Monday, July 2, 2012

cara menyediakan EBM kepada penjaga

Assalammualaikum
  
Hari ini, terlintas dan terniat pulak rasanya di hati untuk berkongsi cara bagaimana nak sediakan susu EBM kepada penjaga.. Yelah, sebelum ne banyak cerita pasal breastfeeding ja.. sekali sekala apa salahnya saya berkongsi ilmu yang sedikit cuma ini pada rakan-rakan ibu yang prihatin, yang sudi singgah di blog saya kan..
Setiap pagi hari saya bekerja, Insyirah akan saya tinggalkan dengan Mak Tonnya... jadi, saya kena sediakan susu Insyirah cukup-cukup dari seawal sekurang-kurangnya jam 8.00 pagi sehinggalah tamat waktu saya bekerja jam 5.00 petang..

Fisrt, kena pastikan dulu baby kita menyusu berapa auns sekali, dan yang saya pasti, Insyirah menyusu 3 auns untuk sekali menyusu. Biasanya, bayi kita akan menyusu 2 jam sekali. Jadi, mengikut kiraan, sedari jam 8 am hingga 5 am, Insyirah akan menyusu sekurang-kurangnya 5 kali.... Maka saya akan sediakan 6 botol yang berisi 3 auns susu macam kat bawah ne..


Keenam-enam botol ne berisi susu sebanyak 3 auns. Sebagai anggaran untuk 5 kali Insyirah menyusu. Oops.. saya sebenarnya bagi lebih 1 botol, sebabnya.. perjalanan saya dari tempat kerja ke papar mengambil masa 1 jam. Ituu.. kalau saya pulang tepat jam 5, seandainya terlewat dan berhadapan dengan jammed lagi, mesti Insyirah akan haus balik.. huhu Jadi, sediakan payung sebelum hujan..




Biasanya, saya akan mula keluarkan susu beku dari freezer pada jam 10 malam untuk proses pencairan.. Susu beku yang dah mencair ne mesti kena guna dalam masa 24 jam, dan tak boleh dibekukan semula.. Jadi, saya akan keluarkan susu beku cukup-cukup dalam 9 auns iaitu untuk 3 botol pertama, manakala seawal jam 3 pagi saya akan mula mempam, diikuti selepas solat subuh pulak.. Tujuan saya adalah untuk dapatkan fresh EBM untuk Insyirah.

Nampak tak, gambar di atas yang menunjukkan 6 botol susu. Ok, sticker di botol yang menunjukkan nombor 1, 2 dan 3 adalah susu beku yang telah dicairkan bermula pada jam 10 malam tadi.. Manakala, sticker nombor 4, 5 dan 6 tu adalah fresh EBM, yang saya perah seawal jam 3 pagi lagi... Haaa.. semenjak jadi ibu ne memang banyak masa dan waktu tidur yang dikorbankan... tapi, menjadi seorang ibu membuatkan kita lebih kuat.. kan..kan..

Kita sambung balik, kenapa perlu ada fresh EBM..?? Em.. pada saya, selain tujuannya untuk kebaikan Insyirah, ia juga bertujuan untuk elakkan pembaziran. Saya letak susu beku yang dicairkan pada 3 botol pertama agar ia confirm akan dihabiskan oleh anakanda Insyirah.. Sebab susu beku bila dah cair tak boleh bagi beku balik.. kan lebih baik habiskan dalam tempoh 24 jam..

Fresh EBM pula saya sengaja letak pada 3 botol terakhir, supaya, sekiranya susu tu tak habis diminum, kita boleh bekukannya... Kalau tak nak bekukan pun, guna untuk esok balik pun masi ok lagi.. Jadi tiadalah pembaziran...

Sekarang, saya bercadang untuk bagi Insyirah Fresh EBM sepenuhnya... InsyaAllah.. Stok susu saya kalau boleh nak simpan dulu untuk ramadhan ini mungkin... mudah-mudahan Allah terus murahkan rezki saya dan keluarga..



Sekian saja perkongsian saya tentang penyediaan susu ibu kepada penjaga ya.. Berkongsi selagi mana saya ada ilmu itu.. InsyaAllah.. Saya juga masih menggali ilmu tentang breastfeeding... ^_^v
BTW, selamat menyambut ramadhan yang akan menjelang.. Mudah-mudahan saya masih terus diberikan kekuatan untuk menyusukan dan menyimpan stok.. amin..

Sunday, July 1, 2012

si kecil yang sedang membesar

Assalammualaikum...

Wah! tak habis-habis lagi saya.. tetiba terajin sangat nak update blog.. fuhhh..

kali ne saja nak share pasal Insyirah yang sedang dalam percubaan untuk meniarap.. Dah ada beberapa kali hampir berjaya.. dan saya serta abi Insyirah juga turut membantu usaha Insyirah tu.. hehe





Alhamdulilllah.. sekarang semakin banyak perkembangan dalam proses tumbesaran Insyirah... Isnin lalu, Insyirah dah lepas jarum 3 serangkai... sekarang Insyirah pun da masuk 3 bulan 1 minggu.. 

Sekarang Insyirah kuat bercerita, suka menjerit..ada masa dia macam menyanyi pulak tu.. Insyirah bukan saja suka senyum malah dia da kuat ketawa.. Bila dia rasa sunyi dan bosan dia akan menjrit minta dilayan... Aduhai Insyirah..

Kadang-kadang, bunyi cerita Insyirah macam ada bunyi 'mam'... macam panggil mama la pulak kan.. tapi saya yakin itu biasa berlaku pada semua bayi yang semakin membesar... Ada masanya pulak dia pandai keraskan suara.. part ne yang saya rasa lucu, dia keraskan suara macam bunyi nak menakutkan kita tuuu.. boleh imagine?? hehe

Insyirah dah kurang manja berbanding dulu.. Cuma kata Mak Ton, ada masa dia pandai cari puting umi juga.. Insyirah..Insyirah...

Paling best lagi, Insyirah dah mula sukaaa mandiii... Tau kenapa? Bila kita buka baju dia, Insyirah mulalah menendang-nendang gembira, macam tau nak dimandikan.. Malah waktu mandi pun macam tu, dia suka bercerita tym mandi... tendang2 besen... macam tak nak berenti, kesianlah mak ton yang mandikan dia hari2, macam juga umi tym hujung minggu.. habis basah kuyup oleh dia...


Kalau pakai baju pulak Insyirah tak pandai diam... belum pakai pampers da merengkan badan.. dia nak tiarap..



Ne salah satu gambar yang menunjukkan usaha Insyirah untuk meniarap.. Insyirah tak pandai duduk diam sekarang, kalau letak pusing sana, pusing sini... berusaha sungguh2 nak tiarap... 




Dan... berjayalah jugak.. tapi.. masalahnya pulak dia takpandai menelentang balik, mesti nak minta tolong.. kuikuikui...


Insyirah..Insyirah...Insyirah... segala-galanya tentang dirimu...









 @ 1B KK....














Moga dikau membesar dengan baik dan menjadi seorang yang baik... Mudah-mudahan Insyirah sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt...

Umi juga berdoa agar mampu menyusukan Insyirah sehingga Insyirah cecah 2 tahun.. itu antara impian umi pada Insyirah.. Moga Allah swt memperkenankan niat umi dan abi ini..

Lagi tentang si kecil Insyirah... (",)..

siblings

Assalammualaikum wbt..

Kali ini pulak, saya rasa terpanggil nak story + upload about my sibling.. or sisters.. sebab saya ada 2 orang kakak dan 3 orang adik perempuan.. selebihnya, saya hanya ada seorang adik lelaki.. jadi biarlah cerita untuk ruangan pada saat ini mengenai sisters.. kakak dan adik..

Tiadalah nak cerita panjang lebar pun yang sebenarnya.. cuma, hari tu kan.. tak ingatlah tarikh.. huhu kitorang adik beradik jalan together2.. lama da tak gathering sejak kami kawen.. atau mungkin sejak semuanya stat sambung study after spm dulu.. lama kan.. hehe




Ne tengah urus susu untuk Insyirah.. terima kasih kepada adik dan kakakku yang setia membantu.. hehe baby Qisya pun tolong jugak.. tolong tengok dan sibuk perati.. hihihi



Suka pic ne.. letak efect segala.. sebelah kiri mak Ton Insyirah, yang jaga Insyirah sekarang.. Sebelah kanan pula maci ita Insyirah.. tapi kalau untuk kakak Qisya, maci ita ne da jadi babu ading..hehe



Thats my sisters... dari kiri sekali Mak Ton, umi dan Insyirah yang dah dibotakkan, Maci Ita@ babu ading ^_^, Nurul (sepupu abi), Kak Nisa (Mak Long Insyirah) dan kakak Qisya..


Mak Ton Insyirah ne, nama sebenar dia Syazwani, tapi kami panggil Eton. Dia baru abes degree kat UIA.. thats why sekarang masi kat ruma sambil2 aply keja, sambil2 jaga Insyirah, dalam masa yang sama Mak Ton keja Part time jadi tenaga pengajar mualaf setiap sabtu dan ahad... kreditla untuk usaha dan kerajinan Mak Ton ne.. Oh ya, Mak Ton, dalam masa yang sama jugak jaga Macik kami yang sakit strok pada setiap malam.. emmm, bolehla kita panggil dia, baby sitter + nurse + ustazah..yeah!


Macik Ita pula nama sebenarnya, Nasyitah.. Masih bujang lagi, sekarang berkhidmat sebagai ustazah di SMK Weston, Weston Beaufort... Oopss.. jangan terkejut ya, dia ustazah yang rock sikit, tapi rock yang masih dalam batas.. hehe


Kak Nisa @ Mak Long @ Mama Qisya pula, namanya Khairunnisa... juga seorang guru bahasa Inggeris di SMK Majakir, Papar...


Haaaa... si kecil sorang tu Qisya Irdina @ Kakak Qisya @ saya lebih suka panggil dia Qicha Chu @ Qichu!! hehe.. geram dengan dia neeee.. umi selalu rindu qichu!!!








Pic ne di ambil selepas beberapa hari majlis akikah Insyirah, kalau tak silap dalam tarikh 1 Jun.. Waktu ne jugak, Insyirah dah dibotakkan, selepas akikah.. Nampak tak, sengaja pakaikan Insyirah gaun dan ribbon kat kepala supaya orang tau Insyirah tu baby girl.. hehe


Btw, Qichu ne kan macam-macam ja gayanya... emmmm...




Umi, Abi dan Insyirah... cantik kan.. berlatar belakangkan masjid.. Oh ya, our location ne kat Masjid Bandaraya, Likas.. Sebenarnya, kitorang gathering pegi Karnival Amal Istiqbal Ramadhan di Masjid Bandaraya pada 30 Mei hingga 3 Jun...  Karnival ne berunsurkan islamik yang pertama kali diadakan...

Nak cerita sikitlah pasal karnival ne.. Act, saya puji usaha untuk mengadakan karnival islam ne, cuma hari tu macam tak berapa mendapat sambutan, mungkin salah satu sebab kurang promotion atau.. yelah kan, kalau yang berunsurkan islam ne tak ramai orang tertarik... tapi saya dan keluarga sangat suka.. huhu hopefully, taun depan akan diadakan lagi dengan lebih pengisian dan promotion yang menarik...^ _^v




Aikk.. kakak Qisya buat apa dengan mak ton tuuu.. heheheh..


Hah.. ini sajalah pic yang dapat saya upload... sekian saja story mory about my siblings...

Oh ya, sebenarnya sisters ne tak complete lagi.. Masih ada adinda tersayang Amirah @ maci meme Insyirah yang tiada picnya dalam ne.. sebabnya, maci meme Insyirah tengah study sekarang kat KLMU... kesian maci meme tak dapat join gathering together2... Tapi tak apa, andai diizinkan Allah, nanti kita boleh gathering lagi... InsyaAllah...

Satu lagi Pacik Daus Insyirah @ Muhammad Firdaus.. Dia pun tengah sambung study kat Matrikulasi Labuan... next storylah ya...

eh..eh.. macam ada yang tinggal lagi la..kira punya kira ada yang tak cukup...emmm..???

laaaa... Bungsu Insyirah!! @ Adik Kay...@ Kamaleiah... pun tiada tym ne... tak ingat dia gi mana... kalu macam tu pun next storylah ya...

haaa... sebenarnya, saya ada 7 orang adik beradik, 6 perempuan dan sorang saja lelaki... dalam pic di atas sebenarnya, tak complete lagi... tapi tak apa, kita boleh sambung cerita nanti ya.. n the next entry nanti saya akan cerita pasala ipar duai pulak, mean family sebelah abi Insyirah... atau macik dan pacik sebelah abi Insyirah... InsyaAllah..

SEKIAN...!!! ^_^v