Thursday, July 5, 2012

mempam terus ke STORAGE BAG AUTUMNZ

Assalammualaikum..

Sekadar ingin turut berkongsi dengan para ibu di luar sana..
Sebelum ini, saya pernah terbaca di blog seorang ibu bahawa dia pernah memerah terus ke beg plastik Autumnz dengan menggunakan Medela Freestyle..emm.. pump idaman!! hehe..

Jadi, saya rasa tertarik tapi waktu tu tiada niat nak cuba juga.. Tapi semalam, ketika nak pam susu lepas maghrib, baru saya terperasan yang storage bottle saya tiada yang kosong, semuanya berisi susu. Balik Papar ne, saya tak bawa banyak storage bottle, cuma bawa dalam 15 biji je.. cukup2 untuk sediakan susu Insyirah dan selebihnya untuk mempam..

Waktu ne la saya rasa nak memanfaatkan ilmu baru lagi, saya rasa lebih baik cuba apa saja ilmu yang bermanfaat tentang bf ne. At least, saya dah ada pengalamannya sendiri.

Semalam, selepas mencubanya, saya rasa tiada masalah.. saya mempam macam biasa, kuantiti susu pun sama macam biasa, cuma memang kena berjaga daripada susu tumpah. Tapi istimewanya storage bag Autumnz ne, zip lock dia ketat. Sambil saya pegang bahagian atas plastik sambillah saya memerah..

Oh ya, saya gunakan pam medela harmony saya.. jadi saya rasa mudah saja..




Nampak tak contoh gambar di atas? mula2 saya masukkan sedikit badan bahagian bawah pam ke dalam plastik autumnz, kemudian lock zip plastik tu di kedua-dua bahagian hujung plastik. Pastikan plastik tak jatuh ya, biar ketat sikit...





Ini cara saya mempam. saya pegang hujung plastik, bahagian atas tu sambil pam.. tujuannya untuk pastikan plastik tak lari atau terjatuh... haa.. ne kena alert ok.. kalau jatuh sayang titisan air berharga kurniaan tuhan untuk anak kita...



Senang jee.. tak susah pun..Yang penting kita enjoy dan ikhlas ketika mempam.. Jangan stres ya ibu-ibu yang baik..

So, jom sama-sama cuba ilmu baru.. ^_^ v

Monday, July 2, 2012

cara menyediakan EBM kepada penjaga

Assalammualaikum
  
Hari ini, terlintas dan terniat pulak rasanya di hati untuk berkongsi cara bagaimana nak sediakan susu EBM kepada penjaga.. Yelah, sebelum ne banyak cerita pasal breastfeeding ja.. sekali sekala apa salahnya saya berkongsi ilmu yang sedikit cuma ini pada rakan-rakan ibu yang prihatin, yang sudi singgah di blog saya kan..
Setiap pagi hari saya bekerja, Insyirah akan saya tinggalkan dengan Mak Tonnya... jadi, saya kena sediakan susu Insyirah cukup-cukup dari seawal sekurang-kurangnya jam 8.00 pagi sehinggalah tamat waktu saya bekerja jam 5.00 petang..

Fisrt, kena pastikan dulu baby kita menyusu berapa auns sekali, dan yang saya pasti, Insyirah menyusu 3 auns untuk sekali menyusu. Biasanya, bayi kita akan menyusu 2 jam sekali. Jadi, mengikut kiraan, sedari jam 8 am hingga 5 am, Insyirah akan menyusu sekurang-kurangnya 5 kali.... Maka saya akan sediakan 6 botol yang berisi 3 auns susu macam kat bawah ne..


Keenam-enam botol ne berisi susu sebanyak 3 auns. Sebagai anggaran untuk 5 kali Insyirah menyusu. Oops.. saya sebenarnya bagi lebih 1 botol, sebabnya.. perjalanan saya dari tempat kerja ke papar mengambil masa 1 jam. Ituu.. kalau saya pulang tepat jam 5, seandainya terlewat dan berhadapan dengan jammed lagi, mesti Insyirah akan haus balik.. huhu Jadi, sediakan payung sebelum hujan..




Biasanya, saya akan mula keluarkan susu beku dari freezer pada jam 10 malam untuk proses pencairan.. Susu beku yang dah mencair ne mesti kena guna dalam masa 24 jam, dan tak boleh dibekukan semula.. Jadi, saya akan keluarkan susu beku cukup-cukup dalam 9 auns iaitu untuk 3 botol pertama, manakala seawal jam 3 pagi saya akan mula mempam, diikuti selepas solat subuh pulak.. Tujuan saya adalah untuk dapatkan fresh EBM untuk Insyirah.

Nampak tak, gambar di atas yang menunjukkan 6 botol susu. Ok, sticker di botol yang menunjukkan nombor 1, 2 dan 3 adalah susu beku yang telah dicairkan bermula pada jam 10 malam tadi.. Manakala, sticker nombor 4, 5 dan 6 tu adalah fresh EBM, yang saya perah seawal jam 3 pagi lagi... Haaa.. semenjak jadi ibu ne memang banyak masa dan waktu tidur yang dikorbankan... tapi, menjadi seorang ibu membuatkan kita lebih kuat.. kan..kan..

Kita sambung balik, kenapa perlu ada fresh EBM..?? Em.. pada saya, selain tujuannya untuk kebaikan Insyirah, ia juga bertujuan untuk elakkan pembaziran. Saya letak susu beku yang dicairkan pada 3 botol pertama agar ia confirm akan dihabiskan oleh anakanda Insyirah.. Sebab susu beku bila dah cair tak boleh bagi beku balik.. kan lebih baik habiskan dalam tempoh 24 jam..

Fresh EBM pula saya sengaja letak pada 3 botol terakhir, supaya, sekiranya susu tu tak habis diminum, kita boleh bekukannya... Kalau tak nak bekukan pun, guna untuk esok balik pun masi ok lagi.. Jadi tiadalah pembaziran...

Sekarang, saya bercadang untuk bagi Insyirah Fresh EBM sepenuhnya... InsyaAllah.. Stok susu saya kalau boleh nak simpan dulu untuk ramadhan ini mungkin... mudah-mudahan Allah terus murahkan rezki saya dan keluarga..



Sekian saja perkongsian saya tentang penyediaan susu ibu kepada penjaga ya.. Berkongsi selagi mana saya ada ilmu itu.. InsyaAllah.. Saya juga masih menggali ilmu tentang breastfeeding... ^_^v
BTW, selamat menyambut ramadhan yang akan menjelang.. Mudah-mudahan saya masih terus diberikan kekuatan untuk menyusukan dan menyimpan stok.. amin..

Sunday, July 1, 2012

si kecil yang sedang membesar

Assalammualaikum...

Wah! tak habis-habis lagi saya.. tetiba terajin sangat nak update blog.. fuhhh..

kali ne saja nak share pasal Insyirah yang sedang dalam percubaan untuk meniarap.. Dah ada beberapa kali hampir berjaya.. dan saya serta abi Insyirah juga turut membantu usaha Insyirah tu.. hehe





Alhamdulilllah.. sekarang semakin banyak perkembangan dalam proses tumbesaran Insyirah... Isnin lalu, Insyirah dah lepas jarum 3 serangkai... sekarang Insyirah pun da masuk 3 bulan 1 minggu.. 

Sekarang Insyirah kuat bercerita, suka menjerit..ada masa dia macam menyanyi pulak tu.. Insyirah bukan saja suka senyum malah dia da kuat ketawa.. Bila dia rasa sunyi dan bosan dia akan menjrit minta dilayan... Aduhai Insyirah..

Kadang-kadang, bunyi cerita Insyirah macam ada bunyi 'mam'... macam panggil mama la pulak kan.. tapi saya yakin itu biasa berlaku pada semua bayi yang semakin membesar... Ada masanya pulak dia pandai keraskan suara.. part ne yang saya rasa lucu, dia keraskan suara macam bunyi nak menakutkan kita tuuu.. boleh imagine?? hehe

Insyirah dah kurang manja berbanding dulu.. Cuma kata Mak Ton, ada masa dia pandai cari puting umi juga.. Insyirah..Insyirah...

Paling best lagi, Insyirah dah mula sukaaa mandiii... Tau kenapa? Bila kita buka baju dia, Insyirah mulalah menendang-nendang gembira, macam tau nak dimandikan.. Malah waktu mandi pun macam tu, dia suka bercerita tym mandi... tendang2 besen... macam tak nak berenti, kesianlah mak ton yang mandikan dia hari2, macam juga umi tym hujung minggu.. habis basah kuyup oleh dia...


Kalau pakai baju pulak Insyirah tak pandai diam... belum pakai pampers da merengkan badan.. dia nak tiarap..



Ne salah satu gambar yang menunjukkan usaha Insyirah untuk meniarap.. Insyirah tak pandai duduk diam sekarang, kalau letak pusing sana, pusing sini... berusaha sungguh2 nak tiarap... 




Dan... berjayalah jugak.. tapi.. masalahnya pulak dia takpandai menelentang balik, mesti nak minta tolong.. kuikuikui...


Insyirah..Insyirah...Insyirah... segala-galanya tentang dirimu...









 @ 1B KK....














Moga dikau membesar dengan baik dan menjadi seorang yang baik... Mudah-mudahan Insyirah sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah swt...

Umi juga berdoa agar mampu menyusukan Insyirah sehingga Insyirah cecah 2 tahun.. itu antara impian umi pada Insyirah.. Moga Allah swt memperkenankan niat umi dan abi ini..

Lagi tentang si kecil Insyirah... (",)..