Sunday, March 31, 2013

Isnin - 1 April 2013

Assalammualaikum

Alhamdulillah, semuanya baik-baik saja...
Cuma, seawal jam 8 tadi saya dah masuk pejabat. Hanya untuk punch in dan berniat nak jumpa bos untuk maklumkan yang saya kena keluar sekejap. Sebab nak bawa Insyirah ke klinik. Huh! Sebelum tu saya tunjukkan juga sijil cuti sakit saya minggu lalu.. Alhamdulillah, Allah mudahkan. Walaupun hakikatnya bos saya rupanya bercuti tapi saya dah maklumkan kepada yang berkenaan. So, semuanya oke saja... Syukur.

Errrhh.. Tiba-tiba lak nak g klinik bawa Insyirah kan.. 
Haa.. Pagi tadi saya terperasan waktu nak menyusui Insyirah. Ada bintik-bintik putih tumbuh di sekitar mulut Insyirah. Patutlah kemarin dia berliur. Makan, minum dan menyusu oke saja. Tak ada juga dia nangis kesakitan. Saya risau kalau-kalau bintik putih tu serupa ulser. Duhh..!! sakit tu. 

Sampai di klinik, syukur tiada apa-apa yang serius dan bintik putih tu rupanya bukan ulser, cuma sejenis kulat yang dipanggil fungal.. Biasanya ia tidak sakit, cuma kalau dibiarkan akan menimbulkan rasa tak selesa kalau anak makan dan menyusu. So, doktor bagi ubat sapu.

Sekitar jam 10 lebih saya sampai ofis. Terus buat kerja. Haa... waktu rehat saya terus buka blog ne dan google pasal bintik putih di mulut baby... 

Korang nak jugak? oke.. oke.. Saya dah baca, tapi masa rehat tinggal sikit, tak dapat nak taip panjang.. hihi... Korang buka je la klinik blog DR. ZUBAIDI ne..

K.. ada kerja tertangguh..

Byeeee..!!! ^_^ v

great holiday!!

Assalammualaikum

Hari ini hari ahad...? Wah, cuti dah nak berakhir... Saya bercuti selama 4 hari bekerja, dan 3 hari cuti umum... Maka sudah 7 hari saya dirumah, berehat dan berulit bersama Insyirah.. Yeaayyy... Cuti yang panjang untuk seorang pekerja kerajaan yang penuh dengan peraturan dan saki baki tugasan yang ditinggalkan... Tapi masih saya anggap sangat pendek bagi seorang ibu dan isteri.. Huhu..

Sungguh saya rindukan cuti!!! Saya mahu bersama Insyirah 24 jam lagi setiap hari... Tapi, tanggungjawab lain kena saya ambil peduli..

Terima kasih Ya Allah, kerana beri saya kesempatan untuk bersama Insyirah selama seminggu sekurang-kurangnya siang dan malam... Hasil daripada cuti rehat yang diberikan doktor hospital kepada saya.. Cuti rehat untuk ibu mengandung yang mengalami masalah pendarahan kecil sehingga berakhir dengan keguguran... Minggu yang penuh dengan pengisian yang mencabar.. Yang memerlukan setinggi kudrat untuk mngahadapi dugaan dari segi fizikal dan mental.. InsyaAllah saya kuat..  ^_^ v

*******
Esok pula bagaimana..? huhu 
Kebetulan, masalah yang saya hadapi di saat saya memang memerlukan cuti rehat yang panjang daripada memikirkan keadaan di pejabat dengan timbunan kerja yang membingungkan.. Errgghh.. Minggu lalu sebenarnya minggu audit  (dalaman) untuk Persijilan MS ISO tahun ne.. Tak nak fikir lah, Doktor dah bagi cuti kan.. Tengah kita sakit dan bermasalah, ko ingat ada hati lagi aku nak fikir pasal pejabat? baik fikir rumah dan anak.. hehe.. Ups! kontrol.. Positif, sabar dan lapang dada.. Besok kena niat baik2, kerja untuk ibadah pada Allah.. In shaa Allah..

Sebelum ne, bos pun suruh rehat dan tak payah fikir kerja, cuma waktu saya maklumkan pasal MC tu, ada juga dia minta izin untuk kol kalau ada masalah berkaitan yang memerlukan pertolongan saya, sebab waktu tu audit kan.. Bimbang dia bingung nanti.. Tu la beza bos dengan pekerja.. Ada manusia jadi bos tapi tak sebijak pekerja.. Orang bodoh mintak orang bijak kerja ngan dia.. Tapi kenapa dorang jadi bos ekk? Hehe.. Eh janganlah fikir bukan-bukan pula, saya tak mengata bos saya k.. Bos saya baik dan sangat bertimbang rasa.. Syukur Allah mudahkan urusan kerja saya dipejabat.. ^_^ v

*******
Ok.. Esok punya cerita tunggu esok sajalah ya, janji niat baik dan hati kena sentiasa positif.. tenang dan lapang dada...

Saya cukup hargai cuti 7 hari siang dan malam bersama Insyirah. Bestnya jadi suri rumah sepenuh masa.. Itulah cita-cita saya sekarang. Nak jadi suri dalam hidup suami tercinta dan ibu terbaik buat anak-anak saya... Jalannya masih saya fikirkan.. Segalanya bergantung atas izin Allah swt.. Saya dah kerja 5 tahun lebih, dari bujang sampai dah kawen dan beranak, dari hanya kelulusan stpm, sehinggalah saya berkesempatan menggenggam segulung ijazah.. Bila suarakan niat pada orang tertentu, minta pandangan dan pendapat, setakat ini tiada yang bersetuju dengan keputusan saya untuk jadi surirumah...kecuali abi.. =)  Jangankan orang, saya sendiri bila fikirkan soal taraf hidup yang makin meningkat, memikirkan bimbang ilmu yang sekian lama dituntut semakin pudar hilang begitu saja.. Berat juga nak buat keputusan. Tapi kalau nak fikir jauh, soal masa depan anak-anak.. Emm.. Tak salah tau kalau saya tak fikir panjang terus berenti.. Ehehe.. Tapi tak boleh main langgar je.. Kena positif ok.. Sebab tulah, yang paling penting berserah pada Allah, minta petunjuk.. In shaa Allah. Janji Allah itu pasti... Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA.. kan?!

Kalau diberi peluang, saya mahu cuti panjang lagi.. Cuti yang saya mohon sendiri.. Saya harap bukan kerana sakit pula.. Maksud saya, mungkin cuti panjang yang saya minta semata-mata untuk keluarga... Manatahu Allah tunjukkan saya jalan untuk terus berada disisi anak-anak setelah bersama untuk tempoh waktu yang lama.. kan..kan.. 

*******
Insyirah sekarang semakin membesar. Dia sepatutnya sudah perlu untuk mula mengenal "pelajaran". Saya dah mula membiasakan Insyirah dengan lagu-lagu Alif Ba Ta.. dan ABC.. Mula-mula saya akan pastikan dia mengenal huruf jawi dulu, agar mudah lidahnya menyebut setiap ayat-ayat dalam Al-Quran. Itu yang abi pesan. In shaa Allah. Menjadi ibu menggalakkan saya untuk belajar kursus baru dalam hidup. Saya kena belajar semula untuk dapatkan ijazah sarjana dalam bidang ibu dan rumahtangga.. hehe. Tapi seriously, memang best dan enjoy! Sekarang kalau nak jadi ibu, kena banyak membaca dan belajar.. Yela nak turun ilmu pada anak kan? hehe... Ibu bapa adalah permulaan anak-anak. Kita kena jadi baik dulu, baru anak ikut. Kita kena pandai belajar dulu, baru anak ikut. Nak anak ikut rajin membaca buku pelajaran dan Al-Quran, kita kena mulakan dulu.. confirm anak ikut. In shaa Allah. Saya ibu baru yang masih merangkak.. Jom sama-sama saya untuk dapatkan ijazah sarjana ibu mithali.. Hahaha..

Mudah-mudahan.. 
Insyirah, umi cuba untuk menjadi ibu yang baik untukmu sayang..
Sebagai insan biasa, umi juga kadang-kadang mudah mengeluh, bukan marah padamu atau menyalahkan takdir Allah.. Namun, umi juga manusia lemah sayang...

Moga kau kan menjadi muslimah solehah yang memperjuangkan agama Allah ke jalan yang benar.. Yang menyayangi dan mendoakan orang tuamu nanti...
Insyirah.. Umi cuba dan cuba untuk jadi ibu yang terbaik buatmu...

*******
Bagaimana kalian?
Saya yakin kalian juga berdoa perkara yang sama kan... Moga Allah jadikan kita ibu-ibu yang hebat..

Jom terus manfaatkan cuti yang ada untuk membelai yang tersayang.... ^_^ v

Jalan-jalan di cuti yang terakhir untuk minggu ini... Comel kan diaaaaa...
#Budak yang dah breastfeed selama 1 TAHUN 1 MINGGU 3 HARI... #Alhamdulillah...



Friday, March 29, 2013

9 month vs 3 month... menghargai nilai sebuah pemberian...

Assalammualaikum

Sudah 4 hari berlalu tanpa ada nyawa 'adik' dalam rahim umi lagi...

Saya rasa semakin sihat setakat ini. Tapi macam ibu-ibu lepas bersalin, saya masih berpantang. Walau tak berbengkung, saya tetap kena jaga pemakanan. Tak adalah strick sangat, dan tak perlu amal benda yang merapu-rapu, percaya perkara tahyul dan tak masuk aqal semua.. InsyaAllah, saya cuba jaga kesihatan diri saja. 

Secara amnya, keguguran sebenarnya perkara biasa bagi kalangan wanita yang mengandung. Tidak semestinya wanita yang pernah keguguran itu tidak berpeluang untuk mengandung semula dalam keadaan yang sihat.. Malah mama dan kakak saya juga pernah ada sejarah keguguran. Ya saya akui fakta ini. Saya sendiri pernah tebaca, lebih 80% masalah keguguran di kalangan wanita mengandung adalah disebabkan masalah kromosom janin itu sendiri. Kita insan biasa takkan mampu untuk tahu perkara-perkara yang rumit macam ne kan.. melainkan berserah pada Allah swt..

InsyaAllah, saya mampu terima setabahnya ujian keguguran dari Allah ini. Saya tahu dan yakin akan hikmah yang Allah sediakan rentetan daripada ujian yang DIA berikan.. Allah itu maha adil, malah saya pula insan yang lemah. Banyak kekurangan. Maka saya kena muhasabah diri juga. Ada antara ujian Allah itu bertujuan untuk menegur mana-mana kesilapan yang mungkin kita tidak sedari. kan..?

Tapi, sebagai manusia biasa, yang punya kelemahan dan kekurangan, saya tidak dapat lari dari perasaan bersedih... sebak... Namun saya bersyukur kerana diuji.. Ujian Allah itu menunjukkan iman kita.. Dan saya juga bersyukur punya perasaan.. Yela, tak seram ke dgn org yang tak de perasaan langsung.. hehe Nauzhubillah..

Waktu saya mula-mula keluar darah saja, dah macam-macam yang dirasa. Takut, bimbang, sedih. Tapi dalam masa yang sama saya cuba bertenang dan berlapang dada. Dan saya berjanji untuk redha. 3 Bulan mungkin bukan tempoh yang lama. Malah waktu mengandungkan Insyirah 9 bulan pun saya rasa macam kejap ja.. tup tup Insyirah dah ada depan mata dan tengah membesar.. InsyaAllah, panjang umur ya sayang.. Tapi selama mengandung tu, sebagai ibu baru saya tak nafikan wujud perasaan yang agak luar biasa yang saya kira tak pernah saya rasa sebelum mengandung apa lagi sebelum kahwin kan..
Bayangkan, bila disahkan mengandung, Allah kurniakan satu nyawa lagi dalam badan kita... Dengar saja dah menarik kan..? Hanya kita, perempuan atau wanita sahaja diberi peluang untuk 'rasa' itu.. Waktu tu la saya rasa diri cukup istimewa.. Bahagianya Allah bagi peluang mengandung dan melahirkan... 

9 Bulan untuk Insyirah..
Saya kandung Insyirah selama 38 minggu lebih.. Awal seminggu + + daripada EDD, Insyirah telah selamat dilahirkan... Tanggal 20 Mac 2012 yang lalu, dia dibawa Allah ke dunia yang penuh dengan cubaan dan pancaroba... Saya dan abi sebagai ibu bapanya yang dipertanggungjawabkan Allah swt untuk menjaga amanah ini.. Masa mula-mula disahkan mengandung, soal perasaan tak yah cerita la.. luar biasa gembiranya.. Yela, baru-baru kawen.. yang ada dalam fikiran waktu tu nakkan sebuah keluarga bahagia yang lengkap dengan anak-anak yang comel.. kan? Jadi, korang bayangkan saja macam mana bahagianya bila disahkan pregnant.. Then, saya ada juga alami alahan. Gastrik dan muntah-muntah. Seingat saya ubat muntah yang dibagi pun saya tak dapat telan sampai doktor terpaksa inject.. Waktu tu dekat bulan puasa, saya cuba puasa juga... Tapi tak mampu penuh sebab gastrik menyerang dengan teruknya.. Alhamdulillah puasa yang tinggal2 dah habis diganti.. Waktu Insyirah, alahan yang saya alami tak lama, dalam seminggu lebih saja macam tu. Lepas tu ok dah. Cuma waktu kandungan masuk 7 bulan, alahan tu datang balik itupun dua tiga hari saja, dan tak teruk..

Waktu Insyirah dikandung 7 bulan lebih, kalau tak silap dah hampir ke 8 bulan waktu tu, saya alami pendarahan kecil... Time ne la memang panik juga, perut dah besar.. Saya google sana sini kalau2 boleh cari masalahnya.. Saya rujuk hospital terus waktu ne untuk dapatkan rawatan dan kepastian sehingga saya ditahan dalam wad untuk beberapa hari.. Tapi doktor sendiri tak dapat pastikan dari mana pendarahan saya. Bila scan tengok pendarahan bukan dari rahim, tiada masalah dengan baby maupun uri... Cek bawah pun ok juga.. Kemudian saya dijarum sebanyak dua kali untuk matangkan paru-paru baby.. takut terbersalin awal, so lepas dijarum tu kalau terberanak awal pun at least paru2 baby dah matang.. Selepas tiga hari di HWKK, Likas saya pun dibolehkan pulang dengan syarat tak boleh kerja berat.. 

Nak cerita tentang perasaan sebagai manusia biasa yang serba kekurangan dan banyak kelemahan, waktu tu memang berdebar, takut jadi perkara yang kita tak minta. Memang tak ada siapa nak minta jadi benda tak baik, waktu tu tawaqal sungguh2.. Apapun yang jadi, pasti ujian dari Allah, semuanya atas izinNYA.. Jadi, kena redhaa dan terima seadanya.. Namun saya bersyukur sangat2 kerana Allah masih beri peluang untuk saya mengecapi bahagia bersama Abi dan Insyirah...

3 Bulan untuk 'adik'...
Tak banyak mana 3 bulan tu sayang... Tapi, ada banyak benda yang saya dah rasa, dan saya benar-benar menghargainya...
Macam yang kalian maklum, saya menyusui Insyirah.. Malah saya juga memerah waktu tak bersama Insyirah. Saya mula syak saya mengandung bila tiap kali breastfeed Insyirah secara direct, saya rasa perit, pedih.. Lain macam sakitnya. Malah saya mula rasa cepat penat, mudah moody... Kadang-kadang, saya macam nak layan dengan tidak saja bila Insyirah minta menyusu direct sebab saya rasa perit.. huhu kesian Insyirah... Sehinggalah saya perasan haid saya lewat lebih 2 minggu... Saya memang dah syak, dan untuk pastikannya saya buat UPT, dan memang result positif, double line nampak terang dah waktu tu.. 

Perasaan mengandung anak kedua...
Beza sangat dari waktu pregnant yang pertama... Saya gembira tapi dalam masa yang sama buntu memikirkan penyusuan Insyirah. Saya bimbang ianya terjejas. Sebab waktu tu, memang sakit sangat bila bagi direct. Air susu pun dah mula kurang, dan semakin berkurang bila saya alami alahan. Alahan untuk kali ini jauh lebih teruk berbanding sebelum ne.. Gastrik saya juga teruk, saya muntah-muntah sehingga demam.. Untuk alahan mengandung saja saya MC dua hari dan guna cuti rehat yang ada sebanyak 3 hari.. Kesian Insyirah, bila waktu saya betul2 tak larat, abi yang akan urus dia sepenuhnya kecuali menyusu.. Abi masak, dan kemas rumah.. Mujur abi baik... ringan tulang dan cukup memahami.. Allah mudahkan segala urusan saya sebenarnya... (",)

Saya dapat rasakan, saya mudah rasa penat dan mengantuk, menjelang petang, gastrik saya semakin teruk, kepala pula mudah sakit. Tapi saya tak rasa itu satu beban. Saya terima seadanya. Dalam pada tu saya berdoa moga terus diberi kekuatan untuk menghadapi ujian kesakitan, dan mengharap agar Allah memudahkan proses penyusuan Insyirah selama saya mengandungkan adiknya. Selama 10 minggu mengandungkan adik, saya rasa tiada masalah melainkan proses-proses untuk membiasakan diri dengan hormon baru. 

Kebetulan saya datang temujanji klinik kali pertama untuk 'adik' Insyirah diusia kandungan 11 minggu 5 hari. Saya datang dengan Insyirah sekali. Insyirah dah masuk setahun waktu tu, jadi kena jarum. So kami datang sekali, saya minta tarikh temujanji yang sama dengan tarikh Insyirah berklinik, dengan harapan tak payah ambil cuti balik2.. Waku berklinik, nurse cuma periksa kencing, kadar paras gula, tekanan darah dan HB saja.. Tiada pula scan2 ne.. Waktu tu saya tak alami apa-apa masalah, alahan pun beransur kurang.. Makan pun dah mula berselera cuma tekak je pandai pait.. Jadi kena pilih makanan juga. Sebab tu saya tak jangka akan apa yang dah berlaku sekarang... Takdir kita rahsia Allah swt... Apapun yang telah ditentukan, kena terima dan redha.. Betapa kerdilnya kita kan.. Macam mana hebat pun perancangan manusia, sesungguhnya Allah jua maha penentu..

Diusia kandungan saya masuk 12 minggu, pendarahan berlaku. Dari sedikit hingga jadi banyak. Dari tak sakit langsung, sehinggalah, janin yang dikandung selama 12 minggu itu gugur dengan sendirinya atas izin Allah swt....

Sakit, tak usah ditanya... Tiada beza sakitnya ketika nak bersalin, cuma ambil masa yang sekejap berbanding nak bersalin.. 

*******
Bercakap soal hati.. dan perasaan...
Tipu kalau cakap tak sedih. Tapi saya tak kecewa. Kerana Allah itu adalah sehebat-hebat perancang dan penentu... Kita asyik minta pada Allah apa saja yang kita mahu, namun Allah akan berikan kita sesuatu yang lebih kita perlu, dan tidak semua yang Allah berikan itu akan kita suka.. Betul kan? Tapi saya percaya, tidak semua perkara yang menggembirakan itu baik untuk kita, malah ada diantara perkara yang kita tidak suka itu lah yang memberikan seribu kali ganda manfaat untuk kehidupan kita... Sebab tu, kena REDHA!

Sebelum saya alami keguguran, ada beberapa perkara yang menguji saya... Yang juga buat saya bersedih tapi saya tetap cuba terima seadanya dan berlapang dada... Saya kira ianya ujian dari Allah buat saya.. atau mungkin juga teguran dari Allah untuk hambaNYA yang sentiasa leka dan alpa ini... Subhanallah.. Namun, apabila mengalami keguguran, masalah sebelum ini dah jadi masalah sehalus kuman... Baru saya sedar, apa yang berlaku sebelum ini hanya perkara biasa, di mana Allah uji kekuatan dan kesabaran saya hanya dengan perkara sekecil itu, kalau dibandingkan ujian kehilangan anak!!

Betapa kerdil dan hinanya saya disisi Allah swt.... Seringkali meratap apabila menghadapi ujian-NYA... (",)

*******
Saya cuba dan terus cuba mencari dan menggali apa saja hikmah di sebalik apa yang saya alami.. Allah itu adil.. Saya sedar DIA lebih dekat dengan saya daripada urat dan nadi saya! Saya tidak dianiaya. Malah saya bersyukur menerima ujian Allah ini...

Allah beri peluang, adik singgah di rahim saya selama 12 minggu atau 3 bulan... Allah berikan saya perasaan yang luar biasa pada saat-saat saya mengandungkan adik.. Begitu juga ketika mengandungkan Insyirah dulu.. Abi kata, adik akan doakan kita di sana... Tau tak di hari kemudian, adik sememangnya telah Allah janjikan syurga, tapi dia kan tunggu ibunya untuk sama-sama masuk ke syurga.. Sebak saya mendengar kata-kata abi.. Abi sangat memahami saya. Walau saya sudah mampu ketawa, abi tau apa yang terbuku dalam hati saya... Dia masih setia memberikan kata-kata semangat buat isterinya yang memerlukan sokongan... 

Kadang-kadang saya merasakan diri terlalu lemah. Ada waktu saya fikir seolah-olah saya masih mengandungkan adik... Ahhh, perasaan saja kan..

Mungkin pada kalian, saya terlalu emosi hanya kerana kegugran pertama kali untuk janin berusia 3 bulan... Tidak mengapa, Allah beri kita hati yang berlainan, sebab itu tidak semua manusia mampu merasa apa yang orang lain rasa kan..

3 bulan yang cukup bermakna buat diri ini... 
Saya nampak janin yang hampir sempurna, masih bulat dan cantik ketika gugur dari rahim uminya... Subhanallah... Besarnya kuasa Allah...

Terima kasih ya Rabb atas segala ruang, peluang, dan setiap kesempatan yang KAU hadiahkan..
Saya ingin kuat untuk terus menghargai nilai sebuah pemberian...

Merenung tarbiah Allah swt, Wallahualam.... (",)

Wednesday, March 27, 2013

diari adik - part II

Assalammualaikum

Mula-mula saya nak khabarkan yang InsyaAllah, saya OK.. (^_^)

Walau dalam 'keadaan sekarang', saya gagahkan jua diri untuk update entry ne.. Entry berlabelkan 'adik'.. Sebelum ne, label 'adik' tak ada lagi... Sejak saya disahkan mengandung kali kedua, saya nekad nak celoteh pasal adik Insyirah juga. Cuma, sebenarnya saya niat setelah kandungan masuk hampir ke 4 bulan baru nak uwar2kan. Minggu lalu, saya baru nak start, tapi setiap detik masa itu dalam jagaan Allah swt. Kita tidak tau apapun yang bakal berlaku walau dalam tempoh sesaat sekalipun.

Saya ada khabarkan yang saya sudah mula berhenti mengepam di pejabat. Salah satu sebab nya saya mengandung. Di awal kandungan saya masih mengepam. Yalah waktu mengandung hormon dah banyak berubah. Air susu jadi kurang. Biar dapat 3 auns pun saya tetap simpan. Syukur stok susu Insyirah masih banyak, jadi saya manfaatkan stok susu yang ada sebagai bekalan Insyirah ke taska. Di rumah saya bagi direct saja walau saya rasa perit. Sebab tym preggy segala keadaan berubah.. semuanya sensitif.. boleh rujuk google ya.. ^_^

Kenapa saya stop pumping di ofis..? Bila hormon badan dah berubah saya mula alami alahan mengandung. Badan tak sihat, muntah, loya, gastrik, demam dan macam-macam lagi. Semua tu buat saya tak larat sama sekali. Untuk kandungan ke dua ne, dah banyak MC saya digunakan sebaiknya.. huhu 
Jadi, waktu tu lah saya fikir berhenti dulu, saya masih ada stok dan masih boleh bagi direct as long as tiada masalah.. Oh ya, jangan tak tau ya, ibu yang sedang mengandung masih boleh menyusui anaknya selagi tidak ada masalah dengan ibu dan kandungan... InsyaAllah tiada mudarat.. boleh google k..

Perasaan mengandung anak ke dua?
Hehe.. Excited tetap ada.. Tak sangka dah nak dua..?!! Angan2 dah nak bagi tandem nursing (penyusuan berganda) untuk anak-anak.. Nak buat stok susu banyak-banyak daripada waktu Insyirah mula-mula lahir dulu... Emmm... siapa tau, ujian Allah datang pada saat-saat yang tidak kita jangka..

Daripada apa yang saya kongsikan sebelum ne.. semuanya nampak masih tak pasti... Saya cuba untuk kuatkan hati.. Apapun yang akan terjadi, semuanya takdir Allah, tiada siapa mampu halang, kena redha, terima dan kuat.. Saya yakin ada hikmahnya.. Syukur Abi Insyirah dan seluruh keluarga sentiasa bersama saya untuk hadapi kesukaran ini..

Tanggal 26 Mac 2013...
Petang hari saya dibawa abi ke Hospital Papar sebab darah keluar semakin banyak. Saya terus dirujuk ke unit kecemasan. Doc buat scan. Sekali lagi doktor sahkan yang kandungan masih ada. Baby masih terletak kukuh di rahim. Masih bulat dan sempurna. Dan saya masih cuba bertenang. Daripada apa yang doktor katakan seolah-olah tiada apa-apa masalah. Tiga doktor yang berlainan telah saya temui. Kesemuanya berpendapat kandungan ok. Cuma mereka tak kata yang ia tak akan gugur, itu tidak dijamin kerana saya alami pendarahan. Malah sudah semakin banyak. Pagi tu saya dah mula rasa cramped di bahagian bawah perut. Makin kuat daripada malam sebelumnya.

Saya tanya jantung dan denyutan. Doktor kata baby masih terlalu kecil untuk mengesahkan denyutan jantung. Ok.. saya malas dah nak tanya banyak. Then doktor kata nak cek bawah, nak pastikan ada bukaan rahim atau tidak. Kalau ada, confirm akan gugur mungkin tunggu masa. Dan mungkin saya akan masuk wad. Ne yang paling saya tak nak, kena tahan dalam wad.. Insyirah macam mana..??!! Waktu ne lah saya selawat dan zikir tak berenti.. Saya serahkan segalanya pada Allah, dan doa supaya tak masuk wad..

Macam biasa, saya request perempuan untuk cek bawah. Gila saya nanti kalau doc lelaki yang buat. Silap-silap Abi pun akan gila nanti.. Hehehe.. Nauzubillah.. Ok, memandangkan tiada doktor perempuan yang tgh duty, nurse yang buat. Saya lagi trust nurse dari doktor bila buat cek bawah tu. Hah itu yang banyak saya dikhabarkan.. nurse lagi bagus.. Ntahla.. Lepas selesai cek bawah, nurse yang baik hati tu senyum kat saya, then cakap "tak ada bukaan la sayang " Ya Allah syukur.. syukur saya tak akan ditahan dalam wad.. dan syukur yang mmungkinkan potensi gugur tu tak ada tapi... kenapa darah saya semakin banyak keluar.. dan kenapa bawah perut saya makin boleh tahan juga sakitnya..

Saya dah boleh pulang rumah dengan berbekalkan surat cuti sakit selama seminggu untuk rehat, dan tarikh temujanji seterusnya...

Waktu pulang tu, saya dah rasa sakit bawah perut makin kuat.. sehingga waktu maghrib, sakitnya ya Allah.. TIADA BEZA SAKIT SAAT MELAHIRKAN!!! Waktu ne saya dah pasrah, janin yang saya kandung tunggu masa nak keluar... Mama dan Kak Nisa bagi saya kekuatan, dorang dah ada pengalaman tu, memang janin dah nak keluar..

Saya makin sakit, saya ggahkan diri untuk solat maghrib walau seluruh tubuh saya dah bergegar tahan sakit.. Daripada solat berdiri, saya solat duduk.. Sehinggalah saya membongkok secara automatik.. ntah refleks tahan sakit kut.. Sakit nya memang serupa waktu nak lahirkan Insyirah dulu.. Tak ada beza.. 

Abi dah mula panik, tanya apa yang dapat dia buat, saya kata tak ada apa, tolong bacakan yaasin saja.. Abi buat apa yang saya minta, sambil peluk erat bahu saya.. usap kepala saya.. Saya genggam sejadah kuat, tu pun refleks juga kut tahan sakit..huhu.. Saya suruh abi pergi surau sebelum azan isyak, tak payah tunggu saya.. Saya yakinkan dia tiada apa yang perlu dia risau, dirumah semua ada.. mama, kak nisa.. kak eta.. Dengan berat hati, dia melangkah juga.. dan sempat pesan saya, baca yaasin, dia juga cakap yang dia yakin saya wanita yang kuat.. Wah! hilang kejap rasa sakit tu.. hihi.. Tapi memang sakittttttt... Urrhhh!!!

Saya doa, sambil usap perut, moga adik baik, kasihankan umi.. keluar sekali ya sayang.. Moga Allah mudahkan urusan ini..

Saya capai Yaasin.. Sakit makin kuat, tangan dah menggeletar tahan sakit.. Saya buka dan baca ayat-ayat suci dalam surah yaasin, dan saya masih ingat sehingga ayat ke 45, "Wa'iza qilalahumuttaquma baina aidikum wama khalfakum la'allakum turja'unnn.."            burrrrfffff...!!! subhanalllah... puasnyaa... Saya rasa dah basah sangat waktu tu dan terus ke tandas..


*****
Sebaknya tengok janin adik.. Subhanallah, memang adik masih bulat sempurna dibalut uri.. 3 orang doktor yang saya temui dah kata.. baby masih terletak kukuh dirahim.. masih bulat sempurna.. Adik tak pecah.. Masih bulat cantik.. Sya boleh nampak dia dah terbentuk, cuma tangan dan kaki tak keluar lagi.. Bila abi sendiri tengok saya tau dia juga sebak.. Abi cuma ucap Innalillah.. tapi mata abi berkaca.. Ssshh.. itu rahsia.. huhu!

Malm tu juga abi kubur adik. Saya tanya kalau perlu kita bawa janin ke hospital tapi abi tak nak.. Jadi kami sempurnakan janin adik malam tu juga.. Selesai saja urusan mengubur, saya tak tau nak kata apa.. abi kuatkan semangat saya agar redha.. pasti ada hikmah selepas Allah bagi ujian.. 

Ya, InsyaAllah saya redha... Adik anak yang baik, dia pasti mendoakan umi abi di sana... InsyaAllah.. 


27 Mac 2013
Saya re-check ke klinik, alhamdulillah, abortion complete.. Tiada yang tinggal, rahim dah bersih sepenuhnya.. Tak payah cuci, nak buat D & C segala.. Syukur Allah mudahkan..
Doktor cuma bagi surat untuk refer pada hospital...

*****

Walau, adik masih berbentuk janin, belum sempat umi lahirkannya, tiada rezeki untuk umi jaga amanah Allah yang kedua ini.. tiada peluang untuk umi menyusuinya... Tapi adik pernah singgah di rahim umi selama 3 bulan... 3 bulan yang cukup hebat buat diri ini...

Banyak kenangan yang mengusik jiwa di bulan Mac ini...
Moga ada hikmah yang lebih besar dariMU ya Rabb...

Saya masih ada dua insan kesayangan saya..



SELAMAT BERPANTANG PUAN SAFRAA!! huhu..

Monday, March 25, 2013

diari adik... (",)

Assalammualaikum

Beberapa hari ne, banyak perkara yang agak mengejut saya lalui... Daripada satu ujian kepada satu ujian yang lain pula. Macam tulah kehidupan kan.. ada waktu segalanya baik.. ada saat Allah uji kita dengan perkara-perkara yang kita tak jangka sama sekali. Ujian Allah, memang itu janjiNYA sebelum kita diciptakan lagi...

Suka dengar lagu bapa..

Cubalah renungkan
Hidup kita di dunia
Mengapa Allah
Menciptakan kita

Berapa lama kah 
Usia diberi-NYA
Akan kemana
Pergi sudahnya..

Lahirnya Manusia
Bersih dari dosa
Umpama kain Putih
Berseri bercahaya

Semoga dewasa
Kekallah ia
Beamal dan Bertaqwa
Pada yang Esa

Sempurnalah usia
Tanpa dipersia
Dunia dan akhirat
Hidup mulia....

Benar-benar, menyedarkan saya tentang hakikat kehidupan... Tujuan hidup, menjalani ujian Allah swt..

20 Mac 2013
Ingat tak, hari ulangtahun kelahiran Insyirah yang pertama... Alhamdulillah dia dah setahun.. Besar dah anak umi.. Syukur.. Insyirah ada potong kek tau, sekali dengan abi dan neneknya.. Sebab tarikh lahir diorang selang sehari dua je.. So, potong kek sekali.. Tak buat majlis pun, saja potong kek, ambil pic untuk kenangan.. Tapi tak dapat share pic.. huhu sori..

22 Mac 2013
Saya ada kongsi entry pasal penyusuan Insyirah yang sudah sampai setahun.. Alhamdulillah.. Dan, ingat tak diakhir kalimah saya.. huhu.. Saya khabarkan yang Insyirah akan dapat adik InsyaAllah oktober nanti kan.. (",)

24 Mac 2013
Saya mengalami pendarahan kecil... Sikit saja, tapi sudah buat hati berdegup kencang... Tapi saya cuba relax.. Abi ada kerja yang betul2 tak dapat elak waktu tu, dan saya sangat faham. Saya pegi klinik sendiri dan tinggalkan Insyirah dengan mama. Selama perjalanan saya tak putus2 doa dan selawat... Moga tiada kaitan dengan segala yang negatif... Amin..

Sampai di klinik. Saya mula bagitau masalah. Then, doc putuskan untuk scan..
Aduhh.. berdebarnya saya...
Bila scan, doc nampak macam tercari-cari sesuatu, hampir 10minit tunggu, baru dia cuba terangkan...
"Baby ada. Dalam keadaan baik." 
Saya tarik nafas... lega..
"Tapi...."
Laa.. tak habis lagi..
"Saya tak nampak denyutan jantung"
Ya Allah.... Waktu ne saya yakin wajah saya dah bertukar secara automatik dan saya tak tau dah macamana keadaan rupa saya... sebab doc, tunjuk muka simpati...

Then, dia teruskan..
"Tapi saya masih tak sure dan tak dapat pastikan yang kandungan puan tiada jantung..cuma saya memang tak dapat detect denyutan, saya syorkan puan rujuk hospital.. kalau tiada kepastian daripda hospital juga, puan usaha jumpa pakar ya..saya akan bagi surat untuk perhatian hospital"

Waktu ne saya cuba tahan perasaan. Saya pujuk hati sendiri agar bertenang, dan cuba berlapang dada... Saya kena redha apa pun yang akan terjadi selepas ini...

Sebelum tu, doktor juga ada bagi hint... Ada beberapa petanda buruk yang saya hadapi..
1. Saya alami pendarahan, di mana ia boleh disifatkan sebagai tanda2 awal keguguran
2. Beza usia kandungan saya mengikut perkiraan tarikh haid terakhir dan usia kandungan melalui scan agak jauh, ikut haid kandungan berusia 11 minggu +.. ikut scan baru 9 minggu +.. Tapi doc ada cakap juga, kalau scan memang kadang-kadang lewat daripada perkiraan haid..
3. Doc tak dapat detect denyutan..

Ok.. saya terima dengan minda terbuka tapi... Saya cuma manusia biasa yang terlalu lemah.. Hati saya sebak, walau berkali-kali saya pujuk diri, apapun yang terjadi adalah atas izin Allah dan itulah takdirNYA... Saya yakinkan diri bahawa pasti ada hikmah yang lebih besar yang Allah sediakan untuk saya dan keluarga... Ya Itu sudah pasti..

Tapi saya tak mampu menahan kesedihan...


25 Mac 2013
Saya dan abi sama-sama ambil cuti untuk rujuk ke hospital kerajaan. Macam yang doc swasta nasihatkan.. Saya pegi juga..

Sampai hospital kes saya dirujuk ke zon kritikal. Dikira sebagai kes kecemasan. Then saya ulaskan semuanya.. 
Doc buat scan lagi...

Doc : Kandungan ok.. Jantung pun ada.. Ok..
Aikk..??!!
Saya : Err.. Boleh detect denyutan tak doc?
Doc : Baby still kecil, belum boleh detect sangat.. Tapi so far ok saja..

Saya pening juga.. Tapi doktor masih scan.. Dan last dia cakap ok.. tiada apa.. Saya buat muka seposen! Huhu.. Macam tidak mengerti  akan apa yang terjadi... Dan akhirnya doc tarik scanner balik..

Doc : Kejap.. Saya nak scan sekali lagi..
Dia scan lagi, dan saya ia kan saja... Lama jugak..
Dan akhirnya dia cakap benda yang sama.. Baby ok!

Jauh disudut hati ada kegembiraan dan harapan untuk saya... Tapi...

Masih ada perkara yang merunsingkan juga...

Kalau scan di swasta kemarin beza 2 minggu... (11w - 9w), untuk scan hari ini beza 3 minggu pula.. (11w - 8w)..

Akak nurse yang sedang urus MC saya pula mula tenangkan hati.. "Biasalah tu dik, akak dulu balik2 scan doc asyik cakap rahim kosongla.. baby terlampau kecikla.. last2 masuk 15 minggu ntah macam mana tiba2 baby dah besar.. "

Saya rasa nak cakap balik... "Tapi kak, saya dah bleeding.. =((" Tapi tak terungkap, sebab saya kena gembirakan hati sendiri juga...

Saya masih tidak pasti akan keadaan diri yang sebenar... Saya cuma mampu berdoa, tawaqal dan redha... ya! itu yang paling perlu.. 

Dan, saat entry ini di update.. Pendarahan saya semakin banyak... Pinggang saya rasa ngilu.. abawah perut macam cramped!

Ya Allah... berilah hambaMU ini kekuatan untuk mengharungi semua ini...

Allahualam...

Friday, March 22, 2013

Setahun Penyusuan Buatmu Insyirah...

Assalammualaikum

Wah! Insyirah dah berusia setahun 3 hari... Ada setahun lagi nak menyusukan dia.. Alhamdulillah.. Allah masih bagi peluang, walau dalam keadaan umi yang tidak sesihat sebelum ini pada waktu sekarang.. Moga Allah mudahkan..

Syukur, segalanya berjalan dengan baik, walau dia dah mula diberi supplement. Insyirah makin sihat atas izin Allah swt. Makin kuat makan pulak tu. Hehe.. Dah banyak yang dia belajar. Dah boleh sebut "Allah".. Bestnya.. Insyirah dah makin beremosi juga. Pandai dah merajuk dengan umi. Bila dia merajuk dengan umi dia akan cari abi. Then, kalau umi nak angkat, dia tak nak da.. Nakal Insyirah ne. Kalau jumpa kakak Qisya pula macam 10 hari tak jumpa.. Diorang makin akrab. Walau kadang-kadang pandai gaduh juga.. Hehe. Biasalah budak-budak kan..

Mudah-mudahan Insyirah membesar dengan sihat. Menjadi anak yang baik, muslimah yang solehah, hamba yang bertaqwa, beriman pada Allah dan rasul-NYA.. Jadi anak yang cerdik pintar, dan paling penting bercita-cita untuk masuk syurga Allah.. 

Selagi umi kuat dan diizinkan Allah.. umi akan teruskan penyusuan.. Moga memberi manfaat untuk anak-anak umi... 

Dan... siapa sangka, Insyirah akan dapat adik awal oktober nanti.. InsyaAllah..
Moga Insyirah juga akan jadi kakak yang baik... 

Ya Allah, perkenankanlah... (",)

Thursday, March 21, 2013

22 Mac 2013... JUMAAT...

Assalammualaikum

Kalau kemarin, saya rasa biasa saja.. dan sudah boleh bertenang.. mengapa hari ini saya tidak setenang kemarin..

Moga Allah berikan saya kekuatan... sabar, redha... dan berlapang dada... untuk hari ini sehingga hari-hari yang akan mendatang.. 

"Sabarlah ummi..."
Biar saya membayangkan itu adalah suara Insyirah dan abinya... Dua insan kesayangan saya...

...Sedang Melalui Kehidupan... (",)v

Wednesday, March 20, 2013

Ada syurga di hatimu...

Assalammualaikum

Hati saya sedikit tenang hari ini.. Alhamdulillah.. Abi banyak bagi nasihat semalam.. Terharu! Syukur Allah kurniakan sahabat atau suami yang baik.. Sentiasa pandu saya ke arah pemikiran yang positif tanpa ada sedikit pun pandangan buruk dengan ujian Allah. 

Kadang-kadang dalam pada kita perlu untuk buat keputusan, kita perlukan sokongan. Baru-baru ne saya terpaksa buat satu keputusan yang saya kira sebahagian besar mungkin mempengaruhi kerja atau masa depan saya. Ooppss.. bukan berenti kerja ok.. hehe belum lagi.. Cuma, pergerakan dari satu level kepada satu level yang mungkin lebih tinggi. Saya kena fikir panjang. Dalam pada tu saya perlukan orang -orang penting disisi saya untuk berkongsi idea, cadangan, nasihat dan tunjuk ajar. Saya masih tak mampu untuk memikirkannya sendirian. Sebab perlu ambil kira pandangan orang-orang yang saya sayang juga. Namun di akhirnya, saya sendiri yang akan putuskannya... Syukur, ia mudah dan lancar saja. Andainya keputusan yang saya buat mungkin banyak mengecewakan beberapa pihak.. Saya yakin untuk saya dan keluarga, pasti ada hikmah yang jauh lebih besar.. Tidak hari ini atau esok saya nampak hikmahnya, mungkin di kemudian hari.. In shaa Allah..

Saya percaya dengan takdir Allah. Abi Kata jangan pandang belakang. Setelah buat keputusan, mungkin juga akan ada ujiannya.. tapi, cuba cari hikmah.. hikmah.. dan hikmah... yakin pada Allah swt..
Ya... Saya akan cuba untuk sentiasa tenang, lapang dada dan berfikiran terbuka. Mungkin saya dah sia-siakan satu peluang yang orang nampak macam besar.. rugi untuk saya.. Tapi, saya yakin disebalik kerugian di mata orang, Allah pasti simpankan satu keuntungan untuk saya dan keluarga. Mudah-mudahan. Saya tak harap, dapat gantian esok atau lusa.. Saya percaya dengan takdir Allah. Positif..positif.. dan positif.. In shaa Allah..

Untuk satu perkara yang merunsingkan saya sejak kemarin, saya dah hampir lupakannya. Tiada makna untuk saya fikirkan jika ia membawa kepada sangka-sangka buruk, cakap-cakap negatif dan segala-gala yang tidak baik. Kata abi tiada hasilnya selain menempah masuk ke pintu neraka.. Nauzubillah.. Takutnya.. Betul kata abi.. lebih baik saya terus bertenang. Buat kerja. Buat perkara yang berfedah andai ada ruang santai di waktu kerja. Untuk hal-hal begitu kata abi, kena elak-elak. Jangan bawa diri kepada perkara yang bakal membawa kita ke arah yang tidak baik. Percayalah. Kenapa Allah uji kita dengan semua ne pasti ada kelemahan kita yang Allah nak tegur. Itu tak mustahil. Mungkin kita tak sedar sebelum ne jadi Allah tegur dengan cara begini. Daripada kita menyalah-nyalahkan, lebih baik teliti dan muhasabah diri. Betul kan!!

Saya suka berbicara dengan abi. Selain mengadu pada Allah swt. Saya percaya, dia akan cuba cuci fikiran saya untuk berfikir jauh dan menuju arah yang lebih baik. Syukur... 

Moga Allah sentiasa pelihara hati saya dan keluarga. Moga saya akan sentiasa sedar dan muhasabah diri sentiasa dari terus berburuk-buruk sangka... Nauzubillah.. 

Andai kita masih mampu untuk bersabar, menganggap menghadapi ujian dunia dengan redha itu sebagai saham ke akhirat, terus berlapang dada dan menjadi orang yang sentiasa husnuzhon... Pasti ada syurga di hatimu... ^_^ 

Wallahualam.. (",)


husnuzhon...

Assalammualaikum

Saya cuma mau sentiasa merasa bahagia pada saat-saat ini... In shaa Allah... Moga Allah beri kesempatan... Walau saya tau, kita tidak akan pernah lari daripada ujian dan dugaan.. Allah maha adil. Tak mengapa, saya tau bila Allah uji, pasti dia sediakan hikmah yang jauh lebih hebat... Saya percaya pada hikmah Allah.. Saya yakin seyakinnya.. Allah tidak akan pernah menzalimi hamba-hambaNYA..

Dalam keadaan kita yang dikira cukup baik, baru nak berbahagia.. baru nak tenang, tiba-tiba jadi satu perkara yang kita tak pernah jangka akan berlaku walau sedetik pun... MasyaAllah, waktu tu tiada tempat lain untuk saya mengadu, pastinya menangis berdoa pada Allah agar pulihkan hati saya supaya sabar, bersangka baik, berlapang dada.. kuat dan redha. 

Saya tau Allah akan sentiasa ada disisi saya... Moga Allah terus pelihara saya.. lidah saya, hati saya dan aqal saya..daripada perkara yang tidak baik...

Kadang-kadang ada rasa macam nak menangis.. Mujur, saya dikurniakan teman hidup yang sentiasa memahami, yang sentiasa bersama-sama saya ketika keadaan saya begini... 

Allahuakbar... berilah aku kekuatan untuk terus kuat, sabar dan redha...

Sekadar luahan insan biasa...

Thursday, March 14, 2013

Safiyyah Insyirah..

Assalammualaikum

Semalam saya cerita-cerita dengan abi Insyirah. Cerita tentang diri masing-masing, tentang anak-anak. Tentang kerjaya, masa depan kerjaya dan masa depan anak-anak. Saya rasa normal kan kalau kita spend satu masa yang panjang dan bercerita tentang anak-anak.

Saya baru ada Insyirah seorang. Kebimbangan tentang masa depan anak tu dah mula tinggi. Zaman sekarang tak macam zaman kami dulu. Atau zaman abi Insyirah dulu. Budak-budak dah makin advance. Abi Insyirah selalu cakap, pendidikan anak-anak tu bermula daripada rumah. Bermula dari ibu bapa mereka. Masuk bab tu, saya rasa nak menangis. Andainya, Insyirah baca tulisan saya hari ini, saya mau dia sedar, yang saya sayang dia sungguh-sungguh. Saya teringin nak jaga dia 24 jam sehari. Saya ingin tengok dia membesar betul2 dihadapan mata saya. Saya teringin nak peluk dia satu hari. Pendek kata, saya nak jaga dia sendiri. Kalau saya boleh ubah keputusan tanpa fikir banyak perkara. Saya mau duduk rumah jaga anak saja. Biar anak-anak rasa keberadaan ummi diorang disisi sentiasa.

Kalaulah saya mampu untuk ubah keputusan serta merta.
Insyirah dah makin besar. Rasanya dia tau yang jaga dia sehari bukan umminya. Dia disekolahkan di usia 5 bulan + + . Dia dah jumpa ramai kawan. Walaupun dia tak mampu untuk bantah keputusan umi dan abi, saya yakin dalam satu hari tu, dia ternanti-nanti umi ambil dia balik dari taska. Buktinya? abi selalu cerita, bila abi ambil dia balik dari taska, Insyirah mesti melompat-lompat gembira. Tak sabar betul dia kena dukung abi. Dah tu, bila dia sudah dalam pangkuan abi, dia tak nak bila cikgu dia nak dukung dia balik. 

Bila di rumah pula. Nampak saya sampai depan pintu, dia kejar sambil menangis. Saya belum ambil lagi, dia dah bergayut di kain saya. Bila saya angkat dia minta dibaringkan dipangkuan saya. Dia mau dipeluk. Malah dia dah pandai cari apa yang dia mau. Dia nak mengempeng. Saya tau dia dah kenyang. Sebelum saya balik kerja dia dah makan dan menyusu. Jangan tak tau, dia nak menyusu saya bukan sebab lapar tapi sebab nak lepaskan rindu. Saya tau kerana saya uminya. Kesian kan... Sedih bila bayangkan semua tu.. Setiap hari saya rindukan dia. Setiap hari saya terkenangkan akan aktivitinya di taska.

Kadang-kadang saya rasa nak putuskan saja satu keputusan yang agak drastik. Tapi... haih.. bab ne yang saya rasa lemah nak teruskan..

Saya pernah fikir serius... ya.. serius nak berhenti kerja pejabat. Tapi, saya rasa sayang ada jugak. Malah, kalau saya suarakan pada kawan-kawan dan keluarga yang rapat, mereka juga bantah. "Orang lain pun ada anak juga, kerja juga... tak berenti pun.." . Itulah, kalau asyik fikir mcm "hidup orang lain" memang tak kan jadi. Saya tak dapat sokongan yang tinggi dari kawan dan keluarga bila masuk bab tu. Memang ramai yang bantah. Itu bukan penyelesaiannya. Ya.. yang saya sendiri pasti cara kita berfikir tak sama. Abi Insyirah bertegas, dia sangat setuju andai saya putuskan untuk duduk dirumah dan jaga anak saja. Tapi dia tak memaksa. Dia mau saya putuskannya sendiri. Saya juga kalau ikutkan hati, memang saya nak jaga anak-anak saja.

Entahlah.. bila fikir hal ne saya rasa tak berpenghujung. Agak rumit!. Ia bukan saja melibatkan hal kewangan. Rezeki boleh dicari di mana-mana kata abi Insyirah. Tapi, banyak perkara lagi yang perlu saya pertimbangkan kalau betul-betul nak stop kerja. Abi Insyirah nasihat saya supaya rajin bangun malam dan ambil kesempatan untuk buat istikharah. Ya, saya lakukannya. Mungkin perlukan masa juga untuk saya buat keputusan.

Saya pasti, saya bukan satau-satunya ibu yang berat fikiran macam ne....
Moga Allah temukan saya jalan penyelesaian yang terbaik....

Salam Sayang.... (",)

Tuesday, March 12, 2013

penyusuan ke 11 bulan..

Assalammualaikum

Saat ini, saya tak punya banyak kerja yang dikejar2 nak siap. Alhamdulillah. Bolehlah bernafas sekejap. Kebetulan lagi, bos saya tak ada. Jadi, kawan saya blog usang kesayangan ne jugaklah. Tak tau nak cerita apa sebenarnya. Saya rindu nak cerita pasal penyusuan pada Insyirah. Banyak masa dah berlalu, saya tak ada lagi buka cerita pasal bf story kan...
Rindu pulak...

Saya masih menyusui Insyirah. Insyirah masih mengempeng dengan saya. Huhu. Malah sekarang dah pandai baring sendiri dipangkuan ummi. Dah pandai buka baju umi sendiri.. amboi..amboi.. Insyirah macam tu lah. Makin manja. Malah dia makin manja dengan abi dia. 

Nak story pasal pumping pula..? Ya, Insyirah masih saya bekalkan susu ibu ke taska. Dia masih mendapat susu terbaik di dunia sehingga saat ini. Cuma Insyirah dah mula diberikan suppliment. Saya ada bagi dia minum susu kambing juga. Itu kan sunnah rasulullah. Setakat ne, ia baik untuk Insyirah. Insyirah pun mudah terima. Perut tak meragam. Poo poo pun oke saja. Syukur... Moga Allah berikan lebih banyak hikmah dan tersimpan seribu satu manfaat daripada amalan sunnah rasulullah itu... 
Err.. cuma.. saya tak nafikan, dipenghujung febuari lalu, saya dah mula berhenti mengepam secara perlahan-lahan... Setakat ne saya hanya bergantung pada stok susu yang ada, dan masih mampu membekalkan Insyirah dengan susu terbaik di dunia...

Nak tau kenapa saya dah mula berhenti mengepam..?
Bukan tak ada susu, jauh sekali malas... Andai saya masih mampu, saya tak pernah terfikir untuk berhenti.. Tapi, Allah itu maha adil dan berkuasa. Takdirnya tiada siapa dapat menduga, tiada siapa mampu menentang. Di waktu lain saya akan ceritakan... Saya yakin ada hikmah yang lebih besar daripada apa yang telah berlaku saat ini.. Saya percaya!
Insyirah masih mahu mengempeng. Saya tak pernah terfikir untuk jauhkan dia dari saya. Saya tak sanggup pun. Saya akan terus menyusui dia sehingga ke titisan susu yang terakhir.. InsyaAllah. Moga Allah izinkan.. dan beri kesempatan.

Setakat ini, proses penyusuan berjalan lancar saja. Kalau malam, saya tak bagi Insyirah menyusu botol langsung. Saya simpan stok yang ada. Dan memandangkan pagi hari dia dah diberi dengan susu kambing jadi malam dia kena menyusu saya sepenuhnya. Insyirah masih bangun menyusu tengah malam. Dan saya masih susui dia macam biasa. Alhamdulillah, Insyirah dah boleh terima perubahan pelan-pelan. Maklumlah, dia dah semakin membesar. Ada masa semakin mudah jaga dia. Ada masa dia nakal sangat. Kuat main. Pandai pilih umi dan abi dah sekarang. Manjanya lebih pada abinya... Haiii Insyirah.. Insyirah..

Budak ne dah pandai merajuk pula tau. Kalau saya marah-marah dia sebab nakal dia akan minta abi ambil dan bawa dia lari dari umi.. aduhai budak 11 bulan ne.. belum sampai setahun pun lagi.. Kadang-kadang lucu juga. Saya mula teringat-ingat perangai dia bila dah sampai pejabat. Huhu..

Ada masa tu, saya jadi sedih sangat bila masa satu hari Insyirah banyak terbuang dengan pengasuhnya. Sedangkan bila saya dah balik kerja, dia dah mula mengantuk dan minta didodoikan. Kesian.. Saya tau masa satu hari tu, Insyirah juga rindukan saya. Dia pasti berharap, saya yang akan menjaga dia selama 24 jam...

Kalaulah umi mampu lakukannya sayang... (".)

bila dah tak suka..

Assalammualaikum

Bila dah tak suka semuanya jadi tak kena.. malas nak layan.. kalau layan pun dingin.. apa yang kita buat atau cakap semua nampak macam salah.. part ne nak salahkan siapa.. buat itu tak betul, buat ini salah.. muncung panjang sedepa saja bila nampak kita..

Haiiii.. macam-macam ragam manusia sekarang kan..
Saya sekadar mengambil pengajaran dan iktibar daripada masalah seorang sahabat.. Kasihan.. dia muda lagi. Tapi dia mengadu pasal orang yang lebih berumur darinya.. sudah lebih 3 tahun dia bekerja ditempat saya bekerja.. kalau ikut kira dah lama juga..

Saya malas juga nak ambil tahu dengan lebih detail, apa punca masalah mereka, yang pasti katanya, si kakak ne macam tak boleh tengok dia buat apa pun. Di matanya semua salah. Cakap pun kena berjaga. Silap sikit, tak kena gurauan mula lah.. jadi perang dunia. Mungkin bila dah tak suka, semua yang kita buat dan cakap mudah jadi tak kena kan. Emm.. saya tak suka ada masalah dengan sesiapa. Saya suruh dia biarkan saja. Buat macam orang tu tak wujud sudah.. Tapi katanya dah cuba, tak boleh juga buat tak wujud sebab dia memang wujud kak.. katanya. Aha, betul juga.

Macam ne saja, saya kata, berlapang dadalah. Maafkan saja dia. Kadang-kadang di pejabat ne, ramai orang yang banyak umur. Tapi Pendek aqalnya. Yang lebih, cuma emosinya. Hehe. Biasalah kan. Kadang-kadang saya berdepan juga dengan orang macam tu. Tapi syukur saya ne jenis yang tak suka beratkan fikiran dengan benda remeh. Buat relax sudah... huhu

Dulu, waktu zaman kak yan masih ada.. saya paling rapat dengannya. Banyak benda saya suka share dengan dia. Dia dah faham saya sangat. Even, kalau saya ada tak senang dengan seseorang, atau melibatkan masalah kerja pun saya mudah meluah dengan dia. Kak yan pun macam tu. Tapi biasanya, kami meluah dari hati kami berdua saja. Kami sama-sama simpan.

Dan sekarang, Kak Yan dah tak ada. Saya kena jadi lebih kuat dan matang. Tak kan ada masalah kena ceri orang untk kita lepas semuanya. Tak boleh. Saya kena berubah. Kawan saya Kak Yan selamanya. Sekarang, bila Kak Yan tak ada, saya cuba berdiri di atas kaki sendiri. Kalau tension dengan seseorang, saya pendam dan buang jauh2 perasaan yang macam-macam. Tak elok simpan dendam. Kalau ada masalah kerja, ada masa saya luahkan dengan bapa. Ya bapa.. dia cukup memahami saya dari sudut kerja. Kadang-kadang dia bantu juga..

Jadi, bila ada kawan atau adik yang mengadu masalahnya pada saya. Saya cukup faham. Dia cuma ingin kurangkan beban fikirannya. Dia muda lagi. Saya faham apa yang dia lalui...

Bertabahlah kawan..
Berlapang dadalh...
Kita cuma manusia yang sama kedudukannya disisi Allah swt..
Maafkanlah... (",)

Kadang-kadang rindu nak meluah dengan kak yan..

Monday, March 11, 2013

saya tak suka!!

Assalammualaikum

Saya tak suka ada seorang staff lelaki di pejabat... Saya terus terang!

Dia suka keluarkan ayat-ayat berahi.. kadang-kadang berunsur lucah... Bila ada sorang perempuan dalam pejabat ne hilang dia selalu cakap 'mana bini aku?' ish! geli!..
dah tu suka hati mak bapak dia nak menghina orang.. sesedap mulut memuji isteri orang ne cantik bentuk badan mcm tu macam ne.. Tapi bila dah mula nak menghina orang.. Allahuakbar.. bukan main dahsyat mulut dia mengata..

Muka dia?!!
Macam tapak selipar jepun!!! Ada hati nak hina orang... GELI!!!!!!!!!

Alhamdulillah.. setakt ini, berkat perangai buat dono saya.. saya tak pernah kena.. Tak pernah dimuntahkan kata-kata lucah dan berahi.. tak pernah dipuji mahupun dihina.. Biar dia segan.. Pada yang layan.. hah tanggung sendiri...

Ramai dah komplen.. benciiiiiiiiiiiiiii sangat dengan lelaki gila ne.. hishhh!

sleepy!

Assalammualaikum

Wah mengantuknya saya..
Alhamdulillah, tengahari tadi baru berselera nak makan. Adik saya bawa keluar makan di Sala Thai tadi. Saya hentam ikan goreng, sambal belacan, acar timun dan nenas, dan sayur kacang panjang campur tempe.. hah.. ambik kau!

Sebelum ne tak termakan asyik muntah jee.. kena2 ada selera pa lagi... hihi

Alhamdulillah... balik ofis, solat.. dan tiba-tiba sekarang... ZZZzzzzzz.... mengantuk yang terammmattt... huh!

Sunday, March 10, 2013

sakit lagi..

Assalammualaikum

Minggu lalu saya ambil 3 hari cuti dan sehari MC.. 
Saya tak larat bangun dari tempat tidur pun. Macam-macam dirasa. Sakit kepala, gastrik, yang akhirnya buat saya muntah tak berenti juga. Mujur saya fikir saya kena jaga anak dara nan sorang. Jadi susah macam mana pun saya gagahkan juga diri bangun, dan urus Insyirah. Walaupun saya mengalami sakit yang agak...agak teruk, huhu... Makan minum dan menyusu Insyirah saya tak abaikan. 

Abi Insyirah pun sangatlah baik hati. Hehe. Abi bawa saya ke klinik. Alhamdulillah, doktor bagi sijil cuti sakit. Ada juga nak dibawa ke ofis hari ne. Bos pun faham. 

Minggu lalu memang tak menang tangan dan badan. Bukan senang dalam keadaan yang sakit, saya kena urus anak kecil lagi. Nasib baik abi Insyirah, ringan tulang dan suka bantu. Bila dia dah balik, tengok saya tak larat, dia akan ambil alih urus Insyirah. Seminggu lalu juga saya kat Papar. Emmm... waktu2 kita sakit, memang selesa sangat di ruma mama. Mama tak bagi pegang periuk pun. Masak sikit-sikit okela. Syukur saya dikurniakan keluarga besar yang memahami dan benar-benar sayang saya. 

Kadang-kadang, saya jadi tak kuat. Bila tengok Insyirah air mata saya jatuh. Kesian Insyirah. Tapi Abinya bagi saya kekuatan semula. Dia cakap, sakit kan ujian. Cuba cari hikmahnya. Lebih-lebih lagi, anugerah dan hikmah yang dah kita nampak tu lebih membahagiakan. Sabarlah... Bila tak larat, saya tak mampu layan  Insyirah main. Budak tu dah makin besar, dah pandai bawa kita main. Insyirah dah boleh sebut 'Allah'... Makin lantang panggil saya mama.. walaupun saya ajar dia sebut UMMI.. dia tetap sebut mamma... Mungkin maksudnya ummi, tapi sebutannya ke mama.. hehe apa-apalah..

Insyirah kalau dah lapar, pandai dah minta makanan. Dia makan tak berenti.. huhu.. Takut nanti jadi macam badan giant pula.. Eee.. Nau'dhubillah.. hehe

Besar dah Insyirah. Perangai pun makin comel.. Duduk pun tak pandai diam. Dia mula manja sangat dengan abinya. Klau tengah dipangkuan saya, nampak abi lalu, dia akan menangis minta diambil. Kesian abi. Mungkin sebab abi suka bawa dia jalan... Abi rajin ajar Insyirah melukis, menulis... mengira... 

Ya Allah, mudah-mudahan Insyirah menjadai anak yang solehah, dan hamba Allah yang bertaqwa...  (",)


Sekadar berkongsi rasa...huhu

Monday, March 4, 2013

damailah di SANA duhai wira negara..

Assalammualaikum

Sayu hati bila menyaksikan jenazah Allahyarham/ mendiang anggota pasukan keselamatan negara yang berjuang mempertahankan tanah air diusung dan dihantar ke kampung halaman masing-masing. Lebih menyedihkan bila tengok anak isteri mereka yang masih belum dapat terima pemergian ahli keluarga tercinta. Subhanallah.. saya tak dapat bayangkan seandainya saya berada ditempat mereka.. Allah berkatilah kehidupan mereka sekeluarga..

ISU PENCEROBOHAN KETENTERAAN SULU SELATAN FILIPINA DI LAHAD DATU..
Saya tak berani komen banyak tentang isu ne. Saya orang Sabah yang duduk di Sabah. Sebenarnya saya sendiri tidak menyangka kes ceroboh rakyat filipina ne akan diselesaikan dengan pertumpahan darah walau kerajaan kita dah sedaya upaya nak elak semua tu kan.. Sesungguhnya perancangan Allah swt itu jauh lebih hebat. 

Entahlah.. Walau kedudukan daerah saya jauh berbatu-batu dari Daerah Lahad Datu dan Semporna, tapi saya turut rasa risau dan gementar. Saya juga ada keluarga ipar, biras dan kawan-kawan yang tinggal di sana. Lebih-lebih lagi, pakcik saya turut bertugas sebagai anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu. Sekarang, saya... insan kerdil yang tidak punya kudrat perwira... Manusia lemah yang tidak mampu ke medan perang..hanya mampu berdoa.. berhajat.. berqunut nazhilah...

Ya Allah..
Lindungi hamba-hambaMU yang sedang berjuang..
Peliharalah negeri dan negara kami...

Banyak spekulasi.. atau cakap-cakap belakang yang mengatakan hal pertempuran yang melibatkan keselamatan awam ini berkaitan dengan politik... ALLAHUALAM..
Ini lagi saya tak berani sentuh dan komen.. Semua tu Allah saja yang tahu... Walaupun, sebenarnya, kita sebagai khalifah di bumi Allah ini PERLU ambil tahu... Emmmm.. susah kan nak bongkar hal sebenar di zaman FITNAH ne...
Lebih menyedihkan, yang berperang ne sesama islam.. Allahuakbar..

Apapun, buat masa ini... BERDOALAH... BERHAJATLAH... Moga Allah mendengar doa dan hajat kita..

Bismillahillazi La Ya dhurru Ma'smihi shaiu'm fil Ardhi.. Wala fissama'i Wahuassami'ul a'lim....