Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, January 14, 2014

how social web "eat" my money!!!!!

Assalammualaikum


Hujan lebat oii..
Terus mood blogging.. Jap je ekk..
Banyak keja nak bagi settle, maklum saja dekat nak deliver ne ada saja kerja baru yg sengaja disorong -sorong.. haihhh.. Macam tak paham! hek..hek!

Nak citer, dulu kan masa mula2 create akaun fesbuk, satu perkara yang buat saya rimas bila terbaca post2 orang yang ntah apa-apa. Segala perkataan yang tak baik, gaduh maki, sindir perli semua terbaca. Sudah tu kan automatik kita ble noted perangai orang tu dan orang ne. Kan..kan.. korang pun gitu kan. Lama-lama pandai rimas. Tapi tu oke lagi. Biarlah kan hal orang. Buat pa ko kesah kan.. Jaga je lah mulut dan hati sendiri.. Kawal tangan yang kongker keybod masa tu. Jangan ikut orang sudah!

Yang buat saya rasa lebih parah dan cuba nak lari dari kenyataan bila...
Dalam fesbuk kan terrrrrrlampau banyak orang jual barang yang... HAIHHHH!!! 
Haaaa... 
Buka page ne, "kami menawarkan kain yang berkualiti tinggi, berminat sila PM"
Buka lagi page tu, "anda mencari pakaian muslimah yang terkini? jom layari, www...bla..bla..bla"
Bila layari page yang dia gtau kan.. adalah satu ruang "order form"... Cisss!! sudah berkali kali saya cuba mengawal nafsu untuk shopping online.. Dan berkali-kali juga saya tewas.. Allahuakbar!

Tu taim bujang...

Lepas kawen saya insaf.
Untuk pastikan saya tak tewas lagi, saya tutup akaun fesbuk. Tutup twitter. Kecuali blog. Blog tak mungkin saya tutup. hehe. Waktu tu instagram tiada lagi.. hehe. Alhamdulillah. Duit gaji banyak save! Dengan bangganya, lebihan yang ada masuk tabung aji. yaloh!!

Tetiba, waktu saya mula jadi agen dropship satu online bisnes ne kan, untuk buat promotion saya kena create akaun fesbook balik. Tak cukup, sign up insta lagi.. Haaa.. amek kau! Nak bisnes sangat. Niat untuk bisnes. Bisneslah sangat!! Alih-alih saya yang asyik jadi customer orang bahahaha...

Teringat kata-kata seorang master, dalam hidup ne, korang buat option.. Nak jadi magnet atau serbuk besi. Pilih antara magnet dan serbuk besi. Thats mean, korang nak tarik orang atau jadi orang yang mudah sangat kena tarik kan..

Zaman sekarang ne memang zaman handal IT. Setiap rumah digalakkan ada komputer. Tengoklah budak2 sekarang. Permainan diorang gadget mahal-mahal. Tak macam dulu, kitorang main tanah, tepi sungai. Main kawen-kawen tabur bunga betul2. Main masak-masak guna air lopak bekas hujan. Buat milo pakai tanah. Kotor! Memang kotor. Naik rumah kena cubit mama. Kena pukul pakai hanger sebab tapak kaki bawa tanah masuk rumah. Ingat lagi tak..? kan..kan??!!

Social web is interesting. Memang bagus untuk mudah belajar and get any information pasal dunia luar. Pasal agenda yahudi dan illuminati yang merupakan perancang hal dunia terhandal konon! yang ramai orang tak tau.. Tapi tak ramai yang manfaatkan kebaikannya, termasuklah saya kutt.. suka sangat shopping online heee... 

*********

Sekadar nak remind diri saya sendiri, dan andai ianya boleh jadi manfaat bersama untuk kita apa salahnya saya record dalam blog ne kan.. kut2 ko insaf baca blog mak yong ne haaa.. hikhik..

Umi, abi selalu cakap, bila umi nak cari baju breastfeed banyak2, sebenarnya cari satu atau dua pun dah oke. Baju tu bukan nak kena pakai hari-hari. Bersederhanalah...

Umi, abi kerap pesan, bila nak beli barang baby, baju, pam susu, storage bottle, tak yah yang berjenama sangat, sebab baby cepat besar. Beli sikit-sikit cukuplah. Yang lama masih boleh pakai. Bersederhanalah...

Umi, abi kata, beg dan kasut umi masih bau kedai lagi. Takyah tukar-tukar style tiap bulan lah. Kasut untuk bantu kita jalan tak cecah tanah je.. Beg pun nak simpan barang je kan.. Sekali beli yang ada brand dulu cukuplah. Kata nak beli beg kasut berjenama sebab tahan.. Yang beli dulu, masih baru apa... Cukup-cukuplah...

Umi, semalam abi tanya, perlu ke tiap bulan beli tudung, shawl baru... yang sedia ada tak koyak lagi kan.. sudahlah dulu...

Umi, abi kata... kalau nak tutup aurat tak perlu beli tudung baju mahal, janji tebal tak jarang dan biar labuh untuk cover aurah. Lepas tu, abi kata tak yah stoking dan handsock colourful sebab tujuannya nak menutup bukan tarik perhatian orang... Faham kan umi..

Guys, 
Its wonderful when we try to understand what is life for.. what is life meaning... huhu
Kekadang kita mudah tersungkur, tapi Allah beri ujian untuk menegur supaya kita beringat. Bonus tau untuk mereka yang hidup berpasangan. Hikmah bila ada yang mengingatkan. 

Memang, bila sama-sama keja kita boleh kata, my money is mine. Ur money is mine too. Ia bukan bermakna bila kita beli barang kita pakai duit sendiri ia tidak jadi beban pada sesiapa pun. But remember when ur married, kena dalami maksud "hidup bersama" betul kan?

Renung-renungkan..
dan selamat beramal....take k!

ps: harap korang tak menguap baca blog without pic ne yeaaa.. tengkiu!

Yang ikhlas,
Ummu Al-Insyirah
#keyboardconqueror  

Monday, October 29, 2012

ujian

Assalammualaikum

Lepas siapkan satu kerja tadi saya rehat-rehat sekejap, sambil mengepam, sambil buka internet juga. Beberapa minggu lalu, satu pejabat sibuk. Banyak benda nak setel, sebab audit MS ISO nak masuk minggu ne. Nak berganjak ke arah pengurusan berkualiti la katakan, jadi ofis saya pun ambil bahagian untuk dapatkan sijil MS ISO. Tu yang kelam kabut sikit. Alahamdulillah, kemarin audit dah masuk sini. So far semuanya ok saja. InsyaAllah, mudah-mudahan kami diiktiraf. Tengah rehat + mengepam + surf internet tadi, saya banyak ter' buka online business punya website. Haha. Aduhai, saya ne selalu ingatkan diri. Abi Insyirah pun selalu ingatkan saya, supaya kawal diri. Dunia ini terrrlalu banyak ujian!!

Ya ujian.. Ujian dunia yang sangat menakutkan. Kalau kita biasa diuji dengan kesusahan, kesakitan.. mudah saja nak mengeluh, sakit.. nak menangis.. persoalkan kenapa kita diuji begini. Mohon dikuatkan hati.. kan? ujian yang berunsurkan kesusahan sangat mudah kita perasan. Dan sangat mudah juga kita ingat tuhan. Betul kan? Tapi, ada waktu kita jadi tidak sedar dengan segala ujian kesenangan dunia. 

Sekarang banyak sangat orang berbisnes. Jual itu, jual ini termasuk juga saya. Huhu. Orang menjual sampai ke alam maya. Malah dah ada sistem yang bagus untuk support orang bisnes online. Kita pun dah tak ragu-ragu dengan bisnes alam maya ne kan. Dah berkembang.. macam cendawan tumbuh lepas hujan. Lagi mudah kita nak beli sesuatu. Sebab kalau beli online tak payah turun kedai, cari parking, bersesak, berebut dengan orang. Only with one click saja dah boleh dapat barang. Hah...mudah tak? Itulah nikmat yang Allah bagi pada kita. Tapi nikmat itu juga mampu melalaikan jika kita lupa bahawa itu juga satu ujian. 

Nak juling dah mata saya buka web itu, buka web ini.. tengok barang baby, pakaian, beg, breastfeeding accessories.. semua saya rasa saya nak. Gelojoh betul. Kalaulah abi Insyirah ada di sebelah saya waktu ne, mesti kena ceramah free. Saya bukannya banyak duit pun. Tapi kerana ikutkan nafsu dan terlalu taksub dengan ujian dunia ne hampir tiap bulan gaji ada saja barang yang saya beli online. Subhanallah. Biar pun cuma satu tapi saya susah nak kikis tabiat buka business online website everyday, everyweek n everymonth!!

Abi Insyirah selalu ingatkan. Bukan tak boleh, cuma biarlah barang yang kita beli tu utamakan keperluan bukan kehendak dan nafsu semata-mata. Tapi saya, bila saya tengok cantik, mesti nak! Kadang-kadang saya dapat kawal. Kadang-kadang tidak. Saya tau saya kena berubah. Mesti nak ubah juga tabiat ne. Sebenarnya, sekarang ne dah bekurang sikit berbanding waktu saya aktif facebook dulu. Since saya dah terminate fb, saya niat nak control sifat tu. Alhamdulillah dah agak berkurang. Saya dah boleh jimat banyak berbanding waktu dulu. Tapi sekarang pula saya tak boleh tengok baju baby.. huhu. Ujian dapat baby girl ne, mama dia mesti suka nak pakaikan baju itu dan ini. Setuju kan kalau saya cakap sekarang ne, baju baby girl yang cantik-cantik sangat berlambak! hah.. Ujian kan untuk kita ibu si gadis...!!! Dah la, sifat suka shopping ne memang sinonim dengan wanita.. aduhai.. tabahlah dikau duhai hati..

InsyaAllah, saya akan cuba bawa diri saya berubah. Mesti ubah. Memang bayak ujian duniawi yang kita tak perasan. Ujian sakit dekatkan kita dengan Allah swt.. Ujian kesenangn pula bagaimana?


Tuesday, October 23, 2012

konvokesyen Mr. Ahmad dan tudung Aidijuma

Assalammualaikum

Penatnya hari ne. Jalan jauh, redah hujan untuk dua perkara. First nak pegi konvo Encik Ahmad. Hehe. Dan second, nak pegi beli tudung Aidijuma.. Toinggg..!! Destinasinya cuma satu, iaitu Universiti Malaysia Sabah.. UMS, universitiku.. aku dan suamiku adalah alumni mu.. ceh!

Saya dapat tau yang Aidiuma buka gerai di UMS, kebetulan nak pegi konvo Ahmad, saya pun bawa abi Insyirah pegi tongok. Tapi sayang, tak dapat jumpa dan bergambar dengan Datin Norjuma. Dia cuma datang kemarin (sabtu) untuk sesi beramah mesra dan tutorial. Sebab kemarin kami balik Papar, jadi tak dapatla  pegi sana. Tadi sampai di gerai Aidijuma, banyak tudung dah habis. Kaler cantik2 pun tak banyak da. Sebab dia jual murah. Untuk tudung plain boleh dapat RM 30/ 5 helai. Murah kan...!! Jadi ramai student dah borong habis. 


Insyirah baru bangun tidur. Ne tengah tunggu uncle Ahmad dia keluar. Balik2 kol, Ahmad tak jawab. Mungkin phone dia silent. Mana ble on phone tym dalam dewan. Tengok Insyirah. Monyok saja. Dalam gambar tiada satu pun pic dia senyum.. huhu


Waktu nak cari gerai Aidijuma, saya redah hujan. Padahal waktu pegi konvo ne saya pakai skirt. Bukan senag nak membawa langkah seribu. Haha.. Tak peduli! Nak juga masuk gerai Aidijuma. And finally.. Tadaaaa....


Saya jumpa juga.. Kesian Insyirah dan Abi.. seikhlas hati juga ikut umi. Insyirah!! jadilah dikau anak yang kuat dan tabah ya..



Kesian diorang, sabar menanti saya pilih tudung hehe..





Banyak kaler cantik dah habis..










Destinasi terakhir sebelum balik rumah..



Sup ekor.. layannn...





Nasi goreng belacan thailand..





Si kecil sudah tidur.. kesian dia penat sangat..





Saya dah ada ini.. yeah!
Dengar2 Aidijuma nak buka kiosk di One Borneo.. Sekarang tengah renovation. Emm.. Gud..Gud..Gud!!
Welcome to Sabah Aidijuma.. hehe

Sampai rumah.. solat Isyak dan terus.. zzzzzz, sok kerja!

Friday, September 28, 2012

BREASTPUMP TERBAIK PILIHAN

Assalammualaikum

Breastpump terbaik pilihan saya dah sampai.. *wink~~
Alhamdulillah.. hanya sebagai alat bantuan untuk memudahkan usaha dan niat. 
Selepas buat research. Pertimbangkan buruk baik + harga.. Akhirnya ini yang menjadi pilihan hati...




SPECTRA DEW 300 ELECTRIC BREASTPUMP

Kenapa saya pilih ne? Em, kalau ikut research, fungsinya lebih kurang sama saja dengan Spectra 3. Cuma suction strenght dia lagi high berbanding spectra 3. Kan mula-mula niat nak try spectra 3. Tambah lagi Spectra ne boleh guna double pump. Cuma breastshield set kena beli asing. Tapi saya beli di littlewhiz. Ambil pakaej. Kena lagi on sale. Dah buat survei. Kira murah sikitla.

Spectra ne jenama BP kedua terbagus after Medela. Didatangkan dari Korea. Memandangkan harganya jauh lagi murah berbanding Medela, saya pun prefer nak pakai Spectra. Jadi buatlah kajian untuk semua jenis BP spectra. Terrrjatuh cintunla dengan Spectra DEW 300 ne.





Yang ne mesti ada. Filter dia untuk elak backflow. Alhamdulillah, setakat ne bila guna oke je. Senang nak buat power pumping. Aiceh!




Boleh set had kelajuan. Ikut keselesaan masing-masing. Kalau saya, sedang-sedang je. Tak kuat dan tak slow sangat. Cute kan, kaler pink. Actually biru pun ada. Tapi saya prefer pink. Gurly shangat!

Cuma, motor dia berat sikit. Lagi berat dari Spectra 3. Tapi tak lah jauh beza cuma 0.2 kg je beza. Then, tiada battery. Kena sentiasa ada soket. Tapi kalau nak pam di kereta boleh guna car adapter. 

Setelah 6 bulan pakai manual. Teringin nak rehat-rehat. Nak mudah sikit. Apa salahnya. Masih dalam bajet saya. Harganya masih < RM500.OO... tak caya? pi terjah kat littlewhiz.
.

Oke.. ne je lah, saya lapar..
Daaa.. c u!

Sunday, September 16, 2012

jom shopping

Asssalammualaikum

Tiba-tiba plak tajuk saya hari ne nak bawa korang shopping kan.. hehe saja nak promote tempat shopping best dalam intenet. Biasalah perempuan tak lari dari shopping, fesyen dan melaram.. tapi saya jenis yang simple saja. Tak suka fesyen yang crowded. Paling penting selesa dan tak terbuka. 

Hah meh sini, saya nak promote baju best yang saya dah grab dari poplook. Cantik! Entah kenapa sekarang saya selesa pakai skirt dan dress. Even pegi kenduri ke, rumah terbuka kawan pun saya selesa pakai skirt. Tapi saya padankan dengan baju yang menutup la. Panjang tangan dan tak terlalu pendek. 

Hari tu saya ada ambil baju ne. Kebetulan order sekali dengan kakak saya, jadi kami ne berebut warna lah juga. Hehe. Kami jatuh cinta dengan kaler coklat. Tapi memandangkan kakak saya dah order kaler coklat, saya ambik kaler ne la.. Still tak pakai lagi, nak tunggu waktu yang sesuai sebab striking sangat woo.. huhu


Cantik tak? masih ada lagi tu, yang ne full lining kecuali bahagian tangan. Kena pakai inner jugak k. Tapi saya tak la pakai tali piggang tu. 
Lepas dapat item di atas, saya rasa puas hati dengan design, material, cutting dan jahitan dari poplook ne. Jadi saya pun subscribe le, manatau ada item baru kan. Then kuar lagi dress n skirt baru. Saya pun ambik la lagi kebetulan pulak time tu baru gaji..

Haaaa... cantik tak..? Tapi dah sold out dear..

CENTURY CHIFFON SKIRT - BLUSH
Yang ne pun ok jugak. Cantik. Dia ada lapis kat dalam. Tak lah seksi. Labuh pulak tu. Tapi kalau saya kena pakai lapis kat dalam juga. Sebab lapis skirt ne bagi saya nipis sangat. Jadi untuk keselamatan dan keselesaan, tutup dan tutuplah.. uhu!

Banyak juga blouse-blouse yang canik. Yang sesuai untuk kita yang bertudung dan nak tutup aurat. InsyaAllah. Perempuan ne tak lari daripada fesyen. Nak melawa je. huhu. Tapi berpada-pada jugak lah kan. 

Korang masuk je web poplook.com. Manatau berminat kan. Saya bukan agen berbayar. Saja je. Share dengan para ibu dan wanita yang cantik di luar sana.. heihei!

Selamat menjamu mata dengan selera pakaian yang cantik mantik! hehe..
(Emm.. tgh dreaming, lepas ne nak ambil dress lagi, nak blouse itu lagi, then nak skirt yang tu lagi.. hihihi..sudah!!)



Daaa....