Tuesday, November 25, 2014

Parents, dont judge!

Situasi 1
Seorang anak kecil menangis tak tahu punca dalam satu majlis keramaian. Tantrum mungkin. Ibu mula buntu. Kerana mahu memujuk anak yang tantrum di hadapan orang ramai bukanlah mudah. Dibawa ke tempat sunyi yang tidak ramai orang si anak perintah minta bawa ke tempat ramai orang pula. Bila dihadapan ramai orang tantrumnya makin menjadi.
 
Situasi 2
Sepasang suami isteri muda yang memerhati dari tadi mula bersangka sangka. Tanpa mengkaji, cerita yang mengikut sangkaan sendiri disebar ke serata.. "ish mak budak tu pukul anak dia. Kesian budak tu kecik lagi". Maka ramailah yang menyangka si ibu yang menyakiti si anak.
 
Situasi 3
Pasangan tersebut pula cuba menegur si ibu dengan keras agar jangan menyakiti anak itu. Mereka juga cuba mengajar ibu tersebut bahawa memukul anak adalah perbuatan salah dan tidak patut kerana mereka hanya lah anak kecil yang tidak mengerti apa apa. Si ibu cuma diam kerana malas hendak jelaskan panjang lebar.
 
Situasi 4
Pasangan suami isteri tadi datang ke majlis tersebut dengan 4 orang anak. Ketika si isteri ke tandas, Keempat2 anak itu berlari sana sini dan sukar dikawal. Akhirnya kerana terlalu buntu dan semakin berang si bapa tadi memukul salah seorang anaknya elalu menangis teresak esak.
 
Situasi 5
Sementara apa yang berlaku ditandas, si isteri bertemu dengan kawan lama lalu membuka cerita buruk tentang ibu pukul anak tadi tanpa mengetahui apa yang berlaku pada suami dan anaknya diluar.
 
Moral : Adalah lebih mulia jika kita cuba teliti kekurangan sendiri dalam mendidik anak anak dan disiplin diri. Perbetulkan kesilapan, bersyukur dengan nikmat Allah dalam urusan keluarga yang mudah dan berhentilah bercakap tentang kekurangan ibu bapa lain.

Wednesday, September 17, 2014

MANUSIA

Assalammualaikum
 
 
 
MANUSIA
Allah swt yang cipta. Dari air mani yang hina.
Semuanya. Ya.. semuanya.
Andai kau sedar kau manusia, maka samalah kita. Kau dan aku serupa. Asalnya dari tanah yang kita pijak itu. Biar pangkatmu tinggi. Darjatmu di atas, tarafmu mewah. Ahhh.. Apapun kedudukanmu, kau juga manusia serupa aku yang Allah cipta. Kita sama saja disisi Allah swt. Terimalah hakikatnya.
 
Tapi mengapa...
Manusia yang satu itu menghina,
Yang itu pula mentertawa,
Dan yang itu lagi mengutuk, khianat, munafik, ayam berbulu musang, dan memperkotak katikkan jiwa manusia lain...
 
Apa mereka lupa kedudukan sesama manusia itu disisi pencipta...
 
Aku,
Aku kini sedang menjalani kehidupan, diuji Allah bertemu dan berhadapan dengan pelbagai sifat dan jiwa insan, sikap dan ciri inci manusia yang membingungkan...
 
Kamu jua merasainya bukan..?
 
******************************************************************************
 
Ok.. ok taulah dah jarang taip belog. Tiba-tiba buka blog buat ayat serius. Bermadah madah githuww!
Direct to the point. Biasalah kan. Makin dewasa makin banyak nikmat dan ujian yang Allah sedia kaw kaw kita kena hadapi tiap saat. Ada yang best. Ada yang menguji sabar dan iman juga. Ada waktu pula, dek kesibukan rutin harian tu, kita boleh saja buat dono dengan masalah.. kan...kan.. Yang penting redha, lapang dada. Nak lari konfom tak bleh.
 
Bergerak ke mana mana, paling dijaga adalah akhlak. InsyaAllah. Kita nak bina hubungan baik dengan orang so kena tengok dalam diri dulu. Semua orang ada kekurangan. Tapi tak semua orang boleh simpan aib dari kekurangan kita. Kan.. Part tu yang susah. Orang kata bila kita tetiba bermasalah dengan orang, mesti ada yang tak kena dengan diri kita atau mungkin orang tu. Memang, sekuat hati cuba muhasabah. Minta Allah tunjukkan cara, macam mana nak hadapi orang tu esok hari. Sebab, ada juga sifat orang, bila dah mind set dia tak suka kita, dia akan mudah nampak salah kita. Tak ada salah sanggup cari sampai lubang cacing. Nak adakan cerita lah katakan.. mihmih. Yang ne masalah sikap lah kut. Allah, minta dijauhkan...
 
Mari muhasabah...
Suka tak bila kita dibenci orang? Tak suka kan... So, tengok dalam lubuk hati kita yang paling dalam, ada tak kita dendam sesiapa? Ada tak penyakit jeles dengan sesiapa? Ne masalah ne... Minta Allah jauhkan kita dari perasaan ne.
 
Kawan... Cuba renung kehidupan yang Allah pinjamkan dalam-dalam...
Kita hidup ne sekejap saja. Asas kejadian kita sama. Garisan permulaan kita dari tempat yang sama. Destinasi terakhir kita sama, pakaian terakhir kita nanti juga sama.. semuanya sama. Kita semua sama disisi Allah swt. SAMA!!
 
Jangan risau dengan apa yang orang itu capai di dunia. Dia lebih? Kau juga mampu buat lebih. Allah itu adil. Percayalah. Bila mereka ada yang kau tak ada, cari dan gali semampumu, kelebihan mu yang lain. Percayalah. Ada!!! Allah tidak bagi semua manusia kaya harta. Mungkin yang lainnya kaya budi bahasa. Allah tak bagi kau serius kerja mungkin kau berpotensi berjenaka. Manusia lain terhibur dek kelebihan mu. Kau disenangi. Allah tak bagi kau kelebihan berkomunikasi dengan spontan, namun Allah berimu kelebihan pantas memikir idea yang hebat. Mungkin kau tak petah bicara, namun langkahmu sentiasa terpelihara.
 
Cantik? Astaghfirullah. MANUSIA itu milik Allah. Makhluk yang Allah cipta. Bukankah kita wajib mensyukurinya. Ingat. Allah bagi pinjam saja. Belek seluruh tubuhmu? ada cacat cela? Tiada kan.. Mungkin pun ada, namun Allah tutup aibmu. Bersyukurlah. Kau cantik. Mereka cantik. Susukmu sempurna. Susuk mereka juga sempurna. Merasai kehodohan pada diri, sama seperti kau menghina kejadian Allah swt. Bersyukurlah.
 
Kita milik Allah.
 
******************************************************************************
 
Kadang-kadang, manusia mudah meluah rasa. Mudah menasihat segala. Tapi bukan mudah untuk mempraktikkannya. Bahasa mudah, "cakap senang, buat susah". Hehe. Tapi selagi kita mampu beringat dan muhasabahlah.
 
Ada waktu, kita teruji bila berhadapan dengan sikap manusia yang petah bicara, mudah membuka cerita sehingga tidak sedar menjentik kisah hidup orang lain. Nauzubillah. Hina nya kita bila mudah membicara aib sesama manusia.
 
Takutlah... Takutlah kita pada Allah.
 
Alangkah baiknya, bila kita sedar, terlalu banyak bekal akhirat yang perlu dikejar, maka kita akan jadi kedekut. Kedekut untuk luangkan masa pada perkara yang sia-sia. Semuanya untuk yang baik-baik saja. Kumpul point nak barisan paling depan menuju ke pintu syurga.. kan..kan..

Baiklah, aku cuma meluah, agar kita dapat beringat bersama, memang, mungkin aku cuma mampu bicara, buatnya sangatlah tak mudah. Kerana aku juga manusia. Mudah juga jatuh dan terluka.

Bila aku leka dan terlupa, Ingatkan aku tentang Allah yang esa...

Salam alaik dari ibu anak dua... ^^, v

Friday, August 22, 2014

HIDUP / M.A.S.A / MATI

 
HIDUP & MASA
Takkan pernah cukup!
Manusia.. Tak mudah merasa puas. Buktinya, lihat saja ke dalam diri kita, perjalanan hidup kita.. bagaimana... ?!
 
Assalammualaikum...
Lama tidak bertandang ke Tanah kedaung ini.. Rindu..!!
 
Hari ini.. 22 Ogos 2014, Tarikh sejarah baru negara. Malaysia berkabung. Sedih mengenangkan peristiwa. Hiba memikirkan keluarga mangsa. Ambil 5 saat cukup pindahkan bayangan diri kita dalam situasi keluarga mangsa atau mangsa MH 17 itu sendiri. Kau gerun bukan? Kau tak mahu bukan? Kau tak sanggup bukan?
 
Pedih. Aku sendiri terluka bila baca kisah 6 sekeluarga yang pergi tanpa tinggalkan seorang pun waris untuk dikenang.
 
Sungguh takdir Allah terlalu RAHSIA.
 
Ya. Allah sudah janjikan begitu. Maka tidak pula mampu kita tau bila saat terakhir kita bersama keluarga dan kawan-kawan. Jujur aku takut. Kamu pun takut bukan... Malangnya, takut cuma dimulut. Namun, bagaimana caranya kita tunjukkan ketakutan itu.
 
Allah bagi hidup. Dalam hidup macam macam nikmat dikecapi yang berselang dengan ujian. Hakikatnya kita sedang menelusuri perjalanan masa. MASA pula Memang takkan pernah cukup. Masa itu memang singkat. Lihat saja perjalanan hidup kita. Sedar tak sedar sudah 28 Tahun Allah pinjamkan aku nyawa. Kamu bagaimana? Banyak perkara yang berselang dengan ujian Allah izinkan aku laluinya. Tup tup sekarang, dah dua anak ko safraa! Alhamdulillah.
 
Bila sedar masa itu singkat, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan, 365 hari setahun... Maka, bagaimana untuk kita membahagikannya..? dengan apa kita harus lengkapkannya..? Untuk apa dan siapa isi masa itu? semua orang tau. Tapi tidak semua orang mampu ingat. Entah bila, dimana, dan bagaimana lah keadaannya izrail bakal mencabut nyawaku. Allahu.
 
Banyak perkara yang sudah Allah tunjukkan. DIA suruh kita mengingati MATI. Sudah Dia khabarkan sakitnya MATI itu dahsyat. Subhanallah. Gunakan MASA yang Dia bagi sebaiknya selagi HIDUP. Antara HIDUP dan MATI, kita diberi MASA, yang bila-bila saja akan berakhir. Kita tidak tau.
 
Sungguh, aku ingin tau, apa itu DUNIA pada persepsi orang yang mengejar akhirat. Ya, yang sepatutnya kita semua. Yang Allah perintahkan begitu. Namun hakikatnya.... "hambar". "Mereka" tau, mereka sedar, jauh sekali mahu lalai. Maka, istilah "rehat" tiada dalam kamus jiwa pendakwah yang kejar waktu untuk ibadah, ibadah dan ibadah, akhirah dan tentunya syurga Allah swt!
 
Berapa kerat saja manusia yang manfaatkan HIDUP dan MASA untuk hadapi MATI,
Kerana mereka mahu bahagia...
 
Kalau kau kejar SYURGA
Campakkan dulu hal DUNIA...
Bukan..Maksud ku,
Hadapi ia kena caraNYA...
 
HAMBA,
Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan