Saturday, November 18, 2017

Everybody is not your friend !

Assalammualaikum..

People pretend well!!. Boleh saja kita berkawan dgn siapa2 pun. Berkawan saja dgn semua org. Namun hati2. Ikhlas berkawan dengan siapa2 itu kunci bahagia dimana mana. Tapi berkawan istilahnya disini..bukan untuk kita berkongsi cerita. Bukan untuk kita mudah percaya. Bukan juga maksudnya disini perlu ada prasangka bahawa orang ini tak boleh dipercaya atau sebagainya.. tapi kena hati hati.

Betul. Meletakkan prasangka buruk itu salah. Tapi cukup kita jaga lidah dan hati kita.. maka berkawanlah dgn sesiapa.

Untuk keadaan kita dikutuk dan ditikam belakang oleh orang yg kita anggap kawan.. itu adat DUNIAWI. We cnnot expect semua org boleh terima cara kita. Memang rasa marah. Terkilan. Sentap gila pasti ada. Apalagi kalau kutukan itu berunsur fitnah. Benda yang tidak pernah berlaku digambarkan seolah olah ia terjadi. Issokayy. Positif. Terima seadanya. Memang susah. Tapi yakinlah bahawa ada hikmah Allah nak tunjuk. Hidup bukan macam taman bunga yg sentiasa indah dan wangi. Allah uji untuk naikkan darjat kita. Allah uji sbb mau asah iman kita. Maafkan. Doakan yang baik2. Lepastu biarkan mereka hidup dgn dunia mereka.

Biarlah..
Ya betul. Biarlah mereka terus kutuk fitnah di belakang dan burukkan kita sekalipun. Move forward. Life must go on. Pandang depan. Bukan asyik pandang kiri kanan. Boleh saja sekali sekala tp jgn lalai. Kita ada matlamat hidup kita. Satu org benci berpuluh2 org sayang. Allah ada. Allah dekat. Allah tetap syg kita sbb tu uji kita untuk bagi peringatan. Sebab manusia sifatnya lupa. Mudah lalai. Berkawan saja dgn sesiapa. Kita tidak rugi. Jgn bermasam muka. Sebaliknya tenang. Lapang dada. Dah tau org ne baik depan kutuk belakang bina gap. Tak payah rapat sgt. Tak payah selalu dekat. Sibukkan diri dgn benda2 yg lebih penting. Jangan buka aib siapa2. Biarkan org melayani masalah hati mereka sndiri.

Bila kita ignore. Lama2 org bosan. So.. biarkan ja la..kita takkan rugi apa2. Kalau seblum ne kita mudah kecewa dan cepat sentap. Ingatlah fokus kita semua Lillahitaala. Jangan mudah rebah dsbbkan kata2 manusia. Namun peduli lah pada penilaian pencipta kita. Jangan sedih bila tiada seorg pun kwn atau sahabat yg boleh kita percaya. Mengadu pada Allah. Zikir. Banyakkan masa kita pada perkara2 yg jd tuntutan. Semua masalah akan jadi ringan. Pelan2 Allah tarik kerisauan. InsyaAllah.Tenang. Allah sentiasa ada.

Kita tak payah buat penilaian mengapa mereka tega berbuat demikian. Jadi lalang. Kutuk fitnah dibelakang. Malah tiada satu orang manusia pun mereka abaikan dari diburukkan. Semua perkara diwujudkan cerita yang tidak berlaku. Fitnah dan adu domba.

Benci kawan A. Bawa kawan B kutuk A. Benci kawan B bawa kwn A kutuk B balik. Benci dua dua cari kawan C. Esok2 ada masalah dengan C mengadu domba dengan A dan B tentang aib dan keburukan C.

Nauzubillah. Inilah yang dikatakan masalah HATI. Dunia sekrang sedang sarat menakung jiwa jiwa yang perit. Hati yang sakit. Entah disebabkan ego atau sifat iri atau dengki atau... wallahualam.

Masalah hati orang. Tak usah kita bicarakan.
kita jaga hati kita.😊

#sharingbyssh



Monday, March 27, 2017

Tempat terakhir...

Assalammualaikum wbt..

Kadang2.. bila kita niat untuk berubah dan memperbaiki seluruh hidup berbanding sebelum ini. Waktu itulah Allah swt akan uji sejauhmana kita benar2 bertekad untuk berubah.

Kita mau jadi kuat dan tabah. Tiba2 Allah timpakan satu keadaan yang diluar jangkaan kita untuk laluinya. Sedangkan Allah lagi maha tahu akan kemampuan hambaNYA. Disana keimanan kita teruji. Keadaan2 begini sememangnya akan kita lalui dan tetap akan dilalui. Tapi apakah ketika kita melaluinya ada rasa marah pada takdir tuhan. Atau diiring keluh kesah yang tiada kesudahan.

Paling mencabar bila berhadapan dengan sikap manusia itu sendiri. Sifat iri hati dan hasad dengki. Manusia terlalu prejudis dan mudah bersangka2 perkara yang mereka tidak tahu kebenarannya. Kemudian lumrah dunia. Manusia suka menyebar perkara yang mereka  sendiri tidak tahu kepastiannya.

Sahabat. Dunia ini hanya persinggahan. Kisah hidup orang tidak perlu kau tau dan tak perlu kau jaja.

Diakhirnya kita nanti.. kau dengan amalanmu dan aku dengan amalanku. Dan menjadi kewajipan untuk kita saling mengingatkan..

Wallahualam..

#sharingbyssh

Sunday, July 26, 2015

Mama Oh Anak - "cakap cakap"

Assalammualaikum

Ada ciput masa untuk update. Bukanlah saya update blog time rajin ya.. tidak.. tidak.. tidak.. masa itu sangat cemburu pada diri ini. Maka tidakla saya banyak masa ya kawan kawan. Eheheh..

Lepas entry aura bayu ramadhan ritu kan sebenarnya saya ada buat entry aura bayu ramadhan II, tapi ntah camana sudah taip panjang tak habis then masih dalam draft sampai skrg. Macam dah basi nak publish. Muehehe..

Oh btw.. harap tak terlambat lah nak wish SELAMAT HARI RAYA 1436 H... 2015.. Alahamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa sampai raya ke 11..

Bukanlah sebab sibuk beraya saya baru nak wish raya lepas 11 hari syawal. Hihi. Tahun tahun raya tak sama. Raya kali ne ada ujian lebih. Lain dari tahun sebelumnya. Tak apa. Allah swt uji kan tanda sayang.

Raya pertama sempat beraya rumah sedara mara di papar. Start raya kedua, abi sakit. Kesian. Padahal planning bukan main. Nak join konvoi family sebelah abi nak beraya sampai ke Lawas raya kedua tu. Allah uji abi migrain. Migrain yang kaw kaw kata abi. Huhu. Plan nak jalan lepas subuh. So. Jam 6 jangan cakaplah. Kitorang anak beranak sudah siap pakai baju lawa. Wangi wangi lagi. Siap sarapan awal lagi kau! Huahua... tiba2 abi lepas subuh baring jap. Kejap katanya. Sudahnya sampai jam 10 tak gerak2 then kami pun salin baju. Umi pakai kain batik balik. Kuikuikui. Kesian jugak abi. Memang tak berdaya masa tu. Petang waktu asar baru migrain hilang. Esoknya raya ketiga demam plak sampailah raya kelima. Ujian..ujian.

Berayanya memang tak kemana lah.

But now nak cerita raya tahun kedua dengan Furqan Harraz. Adoyai. Besar dah dia. Tahun lalu rileks je bawa dia kehulu kehilir diam diam. Umur masa tu baru 5 bulan..

Tahun ne masuk setahun 5 bulan.. ya Allah. Tak mau duduk diam. Tak ble lalai walau sekejap. Furqan.. furqan.. aishhh...

Bila dah jadi mak orang anak dua ne.. makin menggunung kesedaran bahawa payahnya jadi mak. Ujian kemain. Patutlah Allah janjikan balasan cash kalau derhaka dengan orang tua. Kan? Berani tak hormat mak! Bukan sedikit ujiannya. Automatik terus rindu mama di papar.. huaaa padan muka umi tu.. -_-

Bila anak kita hyper aktif, payah nak duduk diam. Azabnya nak mengejar dan melarang takut menyusahkan orang, atau mengkucar kacirkan majlis orang... maka apa harus kita lakukan.. kena lagi umur setahun jagung. Tak faham lagi bila kita larang dan marah. Adoi. Ujian tu.

Lebih tinggi tahap ujiannya bila orang tak mampu faham. Maka keluarlah ayat ayat cinta dari mulut mak nenek...

"Anak aku dulu tak macam ne. Elok je perangai dirumah orang"

"Patutlah mak dia kurus kering. Sebok kejar anak nakal ! "

Sob sob...

Lain pla ada yang kata...

"Budak tu tak cukup makan tu.. tak cukup kenyang. Tu yang hyper aktif"

Aikkk??? Pun bolehhh??

Atau..

"budak perangai macam ne nak kena jampi ne.. mesti cari orang yang pandai mandikan dia dengan jampi"

Belum masuk lagi...

"Dulu sapa yang urus tembuni dia hah? Agaknya yang urus tu tak tahu nak buat apa tu.. kan elok lepas urus tembuni dia menulis, anak tak lah nakal bagai"

Sampai gitu kau!

Haihhhh... lebih lebih lagi bila yang 'cakap cakap' tu 'orang lama'. Hihi...

Biasalah kan. Itu Fitrah. Namanya kita sedang melalui kehidupan. Ya. Fasa kehidupan. Peringkat kehidupan. Pada waktu ne.. mungkin ujiannya di sini. Ada makcik pernah warning saya tau. Hehe. Orang muda kena berpegang pada petua orang tua. Sebab petua ne lebih tua dari ilmu. Tu namanya 'PETUA' .. pendapat orang tua. Hihi

Apa apalah.

Benda benda macam ne. Nak bagi tips macam mana pun, kita takkan dapat elak. Kena lalui. Kena kuat. Kena sabar. Kata nak jadi ibu mithali. So.. kuatlah. Matanglah. Orang tak akan berenti becakap. Percayalah.

InsyaAllah. Bila kita selalu positif pada ujian Allah. Betulkan pandangan pada Allah swt. Kita akan mudah temui hikmahnya. Sebab setiap ujian yang Allah bagi bukan saja saja. Bukan suka suka nak sakitkan hati kita. Hihi. Bukan kah boleh jadi perkara yang kita suka tidak baik untuk kita. Dan boleh jadi perkara yang kita tak suka itulah yang terbaik buat kita.

Nak jadi mak mithali ne kena lalui macam macam. Anak aktif bukan salah kita. Jauh sekali silap anak anak. Macam tu juga anak yang tantrum. Mereka kan sedang melalui fasa pembesaran dan perkembangan minda juga. Sabarlah. Nak kecik hati cakap cakap orang ne takkan kemana. Kita positif saja. Allah swt tau apa yang terbaik untuk kita, anak anak kita dan keluarga kita. So. Pandangan dan penilaian siapa yang lebih penting?! Manusia atau Allah swt? Hidup mati kita untuk siapa?

Anak aktif dan kuat tantrum je pun. Normal. Tak adanya salah dan silap sesiapa disitu.

Hehe. Eh asal aku macama emo eh?

Takde. Kita share. Luahan yang membina. InsyaAllah. Manatau ada sesiapa yang turut mengalami the same case same issue.. so. Kuncinya sabar dan redha saja kan...

Maka mulai saat ne. Meh tatap wajah mak bapa kita. Bila stress dengan apa yang berlaku melibatkan kepayahan melayani karenah anak anak. Tengoklah dan tataplah wajah orang tua kita. Tengok diri kita pula.

Dah besar. Dah matang. Dah berjaya. Tak nakal lagi pun. Tu usaha siapa. Dan ketentuan siapa. Haaa.. usaha orang tua kita dengan izin Allah swt.

So be positif..

C u in the next entry.. daaa..

Salam sayang
Ummu Al-I syirah & Al-Furqan

Sunday, June 21, 2015

Aura Bayu Ramadhan (1436 H)

Assalammualaikum & salam 5 Ramadhan... 😊

Alhamdulillah.. atas kurniaan Allah swt, saya dan keluarga masih berpeluang merasa ramadhan dan berpuasa pada 1436 H... uhuhu... Macam entry ramadhan lepas... tiap kali sambut puasa memang ada satu 'rasa' yang.. tak tau nak explain mcamana.. Tapi rasa yang damaaaai sangat... 'Rasa' tu la juga yang buat kita tak sanggup ramadhan tu berlalu dengan cepat.. kalau abi insyirah cakap 'aura bayu ramadhan...' sebab tiap kali bulan puasa tu bagai ada satu hembusan bayu rasa ketenangan ditiup pada jiwa muslimin dan muslimat... aiceh ! ( eh betulla ! )

Betul cakap abi, bila kita lebih fokus pada amalan dan nikmati 'Rasa' yang damai tu, lapar dahaga jadi perkara kedua dalam fikiran. Walaupun kadang kadang pandai juga begurau dengan kawan kawan... teruji bila nampak gambar makananla.. ececeh. Belum hidu bau masakan lagi. Ahaha.. memangla. Terbayang bayang juga dalam kepala nak sungkai apa.. terliur nak makan itula inila.. hehe.

Ramadhan kali ne.. kami sekeluarga bertekad tak nak ke bazar... insyaAllah. Takut nanti jadi bazir. Mungkin tak la tak lalu sama sekali, tapi dikurangkan pada tahap maksima. Haha. Kalau tahun sebelum ne setakat pegi dalam 5 kali. Tahun ne paling banyak mungkin sekali dua je la centu.. atau kalau bole tak pegi terus lagi baik.. ngee. So santapan berbuka lebih kepada homemade. Air tangan isteri gitu ya.

Bahagia sebenarnya sambut ramadhan. Puasa sebulan. Betul. Jiwa lebih tenang. Kadang kadang tu kan, automatik di bulan ramadhan kita rasa nak sabar saja. Bila anak anak merengek, dan buat perangai.. tetiba macam mood nak marah atau mengomel tu stuck tanak kuar. Sharp masuk surau. Kelam kabut nak habiskan juzuk. Bila cerita cerita bab ne dengan abi, dia cakap.. Kuasa Allah yang wujudkan aura positif tu dalam diri manusia. Terpulang pada kita nak buat baik atau buat acuh tak acuh saja dengan semua tu. Allah. Rugi kan bila kita tak endah aura free yang Allah bagi.

Ramadhan ne la kita dapat lihat diri kita yang sebenar. Jangan kata bila kita mengumpat sebab syaitan nirrojim yang kacau. Syaitan yang poke poke suru burukkan orang. Hah.. ramadhan ne semua jenis syaitonnn masuk lokap pada istilah pasar nya ya. Hehe. Allah perintahkan hantu syaitan dibelenggu dan tak kacau manusia. So.. bila buat silap tengah bulan penuh barokah ne.. nak kata siapa yang lebih hantu ? Lu pike la sendri.. 😂

But its ok. Allah itu maha mengasihani. Inilah waktunya kita gunakan masa makan minum sebelum puasa dulu untuk muhasabah diri. Perit kan bila ingat silap dan dosa dosa kita. Nak fikir Allah terima ke tidak solat kita pun seram kan... Maka selagi pintu taubat itu Allah buka luas luas...isilah. Masukkan segala sesalan dan rintihan minta diampunkan tuhan.

Memang. Taubat itu bukan hanya dilakukan selama ramadhan. Tapi bulan ramadhan adalah bulan keampunan... ingat ya. Bulan ini sangat mudah kita beroleh keampunan dari Allah swt. Even orang yang meninggal dunia bulan ramadhan pun direhatkan dari azab kubur. MasyaAllah. Besar sekali nikmat ramadhan.

Ramadhan ada sebulan saja tau. 30 hari saja dalam setahun. Nak tunggu ramadhan taun depan.. Allah.. lamanya lagi.. sebelum hari demi hari berlalu.. maka sama samalah kita beringat ya.. moga Allah terima amalan kita bersama. Moga Allah panjangkan umur kita untuk bertemu pada ramadhan akan datang pula.

Ramai juga kawan kawan yang hijrah di bulan ramadhan. Ada yang sebelum ne free hair 1 ramadhan lalu dah berhijab. Alhamdulillah. Ada juga yang mula konsisten jaga solat. Pakai labuh. Allah. Besar sekali nikmat aura ramadhanMU  ya Rabb. Kerna aura itu bisa saja membuka hati hati manusia yang keras itu menjadi lembut. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah. Namun ia datang pada kita dengan banyak caranya. Ada yang Alah campak tiba tiba. Ada juga yang jenuh mencarinya tapi tak jumpa. Ada pula yang Allah sentap ditarik serta merta.. Allah. Yang last tu Nauzubillah. Moga Allah tidak palingkan hati kita setelah DIA beri kita hidayah...

Ramadhan tahun ne juga Insyirah suda mula mengerti sikit sikit tentang kewajipan berpuasa bagu umat islam. Bila dia nak suap makanan ke mulut ummi masa ummi bagi makan petang.. dia pandai ingat sendiri.. 'eh lupa.. ummi kan puasa' ehehe.. omeii..

Apapun  moga Allah terima amalan & ibadah puasa kita di bulan ramadhan ini. Sama sama kita mengejar redha illahi dan menuntut pahala berlipat ganda di akhirat kelak.. Moga Allah pelihara...

Oh ya. Furqan pula masih perlu jalani ujian darah. Doakan furqan berterusan ya...

Salam alaik... salam kasih dan salam ramadhan...

Ikhlas,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan 😊

Wednesday, April 8, 2015

Yang dikejar bukan dunia...

Assalammualaikum

Kadang-kadang bukan mudah nak hadapi 'orang'.. Bcoz they are unexpected! Kita berusaha nak jadi baik. Tunjuk air wajah baik. Senyum. Cakap yang baik baik. Kawal lidah. Kawal attitude. Kurang bercakap, banyak mendengar. Takut tersilap, kita banyak ikut rentak daripada cipta irama sendiri. Semuanya untuk buat 'orang' selesa. Tapi, namanya juga manusia. Kita cuba kawal diri. Manalah kita pasti orang suka ke tidak. Orang selesa ke tidak.

Kita tak mampu jangkakan kejadian-kejadian yang akan kita hadapi bila melibatkan tingkahlaku orang lain. Perkara yang kita anggap remeh mungkin boleh mendatangkan benci atau marah pada orang lain. Cara yang kita sudah biasa mungkin boleh buat orang menyampah, mual, tak selesa... Emhh.. Bukan kita jangka!

Biarlah 'orang' dengan perangai masing-masing. Laluan kehidupan sepatutnya sudah banyak mengajar kita bagaimana untuk menghadapi situasi diluar jangkaan bila melibatkan 'sikap orang'. Kuncinya, sabar, sabar dan sabar. Bila orang marah sabar. Bila orang perli atau sindir, sabar. Bila kita dapat tahu kawan baik bercakap buruk pasal kita dbelakang, sabar. Hanya sabar sematkan di dada. Sabar adalah kunci pahala dari Allah. Allah kasihan dengan orang yang sabar. Sabar kita juga mampu jadi senjata pada orang yang menyakiti kita. Percayalah. Hati kita milik Allah. Pasti sabar itu boleh jadi penghalang dari berlakunya sengketa yang lebih besar. Pasti sabar itu mampu meruntuhkan sifat syaitan yang wujud dalam diri orang dari terus menyerang kita bertubi tubi. Pasti sabar itu bisa menyatukan hati yang sudah lama menjauh... Tiada ruginya bersabar.

Sabarlah sampai bila bila. Bukan dunia yang kita kejar. Bukan pujian manusia yang kita harapkan. Tapi redha Allah swt yang membawa kita ke syurgaNya... Kita hidup untuk mati. Ibadah kita untuk ukhrawi.. Cukuplah.

Moga Allah redha.

Mencari secebis 'ikhlas' dalam diri..
Ummu Al- Insyirah walFurqan..

Tuesday, March 3, 2015

Diary Wad Furqan IV (Disease Revealed)

Assalammualaikum


Ada sedikit rasa 'lega' bila lihat perkembangan Furqan yang mula aktif sekarang. Kadang-kadang, kita rasa sukar bila anak kita terlebih aktif yang mana mungkin boleh membataskan pergerakan kita. 
Kadang-kadang sebab anak aktif sangat, kita berat nak gerak ke mana-mana. Takut jadi perhatian orang. Takut tak menang tangan. Tapi...

Adilnya Allah pada kita duhai ibu.
Anak aktif tandanya dia mengalami perkembangan yang normal.
Anak aktif tandanya dia sihat walafiat tanpa perlu menahan rasa sakit yang selalu menjadi kebimbangan kita.
Anak aktif tandanya dia mudah belajar setiap benda baru dan mahu mendalaminya.

Sewaktu furqan di wad, sungguh saya rindu senyumannya dengan gigi dua batang yang jarang susunannya dibahagian atas. Sungguh, saya rindu ketawanya yang 'over' atas niat menganiaya saya dan kakaknya. Huhu. Saya rindu gerak badan furqan yang suka melompat dan menari riang. Saya teringin lihat dia panjat katil hospital tu. Waktu tu saya rasa, "tak apa nak, buatlah apa saja, kalau furqan jatuh umi ada.." haihhh.... Sayangnya Furqan tiada daya, tidak bermaya.

Masuk hari ke lima dalam wad 
9 febuari 2015
Seorang doktor wanita india datang katil Furqan dan mula tanya saya. 

"mama dah tau kan pasal planning nak buat BMA untuk Furqan? "


"aah tau, tapi rasanya takla rush nak buat kan.."

"tapi kena bersedia dari sekarang, kena bincang dengan bapa furqan, sebab kita akan minta sain bila-bila saja"
Telan liur. 
Sejujurnya biarpun perkara ne sudah dikhabarkan pada kami sebelum ne tapi saya tak expect dorang akan tanya balik. Naluri saya kuat mengatakan ujian BMA tu tak perlu. Tak akan. Dan tak payah! Furqan akan sihat. Saya yakin Furqan akan keluar wad dalam waktu terdekat. 

Malam tu saya tak berenti google pasal pengambilan darah dari tulang sum-sum.. Macam mana prosedurnya, sejauh mana ia boleh berjaya, side effect untuk jangka masa panjang, jangka masa pendek.. 
ahh.. Macam macam lah..

Lepas tu, saya tak stop situ... Buka lagi web pasal leukimia.. Pneumonea, anemia, talesemia, darah merah, darah putih, platelete.. Denggi, Paru paru berair, paru2 bernanah.. Macam-macam lah. Sebab doktor syak mungkin paru2 furqan berair, mungkin juga ada nanah.. 

Allah..

Apesal case note furqan complicated sangat... Kenapa banyak sangat jenis penyakit dalam tu... Ya Allah..
Saya da tak tahan... 
Ah air mata kalau nak jatuh, jatuhla.. Wad dah gelap, tak da orang nampak.. Isk..



10 Febuari 2015
Ujian darah Furqan untuk yang entah sudah kali ke berapa keluar. Darah merah drop lagi. Ya Robbi..
Tapi.. Sel darah putih dan kuning maintain. Tak naik tak turun. So, ujian BMA bukan jadi pilihan untuk waktu ne. Syukur. Saya dah risau doktor-doktor tu bawak surat minta sign. Gerun!

Entah kenapa tetiba mulut saya ringan saja tanya doktor pakar yang tengah belek case note Furqan..
"er.. Doktor, kenapa masalah darah anak saya nampak rumit sangat... Sebelum ne kan dia disahkan denggi, so, mungkinkah masalah bacaan sel darah dia drop tu disebabkan denggi atau mungkin jangkitan kuman yang dia alami tu" 
huhu.. Saya harap doktor tu akan cakap "aah ya tak ya juga kan.. Pandai kamu mama furqan" haha..

Malangnya.. 
" no mam. This is not about dengue fever anymore".

What?!! Hah tula kau pandai2 nak ajar doktor.. Kalau semudah itu tak la dorang grade jadi specialist kan.. Aduu abis tu apadia...
Doktor pun jelaskan panjang lebar, kalau setakat denggi, ia hanya bla..bla..bla.. Tapi ne semua sel darah merah, kuning, putih drop.. So, kalau lepas ne drop jg kena buat BMA..

Saya angguk bukan sebab setuju sangat.. Tapi tanda berat untuk terima kenyataan yang menyakitkan.... Tapi Allah ada.. Apapun ujian, kajian dan penemuan para doktor, semuanya atas izin Allah. Furqan sakit atas izin Allah.. Dan saya yakin DIA bisa beri kesembuhan buat furqan juga..

11 Febuari 2015
Furqan da boleh bangun dan duduk. Dia sudah mula mahu makan. Walaupun masih belum mampu senyum, tapi saya dah mula puas hati. Alhamdulillah. Satu hari dia tak demam.

Disebabkan perkembangan yang mendadak tu, furqan boleh pindah wad. Tak perlu dah pakai wayar kaler traffic light. Tak perlu sambung oksigen.
Seringkas itu..
Ajaibnya kuasa Allah. I told u.. I told u...

12 Febuari 2014
Furqan makin aktif. Makin banyak makan. 

Ujian darah seterusnya...
"Mama, radang hati yang furqan alami dah ok sikit tapi masih perlu ujian darah lagi.."
Then, guess what..

What doc.. What??!!
Semua bacaan sel darah Furqan naik sikit.. Tapi sikit je..
Allah.. Allah.. Allah...
Biarlah sikit saja doktor.. Janji tak buat BMA.. InsyaAllah furqan sihat. Furqan akan sihat.. Mari doa sayang, manatau esok kita boleh pulang...


Bahagia. Alhamdulillah. Walaupun kepala masih pusing...
Apa sebenanrnya yang telah berlaku pada kamu furqan...
Tiada yang mampu mengubah kuasa Allah...

Dan keesokannya, 

13 Febuari 2015
Seorang doktor wanita cina yang agak berusia datang kepada saya dan abi Furqan... Kami difahamkan, beliau adalah doktor pakar jangkitan kuman...and the disease revealed...

Furqan disahkan mengalami penyakit Pneomococcal daripada bakteria Streptococcus Pneumoniae.

Terkejut?
Pernah dengar pasal penyakit ne kan.. Pernah baca kisah Puan Erina yang kehilangan permata hati mereka yang pertama  disebabkan sakit pneumokokal ini kan.. 

MasyaAllah. Bila kalian terkejut. Terkedu. Terkilan.. Bagaimana pula saya? 

Pneomococcal boleh kena pada paru-paru atau selaput otak. Dan Furqan alaminya di bahagian paru-paru.

Kalian. Penyakit ini tidak seringkas yang saya fikir ketika membaca kisah Puan Erina. Allahuakbar. Doktor sendiri cakap, Lucky Furqan dapat rawatan awal. Memang. Bakteria ini sangat sedang kebal antibiotik. Selama di wad, masuk hari keenam barulah panas badan Furqan beransur kurang. Dan itu selepas percubaan memasukkan 4 jenis antibiotik  dalam badan Furqan. Antibiotik terakhir adalah Cefeipim. Alhamdulillah, Allah masih beri peluang saya peluk cium Furqan hingga saat ini. 

Sehingga hari ini, Furqan masih perlu menjalani rawatan susulan. Masih perlu menjalani X-ray dan pengambilan darah untuk melihat perkembangan paru-paru, hati, HB, dan lain-lain. Daripada penyakit Pneomococcal ini, bahagian hati dan sel darah Furqan turut mengalami masalah. Pasti kalian pernah terbaca di mana penyakit Pneomococcal ini mampu bagi kesan yang serius terhadap organ dalaman penghidapnya kan. Nauzubillah. Syukur Furqan makin pulih. Makin aktif. Tapi perlu pemantauan dengan lebih peka.  

Sewaktu di hospital, Furqan ada jugak jalani X-ray beberapa kali dan ultrasound. Masa saya dah tau penyakit Furqan terus google pasal Pneomococcal. MasyaAllah. Buka ja terus nampak contoh gambar paru-paru penghidapnya. Sama sebiji macam X-ray paru-paru Furqan. Sebelah kiri Putih habis. Doktor kata akibat infection yang dah tinggalkan parut. Sel darah Furqan juga mungkin akan ambil masa berbulan bulan untuk pulih balik.

Bagi saya ini satu keajaiban. Bila baca simptom penghidap penyakit Pneomococcal. Allahuakbar. Semuanya ada pada Furqan masa tu. Subhanallah. Besar hikmahnya bila doktor bongkarkan beberapa jam sebelum kami dibenarkan dischagre, kalau tidak agaknya nak pengsan kut saya depan doktor. huhu.

Hari yang sama kami dibenarkan pulang selepas masuk dos antibiotik Cefeipim yang terakhir. Tapi perlu  datang 7 hari selepas itu sehinggalah hari ini. HWKK dah jadi macam second home kami da... Tak pa senyum ja. Furqan makin pulih. InsyaAllah.

Oh ya. Kita sempat kena bawa consult pasal vaccination. Dr. Chin la tu. She asked us to give immunizations to our child, immediately. At least lepas Furqan sembuh.

Sebab happy sangat Furqan dah boleh balik dan nampak perkembangan Furqan yang "nafas dah tak laju" (hehe) so kita senyummmmm lebar je banyak-banyak. Bersyukur. Allah.. Allah.. Allahuakbar. Semuanya atas izin Allah.

Banyak sangat hikmah dan pengajaran buat saya, Abi, Insyirah & Furqan atas ujian Allah ini. Allah maha adil. Ujian yang kita hadapi bukan untuk kita ratapi. Tapi untuk kita cungkil, cari, dan gali hikmah disebaliknya. Sebab hikmah itu jauh lebih indah. Lebih membahagiakan bila kita redha. InsyaAllah.

Kalian doakan kesihatan Furqan berterusan ya. Beliau masih di bawah rawatan pakar. Moga Allah beri kesembuhan sepenuhnya buat beliau.



Thank you for reading this entry

Thursday, February 19, 2015

Diary Wad Furqan III

Assalammualaikum

Walaupun sudah hampir seminggu Furqan bebas di rumah, tapi saya jadi 'terlebih peka' pada pergerakannya dan setiap apa saja yang dia lakukan. Begitu juga Insyirah. Even dorang batuk waktu tidur pun saya lari masuk bilik tengok. Letak tangan atas dada diorang. Fuh. Bimbang.

I have learned so many difficult things but also have important lesson. Once a kid comes into the world, the calculus of daily living cough up new equation. Titik !

Satu-satu pasal bayi sampai dorang jadi toddler kita kaji. Saya setuju bila ada fakta mengatakan seorang ibu boleh jadi lebih hebat dari saintis dalam bab kaji mengkaji, searching, googling.. KAN..

Terutama bila anak kita jatuh sakit. Pastu semua jenis penyakit kita google. Tak cukup dengan maklumat Internet siap beli buku lagi. Biarpun nampak satu titik benda ganjil pada kulit anak dah panik. Padahal nyamuk gigit je pon. Pastu terus google, lotion apa yang sesuai sapu pada kulit anak.. Brand apa, harga brapa boleh dapat dimana.. Berapa lama tanda merah tu boleh hilang. Kan..

Tulah, jadi mama terus terbatuk dari zaman 'senang lenang' kan... Tapi best kan.. Kan.. Naluri tu kan dari Allah.. Hebat kuasa pencipta kita, masyaAllah.

6 febuari 2015

Hari kedua Furqan dalam wad. Keadaan Furqan semakin membimbangkan. Furqan nampak sangat lemah. Nafas laju sehingga doktor arahkan supaya Furqan diberi bantuan pernafasan melalui oksigen. Dah pakai benda tu cantik sikitlah bacaan spo2 furqan. Huhu. Masa ne, saya memang tak mampu senyum. Tahap 'risau' yang tinggi. Doa dan tawaqal. Memang. Tapi saya tak mampu tipu diri. Saya sebak tengok keadaan Furqan.




Dia hanya bangun untuk menyusu, itupun masih menggigil. Makan apa pun tak mau. Syukur dia masih boleh terima susu ibu. Subhanallah. 

Satu satu doktor datang cek. Dari houseman nya, doktor senior sikit, then pakar datang cek. Menjelang tengahari, Furqan pindah bilik. Bilik depan sikit. Mengikut ipar saya yang kerja sebagai nurse di sana, kalau dah pindah bilik kat depan tu, kira kes berat sikit. Mean, perhatiannya lebih, perlu pantauan yang lebih rapi. Kedudukan bilik pun sangat dekat dengan NICU. Saya dah dupdap dupdap...  tetiba pasang wayar dah. Kaler trafik light plak tu. Hijau, Merah, Kuning... Yang ne untuk pantau bacaan jantung, spo2 dan paru-paru ka hati ntah.. tak ingat.

Dan Furqan masih begitu...

7 Febuari 2015
SELAMAT ULANG TAHUN YANG PERTAMA FURQAN...
Sebak. Tapi saya redha. Si kecil Furqan tentu lebih kuat orangnya... InsyaAllah. Furqan sambut hari lahir di wad. Dalam keadaan satu badan berselirat wayar. Kasihan. Entah kenapa. Tarikh ini juga satu demi satu perkhabaran kondisi kesihatan Furqan doktor terangkan satu per satu. Rumit.

Furqan disahkan doktor mengalami jangkitan paru-paru. Jenis kuman, virus atau bakteria belum dikenal pasti lagi. So darah demi darah masih diperlukan.

Furqan juga disahkan mengalami radang hati peringkat awal (Hepatitis) yang mungkin berkaitan dengan jangkitan paru-paru yang dialaminya. Subhanallah.

Furqan juga mengalami anemia (hb rendah) yang agak kronik. Ok, perkataan 'kronik' tu saya jumpa dalam case note depan katil. #curicuribukadanbaca sebab saya sebak... tak sanggup labelkan penyakit furqan sebagai "kronik". Nauzubillah.

Selain itu, bacaan untuk darah putih dan kuning (platelet) Furqan juga sangat rendah. Doktor simpulkan Darah Furqan tidak normal. Allahuakbar.. Allahuakbar.. Allahuakbar.

Tiba-tiba, dalam keadaan tidak percaya, Hari yang sama, tapi pada waktu dan saat berbeza, seorang doktor masuk dan khabarkan pada kami lagi bahawa ujian darah untuk denggi, positif. Ya.. POSITIF!

Sebelum ini, doktor sendiri menjangkakan tidak mungkin Furqan mengalami denggi, disebabkan tiada tanda bintik merah melainkan demam panas yang lama.

Namun saya redha... Bila mana Allah menetapkan sesuatu takdir pada hambaNYA, maka ketetapan itu pasti akan berlaku.

Doktor yang mula-mula "buka buku" kes Furqan, cuba tenangkan saya. "Sabar mama... Furqan sakit kuat. Mama juga kena kuat". Saya senyum. Itu saja yang mampu saya lakukan masa tu.

Kamu terlantar dan berselirat wayar di hari lahirmu Furqan... Furqan juga telah melalui proses blood transfusion. Tapi selepas hampir sejam, proses pemindahan darah terpaksa dihentikan kerana suhu badan Furqan naik mendadak.

Selepas proses pemindahan darah, bacaan HB Furqan cuma naik sikit saja. Masih belum melepasi tahap 'anemia'.


8 Febuari 2015

Doktor masih nak ambil darah Furqan. Ujian demi ujian perlu dilakukan. Kasihan kamu Furqan.

Beberapa jam selepas ujian darah dilakukan, seorang doktor pakar (kalau tak silap saya mengikut ipar, pakar darah ke apa.. lebih kurang gitulah ) bertemu saya dan Abi Furqan.

Pertama beliau khabarkan demam denggi yang dialami Furqan beransur pulih. Waktu tu laju lidah saya ucap Alhamdulillah. Syukur. Kedua beliau khabarkan, bacaan HB, sel darah putih dan kuning Furqan turun lagi. MasyaAllah. Saya diam. Abi juga diam. Tapi saya perasan suhu panas badan Furqan bermula 8 Febuari sudah mula berkurang. Setiap malam saya tak tidur lena sebab kena pantau suhu Furqan. Mana ada orang boleh tidur lena di hospital. Tak kira orang sakit atau penjaga. Saya kena jerlum Furqan dengan air suam untuk turunkan suhu panas nya.

Menurut doktor lagi, keadaan Furqan tidak ubah seperti penghidap talasemia kerana bacaan sel darah yang menurun terlalu cepat, malah baru beberapa jam selepas satu-satu ujian darah dilakukan. Tetapi terlalu mustahil bila latarbelakang keluarga bukan tergolong sebagai gen pembawa, minor atau langsung tiada kaitan dengan talasemia. Dan beliau terang-terang mengatakan ujian tidak menunjukkan Furqan kekurangan ion dalam badan. Maka, sekiranya keadaan mendesak, Sel-sel Darah Furqan masih mengalami penurunan mendadak, dan mereka juga perlu cari jawapan terhadap masalah darah Furqan, ujian BMA atau pengambilan darah daripada tulang sum-sum akan dilakukan.

Allahuakbar. Saya terkedu. Abi juga diam lama. Suasana sepi. Dan doktor cuba menenangkan kami. Doktor kata, ujian tersebut boleh bantu pastikan penyakit yang dialami Furqan dan SEANDAINYA ujian mampu menunjukkan yang Furqan MUNGKIN mengalami KANSER DARAH (LEUKIMIA), rawatan susulan boleh dilakukan dari awal.

Allahuakbar.




Furqan mengalami dua permasalahan sakit yang berbeza.

Punca demam tinggi yang berpanjangan akibat jangkitan VIRUS yang masih belum diketahui dan...
Masalah darah yang masih menjadi tanda tanya pakar perubatan sendiri...


TBC

Sunday, February 15, 2015

Diary wad Furqan II

Assalammualaikum

Being a mom is a wonderful "gift" from Allah swt...

...hadiah yang juga merupakan amanah dan ujian...

Baru sekejap saya jenguk Furqan yang sedang tidur dalam bilik. Saya perhatikan degupan nafasnya. Alhamdulillah, seperti sebelum dia sakit. Nampak normal dan tidak laju. 

Saya masih ingat di waktu mula-mula jadi "ummi". Insyirah adalah pembuka legasi saya dan suami. Bila anak tidur, saya asyik perhatikan nafas mereka. Pernah tak ibu-ibu semua rasa apa yang saya rasa. Kita tengok nafas mereka, pastu ada rasa macam.... "anak aku masih hidup ka.. masih bernafas ka.." mihmih.. Kalau tidak, mungkin saya yang ter"over" psiko.. ngikk!!

Sampai macam tu sekali kebimbangan dalam naluri ibu yang Allah bagi kan...

5 Febuari 2015
Allah takdirkan Furqan masuk hospital, kali kedua. Sebelum tu Furqan pernah ditahan di wad kuning sewaktu 3 hari kelahiran. Pasal tu pun saya pernah share dalam blog ne. Macam mana rasanya tengok anak kena cucuk sehari 5, 6 kali... Allah. Kali ne berulang lagi.

Sampai di HWKK, pembantu perubatan terus cek suhu, tekanan darah, nadi, dan oksigen. Panas Furqan turun ke 39 darjah celcius daripada 40 darjah sebelum tu. Masa di kereta, on the way nak ke HWKK, saya sempat lap badan Furqan dengan tuala basah dengan harapan panasnya beransur kurang. Tapi masih dengan bacaan tinggi. So, nurse bagi Furqan suppositories, terus masuk dalam dubur sebab panas terlalu tinggi. Dalam masa yang sama saya dan sorang nurse yang baik hati (alhamdulillah) bungkus furqan dengan kain basah satu badan. Sampailah panas Furqan turun ke 37 darjah celcius. MasyaAllah. Waktu ne. Jantung saya kemain laju. Fikiran saya waktu tu.. " Ya Allah, jangan jadi apa-apa pada Furqan, Faghfirli Ya Rabb.. Faghfirli ya Rabb..." minta ampun pada Allah untuk dosa dan silap sendiri. Tak habis-habis mulut saya terkumat kamit... Mohon Allah pelihara anakanda Furqan.

Tiba-tiba saya perasan, kulit Furqan seakan kekuningan. Panik jap, panggil nurse. 
"Nurse, perasan tak kulit anak saya kuning". 
Nurse belek satu badan Furqan. "Eh yala. Macam pucat pun ada. Sebelum ne tak gini ke?" 
"Emm.. tak rasanya. Saya baru rasa pelik waktu ne.." Memang panik yang bersungguh dah ne.
"Jap eh, kita tanya doktor.." Sambil tangan nurse melambai lembut kepada seorang doktor cina.

Bila doktor sampai, dan dah tau persoalan yang bermain di benak kami, dia pun buat kesimpulan.. "oh anak puan g6pd difficiency kan.. memang macam tu la tu bila demam.."

Saya pun.. ehh? ehh?  ehh???? ok!!

Selepas setengah jam di Unit Emergency, kami dibawa naik ke wad Melur 1, Unit Rawatan Rapi Pediatrik. Seorang doktor baru yang kecil molek "sambut" kes Furqan. Dibantu oleh 2 orang nurse, seperti nyamuk yang haus darah, mereka pun berusaha mencari urat Furqan di serata tangan dan kaki untuk isi dalam 5 ke 6 botol kecil darah si kecil Furqan. Waktu ne adalah saat paling mencabar bagi saya selama duduk hospital. Tapi, itu adalah prosedur kerja mereka. So. Bertahanlah Ummi. Bertahanlah Furqan. Doktor sedang buat kerja. Hihi.

Nak jadi cerita, ujian juga lah untuk para doktor dan nurse, sebab dak Furqan ne uratnya halus sangat, dapat urat flow slow. Pindah jarum pula cari urat lain. Kasihan kamu Furqan.

Masa hari pertama masuk wad, sebelum ujian darah keluar, macam biasalah... soalan demi soalan doktor akan tanya. History kesihatan sejak lahir. Bahkan sejak kita mengandung lagi ya. 

Soalan demi soalan saya jawab dengan cemerlangnya. Penuh yakin seperti orang yang datang interview confiden nak dapat job gitu ya.. Sampailah satu soalan yang agak sensitif jawapannya pada saya dan suami. Iaitu berkaitan dengan VAKSIN!

Ya, saya tau, dunia perubatan ada alasan sendiri mengapa mereka WAJIBKAN VAKSIN terutama sekali pada kanak-kanak kecil. Dan saya dan suami juga punya alasan sendiri mengapa kami TOLAK VAKSIN! Itu adalah pendirian. Maka saya tidak mahu ulas dengan lebih lanjut disini.

Tapi masa kami bagi jawapan "anak kami tak disuntik imunisasi sejak lahir atas kemahuan kami sendiri" sungguh bulat dan hampir terbeliak mata doktor itu ya kawan-kawan. MasyaAllah saya pun panik takut dia pengsan saja.. Hehe Gurau! Ok Part ne kita sambung kemudian...

Nak jadi cerita lagi, keluarlah keputusan darah Furqan.. 

Allahuakbar, satu demi satu sakit Furqan Allah tunjukkan 
(mohon mengerti sakit Furqan tiada kaitan dengan 'tiada SUNTIKAN  VAKSIN!'  dan doktor sendiri telah akuinya... Mohon jaga hati dan fikiran, jangan sampai lupa kita BERTUHAN! )

Walau agak berat, saya cuba untuk positif dan kumpul kekuatan untuk terus pastikan Furqan pulih. "Tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak diuji". Firman Allah 'itu' naikkan semangat saya untuk 'relax'. Jangan cengeng ummu Furqan. "Allah tidak akan menguji hambaNYA di luar kemampuannya".

Saya yakin ujian demi ujian yang Allah bagi tanda Allah sayang. Moga menjadi kaffarah dosa buat ummi abi Furqan.

Saat doktor khabarkan berita sakit Furqan saya minta abi ganti untuk jaga Furqan sekejap. Saya mahu ke tingkat 6.. kerana disitu letaknya telekung sejadah. Saya mahu menangis mengadu pada Allah....

Begini sekali kamu diuji saat 2 hari sblum ulangtahun kamu yang pertama Furqan...


TBC



Thursday, February 12, 2015

Diary wad furqan

Assalammualaikum
Alhamdulillah, Allah masih pinjamkan nyawa dan masih diberi peluang bernafas di bumi NYA hingga hari ini.. Allah masih beri saya kekuatan untuk terus menghadapi ujianNya...
13 febuari 2015
Hari ne adalah hari ke sembilan furqan ditahan dalam wad. Sebelum ne saya post gambar furqan yang sambut besday dalam wad, hidung lekat oksigen sebagai bantuan pernafasan.. Furqan mohon hadiah doa dari ibu ibu dluar sana minta Allah beri kesembuhan buat penghuni syurga Nya yang satu ini..
Ya. Furqan kurang sihat. Tapi sehingga saya taip blog ne, alhamdulillah kondisi si kecil semakin baik. Banyak perkembangan positif. Syukur. Secebis berkat doa ibu diluar sana juga. Terima kasih atas keprihatinan kalian. Saya tidak berhenti terima whatsapp dari kawan kawan dan saudara. Kalian tidak putus mendoakan furqan dan bagi semangat pada saya untuk terus kuat dan bertahan menghadapi ujian Allah swt.
Kalian, sebelum itu.. Mari kita sedekahkan al-fatihah buat sang murobbi tercinta Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah bertemu pencipta semalam 12 febuari 2015 tepat jam 9.45 malam. Pemergian ayahanda tok guru seiring dengan ulangtahun pemergian ulama tersohor Hassan Al-Bana. Padahal sebelum menerima berita itu, saya dan furqan ketawa tiada henti. Saya excited bila furqan mula aktif sedikit. Apatah lagi bila hampir setiap jam doktor khabarkan perkembangan positif kesihatan furqan.
Siapa tau di malam hari satu dunia menerima berita pemergian tok guru.. Allahu.. Saya dan abi furqan pernah bercita-cita mahu ziarah tok guru. Bukan rezki kami. Moga Allah merahmati ruh allahyarham... Innalillahi wa'inna ilaihi rojiun..
Oke. Berbalik pada diary anakanda furqan. Fuhh..
Sebelum ne furqan demam biasa. Hari kedua demam kita terus bawa g hospital. Macam biasalah ya.. Dapat PCM dan antibiotik hospital. Lepas tu, demam furqan kurang sikit waktu pagi. Tapi biasanya dia akan panas badan waktu malam. Waktu ne memang tak bertidurlah. Asyik pantau suhu furqan dan jerlum dia dengan air suam. Sekejap sekejap suhu furqan mula turun. Tapi bila ummi lelap sekejap saja tetiba suhu naik balik. Sebelum furqan demam insyirah mendahului. So, memang pening lalat lah masuk pejabat. Mata pun, hensom lagi rupa panda. Oh tidak!
Masuk hari ketiga dan keempat furqan makan ubat macm biasa. Walaupun demam si cinonet tu masih aktif. Lebih lebih lagi waktu pagi. So, kita memang syak demam biasa saja. Masuk hari kelima demam furqan kebah. Saya mula senang hati. Malam pun dia mula main. Furqan sebenarnya sudah mulakan satu dua langkah nak berjalan. Wuuu.. Excited ummi tu. Tak sabar nak tengok dak tecik ne jenjalan.. Mihmih..
Ummi dia yang terover imagine, pasni boleh lepas furqan jalan2 di taman.. Temankan ummi jogging bersama kakayah.. Bolehla ummi turunkan kadar kolestrol dalam darah yang tinggi.. Ngeheh.. Eh?!
Keesokannya.. Bangun subuh, badan furqan panas balik.. Tapi tak tinggi.. Saya lap dengan tuala basah.. Mandikan dia dengan air suam.. Panas dah kurang..
On the way ke taska..
Saya dapat rasa furqan menggigil..
Saya rasa tapak tangan dan kakinya sejuk.. Badan sudah mula panas..
Saya panik jap.. Jalan jammed. Nak ke mana dulu. Allah. Mulut terkumat kamit baca macam macam. Masa tu minta Allah pelihara furqan. Jangan dia jadi apa-apa. Tapi saya tak sedap hati..
Balik-balik saya panggil nama furqan..
MasyaAllah.. Furqan nampak lemah.. Sangat lemah. Sungguh! Ia lain dari kebiasaan...
Hati saya tak sedap.
Furqan bukan demam biasa.. Saya capai henpon dan kol abi..
Kami sepakat bawa furqan ke klinik dr june.. Sampai di sana dr june cek suhu badan furqan, 40 darjah celcius! Subhanallah.. Dr june keluarkan alat untuk periksa spo2, lantas dia keluarkan sekeping kertas untuk sediakan surat.
Mama, bacaan oksigen tak cantik. Kena admit ke hwkk.
MasyaAllah. Saya bukan kisah untuk admit. Saya hanya doa jangan ada apa apa pada furqan...
TBC..

Tuesday, February 3, 2015

CYCLE OF LIFE

Assalammualaikum
 
At the end of the day, i always ask my self, what have i did today.. Did i hit my target or not.. Huhu..
Kengkadang tu kan confuse jap. What is my target. Dalam satu hari buat banyak benda sampai habis 12 jam.. 24 jam, untuk apa, dan untuk siapa.. Nak dapat apa. Fuhh. Part ne kan memang never end la.
 
Basically, kita hidup untuk menghambakan diri pada pencipta. Ibadah pada Allah. Semalam tengah menikmati kopi panas dengan abi tetiba saja keluar ayat ayat cinta dari mulut ku ini (hehe).. "bang, kenapa Allah cipta manusia ya.." hehe dah dah. Ko jangan kerut dahi dan mentertawakan beta ya. Memang nampak soalan bebudak kan. Tapi abi cakap. "emm.. Soalan bagus tu yang" sambil tunjuk ibu jari simbol 'good' gitu.
 
Lepastu kan kitorang cer cer la pnjang panjang. Masuk part cara kita beribadah. Sampailah masuk part how time fly... Dulu dan kini. Banyak tu kalau nak hurai.
Dulu kan kita budak ja. Tak tau apa apa. Sebelum  ne pun, bujang belum kawen. Belum beranak. Zaman rehat tidur panjang dan buat hal sendiri. Pheww!!
Zaman 'ada ku kisah?' haa gituu... Orang sibuk gosip dekat facebook pasal life retis tu retis ne.. Orang tu orang ne.. Kita blogging ja.. Obses dengan life sendiri saja... Mihmih (jakunss letteww..)
Tapi tula... Life kan. Sebelum ne suda balik2 kita remind diri... Hidup sebagai hamba Allah untuk menempuh ujian Allah, untuk ke syurga Allah... Life zaman dulu dan zaman sekarang besar sungguh jurang dan bezanya.
 
Saya masih ingat, sewaktu zaman sekolah rendah dulu, belanja sekolah tu tak sampai pun RM1. Mama bagi RM0.80 sehari, RM0.40 untuk sekolah melayu (sk), dan RM0.40 untuk sekolah agama (sui). Macam mustahil untuk cukup bila kita bicara tentangnya pada zaman sekarang ini kan? Cukup adik adik. Sangat cukup. Dulu harga nasi lemak dan mee goreng dalam plastik yang adik-adik nampak sekarang tu cuma rm0.20 saja. Air pun rm0.20. Sapa kata tak ble kenyang? Dulu sekolah akak pun ada soto jugak. Semangkuk rm0.50. Shot sikitla untuk belanja sekolah agama. Tapi akak kau ne dulu rajin bawa bekal. Jarang tak bawa. Sebab masakan mama tu kan jauh lebih enak dari masakan kantin. So perut kenyang tanpa belanjakan rm0.80 yang mama bagi. Kalau 5 hari seminggu bawa bekal, belanja yang mama akak bagi dah terkumpul jadi rm4. Sebulan tersimpanlah rm16. Bagi akak sudah terlalu banyak jumlah itu ya adik adik. Mana logik budak budak sekolah bole collect rm16 sebulan tanpa bekerja. Hehehe.
Bila sekolah menengah pula akak stay asrama ye adik2, belanja sebulan rm20. Tapi tak ada apa nak dibeli. Tunggu pulang tengahari makan kat dewan makan aje la ye.. Maka save la juga kewangan hakak ye.
 
Sekarang? Semua benda kena ada duit baaaanyak. Terkejut juga bila crita2 dengan kawan sepejabat yang dia pening sebab belanja anaknya sehari rm5 plus plus plus.. Woww??!!! Terus laju saja sel sel neuron akak kau ne memikirkan bagaimanakah keadaan ekonomi zaman anak anak ku bila sekolah nanti? Pheww!
 
Pastu kan budak dulu dan budak sekarang.
Ehem, apakah aktiviti kegemaran anak-anak anda zaman ini? Dulu kan akak kan, suka main masak masak, kawen kawen dengan kekazen. Kami main masak masak pakai periuk belanga real tau. Sebab tu dulu maktua selalu piat telinga. Habis periuk belanga dia ke sana ke mari ntah ke mana tak jumpa bila nak rebus ubi dan didih air panas. Kehkeh. Pastu, kita main tanah dan daun jadi bahan masakan. Hah Insyirah, kau hado nak?! hehe. Banyak lagi mainan best. Batu seremban. Tinting. Main "bubut bubut". Hantu tiang. Baling selipar (ntah namanya lupa). Main getah, doblek. Haha. Sumpah aku tak tau eja nama game2 tu. Aku tau istilahnya saja. Kebanyakan game budak dulu dulu outdoor punya. Hehe. Bestttt!! Terus rindu kekazen.
Sekarang. Macam macam jenis mainan budak dah diwujudkan. Kita tengok kan ada jual dapur mainan khas untuk kanak kanak perempuan. Macam real la konon. Pastu harga pun punyalah real nakkk. Niat nak belikan Insyirah la kan. Pilih punya pilih kita ambil la yang paling kecil dan murah. Mihmih.. Woi.. paling murah pun RM 100+ ok.. Apa kah gile nya zaman generasi X (ke Y?) ini.. Hadoih. Bagus main periuk belanga yang real di dapur.
Masa gi kenduri haritu, ramai sangat budak budak. Tapi kan, bebudak sekarang, sorang main di sudut sana sorang di sudut sini. Lepastu masing-masing pegang henpon atau tab di tangan. COC wooo..
 
 
Beralih kepada hal lain pula.
Masa cuti sekolah yang panjang ritu mesti banyak kenduri kendara. Especially, sedara mara yang kawen kan. Masih ingat zaman dolu dolusss.. Kita paling suka kumpul kumpul dengan kekazen. Gosip gosip dakwah. Ececeh. Cover la tu. Buat kerja potong potong, hiris hiris, blender blender sambil ketawa ketawa dengan kekazen. Kita taim tu zaman nak dara, terima arahan dari mak mak. "Lepas kau potong tu, kupas ne pulak ya. Dah tu kau blender lada ne ok. Jangan mulut asyik potpet ja, tangan jalan.. paham?!!" Laung sang ibu. "Baikkkkk makcik" Laung si anak kembali. Mihmih. Best! baq ang! Semua keja kita buat gotong royong. Maka ikatan tali silaturrahim pun semakin erat dan ketat. Paaaaling kita excited bila kumpul semua sedara mara.
 
Sekarang? Beza dah. Memasing ada kesibukan sendiri. Kebanyakan majlis guna catering service. Kebanyakan kekazen da kawen, tinggal jauh. Waktu kenduri saja kumpul kumpul. Sebelum dan selepas kenduri dengan hal memasing. Thats a life, kan... Biasalah.. Janji ikatan silaturrahim antara kita ngan sedara mara kazen mazen masih utuh. Tak lupa antara satu sama lain. Ye dak?!
 
Kadang kadang saya rasa bestnya zaman kanak kanak saya dulu. Rindu. Paling rindu bila selalu kumpul dengan kekazen. Sekarang, saya adalah ibu kepada 2 orang anak, setakat ini ya. Hehe. Terfikir.. kebiasaan apakah yang perlu saya tanam dalam jiwa anak-anak supaya ingatan terhadap orang yang mereka sayang atau yang punya ikatan dengan diorang tu tak luntur. (bahasa.. nak nangesss.. T_T).
 
Banyak lagi beza cara dan suasana kehidupan dulu dan sekarang. Sekarang barang semua mahal. Hehe. Sekarang media mainkan peranan yang besar dalam hidup bermasyarakat. Betul. Life sekarang ne banyak dipengaruhi oleh kebanyakan input yang kita dapat dari media. Kan.. Tak kira lah dalam apa hal sekalipun. Tak caya? tengok sekarang, semua orang dah terror beli online. Hujung jari pun boleh.. mihmih! Tu contoh paling simple. Padahal ia bersangkut paut pada diri sendiri. Life sendiri yang hampir mengalami penyakit gila shopping online yang kronik. Nauzubillah. Tidak lah ya. Still under control. Haha.
 
Masa. Bila dah berlalu takkan dapat diundur semula. Sebab tu bila kita bertangguh dan mensia siakannya kita dikatakan "pencuri masa". Sekarang masa untuk generasi saya. Wah. Cepatnya masa tu berlalu. Sekarang dah ada generasi dah. Krikk..krikk. Ketinggalan sekejap saja, tau tau zaman dah berubah, keadaan dah lain. Nak balik ke masa lalu memang mustahil. So, life must go on. Create idea baru. Azam baru. Semangat baru. Janji LillahiTa'ala.
 
InsyaAllah.
 
Ok tu ja. Sebab lama tidak update, maka di update la blog hari ini ya..
Salam Muhibbah..
 
(Tuan Tanah Kedaung)
Ssh!

Tuesday, November 25, 2014

Parents, dont judge!

Situasi 1
Seorang anak kecil menangis tak tahu punca dalam satu majlis keramaian. Tantrum mungkin. Ibu mula buntu. Kerana mahu memujuk anak yang tantrum di hadapan orang ramai bukanlah mudah. Dibawa ke tempat sunyi yang tidak ramai orang si anak perintah minta bawa ke tempat ramai orang pula. Bila dihadapan ramai orang tantrumnya makin menjadi.
 
Situasi 2
Sepasang suami isteri muda yang memerhati dari tadi mula bersangka sangka. Tanpa mengkaji, cerita yang mengikut sangkaan sendiri disebar ke serata.. "ish mak budak tu pukul anak dia. Kesian budak tu kecik lagi". Maka ramailah yang menyangka si ibu yang menyakiti si anak.
 
Situasi 3
Pasangan tersebut pula cuba menegur si ibu dengan keras agar jangan menyakiti anak itu. Mereka juga cuba mengajar ibu tersebut bahawa memukul anak adalah perbuatan salah dan tidak patut kerana mereka hanya lah anak kecil yang tidak mengerti apa apa. Si ibu cuma diam kerana malas hendak jelaskan panjang lebar.
 
Situasi 4
Pasangan suami isteri tadi datang ke majlis tersebut dengan 4 orang anak. Ketika si isteri ke tandas, Keempat2 anak itu berlari sana sini dan sukar dikawal. Akhirnya kerana terlalu buntu dan semakin berang si bapa tadi memukul salah seorang anaknya elalu menangis teresak esak.
 
Situasi 5
Sementara apa yang berlaku ditandas, si isteri bertemu dengan kawan lama lalu membuka cerita buruk tentang ibu pukul anak tadi tanpa mengetahui apa yang berlaku pada suami dan anaknya diluar.
 
Moral : Adalah lebih mulia jika kita cuba teliti kekurangan sendiri dalam mendidik anak anak dan disiplin diri. Perbetulkan kesilapan, bersyukur dengan nikmat Allah dalam urusan keluarga yang mudah dan berhentilah bercakap tentang kekurangan ibu bapa lain.

Wednesday, September 17, 2014

MANUSIA

Assalammualaikum
 
 
 
MANUSIA
Allah swt yang cipta. Dari air mani yang hina.
Semuanya. Ya.. semuanya.
Andai kau sedar kau manusia, maka samalah kita. Kau dan aku serupa. Asalnya dari tanah yang kita pijak itu. Biar pangkatmu tinggi. Darjatmu di atas, tarafmu mewah. Ahhh.. Apapun kedudukanmu, kau juga manusia serupa aku yang Allah cipta. Kita sama saja disisi Allah swt. Terimalah hakikatnya.
 
Tapi mengapa...
Manusia yang satu itu menghina,
Yang itu pula mentertawa,
Dan yang itu lagi mengutuk, khianat, munafik, ayam berbulu musang, dan memperkotak katikkan jiwa manusia lain...
 
Apa mereka lupa kedudukan sesama manusia itu disisi pencipta...
 
Aku,
Aku kini sedang menjalani kehidupan, diuji Allah bertemu dan berhadapan dengan pelbagai sifat dan jiwa insan, sikap dan ciri inci manusia yang membingungkan...
 
Kamu jua merasainya bukan..?
 
******************************************************************************
 
Ok.. ok taulah dah jarang taip belog. Tiba-tiba buka blog buat ayat serius. Bermadah madah githuww!
Direct to the point. Biasalah kan. Makin dewasa makin banyak nikmat dan ujian yang Allah sedia kaw kaw kita kena hadapi tiap saat. Ada yang best. Ada yang menguji sabar dan iman juga. Ada waktu pula, dek kesibukan rutin harian tu, kita boleh saja buat dono dengan masalah.. kan...kan.. Yang penting redha, lapang dada. Nak lari konfom tak bleh.
 
Bergerak ke mana mana, paling dijaga adalah akhlak. InsyaAllah. Kita nak bina hubungan baik dengan orang so kena tengok dalam diri dulu. Semua orang ada kekurangan. Tapi tak semua orang boleh simpan aib dari kekurangan kita. Kan.. Part tu yang susah. Orang kata bila kita tetiba bermasalah dengan orang, mesti ada yang tak kena dengan diri kita atau mungkin orang tu. Memang, sekuat hati cuba muhasabah. Minta Allah tunjukkan cara, macam mana nak hadapi orang tu esok hari. Sebab, ada juga sifat orang, bila dah mind set dia tak suka kita, dia akan mudah nampak salah kita. Tak ada salah sanggup cari sampai lubang cacing. Nak adakan cerita lah katakan.. mihmih. Yang ne masalah sikap lah kut. Allah, minta dijauhkan...
 
Mari muhasabah...
Suka tak bila kita dibenci orang? Tak suka kan... So, tengok dalam lubuk hati kita yang paling dalam, ada tak kita dendam sesiapa? Ada tak penyakit jeles dengan sesiapa? Ne masalah ne... Minta Allah jauhkan kita dari perasaan ne.
 
Kawan... Cuba renung kehidupan yang Allah pinjamkan dalam-dalam...
Kita hidup ne sekejap saja. Asas kejadian kita sama. Garisan permulaan kita dari tempat yang sama. Destinasi terakhir kita sama, pakaian terakhir kita nanti juga sama.. semuanya sama. Kita semua sama disisi Allah swt. SAMA!!
 
Jangan risau dengan apa yang orang itu capai di dunia. Dia lebih? Kau juga mampu buat lebih. Allah itu adil. Percayalah. Bila mereka ada yang kau tak ada, cari dan gali semampumu, kelebihan mu yang lain. Percayalah. Ada!!! Allah tidak bagi semua manusia kaya harta. Mungkin yang lainnya kaya budi bahasa. Allah tak bagi kau serius kerja mungkin kau berpotensi berjenaka. Manusia lain terhibur dek kelebihan mu. Kau disenangi. Allah tak bagi kau kelebihan berkomunikasi dengan spontan, namun Allah berimu kelebihan pantas memikir idea yang hebat. Mungkin kau tak petah bicara, namun langkahmu sentiasa terpelihara.
 
Cantik? Astaghfirullah. MANUSIA itu milik Allah. Makhluk yang Allah cipta. Bukankah kita wajib mensyukurinya. Ingat. Allah bagi pinjam saja. Belek seluruh tubuhmu? ada cacat cela? Tiada kan.. Mungkin pun ada, namun Allah tutup aibmu. Bersyukurlah. Kau cantik. Mereka cantik. Susukmu sempurna. Susuk mereka juga sempurna. Merasai kehodohan pada diri, sama seperti kau menghina kejadian Allah swt. Bersyukurlah.
 
Kita milik Allah.
 
******************************************************************************
 
Kadang-kadang, manusia mudah meluah rasa. Mudah menasihat segala. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkannya. Bahasa mudah, "cakap senang, buat susah". Hehe. Tapi selagi kita mampu beringat dan muhasabahlah.
 
Ada waktu, kita teruji bila berhadapan dengan sikap manusia yang petah bicara, mudah membuka cerita sehingga tidak sedar menjentik kisah hidup orang lain. Nauzubillah. Hina nya kita bila mudah membicara aib sesama manusia.
 
Takutlah... Takutlah kita pada Allah.
 
Alangkah baiknya, bila kita sedar, terlalu banyak bekal akhirat yang perlu dikejar, maka kita akan jadi kedekut. Kedekut untuk luangkan masa pada perkara yang sia-sia. Semuanya untuk yang baik-baik saja. Kumpul point nak barisan paling depan menuju ke pintu syurga.. kan..kan..

Baiklah, aku cuma meluah, agar kita dapat beringat bersama, memang, mungkin aku cuma mampu bicara, buatnya sangatlah tak mudah. Kerana aku juga manusia. Mudah juga jatuh dan terluka.

Bila aku leka dan terlupa, Ingatkan aku tentang Allah yang esa...

Salam alaik dari ibu anak dua... ^^, v

Friday, August 22, 2014

HIDUP / M.A.S.A / MATI

 
HIDUP & MASA
Takkan pernah cukup!
Manusia.. Tak mudah merasa puas. Buktinya, lihat saja ke dalam diri kita, perjalanan hidup kita.. bagaimana... ?!
 
Assalammualaikum...
Lama tidak bertandang ke Tanah kedaung ini.. Rindu..!!
 
Hari ini.. 22 Ogos 2014, Tarikh sejarah baru negara. Malaysia berkabung. Sedih mengenangkan peristiwa. Hiba memikirkan keluarga mangsa. Ambil 5 saat cukup pindahkan bayangan diri kita dalam situasi keluarga mangsa atau mangsa MH 17 itu sendiri. Kau gerun bukan? Kau tak mahu bukan? Kau tak sanggup bukan?
 
Pedih. Aku sendiri terluka bila baca kisah 6 sekeluarga yang pergi tanpa tinggalkan seorang pun waris untuk dikenang.
 
Sungguh takdir Allah terlalu RAHSIA.
 
Ya. Allah sudah janjikan begitu. Maka tidak pula mampu kita tau bila saat terakhir kita bersama keluarga dan kawan-kawan. Jujur aku takut. Kamu pun takut bukan... Malangnya, takut cuma dimulut. Namun, bagaimana caranya kita tunjukkan ketakutan itu.
 
Allah bagi hidup. Dalam hidup macam macam nikmat dikecapi yang berselang dengan ujian. Hakikatnya kita sedang menelusuri perjalanan masa. MASA pula Memang takkan pernah cukup. Masa itu memang singkat. Lihat saja perjalanan hidup kita. Sedar tak sedar sudah 28 Tahun Allah pinjamkan aku nyawa. Kamu bagaimana? Banyak perkara yang berselang dengan ujian Allah izinkan aku laluinya. Tup tup sekarang, dah dua anak ko safraa! Alhamdulillah.
 
Bila sedar masa itu singkat, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun... Maka, bagaimana untuk kita membahagikannya..? dengan apa kita harus lengkapkannya..? Untuk apa dan siapa isi masa itu? semua orang tau. Tapi tidak semua orang mampu ingat. Entah bila, dimana, dan bagaimana lah keadaannya izrail bakal mencabut nyawaku. Allahu.
 
Banyak perkara yang sudah Allah tunjukkan. DIA suruh kita mengingati MATI. Sudah Dia khabarkan sakitnya MATI itu dahsyat. Subhanallah. Gunakan MASA yang Dia bagi sebaiknya selagi HIDUP. Antara HIDUP dan MATI, kita diberi MASA, yang bila-bila saja akan berakhir. Kita tidak tau.
 
Sungguh, aku ingin tau, apa itu DUNIA pada persepsi orang yang mengejar akhirat. Ya, yang sepatutnya kita semua. Yang Allah perintahkan begitu. Namun hakikatnya.... "hambar". "Mereka" tau, mereka sedar, jauh sekali mahu lalai. Maka, istilah "rehat" tiada dalam kamus jiwa pendakwah yang kejar waktu untuk ibadah, ibadah dan ibadah, akhirah dan tentunya syurga Allah swt!
 
Berapa kerat saja manusia yang manfaatkan HIDUP dan MASA untuk hadapi MATI,
Kerana mereka mahu bahagia...
 
Kalau kau kejar SYURGA
Campakkan dulu hal DUNIA...
Bukan..Maksud ku,
Hadapi ia kena caraNYA...
 
HAMBA,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan
 

Wednesday, July 16, 2014

Ramadhan Kareem yang penuh Sayu (",)

Assalammualaikum


19 RAMADHAN 1435/ 2014

Cepatnya masa berlalu...
Rasa macam, baru kemarin hari pertama terawih dan bangun sahur. Ingat punya ingat entah berapa banyak saja menu masakan saya untuk orang rumah sebagai juadah berbuka dan sahur. Allah.. Cepatnya.. cepatnya.. Ramadhan dah nak berakhir?

Alhamdulillah, sehingga ramadhan yang ke 19 saya masih diizinkan Allah swt untuk berpuasa. Syukur sihat. Syukur kuat. Allah bagi pinjam. Senyum! Hehe...

Sayang kan, nak habis puasa? Memang, tak sabar nak raya. Tapi bagi saya meriah raya tu sekejap saja. Tak lawan Ramadhan. Entah! Rasa macam takut pula bila bakal ditinggalkan oleh bulan ramadhan. Jujur ne! Cuba cek hati korang? Rasa yang sama kan?

********************************************************************************

Kredit Pic from Google

Selama Ramadhan ne, jom sama-sama cek balik apa yang kita dah buat. Apa yang belum, dan apa yang ketinggalan? Ada lebih kurang 10/11 hari lagi nak manfaatkan bulan mulia, setaun sekali ne.

Tengok checklist, tengok yang wajib dulu...
~ Solat ok tak? ada tinggal? Berapa banyak waktu terlewat?
~ Puasa pula macam mana?
~ Akhlak? jaga tak? Ada marah-marah dan cakap tak tentu dengan orang tak?

Perkara sunat pula,
~ Ada tahajud ke tidak? Konsisten ke tak
~ Al-Quran pula macam mana? Ingat, bulan ramadhan ne bulan Al-Quran. Rugi tau bila tak manfaatkannya untuk khatam. Saya sekali saja khatam yang diraikan. Tapi itu bukan bermakna bacaan Quran tu berakhir disitu. Tak mampu khatam tiap bulan. Jom Manfaatkan Ramadhan. Sehari satu juzuk. Tiap-tiap tahun InsyaAllah boleh khatam kan...
~ Bangun sahur pula macam mana? Sahur lagi lewat lagi bagus. Janganlah tinggal sahur ya. Sayang pahala dan ganjaran tu.

Macam saya pula yang tengah breastfeed 2 anak. Saya sahur awal. Supaya saki baki masa yang tinggal tu nak cukupkan air. Kiranya, makan macam-macam jugalah waktu sahur. Hihi. Plus minum air bergelas-gelas. Hehe. Entah. Badan bukan macam waktu muda-muda dulu kan. Orang menyusukan anak ne kan mudah lapar dan perlukan kalori lebih. Tu yang selagi tak azan selagi tu saya makan dan minum hihi.

Bercakap tentang akhlak. Memang. Kengkadang rasa macam, ok je. Tak ada cakap atau buat tak bagus kan. Tapi, zaman sekarang yang penuh ujian seiring dengan perkembangan dan pencapaian kita dalam teknologi ne. Zaman handal IT gitu. Cuba tengok balik. Dalam sehari berapa kali kita scroll wall facebook. Tweet macam-macam di  Twiter, Tengok pic macam-macam kat instagram. Kannn..? Ok. Mungkin tak cakap apa-apa. Tapi terbuang masa tengok, baca, dan respon perkara yang sia-sia. Tengok aib orang. Share benda yang tak masuk akal. Orang ne cakap orang tu macam-macam then kita like. Tak cukup tu, join komen. Amboiii.. Kan dah dapat dosa free.
Ok. Muhasabah bersama...

Subhanallah. Rasa tak mau Ramadhan pergi.
Tiap kali puasa ramadhan, saya ada satu feel tau. Ececeh. Ntah. Korang pun rasa yang sama juga kut. Semua benda nak buat sempurna. Lebih-lebih lagi bila menjelang tengah malam. Saya tulis entry ne sebab nak cakap pasal "feel" ne la tapi tak tau camana nak hurai. Hihi. Rezeki saya tinggal rumah betul-betul sebelah masjid. Tiap malam dan subuh dengar bacaan Al-Quran. Saya tak mampu bertarawih di masjid. Sebab kena jaga anak dirumah. Jadi terawih 8 rakaat di rumah saja. Tak ada rezki lagi berimamkan imam dari Gaza haritu.

Tiap kali bulan Ramadhan, ingatan saya pada arwah 'mama tua' dan 'bapa tua' sangat kuat berbanding hari dan bulan biasa... Mereka adalah ibu bapa kepada mama. Entah kadang-kadang, lepas solat saya menangis sebab rindu diorang. Ramadhan ne memang bagi feel 'sayu' kut. Asyik sayu saja hati ..ingat arwah tu ingat arwah ne. Dan... tahun lalu adalah ramadhan dan raya terakhir saya bersama nenek tua. Nenek sebelah bapa pula. Saya dah tak ada nenek kandung lagi.. T___T

Cerita saudara...
Sayu kan baca kisah di Gaza. Jangan sekadar baca saja. Buatlah sesuatu. BUAT!! Doa, derma, Qunut Nazilah. Mereka saudara kita. Saudara dekat. Mereka sebenarnya berjuang mewakili orang islam yang alpa. Siapa yang tengah alpa ne? KITA!!! Allahuakbar. Saya tak tahan baca dan tengok gambar anak-anak syurga dibunuh kejam. Ibu hilang anak. Anak hilang keluarga. Menangislah.. Menangislah untuk diri kita yang tidak mampu jadi sehebat mereka. Berpeluang mati di jalan Allah. Cuba bayangkan keadaan mereka di bulan Ramadhan. Dikhabarkan sekarang ne diorang tak ada bekalan air kan. Ya Rabbi.. Saya jalan beberapa kilometer dari Wisma Merdeka ke Sinsuran saja nak pitam! Terbayang sirap bandung! Padahal bukan main gelojoh masa sahur. Saudara kita entah bersahur entah tidak. Moga Allah merahmati mereka dan teguhkan hati mereka berjuang di jalan Allah.

kredit pic from google

Jom kita boikot semampu mana segala barangan keluaran Israel dan US. Biarlah usaha itu nampak kecil. Buat dan bantu semampu yang boleh. Tolonglah! Kasihanilah mereka di Gaza yang diancam peluru dan bom yang tak bermata.
Ini juga antara perkara yang datangkan 'feel' sayu tu... (",)

Kuasa Allah...
Banyak perkara yang berlaku siang dan malam, yang banyak buat kita berfikir tentang takdir Allah. Kebanyakannya berlaku Ramadhan ini. Entah. Allah dah susun siap-siap mungkin. Tentang diri, tentang kerjaya, masa depan, tentang keluarga, tentang anak-anak. Syukur Allah masih beri kesempatan merasa ramadhan tahun ini.. Tahun akan datang pula Allahualam. Entah berpeluang taip entry untuk ramadhan depan atau tidak...

Sori tak clear...
Yang pasti Ramadhan ne, bulan mulia yang penuh sayu.. Sayu yang penuh hikmah...
Salam Ramadhan Kareem..

Yang takut ditinggalkan Ramadhan,
Ummu Al Insyirah & Al Furqan

Monday, July 7, 2014

SET PENYUSUSAN SHAKLEE - how it work?

Assalammualaikum

Salam 10 Ramadhan.
Alhamdulillah Allah bagi kesempatan merasa ramadhan 1435/2014 sehingga hari yang ke SEPULUH!

Dengan nikmat yang Allah pinjamkan jugalah saya berpeluang berpuasa bersama set shaklee. Macam yang saya kongsi sebelum ne, tak mudah bagi ibu yang menyusukan 2 orang anak untuk berpuasa. Apatah lagi ibu yang mengandung sambil menyusukan. Keadaaan mereka tak sama dengan orang lain. Mereka perlukan segalanya lebih. Kalori lebih. Kalsium lebih. Makan pun nak lebih. hihihi.. Betul! Sebab tu ibu menyusukan mudah lapar. Imagine that breastfeeding burns 200 to 500 calories per day!!! Mak aihhh.. Pasai tu aku tak gemok gemok! Haha.. 

Hari pertama puasa saya ok lagi. Tapi masa hari kedua puasa, memang almost nak collapse da. Semua datang bertandang. Gastrik. Sakit kepala. Muntah. Tiba-tiba air susu kering. Si kakak boleh lagi menyusu botol. Yang adik merengek dan meraung minta direct bf. Time tu memang nak pitam sehingga memaksa saya minta sick leave dari doktor. Malam hari saya betul-betul demam. Huhu. Cuti lagi...

Then, saya cek balik jadual makan minum. Pengambilan supplement dan rehat yang diperlukan. Memang, hari kedua puasa saya terbangun lewat. Dalam kelewatan tu la saya sediakan apa yang patut untuk bersahur Sehingga akhirnya saya makan sikit. minum sikit. Supplement tak sempat. Terus bersiap untuk hari siang. Nah di sanalah.... 

Sekarang dah tak macam dulu. Masa bujang, badan sihat lagi. Kuat. Tak sempat sahur pun relax saja puasa. Tahan sampai ke petang. Tapi dalam keadaan sekarang tak boleh silap sikit. Jadual pemakanan dan pengambilan supplement kena cek balik. Penting! Bukan untuk diri sendiri tapi juga untuk anak-anak yang menyusu.

*********************************************************************************
Mujur jumpa SET PENYUSUAN SHAKLEE... Antara supplement terbaik pernah saya cuba. Seriously saya bukan jenis yang suka suplement segala. Dulu saya rasa menyusahkan saja. Tapi kena ingat badan kita takkan menten umur 18 tahun selama-lamanya. Lebih-lebih lagi bila dah mengandung beranak menyususkan segala. 

Antara set penyusuan SHAKLEE..


Sumber gambar dari GOOGLE
Untuk maklumat lanjut berkaitan setiap SET rujuk SINI

Sebagai pencerahan, Supplement ne membantu kita dalam penyusuan. Kalau anda mengalami masalah susu sikit, susu tak keluar langsung, susu merudum, dan sebagainya... cara mengatasinya perlu diselangi dengan KERAJINAN MENYUSU & MENGEPAM! selain consume supplement ya. Pengambilan vitamin semata-mata tidak akan membantu anda 100%. Perlu ingat KONSEP DEMAND & SUPPLY ya ibu-ibu. 

Testimoni saya sendiri, since amalkan set penyusuan SHAKLEE, memang banyak masa nak mengepam tak kira siang malam, tengahari, puasa, pendek kata ia bermula bila badan kita bertenaga, minda tanpa stress dan khasiat yang cukup dalam badan. Sebab tu shaklee sediakan SET PENYUSUAN. Dimana, ia melibatkan beberapa jenis vitamin yang boleh elak stress seperti b-complex, untuk kalsium seperti ostematrix, dan perangsang pada kelenjar susu untuk menghasilkan susu lebih cepat seperti alfalfa.

Oh ya, since Furqan disahkan menghidapi G6PD Difficiency, saya dah elak pengambilan alfalfa & vitalea. Sebab budak g6pd tak boleh ambil vitamin K, sedangkan alfalfa mengandungi vit k. Vitalea pula mengandungi alfalfa. So, tak apalah set lain tetap bermanfaat buat saya. InsyaAllah. 

U should try it! Lebih-lebih lagi di bulan puasa ne kan..

Alhamdulillah, tengah tengah puasa, Allah tak putus bagi rezeki Furqan & Insyirah. Sebelum Zuhur kena positifkan minda. Fikir yang baik-baik. Ingat anak-anak. Yakin ada susu untuk diorang. Dengan bantuan supplement masa sahur, InsyaAllah korang boleh dapat lebih banyak dari ne. Kan..

#breastfeedingTIPS
-Tak perlu risau susu sikit atau banyak, yang penting CUKUP untuk anak-anak....

Salam perkongsian,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan

Wednesday, July 2, 2014

KHABAR GEMBIRA BUATMU HAWA (LELAKI PUN BOLE!)

Assalammualaikum


SALAM 4 RAMADHAN SEMUA!


4 Hari sudah berlalu, setelah bulan mulia singgah sekali lagi ..

Maka..
Apa khabar hati?
Apa khabar Iman?
Apa khabar ibadah?
Apa khabar niat?

Moga semuanya berjalan dengan lancar dan dimudahkan Allah swt.    Ameen!

Saya sendiri telah melalui fasa yang agak genting untuk puasa tahun ne. Sebelum ne banyak baca rukhsah puasa untuk ibu mengandung dan menyusukan dan dengar pengalaman mama mama otaii. 2 tahun lalu saya juga pernah merasa sendiri puasa dalam keadaan menyusukan. Dan setahun lalu pula pengalaman mengandung + menyusukan semasa puasa. Now dah tau kenapa Allah bagi kelonggaran dalam berpuasa untuk wanita. Tak mudah untuk hadapi semua tu. Allah maha mengetahui. Berbahagialah duhai HAWA!

Sebelum ne memang lembik sungguh-sungguh bila dah masuk jam 1 , 2 pm. Punyalah jauh lagi masa nak berbuka tu. Masa BF Insyirah haritu ok lagi. Dia sorang saja yang menyusu. Pam macam biasa. Ikut jadual hari biasa. Untuk kali ne, memang mencabar juga bila 2 orang menyusu. Pam pun sendu. Kering. Hik hik. Tak apa. Belum sampai seminggu pun. Kena cek balik jadual SHAKLEE.

Untuk Ibu-ibu yang menyusu even yang tak menyusukan pun kalau malas nak masak sahur atau memang niat nak makan ringan-ringan saja boleh lah masukkan pengambilan supplement SHAKLEE dalam menu harian anda.

SET 3 GEMS




















Tau tak seminggu sebelum puasa hari tu ramai sangat orang pulun beli SET 3 GEMS ne. Semua nak buat persediaan ramadhan. Nak manfaatkan bulan yang mulia, kena pastikan kesihatan baik dulu. InsyaAllah. Ia sebahagian daripada usaha untuk kejar pahala Allah swt kan. Badan sihat. Otak Cergas. Ibadah pun jadi mudah dan lancar. Mudah nak bangun tahajud, sahur. Stay lewat sikit nak habiskan 1 juzuk Al-Quran sehari. Target nak khatam tiap ramadhan kan. Alhamdulillah.

SET 3 GEMS ne semua orang boleh consume. Termasuk ibu mengandung dan menyusukan. Jom tengok macam mana nak consume 3 HARTA KARUN ne hehe..


Terdapat 3 jenis produk dalam set ini - Mealshake, Energizing Soy Protein (ESP) dan Performance Drink. Mealshake dan ESP mempunyai perasa vanila, gabungan 2 produk ini akan menghasilkan rasa minuman yang sangat lazat dan berkhasiat. Ia mengandungi 9 amino acids yang lengkap untuk keperluan tubuh dan mampu memberikan tenaga serta mengawal rasa lapar ketika berpuasa.

Performance Drink membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita dan mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk mencegah dehidrasi. Ia juga Merupakan minuman kegemaran atlet (ala-ala 100 plus tapi lagi sedap). Mempunyai perasa oren, sesuai diminum begitu sahaja atau dicampur bersama Mealshake dan ESP. Performance Drink merupakan produk pilihan breastfeeding mothers yang berpuasa kerana banyak tenaga dan bendalir yang dikeluarkan ketika proses menyusu. (sumber : beyondmama.blogspot.com)


Cara pengambilan yang digalakkan ketika puasa pula adalah :-

2 sudu ESP
1 sudu PERFORMANCE DRINK
1 sudu MEALSHAKES

*Pengambilan adalah SEMASA/SEBELUM sahur.

:: Boleh ambil asing atau campurkan ketiga-tiga jenis minuman dan shake sekali dalam 1 botol shaker. Kepekatan ikut selera anda.

:: Untuk anak-anak pula boleh bagi selepas sahur

Pastikan pengambilan adalah bersama air suam. Elakkan dicampur bersama air panas ya.

Anda masih berpeluang untuk dapatkan SET 3 GEMS. There's 24 days ramadhan to go. Banyak hari lagi tu. Banyak masa lagi nak kejar pahala dari Allah. So, jangan segan dan malu untuk kontek saya. Pengeposan ke seluruh Malaysia juga ada.

Do Contact Me : -
Safraa Safwanah Harun , 991561
aarfashafaz@yahoo.com
014 869 8809

Tuesday, May 27, 2014

BACKSTABBERS everywhere

Assalammualaikum
 
 
Pernah tak jumpa individu macam tu?
Jangan tipu.. orang macam ne banyak disekeliling kita. Untunglah bila tak pernah kena. Yang dah tekena sakit kan?
Tapi tak rugi bila kita abaikan asal kena tempatnya.
 
****************************************************************
 
 
Abi selalu pesan,
Ummi, lidah kena jaga. Cakap kena hati-hati. Semua tu kena mula dari hati dulu. Sebab apa yang ada di hati, akan signal otak kita untuk keluar ke lidah. So, mulut main peranan. Saya pegang pesan abi.
 
Tapi saya tak kata saya baik. Jauh lagi nak mengaku perfect! Namun, segalanya diusahakan. Kita pun tak suka dan tak mau orang nampak kelemahan kita kan. Kita pun tak kuat nak hadapi cakap orang pada kita kan. Lebih lagi bila benda tu betul. Yang tak betul, boleh je abaikan.
 
Macam mana bila nanti orang cakap, "eleh dia tu, suka burukkan orang"... "Alaaa.. aku tak heran la si polan tu, semua orang dia nak cakap tak bagus, dia je budget lebih". Rasa hina kan? So, benda ne la yang kita kena usaha elakkan. Even, saya sendiri pun banyak nampak. Cerita dengan orang ne, mulalah nak burukkan orang lain. Walhal depan-depan punya bagus wa cakap lu! Mmg backstabbers. So dari situ kita boleh study percuma perangai orang kan... Amacam? benda mudah, senang! Allah bagi tunjuk.
 
Macam tu kita dah kena mula hati-hati dengan individu tu. Sebab bila orang yang dia layan bagus didepan, dan boleh pula di burukkan di belakang. Sah! Wajib tidak dipercaya orang begini. Esok lusa dia akan burukkan kamu juga dibelakang. Nampak tak??!! Jangan percaya bila dia cakap kamu cantik, kamu baik. Cukup dapat redha Allah dalam hidup, sudah!
 
Apa yang ingin saya sampaikan disini, bukan nak hasut korang supaya jangan berkawan dengan orang ne atau orang tu. Teruskan bekawan. Teruskan buat baik. Tak rugi. Yang rugi bila korang layan dia burukkan orang lain. Yang hina bila korang burukkan orang lain sama macam diorang. Yang salah bila korang mengadu hal peribadi dengan dorang ne. Itu silap.
 
So, apa nak buat bila korang dah tau korang sudah pun diburukkan oleh diorang ne di belakang.. Walhal, teman sebelah meja. Kawan kupi-kupi. Teman berebut bantal. Sedih kan?!
Sedih itu lebih kepada, mereka dah nampak keburukan kita. Sedih tu makin terasa bila, mereka tak boleh terimanya. Padahal depan-depan macam friends forever, aku percaya ko sorang, sahabat dunia akhirat.. LAH SANGATTT!!!
 
Ok..
First, SABAR. Sabar, dan terus sabar. Jangan bila dengar hal yang menyakitkan hati ne, korang terus tebalikkan meja koyakkan baju. Haha. Yang tu bagus pegi terjun tingkap terus. Hikhik. Percayalah Allah sangat kasihan pada orang yang sabar. Memang, sabar adalah perkara paling mulia yang sukar untuk dilakukan. Tapi, mari kita sama-sama cuba. Pasti akan ada hikmah terbesar yang Allah akan tunjukkan.
 
Second, MUHASABAH. Yup, ini kena lakukan setiap masa. Tiada perkara mudah dilakukan untuk bahagia. Tiada jalan lurus tanpa bengkang bengkok untuk berjaya.Cuba tanya diri. Kenapa 'mereka' boleh burukkan anda juga even u're close friend. Jangan asyik cakap dia salah, dia yang jahat. Dia yang tak jaga mulut. Allah sedang uji kita. Uji hati kita. Jadi muhasabahlah.
 
Tak payah asyik tengok orang. Tengok diri sendiri saja.
Aku jaga solat ke tak.
Aku jaga hubungan dengan pencipta ke tak.
Aku jaga hubungan dengan keluarga dan kawan ke tak.
Aku jaga lidah ke tak.
Aku jaga perangai ke tak.
Jaga ke tidak, sampai boleh jadi macam ne... Persoalkan hati dan sikap sendiri dulu. Orang dah burukkan kita, biarlah dia. Biar dia settlekan sendiri dengan Allah swt. Sakit memang sakit. Nak buat macam mana kan..
 
Third. DIAM. Maksudnya tak payah balas. Kalau nak balas juga tu cari nahas. Tak ada bezanya kita dengan mereka bila tergerak hati nak balas. Tak payah jumpa dia, walaupun ada rasa nak menumbuk. Hehehe. Bila mana kita tergerak hati nak burukkan orang. Itu sebenarnya masalah kita sendiri. Tak logik? Ya. Tiada faedah pun nak fikir hal orang. Hal kita sendiri bukankah lebih banyak nak fikir? Amalan harian pada pencipta nak dicukupkan pun payah. Nak tambah dosa lagi fikir pasal orang. Rugi!!!
 
Paling basic, macam ne je la. Buat tak tau. Walaupun payah. Sabar. Memang susah. Hidup untuk menuju syurga Allah. Dah janji kan. Buat tiap sesuatu tu Lillahita'ala. So? apa untungnya nak fikir hal yang bukan menuju Allah swt? Tiada kan. Then, stop thinking benda yang tiada-tiada. Sia-sia. Fikir lah untuk betulkan diri, hati, amalan harian. Fikir nak besarkan keluarga tambah ummat Muhammad SAW. Kan.. Hehe
 
Kurangkan masa dengan individu yang kita dah nampak suka cakap-cakap ne. Tak rugi makan depan meja ofis sorang-sorang. Jimat masa. Untunglah. Masa itu kan emas. Kerja pun cepat siap. Terhindar dari dosa lagi. Betul tak?!
 
Teruskan berkawan. Berbahagialah dengan menyenangi dan jadi yang disenangi semua orang. Nabi pesan supaya bersederhanalah dalam segala perkara.
 
So, berkawanlah. Bersederhanalah.
 
Salam perkongsian,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan