sila kobarkan semangat anda ok!)

Nak tau camana saya susun jadual penyusuan Insyirah? 

1) Sehari saya akan pastikan jadual saya memerah sebanyak 8x.. ya jangan terkejut.. ko kena bangun seawal jam 3 pagi.. ok.. boleh start dah esok.

Jangan susah hati.. masa pantang boleh start pumping seawal 3 hari pantang. Seriously, waktu tu macam kuar angin je.. hikhik. Jangan mengalah.. biar pun hanya keluar angin, just pastikan breast kita dapat rangsangan and mesej untuk produs susu..k. Dulu, Insyirah memang bangun tengah malam untuk menyusu so, waktu tu la buat tandem nursing. Sebelah pumping dan sebelah lagi bf anak.. InsyaAllah after 2, 3 hari mesti kuantiti bertambah.. dan bertambah.. dan stok menggunung...

2) 8x pam macam terlampau extreme? so, buat jadual...
Inilah kenangan yang akan saya guna balik next year.. InsyaAllah.. masih tersimpan rapi dalam pc lg.. korang boleh create sendiri lawa-lawa. Masukkan doodle baby ka.. pic anak ka.. terpulang..

InsyaAllah, tak susah. Bila ada jadual ne, automatik kita akan rasa terikat dan mesti pam untuk bubuh jumlah oz dalam jadual kita. Trust me, u will be automatically akan ikut jadual ne. InsyaAllah.


3) Jangan biar dirimu STRESS! Doktor cakap stress is paling jahat dengan wanita. Betul! Stress bole ganggu masa period wanita. Boleh gemukkan wanita. Boleh kuruskan wanita. (Saya kurus sebab genetik.. ok?) Boleh ganggu production susu. Breastfeeding ne mostly bergantung dengan sycology..


Gunakanlah apa-apa alternatif, simpan gambar anak ka, family ka... kata-kata hikmat ka.. atau apa-apa saja yang boleh naikkan semangat, hilangkan stress dan segala macam rasa yang tidak baik saat kita memerah.. kan..kan..
Seharian bekerja, berdepan dengan longgokan fail, panggilan telefon, karenah orang, karenah nelayan, arahan yang tak henti-henti dari mr. bos, memang boleh mendatangkan migrain sehinggalah membuat hati kita sakit dan akhirnya kita stress. Kan..kan.. Pastikan kita cool dulu, jangan kelam kabut, relax.. Nanti penat saja kita memerah dengan segala teknik bagai. Alih-alih tiada susu yang keluar. Sebab dia pun stress tengok kita stress. Akhirnya dibiarkan begitu sahaja breast yang membengkak.. K.. stay cool!
4) Kadang-kadang, kita akan diuji dengan kecemburuan masa. Saya sendiri akui, ada masa bila saya kena attend meeting, atau outstation, atau kerja yang terlalu banyak dan perlu siap cepat, saya jadi kelam kabut. Jadual memerah di pejabat 4x boleh terskip jadi 3x dan pernah hanya 2x. Bila dah macam tu, stok yang dibawa balik jadi sikit. Memang tak mampu 20 oz. So caranya... buat power pumping tengah malam. Boleh ganti balik stok selain susu pun tak merajuk. Nanti bila kita skip memerah, dia ingat tak perlu produce susu lagi kan.. Make sure jangan kerap skip masa pump.

Untuk pengetahuan kalian, saya bukan jenis yang pam sekali dapat banyak. Cuma saya kerap pam, balik-balik dan korban masa buat power pumping.. Lebih-lebih lagi bila dalam sehari terskip satu sesi perahan.. rugiii.. Saya sendiri pernah dapat 2 oz je pun bila sekali pam...



 5) Ada masa, bila dah terkejar-kejar, sampai waktu pam terskip2, memerah dalam keadaan kelam kabut, nak cepat siap saja.. dan kadang-kadang belum pun susu habis pam, kita dah stop, walhal breast masih berisi... ia boleh mengundang masalah lain pula.. contohnya, blocked duct/ milk duct/ duktus tersumbat... lebih kurang saja tu..
Haa.. time ne la, kita akan rasa sakit.. segala macam rasa dah mula datang. Sampai nangis-nangis, mula la fikir nak stop sebab macam sengsara saja rasanya... JANGAN!! memang sakit, tapi ada penyelesaiannya... tak tau masalah try google atau tanya otai.. ok. Do not give up kecuali bila korang ditakdirkan mengandung... hehe tu bukan soal give up ke tidak soalnya dah tiada pilihan.. ok.

6) Mungkin kesibukan masa juga akan buat kita give up. Breastfeed anak makan masa yang lama. Belum lagi nak spend time untuk memerah pula. Leceh! Kalian... pernah dengar tak cerita seorang PILOT berjaya susui anaknya secara eksklusif dengan susu ibu selama 2 tahun.. ?! cuba google mesti jumpa..  Haaaa... hardcore tak dia? korang yang mampu buat, tak jeles? pilihan di tangan anda... 


Be confident... 
Memang nampak macam susah dan leceh. Bila begini, kita fikir anak saja. Mesti maukan yang terbaik untuk mereka kan. Tapi jangan paksa diri. Jangan kata saya paksa.. Haaaa... kau! hehe.. Ibu-ibu berhak buat pilihan. Nak menyusukan anak tak lah semestinya buat full time. Tak mampu memerah, buat stok sekalipun, bagi lah anak menyusu sekurang-kurangnya, full 6 bulan, then selang seli malam dan siang.. Usaha..usaha... Inisiatif kena ada.. cewah!
(untuk mereka yang mahu)



Dulu masa first time buat sesi memerah di pejabat, saya selalu juga kena ejek. Bukan semua masyarakat boleh terima. Lebih-lebih lagi kita ne ibu-ibu baru. Tambahan lagi masa tu saya tak ada gengster ropol2 untuk bersama memerah.. hehe ilmu buat stok susu ne tak tersebar luas lagi di pejabat.. Saya tau pun sebab banyak google. Saya sorang saja kehulu ke hilir dengan cooler bag, belum masuk beg bawa gadget breastpump lagi.. Mbaahaha.. Tak best macam tu kau tau tak!! huh..
Ada yang cakap saya menyusah diri.. Ada yang lebih-lebih kesian.. (macehhh) Ada yang paksa letak gambir dekat nipple supaya anak tak kejar susu badan lagi (kejam!!) dan tidak kurang juga yang ejek saya nak jimat melampau-lampau sebab tak mampu beli susu... kuang..kuang..kuang..

Memang.. Jimat itu satu bonus bila kita tak payah beli2 susu ne.. Tapi itu bukanlah tujuan utama saya bagi susu badan sepenuhnya pada Insyirah. Kalian pun faham kan... Khasiatnya itu penting.. Saya sendiri ada pengalaman yang sangat bagus bila fully bf anak. Insyirah jarang sakit, tak pernah kena ruam lampin, kalau sakit cepat baik. Syukurlah...
Perkembangan dia juga Alhamdulillah.. cepat!
 
 
Keputusan untk menyusukan anak secara eksklusif itu ditangan anda.. Memang tak mudah, dan InsyaAllah tak susah. Tapi untuk tidak menyusukan anak sama sekali, dalam keadaan kita mampu tapi kita tak mau itu satu kerugian besar. Percayalah. Bila mana Allah sarankan sendiri ibu menyusukan anak-anak mereka, sudah pasti ia tersembunyi seribu manfaat... dan hikmah..
Tak full pun tak apa. At least bagi hak anak walaupun sikit, walaupun sekejap. Susu formula yang ada di pasaran bukannya tak bagus. Bila kita sibuk promote ibu-ibu supaya bg fully bf pada anak tak bermaksud susu kambing, susu lembu atau soya tu tak bagus. Cuma khasiatnya tetap tidak mampu menandingi susu ibu. So, sebab tu la susu ibu sangat penting untuk bayi baru lahir.. Dan kalau mampu, buatlah stok sebagai inisiatif meneruskan penyusuan bila anak akan ditinggalkan...
 
 
Kalian, saya bukanlah ibu yang berjaya bagi fully bf pada anak. Sebab Insyirah usia 10 bulan saya dah pregnant untuk kali kedua. Tapi masa tu, stok susu, alhamdulillah masih banyak.. Bole buat cover hantar ke taska. Sebab masa ne, pump macamana sekalipun dapat seaun saja. Memang susah da nak buat stok. Takdir Allah, kandungan kedua singgah di rahim cuma 13 minggu. Lepastu saya buat power pumping untuk dapat kuantiti susu macam biasa. Okela, sekali pump boleh dapat 4 ke 5 aun walaupun tak mampu dapat jumlah oz sekali pump macam dulu, 8 ke 9 oz... Alhamdulillah. Allah masih bagi rezeki.
Takdir Allah, lepas 2 bulan saya mengandung lagi. Syukur. Rezeki. Saya redha dan terima seadanya. Kandungan ketiga ujiannya agak berlainan. Alahan saya teruk. Susu memang merudum habis. So, doktor tidak galakkan saya buat sesi memerah lagi. Tapi dr tak cakap saya tak boleh bf direct. Sehingga sekarang saya masih menyusui Insyirah dalam keadaan mengandung walaupun perit sebab ujiannya bila bf tym pregnant dah tak sama macam sebelum tu.
 
Cadangan saya... :-
1) Bila kalian bercadang untuk fully bf anak sehingga 2 tahun, buat family planning. Jarakkan kehamilan sehingga anak dapat hak menyusunya 2 tahun.. (terpulang pada anda ya...ini pandangan peribadi dan pernah disokong oleh salah seorang peer counselor (mbfpc) yang mana saya selalu merujuk dan emel beliau bila ada yang tak kena). Even, sunnah nabi juga begitu kan, jarakkan kehamilan 2 tahun.
 
2) Sekiranya merancang mahu beranak rapat tapi dalam masa yang sama mahu habiskan penyusuan anak yang menyusu secara eksklusif hingga 2 tahun, maka anda kena BERKORBAN!!..
Macam mana? oke..
Rancang, bila nak anak lagi.. contoh kalau anak dah genap setahun nak beranak lagi, maka berkorbanlah masa, tenaga dan segala-gala yang ada selama tumbesaran anak yang menyusu sekarang hingga dia 1 tahun.. untuk siap siaga letak 2 bijik deep freezer dalam rumah.. Haha.. Ya begitulah (godek blog izzahazfar.blogspot.com) Respek wooo.. sama dia. Beranak rapat tapi success fully bf anak sampai terlebih 2 tahun.. siap buat tandem nursing lagi.. hehe
So, selama mengandung, susu memang akan drop, perahla macam mana pun memang masuk 5 ke 6 bulan tinggal titik2.. kesiannnn.. Tu belum masuk masalah breast sakit, nipple pedih, perut cramped! Tengok.. sungguh banyak ujiannya.. InsyaAllah ada hikmah k..
Korang buatlah masa memerah 12 kali sehari. Stok bukan saja hanya untuk anak yang tengah menyusu sekarang tapi juga untuk anak yang bakal hadir seperti yang dirancang... InsyaAllah. So, bila menagndung, dan tak mampu memerah lagi, stok anda banyak. sekurang-kurangnya 2 freezer tu bole cover penyusuannya sehingga anda deliver nanti.. kan..kan.. Ini terpulang lah pada anda.. kan
 
Oh ya, kenapa mesti guna deep freezer?
Sebab deep freezer insyaAllah mampu buat susu perahan bertahan selama 6 bulan ke 1 tahun... Bergantung dengan cara kita kendalikan EBM juga... k..
So, bolehla cover selama tempoh mengandung kan..kan..
 

 
So, kalau rasa nak down saja, cuba ingat anak. Imagine macamana seorang pilot yang kerja atas awan tak tentu masa boleh fully bf anak dia. kita yang ulang alik pegi balik kerja pakai kereta 5 hari seminggu saja pun kan rasa susah.. hehe
 
Happy breastfeeding to all mama in the world!
 
Coretan ibu yang masih berusaha menjayakan penyusuan anaknya,
InsyaAllah..
Perkongsian ikhlas dari
Ummu Al-Insyirah..
=)


Monday, September 2, 2013

the journey of pregnant and breastfeeding mom - 4 month

Assalammualaikum

Dikhabarkan mengandung saat saya masih menyusukan Insyirah bukan perkara yang saya rancang. Memang saya tak duga sama sekali. Tapi Allah nak bagi rezeki lebih, kita sedia atau tidak, mesti terima dan redha. Saya bersyukur, tubuh masih sihat dan mampu. Allah masih bagi kekuatan. Sampailah saya keguguran ketika usia Insyirah baru nak melangkah ke angka 11 bulan. Waktu tau mengandung kali ke 2, walaupun sakit dan diuji dengan macam-macam jenis alahan, jauh disudut hati, saya gembira dan tak sabar. Wah Insyirah dah nak dapat adik di usia kurang 2 tahun. Masa tu saya masih memerah, tapi dah tak konsisten. Produksi susu pun dah tak banyak. Syukur waktu tu, saya masih simpan banyak stok susu yang boleh cover penyusuan Insyirah ke Taska. Sampailah saya keguguran. Saya mula aktif memerah balik.

Mula imagine bila Insyirah dah ada adik nanti...
InsyaAllah, Insyirah akan jadi kakak yang baik..
- kredit to Qisya & Insyirah -
 
Ditakdirkan mengandung lagi selepas sebulan keguguran. Waktu ne la, dup dap..dup dap. Allah.. begitu cepat takdir Allah berubah. Saya nakkk.. sangat. Tapi kerisauan tetap ada, fobia dan takut pun ada. Entah saya ne dah sihat ke belum, rahim dh pulih dari bengkak lepas keguguran haritu, ke belum... Memang tawakal habis-habis. Doa pada Allah moga sentiasa dalam keadaan sihat samaada diri saya dan kandungan. Moga Allah pelihara saya dan kandungan. Saya pula masih menyusukan Insyirah. Cuma atas sebab history keguguran yang lalu, saya dinasihatkan doktor agar berhenti memerah tapi boleh teruskan direct bf. Syukur. Masih boleh menyusukan Insyirah sehingga saat ini. Saya hanya bergantung pada stok-stok susu yang ada. Dan alhamdulillah, usia kandungan kini sudah masuk ke angka 18 minggu @ 4 bulan dan dalam keadaan sihat...  =)

Banyak juga ujian mengandung dan menyusukan ne. Apalagi kalau hadapinya sekali. Hukhukhuk..
Awal2 preggy, saya hadapi alahan. Macam biasalah. Cepat penat. Mudah mengantuk. Muntah-muntah. Gastrik. Malah alahan kali ne jauh lagi teruk dari kandungan pertama dan kedua. Betul! Pernah saya nak pitam di ofis. Nasib terus masuk surau dan baring. Memang teruk. Saya ambil MC dari hospital seminggu. Belum lagi bawa mama pegi kampung sebelah cari nenek tukang urut (urut kepala). Sebab saya rasa teruk sangat. Lama juga alahan kali ne. Sampai kandungan masuk 15 minggu, baru ada kurang sedikit demi sedikit. 
 


Moga bila dah jadi kakak nanti, Insyirah akan berperangai baik..
Jadi anak solehah ummi dan abi..  =)

 
 
Dari tu, saya nekad, kandungan kali ne nak jaga betul-betul. Bukan setakat kandungan, malah diri saya dan anak yang menyusu. Memang cepat penat. Insyirah kalau malam saja tak nak menyusu tru botol. Mesti nak ngempeng. Memandangkan saya nak jimat stok susu ke taska, jadi saya pun dengan kepenatan yang  tak tertanggung memaksa diri  breastfeed Insyirah, sampai kami dua2 tertidur, tanpa jamah dinner, urus kain baju.. sediakan persiapan untuk hari esok..sehingga semua jadi kelam kabut menjelang subuh keesokannya... Hari-hari macam tu mana tahan. Saya mesti kuat dan keluarkan tenaga yang ada untuk kembali aktif walaupun mengandung dan menyusukan.. Hari-hari doa, minta Allah bagi kekuatan dan kerajinan. So, saya usaha, cari alternatif lain untuk ubah segalanya.. chewaaahh.. maka saya pun pilih PRODUK SHAKLEE untuk bantu saya keluarkan tenaga yang ada selain berserah pada Illahi. Semuanya untuk suami dan anak kan.. While preggy pun tanggungjawab kita tak boleh abaikan.. 
 
Kredit pic for google =)


Ok, cerita SHAKLEE, saya ambil set mengandung trim 1 and now dah plus omega dan esp sebab dah masuk trimester 2.. Alhamdullillah... Atas izin Allah swt, setakat ne saya sihat saja, walaupun bf Insyirah saya masih bertenaga. Masih sihat buat semua kerja. Walau badan alami perubahan hormon yang mendadak, tapi dengan izin Allah, SHAKLEE bantu kurangkan rasa nak muntah dan pitam tu. Malah dapat extra energy untuk settlekan semua benda.. InsyaAllah. Nak tau apa SET MENGANDUNG SHAKLEE tu, jum kita bedah pregnancy set of SHAKLEE ne.. ia terdiri daripada : -

TRIMESTER 1

a) VITALEA
Merupakan multivitamin yang terbaik dengan zat besi. Ia membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah. Jika ibu-ibu mengambil vitalea, tak perlu lagi ambil obimin ok. 


b) B-COMPLEX
Mengandungi sebanyak 8 kumpulan vitamin B, termasuklah asid folic. Asid folic dan B12 membantu pembentukan sel-sel darah merah dalam badan. Jumlah asid folic yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neutral. 

c) VITAMIN C
Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, berperanan dalam menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat. Ia juga membantu dalam penghadaman zat disamping berperanan meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh.

d) OSTEMATRIX
Ibu yang mengandung memerlukan 1000-1300mg kalsium sehari. Sebab bayi akan mula mengambil kalsium ibu lebih banyak bermula trimester kedua. So, Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium dan vit D. Vitamin D meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan tulang dan kerangka. Pengambilan oste juga untuk menguatkan & membentuk tulang dan gigi bayi yang sihat. Pengambilannya juga boleh kurangkan sakit pinggang, sakit belakang, kebas-kebas, atau cramped.

e) ESP
Ia adalah minuman protein yang mengandungi banyak kelebihan kepada ibu dan anak yang dikandung. Ia penting untuk membina dan memperbaharui sel-sel tisu dan hormon dalam tubuh. Ia penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ia juga mampu beri tenaga pada ibu, ESP mampu mencantikkan kulit bayi dalam kandungan dan ibu mengandung itu sendiri. 

TRIMESTER 2 & 3

f) OMEGA GUARD
Untuk trimester 2 dan 3, ibu-ibu masih ambil semua vitamin di atas dan tambah Omega Guard saja. Omega ne, mengandungi 1000mg asid lemak omega 3 yang termasuk di dalamnya DHA dan EPA yang mana ia boleh menggalakkan perkembangan otak, sitem saraf dan fungsi mata bayi.

Bagus kan... Alhamdulillah, sejak guna set mengandung SHAKLEE, saya kembali sihat dan rasa bertenaga saja.. Loya-loya pun mula kurang. Tak loya extreme macam awal-awal dapat tau preggy haritu. Supplement hanya sampingan. Ia cuma membantu. Selebihnya  adalah kuasa Allah yang izinkan semuanya berlaku. Alhamdulillah. Allah turunkan ilham pada manusia terpilih untuk hasilkan supplement yang bagus, malah dijamin halal serta dapat kelulusan dan jaminan KKM. No worries kalau cadang nak consume SHAKLEE ok.. Kita sharing n caring..

Anda boleh cuba kalau minat. Untuk pengetahuan kalian saya juga telah menjadi Shaklee Distributor, any question.. kita boleh share. Kalau nak cuba dan baru nak kenal-kenal dengan SHAKLEE pun boleh saja pm or whatsapp saya k.. 
0148698809
or find me @facebook Al-insyirah
kita boleh sharing.. boleh share cerita.. k.. jangan malu-malu. hehe

Kalian, bukan mudah menghadapi cabaran menyusukan ketika mengandung. Kita kena kuat, dari segi mental dan fizikal. Saya bersyukur dipilih Allah swt untuk merasa segala ujian menjadi seorang ibu yang mengandung juga kepada anak yang masih menyusu, dalam satu masa yang sama...
Bukan sedikit air mata yang pernah mengalir dalam tempoh 4 bulan kandungan ini.. dan setahun 5 bulan penyusuan bersama Insyirah.. Belum masuk trimester ketiga lagi nanti.. Moga saya terus dikurniakan Allah kekuatan yang tiada belah bagi... InsyaAllah.

Saya insan yang lemah dan kerdil, namun meraih kekuatan dariNYA untuk melangkah menghadapi liku kehidupan sebagai seorang isteri, ibu anak, menantu dan yang pasti hamba Allah swt.. moga saya dan anda yang ditempat saya sama-sama kuat.. InsyaAllah..


 

Salam sayang
Ummu Al-Insyirah
=)

Monday, June 24, 2013

amalan ibu mengandung

Assalammualaikum


Tiba-tiba teringin share pasal amalan ibu mengandung pula hari ne. Kalau ikut orang tua dulu-dulu ibu-ibu mengandung ne kononnya banyak pantang larangnya kan... Tapi mak saya tak juga, katanya buat saja perkara yang bagus dijadikan amalan. Tak payah percaya benda-benda khurafat . So, teringin juga nak muatkan dalam blog kesayangan ne. Besok mengandung boleh la cari sini balik kan.
Ok, intro is over! ehe...


*******     ***     *******


1. Doa Selepas Solat 5 Waktu


Boleh la amal doa ne, sedari awal kandungan k... Dapat tau pregnant je, boleh la baca. Amalkan tiap kali selepas solat 5 waktu... =)


2. Surah Al-Quran untuk diamalkan

Paling bagus, amalkan lah baca quran ketika mengandung. Surah apa-apapun tak jadi masalah. InsyaAllah kalau Allah swt perkenankan kesejahteraan diri dan kandungan maka sihatlah kita. Tapi ada juga beberapa surah Al-Quran yang bersesuaian atau paling afdhal dibaca saat mengandung so, saya share sikit ya.. Ne pun banyak grab dari google juga, sharing is caring, for u n for me also! hehe...

a) Surah Al-Fatihah
Baik diamalkan setiap hari/masa untuk memperoleh cahaya mata yang terang hatinya serta kuat ingatan.

b) Surah Maryam
Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehanak yang sabar dan taat

c) Surah Luqman
Untuk memperoleh anak yang cerdik aqal dan cerdik jiwa

d) Surah Yusuf
Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlaknya

e) Surah Al-Hujurat
Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang mempunyai sifat hati-hati

f) Surah Yaseen
Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

g) Surah Al-Taubah
Untuk melahirkan zuriat yang bersih jiwanya dan terpelihara daripada maksiat

h) Surah Al-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin


3. Pemakanan Sihat Mengikut Sunnah Rasulullah saw

The first thing about nutrition ne of course la memilih makanan sihat dan halal kan. Jangan makan tak tentu-tentu tym preggy. Makanan ne akan mengalir dalam darah dan menjadi darah dalam daging zuriat yang dikandung, so berhati-hati juga ya. Sebaik-baiknya elakkan makanan atau minuman yang berkafein, fast food, yang banyak msg macam maggi tu. Huhu. Cuma ibu mengandung ne kadang-kadang pandai mengidam benda yang tak digalakkan makan juga kan. Macam waktu saya preggy anak kedua haritu teringin nak makan kuih makmur la, maggie la, macam-macam hehe... Sekali dua mungkin boleh. Janji jangan dijadikan amalan sampai nak beranak sudah! hehe.

Antara makanan sunnah untuk ibu mengandung ialah susu kambing. Susu kambing baik untuk kesihatan ibu dan bayi. Difahamkan susu kambing berpotensi untuk elakkan anak daripada demam kuning bila dah lahir nanti. InsyaAllah.

Selain tu, amalkan makan kekacang, baik untuk otak baby. Ia juga makanan yang banyak mengandungi mineral yang penting seperti magnesium, selenium, kalsium dan kalium yang membantu ibu hamil daripada selalu kekejangan anggota badan.

Buah kurma, kismis dan madu pun semua dah sedia maklum akan kebaikannya kan. Mana-mana ibu mengandung yang HB rendah tu, amalkan lah makan kurma. Kismis pula buat otak anak cerdik, pintar. Begitu juga madu. Makanan ne semua dalah makanan kesihatan. Sejarah Maryam, ibu nabi Isa a.s juga memakan buah kurma bagi memudahkannya bersalin. So, kita jadikan ikutan kejadian yang membawa rahmat itu. ^_^v

Ada banyak lagi amalan ibu mangandung ne, selain pemakanan, ada juga senaman ringan, watak ketika bersama suami. Haaaa... tu yang paling penting, jangan sakiti hati suami terutama waktu mengandung. Dulu waktu sebelum lahirkan Insyirah, mak saya pesan minta maaf dengan suami manatau ada kesalahan yang kita tak sengaja, tak sedar kan... Minta doa agar dimudahkan. Takdir Allah waktu lahirkan Insyirah segalanya mudah walaupun kebetulan abi Insyirah outstation. Kelahiran Insyirah sama sekali tak terduga. Namun Allah pelihara saya jua. Syukur.

Oke, buat ibu-ibu yang tengah hamil, sama ada baru hamil, atau 2nd trimester or dah nak bersalin, moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah swt. Banyakkan mengingati Allah agar apa yang kita rancangkan Allah mudahkan...

Salam Sayang,
[Keyboard Conqueror]
ummu al-insyirah