Showing posts with label Parents and Family. Show all posts
Showing posts with label Parents and Family. Show all posts

Monday, December 9, 2013

Second Pregnancy Sharing (week 31 & 6 days)

Assalammualaikum

Woott..Woott... Hehe
Kejap ada kejap tak ada plak ummi Insyirah ne. Seriously, rindu ah ngan blog!!!. Cuma tak menang tangan nak hadap semua. Yaloh! mana nak buat kerja opis, kerja rumah, melayan karenah Insyirahku sayang, abinya lagi (hikhik).. Nak layan sakit satu badan.. (kaw kaw penangan pregnant anak kedua). Biasalah kawan, family titeww baru nak berkembang. Bukan tiada masa. Masa ada, tapi kena cari dan bagi-bagikan untuk yang paling utama dan aktiviti sampingan. Selalu online insta n fb saja tu pun sekejap-sekejap... Lepas uplod, tutup. Hehe...


Sebelum melahirkan, nak juga share dalam "Al-Insyirahsite" ne kenangan dan pengalaman mengandung baby adik dan menghadapi karenah Insyirah. Nanti, Insyirah dan adik dah besar boleh baca. Weeee.. (excited!) Dulu, blog ne saya namakan dia "a walk to remember". Sebab dah macam diary saya. Dah jadi medium untuk mengingati satu-satu kenangan, dan kejadian. Ntah!! dari dulu suka buat gitu.. Kalau tym skolah suka tulis diary.. Sekarang layan blog kau! haha... Bila Insyirah lahir, teringin ah nak guna nama anak hewhew.. Naluri keibuan datang tiba-tiba konon!

Okep! Waktu blog ne saya karang baby adik dah duduk dalam perut umi selama 31 minggu 6 hari. Wow! 57 days to go.. 9 minggu lagi. dup dap dup dap!! Walaupun pengalaman kedua. Orang cakap pengalaman mengandung satu-satu anak dan satu-satu kelahiran tak sama. Moga Allah mudahkan jua untuk kali ini. Dan.. memang pengalaman mengandung untuk kali kedua jauh beza dengan sebelum ne. 



First, awal preggy hari tu saya dah alami alahan yang jauh lagi teruk dari yang pertama. Sakit kepala, demam sampai ambil MC seminggu. Kau pernah?! huhu.. Masuk 6 bulan, alhamdulillah pulih sepenuhnya. Makan pun kuat. Tapi saya alami sakit pinggang yang agak teruk juga. Rasanya waktu pregnant Insyirah haritu, sakit pinggang cuma rasa masa nak beranak jeww.. huhu 

Ujian yang paling ketara bila berhadapan dengan emosi. Bukan mudah, nak kawal emosi tau, walaupun kita tau yang marah-marah, murung-murung, moody-moody tu tak bagus. Hehe Kadang-kadang, nak lawan perasaan tu sampai nangis. Mengandung di saat anak pertama masih perlukan perhatian adalah suatu pengalaman yang cukup mencabar. Ya! sudah rasa baru faham susahnya mama nak besarkan kami beradik yang "berjurut" dan "bergurutan" membesar bersama haha.. Saya ada 7 beradik yang umur sebaya-sebaya ok! 

Sekarang Insyirah dah masuk setahun 8 bulan. Masih kecil. Waktu-waktu beginilah dia suka perhatian. Suka bercerita hanya untuk tarik perhatian. Kesiannnn... Kadang-kadang, cara dia tarik perhatian tak sama. Ada masa dia akan bercerita, menyanyi dan menghibur. Ada masa dia akan buat perkara yang mungkin boleh datangkan kemarahan. Tu yang kena kawal. Mereka mungkin suka buang barang, tumpahkan air, makanan, sepahkan bilik dan macam-macam lagi. Semua tu semata-mata nak tarik perhatian kita. Abi selalu cakap, "budak-budak cuma kecil sekali, esok dah besar tak perlukan kita dah". Tu yang sebak tu. Bila lagi nak manjakan dorang kalau bukan waktu begini. Sedangkan nabi tak pernah marahkan anaknya sehingga usia 7 tahun. 



Memang, Insyirah mula manja dan sukakan perhatian sekarang. 

Sebak tau bila ingat karenah Insyirah bila saya dalam perjalanan pegi balik ofis. Tula waktu saya mengelamun. Kadang-kadang sampai tumpah air mata senyap-senyap. Hikhik. Sssshhh.. jangan cerita dengan orang erkk.. !! heeee...

Waktu mengandung ne, kadang-kadang saya nak rehat banyak. Nak luruskan belakang la, nak urut la.. hehe.. Nak tenangkan fikiran la... Semua nak senang lah katakan. Tapi waktu tu semua adalah waktu yang sama Insyirah nakkan perhatian. Kesiannn kan.. Saya tak boleh nak abaikan. Insyirah dah sehari dengan cikgu dan kawan-kawan. Tak nampak muka umi dan abi. Takkan saya sanggup tak nak peduli. Bila ingat alunan suara dia yang manja minta "ngempeng" aduiii rasa nak menangis... Dahlah sehari tak merasa.. huhu! Biarlah penat, biarlah sakit, janji.. Insyirah tidak merasa dia diabaikan... Walaupun kadang-kadang umi dah macam tak boleh.. Syukur ada abi... Abi baik! Banyak tolong... Huhu.. Nak nanges ne.. boleh??!! Banyak jasa abi dalam menenangkan dan mempositifkan fikiran umi... Abi cakap, jangan tinggal baca Quran sehari... even ada vitamin shaklee pun, makanan ruhani perlu ada... Ya! waktu stress g ambil wuduk buka Quran... Baca! Biar kuar airmata... Allah akan pimpin pada "jalan yang lurus".

Promote jap.. Vitamin B-COMPLEX SHAKLEE juga bantu saya dalam elakkan stress selama mengandung. Alhamdulillah, pertama kali merasa keadaan begini tak adalah sampai nak lompat keluar tingkap kan.. hahaha.. 

Beza dengan pengalaman pertama kali menagndung. Rasa berat pada perut je.. Emosi kurang. Agaknyalah kan.. hehe. Setiap pengalaman tu berbeza. Tapi, sejujurnya semua saya hargai. Semuanya ujian beserta nikmat. InsyaAllah. Ne baru pengalaman mengandung kali kedua. Belum pengalaman menimang cahaya mata kedua pula. Tunggulah baby adik lahir nanti sambung cerita kay!

Kawan-kawan..
If you think being pregnant and having a baby besttt je.. bahagiaaa je.. indahhhh je.. sebenarnya baguslah pemikiran yang agak optimistik. Tapi kena ingat juga, best tu, bahagia itu dan keindahan itu juga diiringi dengan ujian, kesakitan, dan tarbiah dari Allah. Anak itu amanah. Setiap hari jangan lupa minta petunjuk Allah, agar mendapat bimbinganNYA, bagaimana untuk kita mendidik dan membentuk amanahNYA itu. Ia bukan mudah.. Rupanya! Ya, saya baru faham sebab saya baru jadi ibu. Andai usia masih panjang maka panjang lagi lah perjalanan sebagai ibu yang kena ditempuh. Huh! kena get ready!!


Bila baca blog ne, tak semestinya korang kena setting minda.. "ah tak nak la mengandung dulu".. or "kalau gini tunggu baby umur 10 taun baru preggy balik" jangannn!!! Itu bukan tujuan saya share cerita ne. Jangan anggap perkongsian ini membawa makna seperti "susahnya mengandung anak kedua bila ada anak kecil" Tidak sekali-kali... hehe. I just wana share with u, pengalaman mengandung yang berlainan, first lain ragam, second pula lain ragamnya.  Saya tak pernah terfikir yang mengandung untuk kali kedua ini sukar dan menyakitkan. Tidak! Malah bersyukur, dan berterima kasih pada Allah swt atas peluang, dan pengalaman yang TERLALU BERHARGA ini.... Now, i can feel what every moms think about their love one! Apa yang ibu-ibu mahu untuk anak-anak mereka. Rugi ko tak merasa.. hehe

Sebab tu saya rakamkan perasaan ini dalam blog kesayangan ne.. ecewah!
Satu hari bila Insyirah baca blog umi, jadilah pemikir yang tidak mensia-siakan setiap ilmu Allah di dunia untuk bekalan ke akhirat...

Oke, aikkk!! ko dah menguap baca blog mak yong??!! sampai hatiiii..
oke laa.. oke laa... mak yong stop disini dulu.... Daaaaaa...

Salam alaik..


With Love,
Ummu Al-Insyirah

Tuesday, December 25, 2012

the story of KUNDASANG

Assalammualaikum

Its been a long tym tak online.. rindunyaaa.. Tak sabar betul nak story pasal holiday haritu. Masa holiday sebenarnya terlalu pendek. Tapi amat berharga untuk saya. Kesian abi sampai kena sakit kepala. Thats why masa percutian pun di pendekkan. Tak apa.. Masa seminit pun kalau tuhan kurniakan untuk gembira bersama abi dan Insyirah suda jadi cukup bermakna buat diri saya.. *wink*

Sebenarnya, kami start bercuti 20 hb haritu. Seawal jam 8am lagi bertolak dari rumah.. Awal kan? sebab kita target nak sampai awal, then boleh jalan2. Cuma kami sekeluarga bertiga dan keluarga kawan abi Insyirah..mereka pun bertiga juga. Jadi hanya kami berenam. Niat nak pegi ramai2 dengan kawan abi yang lain lagi. Ada 2 family lagi kalau iku plan. Tapi yang dua lagi belum balik dari kl. So, takut tunggu lama-lama nanti tak kesampaian. Maklumlah cuti tak menentu. Abi tak boleh cuti lama-lama. Sebab banyak keja nak diselesaikan sementara staff non muslim cuti xmas kan.. Tak apalah, kalau umur panjang dan diizinkan Allah swt, lain hari ada lagi kan. Ble plan cuti sama2 lagi.

Kami sampai di Kundasang sekitar jam 10 am. Kitorang menginap di Rose Cabin. Tempat penginapan biasa saja. Sesuai untuk keluarga kecil macam kami. Hehe. Next time kalau dah bertambah bole minta tempat yang lagi besar kan. Tak kisah tinggal di mana pun. Ok. Lepas check in dan solat jamak Zuhur dan asar, lebih kurang jam 2pm kami pegi pekan kundasang. Perut dah lapar sangat. Pekena sup ngammmm betul. Hehe. Memang selera sup sup saya dan abi Insyirah ne. Insyirah saya dah siap2 buat buburnya dari rumah. Bekalan untuk siang dan  malam (3x makan).

Sempat juga kitorang singgah di Desa Cattle. Tempat ternakan lembu. Cantik betul disana. Rasa macam nak pegi lagi. Sebab kami di sana pun tak lama. Hujan. Sejuk pula tu. Kesian anak-anak.

Act, banyak pic diambil tapi dalam kamera abi. Sementara tu saya share pic yang ada dari handphone dulu ya..

 
 Makan tengahari di restoran pekan Kundasang.. Saya tak ingat pulak nama restoran ne. Mungkin sebab lapar betul kan.. hihi Layan sup tulang gitu.. eheh!
 
 
 
 
Pakai topi mancing.. hehe.. Ne masi kat kk.. Sarapan..
 
 
 
 
Dah check in kat Rose Cabin.. Okela.. Janji selesa.. Insyirah pun sesuka hati saja roun satu bilik ehe..
 
 
 
 
 
Banyak kan lembu rupa new zealand ne.. Sampai sini saja perjalanan kami di Kundasang.. @Desa Cattle ne.. Waktu ne pun hujan.. Punya sejukk.. Huhu Nasib baik siap2 bagi pakai Insyirah baju tebal. Tahan juga budak tu. Dia suka pula bila angin kuat. Hehe
 
 
 
 
Candid Camera. Hehe
 
 
 
 
 Alah eksen saja Insyirah tu. Padahal dia tau nak kena gambar. Ngee..
 
 
 
 
 
Kalau ada yang belum sampai sini, Marila datang Kundasang di Desa Cattle ne. Cantik. Mungkin saya saja kut yang baru datang sana hehe. Selalu saya cuma nampak gambar orang. Memang cantik. Dan bila dah sampai sendiri. Subhanallah.. Memang cantik. Rasa macam nak datang lagi. Cantik betul ciptaan Allah tu. Pemandangan yang cukup real dan bukan lukisan semata. Aiceh!!
 
 
 
 
 Insyirah sibuk nak tengok lembu.. Banyak tau lembu dia.. Pandai baris tunggu giliran nak pam susu pulak tu..
**Teringat oklan kit kat.. hehe**
 
 
 
 
Ne kat bilik. Tempat kami rehat2 + tempat Insyirah buat perangai dia jugak hihi.. Tapi selama di sana Alhamdulillah, kurang manja budak ne.. Dia nak belepas saja.. Tapi habis barang dihamburnya saja.. Kita solat pun dia kacau aduhaii.. huhu
 
 
 
 
 
 
Dia main topi.. Waktu nela ada saja perangai dia buat.. hehe..
 
 
 
 
 
 
Otw nak balik kk.. Kesian abi.. Tym ne la dia sakit kepala sangat2. Saya kata mungkin sebab banyak minum Nescafe semalam. Sebab dia tak pandai sangat minum tu. Tak ngam dengan perut katanya. Ntah kenapa. Tym sejuk2 dia teringin pula nak rasa Nescafe tu.. Ciann..
 
 
 
 
 
Tengoklah gaya anak ne.. ada2 aja.. Kami singgah di Kinabalu Park. Abi kena rehat sebab sakit kepala.
 
 
 
Cantik kan.. Cuma saya tak berapa pandai snap ehe!. Act lebih indah daripada apa yang anda nampak dalam gambar..
 
 
 
 
 
Dia nak berlepas jugak..  
 
 
 
 
 
Sempat lagiii.. hehe. Kami pun turun dari keta. Jalan2 sekitar Parking. Sementara biar abi rehat betul2. Ambil masa 2 jam juga. Baru abi dapat rehat cukup. Kepala pun dah ringan..
 
 
 
 
 
Cakkk...!!!!!
 
 
 
 
 
 Hek Eleh... nak duduk sendiri.. he
 
 
 
 
 
Sebab penat sangat.. Akhirnya dia tertidur dengan lenanya bersama mr. miow miow.. comel.. biarla dia rehat.. umi pun nak rehat jugak.. hehe
 
Sebenarnya, banyak pic dalam kamera abi. Lebih2 lagi pic dengan family kawan abi. Kami ada bergambar ramai2. Tapi bila transfer dalam komputer ne, tak boleh buka pula. Ini saja yang dapat saya share. Paling cantik pic pamandangan. Lukisan realiti alam ciptaan Allah swt.. Memang cantik..  Sampai sini dulu saya share ya.. Banyak keja nak buat..
 
Sejak last week lagi berniat nak update + upload pic.. tapi tak ada masa. Kebetulan bz dan ada saudara meninggal dunia kan.. terpaksa hold dulu.. Ok.. walaupun percutian kami cukup pendek, tapi sangat berharga buat saya..
 
Salam Sayang..

Monday, December 17, 2012

al-fatihah

Assalammualaikum

Ingat tak entry saya hujung minggu tentang pakcik saya di Damai Specialist? Beliau telah dijemput Illahi semalam dalam jam 8pm..

Subhanallah.. Besar sungguh kuasa tuhan.. Moga ruh Allahyarham  ditempatkan dikalangan Hamba Allah swt yang beriman.. Serta sentiasa dalam rahmat-NYA

Beliau seorang bapa/ pakcik yang cukup baik.. Lidah saya cukup kelu untuk berkata2 saat menerima berita pemergian beliau..

Moga keluarga sepupu saya iaitu anak2 Allahyarham tabah dan redha mengahadapi ujian Allah.. 

Al-fatihah..

Tuesday, November 20, 2012

merancang kelahiran dalam islam

Assalammualaikum

Lepas melahirkan dan merancang untuk bagi full bf pada Insyirah, saya dan abi Insyirah sehati nak merancang kelahiran. Ada beberapa faktor dan sebab untuk buat keputusan begitu. Salah satunya, sudah pasti berkaitan dengan penyusuan Insyirah. Namun kita cuma selemah-lemah manusia yang hanya mampu merancang. Selebihnya, kami berserah pada Allah swt yang lebih berkuasa.
 
Dalam islam, merancang juga dibolehkan. Banyak perkara yang saya dan abi Insyirah ambil kira sebelum buat keputusan. Kalau ikutkan hati, sebelum ne saya nak sangat beranak rapat. Biar Insyirah ada kawan, dan biar mereka besar sekali. Tapi, setelah banyak perkara diambil kira, akhirnya merancang kelahiran adalah keputusan terbaik.
 
Di dalam islam, terdapat beberapa faktor yang dibenarkan syara' untuk merancang keluarga ;-
 
Pertama : Bimbang berlaku sesuatu yang tidak diingini pada nyawa ibu atau menjejaskan kesihatannya apabila mengandung selepas baru melahirkan. Biasanya, kesihatan dan keadaan ibu mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk bersedia mengandung semula.
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke lembah kebinasaan" (Al-Baqarah : 195)
 
Firman Allah swt Maksudnya :-
"Janganlah kamu membunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah maha mengasihani terhadap diri kamu." (An-Nisa' : 29)
 
Kedua : Bimbang berlaku kesusahan dunia yang berpotensi membawa kesulitan dalam agamanya sehingga dia melakukan perkara yang haram.
 
Firman Allah swt maksudnya : -
"Allah swt mengkehendaki kamu kesenangan dan tidak mengkehendaki kamu berada dalam kepayahan." (Al-Baqarah : 185)
 
Firman Allah swt maksudnya : -
" Dan Allah swt tidak mengkehandaki untuk menjadikan kamu berada dalam kesusahan pada melaksanakan perintah agamanya" (Al-Maidah : 6)
 
Ketiga : Bimbang menjejaskan kesihatan anak-anak atau kurangnya didikan.
 
Dalam hadis menyebut seorang lelaki datang berjumpa Rasulullah saw dan berkata "Hai Rasulullah sesungguhnya aku melakukan azal terhadap isteriku." Rasulullah saw bertanya, "Kenapa kau berbuat demikian?" Lelaki itu menjawab, " Aku kesian terhadap anak-anak isteriku."
Rasulullah saw bersabda Maksudnya : -
"Kalaulah ia memberi mudarat nescaya ia memberi kemudaratan kepada bangsa Farsi dan Rom" (Riwayat Muslim)
 
Keempat : Bimbang ibu mengandung dalam keadaan masih menyusukan bayi atau ada anak kecil yang menyusu lagi.
Daripada bahan bacaan yang saya dapat, memang ada risiko ibu menyusukan ketika hamil. Tapi kemungkinan tidak semuanya tepat. Biasanya, air susu akan menjadi kurang ketika kandungan masuk 4 bulan. Selain tu, puting payudara juga akan mula menjadi lembut dan sangat sensitif ketika mengandung. So, mesti sakit kan..
Maka, bagi ibu yang ingin menyempurnakan penyusuan eksklusif sehingga sekurang-kurangnya 2 tahun, digalakkan merancang. Anda boleh rujuk link ini untuk info lebih tentang penyusuan ketika hamil.
 
Antara kaedah merancang keluarga : -
 
a) KAEDAH SEMULAJADI
- azal (Coitus Interuptus)   > more info
- Ambil kira waktu subur (InsyaAllah nanti saya kongsikan ya..)
 
b) HALANGAN
- Kondom
- Alat dalam Rahim (IUD)
- Diafram - Liang lapik rahim yang akan menutup pintu masuk ke Rahim
- Servical Cap
 
c) HORMON
Sama ada pil, implan atau suntikan untuk menghalang ovulasi, yang akan menyebabkan lendiran faraj jadi lebih pekat dan menghalang penempelan benih di ruang rahim.
(Untuk ibu yang menyusukan, mungkin ada pil yang sesuai.. buat research kalau niat nak ambil ya.. make sure tidak memudaratkan anak yang disusui.)
 
d) KIMIA
Spermisid dalam bentuk krim atau buih yang akan membunuh sperma yang masuk ke dalam faraj.
 
e) KEKAL
- Vasectomy - Saluran yang membawa sperma (vas deferens diikat supaya air mani yang dikeluarkan tidak mengandungi sperma
 
- Bilateral Tubal Ligation - Tiub fallopian diikat supaya ovum tidak dapat melalui tiub ini.
 
Apapun, anak itu rezeki Allah. Seandainya kita dah cuba untuk merancang yang terbaik, namun yakinlah bahawa perancangan Allah swt itu jauh lebih hebat kerana DIA lebih mengetahui segala perkara yang kita tidak pernah tahu. Jangan sekali-kali tolak rezeki pula.
 
Merancang perlu persetujuan antara suami dan isteri. Kerana ia tidak bermaksud, mengandung semula sebelum usia anak 2 tahun itu tidak boleh. That's why, kena ada sefahaman antara pasangan. Duduk bincang untuk kebaikan bersama ya. Namanya juga PERANCANGAN KELUARGA kan..moga kita sentiasa beroleh kebaikan daripada Allah swt.. Allahhumma Ameen..
 
 
Salam sayang..



 
 
 

Thursday, September 27, 2012

BAYI TOLAK MAKANAN? : TIPS TERBAIK UNTUK ANDA

Assalammualaikum

Tempoh hari saya ada bercerita tentang Insyirah yang mula tolak makanan bila di taska kan. Hari ne, saya nak kongsi tips yang berjaya saya lakukan setelah agak lama saya bersusah hati tentang hal ne. Mana tidak, Insyirah dah masuk 6 bulan, yang sepatutnya mesti mula terima makanan. Mula-mula dia tiada masalah untuk makan. Tapi entah kenapa bila di taska dia mula tak nak. Lepas tu di rumah pun dia mula tak nak juga. Risau saya. Nasib baik ada tips dari mak mentua. Bila saya cuba, alhamdulillah.. Insyirah sebenarnya kuat makan.. hehe.. Thanks a lot mak mertuaku.

Nak tau tipsnya? mudah aje.. just bagi makan dia melalui botol susu.. itu je.. eheh
Since Insyirah dah boleh terima susu melalui botol, maka saya rasa tak susah dah ikut tips ne. Di sini saya kongsikan cara saya sediakan untuk Insyirah ya.

1) MASAK BUBUR + PUREE
Macam biasa, saya masak bubur campur puree sayuran. Puree favourite adalah lobak merah, brokoli, kentang dan anda boleh cuba macam-macam lagi buah atau sayur yang berkhasiat. Setakat ne saya kerap bagi dia sayuran di atas.

Anda boleh juga sediakan puree untuk stok satu atau dua minggu. Tempoh hari saya ada janji nak share tips macam mana nak buat stok makanan untuk baby kan. Ok, kita teruskan lah sesi perkongsian walaupun tanpa gambar ya. Sebab kadang-kadang saya tak ingat nak bawa henpon ke dapur. Hihi.

a) Rebus sayuran/ buahan berkhasit. (e.g lobak merah, brokoli, ubi kentang, keledek, kurma, etc) untuk dibuat puree. 

b) Lepas dah masak (kira-kira dah lembut) boleh lah angkat dan tapis.

c) Blender bahan-bahan tersebut secara berasingan.

d) Bila semuanya dah siap dblender halus, boleh masukkan ke dalam bekas ais yang bertutup. Tapi jagan campur. Asing-asingkan petak untuk lain-lain jenis puree. 

e) Sudah boleh masuk dalam freezer. Kalau dalam freezer (sejuk beku), puree boleh tahan sekurang-kurangnya 2 minggu. Kalau peti sejuk bahagian bukan sejuk beku hanya tahan selama 48 jam sahaja. 

Terpulanglah pada anda. Cara di atas sesuai diamalkan untuk ibu yang bekerja. Takut tak sempat nak sediakan bubur awal pagi, nak blender atau lecek lagi kan. Belum lagi nak sediakan EBM untuk anak. Kalau anda pilih untuk masak bubur + puree awal pagi setiap hari, lagi bagus. Khasiat yang fresh. Tapi tak bermakna puree yang dah disejuk beku ne tak bagus. Ne lagi bagus berbanding kita bagi baby makanan instant dalam tin yang ada msg tu. Kesianlah baby kita kecik2 lagi dah makan pengawet.

Oh ya, biasanya bubur Insyirah saya sediakan waktu malam. Esok hari saya tinggal panaskan sekali dengan puree pilihan. Samada nak campur lobak merah atau brokoli or etc. Cuma, kalau saya tidur di Papar, jarang saya buat stok. Saya akan sediakan bubur + puree yang fresh untuk Insyirah. Sebabnya, kalau saya di Papar, tiada masalah kesuntukan masa. Saya turun kerja jam 7.20am. Masi sempat nak sediakan makanan + susu + pakaian Insyirah. *Wink~~

2) MASUKKAN BUBUR DALAM BOTOL SUSU
Berbalik kepada tips bagi makan baby yang tolak makanan. Memandangkan makanan tu dimasukkan ke dalam botol susu, maka bubur + puree tadi kena di blender atau dilecek halus-halus. Kalau boleh tukar puting susu kepada saiz lubang yang lebih besar (untuk makan sahaja). Ini untuk memudahkan makanan mengalir melalui lubang. Taklah tersekat pulak kan.

3) CAMPURKAN AIR SUSU IBU
Saya rasa ini yang buat Insyirah jatuh cinta dengan makanan dia. Hehe. Terpulang pada anda nak tambah berapa banyak. Tapi saya pesan kat pengasuh Insyirah supaya tambahkan 2 oz ASI pada bubur dia. Tak perlu tambah garam/ ajinomoto/ gula atau apa pun perasa makanan pada bubur. Perut baby belum ready untuk terima bahan perasa tu semua. Biar mereka rasa sayur-sayuran atau buah-buahan dulu. Semua tu kan penuh khasiat. Kalau nak bagi rasa, just bagi ASI saja. Susu tu kan manis. Carrot pun manis dan sedap juga kan.

4) GONCANGKAN MAKANAN + ASI
Cuba goncangkan bubur + puree + ASI tadi untuk bagi ia sebati. Mesti nampak pekat kan? Ok. Untuk pastikan tiada sisa bubur atau puree yang dapat menyekat laluan makanan mengalir pada lubang botol, cuba anda..

5) SARINGKAN SEMULA HIDANGAN
Bila dah oke, masukkan semula pada botol susu dan...

6) SEDIA UNTUK DIHIDANGKAN UNTUK SI COMEL
Jangan lupa DOA + TAWAQAL!. InsyaAllah, si kecil akan terima. Mudah-mudahan.

Tapi cara di atas hanya untuk permulaan bagi bayi yang baru nak belajar makan. Pada saya, cuba cari masa tertentu contoh hujung minggu untuk ajar anak kita terima makanan melalui suapan. Takut nanti mereka tak nak terima pula makanan melalui suapan. Takkan nak makan tru botol je memanjang kan. InsyaAllah. Usaha tangga kejayaan untuk kita semua. Setakat ne, Insyirah ok ja makan pakai botol susu. Tapi saya tetap akan usahakan untuk bagi dia makan dengan kaedah suapan. Sebab kalau makan melalui botol saya rasa tak ubah macam dia tengah menyusu. Cuma kalau makan lambat nak habis sebab, bila makanan masuk dalam mulut dia, dia akan kunyah dulu, then sambung makan lagi. Hehe.. cute!

Apapun, selamat mencuba pada anda yang mengalami masalah yang sama dengan saya..

Jumpa lagi...Salam sayang

Wednesday, September 26, 2012

Mencari Hikmah Di Sebalik Cerita Itu..

Assalammualaikum

Baru ja lepas update entri pasal demam campak Insyirah. Saya rasa terpanggil pula untuk buat entri ini. Bercerita tentang hubungan ibu bapa dan anak. Sebenarnya, lama dah terfikir nak cerita-cerita pasal ne. Cuma idea masih tunggang langgang. Ayat masih berterabur. huhu.. Sebelum tu, mohon doa daripada rakan semua supaya doakan anak kesayangan saya sembuh daripada demam campak yang dialaminya ya.

Saya terkenang masa mula-mula saya naik kerja lepas cuti bersalin. Insyirah baru nak masuk 3 bulan saya tinggalkan dengan Mak Ton dia. Waktu tu, Insyirah tak pandai sangat menyusu pakai botol. Dia masih hadapi masalah keliru puting. Kesian juga Mak Ton dia. Nasib baik adik saya yang sorang ne cukup sabar. Kalau waktu tu orang lain yang jaga, confirm resign hehe. Sebabnya, kalau ikut cerita mama, memang susah nak menyusukan Insyirah. Dia tak nak menyusu pakai botol. Dia nak ngempeng juga. Tiap kali nak menyusu dia meradang. Kalau bukan waktu menyusu dia ok. Steady dan Cool ja. Tapi sampai waktu pertama nak menyusu.. habis! Tak dapat ngempeng, dia mula meradang. Kalau ngempeng, dia akan terus tertidur bila kekenyangan. Tapi bila kita bagi susu di botol, dia tak nak. Dia tolak. Makanya, susu dia tak dapat, tidur pun dia tak lena. Dari situ akan bagi efect dia satu hari. Kesian kan Mak Ton dia. Tapi mama cakap biarkan dulu. Lama-lama bila dia dah lapar sangat, dia mesti mau.. dan betul juga cakap mama. Ambil masa juga untuk dia biasakan diri tanpa ngempeng siang hari. Kesiannn...

*Tau tak masa mula-mula saya tinggalkan dia bila balik kerja, Insyirah mula mengurus. BMI dia pun jadi tak seimbang. Tapi tak lama. Lepas tu ok balik.*


Menjelang Raya...
Waktu ne, saya buat silap. Tau anak pernah alami masalah keliru puting, sepanjang dua minggu cuti raya saya bagi dia ngempeng tanpa memerah dan susu botol. Akibatnya, Insyirah jadi lupa. Dia alami masalah lama. Keliru puting balik. Susu saya juga merudum. Kerana satu kesilapan, dua masalah saya tanggung. Padan muka saya. huhu. 

Saya mula risau lagi, Lepas raya, Insyirah kena masuk taska. Mak Ton dia dah mula kerja. Masalah keliru puting Insyirah makin menjadi. Lebih-lebih lagi bila saya yang bagi susu. Dia kenal bau. Macam yang saya jangkakan, di taska dia balik dengan perangai lama. Susah nak menyusu. Meradang bila nak tidur. Saya mula bertekad. Hujung minggu saya akan bagi dia menyusu botol sepenuhnya kecuali bila dia bangun malam nak menyusu. Siang hingga petang, no more ngempeng!!! Saya kena kejam sikit.. uhuk!

Dan hasilnya, kami berjaya jugak. Tiap minggu dia menyusu botol dari pagi sampai petang. Insyirah boleh tidur dengan mudah. Tak manja atau nagis-nangis pun. Kenyang menyusu dia main sendiri. Bila saya masak mudah je. Alhamdulillah. 

Tapi, bila di taska Insyirah jadi manja. Ada masa nak tidur dia meradang. Ada masanya juga dia macam tak selesa diangkat. Tapi bila baring dia marah juga. Ini info yang saya dapat dari pengasuh dia di taska. Saya tanya lagi, menyusu dia ok? Pengasuh dia kata oke jugak. Tapi dia masih tolak-tolak. Then, nak tidur dia mula meradang. 

Bab makan lagi, hari pertama saya bekalkan makanan dia langsung tak nak makan. Saya tanya juga cara diorang sediakan. Rasanya ok tak ada masalah. Hari kedua, pengasuh dia cuba juga bagi makan tapi tak habis. Hanya beberapa suap saja. Dia memang tak nak.

Aikk..??! kenapa dengan saya atau abi dia, oke ja...saya dah mula yakin yang dia tak ada masalah dengan penyusuan botol lagi. Malah sebelum ne dia nak saja bila dibagi makan.

Masalah ne saya ceritakan pada mama. Nak tau mama cakap apa? malah disokong penuh oleh bapa saya juga..

Mama  : Budak-budak ne, kau jangan sangka tak tau fikir. Jangan anggap tak ada perasaan. Kau ingat dia tak boleh beza bau? tak boleh beza tangan? Sekarang dia dah masuk 6 bulan. Dia nak bezakan tak payah kenal bau atau tangan je. Dia dah tau siapa mak bapa dia. Dia tau la kau antar dia ke tempat orang. Dia jadi macam tu sebab cari kau. Cari bapa dia juga.

Me  : Budak lain tak gitu pun. mau je dengan orang.

Mama  : Lain budak, lain fe'el nya. Korang adik beradik pun lain-lain perangai juga dulu.

Bapa  : Anak ne, jauh mana kau hantar.. Dengan siapa pun dia hidup kelak, susah ke dia.. senang ke dia esok lusa.. Dorang tetap akan balik pada mama bapa dorang juga. Dorang tetap akan cari mak bapa dorang juga. Percayalah.

Pernah kau dengar cerita, ada satu kes dera kat KL. Budak setahun, bapa dia hantar hospital masuk ICU. Bila keadaan dia stabil, kena siasat.. rupanya kes dera. Sapa yang dera, bapak dia sendiri yang dera. Tapi selama dia dalam hospital tu, tiada orang lain yang dia cari melainkan bapa dia juga. Nurse nak tolong urus dia, dia tak mau. Bapa yang mendera tu juga dia peluk cium. Itu juga dia cari. Hah.. Itu nikmat Allah. Bapa yang mendera pun anak masih cari, apa lagi kau, ibu yang menyusukan anak kau sendiri.

Saya sungguh-sungguh terdiam dengan kata-kata bapa. Ya.. nikmat Allah! kasih sayang yang tuhan wujudkan dalam diri anak sekecil Insyirah itu adalah nikmat.

Saya mula teringat. Adik ipar saya juga seorang jururawat. Dia bertugas di wad kanak-kanak. Dia pernah cerita dengan saya. Hampir sama kes dengan cerita bapa. Seorang kanak-kanak lumpuh dan keadaannya teruk di tahan di wad sebab didera oleh ibu bapanya sendiri. Tapi dalam masa yang sama, anak tu tetap meraung panggil mama dia. Subhanallah... cerita bapa betul-betul buka mata hati saya..

Sayu rasanya bila terkenangkan Insyirah di taska. Dia anak yang manja. Dengan saya dan abi, dia baik-baik saja. Sebab dia tau bila dia bersama orang tuanya. Tapi dia mula protes bila bersama orang lain. Kesian. Ikutkan hati, kuat keinginan saya nak jaga anak sendiri. Entahlah. Susah saya nak teruskan untuk bercakap tentang hal ne. 

Bila dah jadi ibu, baru saya tau betapa eratnya hubungan anak dan ibu bapa mereka. Tapi hari ne, macam-macam kes saja kita dengar kan. Buang bayi lah. Bunuh mak ayah lah. Nau'zubillah. Moga Allah swt jauhkan kita dari semua tu. Lgi saya tak senang duduk sehingga hari ne, baru saya sedar. Dalam fikiran seorang ibu tu, tak pernah sekali tak fikir anak. Saya kira sejak dari mengandung hingga melahirkan.. sehinggalah ke saat ini, fikiran mereka hanya anak..anak..anak!!! Baru saya sedar..

Saya mula teringat, waktu form 3 dulu. Zaman kenakalan saya di sekolah. Umur saya dah masuk 15tahun. Usia yang sepatutnya sudah cukup matang untuk lakukan kenakalan di sekolah. Saya duduk asrama. Culas sangat nak turun prep. Turun surau solat jemaah. Selalu sangat balik kampung atau keluar pekan tanpa izin. Saya mula malas nak belajar. Padahal waktu tu saya akan jalani peperiksaan besar. Balik-balik kena tegur oleh bapa. Saya buat dek je. Akhirnya saya minta dikeluarkan dari asrama. Kononnya saya rasa terkongkong dengan peraturan asrama. Bapa mula hangin. Dia rasa saya dah mula mengada-ngada. (Padahal bila fikir balik memang pon!) Dia tak layan langsung permintaan saya. Dia suruh saya stay di asrama. Belajar!
Saya pun apa lagi, denga pemikiran kolot dan tak matang berkata kata dalam hati, kononnya saya dianak tirikan. Bapa pilih kasih. Boleh pulak gitukan. Haha. Tapi tak lama, saya kuat juga. Terus tinggal di asrama dan berusaha jadi anak dan pelajar yang baik. Eheh!

See..? sekarang i am a mom.. Me and my hubby is a parent for our lil Insyirah. Tiada istilah anak tiri pada anak kita. Darah daging kita. Tiada lain dalam fikiran ibu bapa kita melainkan anak-anak mereka. Bekerja demi anak. Berkorban demi anak. Sebab kenapa..? Anak itu anugerah dunia dari Allah. Amanah! Tanggungjawab! Jadi apapun yang kita buat hari ini adalah demi menunaikan ibadah, menggalas tanggungjawab, menjalankan amanah Allah!

Baru saya sedar akan semuanya. Syukur. Saya jadi ibu untuk seorang anak. Hehe.. Hikmah yang Allah beri terlalu besar. Namun saya selalu lupa, alpa, lalai...
Ampunkan hambaMU ya Rabb..

Saya akan terus doa, moga keadaan akan berubah. Moga Insyirah mampu terima tangan dan asuhan pengasuhnya.

Banyak pengajaran yang saya perolehi hanya daripada kata-kata bapa saya tempoh hari...
Pengajaran tentang ibu..bapa..anak..
Pengajaran tentang hubungan..
Pengajaran tentang nikmat..hikmah..

Subahanallah..
Did you get what i want to tell you..?? huhu
Mencari dan terus mencari hikmah Allah swt..

Saturday, September 1, 2012

AIDILFITRI 2012 : kehadiranmu ku HARGAI, kepergian'nya' ku TANGISI

Asssalammualaikum

Lamanya saya tinggalkan blog ne dalam keadaan sunyi sepi. Bila buka, nampak kat dashboard penuh dengan update entri rakan-rakan yang beraya sakan. Sungguh ketinggalannya saya. 

Kalau macam tu, saya pun nak bercerita juga. Teruja juga hati nak share kenangan yang membawa makna dalam hidup saya. cewah!

Raya tahun ini, pada saya sangat banyak perbezaannya daripada tahun-tahun yang sudah. Ada perkara yang membahagiakan, dan ada juga perkara yang saya kira berat untuk saya lalui. Bukan kecewa. Bukan juga ingin menidakkan takdir tuhan, tapi saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. ceh! 
Kiranya, aidilfitri 2012 : kehadiranmu ku hargai, namun kepergian'nya' ku tangisi.. Panjang dan suspen sungguh muqadimah saya..

Raya tahun ne, pada awalnya saya sangat teruja. Sebab abi Insyirah bawa balik Kg. Maraba, iaitu kampung kelahiran ibu bapa mertua saya. Cadangan beraya di sana hingga raya kedua dan di jangka  balik Papar pada raya kedua (malam).

Selama beraya di kampung, saya sangat bahagia dan gembira. Merasakan suasana kampung yang berbeza, Malah saya dapat rasakan kemeriahan sambutan hari raya di sana. Saya akan ingat sentiasa akan suasana kampung yang nyaman di pagi hari...

LOKASI DARIPADA RUMAH DI KAMPUNG


CANTIK KAN?!



SUASANA SEAWAL JAM 6 PAGI.. MEMANG NYAMAN, SEGAR.. SEJUK JA RASA. KALAU DI KK, MANA ADA POKOK-POKOK KELILING RUMAH DA.. SERIOUSLY, MEMANG DAPAT RASA UDARA SEGAR. ORIGINAL PUNYA!! HEHE..








ANTARA KENANGAN PALING INDAH.. AIDILFITRI 2012 INI ADALAH AIDILFITRI PERTAMA INSYIRAH SAYA..


JUGA AIDILFITRI KAMI BERTIGA..

Gambar ne saya ambil masa raya kedua. Sebab raya pertama saya sibuk beraya sakan. Saya tak ingat dan tak peduli dimana pun henpon saya berada. Nasib baik dia pedulikan saya sebab dia tak nak hilang. ehe! Sebenarnya, raya kedua ne, keluarga sebelah abi rancang nak beraya ke Lawas. Nak beraya sekaligus niat ziarah saudara mereka yang ada di sana. Tapi, kami tak rancang nak ikut, sebab mungkin perjalanan sangat jauh, malah abi Insyirah pun dah rasa berat kepala. Walaupun saya excited niat nak ikut tapi entahla.. Saya ada rasa sesuatu... emm apa ya.. Allahualam..

Maka kami pun bercadang untuk terus balik papar kira-kira jam 2pm..

Nak jadi cerita, raya kedua malamnya..
Mungkin sebab penat sangat dari jalan jauh kami 3 beranak awal lena. Kira-kira jam 10pm, saya dengar pintu bilik diketuk. Saya terjaga dan terus buka pintu. Nampak mama dengan wajah sugul yang tak dapat saya gambarkan berdiri depan pintu bilik saya.

" Kenapa ma..?"

Dengan berat hati mama menjawab..
" Pacik Ajit kau dah tak ada.."

Sungguh saya terkejut. Saya terkedu. Lidah saya kelu. Kelopak mata saya terasa panas. Kolam mata saya pulak bertakung air...dan, saya tidak mampu halangnya daripada gugur serta merta.
Innalillahi wa innalillahi rojiu'n...

Pacik Ajit, suami kepada makcik saya iaitu kakak kepada mama. Dia juga sudah macam bapa kami. Jujur saya akui, pacik Ajit seorang yang sangat penyayang akan kanak-kanak. Termasuklah sayangnya dia pada kami saat kami masih kecil.

Saya tak tau bagaimana nak bercerita tentang dia.. kehadirannya jarang-jarang dirasai. Cerita mengenai dia juga jarang-jarang didengari. Jauh disudut hati dia juga merupakan ayahanda yang kami sayangi. Saya rasa macam tak percaya, aidilfitri 2012 ini, dia sudah tidak ada.

Sebelum ini, memang arwah ditahan di hospital QE II, akibat masalah kesihatan. Sempat saya dan abi Insyirah pergi melawat dia. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri, menurut abg Ulan, anak arwah dia mampu dengar apa yang kita cakapkan. Maka saya dan abi Insyirah pun mengambil kesempatan untuk berbisik ke telinganya. Bercakap seolah-olah dia sedar. Abi Insyirah juga alunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa ke telinga arwah. Dengan niat, moga dia kuat hadapi ujian tuhan saat itu.

Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir. Rupanya hari raya kali ini, sekali lagi ahli keluarga kian berkurang. Tahun lalu saja dua orang pakcik saya menyahut seruan Ilahi sebelum hari raya. Dan tahun ini, telah tertulis di Loh Mahfuz kepergian arwah pacik Ajit pada 2 Syawal 1433 H...

Doa saya moga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mudah-mudahan keluarga arwah (makcik dan sepupu2) tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan mereka tanpa arwah disisi selepas ini. Hanya doa isteri dan anak-anaknya yang soleh saja yang dapat menghubungkan mereka saat ini..

Al-Fatihah..

Tuesday, July 31, 2012

suatu petang BERHARGA untuk KELUARGA

...CANDID CAMERA...

Kisah semalam...













MEREKA SEMUA ANUGERAH ALLAH SWT BUAT DIRI INI...

CINTA HATI SAYA

DUA INSAN KESAYANGAN SAYA...




WINDBELL SEAFOOD RESTAURANT.. IN MEMORIES - 30 JULAI 2012

INSYIRAH YANG PALING PENAT...

Biarlah gambar-gambar di atas bercerita...
Ringkasnya, 30 Julai lalu, uncle pian Insyirah belanja buka puasa di steamboat restaurant WINDBELL Tanjung Aru sempena ulang tahun kelahirannya yang ke - 30.. HEPI BESDAY PACI PIAN.. Moga cepat jumpa jodoh.. ^_^

SEKIAN...