Sunday, March 31, 2013

Isnin - 1 April 2013

Assalammualaikum

Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja...
Cuma, seawal jam 8 tadi saya dah masuk pejabat. Hanya untuk punch in dan berniat nak jumpa bos untuk maklumkan yang saya kena keluar sekejap. Sebab nak bawa Insyirah ke klinik. Huh! Sebelum tu saya tunjukkan juga sijil cuti sakit saya minggu lalu.. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Walaupun hakikatnya bos saya rupanya bercuti tapi saya dah maklumkan kepada yang berkenaan. So, semuanya oke saja... Syukur.

Errrhh.. Tiba-tiba lak nak g klinik bawa Insyirah kan.. 
Haa.. Pagi tadi saya terperasan waktu nak menyusui Insyirah. Ada bintik-bintik putih tumbuh di sekitar mulut Insyirah. Patutlah kemarin dia berliur. Makan, minum dan menyusu oke saja. Tak ada juga dia nangis kesakitan. Saya risau kalau-kalau bintik putih tu serupa ulser. Duhh..!! sakit tu. 

Sampai di klinik, syukur tiada apa-apa yang serius dan bintik putih tu rupanya bukan ulser, cuma sejenis kulat yang dipanggil fungal.. Biasanya ia tidak sakit, cuma kalau dibiarkan akan menimbulkan rasa tak selesa kalau anak makan dan menyusu. So, doktor bagi ubat sapu.

Sekitar jam 10 lebih saya sampai ofis. Terus buat kerja. Haa... waktu rehat saya terus buka blog ne dan google pasal bintik putih di mulut baby... 

Korang nak jugak? oke.. oke.. Saya dah baca, tapi masa rehat tinggal sikit, tak dapat nak taip panjang.. hihi... Korang buka je la klinik blog DR. ZUBAIDI ne..

K.. ada kerja tertangguh..

Byeeee..!!! ^_^ v

great holiday!!

Assalammualaikum

Hari ini hari ahad...? Wah, cuti dah nak berakhir... Saya bercuti selama 4 hari bekerja, dan 3 hari cuti umum... Maka sudah 7 hari saya dirumah, berehat dan berulit bersama Insyirah.. Yeaayyy... Cuti yang panjang untuk seorang pekerja kerajaan yang penuh dengan peraturan dan saki baki tugasan yang ditinggalkan... Tapi masih saya anggap sangat pendek bagi seorang ibu dan isteri.. Huhu..

Sungguh saya rindukan cuti!!! Saya mahu bersama Insyirah 24 jam lagi setiap hari... Tapi, tanggungjawab lain kena saya ambil peduli..

Terima kasih Ya Allah, kerana beri saya kesempatan untuk bersama Insyirah selama seminggu sekurang-kurangnya siang dan malam... Hasil daripada cuti rehat yang diberikan doktor hospital kepada saya.. Cuti rehat untuk ibu mengandung yang mengalami masalah pendarahan kecil sehingga berakhir dengan keguguran... Minggu yang penuh dengan pengisian yang mencabar.. Yang memerlukan setinggi kudrat untuk mngahadapi dugaan dari segi fizikal dan mental.. InsyaAllah saya kuat..  ^_^ v

*******
Esok pula bagaimana..? huhu 
Kebetulan, masalah yang saya hadapi di saat saya memang memerlukan cuti rehat yang panjang daripada memikirkan keadaan di pejabat dengan timbunan kerja yang membingungkan.. Errgghh.. Minggu lalu sebenarnya minggu audit  (dalaman) untuk Persijilan MS ISO tahun ne.. Tak nak fikir lah, Doktor dah bagi cuti kan.. Tengah kita sakit dan bermasalah, ko ingat ada hati lagi aku nak fikir pasal pejabat? baik fikir rumah dan anak.. hehe.. Ups! kontrol.. Positif, sabar dan lapang dada.. Besok kena niat baik2, kerja untuk ibadah pada Allah.. In shaa Allah..

Sebelum ne, bos pun suruh rehat dan tak payah fikir kerja, cuma waktu saya maklumkan pasal MC tu, ada juga dia minta izin untuk kol kalau ada masalah berkaitan yang memerlukan pertolongan saya, sebab waktu tu audit kan.. Bimbang dia bingung nanti.. Tu la beza bos dengan pekerja.. Ada manusia jadi bos tapi tak sebijak pekerja.. Orang bodoh mintak orang bijak kerja ngan dia.. Tapi kenapa dorang jadi bos ekk? Hehe.. Eh janganlah fikir bukan-bukan pula, saya tak mengata bos saya k.. Bos saya baik dan sangat bertimbang rasa.. Syukur Allah mudahkan urusan kerja saya dipejabat.. ^_^ v

*******
Ok.. Esok punya cerita tunggu esok sajalah ya, janji niat baik dan hati kena sentiasa positif.. tenang dan lapang dada...

Saya cukup hargai cuti 7 hari siang dan malam bersama Insyirah. Bestnya jadi suri rumah sepenuh masa.. Itulah cita-cita saya sekarang. Nak jadi suri dalam hidup suami tercinta dan ibu terbaik buat anak-anak saya... Jalannya masih saya fikirkan.. Segalanya bergantung atas izin Allah swt.. Saya dah kerja 5 tahun lebih, dari bujang sampai dah kawen dan beranak, dari hanya kelulusan stpm, sehinggalah saya berkesempatan menggenggam segulung ijazah.. Bila suarakan niat pada orang tertentu, minta pandangan dan pendapat, setakat ini tiada yang bersetuju dengan keputusan saya untuk jadi surirumah...kecuali abi.. =)  Jangankan orang, saya sendiri bila fikirkan soal taraf hidup yang makin meningkat, memikirkan bimbang ilmu yang sekian lama dituntut semakin pudar hilang begitu saja.. Berat juga nak buat keputusan. Tapi kalau nak fikir jauh, soal masa depan anak-anak.. Emm.. Tak salah tau kalau saya tak fikir panjang terus berenti.. Ehehe.. Tapi tak boleh main langgar je.. Kena positif ok.. Sebab tulah, yang paling penting berserah pada Allah, minta petunjuk.. In shaa Allah. Janji Allah itu pasti... Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.. kan?!

Kalau diberi peluang, saya mahu cuti panjang lagi.. Cuti yang saya mohon sendiri.. Saya harap bukan kerana sakit pula.. Maksud saya, mungkin cuti panjang yang saya minta semata-mata untuk keluarga... Manatahu Allah tunjukkan saya jalan untuk terus berada disisi anak-anak setelah bersama untuk tempoh waktu yang lama.. kan..kan.. 

*******
Insyirah sekarang semakin membesar. Dia sepatutnya sudah perlu untuk mula mengenal "pelajaran". Saya dah mula membiasakan Insyirah dengan lagu-lagu Alif Ba Ta.. dan ABC.. Mula-mula saya akan pastikan dia mengenal huruf jawi dulu, agar mudah lidahnya menyebut setiap ayat-ayat dalam Al-Quran. Itu yang abi pesan. In shaa Allah. Menjadi ibu menggalakkan saya untuk belajar kursus baru dalam hidup. Saya kena belajar semula untuk dapatkan ijazah sarjana dalam bidang ibu dan rumahtangga.. hehe. Tapi seriously, memang best dan enjoy! Sekarang kalau nak jadi ibu, kena banyak membaca dan belajar.. Yela nak turun ilmu pada anak kan? hehe... Ibu bapa adalah permulaan anak-anak. Kita kena jadi baik dulu, baru anak ikut. Kita kena pandai belajar dulu, baru anak ikut. Nak anak ikut rajin membaca buku pelajaran dan Al-Quran, kita kena mulakan dulu.. confirm anak ikut. In shaa Allah. Saya ibu baru yang masih merangkak.. Jom sama-sama saya untuk dapatkan ijazah sarjana ibu mithali.. Hahaha..

Mudah-mudahan.. 
Insyirah, umi cuba untuk menjadi ibu yang baik untukmu sayang..
Sebagai insan biasa, umi juga kadang-kadang mudah mengeluh, bukan marah padamu atau menyalahkan takdir Allah.. Namun, umi juga manusia lemah sayang...

Moga kau kan menjadi muslimah solehah yang memperjuangkan agama Allah ke jalan yang benar.. Yang menyayangi dan mendoakan orang tuamu nanti...
Insyirah.. Umi cuba dan cuba untuk jadi ibu yang terbaik buatmu...

*******
Bagaimana kalian?
Saya yakin kalian juga berdoa perkara yang sama kan... Moga Allah jadikan kita ibu-ibu yang hebat..

Jom terus manfaatkan cuti yang ada untuk membelai yang tersayang.... ^_^ v

Jalan-jalan di cuti yang terakhir untuk minggu ini... Comel kan diaaaaa...
#Budak yang dah breastfeed selama 1 TAHUN 1 MINGGU 3 HARI... #Alhamdulillah...



Friday, March 29, 2013

9 month vs 3 month... menghargai nilai sebuah pemberian...

Assalammualaikum

Sudah 4 hari berlalu tanpa ada nyawa 'adik' dalam rahim umi lagi...

Saya rasa semakin sihat setakat ini. Tapi macam ibu-ibu lepas bersalin, saya masih berpantang. Walau tak berbengkung, saya tetap kena jaga pemakanan. Tak adalah strick sangat, dan tak perlu amal benda yang merapu-rapu, percaya perkara tahyul dan tak masuk aqal semua.. InsyaAllah, saya cuba jaga kesihatan diri saja. 

Secara amnya, keguguran sebenarnya perkara biasa bagi kalangan wanita yang mengandung. Tidak semestinya wanita yang pernah keguguran itu tidak berpeluang untuk mengandung semula dalam keadaan yang sihat.. Malah mama dan kakak saya juga pernah ada sejarah keguguran. Ya saya akui fakta ini. Saya sendiri pernah tebaca, lebih 80% masalah keguguran di kalangan wanita mengandung adalah disebabkan masalah kromosom janin itu sendiri. Kita insan biasa takkan mampu untuk tahu perkara-perkara yang rumit macam ne kan.. melainkan berserah pada Allah swt..

InsyaAllah, saya mampu terima setabahnya ujian keguguran dari Allah ini. Saya tahu dan yakin akan hikmah yang Allah sediakan rentetan daripada ujian yang DIA berikan.. Allah itu maha adil, malah saya pula insan yang lemah. Banyak kekurangan. Maka saya kena muhasabah diri juga. Ada antara ujian Allah itu bertujuan untuk menegur mana-mana kesilapan yang mungkin kita tidak sedari. kan..?

Tapi, sebagai manusia biasa, yang punya kelemahan dan kekurangan, saya tidak dapat lari dari perasaan bersedih... sebak... Namun saya bersyukur kerana diuji.. Ujian Allah itu menunjukkan iman kita.. Dan saya juga bersyukur punya perasaan.. Yela, tak seram ke dgn org yang tak de perasaan langsung.. hehe Nauzhubillah..

Waktu saya mula-mula keluar darah saja, dah macam-macam yang dirasa. Takut, bimbang, sedih. Tapi dalam masa yang sama saya cuba bertenang dan berlapang dada. Dan saya berjanji untuk redha. 3 Bulan mungkin bukan tempoh yang lama. Malah waktu mengandungkan Insyirah 9 bulan pun saya rasa macam kejap ja.. tup tup Insyirah dah ada depan mata dan tengah membesar.. InsyaAllah, panjang umur ya sayang.. Tapi selama mengandung tu, sebagai ibu baru saya tak nafikan wujud perasaan yang agak luar biasa yang saya kira tak pernah saya rasa sebelum mengandung apa lagi sebelum kahwin kan..
Bayangkan, bila disahkan mengandung, Allah kurniakan satu nyawa lagi dalam badan kita... Dengar saja dah menarik kan..? Hanya kita, perempuan atau wanita sahaja diberi peluang untuk 'rasa' itu.. Waktu tu la saya rasa diri cukup istimewa.. Bahagianya Allah bagi peluang mengandung dan melahirkan... 

9 Bulan untuk Insyirah..
Saya kandung Insyirah selama 38 minggu lebih.. Awal seminggu + + daripada EDD, Insyirah telah selamat dilahirkan... Tanggal 20 Mac 2012 yang lalu, dia dibawa Allah ke dunia yang penuh dengan cubaan dan pancaroba... Saya dan abi sebagai ibu bapanya yang dipertanggungjawabkan Allah swt untuk menjaga amanah ini.. Masa mula-mula disahkan mengandung, soal perasaan tak yah cerita la.. luar biasa gembiranya.. Yela, baru-baru kawen.. yang ada dalam fikiran waktu tu nakkan sebuah keluarga bahagia yang lengkap dengan anak-anak yang comel.. kan? Jadi, korang bayangkan saja macam mana bahagianya bila disahkan pregnant.. Then, saya ada juga alami alahan. Gastrik dan muntah-muntah. Seingat saya ubat muntah yang dibagi pun saya tak dapat telan sampai doktor terpaksa inject.. Waktu tu dekat bulan puasa, saya cuba puasa juga... Tapi tak mampu penuh sebab gastrik menyerang dengan teruknya.. Alhamdulillah puasa yang tinggal2 dah habis diganti.. Waktu Insyirah, alahan yang saya alami tak lama, dalam seminggu lebih saja macam tu. Lepas tu ok dah. Cuma waktu kandungan masuk 7 bulan, alahan tu datang balik itupun dua tiga hari saja, dan tak teruk..

Waktu Insyirah dikandung 7 bulan lebih, kalau tak silap dah hampir ke 8 bulan waktu tu, saya alami pendarahan kecil... Time ne la memang panik juga, perut dah besar.. Saya google sana sini kalau2 boleh cari masalahnya.. Saya rujuk hospital terus waktu ne untuk dapatkan rawatan dan kepastian sehingga saya ditahan dalam wad untuk beberapa hari.. Tapi doktor sendiri tak dapat pastikan dari mana pendarahan saya. Bila scan tengok pendarahan bukan dari rahim, tiada masalah dengan baby maupun uri... Cek bawah pun ok juga.. Kemudian saya dijarum sebanyak dua kali untuk matangkan paru-paru baby.. takut terbersalin awal, so lepas dijarum tu kalau terberanak awal pun at least paru2 baby dah matang.. Selepas tiga hari di HWKK, Likas saya pun dibolehkan pulang dengan syarat tak boleh kerja berat.. 

Nak cerita tentang perasaan sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dan banyak kelemahan, waktu tu memang berdebar, takut jadi perkara yang kita tak minta. Memang tak ada siapa nak minta jadi benda tak baik, waktu tu tawaqal sungguh2.. Apapun yang jadi, pasti ujian dari Allah, semuanya atas izinNYA.. Jadi, kena redhaa dan terima seadanya.. Namun saya bersyukur sangat2 kerana Allah masih beri peluang untuk saya mengecapi bahagia bersama Abi dan Insyirah...

3 Bulan untuk 'adik'...
Tak banyak mana 3 bulan tu sayang... Tapi, ada banyak benda yang saya dah rasa, dan saya benar-benar menghargainya...
Macam yang kalian maklum, saya menyusui Insyirah.. Malah saya juga memerah waktu tak bersama Insyirah. Saya mula syak saya mengandung bila tiap kali breastfeed Insyirah secara direct, saya rasa perit, pedih.. Lain macam sakitnya. Malah saya mula rasa cepat penat, mudah moody... Kadang-kadang, saya macam nak layan dengan tidak saja bila Insyirah minta menyusu direct sebab saya rasa perit.. huhu kesian Insyirah... Sehinggalah saya perasan haid saya lewat lebih 2 minggu... Saya memang dah syak, dan untuk pastikannya saya buat UPT, dan memang result positif, double line nampak terang dah waktu tu.. 

Perasaan mengandung anak kedua...
Beza sangat dari waktu pregnant yang pertama... Saya gembira tapi dalam masa yang sama buntu memikirkan penyusuan Insyirah. Saya bimbang ianya terjejas. Sebab waktu tu, memang sakit sangat bila bagi direct. Air susu pun dah mula kurang, dan semakin berkurang bila saya alami alahan. Alahan untuk kali ini jauh lebih teruk berbanding sebelum ne.. Gastrik saya juga teruk, saya muntah-muntah sehingga demam.. Untuk alahan mengandung saja saya MC dua hari dan guna cuti rehat yang ada sebanyak 3 hari.. Kesian Insyirah, bila waktu saya betul2 tak larat, abi yang akan urus dia sepenuhnya kecuali menyusu.. Abi masak, dan kemas rumah.. Mujur abi baik... ringan tulang dan cukup memahami.. Allah mudahkan segala urusan saya sebenarnya... (",)

Saya dapat rasakan, saya mudah rasa penat dan mengantuk, menjelang petang, gastrik saya semakin teruk, kepala pula mudah sakit. Tapi saya tak rasa itu satu beban. Saya terima seadanya. Dalam pada tu saya berdoa moga terus diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesakitan, dan mengharap agar Allah memudahkan proses penyusuan Insyirah selama saya mengandungkan adiknya. Selama 10 minggu mengandungkan adik, saya rasa tiada masalah melainkan proses-proses untuk membiasakan diri dengan hormon baru. 

Kebetulan saya datang temujanji klinik kali pertama untuk 'adik' Insyirah diusia kandungan 11 minggu 5 hari. Saya datang dengan Insyirah sekali. Insyirah dah masuk setahun waktu tu, jadi kena jarum. So kami datang sekali, saya minta tarikh temujanji yang sama dengan tarikh Insyirah berklinik, dengan harapan tak payah ambil cuti balik2.. Waku berklinik, nurse cuma periksa kencing, kadar paras gula, tekanan darah dan HB saja.. Tiada pula scan2 ne.. Waktu tu saya tak alami apa-apa masalah, alahan pun beransur kurang.. Makan pun dah mula berselera cuma tekak je pandai pait.. Jadi kena pilih makanan juga. Sebab tu saya tak jangka akan apa yang dah berlaku sekarang... Takdir kita rahsia Allah swt... Apapun yang telah ditentukan, kena terima dan redha.. Betapa kerdilnya kita kan.. Macam mana hebat pun perancangan manusia, sesungguhnya Allah jua maha penentu..

Diusia kandungan saya masuk 12 minggu, pendarahan berlaku. Dari sedikit hingga jadi banyak. Dari tak sakit langsung, sehinggalah, janin yang dikandung selama 12 minggu itu gugur dengan sendirinya atas izin Allah swt....

Sakit, tak usah ditanya... Tiada beza sakitnya ketika nak bersalin, cuma ambil masa yang sekejap berbanding nak bersalin.. 

*******
Bercakap soal hati.. dan perasaan...
Tipu kalau cakap tak sedih. Tapi saya tak kecewa. Kerana Allah itu adalah sehebat-hebat perancang dan penentu... Kita asyik minta pada Allah apa saja yang kita mahu, namun Allah akan berikan kita sesuatu yang lebih kita perlu, dan tidak semua yang Allah berikan itu akan kita suka.. Betul kan? Tapi saya percaya, tidak semua perkara yang menggembirakan itu baik untuk kita, malah ada diantara perkara yang kita tidak suka itu lah yang memberikan seribu kali ganda manfaat untuk kehidupan kita... Sebab tu, kena REDHA!

Sebelum saya alami keguguran, ada beberapa perkara yang menguji saya... Yang juga buat saya bersedih tapi saya tetap cuba terima seadanya dan berlapang dada... Saya kira ianya ujian dari Allah buat saya.. atau mungkin juga teguran dari Allah untuk hambaNYA yang sentiasa leka dan alpa ini... Subhanallah.. Namun, apabila mengalami keguguran, masalah sebelum ini dah jadi masalah sehalus kuman... Baru saya sedar, apa yang berlaku sebelum ini hanya perkara biasa, di mana Allah uji kekuatan dan kesabaran saya hanya dengan perkara sekecil itu, kalau dibandingkan ujian kehilangan anak!!

Betapa kerdil dan hinanya saya disisi Allah swt.... Seringkali meratap apabila menghadapi ujian-NYA... (",)

*******
Saya cuba dan terus cuba mencari dan menggali apa saja hikmah di sebalik apa yang saya alami.. Allah itu adil.. Saya sedar DIA lebih dekat dengan saya daripada urat dan nadi saya! Saya tidak dianiaya. Malah saya bersyukur menerima ujian Allah ini...

Allah beri peluang, adik singgah di rahim saya selama 12 minggu atau 3 bulan... Allah berikan saya perasaan yang luar biasa pada saat-saat saya mengandungkan adik.. Begitu juga ketika mengandungkan Insyirah dulu.. Abi kata, adik akan doakan kita di sana... Tau tak di hari kemudian, adik sememangnya telah Allah janjikan syurga, tapi dia kan tunggu ibunya untuk sama-sama masuk ke syurga.. Sebak saya mendengar kata-kata abi.. Abi sangat memahami saya. Walau saya sudah mampu ketawa, abi tau apa yang terbuku dalam hati saya... Dia masih setia memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang memerlukan sokongan... 

Kadang-kadang saya merasakan diri terlalu lemah. Ada waktu saya fikir seolah-olah saya masih mengandungkan adik... Ahhh, perasaan saja kan..

Mungkin pada kalian, saya terlalu emosi hanya kerana kegugran pertama kali untuk janin berusia 3 bulan... Tidak mengapa, Allah beri kita hati yang berlainan, sebab itu tidak semua manusia mampu merasa apa yang orang lain rasa kan..

3 bulan yang cukup bermakna buat diri ini... 
Saya nampak janin yang hampir sempurna, masih bulat dan cantik ketika gugur dari rahim uminya... Subhanallah... Besarnya kuasa Allah...

Terima kasih ya Rabb atas segala ruang, peluang, dan setiap kesempatan yang KAU hadiahkan..
Saya ingin kuat untuk terus menghargai nilai sebuah pemberian...

Merenung tarbiah Allah swt, Wallahualam.... (",)