Showing posts with label aidilfitri. Show all posts
Showing posts with label aidilfitri. Show all posts

Thursday, August 29, 2013

aidilfitri di taska Insyirah

Assalammualaikum

Selasa lalu, 27 Ogos 2013/ 20 syawal 1434 H.. Taska Insyirah adakan sambutan aidilfitri.. Comel kan. Hehe. Sambutan ne hanya untuk budak-budak ne saja. Act, ibu bapa kalau minat nak join pun boleh juga. Hehe. Saya ada juga join tengok majlis dia kejap. Saja ja nak tengok budak-budak beraya sesama diorang. Comel sungguh-sungguh.

Untuk majlis raya ne budak-budak kena pakai baju raya. Budak lelaki pakai baju melayu dan budak perempuan pakai baju kurung. Insyirah pun sama. Excited dia bila saya pakaikan baju kurung. Balik-balik tanya.. "awaaa..?"... Saya jawab dengan semangat, "Lawaaaa..." hehe. 
 


 
Ayu kan dia.. Hehe
Saya suru senyum lawa-lawa, pandai dia buat hikhik
 
 
Untuk majlis raya anak-anak taska, budak-budak ne kena bawa kuih raya atau apa-apa makanan ringan-ringan saja. Aduh comel sangat. Saya pun tak fikirla nak masak yang berat-berat sebab cikgu Insyirah cakap kebetulan ada budak besday, lagipun menu makanan untuk budak-budak dah ada. Just meraikan hari raya, so kena ada kuih raya. Makanan ringan pun bole. Jadi saya gorengkan Insyirah nugget dan bekalkan budak-budak tu roti O'Jame. Mesti budak-budak suka nugget kan..  =)
 


 
Okela asal ada makanan yang enak-enak. Hehe
Kebetulan bila smpai taska kebanyakan makanan adalah roti, gula-gula dan keropok. Kira okela ummi sediakan ini untuk diorang kan..kan..  =)
 
 
Sampai taska bukan main excited lagi Insyirah. Semua cikgu dia keluar tengok dia pakai baju kurung. Konon semua puji comel dan... apalagi anakanda ku ini, pantang dipuji terus masuk pagar taska sendiri.. Tapi dia tak masuk dalam taska terus, buat gaya macam-macam lagi then jalan sana-jalan sini. Ewaahhh.. Dalam tak sedar, saya sebak...  =(
 

 
 


 
 


 
Kebetulan Abi Insyirah kursus di kedah. Jadi dia minta saya gambar Insyirah di taska nanti. Bila saya send gambar-gambar ne dengan abi Insyirah, dia rasa yang sama. Dia pun sebak. Huhu. Kenapa sebak?? Aha kan.. kenapa mesti sebak, sedangkan hari itu Insyirah sendiri nampak ceria dan happy.. Majlis pun majlis hari raya yang semestinya kita kena gembira.. Apalagi bila Insyirah sambut dengan kawan-kawan dan guru-gurunya... Huhu.. Tak apa itu biarlah naluri setiap ibu bapa yang menjawab.. Terlalu sukar untuk dimengertikan...
 
Ini bukti betapa gembiranya Insyirah..
 

 
Cerianya dia... Bila tengok-tengok gambar-gambar ne balik mmg saya akan sebak.. Ish adakapatut!!!
 
 

 
 
Insyirah sudah besar.. dan semakin membesar dari hari ke hari.. Sungguh, masa itu terlalu cepat berlalu, dan... Terlalu banyak masa yang terbuang sia-sia tanpa diisikan dengan sepenuh manfaat buat anak tercinta.. Ya Allah, pelihara lah Insyirah. Dan sekarang, diusia 1 tahun 5 bulan Insyirah bakal dapat adik. Di usianya kurang 2 tahun pula dia akan bergelar kakak secara rasmi.. InsyaAllah.
 
Kalian, doakan kesejahteraan keluarga kecil kami ya.. Moga saya mampu menjalankan tanggungjawab saya pada Allah.. Menjaga amanahNYA.. Huhu
 
Salam sayang
Ummu Al-Insyirah
=)




Sunday, August 11, 2013

Aidilfitri 2013

Assalammualaikum


SELAMAT HARI RAYA!!


Masih raya lagi kan, masuk syawal ke -5. Walaupun raya sehari saja tapi mesti semua orang nak beraya berhari-hari.. hehe.. common!

Raya ne best. Banyak makanan sedap-sedap. Lebih-lebih lagi bila banyak jemputan g open houz kawan-kawan dan sedara mara kan. Tapi tym2 ne jugala penyakit segala penyakit tunggu turn nak masuk haha..

 
Raya ne kan saya teringinnnnn.. sangat mau merasa kuih makmur yang sedap dan lazattt!!  tapi susahnya nak dapat yang kena dengan lidah kita tu kan.. Tapi saya dah jumpa bila beraya ke rumah makcik saya .. belakang rumah saja .. hihihi Alhamdulillah tapi tasempat capture makmur diorang yang kiut dan sedap tu... dan yang second masa beraya ke rumah makcik saya juga.. dua2 kakak kepada mama... dorang memang yang terbaikkkk!!!

Raya tahun ne beraya di rumah mama dan bapa saya di Papar. Rancang nak balik beraya di Kampung abi masa raya keempat tu. Takdir Allah, abi kena migrain sampai ke malam. Jadi tangguh dulu lah. Nasib tak jauh. Nanti boleh plan balik... =)
 
 
 
Insyirah bingung mau merayap! Kan da kaburrr..
 
 
Orang cakap raya ne untuk budak budak dan orang bujang bujang saja. Eh siapa cakap, dalam islam raya untuk semua orang islam tau. Hehe. Cuma bawa maksud yang berbeza bagi setiap individu. Mungkin yang akan rasa seronok lebih budak-budak lah kan. Dapat main bunga api, dapat banyak duit raya. Orang tua dapat penat je.. hahaha..
 
 
 
Nah ne yang bujang bujangan! Termasuk anak dara ai!
 

 
Bagus perangai dia. Duduk diam-diam di rumah kakek, Tau kenapa? sebab tak ada geng main.. hahaha
 

 
Best kan jadi budak-budak... hehe luving saja diorang sepupu sepapat..
 
 
 
Mama dan Insyirah pakai baju purple!
 
 
Apapun, raya ne Alhamdulillah, nikmat kurniaan Allah swt. Satu family dapat kumpul. Cuma Qisya saja yang beraya di Sandakan. Semalam baru balik. Jadi belum ada gambar Qisya lagi. Kalau rajin boleh update Aidilfitri  2013 part II.. hihihi kalauuuuu rajin ok!
 
 
Satu perkara yang saya mula sedar bila sambut raya selepas dah berkahwin, sensitiviti tu ada lebih sikit. Entah, agaknya saya dah mula dewasa...hihi, lambat kooo!!   pengalaman pahit manis yang berharga tu mengajar kita jadi lebih matang kan.. Bila bersalaman dengan mama, bapa... Kakak dan adik, memang terkenang salah silap tu secara ikhlas berbanding sebelum ne. Kalau sebelum ne minta maaf pun macam orang tak besalah. Ketawa-ketawa macam tiada perasaan . Maklumlah dengan adik beradik sendiri. Hehe... Emm, syukurlah saya dah besar! mmuahaha..
 
Apapun, selamat hari raya.. Maaf zahir dan batin kawan-kawan... ^_^
 
 

 


Wednesday, September 5, 2012

Penyusuan di Aidilfitri dan.... INSYIRAH

Assalammualaikum

Dua minggu dah raya berlalu. Hari ne masuk 18 Syawal. Masih sempat untuk menghabiskan puasa enam di bulan syawal ini sebelum ia berakhir. 

Suasana selama berhari raya memang meriah. Terutama bagi kanak-kanak. Saya pun rasa juga kemeriahan raya ne bermula malam raya sehingga raya pertama. Masuk raya kedua, saya sekeluarga bersedih atas kehilangan salah seorang ahli keluarga terdekat. Tapi kami redha. InsyaAllah.

Dalam best-best sambut raya, saya pun best-best jugak bagi bf pada Insyirah. Bukan bagi ESP. Tapi direct bf. Full direct bf since raya pertama, raya kedua, siang dan malam sehinggalah saya hampir balik kerja. Bahagianya bagi direct bf pada Insyirah. Mudah. Cepat. Malah saya rasa bonding dan ikatan yang sukar nak digambarkan ketika menyusui Insyirah. Sungguh, saat saya menyusui Insyirah tidak menyusahkan langsung. Saya jadi lupa pada susu perahan. Malah saya juga kurang memerah. Insyirah juga mula lupa botol susu.

Saya ingat benda mudah ne akan terus memudahkan....
Tapi saya dah banyak buat silap...

Saya lupa yang saya perlu perah untuk terus bagi signal pada pengeluaran susu. Akibatnya, hampir hari bekerja susu saya merudum. Merudum dengan agak teruk. Sekali pam dapat 1 oz saja. Malah LDR saya juga makin slow. Walaupun susu saya masih cukup ketika bagi direct bf pada Insyirah tapi ia terlalu sedikit untuk buat stok. Memang, pam susu jauh beza keistimewaannya dengan anak yang menyusu. Tapi saya kuatkan hati juga. Malam-malam terus buat power pumping. Sekarang susu saya dah ok balik. Walaupun tak dapat kuantiti dulu yang biasa saya dapat, tapi syukurlah, insyaAllah masih boleh buat stok susu sikit-sikit.

Masalah yang saya hadapi pada Insyirah pula, dia mula lupa pada botol susu. Kenapalah saya lalai sangat. Padahal sebelum ne saya sedar yang dia belum 'cun' betul lagi hisap susu tru botol. Masih dalam proses membiasakan diri. Yang saya pegi bagi direct bf siang malam, pagi petang kenapa... adusss
Akibatnya sekarang dia tak nak langsung menyusu melalui botol lagi. Habislah saya. Sekarang sudah hampir hari bekerja. Dan akhirnya saya tambah cuti lagi. Dia demam dua hari. Saya pula masih berusaha ajar dia menyusu pakai botol. Abi dia ajar. Mama tua pun ajar. Tiada hasil. Eh ada..ada hasil! hasilnya banyak susu perahan di buang ke sinki. Sedihnya. Tapi silap saya juga. 

Kesian juga dengan Insyirah. Bila saya sendiri yang bagi dia menyusu botol, memang meradang betullah. Mama cakap dia kenal bau. Jadi dioranglah tolong saya usahakan supaya dia mau menyusu botol. Teruk juga  masalah keliru puting Insyirah.

Bila saya mula turun ofis..
Kemarin (selasa), abi dia yang jaga. Satu hari dia tak nak menyusu. Sebab benda yang dia cari tak ada. Bila saya balik kerja saja dia terus ngempeng! gelojoh bukan main.. Waktu ne lah saya dah tak tahan. Saya menangis teresak-esak tengok keadaan dia. Ya Allah Insyirah umi...

Satu hari saya gelisah. Jiwa saya gundah. Balik-balik saya rasa kolam mata saya menakung air tapi tak gugur. Ibarat mendung tak hujan-hujan. Tapi balik rumah hari tu saya betul-betul tak dapat tahan. Saya berfikir macam mana keadaan Insyirah bila orang lain jaga. Mak Ton Insyirah dah mula kerja. Dia jadi tenaga pengajar di sekolah Tahfiz Kepayan. Alhamdulillah. Rezki Allah buat adikku yang satu ini. Jadi, saya dan abi Insyirah cadang untuk hantar dia ke nursery. Berat sungguh hati saya. Bukan mempertikaikan akan kebaikan pusat penjagaan..mana-mana sekalipun! cuma terkilan... dari tangan mak ton dia, akhirnya dia saya serahkan pada jagaan orang lain.. Satu hari pagi petang.. Seminggu pulak tu.. isk!

Saya betul-betul tak tenang saat menaip entri ne. Betul ne, saya sedih! uhu~
Doa saya mudah-mudahan tuhan susunkan segala takdir yang baik dan mudah untuk anak saya. Saya tau tuhan juga sayangkan anak saya yang sebenarnya milikNYA mutlak. Andai ada ujian yang menimpa sama ada untuk dia atau saya.. InsyaAllah, saya redha dan moga diberi kekuatan untuk menghadapinya dengan tenang, lapang hati dan sabar..

Moga saya kuat.
Moga Insyirah juga tabah.
Insyirah perlu tau bila siang umi abi dia kerja, dia kena terima susu melalui botol.
Dia kena tau kenapa dia dihantar ke pusat asuhan. Saya akan terangkan padanya.. pasti!

Insyirah..(",)



Saturday, September 1, 2012

AIDILFITRI 2012 : kehadiranmu ku HARGAI, kepergian'nya' ku TANGISI

Asssalammualaikum

Lamanya saya tinggalkan blog ne dalam keadaan sunyi sepi. Bila buka, nampak kat dashboard penuh dengan update entri rakan-rakan yang beraya sakan. Sungguh ketinggalannya saya. 

Kalau macam tu, saya pun nak bercerita juga. Teruja juga hati nak share kenangan yang membawa makna dalam hidup saya. cewah!

Raya tahun ini, pada saya sangat banyak perbezaannya daripada tahun-tahun yang sudah. Ada perkara yang membahagiakan, dan ada juga perkara yang saya kira berat untuk saya lalui. Bukan kecewa. Bukan juga ingin menidakkan takdir tuhan, tapi saya juga manusia biasa yang punya hati dan perasaan. ceh! 
Kiranya, aidilfitri 2012 : kehadiranmu ku hargai, namun kepergian'nya' ku tangisi.. Panjang dan suspen sungguh muqadimah saya..

Raya tahun ne, pada awalnya saya sangat teruja. Sebab abi Insyirah bawa balik Kg. Maraba, iaitu kampung kelahiran ibu bapa mertua saya. Cadangan beraya di sana hingga raya kedua dan di jangka  balik Papar pada raya kedua (malam).

Selama beraya di kampung, saya sangat bahagia dan gembira. Merasakan suasana kampung yang berbeza, Malah saya dapat rasakan kemeriahan sambutan hari raya di sana. Saya akan ingat sentiasa akan suasana kampung yang nyaman di pagi hari...

LOKASI DARIPADA RUMAH DI KAMPUNG


CANTIK KAN?!



SUASANA SEAWAL JAM 6 PAGI.. MEMANG NYAMAN, SEGAR.. SEJUK JA RASA. KALAU DI KK, MANA ADA POKOK-POKOK KELILING RUMAH DA.. SERIOUSLY, MEMANG DAPAT RASA UDARA SEGAR. ORIGINAL PUNYA!! HEHE..








ANTARA KENANGAN PALING INDAH.. AIDILFITRI 2012 INI ADALAH AIDILFITRI PERTAMA INSYIRAH SAYA..


JUGA AIDILFITRI KAMI BERTIGA..

Gambar ne saya ambil masa raya kedua. Sebab raya pertama saya sibuk beraya sakan. Saya tak ingat dan tak peduli dimana pun henpon saya berada. Nasib baik dia pedulikan saya sebab dia tak nak hilang. ehe! Sebenarnya, raya kedua ne, keluarga sebelah abi rancang nak beraya ke Lawas. Nak beraya sekaligus niat ziarah saudara mereka yang ada di sana. Tapi, kami tak rancang nak ikut, sebab mungkin perjalanan sangat jauh, malah abi Insyirah pun dah rasa berat kepala. Walaupun saya excited niat nak ikut tapi entahla.. Saya ada rasa sesuatu... emm apa ya.. Allahualam..

Maka kami pun bercadang untuk terus balik papar kira-kira jam 2pm..

Nak jadi cerita, raya kedua malamnya..
Mungkin sebab penat sangat dari jalan jauh kami 3 beranak awal lena. Kira-kira jam 10pm, saya dengar pintu bilik diketuk. Saya terjaga dan terus buka pintu. Nampak mama dengan wajah sugul yang tak dapat saya gambarkan berdiri depan pintu bilik saya.

" Kenapa ma..?"

Dengan berat hati mama menjawab..
" Pacik Ajit kau dah tak ada.."

Sungguh saya terkejut. Saya terkedu. Lidah saya kelu. Kelopak mata saya terasa panas. Kolam mata saya pulak bertakung air...dan, saya tidak mampu halangnya daripada gugur serta merta.
Innalillahi wa innalillahi rojiu'n...

Pacik Ajit, suami kepada makcik saya iaitu kakak kepada mama. Dia juga sudah macam bapa kami. Jujur saya akui, pacik Ajit seorang yang sangat penyayang akan kanak-kanak. Termasuklah sayangnya dia pada kami saat kami masih kecil.

Saya tak tau bagaimana nak bercerita tentang dia.. kehadirannya jarang-jarang dirasai. Cerita mengenai dia juga jarang-jarang didengari. Jauh disudut hati dia juga merupakan ayahanda yang kami sayangi. Saya rasa macam tak percaya, aidilfitri 2012 ini, dia sudah tidak ada.

Sebelum ini, memang arwah ditahan di hospital QE II, akibat masalah kesihatan. Sempat saya dan abi Insyirah pergi melawat dia. Walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri, menurut abg Ulan, anak arwah dia mampu dengar apa yang kita cakapkan. Maka saya dan abi Insyirah pun mengambil kesempatan untuk berbisik ke telinganya. Bercakap seolah-olah dia sedar. Abi Insyirah juga alunkan bacaan ayat suci Al-Quran dan doa ke telinga arwah. Dengan niat, moga dia kuat hadapi ujian tuhan saat itu.

Namun, siapalah kita untuk menentukan takdir. Rupanya hari raya kali ini, sekali lagi ahli keluarga kian berkurang. Tahun lalu saja dua orang pakcik saya menyahut seruan Ilahi sebelum hari raya. Dan tahun ini, telah tertulis di Loh Mahfuz kepergian arwah pacik Ajit pada 2 Syawal 1433 H...

Doa saya moga ruh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Mudah-mudahan keluarga arwah (makcik dan sepupu2) tabah dan kuat dalam menempuh kehidupan mereka tanpa arwah disisi selepas ini. Hanya doa isteri dan anak-anaknya yang soleh saja yang dapat menghubungkan mereka saat ini..

Al-Fatihah..

Thursday, August 23, 2012

hati



HATI
mengapa mudah terguris
Kadang-kadang, hati kita mudah saja terluka. Terutama bila berhadapan dengan perkara-perkara yang tidak menyebelahi diri kita. 

HATI
mengapa mudah membenci
Bila hati sudah terluka dan terguris, mudah saja untuk kita membenci. Tidak kira siapa atau apapun!

duhai HATI, 
mudah-mudahan sentiasa lapang dan tenang. Belajarlah menerima, redha dan maafkanlah pada yang berdosa. 

Secebis kata, seungkap ayat sebagai tazkirah di hari raya.
Moga saling mengingat!

Salam Aidilfitri yang ke enam.. Moga kekal dalam lindungan yang maha KUASA..

Thursday, August 16, 2012

AIDILFITRI 2012 : saya pasti akan rindukan QISYA saya..

Assalammualaikum



Lengang saja perjalanan saya ke pejabat hari ini. Mungkin sudah ramai yang bercuti. Maklumlah debaran aidilfitri makin terasa. Macam tu juga saya, cuma masih banyak yang perlu saya selesaikan sebelum bercuti. Jadi kena kerja juga hari ini.

Awal pagi tadi saya bercadang untuk lewat pegi kerja dari petagas. Tiba-tiba lepas subuh tadi saya teringat Qisya. Dia akan balik sandakan hari ini. Saya terus kejutkan abi Insyirah untuk turun kerja awal. Jadi saya dapat ikut dia terus ke papar. Awal pagi lagi kami bertolak. Saya yakin, masih sempat untuk peluk cium qisya.

Dan... inilah yang berlaku beberapa jam tadi...

Alahai Qisya umi..

DIA TERUS PELUK INSYIRAH BILA NAMPAK. MAMA CAKAP MUNGKIN RINDU SEBAB DUA HARI TAK JUMPA. KESIAN.




CUTE KAN..


MUKA NE LA YANG PALING SAYA RINDU NANTI



BALIK2 TINGU ABAH DIA SUSUN BARANG DI KETA. TAK SABAR MAU BALIK KAMPUNG MUNGKIN HEHE

















HABIS DIA KELUARKAN BARANG2 DALAM BEG SAYA



MAIN KUK BA! HEHE


MEMANG TAK SABAR BUDAK NE..



MAU JALAN DA..


















BERMULALAH PERJALANAN MEREKA KE SANDAKAN...
MOGA DALAM LINDUNGAN ALLAH SWT..

Raya tahun ne, tak dapatla bergambar dengan qisya. Hikmahnya pada kehadiran Insyirah. Mudah-mudahan dalam seronok mengecap nikmat hari raya dari Allah swt, kita masih dalam lindunganNYA jua. Moga tidak lupa pada suruhanNYA.



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN bloggers..

Sincerely,
Safraa, Yusri & Insyirah