Tuesday, April 29, 2014

Semakin "lurus cakap" semakin "tak faham makna" - part II

Assalammualaikum

Lama tuan tanah kedaung sembunyi. Buzy lah katakan.. Sapa tak rindu belog oi! sini je lah tempat nak muntahkan benda baik.. eheh baik ek! Rindu sungguh2 nak menaip panjang. So, seandainya belog ini dikunjungi pembaca maka get ready neuron anda untuk menerima entry yang insyaAllah panjang ini. Tym tengah malam, anak-anak da tidur bolehla ketak ketik lappy kennn.. excited ne..
Kalau korang lemah semangat, takyah baca. Entry ne cakap pasal anak... hehe.. 

Pernah tak korang rasa macam nak pengsan, pitam bila fikir hal anak-anak. Pernah tak korang rasa nak jatuh tak nak bangun-bangun, pernah tak korang rasa nak teriak, nangis puas-puas hanya kerana fikir pasal anak??!! pernah? eh.. soklan ntuk mak mak jeww..ampunn!!

Yang anak sudah 4, 5... sudah sekolah, sudah bujengsss...sudah kawen sudah bercucu cicit sudah sudah cukup cukup sudahh.. mesti takkan terus baca entry mengada ne... kan... huhu. Akak, mokcik! saya ibu baru... baru belajar lah katakan, kalau salah tolong tunjukkan..

SAYA RINDU INSYIRAH... =((  sungguh2. 
Cakap pasal budak pintar ne (aminnn) saya rasa sebak. Dada macam nak semput. Tak habis fikir. Budak manja ne jadi kakak diusia sebelum 2 tahun. Masih breastfeeding dan sekarang share breastfeed dengan adik Furqan. Manjanya kemain! huhh** pengsan!  @__@

Kalau ibu yang dah ada 3 anak baca entry ne, mesti dia ketawa kaw-kaw. Atau mungkin kalau mama saya sendiri yang baca mesti dia batuk sampai kuar air mata. Rasakan ko saprot! hehe. 

Insyirah tu, Kesian dia... 
Bila dulu, perhatian cuma pada dia seorang. Jadi, perangai ada baik punyaaa... Menyusu pun tak berkongsi. Waktu tu dia menulis ka, baca Alif Ba Ta ka, ummi abi dengar sungguh-sungguh. Dia nyanyi ABC ummi abi tepuk tangan, siap cakap "pandaiiiii"... Sebelum tidur abi tak tinggal bacakan hadis, bacakan kisah anai-anai, kisah nabi-nabi... 
Korang dapat imagine betapa bahagianya Insyirah dibelai ummi abi tanpa belah bagi?! dia mengamuk tak tentu pasal pun umi layan je bro! Insyirah minta air oren pun ummi bagi je selamba, lepastu dia tumpahkan depan tv ummi ikhlas je lap.... tak banyak bunyi...

Now, Insyirah sudah berteman. Insyirah nangis ummi cakap "sayang" tapi dari jauh. Insyirah kata nak 'nen ummi', ummi cakap "adik dulu". Insyirah mengamuk tak tentu pasal ummi jeling je dari jauh. Ummi rasa tak berdaya....

Sampai satu hari, Insyirah sungguh2 nak ummi peluk dia ikhlas. Nak ummi halakan mata hitam betul2 ke dalam anak mata hitamnya... Allahurabbi.... Tau tak Insyirah cakap macam mana..

Insyirah : "ummi, iyah nen umi.. tido bilik.." (ne mmg bahasa Insyirah bila nak tidur)
Ummi : "ok. Insyirah tunggu ummi dibilik ya, ummi tidurkan adik dulu."

Tubuh si kecil pun laju masuk bilik tunggu ummi. Dia dengar cakap. Tapi ummi kena pastikan adik betul2 kenyang menyusu dan tidur. Lama tunggu ummi tak muncul.
Si kecil keluar balik. "Ummi, iyah nen ummi..tido bilik" ummi gelabah kejap! "ok2 nanti ummi datang" sampai kali ke tiga Insyirah dah tak tahan agaknya... kesian kebetulan ucu Insyirah lalu.. dan.. "ucu, ambillah adik, iyah lg nen ummi, iyah mau tido bilik, kesianla iyah" (sambil nangis)....

Ko mampu tahan budak kecik cakap cenggitu??!!
Insyirah..Isnyirah, makin lurus cakap kamu, semakin rumit ummi abi tafsir makna tersirat tau!
Depan ucu juga air mata ummi jatuh nak... ish apelah sensitip angat! tak polah, esok2 ucu kawen beranak taulah jiwa mak mak cemana kan.. 

sebak...

Safiyyah Insyirah,
belum usia kamu 2 tahun kamu dah jadi kakak. Belum kamu cukup menyusu kamu dah berkongsi dengan adik. Belum habis manja, kasih sayangmu sudah terbelah terbahagi. Kesian kamu Insyirah.

Kadang-kadang bila keluar tantrum Insyirah, saya sendiri tak larat nak layan. Padahal waktu anak tantrum at least peluklah dia dari belakang. pujuk pelan2. Cakap tau! Buat tak mudah.. huhu #aptb!

3 bulan siang malam dengan Insyirah...
Insyirah da lurus cakap. Insyirah da tau sesetengah adab. Insyirah da hafal doa makan. Insyirah suka ajuk abi mengaji, ummi solat. Tak apa... ummi abi tak marah. hari ne dia ajuk. esok2 dia ikut, dia buat sungguh2. Insyirah rajin. Bila ummi minta tolong ambil barang adik, dia buat. Ummi minta tolong buang sampah dalam tong sampah, dia buat. Ummi suruh tengokkan adik bila ummi nak mandi dia buat tapi.... haihhh, sayang katanya dengan adik, ada waktu adik akan jadi mangsa tempat dia luahkan ketidakpuasan terhadap layanan ummi dan abi. aduhai anak-anakku....

Insyirah,
Satu hari, bila dah kenal cukup2 ABC, bila dah boleh mengeja membaca... baca entry ummi ne ya sayang... kamu taulah sayangnya ummi dengan kamu!
Insyirah,
kamu dan adik adalah amanah Allah buat ummi abi. Ummi risau bila mungkin ummi mensia-siakan kamu tanpa sedar.. macam mana ummi nak jawab nanti nak.. Allahu sentap! 

Moga Allah mudahkan ummi abi didik kamu anak-anakku.. Tak pelah tu ummi abi doa mnta dengan Allah ja ya nak.. 












Saya paling tak lupa waktu Insyirah demam, Kesian. Boleh dia mengadu dengan suara dari hidung yang tersumbat.. "Ummi iyah demam" sambil pegang kepala. Lepastu malam hari yang biasanya badan akan lebih panas, dia mengadu "ummi, iyah cakit kepala". Tak tahan.. Sekarang pun Insyirah masih batuk2. Baru baik dari demam. Badan dia dah kurus. Kaki tangan yang dulu montel tinggal macam batang saja. Waktu dia tidur mula lah umminya layan perasan sendiri. Sapa tak runtun jiwa tengok anak waktu budak budak tu tidur.. Sebak.

Kadang kadang cakap sendiri sendiri. "kenapalah satu hari ne aku kurang peduli dia"... Kenapalah tadi aku marah marah dia, Ngeng betol!"

Rasanya, semua mak mak macam tu bila tengok anak tido kan...



Tau tak, makanan kegemaran Insyirah adalah sup ayam & ikan rebus kunyit? Muehehe.. Omeiii kan macam feveret maktua dia juga.. Nenek2 sangat. Sebenarnya Insyirah suka sup. Bagi ja apa apa sup asal tak pedas. Confirm licin!













Sudah jadi omak ne, merasalah perasaan mama dulu... kami dahla 7 orang , jarak setaun2 lak tu. Mama kata, dulu kak nysa belum pandai jalan lg pun, kak eta dah lahir. Kak Eta belum pandai bertelatai lagi ummi dah lahir. Ummi tak habis menyusu pun lagi.. Mak ton kamu dah lahir.. huhuhu... ketawalah sangat kan, ko tunggu ehhh!!

Insyirah.. Insyirah.. Insyirah, tidak mampu habis fikir ummi pasal kamu. Adik pun begitu. Bila Allah izinkan ummi mau resign. Jaga akhlak kamu saja. Soal rezeki... Allah kan ada, dimana-mana pun ada. InsyaAllah.

3 bulan saya yang penuh makna bersama anak-anak. Best kut jadi suri rumah. Kebimbangan setiap hari yang dirasa tiap waktu kerja tu tiada langsung, sebab anak-anak depan mata. Biarpun kadang kadang ummi nya yang datang tantrum.. Hehe ko mampu?

Moga Safiyyah Insyirah jadi anak baik yang solehah. Jaga akhlak dan adab. Bertakwa pada pencipta dan kekasihNya.. Abi kata, esok bila kamu nak kawen, abi nak bermusafir dulu bersama bakal menantunya... Ntah, abi cakap gitu. InsyaAllah moga tuhan jodohkan dengan si soleh. Amin!

Jadi anak yang baik ya Insyirah!



Salam sayang,
Ummi Al-Insyirah & Al-Furqan

Saturday, March 1, 2014

SABTUDAY ENTRY... WELCOME MARCH!

Assalammualaikum

Sudah 23 hari berlalu selepas Furqan lahir...

Yup. Today is my 23 days for confinement! Baiqlah... Perasaan? ok je.. hehe

Alhamdulillah. Selamat semuanya. Selamat Furqan lahir dan membesar hingga hari ini. Dan saat entry ini ditaip dia nyenyak tidur di sebelah. Furqan sihat. Ya, Allah pinjamkan segala nikmat buat satu lagi nyawa yang baru bernafas di bumiNYA ini. 

Selepas 23 hari... Baru hari ne dapat buka laptop tengok previews entry dari kengkawan blogger. Sebelum ne, entry Furqan saya taip guna tab. Taip di hospital, ditemani pancaran lampu biru phototerapy dan tangisan bayi kecil. Waktu tu, saya berhadapan dengan keadaan emosi yang mencabar rasional keibuan. Ehehe. Thats a life. Tiada ujian, bukan kehidupan! Itu janji Tuhan. 

Furqan anak yang kuat. InsyaAllah. Doakan dia ya. Membesar dengan sihat dan bijak.

Waktu-waktu begini bukan mudah nak curi masa menaip. Kalau guna handphone tak puas nak menaip pepanjang. Heee... Nak kena ada keyboard dan skrin yang besar jugeee..
Kalau bukan Furqan yang nangis kakak dia yang bising, "ummi, nenen!", "ummi momom!" hehe..

Ne tengah taip laju-laju lah ne. Hikkk...

Pengalaman bersalin kali ne, beza dengan yang pertama.. aha! Alhamdulillah walaupun betul2 ikut due, kalau banding dengan Insyirah dulu, kira lewatlah, sebab Insyirah dulu awal seminggu. Tapi jauh lebih mudah. Jauh lebih cepat. Syukur. Doktor Sutha, my doc.. suggest if saya tak bersalin pada hari due, dia nak induce sebab tak galakkan tunggu lagi. Uri dah teralu matang, takut baby berak ke hapa dalam rahim kan.. so masalah lagi pula.

Syukurlah, 7 Febuari 2014 tu mmg EDD saya.. Subuh tu dah rasa contraction. Tengah sakit tu, saya berharap akan turun tanda. Tapi tetap tak ada. Huhu. Tunggu tunggu juga keluar darah ke, pecah ketuban ke. Tapi masih rasa sakit. Jam 8 am macam tu sampai g Rafflesia, doktor buat VE dan dah buka 3 cm.. Alhamdulillah. Takyah induce bagai! Jam 1.35pm, lahirlah FURQAN HARRAZ ke dunia dan mula bernafas di alam baru... Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

Niat nak taip panjang lagi neh. Tapi kita buat slow slow oke. Jangan jemu lawat "tanah kedaung" saya yang buruk ne ek... Kat sini saya suka cerita banyak. Kalau berdepan lidah saya kelu, muka jadi maluuu.. ehekss!! Nak kenal-kenal singgahla blog slalu.. hikhik..

Nanti saya share lagi... Assalammualaikum..

Ummu Al-Insyirah & Al-Furqan
[tengah cari nama yang sesuwei]


*******************************************************************************

Pembeza Yang Waraq IV

Furqan,
Begitulah kehidupan...
Langkah kamu baru bermula...
Takdir kamu semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz, sayang...
Ya nak, takdir!
Kelahiran kamu, rezeki kamu, jodoh kamu, nasib kamu, dan... ajal kamu...

Malah,

Kita semua.. Ummi juga begitu, Abi juga begitu, Kakak juga begitu...

Furqan,
Kelahiran kamu, perlahan-lahan menyedarkan ummi tentang TAKDIR, TAKDIR, dan TAKDIR!!!
Kerana ia tidak semudah yang yang kita fikir
Kerana ia bukan seringkas yang kita sangka

Kamu bersedia ya sayang...
Andai usia kamu masih panjang Allah pinjamkan...
Terlalu banyak liku kehidupan dan ujian yang perlu kamu lalui...
Memang begitu sayang...
Allah telah janjikan...

Kita hidup di dunia
hanya sementara
Titilah perjalanan hidup di dunia menuju akhirat ... menuju pintu-pintu syurga Allah swt..

Furqan,
Jadi "hamba" ya!
...bukan pada manusia...
dan
...bukan pada dunia...


ummi sayang kamu!

Thursday, February 13, 2014

Pembeza yang waraq III

Assalammualaikum

Furqan,
Seperjalanan kita ke HWKK, kamu sudah tidak mahu menyusu umi...
Kenapa sayang...
Umi tak putus asa paksa kamu menyusu kerana kamu sangat perlukannya. Kamu harus bnyak menyusu untuk bantu turunkan kuning, kamu mesti bnyak berak Dan kencing...

Menyusu lah nak...

Sepanjang perjalanan umi doa.. Minta petunjuk terbaik dari yang maha kuasa. Umi sendiri tidak mampu meneka taqdir kita sayang... Terlalu bnyak risiko pertukaran darah yang dikhabarkan, samada dari orang, Internet, Dan Doktor sendiri...

Abi kamu tidak berhenti kuatkan semangat umi... Sedangkan umi tau dia juga Cuba mencari kekuatan untuk dirinya... Asyik berlama di surau... Umi faham abi kamu.. Bila dia diamkan diri, tidak diangkat Telefon berbunyi... Dia sujud Pada pencipta, minta petunjuk Allah yang esa...

Umi pula, hanya mengharap yang terbaik buat kamu Furqan...

*****

Sampai di wad HWKK, sekali lagi kamu dicucuk sana sini. Sabarlah sayang, ada hikmah disebalik setiap yang berlaku.. Kamu sangat kuat, tangan dan kaki kamu sudah bertukar wajah... Banyak kesan tusukan jarum, warna pula lebam membiru... Anakanda umi, Furqan... andai Allah panjangkan usiamu, umi mau kamu tau perjalanan hidup di dunia penuh pancaroba Dan telalu Banyak likunya... Ia lebih hebat dari tusukan jarum, lebih Sakit dari terluka tangan... Tiada siapa dapat lari darinya. Kita semua bagai dirantai bersama untuk menghadapi nya...

Kuncinya Cuma iman.. Kamu Ingat ya Furqan...

Kamu tau Furqan, dalam kesedihan dan kebimbangan yang umi hadapi Saat ini, sedih melihat keadaan kamu, bimbang akan Proses tumbesaran kamu.. Umi Cuba luaskan minda melihat dan mengkaji didikan terus dari Allah ini...

Waktu di hospital Papar, umi dipertemukan oleh Allah swt dengan seorang ibu yng hebat.. Ibu yang kuat... Bila kita trpaksa berdepan dengan keadaan untuk tukar darah, umi rasa kasihannya kamu sayang... Ia seperti, Kenapa Furqan.. Kenapa mesti Furqan.. Subhanallah hinanya kita Bila mempersoalkan begitu Pada taqdir Allah nak.. Sesungguhnya kamu anak yang sangat bertuah, Allah sayang kmu..

Kamu tau, ibu itu punya 3 anak yang lahir pra- matang. Ketiga2 anaknya lahir di usiamu 30 minggu. Sebab anak2 itu tidak mampu membesar dalam rahim ibunya memandangkan air ketuban yang tidak mencukupi. Dari anak yang pertama dia tidak pernah rasa seperti ibu2 lain yang berpeluang untuk dukung, peluk cium sejurus selepas melahirkan.. Apatah lagi mau menyusui.. Bila anak lahir saja terus dimasukkan dalam incubator. Dia tidak diizinkan untuk menyentuh pun. Nak tengok anak dari cermin saja.. Proses itu berlaku lebih sebulan. Banyangkan bila dia lahirkan anak pramatang yang lahir Cuma 900 gram, lepas melahirkan dia hanya lihat badan anaknya yang berselirat wayar dari Kepala hingga kaki, diuji lagi dengan kuning yang tinggi dan terpaksa melalui proses tukar darah juga. Kemudian tinggal di hospital berbulan bulan hanya untuk naikkan Berat baby... Diusia anak itu 2 bulan beratnya hanya sekilo lebih..

Ketiga2 anaknya mengalami masalah yang sama. Dan Doktor sudah bagitau dia awal2, andai dia ditakdirkan mengandung lagi, dia tetap akan alami masalah yang sama dan dia redha. Katanya Selagi boleh beranak dia tidak kisah. Dia sudah biasa besarkan anak pramatang. Sekarang anaknya yang sulung sudah 6 tahun dn sekolah. Tiada cacat cela dan lalui hidup dengan sempurna. Kuat kan ibu itu sayang...

Selama mengandung dan melahirkan kamu Allah mudahkan Furqan. ..

Andai kamu perlu lalui Proses tukar darah... Umi redha sayang kerana apa yang Allah takdirkan, itulah yang terbaik. Mungkin Allah sengaja temukan umi dengan keadaan-keadaan tertentu Selama bermalam di hospital.. Agar lebih kuat untuk umi putuskan, Dan redha. Apapun yang bakal berlaku umi harus redha..

Kamu pun kuat kan sayang...

Ya, takdir Allah itulah yang terbaik...

"puan, kami perlukan jawapan puan... Nak buat proses tukar darah atau tidak...? "

Umi tersentak..

Umi kata tunggu abi kamu datang. Biar dia yang putuskan.

Pintu wad diselak dan... Betul! Abi kamu sudah Sampai..

Ya Allah... Beri kami kekuatan...