Showing posts with label Tarbiah. Show all posts
Showing posts with label Tarbiah. Show all posts

Tuesday, February 3, 2015

CYCLE OF LIFE

Assalammualaikum
 
At the end of the day, i always ask my self, what have i did today.. Did i hit my target or not.. Huhu..
Kengkadang tu kan confuse jap. What is my target. Dalam satu hari buat banyak benda sampai habis 12 jam.. 24 jam, untuk apa, dan untuk siapa.. Nak dapat apa. Fuhh. Part ne kan memang never end la.
 
Basically, kita hidup untuk menghambakan diri pada pencipta. Ibadah pada Allah. Semalam tengah menikmati kopi panas dengan abi tetiba saja keluar ayat ayat cinta dari mulut ku ini (hehe).. "bang, kenapa Allah cipta manusia ya.." hehe dah dah. Ko jangan kerut dahi dan mentertawakan beta ya. Memang nampak soalan bebudak kan. Tapi abi cakap. "emm.. Soalan bagus tu yang" sambil tunjuk ibu jari simbol 'good' gitu.
 
Lepastu kan kitorang cer cer la pnjang panjang. Masuk part cara kita beribadah. Sampailah masuk part how time fly... Dulu dan kini. Banyak tu kalau nak hurai.
Dulu kan kita budak ja. Tak tau apa apa. Sebelum  ne pun, bujang belum kawen. Belum beranak. Zaman rehat tidur panjang dan buat hal sendiri. Pheww!!
Zaman 'ada ku kisah?' haa gituu... Orang sibuk gosip dekat facebook pasal life retis tu retis ne.. Orang tu orang ne.. Kita blogging ja.. Obses dengan life sendiri saja... Mihmih (jakunss letteww..)
Tapi tula... Life kan. Sebelum ne suda balik2 kita remind diri... Hidup sebagai hamba Allah untuk menempuh ujian Allah, untuk ke syurga Allah... Life zaman dulu dan zaman sekarang besar sungguh jurang dan bezanya.
 
Saya masih ingat, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, belanja sekolah tu tak sampai pun RM1. Mama bagi RM0.80 sehari, RM0.40 untuk sekolah melayu (sk), dan RM0.40 untuk sekolah agama (sui). Macam mustahil untuk cukup bila kita bicara tentangnya pada zaman sekarang ini kan? Cukup adik adik. Sangat cukup. Dulu harga nasi lemak dan mee goreng dalam plastik yang adik-adik nampak sekarang tu cuma rm0.20 saja. Air pun rm0.20. Sapa kata tak ble kenyang? Dulu sekolah akak pun ada soto jugak. Semangkuk rm0.50. Shot sikitla untuk belanja sekolah agama. Tapi akak kau ne dulu rajin bawa bekal. Jarang tak bawa. Sebab masakan mama tu kan jauh lebih enak dari masakan kantin. So perut kenyang tanpa belanjakan rm0.80 yang mama bagi. Kalau 5 hari seminggu bawa bekal, belanja yang mama akak bagi dah terkumpul jadi rm4. Sebulan tersimpanlah rm16. Bagi akak sudah terlalu banyak jumlah itu ya adik adik. Mana logik budak budak sekolah bole collect rm16 sebulan tanpa bekerja. Hehehe.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
 
Sekarang? Semua benda kena ada duit baaaanyak. Terkejut juga bila crita2 dengan kawan sepejabat yang dia pening sebab belanja anaknya sehari rm5 plus plus plus.. Woww??!!! Terus laju saja sel sel neuron akak kau ne memikirkan bagaimanakah keadaan ekonomi zaman anak anak ku bila sekolah nanti? Pheww!
 
Pastu kan budak dulu dan budak sekarang.
Ehem, apakah aktiviti kegemaran anak-anak anda zaman ini? Dulu kan akak kan, suka main masak masak, kawen kawen dengan kekazen. Kami main masak masak pakai periuk belanga real tau. Sebab tu dulu maktua selalu piat telinga. Habis periuk belanga dia ke sana ke mari ntah ke mana tak jumpa bila nak rebus ubi dan didih air panas. Kehkeh. Pastu, kita main tanah dan daun jadi bahan masakan. Hah Insyirah, kau hado nak?! hehe. Banyak lagi mainan best. Batu seremban. Tinting. Main "bubut bubut". Hantu tiang. Baling selipar (ntah namanya lupa). Main getah, doblek. Haha. Sumpah aku tak tau eja nama game2 tu. Aku tau istilahnya saja. Kebanyakan game budak dulu dulu outdoor punya. Hehe. Bestttt!! Terus rindu kekazen.
Sekarang. Macam macam jenis mainan budak dah diwujudkan. Kita tengok kan ada jual dapur mainan khas untuk kanak kanak perempuan. Macam real la konon. Pastu harga pun punyalah real nakkk. Niat nak belikan Insyirah la kan. Pilih punya pilih kita ambil la yang paling kecil dan murah. Mihmih.. Woi.. paling murah pun RM 100+ ok.. Apa kah gile nya zaman generasi X (ke Y?) ini.. Hadoih. Bagus main periuk belanga yang real di dapur.
Masa gi kenduri haritu, ramai sangat budak budak. Tapi kan, bebudak sekarang, sorang main di sudut sana sorang di sudut sini. Lepastu masing-masing pegang henpon atau tab di tangan. COC wooo..
 
 
Beralih kepada hal lain pula.
Masa cuti sekolah yang panjang ritu mesti banyak kenduri kendara. Especially, sedara mara yang kawen kan. Masih ingat zaman dolu dolusss.. Kita paling suka kumpul kumpul dengan kekazen. Gosip gosip dakwah. Ececeh. Cover la tu. Buat kerja potong potong, hiris hiris, blender blender sambil ketawa ketawa dengan kekazen. Kita taim tu zaman nak dara, terima arahan dari mak mak. "Lepas kau potong tu, kupas ne pulak ya. Dah tu kau blender lada ne ok. Jangan mulut asyik potpet ja, tangan jalan.. paham?!!" Laung sang ibu. "Baikkkkk makcik" Laung si anak kembali. Mihmih. Best! baq ang! Semua keja kita buat gotong royong. Maka ikatan tali silaturrahim pun semakin erat dan ketat. Paaaaling kita excited bila kumpul semua sedara mara.
 
Sekarang? Beza dah. Memasing ada kesibukan sendiri. Kebanyakan majlis guna catering service. Kebanyakan kekazen da kawen, tinggal jauh. Waktu kenduri saja kumpul kumpul. Sebelum dan selepas kenduri dengan hal memasing. Thats a life, kan... Biasalah.. Janji ikatan silaturrahim antara kita ngan sedara mara kazen mazen masih utuh. Tak lupa antara satu sama lain. Ye dak?!
 
Kadang kadang saya rasa bestnya zaman kanak kanak saya dulu. Rindu. Paling rindu bila selalu kumpul dengan kekazen. Sekarang, saya adalah ibu kepada 2 orang anak, setakat ini ya. Hehe. Terfikir.. kebiasaan apakah yang perlu saya tanam dalam jiwa anak-anak supaya ingatan terhadap orang yang mereka sayang atau yang punya ikatan dengan diorang tu tak luntur. (bahasa.. nak nangesss.. T_T).
 
Banyak lagi beza cara dan suasana kehidupan dulu dan sekarang. Sekarang barang semua mahal. Hehe. Sekarang media mainkan peranan yang besar dalam hidup bermasyarakat. Betul. Life sekarang ne banyak dipengaruhi oleh kebanyakan input yang kita dapat dari media. Kan.. Tak kira lah dalam apa hal sekalipun. Tak caya? tengok sekarang, semua orang dah terror beli online. Hujung jari pun boleh.. mihmih! Tu contoh paling simple. Padahal ia bersangkut paut pada diri sendiri. Life sendiri yang hampir mengalami penyakit gila shopping online yang kronik. Nauzubillah. Tidak lah ya. Still under control. Haha.
 
Masa. Bila dah berlalu takkan dapat diundur semula. Sebab tu bila kita bertangguh dan mensia siakannya kita dikatakan "pencuri masa". Sekarang masa untuk generasi saya. Wah. Cepatnya masa tu berlalu. Sekarang dah ada generasi dah. Krikk..krikk. Ketinggalan sekejap saja, tau tau zaman dah berubah, keadaan dah lain. Nak balik ke masa lalu memang mustahil. So, life must go on. Create idea baru. Azam baru. Semangat baru. Janji LillahiTa'ala.
 
InsyaAllah.
 
Ok tu ja. Sebab lama tidak update, maka di update la blog hari ini ya..
Salam Muhibbah..
 
(Tuan Tanah Kedaung)
Ssh!

Tuesday, November 25, 2014

Parents, dont judge!

Situasi 1
Seorang anak kecil menangis tak tahu punca dalam satu majlis keramaian. Tantrum mungkin. Ibu mula buntu. Kerana mahu memujuk anak yang tantrum di hadapan orang ramai bukanlah mudah. Dibawa ke tempat sunyi yang tidak ramai orang si anak perintah minta bawa ke tempat ramai orang pula. Bila dihadapan ramai orang tantrumnya makin menjadi.
 
Situasi 2
Sepasang suami isteri muda yang memerhati dari tadi mula bersangka sangka. Tanpa mengkaji, cerita yang mengikut sangkaan sendiri disebar ke serata.. "ish mak budak tu pukul anak dia. Kesian budak tu kecik lagi". Maka ramailah yang menyangka si ibu yang menyakiti si anak.
 
Situasi 3
Pasangan tersebut pula cuba menegur si ibu dengan keras agar jangan menyakiti anak itu. Mereka juga cuba mengajar ibu tersebut bahawa memukul anak adalah perbuatan salah dan tidak patut kerana mereka hanya lah anak kecil yang tidak mengerti apa apa. Si ibu cuma diam kerana malas hendak jelaskan panjang lebar.
 
Situasi 4
Pasangan suami isteri tadi datang ke majlis tersebut dengan 4 orang anak. Ketika si isteri ke tandas, Keempat2 anak itu berlari sana sini dan sukar dikawal. Akhirnya kerana terlalu buntu dan semakin berang si bapa tadi memukul salah seorang anaknya elalu menangis teresak esak.
 
Situasi 5
Sementara apa yang berlaku ditandas, si isteri bertemu dengan kawan lama lalu membuka cerita buruk tentang ibu pukul anak tadi tanpa mengetahui apa yang berlaku pada suami dan anaknya diluar.
 
Moral : Adalah lebih mulia jika kita cuba teliti kekurangan sendiri dalam mendidik anak anak dan disiplin diri. Perbetulkan kesilapan, bersyukur dengan nikmat Allah dalam urusan keluarga yang mudah dan berhentilah bercakap tentang kekurangan ibu bapa lain.

Wednesday, September 17, 2014

MANUSIA

Assalammualaikum
 
 
 
MANUSIA
Allah swt yang cipta. Dari air mani yang hina.
Semuanya. Ya.. semuanya.
Andai kau sedar kau manusia, maka samalah kita. Kau dan aku serupa. Asalnya dari tanah yang kita pijak itu. Biar pangkatmu tinggi. Darjatmu di atas, tarafmu mewah. Ahhh.. Apapun kedudukanmu, kau juga manusia serupa aku yang Allah cipta. Kita sama saja disisi Allah swt. Terimalah hakikatnya.
 
Tapi mengapa...
Manusia yang satu itu menghina,
Yang itu pula mentertawa,
Dan yang itu lagi mengutuk, khianat, munafik, ayam berbulu musang, dan memperkotak katikkan jiwa manusia lain...
 
Apa mereka lupa kedudukan sesama manusia itu disisi pencipta...
 
Aku,
Aku kini sedang menjalani kehidupan, diuji Allah bertemu dan berhadapan dengan pelbagai sifat dan jiwa insan, sikap dan ciri inci manusia yang membingungkan...
 
Kamu jua merasainya bukan..?
 
******************************************************************************
 
Ok.. ok taulah dah jarang taip belog. Tiba-tiba buka blog buat ayat serius. Bermadah madah githuww!
Direct to the point. Biasalah kan. Makin dewasa makin banyak nikmat dan ujian yang Allah sedia kaw kaw kita kena hadapi tiap saat. Ada yang best. Ada yang menguji sabar dan iman juga. Ada waktu pula, dek kesibukan rutin harian tu, kita boleh saja buat dono dengan masalah.. kan...kan.. Yang penting redha, lapang dada. Nak lari konfom tak bleh.
 
Bergerak ke mana mana, paling dijaga adalah akhlak. InsyaAllah. Kita nak bina hubungan baik dengan orang so kena tengok dalam diri dulu. Semua orang ada kekurangan. Tapi tak semua orang boleh simpan aib dari kekurangan kita. Kan.. Part tu yang susah. Orang kata bila kita tetiba bermasalah dengan orang, mesti ada yang tak kena dengan diri kita atau mungkin orang tu. Memang, sekuat hati cuba muhasabah. Minta Allah tunjukkan cara, macam mana nak hadapi orang tu esok hari. Sebab, ada juga sifat orang, bila dah mind set dia tak suka kita, dia akan mudah nampak salah kita. Tak ada salah sanggup cari sampai lubang cacing. Nak adakan cerita lah katakan.. mihmih. Yang ne masalah sikap lah kut. Allah, minta dijauhkan...
 
Mari muhasabah...
Suka tak bila kita dibenci orang? Tak suka kan... So, tengok dalam lubuk hati kita yang paling dalam, ada tak kita dendam sesiapa? Ada tak penyakit jeles dengan sesiapa? Ne masalah ne... Minta Allah jauhkan kita dari perasaan ne.
 
Kawan... Cuba renung kehidupan yang Allah pinjamkan dalam-dalam...
Kita hidup ne sekejap saja. Asas kejadian kita sama. Garisan permulaan kita dari tempat yang sama. Destinasi terakhir kita sama, pakaian terakhir kita nanti juga sama.. semuanya sama. Kita semua sama disisi Allah swt. SAMA!!
 
Jangan risau dengan apa yang orang itu capai di dunia. Dia lebih? Kau juga mampu buat lebih. Allah itu adil. Percayalah. Bila mereka ada yang kau tak ada, cari dan gali semampumu, kelebihan mu yang lain. Percayalah. Ada!!! Allah tidak bagi semua manusia kaya harta. Mungkin yang lainnya kaya budi bahasa. Allah tak bagi kau serius kerja mungkin kau berpotensi berjenaka. Manusia lain terhibur dek kelebihan mu. Kau disenangi. Allah tak bagi kau kelebihan berkomunikasi dengan spontan, namun Allah berimu kelebihan pantas memikir idea yang hebat. Mungkin kau tak petah bicara, namun langkahmu sentiasa terpelihara.
 
Cantik? Astaghfirullah. MANUSIA itu milik Allah. Makhluk yang Allah cipta. Bukankah kita wajib mensyukurinya. Ingat. Allah bagi pinjam saja. Belek seluruh tubuhmu? ada cacat cela? Tiada kan.. Mungkin pun ada, namun Allah tutup aibmu. Bersyukurlah. Kau cantik. Mereka cantik. Susukmu sempurna. Susuk mereka juga sempurna. Merasai kehodohan pada diri, sama seperti kau menghina kejadian Allah swt. Bersyukurlah.
 
Kita milik Allah.
 
******************************************************************************
 
Kadang-kadang, manusia mudah meluah rasa. Mudah menasihat segala. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkannya. Bahasa mudah, "cakap senang, buat susah". Hehe. Tapi selagi kita mampu beringat dan muhasabahlah.
 
Ada waktu, kita teruji bila berhadapan dengan sikap manusia yang petah bicara, mudah membuka cerita sehingga tidak sedar menjentik kisah hidup orang lain. Nauzubillah. Hina nya kita bila mudah membicara aib sesama manusia.
 
Takutlah... Takutlah kita pada Allah.
 
Alangkah baiknya, bila kita sedar, terlalu banyak bekal akhirat yang perlu dikejar, maka kita akan jadi kedekut. Kedekut untuk luangkan masa pada perkara yang sia-sia. Semuanya untuk yang baik-baik saja. Kumpul point nak barisan paling depan menuju ke pintu syurga.. kan..kan..

Baiklah, aku cuma meluah, agar kita dapat beringat bersama, memang, mungkin aku cuma mampu bicara, buatnya sangatlah tak mudah. Kerana aku juga manusia. Mudah juga jatuh dan terluka.

Bila aku leka dan terlupa, Ingatkan aku tentang Allah yang esa...

Salam alaik dari ibu anak dua... ^^, v

Friday, August 22, 2014

HIDUP / M.A.S.A / MATI

 
HIDUP & MASA
Takkan pernah cukup!
Manusia.. Tak mudah merasa puas. Buktinya, lihat saja ke dalam diri kita, perjalanan hidup kita.. bagaimana... ?!
 
Assalammualaikum...
Lama tidak bertandang ke Tanah kedaung ini.. Rindu..!!
 
Hari ini.. 22 Ogos 2014, Tarikh sejarah baru negara. Malaysia berkabung. Sedih mengenangkan peristiwa. Hiba memikirkan keluarga mangsa. Ambil 5 saat cukup pindahkan bayangan diri kita dalam situasi keluarga mangsa atau mangsa MH 17 itu sendiri. Kau gerun bukan? Kau tak mahu bukan? Kau tak sanggup bukan?
 
Pedih. Aku sendiri terluka bila baca kisah 6 sekeluarga yang pergi tanpa tinggalkan seorang pun waris untuk dikenang.
 
Sungguh takdir Allah terlalu RAHSIA.
 
Ya. Allah sudah janjikan begitu. Maka tidak pula mampu kita tau bila saat terakhir kita bersama keluarga dan kawan-kawan. Jujur aku takut. Kamu pun takut bukan... Malangnya, takut cuma dimulut. Namun, bagaimana caranya kita tunjukkan ketakutan itu.
 
Allah bagi hidup. Dalam hidup macam macam nikmat dikecapi yang berselang dengan ujian. Hakikatnya kita sedang menelusuri perjalanan masa. MASA pula Memang takkan pernah cukup. Masa itu memang singkat. Lihat saja perjalanan hidup kita. Sedar tak sedar sudah 28 Tahun Allah pinjamkan aku nyawa. Kamu bagaimana? Banyak perkara yang berselang dengan ujian Allah izinkan aku laluinya. Tup tup sekarang, dah dua anak ko safraa! Alhamdulillah.
 
Bila sedar masa itu singkat, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun... Maka, bagaimana untuk kita membahagikannya..? dengan apa kita harus lengkapkannya..? Untuk apa dan siapa isi masa itu? semua orang tau. Tapi tidak semua orang mampu ingat. Entah bila, dimana, dan bagaimana lah keadaannya izrail bakal mencabut nyawaku. Allahu.
 
Banyak perkara yang sudah Allah tunjukkan. DIA suruh kita mengingati MATI. Sudah Dia khabarkan sakitnya MATI itu dahsyat. Subhanallah. Gunakan MASA yang Dia bagi sebaiknya selagi HIDUP. Antara HIDUP dan MATI, kita diberi MASA, yang bila-bila saja akan berakhir. Kita tidak tau.
 
Sungguh, aku ingin tau, apa itu DUNIA pada persepsi orang yang mengejar akhirat. Ya, yang sepatutnya kita semua. Yang Allah perintahkan begitu. Namun hakikatnya.... "hambar". "Mereka" tau, mereka sedar, jauh sekali mahu lalai. Maka, istilah "rehat" tiada dalam kamus jiwa pendakwah yang kejar waktu untuk ibadah, ibadah dan ibadah, akhirah dan tentunya syurga Allah swt!
 
Berapa kerat saja manusia yang manfaatkan HIDUP dan MASA untuk hadapi MATI,
Kerana mereka mahu bahagia...
 
Kalau kau kejar SYURGA
Campakkan dulu hal DUNIA...
Bukan..Maksud ku,
Hadapi ia kena caraNYA...
 
HAMBA,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan
 

Tuesday, May 27, 2014

BACKSTABBERS everywhere

Assalammualaikum
 
 
Pernah tak jumpa individu macam tu?
Jangan tipu.. orang macam ne banyak disekeliling kita. Untunglah bila tak pernah kena. Yang dah tekena sakit kan?
Tapi tak rugi bila kita abaikan asal kena tempatnya.
 
****************************************************************
 
 
Abi selalu pesan,
Ummi, lidah kena jaga. Cakap kena hati-hati. Semua tu kena mula dari hati dulu. Sebab apa yang ada di hati, akan signal otak kita untuk keluar ke lidah. So, mulut main peranan. Saya pegang pesan abi.
 
Tapi saya tak kata saya baik. Jauh lagi nak mengaku perfect! Namun, segalanya diusahakan. Kita pun tak suka dan tak mau orang nampak kelemahan kita kan. Kita pun tak kuat nak hadapi cakap orang pada kita kan. Lebih lagi bila benda tu betul. Yang tak betul, boleh je abaikan.
 
Macam mana bila nanti orang cakap, "eleh dia tu, suka burukkan orang"... "Alaaa.. aku tak heran la si polan tu, semua orang dia nak cakap tak bagus, dia je budget lebih". Rasa hina kan? So, benda ne la yang kita kena usaha elakkan. Even, saya sendiri pun banyak nampak. Cerita dengan orang ne, mulalah nak burukkan orang lain. Walhal depan-depan punya bagus wa cakap lu! Mmg backstabbers. So dari situ kita boleh study percuma perangai orang kan... Amacam? benda mudah, senang! Allah bagi tunjuk.
 
Macam tu kita dah kena mula hati-hati dengan individu tu. Sebab bila orang yang dia layan bagus didepan, dan boleh pula di burukkan di belakang. Sah! Wajib tidak dipercaya orang begini. Esok lusa dia akan burukkan kamu juga dibelakang. Nampak tak??!! Jangan percaya bila dia cakap kamu cantik, kamu baik. Cukup dapat redha Allah dalam hidup, sudah!
 
Apa yang ingin saya sampaikan disini, bukan nak hasut korang supaya jangan berkawan dengan orang ne atau orang tu. Teruskan bekawan. Teruskan buat baik. Tak rugi. Yang rugi bila korang layan dia burukkan orang lain. Yang hina bila korang burukkan orang lain sama macam diorang. Yang salah bila korang mengadu hal peribadi dengan dorang ne. Itu silap.
 
So, apa nak buat bila korang dah tau korang sudah pun diburukkan oleh diorang ne di belakang.. Walhal, teman sebelah meja. Kawan kupi-kupi. Teman berebut bantal. Sedih kan?!
Sedih itu lebih kepada, mereka dah nampak keburukan kita. Sedih tu makin terasa bila, mereka tak boleh terimanya. Padahal depan-depan macam friends forever, aku percaya ko sorang, sahabat dunia akhirat.. LAH SANGATTT!!!
 
Ok..
First, SABAR. Sabar, dan terus sabar. Jangan bila dengar hal yang menyakitkan hati ne, korang terus tebalikkan meja koyakkan baju. Haha. Yang tu bagus pegi terjun tingkap terus. Hikhik. Percayalah Allah sangat kasihan pada orang yang sabar. Memang, sabar adalah perkara paling mulia yang sukar untuk dilakukan. Tapi, mari kita sama-sama cuba. Pasti akan ada hikmah terbesar yang Allah akan tunjukkan.
 
Second, MUHASABAH. Yup, ini kena lakukan setiap masa. Tiada perkara mudah dilakukan untuk bahagia. Tiada jalan lurus tanpa bengkang bengkok untuk berjaya.Cuba tanya diri. Kenapa 'mereka' boleh burukkan anda juga even u're close friend. Jangan asyik cakap dia salah, dia yang jahat. Dia yang tak jaga mulut. Allah sedang uji kita. Uji hati kita. Jadi muhasabahlah.
 
Tak payah asyik tengok orang. Tengok diri sendiri saja.
Aku jaga solat ke tak.
Aku jaga hubungan dengan pencipta ke tak.
Aku jaga hubungan dengan keluarga dan kawan ke tak.
Aku jaga lidah ke tak.
Aku jaga perangai ke tak.
Jaga ke tidak, sampai boleh jadi macam ne... Persoalkan hati dan sikap sendiri dulu. Orang dah burukkan kita, biarlah dia. Biar dia settlekan sendiri dengan Allah swt. Sakit memang sakit. Nak buat macam mana kan..
 
Third. DIAM. Maksudnya tak payah balas. Kalau nak balas juga tu cari nahas. Tak ada bezanya kita dengan mereka bila tergerak hati nak balas. Tak payah jumpa dia, walaupun ada rasa nak menumbuk. Hehehe. Bila mana kita tergerak hati nak burukkan orang. Itu sebenarnya masalah kita sendiri. Tak logik? Ya. Tiada faedah pun nak fikir hal orang. Hal kita sendiri bukankah lebih banyak nak fikir? Amalan harian pada pencipta nak dicukupkan pun payah. Nak tambah dosa lagi fikir pasal orang. Rugi!!!
 
Paling basic, macam ne je la. Buat tak tau. Walaupun payah. Sabar. Memang susah. Hidup untuk menuju syurga Allah. Dah janji kan. Buat tiap sesuatu tu Lillahita'ala. So? apa untungnya nak fikir hal yang bukan menuju Allah swt? Tiada kan. Then, stop thinking benda yang tiada-tiada. Sia-sia. Fikir lah untuk betulkan diri, hati, amalan harian. Fikir nak besarkan keluarga tambah ummat Muhammad SAW. Kan.. Hehe
 
Kurangkan masa dengan individu yang kita dah nampak suka cakap-cakap ne. Tak rugi makan depan meja ofis sorang-sorang. Jimat masa. Untunglah. Masa itu kan emas. Kerja pun cepat siap. Terhindar dari dosa lagi. Betul tak?!
 
Teruskan berkawan. Berbahagialah dengan menyenangi dan jadi yang disenangi semua orang. Nabi pesan supaya bersederhanalah dalam segala perkara.
 
So, berkawanlah. Bersederhanalah.
 
Salam perkongsian,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan

Tuesday, January 14, 2014

how social web "eat" my money!!!!!

Assalammualaikum


Hujan lebat oii..
Terus mood blogging.. Jap je ekk..
Banyak keja nak bagi settle, maklum saja dekat nak deliver ne ada saja kerja baru yg sengaja disorong -sorong.. haihhh.. Macam tak paham! hek..hek!

Nak citer, dulu kan masa mula2 create akaun fesbuk, satu perkara yang buat saya rimas bila terbaca post2 orang yang ntah apa-apa. Segala perkataan yang tak baik, gaduh maki, sindir perli semua terbaca. Sudah tu kan automatik kita ble noted perangai orang tu dan orang ne. Kan..kan.. korang pun gitu kan. Lama-lama pandai rimas. Tapi tu oke lagi. Biarlah kan hal orang. Buat pa ko kesah kan.. Jaga je lah mulut dan hati sendiri.. Kawal tangan yang kongker keybod masa tu. Jangan ikut orang sudah!

Yang buat saya rasa lebih parah dan cuba nak lari dari kenyataan bila...
Dalam fesbuk kan terrrrrrlampau banyak orang jual barang yang... HAIHHHH!!! 
Haaaa... 
Buka page ne, "kami menawarkan kain yang berkualiti tinggi, berminat sila PM"
Buka lagi page tu, "anda mencari pakaian muslimah yang terkini? jom layari, www...bla..bla..bla"
Bila layari page yang dia gtau kan.. adalah satu ruang "order form"... Cisss!! sudah berkali kali saya cuba mengawal nafsu untuk shopping online.. Dan berkali-kali juga saya tewas.. Allahuakbar!

Tu taim bujang...

Lepas kawen saya insaf.
Untuk pastikan saya tak tewas lagi, saya tutup akaun fesbuk. Tutup twitter. Kecuali blog. Blog tak mungkin saya tutup. hehe. Waktu tu instagram tiada lagi.. hehe. Alhamdulillah. Duit gaji banyak save! Dengan bangganya, lebihan yang ada masuk tabung aji. yaloh!!

Tetiba, waktu saya mula jadi agen dropship satu online bisnes ne kan, untuk buat promotion saya kena create akaun fesbook balik. Tak cukup, sign up insta lagi.. Haaa.. amek kau! Nak bisnes sangat. Niat untuk bisnes. Bisneslah sangat!! Alih-alih saya yang asyik jadi customer orang bahahaha...

Teringat kata-kata seorang master, dalam hidup ne, korang buat option.. Nak jadi magnet atau serbuk besi. Pilih antara magnet dan serbuk besi. Thats mean, korang nak tarik orang atau jadi orang yang mudah sangat kena tarik kan..

Zaman sekarang ne memang zaman handal IT. Setiap rumah digalakkan ada komputer. Tengoklah budak2 sekarang. Permainan diorang gadget mahal-mahal. Tak macam dulu, kitorang main tanah, tepi sungai. Main kawen-kawen tabur bunga betul2. Main masak-masak guna air lopak bekas hujan. Buat milo pakai tanah. Kotor! Memang kotor. Naik rumah kena cubit mama. Kena pukul pakai hanger sebab tapak kaki bawa tanah masuk rumah. Ingat lagi tak..? kan..kan??!!

Social web is interesting. Memang bagus untuk mudah belajar and get any information pasal dunia luar. Pasal agenda yahudi dan illuminati yang merupakan perancang hal dunia terhandal konon! yang ramai orang tak tau.. Tapi tak ramai yang manfaatkan kebaikannya, termasuklah saya kutt.. suka sangat shopping online heee... 

*********

Sekadar nak remind diri saya sendiri, dan andai ianya boleh jadi manfaat bersama untuk kita apa salahnya saya record dalam blog ne kan.. kut2 ko insaf baca blog mak yong ne haaa.. hikhik..

Umi, abi selalu cakap, bila umi nak cari baju breastfeed banyak2, sebenarnya cari satu atau dua pun dah oke. Baju tu bukan nak kena pakai hari-hari. Bersederhanalah...

Umi, abi kerap pesan, bila nak beli barang baby, baju, pam susu, storage bottle, tak yah yang berjenama sangat, sebab baby cepat besar. Beli sikit-sikit cukuplah. Yang lama masih boleh pakai. Bersederhanalah...

Umi, abi kata, beg dan kasut umi masih bau kedai lagi. Takyah tukar-tukar style tiap bulan lah. Kasut untuk bantu kita jalan tak cecah tanah je.. Beg pun nak simpan barang je kan.. Sekali beli yang ada brand dulu cukuplah. Kata nak beli beg kasut berjenama sebab tahan.. Yang beli dulu, masih baru apa... Cukup-cukuplah...

Umi, semalam abi tanya, perlu ke tiap bulan beli tudung, shawl baru... yang sedia ada tak koyak lagi kan.. sudahlah dulu...

Umi, abi kata... kalau nak tutup aurat tak perlu beli tudung baju mahal, janji tebal tak jarang dan biar labuh untuk cover aurah. Lepas tu, abi kata tak yah stoking dan handsock colourful sebab tujuannya nak menutup bukan tarik perhatian orang... Faham kan umi..

Guys, 
Its wonderful when we try to understand what is life for.. what is life meaning... huhu
Kekadang kita mudah tersungkur, tapi Allah beri ujian untuk menegur supaya kita beringat. Bonus tau untuk mereka yang hidup berpasangan. Hikmah bila ada yang mengingatkan. 

Memang, bila sama-sama keja kita boleh kata, my money is mine. Ur money is mine too. Ia bukan bermakna bila kita beli barang kita pakai duit sendiri ia tidak jadi beban pada sesiapa pun. But remember when ur married, kena dalami maksud "hidup bersama" betul kan?

Renung-renungkan..
dan selamat beramal....take k!

ps: harap korang tak menguap baca blog without pic ne yeaaa.. tengkiu!

Yang ikhlas,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror  

Sunday, January 5, 2014

berdampinglah dengan orang yang soleh dan solehah

Assalammualaikum


Kenapa perlu dampingi orang begini...
Sebab kita tau kita lemah, kita tau ada waktu kita tak kuat, mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan benda-benda tak baik dan tiada faedah. Bila kita berdamping dengan orang yang baik-baik, yang soleh dan solehah, mereka akan bantu kita. InsyaAllah. Percayalah, bila mana kita sentiasa bersama orang yang baik-baik, kita mudah terpengaruh dengan cara mereka. Cara mereka mendekati Allah. Cara mereka mensyukuri nikmat Allah. Cara mereka bersederhana dengan anugerah Allah. 

Pernah dengar kan perktaan ne, "Kita adalah siapa kawan kita". Sangat ringkas. Tapi punya maksud yang dalam dan kuat. Imagine bila sahabat kita seorang yang kuat mengumpat dan mengata orang. Dan kita dalah sahabat rapatnya. Jadi bagaimana keadaan diri kita? Siapa yang selalu bersamanya ketika dia mengumpat dan mengata orang? Banyak melakukan perkara-perkara yang lagho' dan tiada kepentingan... Membazir, riak, lupa pada Tuhan.. Subhanallah!

Dan bayangkan bila sahabat kita orang yang soleh dan solehah. Masanya hanya untuk ibadat pada Allah. Sentiasa menjaga lidah dan perkataan. Sentiasa menjaga langkah agar tidak tersalah. Selalu menjaga hati agar tidak terpesong dari hukum dan landasan Illahi. Tiada masa mengata dan mendabik dada. Tiada masa riak dan lupa pada tuhanNYA. Maka bayangkan keadaan diri kita. Bila kita yang sentiasa disampingnya. Suka duka bersamanya. Buka hati buka minda. Ikut caranya. Mudah!

Saya sendiri suka baca travelblog sesetengah blogger. Cuba mengkaji dan mendalami percutian dan perjalanan mereka di luar negara. Nak tau cerita apa yang best dan tak best yang ada di negara itu dan ini. Sangat menghadirkan keterujaan yang tiada belah bagi. Dalam tidak sedar saya simpan niat nak kumpul duit dan nak travel ke luar negara bersama suami dan anak. Perkara yang tiada salahnya. Namun, bila mana saya ubah untuk lebih kerap baca blog islamik. Masih berbentuk traveling blog, masyaAllah.. sungguh saya telah terpesong niat. Huhu.

Mahu bercuti ke luar negara kerana suka-suka dan hanya sekadar mahu kumpul experience jauh beza faedah yang akan kita dapat berbanding niat travel untuk mengkaji dan mendalami ciptaan Allah swt. Orang niat nak ke Palestin, Syria, Mekah, Madinah, Istanbul.. Kaji islam dan penindasan terhadap orang islam sedlamnya. Bagi bantuan pada yang memerlukan. Saya sangat malu pada diri. Dalam keadaan saudara sendiri menahan rasa disiksa, saya masih sempat simpan niat nak bercuti suka ria di negara orang putih. Sudah!

Itu contoh!

Makanya, bersahabatlah dengan orang baik-baik supaya kita jadi baik juga. Jangan tinggalkan mereka yang bermasalah. Kita kena jadi baik dulu, One day mereka akan ikut kita. Bukan kita ikut mereka. Nak ilmu lebih baca blog yang bermanfaat. Yang islamik. Yang boleh buka minda seluasnya. Ilmu Allah luas. Bacalah mana-mana sumber ilmu yang ada dan buat perbandingan. Ambil yang baik. jadikan iktibar mana yang buruk. Saya hanya berkongsi dan cuba mengingatkan diri. Sebab saya menyedari saya masih lemah dan perlu remind diri sendiri. Salah satu caranya melalui penulisan. Biarlah. Saya suka menulis. Cantik tak cantik tulisan saya ne at least ada nak disampaikan. Cewah! 

Korang kalau tak suka, tak pelah. Jangan kata saya hipokrit. Niat saya ikhlas tau nak share saja. Huhu... Kalau da bosan pun tak pe... tutup saja.. saya alu alukan.. (dah kenapa ini?!)

Hehe...

Ok Guys.. moga memberi manfaat buat kita semua. MARI SAMA-SAMA BERATUR UNTUK JADI BAIK...Lillahitaala...

Salam Alaik,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror

Monday, December 9, 2013

Second Pregnancy Sharing (week 31 & 6 days)

Assalammualaikum

Woott..Woott... Hehe
Kejap ada kejap tak ada plak ummi Insyirah ne. Seriously, rindu ah ngan blog!!!. Cuma tak menang tangan nak hadap semua. Yaloh! mana nak buat kerja opis, kerja rumah, melayan karenah Insyirahku sayang, abinya lagi (hikhik).. Nak layan sakit satu badan.. (kaw kaw penangan pregnant anak kedua). Biasalah kawan, family titeww baru nak berkembang. Bukan tiada masa. Masa ada, tapi kena cari dan bagi-bagikan untuk yang paling utama dan aktiviti sampingan. Selalu online insta n fb saja tu pun sekejap-sekejap... Lepas uplod, tutup. Hehe...


Sebelum melahirkan, nak juga share dalam "Al-Insyirahsite" ne kenangan dan pengalaman mengandung baby adik dan menghadapi karenah Insyirah. Nanti, Insyirah dan adik dah besar boleh baca. Weeee.. (excited!) Dulu, blog ne saya namakan dia "a walk to remember". Sebab dah macam diary saya. Dah jadi medium untuk mengingati satu-satu kenangan, dan kejadian. Ntah!! dari dulu suka buat gitu.. Kalau tym skolah suka tulis diary.. Sekarang layan blog kau! haha... Bila Insyirah lahir, teringin ah nak guna nama anak hewhew.. Naluri keibuan datang tiba-tiba konon!

Okep! Waktu blog ne saya karang baby adik dah duduk dalam perut umi selama 31 minggu 6 hari. Wow! 57 days to go.. 9 minggu lagi. dup dap dup dap!! Walaupun pengalaman kedua. Orang cakap pengalaman mengandung satu-satu anak dan satu-satu kelahiran tak sama. Moga Allah mudahkan jua untuk kali ini. Dan.. memang pengalaman mengandung untuk kali kedua jauh beza dengan sebelum ne. 



First, awal preggy hari tu saya dah alami alahan yang jauh lagi teruk dari yang pertama. Sakit kepala, demam sampai ambil MC seminggu. Kau pernah?! huhu.. Masuk 6 bulan, alhamdulillah pulih sepenuhnya. Makan pun kuat. Tapi saya alami sakit pinggang yang agak teruk juga. Rasanya waktu pregnant Insyirah haritu, sakit pinggang cuma rasa masa nak beranak jeww.. huhu 

Ujian yang paling ketara bila berhadapan dengan emosi. Bukan mudah, nak kawal emosi tau, walaupun kita tau yang marah-marah, murung-murung, moody-moody tu tak bagus. Hehe Kadang-kadang, nak lawan perasaan tu sampai nangis. Mengandung di saat anak pertama masih perlukan perhatian adalah suatu pengalaman yang cukup mencabar. Ya! sudah rasa baru faham susahnya mama nak besarkan kami beradik yang "berjurut" dan "bergurutan" membesar bersama haha.. Saya ada 7 beradik yang umur sebaya-sebaya ok! 

Sekarang Insyirah dah masuk setahun 8 bulan. Masih kecil. Waktu-waktu beginilah dia suka perhatian. Suka bercerita hanya untuk tarik perhatian. Kesiannnn... Kadang-kadang, cara dia tarik perhatian tak sama. Ada masa dia akan bercerita, menyanyi dan menghibur. Ada masa dia akan buat perkara yang mungkin boleh datangkan kemarahan. Tu yang kena kawal. Mereka mungkin suka buang barang, tumpahkan air, makanan, sepahkan bilik dan macam-macam lagi. Semua tu semata-mata nak tarik perhatian kita. Abi selalu cakap, "budak-budak cuma kecil sekali, esok dah besar tak perlukan kita dah". Tu yang sebak tu. Bila lagi nak manjakan dorang kalau bukan waktu begini. Sedangkan nabi tak pernah marahkan anaknya sehingga usia 7 tahun. 



Memang, Insyirah mula manja dan sukakan perhatian sekarang. 

Sebak tau bila ingat karenah Insyirah bila saya dalam perjalanan pegi balik ofis. Tula waktu saya mengelamun. Kadang-kadang sampai tumpah air mata senyap-senyap. Hikhik. Sssshhh.. jangan cerita dengan orang erkk.. !! heeee...

Waktu mengandung ne, kadang-kadang saya nak rehat banyak. Nak luruskan belakang la, nak urut la.. hehe.. Nak tenangkan fikiran la... Semua nak senang lah katakan. Tapi waktu tu semua adalah waktu yang sama Insyirah nakkan perhatian. Kesiannn kan.. Saya tak boleh nak abaikan. Insyirah dah sehari dengan cikgu dan kawan-kawan. Tak nampak muka umi dan abi. Takkan saya sanggup tak nak peduli. Bila ingat alunan suara dia yang manja minta "ngempeng" aduiii rasa nak menangis... Dahlah sehari tak merasa.. huhu! Biarlah penat, biarlah sakit, janji.. Insyirah tidak merasa dia diabaikan... Walaupun kadang-kadang umi dah macam tak boleh.. Syukur ada abi... Abi baik! Banyak tolong... Huhu.. Nak nanges ne.. boleh??!! Banyak jasa abi dalam menenangkan dan mempositifkan fikiran umi... Abi cakap, jangan tinggal baca Quran sehari... even ada vitamin shaklee pun, makanan ruhani perlu ada... Ya! waktu stress g ambil wuduk buka Quran... Baca! Biar kuar airmata... Allah akan pimpin pada "jalan yang lurus".

Promote jap.. Vitamin B-COMPLEX SHAKLEE juga bantu saya dalam elakkan stress selama mengandung. Alhamdulillah, pertama kali merasa keadaan begini tak adalah sampai nak lompat keluar tingkap kan.. hahaha.. 

Beza dengan pengalaman pertama kali menagndung. Rasa berat pada perut je.. Emosi kurang. Agaknyalah kan.. hehe. Setiap pengalaman tu berbeza. Tapi, sejujurnya semua saya hargai. Semuanya ujian beserta nikmat. InsyaAllah. Ne baru pengalaman mengandung kali kedua. Belum pengalaman menimang cahaya mata kedua pula. Tunggulah baby adik lahir nanti sambung cerita kay!

Kawan-kawan..
If you think being pregnant and having a baby besttt je.. bahagiaaa je.. indahhhh je.. sebenarnya baguslah pemikiran yang agak optimistik. Tapi kena ingat juga, best tu, bahagia itu dan keindahan itu juga diiringi dengan ujian, kesakitan, dan tarbiah dari Allah. Anak itu amanah. Setiap hari jangan lupa minta petunjuk Allah, agar mendapat bimbinganNYA, bagaimana untuk kita mendidik dan membentuk amanahNYA itu. Ia bukan mudah.. Rupanya! Ya, saya baru faham sebab saya baru jadi ibu. Andai usia masih panjang maka panjang lagi lah perjalanan sebagai ibu yang kena ditempuh. Huh! kena get ready!!


Bila baca blog ne, tak semestinya korang kena setting minda.. "ah tak nak la mengandung dulu".. or "kalau gini tunggu baby umur 10 taun baru preggy balik" jangannn!!! Itu bukan tujuan saya share cerita ne. Jangan anggap perkongsian ini membawa makna seperti "susahnya mengandung anak kedua bila ada anak kecil" Tidak sekali-kali... hehe. I just wana share with u, pengalaman mengandung yang berlainan, first lain ragam, second pula lain ragamnya.  Saya tak pernah terfikir yang mengandung untuk kali kedua ini sukar dan menyakitkan. Tidak! Malah bersyukur, dan berterima kasih pada Allah swt atas peluang, dan pengalaman yang TERLALU BERHARGA ini.... Now, i can feel what every moms think about their love one! Apa yang ibu-ibu mahu untuk anak-anak mereka. Rugi ko tak merasa.. hehe

Sebab tu saya rakamkan perasaan ini dalam blog kesayangan ne.. ecewah!
Satu hari bila Insyirah baca blog umi, jadilah pemikir yang tidak mensia-siakan setiap ilmu Allah di dunia untuk bekalan ke akhirat...

Oke, aikkk!! ko dah menguap baca blog mak yong??!! sampai hatiiii..
oke laa.. oke laa... mak yong stop disini dulu.... Daaaaaa...

Salam alaik..


With Love,
Ummu Al-Insyirah

Thursday, November 21, 2013

menghargai anugerah Allah..

Assalammualaikum

Wah lamanya tak buka blog.. Nampak sangat sudah bersawang dan bersarang labah-labah.. hikhik
Sejujurnya saya rindu nak tulis-tulis dan cerita-cerita disini.. Kalau ikutkan jiwa yang tengah kerap verangan kebelakangan ne banyyaaaakkk nak share.. hehe 

Ok straight to the point, satu cerita saya nak share buat kawan-kawan semua... Hal ne dah terjadi lebih kurang sebulan lalu.. Tak pernah imagine, tak pernah saya duga benda ne jadi pada kawan baik saya sendiri. Then, apa yang berlaku benar-benar bagi kesan dalam hidup saya, lama ia berbekas jauh ke sanubari saya.. apatah lagi sahabat yang teruji.

Kawan, setiap hari tatap wajah pasangan, kita tak pernah imagine bila itu mungkin adalah kali terakhir kita pandang dia bernyawa kan.. Korang perasan tak? Atau itu mungkin kali terakhir mereka senyum pada kita, kali terakhir ucapkan sayang pada kita, kenyit mata pada kita, kucup dahi kita, belai rambut kita dan bergurau dengan kita. Wah, bukan saja tak pernah imagine, malah kita rasa macam akan hidup bersama selama-lamanya lagi.. Betul kan..?!

Sahabat baik saya baru saja kehilangan suami yang telah dikahwini cuma 3 bulan..?!!! Ya.. hanya 3 bulan dia bergelar isteri pada adam yang dicintai.. Sakit tak dengar? Tak rasa? sebab bukan kita... Bila dengar berita ne saya join dia nangis... Saya dapat rasa sakitnya.. Dia ditinggalkan dalam keadaan mengandung 3 bulan.. Allah lebih sayangkan suaminya. Allah ambil nyawa suaminya dalam satu kemalangan. Saya dengar pun sebak tau.. Beliau kawan saya sekolah. Rapat. Bila dah habis sekolah beliau pindah ke semenanjung tempat kelahirannya. Jarang jumpa tapi tak penah putus hubungan. Bila dengar berita ne saya rasa sakit juga. Apatah lagi dia...

Bila berhadapan dengan realiti hidup seorang sahabat yang rapat, saya terkesan. Saya juga punya suami dan anak. Saya cuba imagine duduk ditempat dia.. Ya Allah, sejujurnya ia terlalu berat untuk dihadapi. Namun, Allah pilih dia. Allah lebih tau apa yang terbaik untuknya. Lebih sakit bila kesakitan menghadapi satu ujian belum pulih, dia diuji lagi dengan ujian-ujian lain. Subhanallah. Saya mula mengingati perjuangan sahabat ini. Ya ! Saya kenal dia... Saya sedar mengapa Allah pilih dia. Saya mula meneliti hubungannya dengan Allah sedari zaman sekolah lagi.. Dia memang wanita yang kuat. Wanita yang hebat. 

Bila Allah uji, kita tiada pilihan lain selain paksa diri untuk kuat, redha dan terima namun, DIA akan nilai sejauh mana kita tidak menjauhkanNYA dalam apa perkara sekalipun.. Moga sahabat saya dikurniakan kekuatan untuk terus berjuang ke jalan Allah swt. Kalau bukan sebab sekarang kami berjauhan saya pasti dah peluk dia ketat-ketat...

Berat mata memandang, berat telinga mendengar, siapa tau betapa lebih berat bebanan si pemikul ... Apa yang jadi buat saya sedar betapa tingginya nilai bersyukur dan menghargai orang yang kita sayang. Tak ada pasangan yang tak pernah gaduh-gaduh.. kan.. Setiap hari kita bersama mereka juga mungkin adalah hari-hari terakhir bersama.. Siapa tau.. semuanya rahsia Allah.

Namun, apapun yang terjadi, takdir Allah itu beserta hikmah. Allah ambil orang yang kita sayang bukan bermakna DIA nak aniaya. Mungkin kita kena lebih sedia. Hal ne juga banyak ingatkan saya pada kematian.. Entah bila... sedia atau tidak tanya iman...

Hari ini, kami ber whatsapp macam biasa.. bergurau, dan becerita sambil buat lawak.. Kuat kan dia.. Apa yang jadi mengajar dia jadi lebih kuat dan matang. Dia memang antara kawan yang baik. Saya doa moga dia terus diberi kekuatan.. Bila tanya perkembangan dia sekarang, ada perkara lain yang lebih berat yang sedang dia lalui. MasyaAllah, ujian Allah tidak berakhir disitu, belum bertitik belum bernoktah. Tapi dia sudah mampu ketawa dan menghibur. Bila Allah bagi peluang saya jumpa dia, mesti nak peluk dia kuat-kuat. Moga Allah pelihara sahabat saya...

Buat sahabatku, apa yang berlaku adalah ujian Allah buatmu, dan kau sudah tentu tahu akan itu... Malah kau redha dan cukup tenang menerimanya.. Semoga anak yang bakal lahir itu nanti mewarisi ketabahan ibunya...

Ya Allah, permudahkanlah urusan hambaMU ini..
Jangan biarkan kami lalai akan nikmat dunia MU yang sementara cuma ini..

 
Tetiba nak gitau abi yang ummi sayang dia sangat-sangat...
Subhanallah...
 
  

Monday, September 23, 2013

belajar mentafsir liku kehidupan

Assalammualaikum


Para pembaca sekalian mesti ada fesbuk kan? Zaman sekarang tua muda semua duduk depan komputer untuk hadap laman sosial, tak pakai komputer atau lappy pun mesti 24 jam online guna henpon...
So... berapa lama dalam sehari anda menghadap facebook dan mengambil tahu cerita dan kehidupan orang lain?

Facebook is good. Sama juga dengan blog, twitter dan mungkin banyak lagi laman sosial popular yang lain.. Instagram, keek, segala.. Ianya akan jadi bagus, bergantung dengan penggunaan kita.. Cara kita.. Alangkah bagusnya kalau benda yang cepat menyebar macam laman sosial ne kita gunakan untuk berdakwah, kongsi ilmu.. Saya cakap untuk diri juga..

Guys.. we go direct to the point, 
Dalam kehidupan kita, satu hari Allah akan uji kita dengan macam-macam, salah satunya mungkin akan uji hubungan kita dengan seseorang. Mean, gaduh ka, selisih faham dan sebagainya. Please, jangan sekali-kali luahkan ianya dalam fb, atau mana-mana laman sosial. Tak elok! Lebih-lebih lagi bila kita memang maksudkan untuk orang tu nampak status kita dan dengan niat menyindir, perli atau nak buat dia terasa.. Nonononono.. Janganlah.. Tidakkah kamu terfikir ia perbuatan yang sunggguh hodoh?!! huhu.. Dahla buat jahat dengan orang, at the same time buka aib sendiri juga kan? Kalian fikir bila dedahkan buruk orang, then in the other side.. kita tak sedar orang pandang buruk dengan kita...

Allah uji untuk pastikan kita akan jadi lebih dekat dengan DIA. Bukan buat perkara tak baik yang akan jauhkan kita dariNYA pula.. ambillah iktibar, kenapa kita diuji sebegitu. Mungkin salah satu teguran dari Allah. Ada silap kita yang kita tak sedar. Jangan salahkan takdir. Ianya atang dari Allah swt. Kalau nak mengadu, lebih manis kita mengadu pada Allah saja. DIA yang menguji, jadi pada DIA sajalah kita mengadu balik.. kan..?!

Sesetengah manusia, mudah bertindak mengikut perasaan. Mencari kepuasan diri semata-mata. Tapi tak sedar, tindakan itu akhirnya akan mengundang masalah yang lebih besar. Memang tak mudah jadi orang baik. Saya lagilah bukan orang baik. Jujur! Maka dengan itulah saya juga berniat nak jadi baik..

Sudahlah.. hentikan buka aib diri. Selama ne kita nampak baik sebab Allah tutup aib dan kelemahan kita. Allah lagikan nak tutup, kita pula nak buka. Andai diuji, bersyukkurlah.. ia mungkin kaffarah dosa-dosa kita. Cuba cari hikmah disebalik ujian Allah. Bukan asyik menyalahkan... 

Salam perkongsian..
Note to myself juga..
=)

Thursday, September 5, 2013

kanak-kanak agresif - SUKA GIGIT

Assalammualaikum
 
Saya mungkin ibu baru 
Anak baru satu
Banyak benda yang saya belum tahu
Mujur banyak ruang dan waktu
untuk saya kaut ilmu 
Syukur banyak yang bantu...      
^_^v

Sejak Insyirah masuk setahun + + haritu, saya dan keluarga perasan dia kuat gigit. Mula-mula dirumah dia tak buat. Sebab dia selalu main dengan Qisya tapi tak pernah gigit. Laporan bermula di taska. Hikhik.. Cikgu dia cakap, "Tadi Insyirah gigit Adam.."     esoknya,    "Tangan Amanda biru, sebab Insyirah gigit, nasib gigi Insyirah belum banyak.."      Lusa pula...    "Mungkin Insyirah rasa gatal-gatal kat gusi, hari ne Insyirah gigit ayie.."     Aduhai.. kesian anak orang.. 
paling tak tahan.. dengan dialog ne, selepas terperasan yang satu haritu cikgu tak lapor apa-apa... 

Saya : Hari ne Insyirah macam mana, ada gigit kawan? 
Cikgu Insyirah : Err.. hari ne tiada... tapi..... dia gigit saya (sambil tunjuk lengan yang biru)

Hikhikhik....    

Saya susah hati sebenarnya. Lepas cikgu dia bagitahu yang Insyirah mula gigit kawan, saya minta pisahkan diorang dan pantau dia. Kesian tangan kawan dia habis biru. Mula-mula ok. Laporan yang macam tu dah kurang. Masalahnya, dia dah mula gigit Qisyaaaa... Alahai.. kesian Qisya. Abah dia balik dari Offshore tengok tangan asyik biru... Kalau berlaku pada anak kita, mesti sedih kan..? Saya juga ibu, jadi saya dapat rasakan perasaan ibu-ibu... Susah hati saya semakin bertambah. Runsingnya saya. Saya selalu juga tegur Insyirah dengan tegas. Bagitau dia gigit kawan adalah salah. Tapi Insyirah hanya setahun. Macam mana dia nak faham semua tu... 
Then, saya googling! tengah berusaha praktis pelan-pelan. Maka saya ingin kongsikan di sini... Kita boleh dapat ilmu sama-sama kan... cekidauttt!!!

********************

 

KENAPA KANAK-KANAK SUKA GIGIT?

Percaya atau tidak, kanak-kanak menggigit sebenarnya adalah normal dan perkara biasa. Sebenarnya, usia kanak-kanak bermula 1 hingga 3 tahun dan mungkin juga berterusan sehingga ke 6 tahun adalah usia di mana mereka mula mengekspresikan diri mereka, memandangkan budak-budak ne masih belum lurus cakap, dan tak mungkin kita mampu faham makna, maka mereka mengekspresikannya dengan pelbagai cara, pergerakan dan aksi termasuklah menggigit. Mereka sebenarnya mahu kita lihat mereka, peduli mereka dan bagi sepenuh perhatian pada mereka... Anyonyonyonyo.. touching kan!!

BAGAIMANA MENGAWAL ANAK DARI TERUS MENGGIGIT?

Bab ne, saya pun nak bagi tumpuan. Jom kita sama-sama usaha.

1) Pisahkan anak yang menggigit  dengan anak yang digigit. Kalau ko yang kena gigit, ko redha jelah ye.. hikhikhik.. Sebab tu kena kawal juga bila anak kita main dengan budak lain. Kalau macam Insyirah yang duduk taska.. emmm.. susah nak cakap, sebab budak-budak di taska ramai. Semua nak kena tengok.
Mula-mula kita cuba tenangkan anak yang jadi mangsa gigit. Pujuk dia apalagi kalau budak tu anak orang lain kan. 

2) Kena ingat, budak-budak yang menggigit mungkin nak perhatian. Namanya juga budak-budak so, elakkan dari memarahi anak yang menggigit. Diorang belum faham. Just cakap baik-baik tapi tegas. Tenangkan jiwa ok, jangan marah-marah.. bagitau budak yang menggigit, bahawa menyakiti/ menggigit orang itu salah. Kawan akan rasa sakit. Elakkan dari beri penjelasan yang panjang. Buat apa panjang-panjang nanti dia bosan! heee..

3) Kadang-kadang, budak-budak yang menggigit ne akan rasa sedih lepas gigit kawannya. Apalagi bila tengok reaksi kawannya nangis. Then kita pula panik. Dia akan rasa sedih juga. So, tenangkan diorang. Bagi perhatian, bawa diorang cerita-cerita..

4) Tawarkan alternatif apabila keadaan sudah mula tenang. Contohnya, ajar mereka buat perkara baik. Katakan jika dia menggigit sebab marah anak yang digigit itu merampas mainannya. So, ajar diorang cakap "no"   atau   "jangan"  kalau ia berlaku lagi. Yang penting pastikan mereka elak menggigit.

5) Selain tu, alihkan perhatian kanak-kanak yang suka menggigit dengan aktiviti lain. Misalnya, bawa mereka menyanyi, menari, main game, mewarna dan sebagainya. Ia boleh membantu mereka melupakan kebiasaan menggigit bila bersama kawan-kawan.

Selain itu, selalulah puji anak, elakkan dari memarahi anak-anak yang menggigit khususnya yang berusia 1 hingga 2 tahun. Sebab mereka masih belum faham. Menggigit bagi kanak-kanak adalh kebiasaan dan ianya normal. Tapi kena cegah untuk hindar ia dari berterusan. Namun bukan dengan cara memarahi... Just cakap lembut tapi tegas.

CIPTA PERSEKITARAN BEBAS GIGITAN

Salah satu perkara yang mendorong anak menggigit apabila berada di nursery juga adalah disebabkan jumlah kanak-kanak yang terlalu ramai. Ia adakalanya merimaskan. So, minta pada penyelia taska supaya pecahkan anak-anak kepada lingkungan atau kumpulan yang kecil. Lihat perkembangan sehari ke sehari. Part ne saya tak pernah cuba lagi. Sebab kita bukan sehari tengok budak-budak di taska so, kita tak tau juga macam mana guru-guru kawal budak-budak ne. Tapi saya pernah pesan dengan cikgu Insyirah supaya pantau Insyirah bila main dengan kawan. Kita pun tak mau anak orang lain asyik disakiti anak kita kan... 

Selain tu, boleh bagi reward pada anak sekiranya dia mendengar kata atau berkelakuan baik. Pujian pun bagus juga untuk mereka. Budak-budak memang macam tu, kalau diorang nyanyi kita tepuk tangan makin rancak diorang nyanyi kan..kan... hikhikhik

Kalau kita nak kata budak-budak macam ne terlalu agresif sebenarnya tak boleh juga. Mereka cuma budak-budak. Mereka sebenarnya terlalu ekspresif. Betul kan? Budak-budak suka mengekspresikan diri mereka dengan macam-macam cara. So, kitalah yang sebenarnya kena bijak menangani mereka secara sycologi. Saya juga sedang mencuba dan berusaha. 

AMALKAN AKTIVITI INDOOR DAN OUTDOOR BERSAMA SI KECIL

Betul! kanak-kanak suka perhatian. Insyirah misalnya, kalau saya layan dia sehari, main dengan dia dalam rumah, ajar dia alif ba ta, main game POU dalam smart phone atau, layan karenah dia ketika makan dan menyusu, dia akan berperangai baik. Seriously yes! Sebab ada kita tengok dia. Memang penat. Dan itulah masalahnya pada kita. Kita tak mampu tahan layan karenah mereka sehari. Huhu.. Sebab banyak benda nak diselesaikan kan...

Ok, untuk aktiviti outdoor pula.. waktu bawa Insyirah pegi zoo haritu, perangainya memang berbeza. Dia tak meragam, sebaliknya berperangai baik, boleh nampak dia nak belajar, nak tanya itu ini dan nak tau semua benda. Dia nak jalan sendiri tak nak didukung atau di tunda.. Pandai dia bawa diri pegi satu kandang binatang ke satu kandang binatang yang lain dan cakap dengan kita... "naaaaa.. tuu.." (sambil tunjuk binatang). Itu salah satu usaha kita dalam mencipta 'persekitaran bebas gigitan'. Saya yakin, kalau waktu tu Insyirah jalan dengan kakak Qisya dia, mesti diorang sehati sejiwa nak belajar. Tiada yang mendorong dia untuk gigit. 
 


Kurangkan masa menonton TV, bermain video games di komputer atau ipad atau TV. Bila anak-anak bermain video games, mereka akan mengalami adrenalin rush. Dan bila mereka tidak diberi bermain lasak di luar terutamanya, maka adrenalin rush itu tiada jalan keluar dan menyebabkan anak-anak kecil itu menjadi tidak keruan perlakuan mereka. Ini selain daripada pengaruh games itu sendiri termasuklah mesej tersirat yang subliminal dimasukkan ke dalam games itu. Oleh itu pilih games yang baik dan try games itu dahulu sebelum diberi kepada anak-anak kecil anda. Jika anda sendiri rasa tak menentu selepas bermain games itu, apatah lagi anak-anak kecil itu.

 
> Kurangkan pengambilan gula secara nampak atau tidak nampak. Nampak, maksudnya kita sendiri yang memasukkan gula itu. Tak nampak contohnya minuman soda, fast food dan sebagainya. Jika menyediakan makanan sediakanlah dengan penuh kasih sayang dan tenang. Makanan itu masuk ke dalam badan mereka dan menjadi darah daging.

 
> Elakkan menjerit-jerit dan terlalu kerap marah-marah. Boleh marah, tapi simpan marah itu untuk sesuatu isu yang sangat memerlukan marah itu. Contohnya sesuatu yang merbahya baginya, seperti bermain di tengah jalan dan sebagainya. Bila terlalu suka memarahi, marah kita itu sudah tidak ada maknanya. Malah ia menjadi cara hidup yang anak-anak kecil itu akan ikut. Marah yang tidak dikawal dengan baik akan menyalurkan tenaga negatif yang akan diserap oleh anak-anak itu. Maka kita akan lihat mereka pula mempunyai karakter suka marah-marah. Yalah, sebagai ibu walaupun baru, kita sama-sama faham, para ibu bapa semua adakalanya tidak boleh mengawal diri dan terus marah. Itu sekali sekala, its okay. Kita manusia, kita buat silap. Apa yang kita tidak mahu jadi ialah kita menjadikan itu karakter kita , suka marah-marah dan berleter. Sila kawal – Bila marah, jika berdiri, duduk, istigfar atau bilang sampai sepuluh. Jika marah juga, pergi tempat lain yang anak tu tak nampak, maka keluarkan marah itu dengan menjerit smabil memekup muka ke bantal … atau yang lebih baik, pejamkan mata dan bayangkan anda berada di bawah air terjun yang indah dan air itu memandikan anda sehingga semua rasa marah anda tadi dibasuh keluar dan pergi bersama air yang luruh daripada badan anda.

Bila sudah selalu melakukan sedemikian, anda akan mengambil masa yang lebih singkat dan bila tenang, anda boleh mengambil langkah yang lebih bijak.

So, lepas ne, kena jadi ummi yang bijak. Manfaatkan ilmu Allah sebaiknya. InsyaAllah kita sama-sama cuba. Dari faktor sycologi sampailah ke biologi kena take noted! hehe.. Makanan Insyirah pun kena pantau. Lepas ne, tak boleh banyak makan junk food segala. InsyaAllah...

Jom sama-sama lahirkan generasi yang berhati dan berakhlak mulia.... InsyaAllah
 



PERKONGSIAN : -
Amalkan doa ne sama-sama untuk lahirkan zuriat yang rajin solat..
Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah ...
رَبِّ اجْعَÙ„ْÙ†ِÙŠ Ù…ُÙ‚ِيمَ الصَّÙ„َاةِ ÙˆَÙ…ِÙ† ذُرِّÙŠَّتِÙŠ ۚ رَبَّÙ†َا ÙˆَتَÙ‚َبَّÙ„ْ دُعَاء


"Rabbij 'al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii, rabbanaa wataqobbal Du'aa'.....

[14:40] "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku.

Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonan kami"
Rujukan : -




Salam kasih dan perkongsian
Ummu Al-Insyirah
=)

Thursday, June 20, 2013

salam jumaat... 21 Jun 2013

Assalammualaikum


Alhamdulillah, masih bernafas di hari jumaat yang mulia hari ini... Moga Allah mudahkan segala urusan dan memberi syafaat pada setiap tindakan kita yang telah diniatkan sebagai ibadah pada Allah swt.

Sedikit tazkirah dan peringatan buat diri dan kalian..
Adalah lebih memberi makna andai satu hari kita itu digunakan untuk bermuhasabah diri dan kembali pada Allah swt sebagai pencipta..
Adapun, sia-sia seandainya, sepanjang hari dan waktu kita itu digunakan untuk meneliti tindakan orang lain serta mencari salah dan silapnya. Kita peroleh dosa, mereka peroleh pahala. Malah pahala kita juga berpindah pada mereka. Bukan kah sia-sia?
Lebih indah bila satu hari itu, kita hiasi dengan amalan-amalan sunat sebagai jambatan meniti titian sepanjang kehidupan di dunia hingga akhirat kelak {InsyaAllah}...

Dunia hanya pinjaman
Akhirat jua yang kekal abadi
Entah dalam bara api atau indahnya taman
Perindahlah hari sebelum bersemadi...

Salam jumaat yang penuh barokah buat pembaca sekalian

[Keyboard Conqueror]
Ummu Al-Insyirah




risau

Assalammualaikum


Risau itu perlu...
Kerana ia normal...
Namun tidak perlu risau yang berpanjangan...
Dan berlebih-lebihan...
Kerana 
Hidup ini terlalu singkat
untuk sebuah penyesalan
Teruskan buat baik dan bersangka baik..

Allah kan ada..

-senyum-

Tuesday, June 18, 2013

HATI

Assalammualaikum


Terluka itu biasa...
Dan sang hati, kau harus terima!

Allah menguji takkan berhenti,
Ia datang silih berganti,
Perjalanan masih jauh untuk kau titi,
Maka bertahanlah,  tenanglah wahai hati!!


Dalam menghadapi kehidupan duniawi, Allah swt menjanjikan kita siang dan malam, gelap dan terang.. Suka dan juga duka.. Kan..? Bila kita rasa gelap, Allah cipta matahari untuk beri kita sinaran agar suasana menjadi terang. Dari malam yang gelap kepada siang yang terang. Macam tu juga hati. Kadang-kadang ada masanya kita rasa suka dan gembira, namun dalam pada itu, ada perkara yang buat kita rasa sedih, sebak dan berduka. 
Allah itu maha adil. Diciptakannya tiap satu perkara dengan penghujung yang punya hikmah. Tidak semua perkara yang kita suka baik untuk kita. Begitulah sebaliknya. Allah takdirkan pelbagai keadaan dan kejadian buat hambaNYA sebagai ujian. Namun, sedarilah, Allah tidak akan menguji hambaNYA, dengan ujian yang diluar kemampuan kita untuk menghadapinya. Ujian membuktikan iman. Tidak beriman seseorang itu andai ia tidak diuji. 

Bercakap soal hati, setiap manusia memiliki hati yang dikurniakan Allah swt. Dan hati inilah yang menentukan baik buruk tingkahlaku seseorang. Orang yang memiliki hati yang baik, pasti ia memiliki sifat-sifat yang terpuji (InsyaAllah), dan begitulah juga sebaliknya. Orang yang memiliki hati yang busuk, mesti dapat kita pastikan tingkahlakunya yang sentiasa berniat jahat dan merugikan orang lain. Moga kita tidak tergolong dari kalangan pemilik hati yang busuk, seperti sabda Rasulullah saw : -
"Ketahuilah, pada setiap jasad ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati." (HR BUKHARI)



Bukan mudah untuk menguruskan hati. Andai kita mampu memperlihatkan kebaikan melalui riak wajah dan pergerakan fizikal, tidak semestinya ia adalah apa yang dimaksudkan oleh hati. Betul kan..? Bukan mudah untuk merasa ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara yang diluar minat dan bidang kita. Subhanallah! Berdosanya kita andai ketidakikhlasan itu atas usaha menelusuri jalan Tuhan dan ibadah padaNYA. Moga dijauhkan.

Jadikanlah segumpal daging yang wujud dalam jasad itu sebaik-baik pemandu. Jangan kita rosakkan ia sehingga mampu merosakkan segenap jasad kita. Maka, ubatilah hati yang sakit dengan berlapang dada. Sentiasa redha. Dan dekatkan diri padaNYA. Sesekali terjatuh itu adalah biasa, namun jatuh yang tak mahu bangun-bangun itu luar biasa pula. Suatu hari jalan kembali kita hanya pada Allah. Maka lakukanlah sesuatu yang membawa kita sentiasa mengingati Allah dan lalui jalan selamat untuk bertemu denganNYA.

Jauhkanlah dendam. Kerana ia barah yang sukar diubati berpunca daripada penyakit hati. Tiada faedahnya melainkan menempah dosa yang langsung pada azabnya siksa!! Nau'zubillah Mindzalik! Belajarlah untuk kuat dan berlapang dada, sentiasa tenang dan sedarlah sebaik-baik sifat itu adalah sabar. Orang yang tenang seikhlasnya pasti akan menang. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang hampir padanya, sedang Allah jua memberi balasan yang setimpal kepada orang yang menjauhkanNYA.

Begitu juga Allah swt menjadikan hidup dan mati untuk satu tujuan yang sama, Firman Allah : - "(Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun " (Al-Mulk ; 2)

Untuk tujuan itu, peliharalah hati, buatlah baik. Buatlah baik. Dan berbuatlah kebaikan. Itu bekalan di hari kemudian!

Duhai hati si penukil!
...Andai kau merasa terluka untuk ketika ini, ketahuilah olehmu, "di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah swt semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNYA" (Surah Al-Baqarah 2:207)

Bicara untuk sedar diri
[Keyboard Conqueror]
ummu Al-Insyirah

Wednesday, June 5, 2013

kehamilan selepas keguguran

Assalammualaikum


Bersediakah kita? Hehe...

Keguguran ne, pada saya satu ujian. Sebagai manusia biasa, saya pun tak lari dari rasa sedih, dan mesti ada juga kebimbangannya kan.. Tapi harus redha.

Saya banyak google juga, punca-punca keguguran. Tapi kebanyakan web nyatakan point yang sama. Biasanya keguguran disebabkan tumbesaran janin. Means, ada masalah dengan janin dan jarang berpunca daripada ibu, melainkan yang mengalaminya lebih dari sekali. Ada juga saya google, ia mungkin berpunca daripada serviks yang lemah atau masalah ovum

Keguguran sebenarnya, membawa hikmah yang tersembunyi. Mesti ada sebab kenapa Allah uji kita. Jadi benda tu kena terima dengan redha. Cuma, memang bukan mudah juga kita nak kawal perasaan kan... Banyak makan masa juga untuk tutup kesedihan dan lupakan perkara tu. Macam mana pula kalau mengandung balik dalam masa yang terdekat, seriously, kebimbangan tu tetap ada.. betul kan?

Dulu masa awal-awal hari selepas keguguran saya selalu tertanya-tanya, masih ada ke peluang saya untuk pregnant balik. Sampai google siang malam, dari web bahasa melayu sampai ke blog bahasa inggeris saya cedok ilmunya.. Huhu.. Takut dan risau memang ada. Abi Insyirah yang selalu bagi saya semangat untuk relax. Apapun yang jadi lepas ne kena redha. Ada saja sebabnya ujian Allah tu, tak semestinya benda yang nampak menakutkan, atau mungkin kita tak suka tu tak baik untuk kita kan. Saya doa dan tawaqal. InsyaAllah, segala yang baik-baik Allah janjikan buat hambanya yang lemah ini.
Tips berfikir secara bijak, Bersangka baik kepada Allah swt.  ^_^ -senyum-

Bagi saya sekarang, InsyaAllah saya berpegang pada satu tips sahaja, iaitu bersangka baik pada Allah swt. InsyaAllah, apa pun yang DIA tentukan pasti beserta hikmah. Akan ada kah berita baik selepas ini..? Allahualam.. Selain tu, kena tenang dan sentiasa positif. Allah maha adil.

Hari tu, sebelum keguguran.. Sepatutnya due saya cuma selang seminggu saja dengan kakak saya yang sulung (mama qisya). Memang kami excited, mama saya pun suka. Nak sambut cucu sekali. Tapi, macam yang kita semua dah sedia tau, kan... mesti ada sebab kenapa Allah tentukan akhirnya saya keguguran...
Sebenarnya, sebelum ne, kakak saya pun pernah keguguran. Dia tak merancang pun lepas tu, sebulan selepas sekali period dia disahkan hamil lagi, sekarang dah 5 bulan. Alhamdulillah. Takdir Allah tu unik kan.

Mungkin, kalau ditakdirkan mengandung lagi dalam masa yang terdekat, bukan mudah juga kita nak hebohkannya. Baru baik dari kesedihan kan, ambil masa juga nak share itu semua dengan saudara dan kawan-kawan. Mesti ada kerisauan, takut tragedi sebelum ne berulang lagi. 


Apapun, andai ada kawan-kawan yang baca blog saya ne mengalami situasi yang sama macam saya, kita sama-sama kuat dan sabar ya. Sama-sama berlapang dada. Percaya pada takdir Allah. 
Lepas keguguran, saya banyakkan study pasal penyusuan dan pemakanan anak. Saya juga, ambil tahu perkembangan anak sebesar Insyirah melalui kajian saintifik, selain banyakkan ilmu cara-cara mendidik anak yang soleh/solehah. Life must go on. Kita tumpukan pada benda yang ada depan mata kan.. 

Moga Allah swt merahmati perjalanan hidup kita dunia dan akhirat. Apapun dugaan yang kita hadapi cuma sekejap berbanding nikmat akan datang sebagai gantinya di akhirat kelak. Bahagia di sana adalah yang hakiki dan selama-lamanya. Jadi, stay cool. Hehe...


Moga Bermanfaat..
Salam sayang... ^_^




Monday, June 3, 2013

memaknakan sebuah kehidupan dengan sabar!

Assalammualaikum


Tengahari tadi adik saya kol, nak minta ambil di terminal bila dia sampai kk.. Ceritanya tak dapat bawa kereta sebab masuk bengkel, jadi dia naik bas. So, memandangkan kawasan sekolah tempat dia mengajar tiada bas masuk, dia minta saya tunggu dia di terminal dan hantar ke sekolah Tahfiz An-Nur. 

Sebelum tu, dia bawa saya singgah cari makan, sebab lapar lah tu. Hehe. Saya bawala dia singgah makan di satu restoran ne. Dekat saja dengan terminal Wawasan Plaza KK. Mudah. Tak payah jauh-jauh, dahla memandu kereta berotex harommm!! Hihihi.. Sshhh!!

Restoran ne terletak di Bangunan Harbour City, ada banyak kedai makan sana, korang pilih ja mana suka. Tanak sebut nama la. Ada satu restoran baru buka. Sebelum ne setau saya bukan restoran tu yang beroperasi, tapi restoran lain. Adik saya ne teringin la nak rasa. Deco dalam kedai tu nampak menarik saja. Meja kerusi yang diorang guna pun cantik. Nampak la macam restoran mahal sikit walaupun dari bunting yang dipasang ia cuma restoran mampu makan ececeh! Jadi kami semangatla nak try.


Mula-mula nampak sibuk. Ramai orang. Staff restoran tu pun mundar mandir dan tergesa-gesa hantar makanan. Sungguhpun begitu (aiceh) , masih ada juga staff yang rileks di kaunter. So, ada satu meja kosong tapi masih belum dikemas. Pinggan mangkuk bekas pelanggan sebelum tu masih ada atas meja tu. Tapi kami duduk saja dengan harapan, bila diorang dah nampak kita dduk mesti kelam kabut nak kemas dan ambil order kan.. Tambah lagi restoran baru. Mestila nak tunjuk prestasi yang baik untuk tarik pelanggan. Hampir 10 minit duduk disitu, tiada satu pun staff restoran yang peduli.. Saya balik-balik angkat tangan. Siap cakap london lagi. "excuse me".. Tak cukup dengan tu saya berdiri lagi sambil lambai tangan dengan beberapa staff dia.. Aduhai.. tiada sorang pun yang peduli. Saya dah mula geram. Saya berdiri sambil lambai sorang staff perempuan ne, dia nampak saya.. confirm nampak saya.. Tapi dia cepat-cepat alih pandangan. Lepas tu dengan staff yang sama, adik saya pula lambai tangan.. Dia buat benda yang sama.. Alih pandangan, dan buat-buat tak nampak!!! Fuhh..

Lepastu, ada sorang lagi staff dia hantar makanan di meja sebelah, adik saya pun ambil kesempatan cakap dengan dia.. " Miss, boleh ambil order?" Budak tu angguk. Tunggu punya tunggu budak tu balik2 juga lalu dekat meja kami tapi tak ambil order pun. Tau apa? Kami berdua macam ornang bodoh yang dipulaukan. Sampailah masa budak tu ambil sudu garfu di meja kami.. See? Sudahla kami pelanggan yang baru duduk, dia nak layan pelanggan meja depan, boleh pula ambil sudu garfu yang ada dimeja kami, meja tempat kami duduk tu, masih belum dibersihkan.. Ambil order pun tidak sedangkan kami dah buat beberapa kali permintaan.. Dia siap tanya lagi waktu ambil sudu garfu tu, "baru duduk ka?" sedangkan sebelum tu adik saya dah minta supaya ambil order. Ya Allah, ujian betul... Memang berapi jugaklah.. Tapi sabar.

Adik saya yang tak pandai mengamuk ne pun naik berang, daripada berlaku benda yang tak baik kami pun blah... Hehehe.. 








Banyak pengajaran yang boleh diambil daripada apa yang berlaku.. Pada saya ia bersangkut paut dengan akhlak.. Saya kira, budak-budak tadi tu memang sibuk. Boleh nampak, meja dalam restoran baru merangkak ne pun hampir penuh. Tapi, staff mereka ramai. Malah masih ada yang rileks di kaunter. Oke, kalau mereka sibuk sekalipun, at least bila dah nampak kita panggil, jawablah.. Tak pun bagi signal lah, angkat tangan, tanda 'tunggu sekejap' kannnn?! Mungkin kita boleh la consider sikit.. Tak consider apa lagi bila dah macam org bodoh sanggup tunggu nak setengah jam kat situ.. Mungkin bila dibalas dengan senyuman dan ayat-ayat yang boleh buat kita cair, kami mungkin akan lebih sanggup tunggu lama.. kut! Aiceh..

Tapi tak apa, lepastu kami tetap makan juga, lari bawa diri ke restoran lain..Hehe
Sepatutnya, bila kita baru nak bermula.. Kita patut lebih alert.. Kan..kan.. Ceh! Nak kaunseling pula.. Tiada apa pun sebenarnya.. Benda macam ne, kalau tak sabar, confirm dah hambur semua staff dia, tapi dapat apa juga kan.. Baik diam dan lari. So harap-harap dorang sedar dan faham sendiri. At least biarlah dorang belajar dari kesilapan. Benda ne bukan untuk mereka saja. Tapi untuk kita semua juga. Sekali lagi nota untuk diri saya juga. Banyak benda kena dipelajari. Belajar itu takkan berhenti biarpun dah ada degree. Ilmu Allah ne luas. Bak kata abi yang selalu singgah di telinga saya, "maknakan kehidupan dengan sabar"

Macam adik saya kata tadi, satu keputusan yang kita buat yang melibatkan perubahan perjalanan hidup, bukanlah titik akhir pada usaha memajukan diri.. Banyak benda yang perlu digali dan dipelajari... Majukan diri sehingga nafas kita yang terakhir atas landasan islam... Wallahualam


Moga bermanfaat...

~Nota buat diri~