Showing posts with label dilemma. Show all posts
Showing posts with label dilemma. Show all posts

Monday, September 9, 2013

whats wrong with me..???!!!!

Assalammualaikum


When you are by my side,
i feel warm with your soft touch,
there is nothing else like this in the world,
i'm falling more in love with you

I know i said things i didn't mean..
but please dont doubt the love i have for you..
there is nothing else like this love
i feel closer  to you then the stars are to the sky..
when things go bad you are always there by side

i'm sorry but i am not moving until you make me move
one more moment, one more touch, one more...uhhhh!!!

i'm sorry that i let you down..
Our love down....
=(


its all my fault!!
Whats wrong with me...????!!!

Sunday, August 25, 2013

breastfeeding for 1 Year 5 Month

Assalammualaikum

Setiap hari, saya selalu planning nak tulis itu dan ini dalam blog. Saya rindu nak menaip lama-lama dengan diiringi ilham penulisan yang mencurah-curah tanpa sebarang gangguan luar dan dalam fikiran.. Walaupun nampak macam syok sendiri kan..kan.. hikhik

Tapi, idea dan ilham yang cun dan bayangan pemikiran ku yang unik dan kreatif kononnya itu seringkali ditepis oleh hal-hal realiti yang berlaku didepan mata.. hehe sudah!

Saya sebetulnya rindu nak cerita pasal perjalanan penyusuan Insyirah.. Lama dah tak share pasal tu. Walhal masa mula-mula menyusukan, semua saya nak rakam dan simpan dalam blog. Saya mau simpan apa saja kenangan dalam perjalanan penyusuan bersama Insyirah. Bila Allah izinkan, saya nak Insyirah baca dan tau macam mana dia menyusu sejak dari baby. Berapa pun anak yang Allah kurniakan nanti, saya nak buat benda yang sama.. InsyaAllah. Moga Allah izinkan dan beri peluang. 

Dia cepat belajar..
Anak yang bijak.. =)
 
Alhamdulillah, saya masih menyusukan Insyirah dengan susu terbaik di dunia sehingga saat ini.. Syukur atas kuasa Allah dan nikmat yang tidak putus-putus buat diri ini. Insyirah belum minat nak berenti, saya lagi tak sampai hati. Setiap hari bila saya balik keja, Insyirah mesti merengek dan dia sendiri sudah pandai naik atas badan. Huhu.. Kesian.. Satu hari rindu ummi, dan menahan rasa nak dapat susu badan direct, dan manja-manja dengan ummi. Kalau dapat direct, Insyirah dapat bonus kena usap ummi, kena zikirkan oleh ummi dan ummi bawa cerita-cerita kan sayang.. Lebih dari 8 jam di taska tak dengar suara ummi.. Ummi tau dia rindu... dan Ummi sendiri apatah lagi.. isk isk... T___T

Sejak lepas keguguran haritu saya mula memerah balik. Alhamdulillah rezeki tu tak putus-putus. Insyirah masih saya bekalkan dengan EBM. Sampailah saya mengandung semula.. hahhh??!! preggy balik??!! hikhik.. Alhamdulillah.. rezeki lagi tu.. Sungguh Allah sayangkan saya. Allah beri nikmat beserta ujian. Now, dah masuk 17 week, mean dah 4 bulan dan.. Trimester kedua dah. Syukur. Last week buat check up antenatal, doktor scan.. Alhamdulillah lagi sekali, baby dalam keadaan sihat walafiat. Dengar irama degupan jantung si adik. Syukur. Insyirah pun sudah mula mengerti. Waktu saya tunjukkan gambar scan adiknya, dia cium gambar tu tanpa di suruh atau diajar sambil sebut "ayiee... ayie..." hehe. Mungkin maksud dia adik kuttt.. sebab tiap kali dia nampak budak dia akan sebut perkataan tu..

Sekarang, saya juga berhadapan dengan ujian penyusuan Insyirah sekali lagi. Bila kandungan masuk 4 bulan, susu sangat-sangat drop. Stok pula dah banyak yang saya guna. Rasanya stok yang ada tak mampu cukup sehingga saya bersalin. Syukur Insyirah banyak menyusu malam walau agak perit juga menyusukan tym preggy ne. Tak apa.. saya mesti kuat dan teruskan selagi Allah izinkan... Saya buat seperti sebelum ne, combine susu Insyirah dengan susu kambing Karihome. Oh ya, susu kambing Karihome is good, tau tak.. Saya anggap ia dah macam supplement untuk Insyirah selain bagi dia susu ibu. Kalau rajin nanti saya kongsikan kebaikannya k..


Macam tak percaya bayi ini pinjaman Allah buat saya.. huhu
pic 4 bulan.. masih gumukkk!!
 
Now, tunggu apa akan jadi seterusnya, kalau stok EBM yang ada sudah habis dan tak cukup, kebetulan dalam keadaan saya sekarang, susu drop dan tak mmerah dengan konsisten akibat misscarriage history yang lalu.. susu Kambing Karihome akan jadi pilihan. Untuk kalian, kalau alami masalah yang sama macam saya, kalian usahakan dulu susu segar ok. Jadikan susu tepung atau formula sebagai pilihan terakhir. Percayalah, setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya. Selagi kita masih mampu menyusukan anak-anak secara direct, jangan mengalah k.. Saya pernah kecewa dengan diri atas ketidakmampuan untuk terus bagi full susu ibu... Tapi kecewa pada diri itu bermakna saya tidak redha dengan takdir Allah.

Selepas keguguran, keadaan kita tidak akan sama seperti sebelumnya. Malah kalian boleh google, bila ada history keguguran, kita tidak digalakkan untuk menyusukan bayi ketika mengandung. Tapi saya tidak henti berdoa. Syukur setakat ini tiada masalah. Moga keadaannya sama sehingga adik Insyirah lahir nanti.. DOAKAN SAYA YA.. Selain tu, kita kena kuat dan yakin.. k.. 

Buat permata hati ummi.. Insyirah
Jangan risau sayang, waktu ummi buat entry ne insyirah masih ummi bagi susu ummi lg. Tak pernah berhenti walau sehari k.. InsyaAllah, kita sama-sama kuat hadapi ujian mendatang ya.. Ummi halalkan air susu ummi sejak pertama kali Insyirah meneguknya...


Salam Sayang
Ummu Al-Insyirah
=) 

Sunday, June 2, 2013

tujuan hidup?

Assalammualaikum


Wah tak terasa cuti selama 4 hari... Bermula khamis lalu..
Kaum Kadazan Dusun yang excited bercuti nak sambut kaamatan,  tapi seluruh sabah pla yang beriya nak cuti lebih hihi..

Cuti kali ne tak terasa sangat-sangat, sebab sibuk bertandang ke rumah orang kahwin.. Sepupu abi sendiri pun kahwin last week juga, so start khamis tu kitorang dah sibuk. Ikut tolong-tolong di rumah pengantin. Saya ne oke lagi. Muda lagi. Kuat lagi nak bekerja cuma masa saya tak dapat spend full tym kat rumah sepupu abi, sebab ada anak kecik, bila timimg Insyirah dah berperangai, nak tido, menyusu segala, abi mulalah hantar rumah balik. Urus anak pulo! Huhu..

Mak mertua saya dan makcik-makcik yang lain tu yang kesian.. Abi pun kesian juga, dorang banyak tolong, tak bertidur, ada sekali abi kena migrain mungkin sebab berjaga malam.. Tapi itulah hikmah dalam bermuhibbah.. Terjalin ukhwah kerana Allah, Terpamer ikhlas disegenap wajah kan..kan..Eceh! Dorang tak merungut pun... Saya yang banyak rugi sebab banyak angkat bendera putih bila Insyirah dah meragam hihihi...

InsyaAllah, kalau ada masa nanti nak juga share dan abadikan kenangan perkahwinan sepupu abi @ aunty noni Insyirah..

*******   ***   *******


Tu mukaddimah saja.. Hehe boring!
Awal pagi tadi, saya dan abi Insyirah kuar minum jap lepas dah thumb print kat ofis. Saya sampai awal lagi tapi kuar balik singgah minum, ntahla sejak dua menjak ne gastrik kuar balik..Tu yang bawa abi singgah.. Sib bek abi pun lapar hihi.. 

Waktu dalam keta banyak benda yang kami bincangkan... Berkaitan dengan tujuan dan destinasi hidup... Abi memang suka buka cerita dengan tajuk ne.. 

Act, mula-mula abi terpandang seorang wanita tua, berbaju lusuh, bertudung labuh menutup dada dan sebahagian tubuhnya.. Kaki pun, bertutup.. Ditangannya tersandang sebuah beg kain besar yang juga agak lusuh.. (wah suda macam cerita dongeng pulak).. Tapi ini realiti...
Makcik tadi berjalan kaki tak tahu hala tuju.. Abi pun mulakan bicara.. "cuba tengok makcik tu" sambil memunjungkan mulutnya ke satu arah..dan mata saya mengekori arah itu. Saya terus cakap.. "kesian" "Kesian kenapa?" Balas abi.. Saya terus terdiam, betul jugak kan, nak kesian part mana ya.. huhu
Nak kesian sebab baju dia lusuh?
Atau sebab beg dia yang dah kabur warnanya?
Atau kerana seliparnya yang dah koyak?
Atau mungkin juga sebab dia berjalan kaki seorang diri dan seolah-olah tak tahu arah tuju?

"Makcik tu, nampak menutup aurat dengan sempurna.. walaupun baju dan beg nya nampak lusuh dia tak nampak macam orang tak betul.. Entah-entah kita ne yang kesian, walaupun kita berdua dalam keta besar, baju lawa macam baru ambik dari kedai cina.. Kita sibuk dengan hal-hal dunia, akhirat entah ke mana. Makcik tu, dalam keadaan dia macam tu, tengok.. Dia tutup aurat sempurna. Semua betutup kecuali wajah dan tapak tangan saja.. Siapa tau kalau-kalau dia dah confirm ahli syurga.. kita..?"

Saya angguk tanda setuju. Memang terkesan dihati.. Subhanallah..

Sebagai umat islam, saya kira tidak ada di antara kita yang tidak tau bahawa dunia ini hanya sementara. Sedangkan akhirat itu pasti, kekal abadi dan ia tetap wujud. Sekali lagi akhirat adalah wujud, syurga neraka juga wujud dan benar. Allah telah nyatakan semuanya dalam Al-Quran. 

Apa sebenarnya TUJUAN hidup kita di dunia.. ke mana DESTINASI kita yang sebenarnya...?

Allah perintahkan kita agar bersyukur dan berdoa padaNYA setiap waktu, setiap hari kita berjanji pada Allah dalam solat lima waktu... solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah swt. Maka akan ada lagi kah niat kita melakukan suatu perkara bukan kerana Allah..? 

Ma fi Qalbi Ghairullah...

Kadang-kadang kita lalai. Tidak! Bukan kadang-kadang tapi selalu sebenarnya. Namun Allah sentiasa bagi peluang untuk bertaubat dan Allah itu sesungguhnya maha penerima taubat. Allah hidupkan kita didunia ini beserta ujian. Tidak beriman seseorang itu selagi ia tidak diuji! Banyak ujian yang kita hadapi setiap hari. Saya ada kawan. Dia baik dan kuat beribadah. Tapi dia agak kasar sedikit hehe. Namun sebenarnya, kekasaran bertempat itu menjadi kelebihan pada dirinya dan dia selalu cakap ini..

"ko sakit? ujian lah tu"
"oh ko sihat..cantik dan kaya..alhamdulillah.. jadi ko ingat semua tu bukan ujian? woi, ada bagus lagi tuhan uji kita dengan kesakitan atau kesusahan, sebab confirm ko akan mengadu dan meminta pada Allah, pendek kata, ko mesti akan ingat Allah, tengok bila ko senang, sihat, kaya... ko semayang tak? doa tak? itu pun ujian juga.. Istidraj! nikmat yang melalaikan..."

Haaa.. macam tu lah manusia yang sebenarnya.. Waktu susah baru akan ingat Allah dan mengadu padaNYA kan.. Waktu senang, doa pun pendek.. Ini sebenarnya peringatan buat diri sendiri dan kalian. Baguskan kalau saling mengingatkan...

Ada banyak benda yang kita nak kejar dalam dunia ne, of course semua benda yang baik-baik untuk diri kan, namun sebanyak mana perkara yang dikejar itu, bertujuankan ibadat pada Allah.. berlandaskan syariat islam..? 

Ya Allah, terlalu banyak perkara yang buat kita lalai. 

Satu benda yang saya selalu persoalkan pada diri sendiri..
Hari ini saya bekerja, setiap hari, 11 jam...
Bersama suami dan anak sekurang-kurangnya, 7 jam..
Masa untuk diri sendiri 6 jam...
11 jam bekerja, apa pengisiannya.. 
Setiap pagi niat semuanya kerana Allah.. Namun sejauhmana bicara setegak hati?
Maka sehingga bila ianya seperti ini...
Banyak mana pengisian masa untuk ibadat...

Belajar untuk pandai...
Pandai kan diri agar berjaya...
Berjaya hanya untuk pengiktirafan manusia semata..
Maka dimana tuhan kita? mana tempat pencipta kita?

Diri, mudahnya kau memungkiri penciptamu..

Sudah tiba masanya untuk kita sama-sama saling mengingati, bermuhasabah, dan merenung jauh matlamat kehidupan yang hakiki.. 
Saya juga manusia biasa yang ada kalanya lupa diri..

Allahualam..

~Nota buat diri~






Thursday, May 23, 2013

wanita bekerjaya vs suri rumah

Assalammualaikum


Perlu ke semua wanita ada pekerjaan..??

Dulu waktu zaman bujang, saya mesti kerja. Tidak boleh tidak! Tambah lagi tengah study, besok sudah habis belajar mesti nak naik jadi pegawai.. Mesti...!! Wah gitu sekali tujuan belajar.. Huhu.. Memangla, semua orang nak berjaya.. Manusia mana nak stay bawah ja kan... Mesti berusaha untuk majukan diri, so mesti belajar tinggi, kerja rajin-rajin supaya dapat naik pangkat.. Banyak duit.. Ha.. Jawatan tinggi, poket pun tebal!  Korang tak nak??!! 

Itu dulu.. Pemikiran trend bujang, masih terlalu muda membuat penilaian.. Duniawi diutamakan...

Ya.. Semua orang nak berjaya, siapa yang tak nak kan.. Kejayaan di dunia ne, semata-mata nak ditunjukkan pada orang. Sedikit sangat manusia yang mahu mencapai kejayaan atas redha Allah. Itulah hakikatnya. Kejayaan hakiki itu adalah apabila kita mendapat keredhaan Allah. Dunia cuma sementara. Sedangkan akhirat adalah tujuan sebenar..

Fuhh~ 
Puas saya berfikir tentang hal ne sebenarnya. Setiap hari kita berhadapan dengan kerja selama 8 jam. Seawal jam 8 pagi hingga 5 petang adalah tempoh waktu bekerja. Perjalanan saya sendiri dari Papar ke KK ambil masa sekurang-kurang nya satu jam, tambah lagi dengan jammed nya kan. Pegi sejam balik sejam. Maka setiap hari anak ditinggalkan selama 10 jam. Waktu nak gi keja, mesti jalan sebelum jam 8 kan.. So bertolak dari rumah sekurang-kurangnya jam 7 pagi. Jam 8 hingga 5 adalah waktu bekerja. Kadang-kadang saya balik 5.30 bila bersama bapa. So sampai rumah sekurang-kurangnya jam 6.30. Dah ambil masa 10 jam setengah. Letaklah 11 jam eh.. 

Balik rumah, peluk cium jap, direct bf jap.. anak terus tidur. Sambung buat keja rumah. Solat, masak, masuk kain dalam mesin basuh.. then tidur. Anak dibelai hanya sekurang-kurangnya 1 atau 2 jam... Esok pagi kita gi pejabat dia blum tentu bangun lagi.. Syukur Insyirah bangun awal selalunya, bila kami bangun solat subuh dia akan bangun sekali. Letaklah masa Insyirah bangun seawal jam 5 pagi.. Jam 7 saya dah jalan ke pejabat. Masa bersama 2 jam. Balik rumah, lepas kerja masa bersama sekurang-kurangnya 2 jam sebelum dia masuk tidur... Maka masa kita bersama anak hanya 4 jam???

Sedih kan...

Macam mana kita boleh jadi setegar begini, sedangkan diawal usia anak, sedari ia lahir sehingga sekurang-kurangnya sebelum usianya 7 tahun, adalah masa terbaik untuk kita beri perhatian sepenuhnya, mendidik  mereka sebaiknya. Saya pernah terbaca tentang cerita pasangan suami isteri di Indonesia, yang mana kedua-duanya merupakan orang penting negara. Kiranya sibuk kerjalah.. Tapi mereka berjaya mendidik  10 orang anak mereka menjadi hafiz dan hafizah.. 10 orang!! Bukan jumlah yang sedikit. Kita memikirkan anak seorang dah macam tak tentu arah. Hehe. Memang ajaib. Sebab mereka manfaatkan waktu subuh dan tengah malam sebaiknya untuk menghafal Al-Quran. Sebab tu saya juga cuba manfaatkan masa yang ada sebaiknya bersama Insyirah. Hujung minggu adalah yang paling berharga. Kerana itu adalah masa untuk anak dan suami saya. Namun ia juga tidak mudah... Insyirah semakin hari semakin membesar. Semakin hari semakin mengerti. Banyak yang dia lihat dan belajar.

Insyirah waktu demam vs waktu sihat....
Hujung minggu..
Saya selalu tak sabar nak berhujung minggu. Walaupun 2 hari cuma tapi cukup bahagia. Saya dapat bezakan kegembiraan dan ketenangan meniti 2 hari dihujung minggu berbanding 7 hari pada hari bekerja. Selain dapat bersama keluarga 24 jam, saya dapat selesaikan banyak kerja-kerja rumah yang tertangguh. Penat tak terasa berbanding hari bekerja. Namun, biasalah, semua perkara ada pra n kont! Kena lalui dan hargai..
Tapi bila nak buat pilihan untuk terus bekerja..Banyak perkara nak dipertimbangkan.. Secara umumnya, kalau kerja kita biasanya boleh/ ada : -
1. Ada duit sendiri
2. Kurangkan beban suami
3. Boleh loan sana sini
4. Bayar hutang belajar/ ptptn
5. Boleh apply kad kredit
Dan macam -macam lagi..
Kalau jadi surirumah pula macam-macam kerja boleh buat.. Masak, cuci dan jemur kain, bersihkan rumah, siram bunga hehe.. dan paling penting boleh bersama anak 24 jam. Bestnya... Tapi.. Tapi dan tapi....!! Tak apa! Kita cari penyelesaian untuk tapi itu.. InsyaAllah.. Mohon pada Allah, pasti DIA tunjukkan jalannya...  =)

Yang mana posisi anda sekarang..
dan
yang mana pilihan hati anda..
Moga Allah swt tunjukkan jalan dan mudahkan segala urusan buat hamba yang kerdil ini...amin

Wednesday, May 15, 2013

Life must go on..

Assalamualaikum..


Hati sedikit terusik dengan peristiwa awal pagi hari ne..

Insyirah demam, badannya panas.. Mood dia pun tak bagus, manja dan asyik merengek.. Dia memang macam tu kalau sakit...
Kemarin abi insyirah cuti.. Nenek dia pun kebetulan off.. Jadi insyirah tak ke taska.. Nenek yg jaga... Alhamdulillah, nenek kata tak banyak kerenahnya.. Makan, tidur, menyusu dan main sendirian... Tiba2 hari ne panas badan... Yang sebetulnya dia demam sejak ahad lalu, tapi panas badan on off... Ingatkan sejak Kemarin dan semalam ok saja... Tau2 kena demam lagi... Kesian dia..
Isnin lalu saya dah bercuti sebab iring mama dan bapa ke umrah... Abi pula dah cuti Kemarin.. Masa abi tak boleh kacau sebab saya sendiri faham kesibukannya.. Kadang2 cuti pun macam tidak saja... Saya pula hari ne kena attend meeting petang... Saya tak pasti kalau boleh minta excuse... Saya mula buntu.. Dengan keadaan insyirah yg tengah panas badan.. Takkan nak hantar ke taska.. Kesian, apalagi kalau boleh berjangkit demam dgn budak lain... Aduhai..

Saya datang ofis saja... Dan hantar insyirah ke taska dengan berat hati.. saya tau abi juga berat hati nak buat macam tu... Sampai ofis tak keruan da fikir anak sakit.. Fikir tindakan sendiri.. Sanggup pula saya masuk ofis dan tinggal kan insyirah yg tgh sakit macam tu ja.. Sedangkan insyirah adalah tanggungjawab hakiki saya.. Berbanding urusan kerja di pejabat.. Ya Allah, sedihnya saya..

Saya kuatkan hati jumpa presiden kelab dan nyatakan hasrat untuk tidak attend meeting sekaligus menyertakan surat perletakan jawatan untuk aktiviti kelab... Sampai macam tu sekali.. Tapi niat nak letak jawatan memang dah lama da... Atas banyak sebab.. Bukan pasal ne saja.. Saya tau presiden tak senang dengan tindakan saya namun beliau sedar itu hak saya juga...

Lepas selesai part tu saya jumpa bos dan bincang hal kerja satu persatu.. Then nyatakan niat yang saya harus balik jenguk anak yg tengah sakit.. Huhu bos sempat tanya.... "awak pun macam sakit saja".. Mungkin sebab suara rock selesma tu kut.. Kikiki... Saya jawab," ya memang sakit tapi tak teruk anak yang kesian sekarang ne"
Bos saya yang baik hati akhirnya mengizinkan.. Dia kata tak payah ambil cuti pun, baliklah... 'touching'!!

Saya kini merasa dilema sebagai ibu yang bekerja.. Saya yakin semua ini dirasai oleh semua ibu yang bekerja juga.. Tapi niat hati saya ke arah yg lebih jauh.. Saya kini ingin benar2 nak buat satu keputusan yang pasti ramai akan menghalang dan mengatakan tindakan saya sangat kurang bijak...

Ramai ibu bekerja dluar sana yang boleh handle keadaan serupa ini.. Boleh kerja sampai tua, anak2 berjaya... Mungkin keadaan keluarga saya sendiri juga boleh jadi contoh utama.. Ada yang manfaatkan masa subuh dan tengah malam dengan anak... Untuk pastikan mereka faham anak2.. Pastikan kejayaan anak2...entahlah saya yakin pasti akan dihidangkan dengan kata2 macam ne... Atau mungkin saya pasti akan menyesal... Dan usaha saya selama ne telah saya sia-siakan... Dan mungkin juga begini, saya lepaskan peluang yang sekali seumur hidup.. Saya sisihkan satu benda yang semua orang nak... Ataupun, ruginya saya, tak fikir panjang, pendek aqal...
Allahuakbar... Kuatkah saya nanti?

Sungguhpun kebahagiaan itu nanti saya dan keluarga yang merasainya, entah saya kuat atau tidak setelah 6tahun dalam zon selesa... Ya 6 tahun!

Abi pernah kata, rezeki kita Allah yang tentu kan.. Yang sudah dapat mahupun yang bakal dikecapi, semua Allah yang bagi... Masya Allah.. Kena berbaik sangka..

Apapun yang pasti... Moga Allah meredhainya..
Ku pohon kekuatan dariMU ya Rabbi...

InsyaAllah.... :-)