Wednesday, May 2, 2012

kehadiran si penenang jiwa II..



...
Akhirnya aku dibawa keluar dari wad guna stretcher nak menuju ke labour room. Transit jap depan kaunter sementara tunggu ada katil kosong.. akak staf nurse akhirnya tolong pecahkan ketuban dalam bilik penyimpanan stok barang2 hospital tu... emm.. waktu ne la ada lagi kejadian yg agak lucu.. tak yah citer sini lerrr.. segan!! al maklumla pengalaman pertama melahirkan.. hehe

tepat jam 3.00 pagi
Finally masuk juga ke labour room... 
penat nak cerita..haha.. teran punya teran alhamdulillah pada pukul 3.30 pagi, lahirlah si penenang jiwaku ke alam dunia.. Safiyyah Insyirah..

Fuhh.. pengalaman yang tak akan aku lupakan.. syukur ke hadrat Illahi, segalanya berjalan dengan lancar dan mudah.. bila da jadi 'umi' ne, barulah aku faham kenapa besar betul azab mendurhaka orang tua.. subhanallah..

sampai sekarang, bila tengok Insyirah tidur, automatik ter'flashback' balik waktu melahirkan dia.. Insyirah memang manja, keluar saja dari rahim umi, dia terus menangis.. paling best bila dia tersedu-sedu tahan sejuk..(dalam labour room tu sejuk yang terrramat-amat!!!) aduhaiiii.. rasa macam mau ulang balik saja kenangan tu.. hihi 

Insyirah sayang...
Waktu Insyirah lahir.. umi rasa mudah saja.. alhamdulillah
tanggal 20 Mei 2012 tu, kita sama-sama berjuang untuk bertemu, umi tau Insyirah mau kenal umi, dan umi lagila tak sabar mau jumpa Insyirah..
Saat itu juga, tuhan uji kita berdua.. Abi tiada bersama-sama kita atas urusan penting yang abi betul2 tak boleh elak..abi sendiri tidak menjangka kelahiran insyirah.. tapi, yang tiada bersama kita cuma jasad abi, abi jauh nun di seberang laut.. waktu kita sama-sama berjuang, abi pun tak tidur, malah setelah insyirah selamat lahir, abi bacakan insyirah ayat-ayat Al-Quran melalui telefon.. bagus kan..

Doa umi dan abi.. moga Insyirah menjadi hamba yang taat kepada Allah swt, dan rasuL.. Anak yang solehah, taat pada kedua ibu bapa, hormat orang tua, berhubungan baik dengan sesama manusia serta memiliki hati yang jujur serta ikhlas.. 
Moga tuhan permudahkan bagi umi dan abi untuk mendidikmu sedari engkau lahir, hingga kau dewasa.. semudah saat mengandungkan dan melahirkanmu.. amin.. 

Thursday, April 19, 2012

kehadiran si penenang jiwa...




Hari pertama.. SAFIYYAH INSYIRAH
20 Mac 2012
3.30 am....


19 Mac 2012
1.43 am
Terjaga daripada tidur yang lena. Rasa ada contraction kecil. Sakit sekitar bawah perut hingga keliling pinggang. Tapi sakit biasa saja, sikit pun tak syak apa-apa. Lepas tu masih boleh sambung tidur..zzzz


Sekitar Jam 2.30 am
Sekali lagi, terjaga daripada tidur untuk kali kedua sebab rasa contraction yang sama..pun.. masih tak syak apa-apa lagi. Mungkin sebab dah ter'set' di kepala yang contraction nak bersalin ne berlaku selang 5 minit.. rupanya, proses bersalin anak pertama jauh lebih lama daripada proses melahirkan anak kedua atau seterusnya. Ambil masa lebih kurang 12 jam atau lebih. Masih boleh sambung tido lagi.. hehe.. zzzz..


Sekitar Jam 3.30 am hingga Jam 4.00 am
Contraction lagi. Emm.. kali ne da mula syak, da ada instinct, rasa nak bersalin. Tapi contraction belum kuat sangat. Masih belum rasa sakit yang amat sangat macam apa yang digambarkan oleh kebanyakan orang. Walaupun da ada instinct mungkin akan bersalin dalam waktu terdekat, aku masi cool & relax.. hehe masi ble sambung tido.. huh! dalam masa yang sama memikirkan, suami tersayang tiada disisi atas urusan rasmi kerja yang tidak dapat dielakkan.. part sini, da mula bertekad.. aku mesti kuattt!! hehe.. then.. zzzz..


5.40 am
Bangun pagi, nak urus diri untuk ready pegi keja. Masuk toilet, tengok dah turun tanda. Ada darah beserta lendir. Cepat2 ketuk bilik mama untuk infom kejadian hehe.. Kesian mama dan bapa hari tu percuma dorang sama2 ambil cuti. Mama cakap, memang dia yakin yang aku akan bersalin dalam masa terdekat, sebab tengok perut da turun sangat. Actually, due ada seminggu lagi. Kalau ikut pengalaman mama dari melahirkan anak pertama sampai si adikku ke tujuh yang bongsu, tak pernah bersalin ikut due, mama bersalin awal daripada tarikh sepatutnya.


7.30 am
Kami bertolak ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas. Berdebar juga. Tapi selama dalam perjalanan ke hospital, tiada pula terasa contraction. Emm.. mungkin ada kutt.. tapi aku yang tak perasan, sebab contraction waktu subuh tadi pun bukan kuat sangat.. tapi ntah ble pula terbangun dari tidur..huhu


8.30 am
Tiba di hospital. Tapi tak masuk bilik penilaian terus. Mama bawa sarapan dulu, takut pemeriksaan ambil masa yang lama. Nanti kena tahan dengan perut yang lapar.. apa lagi melantak leee..


10.30 am
Masuk bilik penilaian. Tunggu giliran lagi. Dalam jam 11 lebih baru nama dipanggil. Doktor mula periksa. Mula2 doktor pelatih atau mungkin doktor yang baru posting yang jalankan pemeriksaan. Bila periksa dia kata, tiada tanda2 nak bersalin, rahim still thick dan belum ada bukaan langsung. Emm..pelik juga. Waktu ne, da ada rasa contraction beberapa kali. Tapi jauh disudut hati sebenarnya nak sangat waktu bersalin bole tunggu suami tersayang pulang dari kl.. bukan lama pun esok malam dia balikla.. hehe


Tapi doktor sendiri pun confius. Memandangkan mereka sendiri tak puas hati, maka kes ku dirujuk kepada doktor senior. Tak lama kemudian, datang doktor senior untuk buat pemeriksaan semula..kali ne, doktor sahkan yang jalan da buka 3cm, rahim dah menipis dan da tunjukkan tanda-tanda akan bersalin dalam waktu terdekat. So, kena masuk wad. At the same time, terdengar lagi doktor senior bertegas dengan doktor pelatih tadi.."macam mana awak boleh kata tiada tanda bersalin, sedangkan jalan da buka 3cm??!!" huhu..kesian juga dengan doktor pelatih tadi..


Sekitar Jam 1.00 tgh hari
Masuk wad.
Sepanjang penantian ne banyak dugaan. Tak payah cerita panjangla, ringkasnya.. aku akhirnya merasai proses sakit nak bersalin. Tambah lagi, sehingga malam hari, tak ada seorang doktor pun di wad melainkan semua jururawat yang bertugas. Sebelum tu, doktor ada pesan kalau betul2 dah tak tahan, boleh minta epidural.. act, untuk anak pertama ne aku da bertekad, kalau boleh tak nak minta ubat tahan sakit..dan tak nak nangis, nak belajar jadi kuat konon...huhu.. Hanya doa tak henti2 kulafazkan Huh! sampai masa aku betul2 dah tak tahan, dan mula rasa nak meneran, akhirnya aku tekan loceng sebelah katil. Jururawat tepaksa buat pemeriksaan rahim dan sahkan rahim dah terbuka 6cm.. agak kelam kabut juga para jururawat  sebab dah kena masuk labour room.. Bila call labour room, katil penuh la pulak.. waktu ne, bedebar sangat hati takut terrrr'bersalin kat wad.. hihi..


to be continued...



Thursday, March 1, 2012

No Words..




Bila kita merasakan kita tidak pernah wujud di hati siapa-siapa...

Ketahuilah, keluargamu menyayangi mu....
Kau bakal ada permata hati yang akan membelah sunyimu..
Dan yang paling penting, Tuhanmu sentiasa ada disisimu...
Fahamilah duhai hati yang terlalu mudah menjauh...
Dunia ini hanya sementara.. yang hanya menjanjikan mimpi-mimpi kosong yang tak kan ke mana..
Berlapang dadalah untuk menerima apa jua ujian..
Ada hikmahnya mengapa Allah mengujimu dengan dugaan sedemikian...
Dengan keadaanmu sekarang, memang terlalu mudah hati itu terusik..
Sedarlah hati, jangan kau membenci..
Binalah ukhwah kerana Allah.. jangan mudah kau turutkan kata hati..
Kelak kau akan mati...

Muhasabahlah dirimu.. tiada yang sempurna disisi tuhanmu..
Tiada yang akan kekal abadi di dunia yang fana ini..
Untuk apa kau kesali pada perkara yang tiada faedahnya..
Untuk apa kau bersedih pada hal yang hanya menjunamkanmu ke lembah kemurungan
Untuk apa kau peduli pada cerita yang mendorongmu pada dendam yang tiada hujungnya..

Kembalilah pada agama dan tuhanmu..
Pasti kau kan beroleh kelapangan hati, jiwa dan minda..
Positifkanlah fikiranmu, juga hatimu..
Hargailah setiap apa yang ada disisimu...dan juga setiap apa yang telah berlaku..
Kerana Allah menjanjikan hikmah terbaik untuk hamba yang REDHA...