Showing posts with label Soal Hati. Show all posts
Showing posts with label Soal Hati. Show all posts

Tuesday, May 27, 2014

BACKSTABBERS everywhere

Assalammualaikum
 
 
Pernah tak jumpa individu macam tu?
Jangan tipu.. orang macam ne banyak disekeliling kita. Untunglah bila tak pernah kena. Yang dah tekena sakit kan?
Tapi tak rugi bila kita abaikan asal kena tempatnya.
 
****************************************************************
 
 
Abi selalu pesan,
Ummi, lidah kena jaga. Cakap kena hati-hati. Semua tu kena mula dari hati dulu. Sebab apa yang ada di hati, akan signal otak kita untuk keluar ke lidah. So, mulut main peranan. Saya pegang pesan abi.
 
Tapi saya tak kata saya baik. Jauh lagi nak mengaku perfect! Namun, segalanya diusahakan. Kita pun tak suka dan tak mau orang nampak kelemahan kita kan. Kita pun tak kuat nak hadapi cakap orang pada kita kan. Lebih lagi bila benda tu betul. Yang tak betul, boleh je abaikan.
 
Macam mana bila nanti orang cakap, "eleh dia tu, suka burukkan orang"... "Alaaa.. aku tak heran la si polan tu, semua orang dia nak cakap tak bagus, dia je budget lebih". Rasa hina kan? So, benda ne la yang kita kena usaha elakkan. Even, saya sendiri pun banyak nampak. Cerita dengan orang ne, mulalah nak burukkan orang lain. Walhal depan-depan punya bagus wa cakap lu! Mmg backstabbers. So dari situ kita boleh study percuma perangai orang kan... Amacam? benda mudah, senang! Allah bagi tunjuk.
 
Macam tu kita dah kena mula hati-hati dengan individu tu. Sebab bila orang yang dia layan bagus didepan, dan boleh pula di burukkan di belakang. Sah! Wajib tidak dipercaya orang begini. Esok lusa dia akan burukkan kamu juga dibelakang. Nampak tak??!! Jangan percaya bila dia cakap kamu cantik, kamu baik. Cukup dapat redha Allah dalam hidup, sudah!
 
Apa yang ingin saya sampaikan disini, bukan nak hasut korang supaya jangan berkawan dengan orang ne atau orang tu. Teruskan bekawan. Teruskan buat baik. Tak rugi. Yang rugi bila korang layan dia burukkan orang lain. Yang hina bila korang burukkan orang lain sama macam diorang. Yang salah bila korang mengadu hal peribadi dengan dorang ne. Itu silap.
 
So, apa nak buat bila korang dah tau korang sudah pun diburukkan oleh diorang ne di belakang.. Walhal, teman sebelah meja. Kawan kupi-kupi. Teman berebut bantal. Sedih kan?!
Sedih itu lebih kepada, mereka dah nampak keburukan kita. Sedih tu makin terasa bila, mereka tak boleh terimanya. Padahal depan-depan macam friends forever, aku percaya ko sorang, sahabat dunia akhirat.. LAH SANGATTT!!!
 
Ok..
First, SABAR. Sabar, dan terus sabar. Jangan bila dengar hal yang menyakitkan hati ne, korang terus tebalikkan meja koyakkan baju. Haha. Yang tu bagus pegi terjun tingkap terus. Hikhik. Percayalah Allah sangat kasihan pada orang yang sabar. Memang, sabar adalah perkara paling mulia yang sukar untuk dilakukan. Tapi, mari kita sama-sama cuba. Pasti akan ada hikmah terbesar yang Allah akan tunjukkan.
 
Second, MUHASABAH. Yup, ini kena lakukan setiap masa. Tiada perkara mudah dilakukan untuk bahagia. Tiada jalan lurus tanpa bengkang bengkok untuk berjaya.Cuba tanya diri. Kenapa 'mereka' boleh burukkan anda juga even u're close friend. Jangan asyik cakap dia salah, dia yang jahat. Dia yang tak jaga mulut. Allah sedang uji kita. Uji hati kita. Jadi muhasabahlah.
 
Tak payah asyik tengok orang. Tengok diri sendiri saja.
Aku jaga solat ke tak.
Aku jaga hubungan dengan pencipta ke tak.
Aku jaga hubungan dengan keluarga dan kawan ke tak.
Aku jaga lidah ke tak.
Aku jaga perangai ke tak.
Jaga ke tidak, sampai boleh jadi macam ne... Persoalkan hati dan sikap sendiri dulu. Orang dah burukkan kita, biarlah dia. Biar dia settlekan sendiri dengan Allah swt. Sakit memang sakit. Nak buat macam mana kan..
 
Third. DIAM. Maksudnya tak payah balas. Kalau nak balas juga tu cari nahas. Tak ada bezanya kita dengan mereka bila tergerak hati nak balas. Tak payah jumpa dia, walaupun ada rasa nak menumbuk. Hehehe. Bila mana kita tergerak hati nak burukkan orang. Itu sebenarnya masalah kita sendiri. Tak logik? Ya. Tiada faedah pun nak fikir hal orang. Hal kita sendiri bukankah lebih banyak nak fikir? Amalan harian pada pencipta nak dicukupkan pun payah. Nak tambah dosa lagi fikir pasal orang. Rugi!!!
 
Paling basic, macam ne je la. Buat tak tau. Walaupun payah. Sabar. Memang susah. Hidup untuk menuju syurga Allah. Dah janji kan. Buat tiap sesuatu tu Lillahita'ala. So? apa untungnya nak fikir hal yang bukan menuju Allah swt? Tiada kan. Then, stop thinking benda yang tiada-tiada. Sia-sia. Fikir lah untuk betulkan diri, hati, amalan harian. Fikir nak besarkan keluarga tambah ummat Muhammad SAW. Kan.. Hehe
 
Kurangkan masa dengan individu yang kita dah nampak suka cakap-cakap ne. Tak rugi makan depan meja ofis sorang-sorang. Jimat masa. Untunglah. Masa itu kan emas. Kerja pun cepat siap. Terhindar dari dosa lagi. Betul tak?!
 
Teruskan berkawan. Berbahagialah dengan menyenangi dan jadi yang disenangi semua orang. Nabi pesan supaya bersederhanalah dalam segala perkara.
 
So, berkawanlah. Bersederhanalah.
 
Salam perkongsian,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan

Friday, May 9, 2014

Kerjaya, sahabat & keluarga

Assalammualaikum

Fuhh.. Jangan heranlah kalau entry saya kali ne agak tunggang langgang dan mereng2 sikit ok. Sebab saya pun tengah mereng now. Muehehe..
Boleh pula tengah saya gigih mengarang panjang panjang.. Kengkonon mood apdet belog lah, tiba2 lost Internet connection.. Maklumlah apdet pakai henpon ja, kalau guna lappy, confirm ada assistant tak diundang.. Ikut ketuk keyboard.. Haaa dialah sepa lagi.. Hehe makanya saya tak save.. Auto save pun tak on.. Apa daaa...
Jadi sekarang nak menggigihkan semula diri dan minda untuk buat karangan balik.. Hehe 

************


Baikkk, itu mukadimah yang agak failed.. Meluah perasaan geram dalam perenggan pertama. Jangan jadikan contoh ya adik adik. Lepas karangan saya yang panjang berjela terpadam sebelum ne terus mood lari. Aiyak! Tak apa pujuk balik mood, biar datang sendiri.
Tau tak masa mula2 dapat kerja dulu.. Punyalah saya eksaited. Mana tak eksaited, ada gaji sendiri... Bertukar situasi dari sekolah ke alam pekerjaan. Dulu bukan main susah nak dapat kerja. Sekarang pon. Jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang ya.

Tak cukup tu, saya further study. Kengkonon nak majukan diri. Alhamdulillah, banyak ilmu saya dapat berbanding sebelum tu. Nak kata banyak sangat tu tak juga. Ilmu Allah maha luas. Tak tercapai dek akal. Apa yg kta ada now hanya sekelumit. Saya syukur sungguh sungguh.
Dulu, sebab nak ilmu lebih, nak degree, nak majukan diri, nak more gud position dalam kerja, saya sambung study d ums. Alhamdulillah, rezeki. Memandangkan satu minggu saya full dengan aktiviti bekerja dan belajar, so saya kena bagi bagikan masa. Kena bagi bagikan duit juga. Hujung minggu pun nak minyak kereta juga. RM10, cukup2 untuk papar - ums, dan ums - papar balik. Hehe. Save minyak ta mau jalan jalan. Abis kelas terus balik. Punyalah..!! Hihi..

Walaupun tiap tiap minggu makan nasi ayam joara dengan rehan, minyak cukup2 isi. Tu pun patak2 dengan rehan juga.. (mueheheh), tapi kami tetap siap setiap assignment, kami tetap lulus setiap kuiz dan midterm, kami tetap lulus final exam every semester, kami tetap mampu hasilkan tesis terbaik dengan jayanya... Now, kami berjaya pegang sulung ijazah (padahal tak bergulung pun).. Eh saya cakap sulung eh? Typo letteww.. Amek kau malas nak delete. Tapi rajin pla taip lebih kan.. Hikhikhik.. Redha ja la.. Oh ya.. Siapa rehan? She's my best friend and best kazen forever.. Never be replace!! Cayang rehan full blast!!

Lepas dapat degree, makin eksaited kerja. Penat memang penat. Tapi berbaloi. Puas. Banyak pengalaman yang saya dapat bekerja sambil belajar. Kerja saya sekarang pun best. Orang kata cermin yang sebelum ne kabur sekarang dah transparent, cerah.. Boleh nampak masa depan. (apa punya perumpamaan pakai cermin) hehe.. Hanya tinggal beberapa step saja lagi.

Tapi, dulu dan sekarang dah tak sama. Apakah saya masih seeksaited dulu? Allah.. Susah nak huraikan matlamat diri yang sebenar. Takut dikata tak ada pendirian. Ada... Pendirian saya terlalu kukuh untuk dipersoalkan, ececeh!! Namun, keadaan sentiasa berubah.. Itu ujian. Tau tak hidup ne kena kreatif? Yup. Bukan nak melukis je kena kretip ok. Allah bagi kita ujian dalam kehidupan seharian. Macam mana kita nak lalui kehidupan berserta ujian Allah tulah kena kreatif. Usaha kena kreatif. Keputusan yang dibuat kena kreatif. Tapi menuju pada satu jalan. Ya.. Lillahita'ala.. Sebab tu kena minta petunjuk Allah swt. Sebab DIA yang bagi ujian tu.. Lalui dengan kreatif atas landasan hukum Allah swt. Macam nak melukis. Banyak idea kreatif kan tapi tak boleh lari dari topik. Peraturan tetapkan ko lukis pisang ko lukislah pisang tanduk ke, pisang emas kembar ke.. Janji ikut peraturan.. Pisang! Entah apa apa perumpamaan..tak kretip pon! Ya ya je lah!

************

Ok. Done part kerjaya. Tu je? Sabarrr.. Nampak tajuk atas.. Perenggan seterusnya adalah kawan. Nak hurai pasal kawan ne. Nanti pepandailah gabung kaitan 3 tajuk. Uihh, macam tutorial pengajian am kertas 2. Yang pernah ambil stpm je paham.

Dulu kan, masa form 4, saya ingat lagi cikgu mahmud pernah cakap. Jap2, ko kenal cikgu mahmud? Yang ajar maths. Aaa.. Ya dialah tu yang janggut.. Yes! Yup janggut emmbek! Dia cakap, satu hari nanti bila kita makin dewasa, makin tua kita akan semakin kurang kawan. Waktu tu kawan Punyalah berlambak. Gengster ropol2, best friend forever. Friend till die. Yarok! So saya rasa macam tak logik je apa yang janggut cakap. Eh! Apa yang cikgu mahmud cakap. Sebab ramai kawan.

Banyak banyak geng, saya tak pernah lupa kawan kawan tym skola dan belajar dulu. Best. Wallahi. Saya rindu mereka semua. Waktu sekolah je jumpa kawan yang ikhlas dengan kita. Lagi lagi dulu tinggal asrama. Makan sepinggan tidur sebantal. Biarpun bantal sarat dengan jabing segala. Dolu Dolu. Haha..

Dulu saya lemah maths. Zarah yang ajar. Sambil ketawa ketawa jawab algebra segala. Dapaaaatt gelaran sarkas. Hahaha... Zarah je paham. Pastu Arab pun lemah juga.. Nor dan farizah yang tunjukkan. Eh apesal saya lemah banyak subjek Eh? *maluuuu* Pastu kan, bila saya sedih, widya yang datang tanya dulu. Duit tak cukup beli nasi lemak, farin tambahkan.. Matun belanja aiskrim. Nak tenangkan jiwa yang robek ketawa ala2 woodywoodpeaker (Ntah! Tatau eja) Eqa temankan. Subhanallah dorang baik tau..

Masa study kan, saya selalu makan nasi ayam joara dengan rehan. Pastu solat sama2 punduk2 sama2 tahan air paip yang sejuk fikir panjang nak ambil wuduk. Ngeng betol kami. Pastu rehan sentiasa disisi saat mengharungi suka duka jerih payah jawab soalan midterm, kuiz & exam. Dahla kami sama sama kurus. Eh, ada kaitan ke? Saja nak panjangkan ayat. Pendek kata kami sentiasa bersama mengharung suka duka ambil degree ne. Bila tak cukup duit baru kami cari comot.. Hahaha..

Now, betapa jarangnya dapat jumpa sahabat dunia akhirat ne semua... Rinduuu..
Tak pernah lagi bertemu sahabat seikhlas mereka bila melangkah ke alam pekerjaan. Ya. Jujur. Makin dewasa, matlamat setiap orang boleh berubah ubah. Matlamat itu yang menggerakkan 'cara' kita berkawan... Kadang kadang dah jadi lain. Biarlah. Kita ikhlaskan saja dulu. Orang akan nilai dan sedar. Tak payah harap penghargaan manusia pun. Janji Allah swt redha.

Tiba tiba rindu nak makan Maggie tomyam campur nasi dengan kak Yan, dan tiba tiba rindu nak berQailullah dengan rin, tido ayam sebelum zohor... ayamlah sangat, dekat jam 2 baru nak tebangon. Happy mom pun dah panggil2 nak pegi dengan Ethel. Hehe.

Betul cakap cikgu mahmud.       ( - -,) "

************

KELUARGA! Tak kira berapa tingkat level mereka dengan saya sekalipun.. Wallahi, saya sayang mereka. Ne yang den sobak nak teruskan ne.

Minggu depan saya nak keja da. Cuti 90 hari dah nak berakhir. Kalaulah boleh saya tahan masa ke minggu depan. Sudah! Tak payah nak berkalau kalau!! Redha je. Tapi siapa nak jaga furqan. Insyirah da suka sangat umi dirumah. Haihhh.. Tulah saya cakap. Dulu dan sekarang da tak sama. Keadaan dah berubah..

Dulu bukan main nak jadi wanita bekerjaya.. Sopistikated konon! Sekarang mula faham, ko nak cipta kerjaya tak semestinya nak kena tinggalkan anak. Sebab sekarang dah ada own family ok! Tinggalkan rumah awal subuh. Balik lewat waktu maghrib. Ko pehal saprot? Nak masuk Isyak baru bentang sejadah untuk maghrib??!! Allahurabbi... Sentap!

Dah banyak masa dguna for sharing session dengan abi. Sampai bila nak biar semua ne...hari2 kerja bingung sendiri. Anak aku da menyusu ke.. Da makan ke.. Tengah buat apa diorang.. Phewwwhh!

3 Mei haritu saya hadir magic session for all shaklee members under master laila. Ada 5 jutawan shaklee dan seorang senior key coodi bg ceramah. Err.. Ia lebih kepada perkongsian ilmu lah macam tu. Then, daripada tu ada 2 perkongsian yang betul betul buat saya sentap. Gigil.. Semua lah.. Buat saya fikir panjang. Sampai saat ne pun tak habis fikir lagi. Why?! Dari cerita mereka dan apa yang mereka lalui dan rasai menggambarkan 90% apa yang sedang saya lalui..dan rasai. Kurangnya, saya belum berjaya seperti mereka. InsyaAllah soon!

Mereka kata, 
Kerjaya mereka perhabis duit pada bayar pengasuh anak, taska anak. Imagine 1 whole day tu anak2 dengan pengasuh. Kita kerja start jam 6am ke 6pm balik... then dapat gaji bayar pula yuran taska, atau pengasuh. Duit habis ke situ. Kasih sayang anak pun habis ke situ. Minta maaf. Mungkin kita ada pendapat yang berbeza. Tapi saya sebak fikir benda ne siang malam. 

Janji Allah pasti.
'Inna ma'al usri yusra...'  saya tau. Tapi kesenangan itu tidak semudah kata-kata. perlu ada usaha. Baiqlah.

Inisiatif lain mungkin boleh bina kerjaya dari rumah. Dalam masa yang sama boleh fokus anak. Petang tunggu abi balik. Terus fefiling sendiri. Verangan hari-hari bangun sebelum subuh. Buat apa yang patut. Ambil kesempatan Buat kerja rumah sebelum menjelang pagi, di mana anak-anak dah bangun dan mula aktif. Sepanjang hari bole ajar Insyirah melukis. Hafal surah-surah. Ajar mengaji solat. Bila budak-budak tidur boleh online tengok order. (hamboiii!!). Dalam seminggu buat jadual 3x pegi ambik stok dan buat COD. Malam-malam arrange business. Buat kira-kira n ofkos apdet belog. Aiceh. Ok tu campur angan-angan dengan shaklee juga. Haha. Bukan main lagi kamu safraa safwanah!! 
Doakan saya ye.

Tadi kata nak gabung 3 tajuk kan... Apa kaitan kerjaya, kawan & keluarga ne. Nak gabung la ne. Sebenarnya, saya cuma nak jimat masa je tu yang buat satu entry terus tiga tajuk. Oh, korang eksaited nak tau kaitannya ek? alaaa... kesian.. hehe 

Kawan, hakikatnya waktu dulu dan sekarang sangat jauh bezanya. Kita memang dah tak mampu nak kejar balik yang dulu dan tak digalakkan pun. Sebab hidup harus sentiasa maju ke depan bukan balik ke belakang. Betul kan...

Feel nak jadi wanita bekerjaya macam dolu-dolu, masih ada tapi mungkin as a WAHM.. Banyak da, working mom @home yang jauh lebih berjaya n Sopistikated berbanding yang kerja ofis kan.. Who knows, one day I am the one success WAHM. Ok. VERANGAN!!

Feel nak makan sepinggan tidur sebantal dengan zarah, widya, nor, farizah, farin, Matun, Eqa, kak Yan, rin pun tak dapat dah. Sebab dorang semua da kawen. Haha.. Dengan Ethel masih bole. Hari hari berebut bantal d surau. Mencik!

Feel nak 24jam dengan abi, Insyirah & furqan.. Huhhh.. InsyaAllah in progress umi try... Bukan mudah. Tapi kena usaha juga. There r my diamond.. Nyawa dunia akhirat sementara Allah masih pinjamkan.. There r my push factor to be success.. InsyaAllah...

Tulah kaitannya. Boring kan.. Korang redha je la.. Tapi korang doakan saya ya.. Ok..

Terima kasih
Thank you
Syukron
Toche
Shesheni
Emkoysai
Kamsamidaaaa...

My push factor.. Lillahita'ala



Walaupun dalam setiap pic tu ada muka saya, tak pelah itu tandanya saya memang sayang mereka.. Muehehe. Sebab saya yang edit mesti ada muka sendiri. 

Banyak perkara yang akan Saya rindu sungguh sungguh bila balik kerja next week. Rindu nak cerita cerita dengan Insyirah. Rindu nak ajar Insyirah doa. Rindu nak marah dia. Hihi

94 hari (plus 2hari cuti tambahan & Sabtu ahad) bersama mereka siang dan malam buat saya benar benar diajar untuk lebih menghargai. Subhanallah Allah bagi peluang merasa" kehidupan sebenar" sang suri rumahtangga. Hey housewife!! I'm impressed n jelly of u!! Who knows, one day.. Saya akan jadi housewife yang berjaya. Mentor saya cakap angan angan adalah permulaan pada kejayaan. Janganlah ketawakan saya. Huhu

InsyaAllah, 1 day before balik kerja, me as Insyirah & furqan ummi.. Akan rakamkan dalam Blog ini.. 94 hari siang dan malam aktiviti bersama mereka... 

Terima kasih sudi singgah Blog usang ne. Banyak-banyak entry, inilah antara entry yang ambil masa 5 hari untuk di publish. Lama benar. Hehe now da bole baca.. 

Salam alaik. Nak continue tengok ulangan Gods gift : 14 days.. Daaaa... 



Ummi Al - Insyirah & Al-Furqan



Sunday, January 5, 2014

berdampinglah dengan orang yang soleh dan solehah

Assalammualaikum


Kenapa perlu dampingi orang begini...
Sebab kita tau kita lemah, kita tau ada waktu kita tak kuat, mudah terikut-ikut dan terpengaruh dengan benda-benda tak baik dan tiada faedah. Bila kita berdamping dengan orang yang baik-baik, yang soleh dan solehah, mereka akan bantu kita. InsyaAllah. Percayalah, bila mana kita sentiasa bersama orang yang baik-baik, kita mudah terpengaruh dengan cara mereka. Cara mereka mendekati Allah. Cara mereka mensyukuri nikmat Allah. Cara mereka bersederhana dengan anugerah Allah. 

Pernah dengar kan perktaan ne, "Kita adalah siapa kawan kita". Sangat ringkas. Tapi punya maksud yang dalam dan kuat. Imagine bila sahabat kita seorang yang kuat mengumpat dan mengata orang. Dan kita dalah sahabat rapatnya. Jadi bagaimana keadaan diri kita? Siapa yang selalu bersamanya ketika dia mengumpat dan mengata orang? Banyak melakukan perkara-perkara yang lagho' dan tiada kepentingan... Membazir, riak, lupa pada Tuhan.. Subhanallah!

Dan bayangkan bila sahabat kita orang yang soleh dan solehah. Masanya hanya untuk ibadat pada Allah. Sentiasa menjaga lidah dan perkataan. Sentiasa menjaga langkah agar tidak tersalah. Selalu menjaga hati agar tidak terpesong dari hukum dan landasan Illahi. Tiada masa mengata dan mendabik dada. Tiada masa riak dan lupa pada tuhanNYA. Maka bayangkan keadaan diri kita. Bila kita yang sentiasa disampingnya. Suka duka bersamanya. Buka hati buka minda. Ikut caranya. Mudah!

Saya sendiri suka baca travelblog sesetengah blogger. Cuba mengkaji dan mendalami percutian dan perjalanan mereka di luar negara. Nak tau cerita apa yang best dan tak best yang ada di negara itu dan ini. Sangat menghadirkan keterujaan yang tiada belah bagi. Dalam tidak sedar saya simpan niat nak kumpul duit dan nak travel ke luar negara bersama suami dan anak. Perkara yang tiada salahnya. Namun, bila mana saya ubah untuk lebih kerap baca blog islamik. Masih berbentuk traveling blog, masyaAllah.. sungguh saya telah terpesong niat. Huhu.

Mahu bercuti ke luar negara kerana suka-suka dan hanya sekadar mahu kumpul experience jauh beza faedah yang akan kita dapat berbanding niat travel untuk mengkaji dan mendalami ciptaan Allah swt. Orang niat nak ke Palestin, Syria, Mekah, Madinah, Istanbul.. Kaji islam dan penindasan terhadap orang islam sedlamnya. Bagi bantuan pada yang memerlukan. Saya sangat malu pada diri. Dalam keadaan saudara sendiri menahan rasa disiksa, saya masih sempat simpan niat nak bercuti suka ria di negara orang putih. Sudah!

Itu contoh!

Makanya, bersahabatlah dengan orang baik-baik supaya kita jadi baik juga. Jangan tinggalkan mereka yang bermasalah. Kita kena jadi baik dulu, One day mereka akan ikut kita. Bukan kita ikut mereka. Nak ilmu lebih baca blog yang bermanfaat. Yang islamik. Yang boleh buka minda seluasnya. Ilmu Allah luas. Bacalah mana-mana sumber ilmu yang ada dan buat perbandingan. Ambil yang baik. jadikan iktibar mana yang buruk. Saya hanya berkongsi dan cuba mengingatkan diri. Sebab saya menyedari saya masih lemah dan perlu remind diri sendiri. Salah satu caranya melalui penulisan. Biarlah. Saya suka menulis. Cantik tak cantik tulisan saya ne at least ada nak disampaikan. Cewah! 

Korang kalau tak suka, tak pelah. Jangan kata saya hipokrit. Niat saya ikhlas tau nak share saja. Huhu... Kalau da bosan pun tak pe... tutup saja.. saya alu alukan.. (dah kenapa ini?!)

Hehe...

Ok Guys.. moga memberi manfaat buat kita semua. MARI SAMA-SAMA BERATUR UNTUK JADI BAIK...Lillahitaala...

Salam Alaik,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror

Monday, September 16, 2013

Pernah tak..

Assalammualaikum



Pernah tak Korang rasa down yang tersangat..
Pernah tak Korang rasa penat sungguh-sungguh...
Pernah tak Korang rasa macam dah tak tahan dengan ujian..
Pernah tak Korang rasa sedih yang teramat sampai nak menangis, meraung, melolong untuk khabarkan yang Korang tengah menghadapi ujian yg maha hebat..

Mesti pernah terdetik dihati maukan kehidupan yang sempurna kan..

Jangan..
Orang yg mengharapkan kesempurnaan dalam kehidupan didunia semata-mata tak akan merasa tenang sampai bila2..

Percaya pada Allah swt adalah dengan meletakkan keredhaan pada ketentuanNya..

Sabarlah jiwa
Tenanglah hati
Allah kan ada... :-)

Monday, September 9, 2013

whats wrong with me..???!!!!

Assalammualaikum


When you are by my side,
i feel warm with your soft touch,
there is nothing else like this in the world,
i'm falling more in love with you

I know i said things i didn't mean..
but please dont doubt the love i have for you..
there is nothing else like this love
i feel closer  to you then the stars are to the sky..
when things go bad you are always there by side

i'm sorry but i am not moving until you make me move
one more moment, one more touch, one more...uhhhh!!!

i'm sorry that i let you down..
Our love down....
=(


its all my fault!!
Whats wrong with me...????!!!

Thursday, June 20, 2013

risau

Assalammualaikum


Risau itu perlu...
Kerana ia normal...
Namun tidak perlu risau yang berpanjangan...
Dan berlebih-lebihan...
Kerana 
Hidup ini terlalu singkat
untuk sebuah penyesalan
Teruskan buat baik dan bersangka baik..

Allah kan ada..

-senyum-

Tuesday, June 18, 2013

HATI

Assalammualaikum


Terluka itu biasa...
Dan sang hati, kau harus terima!

Allah menguji takkan berhenti,
Ia datang silih berganti,
Perjalanan masih jauh untuk kau titi,
Maka bertahanlah,  tenanglah wahai hati!!


Dalam menghadapi kehidupan duniawi, Allah swt menjanjikan kita siang dan malam, gelap dan terang.. Suka dan juga duka.. Kan..? Bila kita rasa gelap, Allah cipta matahari untuk beri kita sinaran agar suasana menjadi terang. Dari malam yang gelap kepada siang yang terang. Macam tu juga hati. Kadang-kadang ada masanya kita rasa suka dan gembira, namun dalam pada itu, ada perkara yang buat kita rasa sedih, sebak dan berduka. 
Allah itu maha adil. Diciptakannya tiap satu perkara dengan penghujung yang punya hikmah. Tidak semua perkara yang kita suka baik untuk kita. Begitulah sebaliknya. Allah takdirkan pelbagai keadaan dan kejadian buat hambaNYA sebagai ujian. Namun, sedarilah, Allah tidak akan menguji hambaNYA, dengan ujian yang diluar kemampuan kita untuk menghadapinya. Ujian membuktikan iman. Tidak beriman seseorang itu andai ia tidak diuji. 

Bercakap soal hati, setiap manusia memiliki hati yang dikurniakan Allah swt. Dan hati inilah yang menentukan baik buruk tingkahlaku seseorang. Orang yang memiliki hati yang baik, pasti ia memiliki sifat-sifat yang terpuji (InsyaAllah), dan begitulah juga sebaliknya. Orang yang memiliki hati yang busuk, mesti dapat kita pastikan tingkahlakunya yang sentiasa berniat jahat dan merugikan orang lain. Moga kita tidak tergolong dari kalangan pemilik hati yang busuk, seperti sabda Rasulullah saw : -
"Ketahuilah, pada setiap jasad ada segumpal daging, apabila ia baik, maka baiklah seluruh anggota jasadnya dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota jasadnya. Ketahuilah ia adalah hati." (HR BUKHARI)



Bukan mudah untuk menguruskan hati. Andai kita mampu memperlihatkan kebaikan melalui riak wajah dan pergerakan fizikal, tidak semestinya ia adalah apa yang dimaksudkan oleh hati. Betul kan..? Bukan mudah untuk merasa ikhlas dalam melakukan satu-satu perkara yang diluar minat dan bidang kita. Subhanallah! Berdosanya kita andai ketidakikhlasan itu atas usaha menelusuri jalan Tuhan dan ibadah padaNYA. Moga dijauhkan.

Jadikanlah segumpal daging yang wujud dalam jasad itu sebaik-baik pemandu. Jangan kita rosakkan ia sehingga mampu merosakkan segenap jasad kita. Maka, ubatilah hati yang sakit dengan berlapang dada. Sentiasa redha. Dan dekatkan diri padaNYA. Sesekali terjatuh itu adalah biasa, namun jatuh yang tak mahu bangun-bangun itu luar biasa pula. Suatu hari jalan kembali kita hanya pada Allah. Maka lakukanlah sesuatu yang membawa kita sentiasa mengingati Allah dan lalui jalan selamat untuk bertemu denganNYA.

Jauhkanlah dendam. Kerana ia barah yang sukar diubati berpunca daripada penyakit hati. Tiada faedahnya melainkan menempah dosa yang langsung pada azabnya siksa!! Nau'zubillah Mindzalik! Belajarlah untuk kuat dan berlapang dada, sentiasa tenang dan sedarlah sebaik-baik sifat itu adalah sabar. Orang yang tenang seikhlasnya pasti akan menang. Allah menjanjikan kebaikan bagi orang yang hampir padanya, sedang Allah jua memberi balasan yang setimpal kepada orang yang menjauhkanNYA.

Begitu juga Allah swt menjadikan hidup dan mati untuk satu tujuan yang sama, Firman Allah : - "(Allah) yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia maha perkasa lagi maha pengampun " (Al-Mulk ; 2)

Untuk tujuan itu, peliharalah hati, buatlah baik. Buatlah baik. Dan berbuatlah kebaikan. Itu bekalan di hari kemudian!

Duhai hati si penukil!
...Andai kau merasa terluka untuk ketika ini, ketahuilah olehmu, "di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah swt semata-mata, dan Allah pula amat belas kasihan akan hamba-hambaNYA" (Surah Al-Baqarah 2:207)

Bicara untuk sedar diri
[Keyboard Conqueror]
ummu Al-Insyirah

Saturday, June 15, 2013

wanita suri rumah

Assalammualaikum


Tak macam dulu-dulu, ibu-ibu banyak yang duduk rumah, jaga anak-anak sendiri dan settlekan kerja rumah sendiri.. kan kan..

Sekarang, lelaki dan perempuan macam sama saja.. mesti kerja. Tak boleh nak banding keadaan ekonomi dulu dan sekarang. Dulu duit RM 10 dah macam banyak sangat bawa ke kedai runcit. Sekarang bawa RM 100 pun 3, 4 barang saja boleh dapat.. huhu.. Ekonomi setiap keluarga sekarang sangat mendesak.. Apalagi nak besarkan anak.. Kan? Ingat tak sebelum ne saya banyak juga tulis entry pasal ne. Sejujurnya, saya nak sangat jaga anak sendiri. Betul. Malah abi Insyirah lagi galakkan. Dia pernah offer supaya saya duduk rumah saja. Mestilah sya suka.. Peluang untuk besarkan anak sendiri dah ada depan mata. Tapi saya fikir juga dari sudut kewangan, masa depan, pandangan individu, kawan, keluarga.. Itu semua saya kena pertimbangkan. 

Itu dari sudut ekonomi dan kewangan. Pandangan individu dan umum pula? Suri rumah ini hanya untuk yang tiada pelajaran, sekolah tak habis... wanita yang tiada cita-cita tinggi, tidak berpandangan jauh, tak pandai usaha majukan diri..???
well excuse me!!! Ramai suri rumah yang lebih berjaya dan kaya berbanding wanita yang makan gaji.. 

Rasulullah saw, lagi memuliakan seorang ibu dan isteri yang menjaga keharmonian rumah tangganya sendiri , kenapa zaman sekarang suri rumah kena kutuk pula.. huhuhu


*******     ***     *******


Tahu tak sahabatku sekalian, 
Wanita berbanding lelaki adalah lebih mudah untuk masuk ke syurga? Alhamdulillah syukur Allah swt menciptakan kita sebagai "wanita"... Kalau yang baca ne wanita dan isteri tolong senyum sampai telinga , bagi meraikan kebahagiaan yang dirasai oke??!! heee...

Kaum wanita sekalian, ketahuilah bahawa pintu syurga bagi kita lebih banyak, malah ia bermula di sekitar "RUMAH TANGGA" .. Termasuklah dari suami dan anak-anak. Mudah untuk kaum wanita mendapat maqam solehah dan menjadi ahli syurga, di akhirat kelak. Hadis rasulullah saw : -

"Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara, iaitu, solat lima waktu, puasa di bulan ramadhan, menjaga maruah, dan mentaati suami, maka masuklah syurga mana-mana ia kehendaki"

Taat pada suami hanya bagi wanita yang berkahwin. So, can u imagine, everyday kita kerja dalam 9 ke 10 jam kalau perjalanan ke tempat kerja lagi makan masa sejam dua kan, mesti masa kita lebih banyak di tempat kerja. Masa untuk keluarga tu tinggal saki baki sebelum penat kita naik ke tahap maksima. Betul kan. Kita semua manusia, sedangkan robot ciptaan manusia pun pandai sakit, kereta pun boleh rosak masuk bengkel, inikan lagi manusia. Tipu kalau tak pandai penat kan. Kalau dah berejam-rejam kerja di pejabat, tambah berjam lagi dalam perjalanan, so bukan mudah nak concentrate di rumah. Tapi saya yakin ibu-ibu bekerja di luar sana, seperti saya sendiri pasti anda juga sedaya upaya berusaha mencari masa untuk membahagiakan dan mengharmonikan insan-insan kesayangan kita kan..? Mari bangga sikit dengan diri sanggup penat untuk ibadat pada Allah. Sikit saja tu berbanding janji Allah pada pahala dan ganjaran yang bakal diberi di kemudian hari... 
-senyum-

Macam tulah saja rutin harian kita kan, mula-mula belajar sampai dapat degree, lepas tu kerja, kahwen, dapat anak, besarkan anak sampai tua dan mati... Kadang-kadang saya tertanya pada diri juga, macam ne saja kah kitaran kehidupan kita? sebagai wanita dan manusia... Banyak berusaha untuk menyempurnakan urusan dunia, macam tiada tujuan hidup, sedang kita lupa akhirat itu wujud. 

Pada saya banyak manfaatnya pekerjaan sebagai suri rumah, banyak masa untuk suami dan anak, rumah tangga teratur.. Masa untuk menghadap Illahi lagi banyak daripada di pejabat yang berkali-kali terkejar-kejar nak zuhur, asar. Apalagi nak menyempatkan diri melakukan amalan sunat. Namun bukanlah niat mahu mengatakan wanita bekerja itu tidak baik, tiada masa untuk keluarga dan beribadat pada Allah. Setiap individu pasti punya cara yang berbeza, pandangan dan kemampuan yang berlainan.. Kan.. Cuma, mana tau mungkin karya saya untuk kali ini mampu mengubah persepsi umum yang sebahagiannya mengutuk pekerjaan sebagai suri rumah. Hehe.. Ada suri rumah yang berusaha menjana pendapatan melalui bisnes kecil-kecilan untuk kurangkan beban suami, bukan mudah tu... Malah kerja yang mereka buat jauh lebih banyak dan mencabar daripada kerja yang kita buat di pejabat. 

Bukan bermakna membuat keputusan  menjadi suri rumah itu, sebagai titik tolak berhentinya satu usaha dalam merebut peluang peroleh pahala dari Allah, malah sebenarnya itulah yang dikejar...

Mengubah arah angin kehidupan bukan titik akhir dalam perjuangan..
Bukan jua noktah pada usaha mengejar kemajuan..
Jauh sekali menghentikan degupan usaha meraih ilmu tuhan...

Ia bukan yang demikian...

Namun ia hanya...
Sebuah usaha...
Insan kerdil...
Yang mahu...
Memaknakan sebuah kehidupan...

Yang Allah swt kurniakan...

~belajar untuk kuat~

-senyum- 

Set u'r mind to be positive...

Wednesday, June 5, 2013

kehamilan selepas keguguran

Assalammualaikum


Bersediakah kita? Hehe...

Keguguran ne, pada saya satu ujian. Sebagai manusia biasa, saya pun tak lari dari rasa sedih, dan mesti ada juga kebimbangannya kan.. Tapi harus redha.

Saya banyak google juga, punca-punca keguguran. Tapi kebanyakan web nyatakan point yang sama. Biasanya keguguran disebabkan tumbesaran janin. Means, ada masalah dengan janin dan jarang berpunca daripada ibu, melainkan yang mengalaminya lebih dari sekali. Ada juga saya google, ia mungkin berpunca daripada serviks yang lemah atau masalah ovum

Keguguran sebenarnya, membawa hikmah yang tersembunyi. Mesti ada sebab kenapa Allah uji kita. Jadi benda tu kena terima dengan redha. Cuma, memang bukan mudah juga kita nak kawal perasaan kan... Banyak makan masa juga untuk tutup kesedihan dan lupakan perkara tu. Macam mana pula kalau mengandung balik dalam masa yang terdekat, seriously, kebimbangan tu tetap ada.. betul kan?

Dulu masa awal-awal hari selepas keguguran saya selalu tertanya-tanya, masih ada ke peluang saya untuk pregnant balik. Sampai google siang malam, dari web bahasa melayu sampai ke blog bahasa inggeris saya cedok ilmunya.. Huhu.. Takut dan risau memang ada. Abi Insyirah yang selalu bagi saya semangat untuk relax. Apapun yang jadi lepas ne kena redha. Ada saja sebabnya ujian Allah tu, tak semestinya benda yang nampak menakutkan, atau mungkin kita tak suka tu tak baik untuk kita kan. Saya doa dan tawaqal. InsyaAllah, segala yang baik-baik Allah janjikan buat hambanya yang lemah ini.
Tips berfikir secara bijak, Bersangka baik kepada Allah swt.  ^_^ -senyum-

Bagi saya sekarang, InsyaAllah saya berpegang pada satu tips sahaja, iaitu bersangka baik pada Allah swt. InsyaAllah, apa pun yang DIA tentukan pasti beserta hikmah. Akan ada kah berita baik selepas ini..? Allahualam.. Selain tu, kena tenang dan sentiasa positif. Allah maha adil.

Hari tu, sebelum keguguran.. Sepatutnya due saya cuma selang seminggu saja dengan kakak saya yang sulung (mama qisya). Memang kami excited, mama saya pun suka. Nak sambut cucu sekali. Tapi, macam yang kita semua dah sedia tau, kan... mesti ada sebab kenapa Allah tentukan akhirnya saya keguguran...
Sebenarnya, sebelum ne, kakak saya pun pernah keguguran. Dia tak merancang pun lepas tu, sebulan selepas sekali period dia disahkan hamil lagi, sekarang dah 5 bulan. Alhamdulillah. Takdir Allah tu unik kan.

Mungkin, kalau ditakdirkan mengandung lagi dalam masa yang terdekat, bukan mudah juga kita nak hebohkannya. Baru baik dari kesedihan kan, ambil masa juga nak share itu semua dengan saudara dan kawan-kawan. Mesti ada kerisauan, takut tragedi sebelum ne berulang lagi. 


Apapun, andai ada kawan-kawan yang baca blog saya ne mengalami situasi yang sama macam saya, kita sama-sama kuat dan sabar ya. Sama-sama berlapang dada. Percaya pada takdir Allah. 
Lepas keguguran, saya banyakkan study pasal penyusuan dan pemakanan anak. Saya juga, ambil tahu perkembangan anak sebesar Insyirah melalui kajian saintifik, selain banyakkan ilmu cara-cara mendidik anak yang soleh/solehah. Life must go on. Kita tumpukan pada benda yang ada depan mata kan.. 

Moga Allah swt merahmati perjalanan hidup kita dunia dan akhirat. Apapun dugaan yang kita hadapi cuma sekejap berbanding nikmat akan datang sebagai gantinya di akhirat kelak. Bahagia di sana adalah yang hakiki dan selama-lamanya. Jadi, stay cool. Hehe...


Moga Bermanfaat..
Salam sayang... ^_^




Sunday, June 2, 2013

tujuan hidup?

Assalammualaikum


Wah tak terasa cuti selama 4 hari... Bermula khamis lalu..
Kaum Kadazan Dusun yang excited bercuti nak sambut kaamatan,  tapi seluruh sabah pla yang beriya nak cuti lebih hihi..

Cuti kali ne tak terasa sangat-sangat, sebab sibuk bertandang ke rumah orang kahwin.. Sepupu abi sendiri pun kahwin last week juga, so start khamis tu kitorang dah sibuk. Ikut tolong-tolong di rumah pengantin. Saya ne oke lagi. Muda lagi. Kuat lagi nak bekerja cuma masa saya tak dapat spend full tym kat rumah sepupu abi, sebab ada anak kecik, bila timimg Insyirah dah berperangai, nak tido, menyusu segala, abi mulalah hantar rumah balik. Urus anak pulo! Huhu..

Mak mertua saya dan makcik-makcik yang lain tu yang kesian.. Abi pun kesian juga, dorang banyak tolong, tak bertidur, ada sekali abi kena migrain mungkin sebab berjaga malam.. Tapi itulah hikmah dalam bermuhibbah.. Terjalin ukhwah kerana Allah, Terpamer ikhlas disegenap wajah kan..kan..Eceh! Dorang tak merungut pun... Saya yang banyak rugi sebab banyak angkat bendera putih bila Insyirah dah meragam hihihi...

InsyaAllah, kalau ada masa nanti nak juga share dan abadikan kenangan perkahwinan sepupu abi @ aunty noni Insyirah..

*******   ***   *******


Tu mukaddimah saja.. Hehe boring!
Awal pagi tadi, saya dan abi Insyirah kuar minum jap lepas dah thumb print kat ofis. Saya sampai awal lagi tapi kuar balik singgah minum, ntahla sejak dua menjak ne gastrik kuar balik..Tu yang bawa abi singgah.. Sib bek abi pun lapar hihi.. 

Waktu dalam keta banyak benda yang kami bincangkan... Berkaitan dengan tujuan dan destinasi hidup... Abi memang suka buka cerita dengan tajuk ne.. 

Act, mula-mula abi terpandang seorang wanita tua, berbaju lusuh, bertudung labuh menutup dada dan sebahagian tubuhnya.. Kaki pun, bertutup.. Ditangannya tersandang sebuah beg kain besar yang juga agak lusuh.. (wah suda macam cerita dongeng pulak).. Tapi ini realiti...
Makcik tadi berjalan kaki tak tahu hala tuju.. Abi pun mulakan bicara.. "cuba tengok makcik tu" sambil memunjungkan mulutnya ke satu arah..dan mata saya mengekori arah itu. Saya terus cakap.. "kesian" "Kesian kenapa?" Balas abi.. Saya terus terdiam, betul jugak kan, nak kesian part mana ya.. huhu
Nak kesian sebab baju dia lusuh?
Atau sebab beg dia yang dah kabur warnanya?
Atau kerana seliparnya yang dah koyak?
Atau mungkin juga sebab dia berjalan kaki seorang diri dan seolah-olah tak tahu arah tuju?

"Makcik tu, nampak menutup aurat dengan sempurna.. walaupun baju dan beg nya nampak lusuh dia tak nampak macam orang tak betul.. Entah-entah kita ne yang kesian, walaupun kita berdua dalam keta besar, baju lawa macam baru ambik dari kedai cina.. Kita sibuk dengan hal-hal dunia, akhirat entah ke mana. Makcik tu, dalam keadaan dia macam tu, tengok.. Dia tutup aurat sempurna. Semua betutup kecuali wajah dan tapak tangan saja.. Siapa tau kalau-kalau dia dah confirm ahli syurga.. kita..?"

Saya angguk tanda setuju. Memang terkesan dihati.. Subhanallah..

Sebagai umat islam, saya kira tidak ada di antara kita yang tidak tau bahawa dunia ini hanya sementara. Sedangkan akhirat itu pasti, kekal abadi dan ia tetap wujud. Sekali lagi akhirat adalah wujud, syurga neraka juga wujud dan benar. Allah telah nyatakan semuanya dalam Al-Quran. 

Apa sebenarnya TUJUAN hidup kita di dunia.. ke mana DESTINASI kita yang sebenarnya...?

Allah perintahkan kita agar bersyukur dan berdoa padaNYA setiap waktu, setiap hari kita berjanji pada Allah dalam solat lima waktu... solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt. Maka akan ada lagi kah niat kita melakukan suatu perkara bukan kerana Allah..? 

Ma fi Qalbi Ghairullah...

Kadang-kadang kita lalai. Tidak! Bukan kadang-kadang tapi selalu sebenarnya. Namun Allah sentiasa bagi peluang untuk bertaubat dan Allah itu sesungguhnya maha penerima taubat. Allah hidupkan kita didunia ini beserta ujian. Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji! Banyak ujian yang kita hadapi setiap hari. Saya ada kawan. Dia baik dan kuat beribadah. Tapi dia agak kasar sedikit hehe. Namun sebenarnya, kekasaran bertempat itu menjadi kelebihan pada dirinya dan dia selalu cakap ini..

"ko sakit? ujian lah tu"
"oh ko sihat..cantik dan kaya..alhamdulillah.. jadi ko ingat semua tu bukan ujian? woi, ada bagus lagi tuhan uji kita dengan kesakitan atau kesusahan, sebab confirm ko akan mengadu dan meminta pada Allah, pendek kata, ko mesti akan ingat Allah, tengok bila ko senang, sihat, kaya... ko semayang tak? doa tak? itu pun ujian juga.. Istidraj! nikmat yang melalaikan..."

Haaa.. macam tu lah manusia yang sebenarnya.. Waktu susah baru akan ingat Allah dan mengadu padaNYA kan.. Waktu senang, doa pun pendek.. Ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri dan kalian. Baguskan kalau saling mengingatkan...

Ada banyak benda yang kita nak kejar dalam dunia ne, of course semua benda yang baik-baik untuk diri kan, namun sebanyak mana perkara yang dikejar itu, bertujuankan ibadat pada Allah.. berlandaskan syariat islam..? 

Ya Allah, terlalu banyak perkara yang buat kita lalai. 

Satu benda yang saya selalu persoalkan pada diri sendiri..
Hari ini saya bekerja, setiap hari, 11 jam...
Bersama suami dan anak sekurang-kurangnya, 7 jam..
Masa untuk diri sendiri 6 jam...
11 jam bekerja, apa pengisiannya.. 
Setiap pagi niat semuanya kerana Allah.. Namun sejauhmana bicara setegak hati?
Maka sehingga bila ianya seperti ini...
Banyak mana pengisian masa untuk ibadat...

Belajar untuk pandai...
Pandai kan diri agar berjaya...
Berjaya hanya untuk pengiktirafan manusia semata..
Maka dimana tuhan kita? mana tempat pencipta kita?

Diri, mudahnya kau memungkiri penciptamu..

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama saling mengingati, bermuhasabah, dan merenung jauh matlamat kehidupan yang hakiki.. 
Saya juga manusia biasa yang ada kalanya lupa diri..

Allahualam..

~Nota buat diri~






Tuesday, May 28, 2013

im not a perfect person...

Assalammualaikum



I'm not a perfect person..
I make a lot of mistakes..
But i really appreciate those people 
who stay with me 
after knowing how i really am...!!!




~kredit pic for google~


Thursday, May 9, 2013

duhai HATI..

Assalammualaikum
Saya dah tak larat..
nak peduli benda yang tiada faedahnya untuk diri sendiri..
Biarlah orang dengan cara "diorang".. Yang penting saya jaga HATI sendiri...
Tiada manusia yang sempurna.. and im not a perfect person too.. Semua tak sempurna.. Tak boleh nak buat semua orang senang dengan kita apatah lagi ada yang sampai nak simpan dendam.. Subhanallah.. Hatiku..Diriku.. Jangan sampai dikau yang begitu..
Pandanglah, fikirlah pada suatu sudut yang positif.. Berkata-katalah sebijak aqal.. Bertenang dan berlapang dadalah sentiasa..
Ada waktu, saya juga mudah tersungkur.. Bayangkan, dalam keadaan tiada niat untuk menyakiti sesiapa, dalam keadaan hati gembira tanpa prasangka, ada hati lain yang sedang sakit pada kita.. Ada aqal yang tidak bijak menilai bicara. Saya juga tidak sempurna. Maaf kan saya andai ada silap saya di mana-mana..

Kalau nak dihitung tiap salah bicara harian dan semasa memang banyak. Macam yang telah saya katakan tiada insan yang sempurna. Selain saya pasti orang lain juga tak boleh lari dari semua tu. Moga Allah lapangkan dada saya untuk berhadapan dengan kelemahan insan lain sepertimana harapan saya agar kelemahan saya juga mampu diterima seadanya oleh orang lain. Namun, ada juga yang tega menyimpan dendam dan tidak henti menyalahkan seolah "mereka" lah insan yang teraniaya. Lebih menguji ketahanan hati bila kisah dongeng dihebahkan untuk mendapatkan perhatian dan pengaruh yang kuat daripada pihak lain. Subhanallah. Itu belum termasuk lagi dengan "lalang" yang bertebaran sana-sini.... Nauzubillah..

Apapun, saya dinasihatkan agar tenang dan lapang dada. Kalau setiap masa kesilapan itu nak diambil kira, maka pasti akan timbul segala perkara yang tidak diingini. Keadaan mungkin lebih teruk. Maka percayalah Allah mahu menguji ketahanan hati. Kuatlah. Walau ada waktunya kita juga mudah jatuh, mudah nangis... Carilah kekuatan dengan menyerahkan segalanya pada Allah swt.. InsyaAllah..

Yang penting janganlah berdendam.. berdoalah moga "hati" yang sakit itu menjadi sihat.. dan moga hati kita juga sentiasa sihat...

~~Ingin merasa halawatul iman dalam pertautan ukhwah~~

InsyaAllah..

Tuesday, March 12, 2013

penyusuan ke 11 bulan..

Assalammualaikum

Saat ini, saya tak punya banyak kerja yang dikejar2 nak siap. Alhamdulillah. Bolehlah bernafas sekejap. Kebetulan lagi, bos saya tak ada. Jadi, kawan saya blog usang kesayangan ne jugaklah. Tak tau nak cerita apa sebenarnya. Saya rindu nak cerita pasal penyusuan pada Insyirah. Banyak masa dah berlalu, saya tak ada lagi buka cerita pasal bf story kan...
Rindu pulak...

Saya masih menyusui Insyirah. Insyirah masih mengempeng dengan saya. Huhu. Malah sekarang dah pandai baring sendiri dipangkuan ummi. Dah pandai buka baju umi sendiri.. amboi..amboi.. Insyirah macam tu lah. Makin manja. Malah dia makin manja dengan abi dia. 

Nak story pasal pumping pula..? Ya, Insyirah masih saya bekalkan susu ibu ke taska. Dia masih mendapat susu terbaik di dunia sehingga saat ini. Cuma Insyirah dah mula diberikan suppliment. Saya ada bagi dia minum susu kambing juga. Itu kan sunnah rasulullah. Setakat ne, ia baik untuk Insyirah. Insyirah pun mudah terima. Perut tak meragam. Poo poo pun oke saja. Syukur... Moga Allah berikan lebih banyak hikmah dan tersimpan seribu satu manfaat daripada amalan sunnah rasulullah itu... 
Err.. cuma.. saya tak nafikan, dipenghujung febuari lalu, saya dah mula berhenti mengepam secara perlahan-lahan... Setakat ne saya hanya bergantung pada stok susu yang ada, dan masih mampu membekalkan Insyirah dengan susu terbaik di dunia...

Nak tau kenapa saya dah mula berhenti mengepam..?
Bukan tak ada susu, jauh sekali malas... Andai saya masih mampu, saya tak pernah terfikir untuk berhenti.. Tapi, Allah itu maha adil dan berkuasa. Takdirnya tiada siapa dapat menduga, tiada siapa mampu menentang. Di waktu lain saya akan ceritakan... Saya yakin ada hikmah yang lebih besar daripada apa yang telah berlaku saat ini.. Saya percaya!
Insyirah masih mahu mengempeng. Saya tak pernah terfikir untuk jauhkan dia dari saya. Saya tak sanggup pun. Saya akan terus menyusui dia sehingga ke titisan susu yang terakhir.. InsyaAllah. Moga Allah izinkan.. dan beri kesempatan.

Setakat ini, proses penyusuan berjalan lancar saja. Kalau malam, saya tak bagi Insyirah menyusu botol langsung. Saya simpan stok yang ada. Dan memandangkan pagi hari dia dah diberi dengan susu kambing jadi malam dia kena menyusu saya sepenuhnya. Insyirah masih bangun menyusu tengah malam. Dan saya masih susui dia macam biasa. Alhamdulillah, Insyirah dah boleh terima perubahan pelan-pelan. Maklumlah, dia dah semakin membesar. Ada masa semakin mudah jaga dia. Ada masa dia nakal sangat. Kuat main. Pandai pilih umi dan abi dah sekarang. Manjanya lebih pada abinya... Haiii Insyirah.. Insyirah..

Budak ne dah pandai merajuk pula tau. Kalau saya marah-marah dia sebab nakal dia akan minta abi ambil dan bawa dia lari dari umi.. aduhai budak 11 bulan ne.. belum sampai setahun pun lagi.. Kadang-kadang lucu juga. Saya mula teringat-ingat perangai dia bila dah sampai pejabat. Huhu..

Ada masa tu, saya jadi sedih sangat bila masa satu hari Insyirah banyak terbuang dengan pengasuhnya. Sedangkan bila saya dah balik kerja, dia dah mula mengantuk dan minta didodoikan. Kesian.. Saya tau masa satu hari tu, Insyirah juga rindukan saya. Dia pasti berharap, saya yang akan menjaga dia selama 24 jam...

Kalaulah umi mampu lakukannya sayang... (".)

Thursday, February 14, 2013

jadilah....

Assalammualaikum

Tadi bercerita tentang kehidupan dengan ayahanda tercinta waktu on the way balik keja. Saya ikut dia balik papar, beberapa hari ne kami stay papar. Rindu, lama dah tak tidur rumah ayah bonda di papar.

Emm..
Kata-kata bapa yang paling menusuk ke dalam hati saya..
"Kita hidup ne, untuk menghadapi ujian dan demi ujian.. Diatas kita, Allah uji. Dibawah pun kita Allah akan uji.. Tinggi kedudukan kita, Allah uji.. Rendah pun kedudukan kita Allah tetap akan uji."

Mungkin sebab saya dan bapa bekerja dalam satu jabatan yang sama tanpa kami rancang. Banyak perkara telah berlaku sama ada dalam atau luar jangkaan. Kedudukan saya dan bapa dalam jabatan juga berbeza. Bapa kakitangan lama di pejabat saya. Antara yang paling lama. Dia dah berkhidmat lebih dari 30 tahun. Tidak dapat dinafikan kedudukannya dalam jabatan juga antara orang yang penting. Banyak yang saya belajar dari dia. Bukan pasal kerja. Tapi tentang perjalanan kehidupan. Ada waktunya dia bercerita dengan ayat-ayat kiasan. Saya sedaya cuba memahami. Rupanya banyak dah dia lalui. Bapa sudah berusia 58 tahun. Sudah terlalu tua untuk terus pegang fail dan dokumen dalam bilik berhawa dingin. Itu kata-katanya sendiri. Dia ingin berehat. 

Banyak yang kami kongsi bersama. Walaupun ada antara ceritanya hanyalah dengan kata kiasan yang berlapik. Ada kisah sedih yang masih dia simpan. Mungkin kerana saya kenal ramai orang yang dia juga kenal.. jadi dia masih menjaga setiap ayat dan jalan cerita bila bercerita dengan saya. Kadang-kadang dia cuba fahamkan saya tentang kedudukan dalam kerja..

"Ramai orang yang di atas, suka dengan kedudukan mereka. Jawatan tinggi. Gaji besar. Orang pun respect. Pegawai lah katakan.. Tapi tak semua tu boleh buat kerja mereka. Tak semua mampu jalankan amanah Allah."

Dia tidak maksudkan sesiapa. Hanya sekadar mengingatkan saya..

Saya faham..
Dia mula penat untuk terus duduk di kerusi besar dalam sebuah bilik berpenghawa dingin.. Menjadi orang berkepntingan sehingga satu masa dia boleh dissanjung tinggi orang dan bila-bila masa dia boleh dicaci, dihina dan dipandang serong oleh sesiapa sahaja.. Itu ujiannya..

Kasihan bapa..

Kata terakhir yang saya akan ingat..

" Ada orang tidak mahu jadi rumput di bumi, nanti dipijak-pijak.. Maka berusaha untuk jadi pokok yang tinggi, supaya orang tengok pun perlu dongak lagi.. Namun, pokok yang tinggi, akan ditiup angin yang kuat.. Kalau tak tahan, boleh patah..
Jadi, kalau takut ditiup angin yang kuat, jadilah rumput dibumi.. Biar dipijak.. Takut dipijak jadi pokok balik.. Pilihlah.. nak jadi yang mana.. atas bawah ada ujiannya.. Tak boleh lari.. kena hadapi..!!


Salam Sayang..

Friday, October 26, 2012

sedih!

Assalammualaikum

Kenapa bila tengah marah kita mula rasa macam benci seseorang?
Sedangkan suatu keadaan mungkin boleh diubah menjadi tenang walau saat kita marah, keadaan jadi dingin kan..
Mungkin saya tengah boring sekarang, sebab tu post benda ne di blog. Atau mungkin juga saya tengah marah dan tiada tempat nak luah dan lepaskan...kemarahan buat kita rasa sedih saja.. =(( ..  Mudah-mudahan hati saya tenang, Saya yakin Allah sentiasa dekat dengan saya...

Subhanallah..
Alhamdulillah..
Allahuakbar... (",)


Tuesday, October 23, 2012

Bahagia itu sampai bila?

Assalammualaikum

Semua orang nak bahagia kan... tiada sorang pun di dunia ne nak merasa derita, duka, susah hati.. Semua  mau yang baik-baik saja.. Bila Tuhan turunkan ujian sakit, susah, kita mula rasa derita dan seolah sudah tiada bahagia...

Bukan mudah untuk mengekalkan suatu kebahagiaan. Tidak kira, bahagia ketika bekerja, berjalan, dalam rumah, ketika bersama keluarga, bahagia rumah tangga, percintaan, dan macam-macam lagi. Kenapa tak mudah? mungkin sebab ia melibatkan dua atau lebih hati.. contohnya dalam rumah tangga.. tentu ia melibatkan dua perasaan kan? dan perasaan si suami dan si isteri tu of course tak sama.. macam tu juga bila ia melibatkan situasi kita di tempat lain. Mesti libatkan kita dan orang lain..

Pada saya kebahagiaan itu perlukan pengorbanan.. ya pengorbanan.. macam-macam yang perlu dikorbankan.. Mungkin kena jujur dan tolak ansur each other. Selain tu kena saling menghormati. Ini kan penting. Kalau kita tak hormat orang lain macam mana orang lain nak hormat kita? Then, sabar. Biasalah. hidup di bumi Allah ini kan perlu berdepan dengan macam-macam ujian. Salah satunya sifat sesama manusia. Of course all different, right? cara hadapinya adalah redha dan sabar. Komunikasi sesama kita juga penting. Maybe we can try to be a good listener then, a lot of talk right.. Ia juga mungkin akan buat teman kita rasa lebih dihargai.. emm.. maybe!

Dan cubalah untuk memahami. Memahami orang lain itu adalah salah satu kunci untuk kekalkan hubungan dan kebahagiaan..
Malah Pada saya.. muhasabah diri itu juga penting. Bila wujud masalah antara kita dan sesiapa, telitilah diri untuk pastikan kesilapan kita. Sebaiknya, ubahlah keadaan diri sebelum kita asyik melihat pada kesilapan orang lain.. ia tak akan selesaikan apa-apa..

Kuncinya cuma diri kita.. Sejauh mana dan sampai bila kita mahu kekalkan bahagia itu.. till when?


















Kredit Pic for Google

Monday, October 15, 2012

cannot sleep

Assalammualaikum

It's only 10.42pm.. Still early to say gud  nite..
Saya rasa nak tidur. Tapi saya masih tak boleh tidur. Saya banyak fikir pasal Insyirah. Tadi abi dia ada cerita. Waktu hantar Insyirah ke nursery around jam 9 pagi, dia nampak satu situasi yang tak sedap dipandang dan dengar. Kalau boleh saya tak nak cerita panjag lebar. Sebak rasanya. Cukuplah saya cuba nak luah di sini..
Sampai bila saya kena hantar Insyirah ke Nursery. Sampai bila saya perlu bayar orang untuk jaga anak saya. Saya tak mampu jawabnya sekarang. Saya perlu fikir sesuatu untuk cari penyelesaian yang terbaik. Saya buntu. Mudah-mudahan Tuhan bantu saya cari jalan yang baik. Baik untuk saya, baik untuk keluarga, suami dan anak. InsyaAllah.
Kesian Insyirah. Saya tak pernah habis fikir tentang ini..huh!

Selamat malam... (",)

Saturday, October 13, 2012

counseling time

Assalammualaikum

Tau tak, tadi waktu saya update new item in my blogshop idea saya mencurah curah nak share sesuatu. Bila saya buka new post kat personal blog ne, saya jadi tak tau nak cerita apa tadi ya.. hehe

Ada perkara yang saya rasa teringin nak luah disini. Bukan lah berat sangat. Its common situation. Siapapun biasa mengalaminya. Cuma setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahnya kan. Jadi, hikmah itu yang ingin saya kongsikan. Saya tak tau macam mana nak susun ayat. Takut tersilap sebut atau cakap walaupun hakikatnya saya cuma menaip.. ^_^v

Hari rabu lalu, saya ada ikut kursus anjuran ofis. Semua staff pun join sekali. Kursus Perkhidmatan Kaunseling. Sebab ofis saya baru diperkenalkan dengan khidmat kaunseling dan dah ada beberapa orang kaunselor terpilih dikalangan staf. Tak ada apa yang penting pun sebenarnya. Sikit saja saya nak share. Rasa best sangat dengar kursus tu. Penuh ilmu. Penuh pengajaran. Bunyinya macam pelik saja kan. I believe, if u know someone of my collague, mesti korang rasa nak tau best manala kursus kaunseling tu sampai saya nak share dalam blog kan..

Bayangkan, waktu penceramah bercakap, aircond dalam dewan tu rosak. Dewan punyala besar. Nampak sangat penceramah tu berpeluh dan berkali-kali juga cakap dengan staf yang dia rasa panas. Tapi dia tetap cool dan sampaikan ceramah dia. Tapi saya pun dah tak ada benda nak buat, of course saya dengar seikhlas hati ceramah dia. huhu..

Saya suka part dia cakap, " bila kita berselisih faham dengan seseorang, cuba teliti diri.. Dirilah yang dahulu kita lihat sebelum tuding jari menyalahkan orang lain. Masalah tak kan selesai seandainya, kita asyik lihat orang lain"
"Seandainya, kita telah sedar akan kesalahan diri kita, maka kitalah yang perlu berubah. Jangan mengharap orang lain akan berubah. Apabila kita berubah, InsyaAllah, orang yang memusuhi kita juga automaticly akan berubah!"

Itu yang selalu saya cakap pada diri.. That's why saya rasa ceramah tu best. Ia banyak merungkai perasaan saya.. (uekk!) Bukan saya nak kata saya selalu bertengkar dengan orang. No! Bukan juga nak kata saya selalu positif.. tidaklah.. Cuma saya rasa kata-kata penceramah tu banyak menyedarkan orang lain juga. Bagus kan..
Saya bekerja dalam situasi yang dikelilingi oleh ramai ibu-ibu, bapa-bapa yang veteran. Sangat ramai. Pengalaman mereka jauh lebih luas, berbanding dengan perjalanan hidup saya yang selangkah cuma kalau nak dibuat bandingkan.. Jadi corak pemikiran pasti jauh juga bezanya, walaupun banyak yang dapat kita pelajari. Ada jenis-jenisnya yang banyak umur, tapi tak banyak fikir, ada juga sebaliknya. Ada juga umur dan fikir tak jalan sehaluan. Itu biasa. Namanya juga manusia biasa.

Tiada apa yang menarik sangat yang saya nak share sebenarnya.. Kadang-kadang susah kita nak kongsikan, dan ada baiknya kita telan dan simpan saja.. So, that's all! huhu.. aha.. nites!

Tuesday, September 18, 2012

penyusuan eksklusif, bukan untuk dibanggakan

Assalammualaikum

Alhamdulillah, sudah hampir ke angka 6 bulan Insyirah menyusu saya. Banyak juga ujian dan cabaran yang saya lalui dalam tempoh 6 bulan ne. Tapi, hanya dengan satu kemahuan, iaitu saya tak nak bagi Insyirah susu lain selain ASI, selagi saya mampu bagi..maka, saya kuatkan hati juga untuk lalui cabaran tu. Sekarang, baru masuk 6 bulan penyusuan. InsyaAllah, saya akan teruskan lagi. Andai tuhan izinkan, angka 2 tahun manjadi matlamat saya. 

Selama usaha memerah di pejabat, ada juga ibu-ibu berpengalaman nasihatkan saya. 

"Bagus ajar baby minum susu fm, nanti kalau dah terbiasa minum susu badan, dia tak nak susu lain. Macam mana nanti kalau air susu dah kering".
A'ah kan betul juga.. macam mana nanti kalau air susu saya kering..? Tapi bab susu lain tu, saya langsung tak terfikir lagi.. Maka, saya akan cuba untuk tidak biarkan air susu saya kering.. Pada Allah saya mohon pertolongan..

"Kesiannya, kena memerah dua tiga kali. Balik-balik da kau masuk surau ne dik. Kasi stopla baby tu menyusu. Kau yang sengsara akak tengok"
Tak kak, saya tak rasa saya sengsara.. Betul!! (Kata-kata dalam hati jek! uhuk..)

"Cuba letak jadam kat nipple tu, tak pun gambir ke, hah esok lusa gerenti anak tak nak menyusu lagi. Lama-lama berenti sendiri la air susu tu. Tak payah nak memerah lagi.."
Letak jadam? gambir? supaya Insyirah tak nak menyusu saya lagi? kejamnyaaaaa...

"Kenapa akak still nak bf Insyirah? ala jangan ikut sangatlah cakap doktor ke nurse ke nak bg full bf pd baby.. Dorang tu pun konfom bagi anak susu fm kak..."
Akak bukan dengar cakap doktor atau nurse dik.. Cumanya, memang akak dah niat.. (cakap dalam hati jugak..huhu)

"Hah?? sampai sekarang tak campur susu kat anak?? Laaa.. kena sampai macam tu ke nak berjimat??!! Beli je Dutch Lady ke, Dumex ke, tak lah mahal sangat.."
Bukan nak jimat.. isk..isk!! Susu saya lagi mahal! (Huhu.. pun ckp dalam hati)

Banyak juga cabarannya nak bagi yang terbaik untuk anak kan.. Tapi semua tu, alah bisa tegal biasa.. Bukan semua orang fikir sama pasal penyusuan eklusif.. 
Ada juga yang berfikiran macam ne...

"Bagusnya, orang sekarang boleh breastfeed anak sampai bertahun tak campur-campur, walaupun keja. Orang dulu-dulu tak tau pun ada kaedah ne.."

"Kenapa memerah balik2??...*** oh, jadi anak tak campur susu lah ya? ee.. bagusnya.. mesti anak jarang sakit kan.. kalau tau dulu saya pun nak buat gini.. tapi tak terfikir pulak.."

"Haaa.. bagus! tak payah campur susu la. Susu ibu sangat bagus untuk anak.."

Saya hargai bagi yang memahami, yang terus mendorong. Yang asyik suruh saya berenti pun saya hargai sangat-sangat. Sebab saya tau kebanyakan mereka berfikir juga untuk kebaikan saya kan. Cuma saya ada niat saya sendiri. Baik buruk saya seimbangkan. Yang pasti saya ambil hikmahnya. Selagi saya mampu, selagi air susu saya masih Allah swt kurniakan.. Saya tetap akan teruskan. Mudah-mudahan Tuhan izinkan.

Pada saya, exclusive breastfeeding bukan suatu yang mudah. Banyak dugaan. Ujian. Cabaran. Yang kena ditempuh. Maka ia jauh sekali untuk dibanggakan. Jauh sama sekali. Belum kira ujian menghadapi blocked duct lagi, air susu makin sikit, Insyirah suka gigit, Insyirah jadi tak suka hisap susu thru botol lagi. Tapi saya yakin ada hikmahnya. Saya pernah menangis pasal breastfeeding. Tapi itu bukan jalan untuk saya berhentikan penyusuan pada Insyirah. Saya rasa kalau dia boleh berfikir dan bercakap, mesti dia akan bagitau yang dia pun tak nak berenti menyusu saya sekarang. Hehe..

Tiada perkara baik yang mudah. Tapi hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Saya juga masih merangkak, mahu meneruskan perjalanan penyusuan sehingga usia Insyirah mencecah 2 tahun. Saya juga tidak mampu meramal apa yang akan berlaku di masa akan datang. Saya cuma mampu berusaha, doa dan tawaqal pada Allah. Moga niat dan usaha ini dipermudahkan. Doakanlah saya ya..



Menjadi yang terbaik dihati MEREKA untuk mencapai redhaNYA...

Assalammualaikum

Apa akan kamu lakukan bila kamu rasa nak marah orang..
Apa pula yang akan kamu buat bila sudah mula rasa benci sangat dengan seseorang..
Apa yang kamu rasa bila orang yang kamu sayangi melukakan hati kamu..
Atau bila, kamu merasa kurang dihargai oleh orang yang kamu sayang.. atau mungkin ada situasi lain yang membuatkan kamu makan hati...

Ingatlah perkara yang membahagiakan saat kamu merasakan ingin memarahi seseorang.. (Ingat tuhan!)
Kenanglah kebaikan orang sebelum buat keputusan untuk membencinya..
Ingatlah, orang yang kita sayang juga manusia biasa.. Macam kita juga selalu buat kesilapan yang tidak disengajakan..
Fikirkanlah dahulu sebabnya mengapa kita mudah merasa tidak dihargai oleh orang yang kita sayangi..

Kenapa pula macam lain saja entri yang baru nak di update nih.. hehe Bukan emotional k.. Saja je nak ubah mood semua.. huhu

Saya selalu berfikir jalan terbaik bagaimana mahu menjadi..
Isteri yang solehah..
Ibu yang penyayang..
Anak yang taat..
Menantu yang bertimbang rasa..
Kawan yang membahagiakan..
Adik/ kakak yang disayangi..

Pendek kata, saya ingin jadi BAIK untuk semua insan yang saya sayang. Untuk semua makhluk disekeliling saya. Tapi saya juga insan biasa. Mudah melakukan kesilapan. Ada waktu saya jadi penat. Tapi saya tak boleh hentikan usaha saya.. usaha untuk menjadi yang terbaik dihati mereka untuk mencapai redha-NYA..

Tuhan.. Mudahkanlah langkah saya..
Pelihara sentiasa hati ini, lidah ini dan akal ini agar terus merasa, bercakap dan memikir yang baik-baik belaka...

Entah apa sudah saya melalut ne ya.. Saya yakin ada diantara kamu yang pernah memikirkan ini semua... Biarlah, saya yakin Allah swt itu lebih dekat dengan saya.. lebih dekat daripada urat dan nadi saya!!!

Tawaqqaltu a'lallah...(",)