Wednesday, January 18, 2012

Friends We Are, Forever Will Be...



ADAT BERKAWAN...
Ada yang setia..
Ada yang jujur..
Ada yang ikhlas..
Ada yang amanah..
Ada yang sanggup berkorban...
Ada yang bersama ketika suka dan duka..

Ada yang munafik..
Ada yang sanggup tikam belakang..
Ada yang berkawan kerana untuk menggunakan kesempatan..
Ada yang meninggalkan ketika susah..
Ada yang datang ketika senang..

Macam-macam.. selari dengan asam garam kehidupan, namanya jua yang berteman itu manusia biasa.. yang punya banyak kelemahan..

Namun, bagi kita yang sedar..
Untuk meneruskan perjalanan hidup, liku-liku yang mendatang memaksa kita untuk membaca kehidupan.. makin jauh lembaran bacaan, makin fasih untuk kita mentafsir liku kehidupan..
Bukan mudah untuk menemui ‘kawan’ yang baik, yang setia, jujur, ikhlas, amanah, sanggup berkorban dan rela bersama-sama kita ketika susah dan senang..

Setiap manusia dibebani dengan kesusahan masing-masing. Setiap manusia juga ada sikap dan kelemahan serta kelebihan masing-masing, Cuma dari diri kita sendiri saja samaada mahu cuba menerima atau meninggalkan mereka kerana kelemahan yang ada.. namun, andainya itu pilihan, bagaimana dengan diri kita? Apakah kita tidak punya kelemahan yang mungkin juga kita tidak sedari tetapi sikap kita itu sudah lama bertapak dimata hati teman kita.. dan sikap kita itu juga mungkin membuatkan mereka tidak senang dan sesekali boleh menimbulkan stres dalam diri si kawan..

Emmm.. kita berkawan sesama manusia biasa. Yang terlalu biasa disisi tuhan. Semuanya sama saja. Tiada yang lebih istimewa melainkan mereka yang beriman. Kita tidak berhak untuk merendahkan seseorang atas kelemahan yang ada dalam diri masing-masing, sebaliknya berusahalah untuk memperbaiki diri sentiasa dan sama-sama saling menasihati antara satu sama lain, seandainya ada di antara kita telah melakukan kesilapan, lebih-lebih lagi kesilapan di sisi agama.

Mengapa adakala, wujud resah gelisah di dalam hati dan timbul rasa kurang senang terhadap rakan sejawat di tempat kerja..misalnya..  asalnya, kita memang tuhan kurniakan sensitiviti jauh dalam sudut hati. Kita mudah memberi respon dan tindak balas pada perbuatan yang tidak kena pada pandangan kita. Apabila seorang rakan melakukan perkara yang bertentangan dengan penerimaan akal dan hati kita, maka perasaan kurang senang, sakit hati atau marah juga boleh timbul. Bersabarlah duhai peminjam hati, berdoalah pada tuhan yang satu agar diri kita berlapang dada dan mudah-mudahan teman kita tadi mendapat petunjuk daripada Allah swt..

Berhentilah menuding jari.. sebaliknya telitilah diri... kita tidak sepatutnya lekas melenting atau marah sehingga menjejaskan hubungan kita dengan orang lain. Sebaliknya, rasionallah dalam berfikir dan bertimbang rasalah dalam memberikan respon kepada mereka, yang mungkin tidak berniat untuk menyakiti atau mungkin sudah sedia kita fahami tabiat dan kelemahan rakan kita itu.

Jom.. kita manfaatkan perkongsian dalam TIPS MENCARI TEMAN BAIK..





Di dalam kitab Hidayatul Salikin, Imam Ghazali ada menyatakan: “Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.” Syarat-syaratnya ialah:
1.      Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan.

2.      Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita.

3.      Orang yang soleh: Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.

4.      Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.

5.      Orang yang benar perkataannya:  Janganlah suka berkawan dengan orang yang suka berdusta. Orang yang suka berdusta itu tidak dapat dipercayai agama dan dunianya. Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan dunia.

Sumber : dari hujung pena Ustzh. Fatimah Syarha


Sesungguhnya, nabi pernah berpesan “seseorang berada di atas agama kawannya”

Kita mudah terpengaruh dan terkesan dengan gaya hidup seseorang, lebih-lebih lagi mereka yang menjadi pendamping kita iaitu teman rapat. Maka berkawanlah dengan Hamba Allah yang hidupnya diletakkan dengan memuaskan kehendak Allah swt semata-mata...
Untuk kesucian diri, hati dan Aqal.. wallahualam...