Assalammualaikum
Furqan,
Sungguh umi Dan abi teruja menerima kamu sebagai ulama kecil baru dalam keluarga kita.. Malah kakak kamu pun tau yang dia bakal punya adik...
7 febuari 2014, 1.35 tengahari tanggal Dan Waktu kelahiranmu..
Saat cerita ini umi nukilkan, kamu sudah pun lena dibawah sinaran lampu biru yang sengaja dihampar atas seluruh tubuhmu sayang... Dan umi tau kamu lena dalam kepenatan Dan kesakitan... Sakit dicucuk jarum halus bertubi tubi dan penat merayu meminta untuk mereka berhenti namun tiada yang sudi mengerti..
Furqan,
Tarikh 10 febuari 2014 genap 3 Hari usiamu, wajahmu kekuningan.. Pada umi ia kelihatan sarat.. Entah, naluri umi Waktu tu terbayang pasti kita ditahan dalam wad.. Dan umi abi sepakat membawamu ke hospital untuk buat ujian tahap bilirubin dalam badan... Dan keputusan ujian darahmu betul betul buat umi terkejut, Sampai abi bekejar masuk makmal balik Dan Tanya untuk kepastian.. Dan memang itulah bacannya.. Subhanallah, dalam hati umi da nanges, terbayang Bila Furqan mungkin perlu untuk tukar darah.
Furqan terus dikejar ke emergency nak..
Waktu ne ummi tak larat tahan air mata.. 4 orang nurse kerjakan kaki dn tangan kamu untuk ambil darah Dan sambung air. Kamu pun tak kurang boleh tahan kuat nangis hehe.. Umi pun dah jadi cengeng!!!
Paling tak tahan Waktu bawa kamu masuk wad, keadaan kamu sudah pun bersambung air, nurse bawa drip, umi bawa kamu.. Nurse jalan laju sangat, Entah dia tak faham agaknya umi tengah pantang tak boleh jalan laju.. Susah nak kejar. Tiba2 abi jerit panggil nama umi dari jauh sambil tunjuj lantai..
MasyaAllah.. Darah!! Bukan sedikit Furqan.. Titisan darah merah kamu di setiap lantai Bermula dari pintu masuk wad.. Umi panik! Umi tak pernah tengok abi kamu marah macam tu. Tapi abi kamu rasional orangnya. Bukan mudah untuk dia berkasar dengan sesiapa. Abi Tanya nurse macam mana boleh jadi begini... Nurse boleh jawab sebabnya kamu sendiri yang tendang guna kaki sebelah, masakan dia boleh jawab begitu sedangkan umi yang pegang kamu Dan nurse jalan jauh ke depan.. Patutlah tangisan kamu tak berenti sayang... Kasihan kmu Furqan...
Umi tak tahan tengok darah bnyak dikaki kamu.. Kamu Cuma 3 Hari.. Hari itu... Allah!
Di hospital Papar, seperti orang bersalah umi diperlakukan... Tiada seorang jururawat yang mampu berlembut.. Kenapa mereka begitu.. Umi pun kurang pasti.. Bila keadaan mendesak umi mula kumpul kekuatan.. Furqan, demi kamu umi garang dengan nurse disana... Kerana piagam pelanggan mereka memaksa umi untuk tuntut layanan terbaik dari mereka bukan dilayan seperti orang tidak bersekolah. Malah orang tak sekolah juga berhak dilayan baik. Umi tak jahat, umi tak kasar... Cuma Bila berdepan dengan keadaan tertentu umi jadi tegas..
Malam tu kita tidur dalam wad hospital Papar. Setiap 3 jam darah kamu diambil untuk ujian bilirubin... Selain kamu kena tidur dengan sambungan air kamu juga tidur dibawah sinaran lampu biru... Mata kamu ditutup... Kamu tetap comely sayang... Umi pula kena paksa kamu menyusu setiap jam...
Bacaan kuning kamu turun naik Dan masih belum melepasi paras bahaya.. Doktor putuskan untuk hantar kita ke likas Dan buat prosedur pertukaran darah...
Ya.. Proses tukar darah di HWKK sayang..
Allahurabbi!!!!
Mata umi Panas... Pandangan jadi kabur
Kepala umi pusing..
Saat Doktor hulur sekeping borang Dan pen..
"puan, mohon tanda tangan... "
Ya, umi sudah rasa ada Titisan air yang hangat jatuh dari kolam mata... Umi perlukan jawapan abi...
Kamu anak yang kuat Furqan,
Umi tau...
To be cont..
Wednesday, February 12, 2014
Pembeza yang waraq
Assalammualaikum
Furqan,
40 minggu kamu dalam rahim umi. Tidak kurang sehari pun. Diawalnya umi risau, doctor kata kamu tak boleh keluar lewat sebab uri sudah sangat matang. Doktor risau akan mengundang masalah lain. Doktor syorkan agar umi di induce.
Risau umi sayang...
Umi tak mampu teka tarikh mana yang kamu mau untk minta dilahirkan. Besar harapan umi agar dapat bersalin tanpa paksaan.. Tanpa di induce...
Tanggal 7 febuari 2014,
Waktu subuh umi da rasa contraction yg kuat.. Tapi dengan jarak masa yang jauh2.. Jauh di sudut hati umi berharap kamu minta dikeluarkan... Sampai hospital Doktor kata dah buka 3cm...
Alhamdulillah...Tidak perlu induce, tak payah masuk ubat pun.. Syukur..
Mudahnya kelahiranmu sayang, mungkin kerana saiz kamu yg kecil memudahkan umi teran.. Cuma sekali Furqan sayang. Sungguh kamu tak sabar nak tengok alam baru ciptaan Allah setelah 40 minggu tinggal dalam rahim umi kan...
Kelahiranmu Allah mudahkan sayang..
Syukur Alhamdulillah..
Namun, tidak sedikit ujian yang Allah janjikan yang bakal kita tempuhi di dunia fana ini...
Kamu diuji seawal usiamu 3 Hari.. Umi tau kamu kuat... Kerana itu Allah pilih kamu.. Ya!! Kamu... FURQAN HARRAZ!!
to be continued!!
Umi janji akan umi rakam kisah kamu Dan kakak...
Furqan,
40 minggu kamu dalam rahim umi. Tidak kurang sehari pun. Diawalnya umi risau, doctor kata kamu tak boleh keluar lewat sebab uri sudah sangat matang. Doktor risau akan mengundang masalah lain. Doktor syorkan agar umi di induce.
Risau umi sayang...
Umi tak mampu teka tarikh mana yang kamu mau untk minta dilahirkan. Besar harapan umi agar dapat bersalin tanpa paksaan.. Tanpa di induce...
Tanggal 7 febuari 2014,
Waktu subuh umi da rasa contraction yg kuat.. Tapi dengan jarak masa yang jauh2.. Jauh di sudut hati umi berharap kamu minta dikeluarkan... Sampai hospital Doktor kata dah buka 3cm...
Alhamdulillah...Tidak perlu induce, tak payah masuk ubat pun.. Syukur..
Mudahnya kelahiranmu sayang, mungkin kerana saiz kamu yg kecil memudahkan umi teran.. Cuma sekali Furqan sayang. Sungguh kamu tak sabar nak tengok alam baru ciptaan Allah setelah 40 minggu tinggal dalam rahim umi kan...
Kelahiranmu Allah mudahkan sayang..
Syukur Alhamdulillah..
Namun, tidak sedikit ujian yang Allah janjikan yang bakal kita tempuhi di dunia fana ini...
Kamu diuji seawal usiamu 3 Hari.. Umi tau kamu kuat... Kerana itu Allah pilih kamu.. Ya!! Kamu... FURQAN HARRAZ!!
to be continued!!
Umi janji akan umi rakam kisah kamu Dan kakak...
Wednesday, February 5, 2014
Tiada aqal sebijak takdir : Adik belum nak lahir!!
Assalammualaikum
Pejam celik, pejam celik..
Wahhhh!!! kandungan dah masuk 39 week 6 day! Mengapakah belum bersalin lagi..?! hikhik...
Allah.. Syukur saya masih dikurniakan kekuatan dan kudrat oleh Allah swt untuk membawa baby adik dalam perut ne haaa.. Makin hari makin jatuh ke bawah, makin hari makin membesar. Huhu..
Bila ikut estimated due saya adalah esok. 7 Febuari 2014. So, menyempat lagi ke pejabat hari ne, taip belog! Hehe...
Kalau ikut scan since dari kandungan masuk 36 week haritu, doktor expect awal tau. Dia target dalam seminggu selepas scan haritu. Mean, dalam 37 week plus plus maybe dah boleh bersalin. Doktor yakin akan turun tanda da waktu tu. Sebabnya, uri dah nampak matang sangat. Saya tak pandai tengok, tapi bila doktor tunjuk n bagitau kriteria yang uri tu dah matang, oke faham.. memang dah kembang dah. Hehe. Then, doktor buat CTG. Nak tengok pergerakan jantung baby n kekerapan contraction. Memang dia expect tak lama lagi sebab bacaan tu nampak bby aktif dan asyik mngeras saja.
Namun....
Sebijak bijak aqal manusia dengan kajian ilmu sains di dada tidak mampu menjadi lebih bijak dari takdir Allah. Biar canggih mana pun mesin scan n CTG hospital tu kan. Hehe...
Dan...
Tadaaaaaa....
Siapa sangka, saya masih jalan-jalan ke 1 Borneo dengan perut boyot berusia 39 minggu dan masih kuat angkat Insyirah hehe..
Malah saya masih sempat bawa perut ne ke Majlis kenduri Aqiqah anak kawan saya lagi tau!.
Allah saja yang tau, bila waktunya adik Insyirah ne nak keluar jumpa umi abi dan kakaknya...
Di pejabat, jumpa siapa-siapa saja mesti dapat soalan yang sama.. dan statement yang serupa.
"Aik, tak beranak-beranak lagi..?!"
"Eh bila due?"
"Laaaa.. ada lagi, bila la nak bersalin ne..?"
10 kali jumpa 10 kali ulang benda sama..
Sejujurnya kengkadang saya agak rimas juga. Tapi berlapang dada sajalah.. Macamlah dorang tak pernah beranak kan.. hehe Manusia memang camtu. Tak apalah, sampai hari ne semua tu dah imune! mencik ah nak simpan sakit hati. Karang stress tak pasal-pasal lagi ganggu hidup aku! hehe...
Estimated due saya ialah 7 Febuari 2014. Entry ne ditaip sehari sebelum due. Bila Allah takdirkan saya bersalin esok, atau mungkin malam ne... Bersalin lah tu. Kalau overdue pun, tak apalah. Janji semuanya berjalan lancar. Baby selamat dan sihat. Saya hanya harap agar segalanya Allah mudahkan. Cepat atau lambat tu bonus saja.. kan!
Berbeza dengan Insyirah dulu, segalanya tak dirancang. Nak kuar tetiba saja bagi umi tanda 7 hari awal. Hehe. Alhamdulillah kelahirannya cukup mudah dan sekejap. Kali ne, Allahualam... Moga dimudahkan jua..
Apa saja yang Allah swt takdirkan berlaku mesti beserta hikmah. Cuma dari kita saja macam mana mau menerimanya. Saya sebenarnya berdebar juga. Macam-macam dalam fikiran. Macam mana baby lahir nanti. Sakitnya sama ke macam waktu Insyirah dulu. Saya dah tak ingat huhu. Yang saya tau memang sakit.. Wuuuu..
Then, fikir kejadian after deliver lagi. Macam mana nak handle Insyirah dan adik sekali. Kena pula nanti bila Insyirah nak menyusu saya. Dan dalam masa yang sama adik pula nak susu. Usia Insyirah sekarang pula sangat suka perhatian. Macam mana kalau tengah adik perlu diberi perhatian then Insyirah pula tagih simpati. Wahhhh.. agaknya sebab terlampau fikir semua ne la bagi effect lambat bersalin. Haha... Ya ka??!! Ntah!
Bila Insyirah menyusu saya, dia dah mula pandai kenalkan diri dia dengan adik. Sambil menyusu sambil usap perut umi. Then, cakap sekejap.. "adik, ini kakak iyah" (sambil tekap tangan ke dada) So suwitttttt!!!! hehe. Pandai dah dia. Saya selalu cakap dengan Insyirah. "Mari gosok perut umi, dalam ne ada adik, Iyah bawala adik cerita" . Mungkin sebab tu dia terdorong untuk buat gitu. Bawa adik cerita dan memulakannya dengan memperkenalkan diri.
Sebak tau.
Adik belum lahir lagi, saya dah pesan Insyirah macam macam. Mengada betul umi ne. Haha..
"Iyah, nanti bila adik lahir Iyah jangan manja tau"
"Iyah, bila adik da keluar nanti kena tolong umi jaga adik tau"
"Iyah, bila da ada adik nanti tak yah da nenen umi k" (yang ne dia geleng lajuuuuu..!!)
Kesian sungguh Insyirah yang masih kecil. Adik pula nanti macam mana?
Cannot imagine lebih lebih. Serahkan semuanya pada yang Esa. Allah ada. Mesti ada cara dan hikmahnya. Huhu...
Kawan-kawan, saya masih menghitung hari ne.. Doakan agar kelahiran kedua ini berjalan lancar dan dimudahkan ya.. InsyaAllah.
Agaknya best kut duduk dalam womb ne.. adik suka dengar bunyi jantung umi.. Tu yang belum nak kuar.. hehe..
Salam Sayang,
Ummu Al-Insyirah
Subscribe to:
Posts (Atom)


